The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bryan Rayne, 2024-04-23 10:21:58

Nilai menghormati antara satu sama lain di kalangan masyarakat.

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA AKAR PENYEBAB PENURUNAN NILAI MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN DI MALAYSIA BAGAIMANA PIHAK BERKUASA, INSTITUSI PENDIDIKAN, DAN MASYARAKAT BOLEH BEKERJASAMA UNTUK MENGATASI CABARAN INI BAGAIMANA PIHAK BERKUASA, INSTITUSI PENDIDIKAN, DAN MASYARAKAT BOLEH BEKERJASAMA UNTUK MEMPROMOSIKAN BUDAYA SALING MENGHORMATI YANG LEBIH KUAT DALAM KALANGAN PELBAGAI KUMPULAN ETNIK, AGAMA, DAN BUDAYA I-SISWA VOL.01/MEI2024 WM RM10.00 EM RM12.00


AKAR PENYEBAB PENURUNAN NILAI MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN DI MALAYSIA SIDANG RIDAKSI Bagaimana pihak berkuasa, institusi pendidikan, dan masyarakat boleh bekerjasama untuk mengatasi cabaran ini Bagaimana pihak berkuasa, institusi pendidikan, dan masyarakat boleh bekerjasama untuk mempromosikan budaya saling menghormati yang lebih kuat dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik, agama, dan budaya 3 4-7 8-10 11-14 Kesimpulan 15 ISI KANDUNGAN


1 Kata Penasihat Ahli ENRICO CHIESA MUSA ANAK JIMMY 05DKA23F1104 BRYAN RAYNE ANAK JULIAN 05DKA23F1149 JOANNES LANG ANAK JIMBAT 05DKA23F1089 GABRIEL GANDI ANAK PETER 05DKA23D1134 MISSDEFENIANAKJAROP PENSYARAHPOLITEKNIKKUCHING SARAWAK Sidang Redaksi Salamsejahtera. Majalah I-Siswa merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-foliobagi kursus MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA. Tugasan ini telah mengenengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu perpaduan dan kemasyarakatan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DKA2/S4 , Jabatan Kejuruteraan Awam , Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi 2 2023/2024 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah I-Siswa untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya ialah semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam memastikankestabilandankeharmonianmasyarakatmajmukdiMalaysia. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat kerajaan membentuk Agenda KeluargaMalaysia. 3


AKARPENYEBAB PENURUNANNILAI 4 Di antara kesan utama yang berlaku akibat daripada pudarnya nilai hormat menghormati ini ialah wujudnya kumpulan dalam kalangan masyarakat di negara ini yang berani mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, bangsa dan agama lain. Perbuatan seperti ini bukan sahaja boleh menimbulkan perasaan tidak puas kepada mereka yang terlibat, malah ia mungkin juga boleh mengakibatkan pertelingkahan dan juga pergaduhan di antara kumpulan-kumpulan yang terlibat. Nilaimurniyangkian runtuh pa yang amat menyedihkan ialah, nilai murni yang menjaditunjangkemanisandan keindahan masyarakat Malaysia pada suatu ketika dulu telah mula pudar daripada menjadi amalan masyarakat di negara ini. Di antara nilai dan amalan mulia yang mulai pudar di negara ini ialah hormat menghormati , toleransi dan berbaik sangka . Sifat hormati menghormati telah mulai pudar daripada amalan hidup seharian dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kanak-kanak sudah mulai kurang hormat kepada ibu bapa atau guru-guru. Golongan muda sudah mula hilang hormat kepada golongan tua. Sifat hormat menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain juga sudah mula pudar. Oleh kerana sifat dan nilai hormat menghormati ini semakin pudar dalam masyarakat pada hari ini, maka berlakulah pelbagai perkara yang tidak diingini seperti pertelingkahan, perpecahan dansebagainya. A Disediakan oleh:Gabriel


