The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULIS
MOHD KHAIRI BIN SHAFIE
ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI
MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TATACARA SOLAT KETIKA SAKIT, 2023-07-18 00:13:36

TATACARA SOLAT KETIKA SAKIT

PENULIS
MOHD KHAIRI BIN SHAFIE
ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI
MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH

Keywords: SOLAT

SINAR DAKWAH Solat wajib ditunaikan di dalam waktunya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.” (Surah An-Nisa: ayat 103) Tatacara Solat Ketika Sakit MOHD KHAIRI BIN SHAFIE ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH


Tatacara Solat Ketika Sakit MOHD KHAIRI BIN SHAFIE ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH


Hak Cipta Terpelihara. E-book ini adalah hasil karya penulis. Tidak boleh mengulang mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apacara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa sahaja tanpa kebenaran dan izin bertulis daripada pihak Hospital Sultanah Bahiyah Terbitan Pertama: JUN 2023 @Hak Cipta Terpelihara 2023 Nama Penerbit: HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH (HSB) Alor Setar Kedah Penulis: MOHD KHAIRI BIN SHAFIE ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH Ilustrasi: AHMAD SHARIZI BIN HASSAN Penafian Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia eISBN 978-967-10243-3-1


ii A lhamdulillah, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat iaitu Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan rakan Kolaborasi Unit Pendidikan Islam, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah dapat menghasilkan Ebook Tatacara Solat Ketika Sakit. Penerbitan Ebook ini adalah selaras dengan aspirasi Hospital Mesra Ibadah (HMI) untuk menyebarkan maklumat yang terkini kepada pesakit-pesakit dan juga kepada masyarakat. Ebook ini menjurus kepada informasi yang spesik kepada ibadah terutamanya wuduk, tayammum dan solat bagi pesakit-pesakit yang bukan sahaja berada di wad tetapi juga kepada pesakit-pesakit yang berada dirumah mereka sendiri. Informasi yang ada di dalam ebook ini bertepatan dengan kehendak syari'ah, ringkas, mudah diakses dan mudah dibaca serta juga mudah difahami isi kandungannya. Ia mengambil kira situasi semasa pesakit bagi memastikan pembaca dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan lancar serta tiada alasan untuk tidak menunaikan kewajipan solat. Jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Khairi bin Shae, Ustaz Muhamad Luthf Ameer bin Abdullah, Ustaz Ismudi bin Mohamad Sanusi, Encik Ahmad Sharizi bin Hassan dan Encik Mohd Rashidi bin Ismail yang turut membantu serta semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan ebook ini. Semoga segala usaha kita mendapat ganjaran daripadaAllah SWT. Saya percaya dengan adanya ebook ini, segala maklumat yang mempunyai nilai yang berfaedah ini dapat dimunafaatkan oleh pesakit-pesakit dan juga sebagai sumber rujukan dan panduan kepada semua pihak dalam menyempurnakan ibadah para pesakit demi memperolehi keredhaan Allah SWT. DR FAUZIAH BINTI ABDUL WAHAB Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah Penghargaan


iii Panel Penulis MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH Pensyarah Utama, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dakwah dan Kebudayaan Islam, Universiti Al-Azhar, Mesir Diploma Pendidikan (Bahasa Arab), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal-Islam, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) MOHD KHAIRI BIN SHAFIE Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Universiti Utara Malaysia (UUM) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab Dan Tamadun Islam), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan KUSZA


Solat lima waktu telah diwajibkan kepada orang Islam dan tidak boleh ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekalipun, kecuali dia tidak sedarkan diri, hilang akal atau gila. Ebook Tatacara Solat dan Doa untuk Pesakit diterbitkan bagi memudahkan pesakit melaksanakan ibadat solat fardu khususnya untuk pesakit di hospital dan umumnya di rumah. Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan di dalam buku ini tidak mengambarkan pergerakan zikal dan perbuatan dalam solat secara menyeluruh, ianya hanyalah contoh bagi membantu pesakit melakukan solat. Anda harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk mengerjakan solat. Prakata iv


