The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR KHODIJAH BINTI MOHD AZHORA (PIMK1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ukhodijah02, 2022-09-10 22:23:41

FOLIO PPIM

NUR KHODIJAH BINTI MOHD AZHORA (PIMK1)

(d) Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas

(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John's (triangular):
a) menahan pendarahan anggota atas
b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang scapula
c) mengampu anggota atas yang cedera

(iii) Anduh kedl (small sling):
a) mengampu kecederaan di bahagian bahu
b) mengampu tulang klavikal yang cedera
c) mengampu anggota atas yang cedera

(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
▪ mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal

ii) Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
(a) Pembebatan (Dressing)

(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan
luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.

(ii) Tujuan:
a) Mengurangkan kesakitan
b) Menggalakkan penyembuhan luka
c) Memperbaiki kosmetik kulit
d) Mengawal penyebaran mikroorganisme
e) Mengawal kontaminasi luka
f) Memberi tekanan pada tempat tercedera
g) Mengawal pendarahan
h) Mengawal kecederaan lanjut

(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
a) Pembebatan medan - bagi kegunaaan pasukan keselamatan
b) Pembebatan luka - mengikut ukuran-ukuran luka; dan
c) Pembebatan hospital - jenis kain kasa berukuran 10 X 10

(b) Pembalut atau balutan:
a. Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungsi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau
dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
b. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
1. Pembalut kain tiga segi - untuk menganduh, membalut, mengampu,
mengipas dan pengikat gelung cincin
2. Pembalut bergulung - untuk melakukan balutan lapan, balutan circular
atau spiral dan balutan padi

c. Tujuan dan Fungsi Pembalut
(i) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(ii) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau
lambat sembuh.
(iii) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
(iv) Mengurangkan kesakitan.
(v) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan
serum.

(c) Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan
dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

Merawat Luka dan Gigitan:

(i) Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau
dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
i. pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris - disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai,
(c) luka berdarah - kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) luka tembus-luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum
dan tembakan
ii. pendarahan dalaman (internal):
(a) perut - muntah berdarah
(b) rahim - tumpah darah
(c) tali usus - darah pada dubur
(d) buah pinggang - kencing berdarah
(e) paru-paru/ saluran pernafasan - batuk berdarah; dan
(f) tengkorak - darah mengalir melalui telinga atau hidung
iii. pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan
(b) pendarahan dalam otak

c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i. Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman.
ii. Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera
menjadi lebam.

d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang
disteril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(d) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
i. Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari
luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam,
jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
ii. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan
menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-
dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh
membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

(ii) Merawat gigitan:
i. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman

ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

ii. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

iii. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.

iv. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.

Melecur, Pitam dan Patah:

(i) Melecur dan terbakar:
a) Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

b) Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba
kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas,
bahan kimia atau arus elektrik.

c) Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

d) Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar - Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut.

e) Sebab-sebab terbakar atau melecur:

JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering
• Bahan api atau api.
• Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur

atau puntung rokok.
• Geseran.

Panas lembab • Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak.

Bahan kimia • Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
• Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau

alkali.

Radiasi • Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet).

• Terdedah kepada punca-punca radioaktif.

Elektrik • Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
• Kilat dan petir.

** Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua
tempat luka sahaja.

f) Tahap kecederaan:
1) Tahap pertama (Seperficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. la melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan
2) Tahap kedua (Intermidiate burn):
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
3) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

g) Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwama kemerah merahan pada
tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap
kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma
(iv) Renjatan.

h) Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan 3B
(a) Burning stop - Padamkan.
(b) Breathing maintain - Periksa pernafasan.
(c) Body examine - Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan 3C:
(a) Cool - Sejukkan.
(b) Cover - Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry - Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama
20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan merebak supaya
tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan
segera.

(ii) Pitam
a) Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat.
Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan
betul.
b) Antara penyebabnya ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak;
ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
iii.Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c) Cara merawat:
i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
ii. Longgarkan pakalan ketat
iii.Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan
harum ammonia.
iv.Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
v.Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau
teh panas.

