PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PERANAN NGO DALAM
MEMBENTUK PERPADUAN
NASIONAL DI MALAYSIA
SESI 1 2020/2021
MPU21032
MUHAMMAD SAFWAN BIN ABDULLAH
DI BELAKANG TABIR
NAMA : MOHAMAD NADZMIR IQMAL BIN
MOHAMAD AZAHARI
NO MATRIKS : 08DPI21F1038
PERANAN : EDITOR,PEREKA LAYOUT
NAMA : AKMAL HARITH BIN AZMAN
NO MATRIKS : 08DPI21F1045
PERANAN : MENCARI MAKLUMAT,EDITOR BAHASA
NAMA : SITI AISYAH BINTI MOHD RAZALY
NO MATRIKS : 08DPI21F1065
PERANAN : MENCARI MAKLUMAT DAN SUSUN ATUR
TUGASAN AHLI
NAMA : NISA' FATINI BINTI MOHD FAIZAL
NO MATRIKS : 08DPI21F1064
PERANAN : MEMBERI IDEA,EDITOR BAHASA
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK
1 PENGENALAN
2 MAKSUD NGO
3 SEJARAH NGO
4 PPEERRPAANDAUNANNGNOAMSIEOMNBAELNTUK
5 SPEEMRAANNAGNATNPGEORMPAEDMUUAPNUK
6 KESIMPULAN
PENGENALAN
Peranan yang dimainkan oleh kumpulan Badan Bukan
Kerajaan didapati semakin ketara khususnya pada dua
dekad terakhir abad ke-20. Sungguhpun pada peringkat awal
kewujudannya majoriti Badan Berkanun Kerajaan atau Non-
Governmental Organization(NGO) banyak terlibat
menyediakan perkhidmatan berbentuk kebajikan dan sosial,
namun peranan kumpulan ini didapati semakin menyerlah
dalam hal-hal berkaitan dasar kerajaan. Ini antara lain ketara
melibatkan aspek-aspek seperti politik, demokrasi, urus
tadbir, hak asasi manusia dan sebagainya. Terdapat pelbagai
jenis NGO, kerana konsep ini luas yang dapat merangkumi
pelbagai jenis organisasi dan entiti dengan bentuk undang-
undang yang berbeza. Beberapa contoh NGO adalah Amnesty
International, Oxfam Intermón dan Green Peace.
MAKSUD NGO
Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris:
non-governmental organisation atau NGO)
merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh
pihak atau pertubuhan swasta yang tidak
mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-
mana kerajaan. Ia adalah istilah yang merujuk
kepada entiti sosial tanpa keuntungan, tidak
bergantung pada pentadbiran awam dan
biasanya menjalankan aktiviti yang bersifat
sosial dan kemanusiaan.
SEJARAH NGO
Istilah Badan Bukan kerajaan atau pun Non-governmental
Organization (NGO) didapati telah mula digunakan sejak tahun 1945
apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Secara
lebih tepat istilah ini telah dinyatakan di dalam Piagam PBB Fasal 71
Bab 10 yang secara khusus memperuntukkan tentang peranan
konsultatif yang dimainkan oleh pertubuhan ini.
Dalam hal ini, Salamon dan Anheier menggunakan tujuh ciri utama
bagi menerangkan tentang NGO dan sekali gus membezakannya
dengan kumpulan pertubuhan yang lain.
Tujuh ciri tersebut adalah Formal (iaitu berdaftar secara rasmi
dan mempunyai peraturan pertubuhan), Private (berasingan
daripada kerajaan dan bersifat persendirian), Non-profit
distributing (tidak menjadikan keuntungan sebagai motif
penubuhan), Self-governing (diurus secara persendirian),
Voluntary (diusahakan secara sukarela), non-religious (bukan
bermotif dakwah) dan non-political (tidak terlibat secara
langsung dalam mempromosi calon dalam pilihanraya).
PERANAN NGO DALAM MEMBENTUK
PERPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
Badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai peranan penting
membantu kerajaan mengukuhkan semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia ini. Badan bukan
kerajaan memainkan berbeza peranan sebagai menggalakkan dan
memastikan hak asasi manusia seperti pendidikan, perumahan
dan kebebasan.
Dengan cara yang sama, mereka biasanya menjalankan tugas
kesedaran dan maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan
manusia, masyarakat dan alam sekitar.Dalam banyak kes, mereka
juga melakukan aktiviti pelaporan yang mewakili peranan
penting dalam masyarakat.
Semaian semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
tidak hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata,
sebaliknya setiap rakyat berperanan penting untuk
mengamalkan tanggungjawab berkenaan.
PERANAN-PERANAN NGO
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
1)PROGRAM ANAK ANGKAT
- Dapat menambah pengalaman serta dapat
dikongsi bersama rakan-rakan sera keluarga.
- Membolehkan seseorang mempelajari serta
mengenali budaya dan cara hidup
masyarakat lain.
2)MAJLIS BELIA MALAYSIA
- Barisan kepimpinan yang terdiri daripada
pelbagai lapisan kaum.