Penafian i Penghargaan ii Panel Penulis iii Prakata iv Pengenalan 1 Wudhu’ 2 Tatacara berwudhu’ untuk pesakit 6 Tayammum 7 Tatacara tayammum untuk pesakit 12 Solat bagi pesakit 13 Hukum solat bagi orang sakit 15 Cara menunaikan solat bagi pesakit Pesakit yang mampu solat duduk iftirasy 19 Pesakit yang mampu solat duduk di atas kerusi 20 Pesakit yang mampu solat duduk di birai katil 21 Pesakit yang mampu solat duduk di katil 22 Pesakit yang mampu solat mengiring 23 Pesakit yang mampu solat telentang 24 Masalah jama’ solat bagi pesakit 27 Doa-doa 28 Adab ziarah pesakit 34 Penutup 35 Rujukan 36 v Isi Kandungan


Pengenalan Solat ialah ibadah paling istimewa dan penting kerana ianya mula-mula sekali dihisab dan diadili oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. Solat juga merupakan ibadah yang diterima oleh Baginda nabi S.A.W secara langsung daripada Allah S.W.T, ketika nabi Muhammad S.A.W mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Israk Mikraj. Ibadah solat adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril a.s sebagai pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah solat itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT. Institusi hospital bukan sahaja membantu memberi rawatan zikal malah spiritual juga kepada pesakit dalam menghadapi penyakit yang dihidapi dalam semua situasi. Jururawat memainkan peranannya yang tersendiri dengan membantu pesakit melaksanakan amalan ibadah. Hal ini adalah rukhsah yang dibenarkan oleh Islam. Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang mana menekankan konsep sakit bukan alasan dan halangan di dalam melakukan aktiviti yang berkait rapat dengan ibadah. E-Book ini salah satu daripada elemen bagi memudahkan para pesakit mencapai maklumat berkaitan ibadah solat. 1


Ilmu adalah cahaya menyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran Imam Syafie


Wuduk’ D alam Islam, wudhu' merupakan perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh seseorang umat Islam. Dari segi Bahasa melayu mengambil air sembahyang. Dari segi bahasa wudhu' ialah sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Dari segi syara' pula, wudhu' diterjemahkan sebagai membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu, iaitu cara ambil wuduk yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua-dua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu. Wuduk ialah membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air mutlak. Wudhu' hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai sumber air untuk melakukannya. Jika tiada, maka wudhu' boleh diganti dengan tayammum. DALIL Firman Allah SWT : ْ یدیكم َ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ ن آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوھكم وأْ ِ َ ُ َ ُ ُ ِ ْ َ ِ ْ ِ َّ َ ُ ْ َ ِ ُ َ َ َ َیا أیُّ ِ ھا الذی َ َ إلى المرافق وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبْین َ ُ َ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ْ ُ ْ ْ ِ ُ ُ ِ ُ َ ْ ِ ِ ِ َ َ ِ َ َ ِ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah khaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah: 6) 2


Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib. ( al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 82) Perkara Wajib Wuduk Ada 6 Perkara 1. Niat (Ketika membasuh muka) Sahaja/sengaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah ta'ala Sahaja/Sengaja aku berwuduk kerana Allah ta'ala 2. Membasuh muka. 3. Membasuh dua tangan hingga siku. 4. Menyapu sebahagian Kepala. 5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali. 6. Tertib. Hukum berwudhu’ Wajib • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat, seperti solat fardhu lima waktu sehari semalam, menyentuh AlQuran atau menyentuh buku yang mengandungi surah Yasin. • Situasi lain yang diwajibkan untuk mengambil wudhu' adalah ketika ingin melakukan tawaf Ka'bah, sama ada tawaf fardhu mahupun sunat. 3


