STRUKTUR DAN ORGANISASI
Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah/IPGM /IPGK Jawatankuasa i. Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah : Menteri Pendidikan Malaysia. ii. Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. iii. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut : 1) Penaung 2) Pengerusi 3) Timbalan Pengerusi 4) Naib Pengerusi 5) Setiausaha 6) Penolong Setiausaha 7) Bendahari 8) AJK yang dilantik
iv. Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat : 1) Peringkat Kebangsaan 2) Peringkat Negeri 3) Peringkat Daerah 4) Peringkat Sekolah v. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan : a) Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia b) Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. c) Pengerusi : Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian. d) Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian. e) Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah f) Pen. Setiausaha : Penolong Pengarah g) Bendahari : Dilantik h) Ahli-Ahli : Pengarah-Pengarah JPN 1. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru 2. Pengarah Bhg. Dakwah Kepimpinan 3. Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional 4. Pengarah Institut Aminuddin Baki
5. Tiga ahli dilantik 6. Dua wakil Sekretariat Kebangsaan 7. Dua Wakil Jurulatih KRS i) Juruaudit : Dilantik vi. Jawatankuasa Peringkat Negeri : a) Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia b) Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia c) Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri d) Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid e) Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum f) Pen. Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Badan Beruniform g) Pen. Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS h) Bendahari : Dilantik i) Ahli-Ahli : Dilantik termasuk 1) Pegawai Pendidikan Daerah 2) Dua Wakil Sekretariat Negeri 3) Dua Wakil Jurulatih KRS 4) Wakil PKPSM dan MGB i) Juruaudit : Dilantik
vii. Jawatankuasa Peringkat Daerah : a) Penaung : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia b) Penasihat : Pengarah Pendidikan Negeri c) Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah d) Timb. Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (SPPK) e) Setiausaha : Penyelia f) Pen. Setiausaha : Dilantik g) Bendahari : Dilantik h) Ahli : Dilantik termasuk dua Wakil Jurulatih KRS dan dua Wakil Sekretariat Daerah Wakil PKPSM dan MGB i) Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j) Juruaudit : Dilantik (2 orang) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa.
viii. Jawatankuasa Peringkat Sekolah : a) Penasihat : PPD b) Pengerusi : Pengetua / Guru Besar c) Timb. Pengerusi : Pen. Kanan Kokurikulum d) Setiausaha : Dilantik e) Pen. Setiausaha : Dilantik f) Bendahari : Dilantik g) Ahli-Ahli : 7 orang dilantik + Ketua Platun KRS h) Juruaudit : Dilantik di kalangan guru (2 orang) ix. Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah x. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiaptiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. xi. Guru KRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah.
xii. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS. xiii. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS.
FUNGSI MAJLIS TADBIR Matlamat Majlis Tadbir : Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS. Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak. Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan semasa bekerja. Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain.
Fungsi-Fungsi Pentadbir : 1) Tugas Pengerusi Mengurus dan mentadbir pertubuhan. Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti. Meneliti catatan minit mesyuarat. Berhak mempunyai undi pemutus. Menandatangani cek. 2) Tugas Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada. Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran.
3) Tugas Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang. Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi. Mengendalikan urusan suratmenyurat. Menyimpan buku daftar ahli. Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan. 4) Tugas Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan. Menjalankan tugas semasa ketiadaan setiausaha.
5) Tugas Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan. Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli. Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang. Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira. Menandatangani cek-cek yang diterima. Mengeluarkan resit. Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat. 6) Tugas Penolong Bendahari Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari. Mengetuai satu kumpulan kecil.
Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan. 7) Tugas AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS. Membantu dan memberikan idea dalam aktiviti pertubuhan KRS. Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik sebagai Ketua Pentadbir. Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri. Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS. Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO.
8) Tugas Ketua Jurulatih Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS. Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS. Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas. Menjadi jurulatih dalam suatu program. Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri. Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan Pegawai. Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri. Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih / pegawai.
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah
KEUSAHAWANAN KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS) KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN ALAM SEKITAR DISIPLIN DAN KEROHANIAN KURIKULUM KRS
DISIPLIN DAN KEROHANIAN Matlamat Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. Objektif a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Matlamat Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan malah mampu menghindarkan diri dari gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya timur sebagai tatacara hidup. Objektif a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. b. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia ada dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. c. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.
KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS) Matlamat Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumbalumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik. Objektif a. Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. b. Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat. c. Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian.
ALAM SEKITAR Matlamat Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghayati alam sekitar sehingga mampu menjadikan alam sekitar sebagai satu khazanah yang perlu dipelihara dan dikekalkan keasliannya untuk kepentingan manusia segajat. Objektif a. Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar. b. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. c. Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah tuhan kepada manusia.
KEUSAHAWANAN Matlamat Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masingmasing dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan sebagai budaya hidup. Objektif a. Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan bahanbahan terbuang seperti kayu, logam dan jerami sehingga dapat menghasilkan bahan kraftangan, hiasan, tulisan khat dan lain-lain. b. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan. c. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cara hidup.