(iii) Patah:
(a) Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan
oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar
oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah
tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin
dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
(b) Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah
tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda
kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha
atau pelvis.
(c) Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk
mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat.
(d) Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah
telah dicegah pergerakannya dengan sempurna.
Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia
dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut
atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah
pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh
menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi
di bahagian atas dan bawah anggota juga harus
dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. I

Keracunan dan Terseliuh:

1) Keracunan
(a) Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau
berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada
berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan
sementara atau berkekalan.
(b) Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri
(c) Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pemafasan dan peredaran terbuka dan
dapatkan bantuan perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa
yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa
termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa
mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan
CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:

(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

(b) Rawatan kecemasan:

• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun

dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan

menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat

mata bagi setiap mata.

2) Terseliuh
(a) Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh
mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus .
(b) Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation)
dan terselluh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel
dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan
pede ligamen.
(c) Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
(d) Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan
ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
(e) Tanda-tanda ligamen terseliuh:
1. Sakit-sakit.
2. Bengkak.
3. Bertambah sakit apabila bergerak.
4. Pergerakan yang terhad.

(f) Cara-cara merawat terseliuh:
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE:

R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan
kedudukan yang selesa)

I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] als pada
bahagian yang cedera)

C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan
tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas
dan balut)

E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)

iii. Dapatkan bantuan perubatan.

Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara:
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan
mengoksigenkan darah.
P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampaikan dada.

iii. Cara-caranya:
S- Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.

P - Pernafasan:

(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit
hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam
mulutnya dengan kuat supaya dadanya
mengembung Jika pesakit adalah seorang bayi
atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung
dan mulutnya semasa menghembus.

(ii) Alihkan mulut anda dan dengar hembus.
Kemudian ulang tindakan menghembus Jika
tiada pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat
sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.

(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang
pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan
tampar tulang kipas beberapa kali untuk
mengeluarkan sebarang benda asing daripada
tekak.

(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil
masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit
itu pulih.

(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pastikan pesakit berasa hangat dan baring
dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih
semula.

P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):

(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:

(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.

(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda
di atas rawan dengan tangan kini di atas tangan kanan.

(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan…. Tekan…. Lepaskan.) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya.
Ini menggantikan denyutan jantung.

(d) Selepas 15 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut. Teruskan dengan ritma 15 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.

ASMAUL HUSNA

TASBIH KAFARAH

DOA PERJUMPAAN/PENUTUP
DOA PERJUMPAAN

‫ِب ْس ِم اللِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬
‫ َوال َّصل َاة ُ َوال َّسل َا ُم َع َلى َس ِِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِل ِه َوَأ ْص َحا ِب ِه َأ ْج َم ِع ْي َن‬, ‫َا ْل َح ْم ُد َِ َّلِِل َر ِِّب ا ْل َعا ََِل ْي َن‬

‫َيا َالله ُ َيا َك ِري ُم‬

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-
Mu yang tidak temilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama
ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

‫ َيا َر ِحي ُم‬,‫َيا َالله ُ َيا َر ْح َمن‬

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada karni ilmu-Mu
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

‫َيا ُذو ال َجَلا ِل َوال ِا ْك َرام‬

Kumiakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing

dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

‫َال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما ‪َ ،‬وَت َف ُّر َقَـ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه َت َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما ‪َ ،‬ول َا َت ْج َع ِل ال َّل ُه َّم‬
‫ِف ْي َنا َول َا َم َع َنا َول َا َم ْن َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َول َا َم ْط ُرْو ًدا َول َا َم ْح ُرْو ًما ‪.‬‬