Sunat • Ketika hendak mandi wajib • Hendak membaca Al-Quran, hadis dan buku • Ketika hendak tidur • Ketika marah • Melakukan azan • Duduk di dalam masjid • Mengusung jenazah • Mengambil wudhu' semula bagi yang sudah mempunyai wudhu' dan belum terbatal wudhu'nya Perkara yang membatalkan wuduk • Keluarnya sesuatu daripada salah satu daripada dua saluran (qubul dan dubur). • Tidur dalam keadaan yang tidak tetap punggungnya. • Hilang akal (mabuk atau sakit). • Bersentuhan kulit di antara seorang lelaki dengan perempuan ajnabi tanpa lapik. • Menyentuh kemaluan hadapan manusia sama ada lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri. Dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari. • Menyentuh halaqah (lubang) dubur manusia dengan tidak berlapik. Hikmah Wuduk • Membersihkan anggota yang terdedah kepada kekotoran. • Membentuk peribadi yang seimbang jasmani dan rohani. • Menghapuskan dosa-dosa kecilpun sunat. 4


Keadaan yang mengharuskan pesakit berwudhu’ menggunakan penyembur air (water spray) • Pesakit yang mengalami masalah pergerakan disebabkan patah tulang (kaki/ tulang belakang dan sebagainya). • Pesakit yang terlantar di atas katil sepanjang masa. • Pesakit yang berbalut (simen dan sebagainya) pada bahagian kaki. • Pastikan anggota wudhu' suci dari najis dan hadas (mengikut sekadar ke mampuan). 5


Tatacara Berwuduk’ Untuk Pesakit 6 Jika terdapat balutan / tampalan yang jika dibuka akan memudharatkan, memadai dengan hanya sapu air diatasnya. Sekiranya tidak mampu melakukan sendiri, dapatkan bantuan daripada waris. Basuh kedua belah tangan hingga meliputi dua siku Basuh muka beserta niat wudhu’. Sapu semua bahagian muka diratai air Basuh kedua belah kaki hingga meliputi dua buku lali Sapu air di kepala SENDIRI DENGAN BANTUAN


7 Tayammum T Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu' atau mandi wajib disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah. Tayammum pada syara' ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu' atau mandi wajib. Dalil Perintah Tayammum Rukhsah atau Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk bersuci dari hadas kecil atau hadas besar. Dalam al-Quran Allah SWT berrman: ُ ُ َ ُ ائط أو َ َ َ َ َ َ ِ َ َّ ْ َ ْ َ َ ٍ ْ َ َ وإن كنتم مرضى أو على سفر أو جاء أحٌ ِّ ِّ َ د منكم من الغَ ِ ِ ْ َ َ َ ً َ ً َ با فامسحوا ََ ّ ُ َ َّ ِ دوا ماء فتیمموا صعیدا طیّ ْ ُ َ ُ َ َ ْ َ ً ُ َ ِ َ ْ ِ ِ لامستم النساء فلم تج ُ ْ َ بوجوھكم وأْ ِ ِّ یدیكم منھُ ُ ُ ْ َ ِ ُ ُ ِ Maksudnya: Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. (Surah al-Maidah: 6)


8 Al-Maraghi berkata: “Apabila kamu mengalami salah satu dari tiga keadaan ini seperti sakit atau dalam perjalanan pemusaran, atau tidak menemui air sewaktu hendak menyucikan kedua-dua jenis hadas di atas, maka hendaklah kamu mencari debu atau dataran bumi yang suci daripada najis, lalu tepuklah kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan, dengan adanya kesan debu tersebut.” Dalil hadis pula ialah, Rasulullah SAW bersabda: َ َ َ َ َ ُ ِ وجعلت لنَ ْ ُ ْ ِ ا الأرض كلھا مسج ً ُ ِ ْ َ دا وجعلت تربتھا لنَ َ ْ َ َ ُُّ َ ْ ُ ُ َ ا َ َ َ جد الماء ْ َ َ ِ ِ ُ ً ِ ْ طھورا إذا لم نَ Maksudnya: “Dijadikan bagi kita seluruh bumi tempat sujud, dan tanahnya pula bahan bersuci ketika ketiadaan air.” Riwayat Muslim (522) Dalam qh mazhab Syae ada menyebut tentang sebab-sebab membolehkan tayammum antaranya ialah kerana keuzuran yang menghalang dari menggunakan air. Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan minum. ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air. iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.