BULAN MINGGU AKTIVITI Mac 1 Orientasi / Suaikenal / Pendaftaran 2 Mesyuarat Agung Pelantikan AJK 3 KETATANEGARAAN Mengenal dan memahami Sejarah TKRS, Logo KRS dan Bendera KRS Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Menghafal dan menyanyikan Lagu KRS KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad Asas April 4 KETAHANAN DIRI Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Melakukan kawad asas dengan baik 5 CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 6 SIMPULAN DAN IKATAN Ikatan Buku Sila Ikatan Bunga Keti Ikatan Manok Ikatan Tindih Kasih 7 PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA Membuat Anduh Tiga Segi, Anduh Besar, Anduh Leher dan Anduh Lengan Prinsip asas pertolongan cemas Tindakan semasa kecemasan Rancangan Tahunan Aktiviti KRS
BULAN MINGGU AKTIVITI Mei 8 KEUSAHAWANAN Mengenali peralatan dapur, kegunaan, penjagaan dan keselamatan. Mengetahui dan menghasilkan jenis masakan ringkas seperti telur mata kerbau, sandwich dan scramble eggs. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad berjalan 9 KEBUDAYAAN Menyertai atau mempersembahkan 2 kali persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, seni silat atau persembahan lain yang sesuai 10 KHIDMAS & ALAM SEKITAR Menyertai atau melaksanakan satu projek yang berkaitan dengan Alam Sekitar seperti membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai 11 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kraf perkhemahan asas Keselamatan asas semasa berkhemah Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam KOMPAS Mengenali bahagian-bahagian kompas Mengenal arah mata angin IKHTIAR HIDUP Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup Mengenali jejak atau tanda-tanda isyarat Menyalakan api Menyediakan menu makanan KEBUDAYAAN Mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia
BULAN MINGGU AKTIVITI Jun 12 KHIDMAS & ALAM SEKITAR Menyertai aktiviti gotong-royong di sekolah Menamakan jenis-jenis pokok hiasan yang terdapat di sekolah KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad membawa bendera 13 KEUSAHAWANAN Pengenalan alat jahitan Pengenalan asas jahitan KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad menaik dan menurunkan bendera 14 KURSUS ASAS KEBOMBAAN Pengenalan mengenai kebakaran Punca kebakaran Cara-cara menghindari daripada berlakunya kebakaran 15 KHIDMAT MASYARAKAT Melakukan aktiviti khidmat masyarakat KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas Julai 16 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Membaca dan menghafaz surah 3 Qul Menghafaz 10 Surah Juz Amma Menghafaz selawat Syifa’ KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad asas 17 IKATAN Ikatan balak Ikatan seraya Ikatan serong Mengemaskan tali Membina gajet
BULAN MINGGU AKTIVITI 18 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Menyenaraikan dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman Membaca dan menghafaz mana-mana 3 doa harian Memahami dan menghafal prinsip-prinsip rukun negara KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad berjalan 19 DISIPLIN DAN KEROHANIAN / PENDIDIKAN MORAL Menyenaraikan perayaan kaum di Malaysia Kuiz kebudayaan Pertandingan kebudayaan antara seksyen Ogos 20 UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL TKRS 21 PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA Membebat dan membalut luka Teknik pengusungan Mengenalpasti tempat-tempat pengaliran darah KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad membawa bendera 22 PENGURUSAN DAN GAYA DIRI Tanggungjawab terhadap diri Memelihara kesihatan tubuh badan Menghasilkan jadual pembelajaran kendiri 23 DISIPLIN DAN KEROHANIAN / PENDIDIKAN MORAL Pengukuhan amalan nilai-nilai Pendidikan Agama / Moral KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad menaik dan menurunkan bendera 24 KETATANEGARAAN Menyanyikan lagu-lagu patriotik Menyalin seni kata lagu Melukis poster hari kebesaran Negara Malaysia Tayangan video filem patriotik - Leftenan Adnan
BULAN MINGGU AKTIVITI September 25 KURSUS ASAS KEBOMBAAN Mengenali alat-alat melawan kebakaran Mengenali jenis-jenis pemadam api iaitu jenis air, serbuk, buih dan gas Kaedah pengendalian pemadam api 26 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN (KOMUNIKASI) Kaedah lisan Kaedah bertulis KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Memberi perintah kawad dalam kumpulan masing-masing 27 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN IKLIM Cuaca Suhu Hujan Tanda-tanda hujan Oktober 28 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam Etika perkhemahan Penjagaan khemah (membuka, memasang, melipat dan membersih) Amalan kesihatan ketika berkhemah 29 KHIDMAS & ALAM SEKITAR Melakukan aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat Mengenalpasti pelbagai jenis bunga yang terdapat di sekolah Mengenal tumbuhan herba KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad perhimpunan 30 KHIDMAT MASYARAKAT Membuat kajian tentang tokoh-tokoh tempatan - Tok Janggut, Hang Tuah, Bahaman Mmebuat kajian mengenai asal usul sesebuah kampung
BULAN MINGGU AKTIVITI 31 KHIDMAS & ALAM SEKITAR Program kitar semula Menghasilkan kraftangan dari bahan terpakai Pertandingan poster alam sekitar November 32 PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM SEKOLAH DAN REKREASI Mengenali bahan-bahan apungan di air Membina model apungan di air Aktiviti keyakinan di dalam air 33 KEUSAHAWANAN Menghasilkan satu projek berkaitan masakan atau kraftangan KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad perseorangan 34 DISPLIN DAN KEROHANIAN Menceritakan tentang kisah-kisah sahabat Nabi S.A.W Usrah Marhaban dan berzanji 35 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI Jenis-jenis seni mempertahankan diri Asas mempertahankan diri Teknik-teknik mempertahankan diri Ujian asas seni mempertahankan diri 36 TEKNIK PERJALANAN Penggunaan tangan dan kaki semasa mendaki Mendaki lereng curam Menuruni lereng menggunakan tali KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kawad hormat ke hadapan hormat Kawad hormat ke kanan hormat Kawad hormat ke kiri hormat Kawad hormat selaku terima sijil
SEKIAN, TERIMA KASIH