‫ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْي َر َأ ْع َما ِرَنا َءا ِخ ُرُه َو َخ ْي َر َأ ْع َما ِل َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك ِف ْي ِه ال َّل ُه َّم ا ْغ ِف ْرَل َنا‬
‫ُذ ُن ْوَب َنا َول ِإ ْخ َوا ِن َنا ا َّل ِذ ْي َن َس َب ُق ْوَنا ِبال ِإْي َما ِن َول َا َت ْج َع ْل ِف ْي قُـ ُل ْوِب َنا ِغل ًّا ِل َّل ِذ ْي َن َءا َم ُن ْوا َرَّب َناإ َّن َك َر ُء ْوف‬

‫َر ِح ْيم‪.‬‬

‫َرَّب َنا َءا ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوِفي الأ ِخ َرِة َح َس َنة ً َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنار ِِ‪.‬‬

‫َو َص َّلى اللُه َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءاِل ِه َو َص ْح ِب ِه َو َس َّل َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُد َِ َّلِِل َر ِِّب ال َعا ََِل ْي َن‪.‬‬

DOA PENUTUP

‫ِب ْس ِم اللِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬
‫ َوال َّصل َاة َوال َّسل َا ُم َع َلى َر ُس ْوِل َنا الأ َِ ِم ْي َن َو َع َلى َءأِل ِه‬، ‫ا ْلـ َح ْم ُد للِه ال ِذ ْي ِب ِن ْع َم ِت ِه َت ِت ِّم ال َّصا ِلـ َحا ُت‬

. ‫َوَأ ْص َحاب ِه أ ْجـ َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua duanya.
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama

(Nyatakan bilangan hari) dalam (Nyatakan Nama Kursus). Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat
menyelesaikan kursus ini dengan jayanya.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja.

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang
penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan

kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami,
keluarga dan anak-anak kami guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah. sahabat-

sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.

Ya Allah, Qaadhial Hajat,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa

serta tangan penuh dengan pengharapan.
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami.
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal

jamal'e dan kolektif.
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran

seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi.

Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati
kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana
Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian.

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai, maka satukanlah
hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam
menegakkan amal makruf dan nahi mungkar

‫ َول َا َت ْج َع ِل ال َّل ُه َّم‬، ‫ َوَت َف ُّر َقَـ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه َت َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما‬، ‫ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
.‫ِف ْي َنا َول َا َم َع َنا َول َا َم ْن َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َول َا َم ْط ُرْو ًدا َول َا َم ْح ُرْو ًما‬

DOA-DOA HARIAN

‫ال َّل ُه َّم ِإ ِِّني َأ ُعو ُذ ِب َك ِم َن ا ْل ُخ ُب ِث َوا ْل َخ َبا ِئ ِث‬

Maksud:
“Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan
dan syaitan betina.”

‫ُغ ْف َرا َن َك ا ْل َح ْم ُد َِ َّلِِل ا َّل ِذي َأ ْذ َه َب َع ِِّنى اْل َأ َذى َو َعا َفا ِني‬

Maksud:
“Aku memohon keampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan
dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku.”

‫َال َّل ُه َّم ا ْغ ِف ْرِل ْي ُذ ُن ْوِب ْي َوِل َواِل ِد َّي َوا ْر َح ْم ُه َما َك َما َرَّب َيا ِن ْي ِص ِغ ْي ًرا‬

Maksud:
“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah
mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

‫َرَّب َنا آ ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوِفي الآ ِخ َرِة َح َس َن ًة َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنا ِر‬

Maksud:
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
lindungilah kami dari azab neraka.”

‫ال َّلـ ُﻬ َّم َك َما َح َّس ْﻨ َﺖ َخ ْل ِقي َف َح ِِّس ْن ُخ ُل ِقي‬

Maksud:
“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula
akhlakku.”

‫ َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنا ِر‬،‫ا َّلل ُه َّم َبا ِر ْك َل َنا ِفي َما َر َز ْق َت َنا‬

Maksud:
”Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah
kami dari seksa api neraka.”

‫َا ْل َح ْم ُد ِللِه ا َّل ِذ ْي َن َا ْط َع َم َنا َو َس َقا َنا َو َج َع َل َنا ِم َن ا َْلُ ْس ِل ِم ْي َن‬

Maksud:
“Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan
kami muslim.”