9 Bahan Untuk Bertayammum Debu tanah yang bersih ialah: i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu. ii. Tidak dikategorikan sebagai abu. iii. Suci dan tidak bernajis. iv. Tidak musta'mal. v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu. Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding kerana tidak mengandungi debu tanah. Syarat-syarat Sah Bertayammum i. Menghilangkan najis terlebih dahulu. ii. Tanah debu yang suci. iii. Bukan dari debu tanah yang musta'mal (yang telah digunakan). iv. Ada qasad (niat) penggunaan tanah. v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan. vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat. vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja. viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat. Rukun Tayammum i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta'ala. ii. Menyapu debu tanah ke Muka. iii. Menyapu debu tanah ke Tangan. iv. Tertib.


10 Perkara yang membatalkan tayammum i. Semua perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan tayammum. ii. Ada air sebelum solat dimulakan iii. Boleh menggunakan air semula seperti sembuh daripada penyakit yang menghalang penggunaan air. Cara Tayammum i. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka. ii. Berniat: Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta'ala. Masa niat: Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian muka. iii. Menyapu muka iv. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan. (Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu). v. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jari tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku. vi. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari. vii. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku viii. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.


11 Sunat Tayammum i. Membaca basmalah ii. Merenggang jari tangan ketika menepuk debu tanah iii. Menipiskan debu dengan melaga-lagakan kedua-dua tangan. iv. Mendahulukan sebelah atas muka. v. Melebihkan sedikit sapuan daripada sempadan muka. vi. Mendahulukan tangan sebelah kanan. vii. Melebihkan sedikit sapuan hingga pertengahan lengan. viii. Berturut-turut antara sapuan muka dan tangan. ix. Berdoa Hikmah Tayammum i. Umat Islam dapat menjaga kesucian dan kemulian agama Islam kerana melaksanakan solat dalam apa-apa jua keadaan. ii. Menunjukkan kasih sayang Allah kerana memberi keringanan untuk melakukan ibadah dalam apa-apa jua keadaan. iii. Menghindari sebarang bentuk kemudharatan pada anggota badan kerana menggunakan air ketika cuaca yang terlalu sejuk.


12 Tatacara Tayammum Untuk Pesakit Sapu dan ratakan bahan tayammum ke muka Tepuk dua tapak tangan pada bahan tayammum sekali dan berniat sambil tapak tangan menyentuh sebahagian muka Buang saki baki bahan tayammum yang ada di tapak tangan Tepuk dua tapak tangan pada bahan tayammum sekali lagi Ketika tepuk tapak tangan pada bahan tayammum, hentak perlahan antara tangan bagi menipiskannya (di tempat lain). begitu juga di tapak tangan kanan bermula hujung tangan kiri hingga meliputi siku Sapu dan ratakan bahan tayammum di tapak tangan kiri bermula hujung tangan kanan hingga meliputi siku


Solat Bagi Pesakit Apakah maksud solat? Dari segi bahasa, solat adalah doa. Apabila seseorang hamba Allah mendirikan solat, bererti dia berdoa kepada Allah SWT. Dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Ketika solat, seluruh jasad dihadapkan kepada Allah SWT. Lidah memuji-muji dan memohon kepadaNya. Akal mengingati Allah, selari dengan ucapan lidah. Solat-solat wajib ada lima iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. 13