- Bekerjasama dalam menangani masalah dan
jalan penyelesaian yang wujud di kalangan belia.
- Menganjurkan program-program seperti ‘ Unity
Program ‘untuk mengekalkan hubungan etnik
antara masyarakat Malaysia.
3)PENYALURAN MAKLUMAT YANG
BERGUNA
- Menyeru serta mengajak rakyat untuk
mengamalkan sikap bersatu padu seperti
dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan
seperti mengadakan ceramah.
- Memberi maklumat yang memberi faedah
dari sumber-sumber yang telus dan pasti.
- Mengelakkan masyarakat terpengaruh
dengan ideologi yang bercanggah dengan
perpaduan kaum di Malaysia.
4)MEMBANTU MASYARAKAT DALAM
PELBAGAI ASPEK KEHIDUPAN
- Melakukan aktiviti kebajikan dan
badan-badan bukan kerajaan seperti
mengagihkan makanan kepada
golongan miskin dengan melibatkan
penyertaan dari pelbagai kaum
disamping dapat memupuk sifat belas
kasihan sesama manusia.
- Memberi sumbangan atau bantuan
kepada mereka yang memerlukan atau
kurang bernasib baik setelah ditimpa
bencana alam tanpa mengira latar
belakang kaum,agama serta budaya.
- Menyediakan kemudahan untuk
masyarakat seperti gelanggang futsal
dan sebagainya bagi aktiviti
kemasyarakatan.
5) MENGADAKAN KEMPEN
BULAN KEMERDEKAAN
- Memasang bendera-bendera
disepanjang jalan atau di kereta
menunjukkan semangat
patriotisme terhadap negara.
- Mengadakan pertandingan
seperti pertandingan video yang
bertemakan perpaduan
masyarakat bersatu padu demi
kemerdekaan negara dan dengan
cara ini semangat saling
bekerjasama sesama kaum dapat
diterapkan.
6)MAJLIS KEBUDAYAAN
- Contohnya , persembahkan untuk
meraikan hari kebesaran atau menerima
kedatangan orang kenamaan akan
dipersembahkan tarian oleh pelbagai
kaum seperti tarian Zapin dan tarian
Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian
Kipas , tarian singa dan tarian piring oleh
masyarakat Cina serta Tarian
Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh
masyarakat India.
- Dengan ini, ianya bukan saja mendapat
tarikan pelancong tetapi juga kita dapat
mempelajari dan mengenali kebudayaan
setiap kaum yang berbeza yang terdapat
di Malaysia.
7)MENJAGA HAK ASASI MANUSIA
- Pelbagai usaha yang dibuat bagi
meningkatkan status wanita supaya waita
tidak diperlekehkan dan tidak didera.
- Ibu tunggal serta remaja atau kanak-
kanak yang memerlukan bantuan akan
dibantu dengan serta merta.
- Misalnya, melalui Dasar Wanita Negara
(1989) dan Akta Keganasan Rumah Tangga
(1994).
8)PENDIDIKAN AWAM NGO
- Perlu menjadi mediator antara jabatan
agama dengan masyarakat sivil melalui
kaedah penerangan awam mengenai
masalah sosial dan hukum-hakam terhadap
satu-satu kesalahan jenayah syariah.
- Sebagai contoh, isu berdua-duaan
dikhalayak umum atau melakukan
perlakuan tidak sopan dikhalayak umum,
Sek. 5 (1),(2), (30) EKJS (Kedah) 1988, minum
arak Sek. 25 (1) dan (2) EKJS (Kedah) 1988,Sek.
136 (Pahang) 1982, Sek. 19 (1) dan (2) AKJS
(WP) 1997 dan lain-lain contohmengikut
negeri-negeri di Malaysia.
- NGO juga mampu menggunakan laras
Bahasa yang mudah difahami oleh
masyarakat sivil mengenai akta-akta dan
prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri.
KESIMPULAN
Perkara yang dapat kami simpulkan dari peranan-peranan yang telah
kita dapati dalam topik ini, adalah peranan NGO memainkan impak
atau peranan yang amat penting bagi membantu kerajaan. Walaupun
bukan badan kerajaan tetapi mereka tetap sering bertanggungjawab
dan bertolak ansur dalam melakukan pekerjaan dan menjadi wakil
suara rakyat dalam menyuarakan hak-hak kepada badan kerajaan.
Perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka.
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri
yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaaan.
Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu Ketika itu yang berganding
bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ‘bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Semangat
perpaduan juga dapat membangunkan ekonomi negara.
Semangat perpaduan yang
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia
akan dapat menarik perhatian
pelancong asing untuk mengenali
dengan lebih dekat lagi dengan
budaya masyarakat Malaysia yang
berbeza kaum, agama, budaya, Bahasa
tetapi dapat hidup dengan harmoni di
bawah satu bumbung. Selaras dengan
itu, ekonomi negara akan berkembang
kemasukan pelancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain
dalam membangunkan negara.