‫َال َّل ُه َّم ا ْف َت ْح َع َل ْي َنا ِح ْك َم َت َك َوا ْن ُش ْر َع َل ْي َنا ِم ْن َخ َزا ِئ ِن َر ْح َم ِت َك َيا َا ْر َح َم ال َّرا ِح ِم ْي َن‬

Maksud:
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami
khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

‫َر ِِّب ا ْش َر ْح ِلي َص ْد ِري َوَي ِِّس ْر ِلي َأ ْم ِري َوا ْح ُل ْل ُع ْق َد ًة ِم ْن ِل َسا ِني َي ْف َق ُهوا َق ْوِلي‬

Maksud:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.”

‫َال َّل ُه َّم َعا ِف ِنى ِفى َب َد ِنى ال َّل ُه َّم َعا ِف ِنى ِفى َس ْم ِعى ال َّل ُه َّم َعا ِف ِنى ِفى َب َص ِرى‬

Maksud:
“Ya Allah, sehatkanlah badanku. Ya Allah sehatkanlah pendengaranku. Ya Allah
sehatkanlah penglihatanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau.”

RUKUN ISLAM

1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
2. Solat 5 waktu.
3. Puasa di bulan Ramadan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan).

RUKUN IMAN

1. Beriman kepada Allah SWT.
2. Beriman kepada para Malaikat.
3. Beriman kepada kitab-kitab Allah SWT.
4. Beriman kepada Nabi dan Rasul.
5. Beriman kepada hari kiamat.
6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

ZIKIR MUNAJAT

‫ُس ْب َحا َن اللِه َوا ْل َح ْم ُد للِه َول َا ِإ َل َه ِإل َّا اللُه َواللُه َأ ْك َب ُر‬

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan
Allahlah Yang Maha Besar

‫ َيا اللُه‬، ‫ اللُه‬، ‫ اللُه‬، ‫اللُه‬

Allah, Allah, Allah, Ya Allah

‫ ُن ْو ُر ُم َح َّم ٍد َص َّلى اللُه‬، ‫ َما ِف ْي َق ْل ِب ْي َغ ْي ُر اللِه‬، ‫َح ْس ِب ْي َرِِّب ْي َج َّل اللُه‬

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah
dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

‫ُت ْب َنا ِإَلى اللِه َوَر َج ْع َنا ِإَلى اللِه َوَن ِد ْم َنا َع َلى َما َف َع ْل َنا‬

Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah, dan kami menyesal di atas
apa yang telah kami lakukan

‫َف ُس ْب َحا َن َم ْن ل َا َي ْق ِد ُر ا ْل َخ ْل ُق َق ْد َرُه‬

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan
Nya

‫َو َم ْن ُه َو َف ْو َق ا ْل َع ْر ِش َف ْرد ُم َو َّحد‬

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan

‫َم ِل ْيك َع َلى َع ْر ِش ال َّس َما ِء ُم َه ْي ِم ُن‬

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

‫ِل ِع َّزِت ِه َت ْع ُنو ا ْل ُو ُج ْو ُه َوَت ْس ُج ُد‬

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)

‫ ُن ْو ُر ُم َح َّم ٍد َص َّلى اللُه‬، ‫ َما ِف ْي َق ْل ِب ْي َغ ْي ُر اللِه‬، ‫َح ْس ِب ْي َرِِّب ْي َج َّل اللُه‬

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah
dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