14 13 Rukun Solat 1 Berdiri tegak sekiranya mampu ketika solat fardu 2 Niat 4 Membaca Surah Al-Fatihah pada setiap rakaat 3 Takbiratul Ihram 5 Rukuk dengan Tamakninah* 6 Iktidal dengan Tamakninah* 7 Sujud dua kali pada setiap rakaat dengan Tamakninah* 8 Duduk antara dua sujud dengan Tamakninah* 9 Duduk tasyahud akhir dengan Tamakninah* 11 Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir 10 Membaca tasyahud akhir 12 Membaca salam yang pertama 13 Tertib (mengikut urutan) Pembahagian Rukun ˜ Rukun Qabli ˜ Rukun Fi’li ˜ Rukun Qauli *Tamakninah bermaksud Berhenti seketika dalam solat sekadar tempoh menyebut subhanallah


15 Hukum Solat Bagi Orang Sakit Solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilakukan dalam semua keadaan kerana tidak ada keuzuran yang boleh meninggalkan solat kecuali hilang akal. Namun, Islam telah memberi kelonggaran kepada pesakit-pesakit untuk melakukan solat mengikut kemampuan yang ada pada mereka sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Imran Husain bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Solatlah kamu dengan cara berdiri, jika kamu tidak mampu maka hendaklah duduk, jika tidak mampu juga, maka hendaklah kamu solat secara berbaring” (H.R. Jemaah) Dan ditambah oleh an-Nasai: “Maka jika kamu tidak mampu juga hendaklah solat secara tidur terlentang”. Berdasarkan kepada nas di atas, jelas menunjukkan bahawa orang yang uzur/sakit tidak mampu berdiri dibolehkan solat secara duduk dalam apa keadaan yang ia selesa. Seterusnya, jika tidak mampu duduk, maka hendaklah solat secara berbaring atas rusuk kanan dan muka serta dadanya mengadap ke arah kiblat. Jika tidak mampu berbaring atas rusuk kirinya dan muka serta dadanya mengadap ke arah kiblat, jika tidak mampu solat secara berbaring, maka hendaklah solat secara tidur terlentang dengan menghulurkan kaki ke kiblat serta mengangkat kepalanya dengan sesuatu seperti berlapik dengan bantal dan sebagainya bagi mengadapkan mukanya ke arah kiblat.


16 Ketika rukuk dan sujud pula, hendaklah membuat isyarat dengan kepala dan untuk sujud isyaratnya lebih rendah daripada rukuk, dan jika tidak mampu, maka hendaklah melakukan solat dengan isyarat melalui kelopak mata dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah melakukan solat dengan ingatan dalam hati terhadap rukun-rukun dan sunatnya. Sebagai contohnya, mengingatkan ia sedang berdiri, kemudian membaca alfatihah, kemudian rukuk, Iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud, sujud kedua begitulah seterusnya pada rakaat-rakaat berikutnya. Ini Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu suruhan, maka hendaklah kamu lakukannya setakat yang kamu mampu”. (H.R. Muslim) Kesimpulannya, orang-orang yang sakit wajib solat berdiri, jika tidak mampu boleh solat secara duduk, jika tidak mampu bolehlah solat secara tidur berbaring, jika tidak mampu bolehlah solat secara terlentang, dan membuat pergerakan isyarat kepala untuk rukuk dan sujud, jika tidak mampu, bolehlah solat menggunakan isyarat kelopak mata. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah solat dengan ingatan dalam hati. Oleh itu, jelaslah bahawa selagi akal masih ada, maka kewajipan solat tidak tergugur daripadanya. Sabda Nabi SAW; Maksudnya: Imran bin Husain bercerita: Adalah aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya Nabi, sabdanya: “Solatlah secara berdiri, jika engkau tidak berdaya, duduklah jika tidak berdaya juga, maka solatlah secara berbaring merusuk (kanan).” (HR Bukhari, Abu Daud dan Ahmad bin Hanbal).


17 Pesakit yang tidak dapat berdiri hendaklah solat secara duduk, iaitu: • Duduk secara iftirash (seperti duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal). • Duduk bersila • Duduk mengikut cara yang mampu dilakukan • Menghadap kiblat. Jika tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah melakukan isyarat dengan kepala iaitu tunduk bagi sujud lebih rendah daripada tunduk bagi rukuk. Jika tidak mampu duduk hendaklah solat secara mengiring di atas lambungnya (pada bahagian kanan tubuh, jika tidak dapat, mengiringlah pada bahagian kirinya dengan dihadapkan seluruh badan ke arah kiblat). Jika tidak boleh, solat secara telentang dengan menjadikan kedua-dua kakinya menghadap ke arah kiblat dan melakukan isyarat dengan kepada atau matanya, jika tidak berdaya juga maka hendaklah dia solat dengan menggunakan isyarat (dengan apa sahaja seperti kepala, mata atau sebagainya). Bagi yang tidak dapat menghadapkan muka ke arah kiblat dan tidak ada orang membantu sekalipun dengan bayaran, hendaklah dia bersolat dalam keadaannya itu. Sekiranya dahinya dibalut, bolehlah baginya sujud di atas balutan tersebut dan tidak perlu lagi diulangi solat itu.


18 Cara Menunaikan Solat Bagi Pesakit


19 Pesakit Yang Mampu Solat Duduk Iftirasy Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan I’tidal Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati.


20 Pesakit Yang Mampu Solat Duduk Di Atas Kerusi Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan I’tidal Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud


21 Pesakit Yang Mampu Solat Duduk Di Birai Katil Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan I’tidal Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud


22 Pesakit Yang Mampu Solat Duduk Di Atas Katil Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud I’tidal


23 Pesakit Yang Mampu Solat Mengiring Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud I’tidal


24 Pesakit Yang Mampu Solat Terlentang Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. (MENGGUNAKAN ISYARAT MATA) Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud I’tidal


25 Pesakit Yang Mampu Solat Duduk Di Atas Kerusi Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan I’tidal Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud (BAGI IBU MENGANDUNG)


26 Pesakit Yang Mampu Solat Duduk Di Atas Katil Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam untuk semua cara solat. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, boleh menggunakan isyarat kepala atau mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat di dalam hati. (BAGI IBU MENGANDUNG) Niat & Takbiratul Ihram Membaca al-Fatihah Ruku’ ikut kemampuan Sujud ikut kemampuan Duduk antara dua sujud & duduk tasyahhud I’tidal


27 Masalah Jama’ Solat Bagi Pesakit (KUMPUL DUA SOLAT FARDU DALAM SATU WAKTU) Terdapat dua pandangan Ulama Islam yang berbeza dalam masalah ini: 1. Mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian ulama Maliki berpendapat; Pesakit tidak dibenarkan menjama’ dua solat pada satu-satu waktu kerana kesakitan yang dialaminya. 2. Mazhab Maliki, Hanbali dan sebahagian ulama Mazhab Syafie (Al-Qadi Husain dan Al-Mutawali) berpendapat; Dibenarkan membuat demikian malah dibenarkan menunaikannya sama ada secara Jama’ Taqdim (dahulukan) atau Ta’khir (akhirkan); contohnya mengumpulkan Zohor dan Asar dalam waktu Zohor atau Asar. Umumnya, terserah kepada pesakit, dia dibenarkan memilih mana yang terbaik baginya. Begitu juga bagi anggota hospital yang melakukan prosedur pembedahan memakan masa panjang dan tidak dapat tidak dapat dihentikan kecuali selepas dua waktu solat, maka dibenarkan melakukan solat jama’ tersebut.


28 Doa-Doa Antara amalan yang digalakkan adalah membaca surah al-Fatihah kerana salah satu namanya surah al-Syifa atau al-Syayah (penyembuh). Begitu juga dengan surah Yasin, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas, ayat Kursi dan beberapa ayat pilihan termasuk surah pilihan. Begitu juga dengan zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan maka ia adalah penawar daripada 99 penyakit, dan yang paling ringan adalah perasaan bimbang dan keluh kesah. Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1990), al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Ausat (5028) dan al-Baihaqi dalam al-Da'awat al-Kabir (178). Al-Hakim menyatakan hadith ini sahih. Manakala pengarang kitab Dha'if al-Jami' (6286) menilai hadith ini sebagai dha'if. Oleh itu, antara amalan zikir dan doa yang boleh kita amalkan adalah: 1. DOA BERLINDUNG DARI BALA DAN KEJAHATAN Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang sukar, kejahatan yang melampau, qadha' yang buruk dan cacian musuh. Riwayat al-Bukhari (6347) dan Muslim (2707)