‫َل ْي َس َل َها ِم ْن ُد ْو ِن اللِه َكا ِش َفة‬

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

‫َلا ِإ َل َه ِإل َّا اللُه ا َْ َل ِل ُك ا ْل َح ُّق ا َْلُ ِب ْي ُن‬

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

‫ُم َح َّمد َر ُس ْو ُل اللِه َصا ِد ُق ا ْل َو ْع ِد ْال َأ ِم ْي ُن‬

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

‫َأ ْس َت ْغ ِف ُر اللَه ِإ َّن اللَه َكا َن َت َّوا ًبا‬

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

‫ِإ َل ِه ْي َل ْس ُﺖ ِل ْل ِف ْر َد ْو ِس َأ ْهل ًا‬

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu

‫َول َا َأ ْق َوى َع َلى َنا ِر ا ْل َج ِح ْي ِم‬

Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

‫َف َه ْب ِل ْي َت ْوَب ًة َوا ْغ ِف ْر ُذ ُن ْوِب ْي‬

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan dosa-dosaku

‫َف ِإ َّن َك َغا ِف ُر ال َّذ ْن ِب ا ْل َع ِظ ْي ِم‬

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI
UNIT BERUNIFORM: PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

1. NAMA PROGRAM: IKATAN DAN SIMPULAN

2. OBJEKTIF PROGRAM:
• Membina pengetahuan ahli PPIM tentang ikatan dan simpulan
• Mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan

3. TARIKH PROGRAM: 18 Mei 2022

4. TEMPAT PROGRAM: Balai Islam (BAIS)

5. SASARAN: Semua pelajar PISMP dan PPISMP

6. LAPORAN RINGKAS/PENCAPAIAN:
i. Ahli PPIM masuk dalam barisan.
ii. Ketua komanden memberikan arahan kawad.
iii. Nyanyian lagu Negaraku, lagu PPIM, asmaulhusna dan bacaan doa.

iv. Naib Pengerusi melapor kehadiran ahli kepada ketua komanden.
v. Ketua komanden memberi arahan keluar baris.
vi. Semua ahli dibahagikan kepada enam kumpulan.
vii. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mempelajari satu jenis ikatan dan

simpulan yang berlainan.
viii. Kemudian, seorang ahli dikehendaki duduk dalam kumpulan manakala ahli

yang lain berpecah masuk ke dalam kumpulan yang berlainan.
ix. Setiap ahli kumpulan perlu mengajar sambil mempelajari ikatan dan

simpulan dari kumpulan lain.
x. Sesi fotografi dan perjumpaan diitangguhkan.

7. IMPAK: Aktiviti ini dapat melatih diri setiap ahli PPIM tentang ikatan dan simpulan
sekurang-kurangnya enam jenis ikatan dan simpulan

8. PENAMBAHBAIKAN
Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan. Antaranya:
i. Semua ahli perlulah menepati masa yang telah ditetapkan agar aktiviti dapat
berjalan dengan lancar.

9. GAMBAR DOKUMENTASI (2 KEPING)

NO
PERGE
PUTERI

OTA

ERAKAN

I ISLAM

FALSAFA

PPIM adalah sebuah pergerakan ber
peringkat Kebangsaan, Negeri, dan
Maktab-maktab Perguruan dan se
Aktivitinya dijalankan sebagai Ko-
formal adalah bertujuan membimbin
dan pengembangan potensi-potensi d
demi mewujudkan insan PUTERI ya
intelek, rohani, emosi dan jasm
kepatuhan kepada ALLAH S.W.T.
menterjemahkan ke dalam din PUT
berilmu pengetahuan, berketrampila
dan berupaya mencapai kesejahter
memberi sumbangan terhadap keh
masyarakat dan negara selaras den

AH PPIM

rpakaian seragam yang bergerak pada
n Daerah di Institut Pengajian Tinggi,
ekolah-sekolah menengah dan rendah.
-Kurikulum secara formal dan tidak
ng puteri-puteri ke arah penyuburan
diri secara menyeluruh dan bersepadu
ang seimbang dan harmonis dari segi
mani berdasarkan kepercayaan dan
. Usaha ini adalah bertujuan untuk
TERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang
an. berakhlak mulia, bertanggungjawab
raan diri serta mampu dan bersedia
harmonian dan kemakmuran bangsa,


ngan ajaran Islam.