29 2. DOA BERLINDUNG DARI HATI RESAH DAN GELISAH Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari rasa pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari bebanan hutang dan penindasan.” Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Daud (1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa'ie (5449) dan al-Baihaqi dalam al-Da'awat al-Kabir (305) 3. DOA MOHON KEAMPUNAN Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka, ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Riwayat al-Bukhari (7387) dan Muslim (2705)


30 Turut dinyatakan beberapa ayat al-Quran berkenaan syifa Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman..” Surah al-Isra' (82) Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” DOA UNTUK ORANG SAKIT MENGIKUT AJARAN RASULULLAH 4. DOA UNTUK KESEMBUHAN Sebuah hadis meriwayatkan amalan Rasulullah yang turut melazimi ziarah menjenguk orang sakit. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA menyatakan Rasulullah sering membaca doa ini kepada sahabatnya yang sedang sakit: Maksud: Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit. (Hadis Riwayat Bukhari)


31 5. DOA MELAWAT ORANG SAKIT Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya kemudian mengucapkan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali : (doa di bawah), maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut” (Hadis Riwayat Abu Daud) Doa ini dibacakan dengan niat agar Allah SWT segera mengangkat penyakit serta mengurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada si pesakit: 6. UCAPKAN DOA KEPADA ORANG SAKIT BESERTA NAMANYA Dalam mendoakan orang sakit, kita juga dianjurkan untuk berdoa sambil menyebutkan nama si pesakit. Perbuatan ini bertepatan dengan amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW saat menjenguk Sa'ad bin Abi Waqqash. Berdasarkan Riwayat Imam Muslim, doa ini pernah ditujukan kepada Sa'ad. Dalam doa di bawah, nama Sa'ad digunakan. Gantilah nama Sa'ad dengan nama pesakit yang anda ziarahi : Maksudnya: “Tuhanku, sembuhkan Sa'ad. Tuhanku, sembuhkan Sa'ad. Tuhanku, sembuhkan Sa'ad. (Hadis Riwayat Imam Muslim)


32 7. DOA UNTUK KESEMBUHAN SEMUA JENIS PENYAKIT Berikut pula merupakan doa bagi memohon kesembuhan sebarang jenis penyakit. Menurut hadis riwayat Imam Bukhari dari Ibu Abbas R.A, Rasulullah SAW pernah membacakan doa ini ketika menziarahi seorang Badwi yang terlantar sakit demam. Doa yang dilafazkan adalah seperti berikut: Maksud: (Semoga) tidak apa-apa (sakit), semoga suci dengan kehendak Allah. (Hadis Riwayat Bukhari) 8. DOA UNTUK KESEMBUHAN SERTA PENGAMPUNAN DOSA BUAT SI PESAKIT Selain mendoakan untuk kesembuhan, kita juga boleh mendoakan agar diampunkan dosa-dosa si pesakit. Sebagaimana riwayat Ibnu Sunni, Rasulullah SAW membacakan doa ini ketika menjenguk sahabatnya, Salman Al-Farisi: Maksud : Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengaatkanmu dalam agama serta jasmanimu sepanjang usia. (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)


33 9. DOA AGAR DIBERI RAHMAT DAN KASIH SAYANG Maksudnya: “Ya Tuhan kami, terpujilah nama-Mu, jadilah kehendak-Mu di langit dan di bumi; karena rahmat-Mu ada di surga, berikanlah itu ke bumi. Ampunilah kami atas segala dosa dan jalan kami yang salah. Wahai Tuhanku, turunkan rahmat dari-Mu dan ubat dari-Mu untuk menyembuhkan sakit ini, sehingga sembuh.