MATLAMA

Mengimbangkan antara perkembangan
puteri-puteri melalui penyemaian, pe
pendidikan.
Mengukuhkan perhubungan dan pertalia
Meningkatkan minat dan bakat puteri-
kerja kokurikulum sekolah, institut, makta
Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
Menggalakkan iklim persekolahan yang t
Meningkatkan kerjasama dan sumban
ibubapa dan masyarakat, khasnya masv

AT PPIM

n intelektual, sosial, fizikal dan spiritual
enyuburan dan pengukuhan nilai-nilai

an silaturahim di kalangan puteri-puteri.
-puteri di dalam pelbagai bidang gerak
ab kolej dan universiti.

terbuka dan menyeronokkan.
ngan dua hala antara sekolah dengan
varak setempat.

OBJEKT

Melahirkan pemimpin yang cekap, berk
mempunyai wawasan bagi mewujudka

Menghayati dan mengamalkan ket
dan pemerintah serta cintakan Neg
Menguasai berbagai bidang ilmu.
Berakhlak mulia.
Berbakti kepada masyarakat tanpa

Membimbing para pemimpin pelat
emosi, rohani dan jasmani supay
berdaya maju, berdaya juang, be

TIF PPIM

ketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan

an masyarakat remaja yang mampu.
taatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W

gara.

a mengira keturunan dan masyarakat.

tih PUTERI dari segi intelek, akhlak,

ya menjadi insan kamilah, berilmu,

erdaya tahan dan berketrampilan.

Menyemai rasa cinta dan selesa deng
kelak berasaskan jalan yang diredhai

keluarga, agama,

Membentuk sebuah kumpulan yang
progresif,berfikiran terbuka serta m

Mengukuh persaudaraan antara gene
serta menjadi penghubung kesinamb

gan ajaran Islam supaya hidup mereka

i Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada

bangsa dan Negara.

g beridentiti sendiri dan berwawasan,

mampu menjadi penggerak masyarakat

erasi muda dan menghormati generasi tua

bungan antara generasi lama dan baru.

RAJAH 1

PERLEMBAGAAN

BADAN


BERUNIFORM

(PPIM)

Rajah 1 menunjukkan susunan

Perlembagaan Badan Beruniform

PPIM. Dalam membina

Perlembagaan Badan Beruniform

PPIM, setiap elemen yang terdapat

dalam Rajah 1 perlu dikemukakan

dengan jelas mengikut urutan.

Rujuk Lampiran untuk contoh

Perlembagaan Badan Beruniform

PPIM Sekolah Kebangsaan Kolapis.

LOGO

Logo PPIM dibentuk d
berwarna hijau diapit

kuning dan di dalam
PERGERAKAN P

Di tengah logo tersebut te
dalamnya ditulis dengan
perkataan“PERGERAK

Di bawah logo i
“PUTERI"- Bagi Ah
“PEMIMPIN PUTER
Puteri

O PPIM PENGERTIAN

WARNA
dengan suatu lingkungan bulat
t dengan lingkungan berwarna Merah Samar :

m lingkungan hijau itu bertulis Melambangkan

PUTERI ISLAM MALAYSIA keharmonian dan

kelembutan
erdapat satu bulatan PUTIH dan di
Hijau : Agama,

n huruf jawi Permulaan daripada
Taqwa sebagai

KAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) TERAS
Putih : Kesucian
ini tertulis perkataan :- Kuning :

hli-Ahli Puteri Kesetiaan dan

RI" - Bagi Guru Pemimpin
ketaatan

BENDE

KEDUDUKAN BENDERA

ERA PPIM

Bendera PPIM berbentuk

segiempat, berwarna merah
jambu, dan ditengah-tengah

terdapat lencana pergerakan.


Ukuran lencana adalah

sepertiga daripada ukuran


bendera

SEMASA PERHIMPUNAN

MOTO / CO

BE
BE
BE

OGAN KATA

ERILMU
ERIMAN
ERAMAL

LAGU PUTERI



IKRAR PUTERI


Click to View FlipBook Version