34 Menangis di depan pesakit. Duduk di atas katil pesakit. Bercakap terlalu kuat. Bercakap dan melawat terlalu lama. Merokok sebelum/ketika melawat pesakit. Memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Jangan menyebut penyakit orang lain sama ada seupama penyakitnya sehingga menyebabkan kematian orang itu kerana akan menyakitkan hati pesakit. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepada pesakit atau makanan yang telah disediakan untuknya. Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, sebaiknya tunggu sehingga keadaan pesakit lebih stabil. Elak daripada menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat. Berniat mneziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW. Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit. Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi. Mendoakan pesakit agar cepat sembuh. Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit. Sesuaikan waktu ziarah dan pendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat. Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian. Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa. Perlahan nada dering telefon pintar atau tukar ke mod diam/gegaran. BOLEH ELAKKAN Adab Ziarah Pesakit


Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, maka sesiapa yang inginkan kedua-duanya, hendaklah dia mempunyai ilmu. Imam Syafie


Penutup S Solat merupakan perkara fardu ain yang wajib dilaksanakan walaupun ketika seseorang berada di dalam keadaan sakit. Islam sebagai agama trah memberikan rukhsah kepada umatnya dalam melaksanakan tuntutan ibadah. Orang yang sakit diberikan kemudahan di dalam ajaran Islam untuk menunaikan ibadah solat mengikut keupayaannya supaya tiada lagi alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat. Islam menggariskan cara-cara tertentu dalam memberi ruang dan peluang kepada pesakit untuk beribadah kepada Allah S.W.T terutamanya dalam ibadah solat. Individu yang tidak melaksanakan ibadah solat dilihat rapuh iman dan taqwanya kerana tidak terkesan dengan ancaman dahsyat terhadap mereka yang meninggalkan solat. Oleh itu, umat Islam perlu saling mengingati supaya jangan meninggalkan perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan solat lima waktu yang merupakan benteng dan kekuatan ukhuwwah antara hamba dan penciptanya. Bagi pesakit, mereka boleh memilih mana-mana kaedah atau tatacara solat ketika sakit mengikut kemampuan dan keupayaannya. Ini kerana, solat akan menjadi penawar bagi kesakitan yang ditanggungnya sekiranya solat tersebut dilakukan dengan penuh rasa khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT 35


Rujukan Al-Qur'an al-Karim Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar. Rahman Kepada Pengertian al-Qur'an (30 Juz), terj: Darul Fikir : Kuala Lumpur. Cet. 11. (2000). Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, 1999, Al-Jami' al-Sahih, Al-Riyadh: Dar al-Salam. Al-Nawawi, Muhyiddin bin Syaraf, Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab, 2001, Jilid 2 dan 4, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-'Arabiyyah. Abd. Rasyid Hj.Ahmad. (1995). “Aspek-aspek Pendidikan Dalam Solat”, Jurnal Usuluddin. Anisah Ab. Ghani (2001). Konsep dan Pengamalan Solat. Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers. Basri Ibrahim. (2011). Sakit Bukan Alasan Untuk Meninggalkan Solat. Selangor: AlHidayah House Of Publishers Sdn. Bhd. Fauzi Abdul Hamid. (2013). Solat Emergency: Rukhsah Solat Dan Wuduk Ketika, Musibah. Telaga Biru. Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2013). Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Maryam Abdul Majid. (1999). Bimbingan Ibadat. Johor Bahru: Penerbit Badan Cemerlang Sdn. Bhd. Rizky Banjary Abdullah Al-Mustofa. (2014). Formula Mudah Solat. Selangor: MPH Bookstores Sdn. Bhd. 36


Terbitan Pertama: JUN 2023 @Hak Cipta Terpelihara 2023 Nama Penerbit: HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH (HSB) Alor Setar Kedah Penulis: MOHD KHAIRI BIN SHAFIE ISMUDI BIN MOHAMAD SANUSI MUHAMAD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia eISBN 978-967-10243-3-1


Click to View FlipBook Version