Faktor kawan atau pergaulan juga dapat memberi pengaruh terhadap nilai kesopanan. Seperti pepatah, apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi akan terkena wangi, dan apabila kita berkawan dengan seorang pandai besi, kita bisa terkena percikan api atau minimal kita akan mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap. Ketika berkumpul dengan teman-teman tak jarang akan keluar katakata kasar dari teman-teman kita, dan itu yang akan melekat pada diri kita. Mungkin kata-kata yang dilontarkan tersebut maknanya sebagai lawak dengan teman. Namun kerap kali hal ini menjadi kebiasaan yang tertanam, sehingga pada akhirnya hal tersebut menjadi lifestyle bagi remaja. Bahkan tidak hanya dari ucapan saja, cara berpakaian yang kerap digunakan remaja saat ini juga turut mempengaruhi nilai kesopanan. Penggunaan pakaian yang cenderung terbuka dan memperlihatkan bagian private saat ini seolah menjadi tren baru di kalangan remaja, sehingga semakin banyak remajalainyangmenirucaraberpakaiantersebut. Selain itu,faktor media massa juga salah satu faktor memudarnya nilai kesopanan pada remaja. Saat ini banyak sekali tayangan filem yang kurang mendidik, mulai dari adegan bergaduh, cara berpakaian, dan juga cara percakapan masing-masing . Belum lagi dengan adanya media sosial dunia yang memberikan pandangan baru kepada remaja mengenai gaya hidup remaja secara global yang pada akhirnya kerap dicontoh oleh remaja di Malaysia. Seperti bermewah-mewahan, menginap di hotel dengan berlainan jantina, pergi ke klub malam dan lain - lain yang secara tidak sedar dicontoh dan diikuti oleh remaja di Malaysia. Hal ini membuat beberapa kalangan masyarakat tidak bersetuju dengan keadaan remaja kini. Disediakan oleh:Gabriel 5


enggunaan teknologi dan media sosial yang tidak terkawal boleh menghasilkan informasi dan konten yang bertentangan dengan nilai-nilai murni. Anonimiti dalam dunia maya juga boleh menyebabkan penyebaran fitnah dan kebencian.Hal ini berlaku kerana Tanpa pengawasan yang baik, media sosial dapat digunakan untuk menyebarkan konten yang mengandungi kekerasan, ketidakadilan, pornografi, atau nilai-nilai yang tidak sesuai dengan budaya dan nilai murni masyarakat. Dengan kemudahan untuk menyembunyikan identiti di platform media sosial, individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab boleh dengan mudah menyebar fitnah atau informasi palsu tanpa takut akan tanggungjawab hukum. Anonimiti dapat memberikan keberanian kepada individu untuk menyuarakan pendapat atau tindakan yang penuh kebencian, rasis, atau intoleran terhadap kumpulan atau individu lain, yang boleh merosakkan harmoni sosial dan memecahbelahkan masyarakat. 6 P DISEDIAKAN OLEH : ENRICO


Seterusnya, faktor kekurangan pendidikan dan kesedaran. Hal ini menunjukkan bahawa akses kepada pendidikan berkualiti di Malaysia adalah tidak sekata, dengan jurang perbezaan yang ketara antara kawasan bandar dan luar bandar serta antara kumpulan sosio-ekonomi. Oleh itu, kesedaran tentang nilai sosial seperti empati, toleransi, dan menghormati kepelbagaian mungkin tidak dapat diperkukuhkan dengan secukupnya melalui kurikulum pendidikan atau program pendidikan masyarakat. Contohnya, di kawasan luar bandar di Malaysia, akses kepada pendidikan berkualiti mungkin terhad disebabkan oleh kekurangan sekolah dan guru.Dengan ini, kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai sosial seperti empati dan toleransi yang boleh dilihat dalam insiden intoleransi agama atau kaum di beberapa negara. Kesannya, kekurangan akses kepada pendidikan berkualiti dan kekurangan kesedaran tentang nilai sosial boleh mendatangkan kesan buruk, seperti Ketidakadilan Sosial iaitu kurang kesedaran tentang nilai sosial seperti empati dan toleransi yang boleh membawa kepada ketidakadilan sosial terhadap minoriti atau kumpulan yang terdedah. Kekurangan akses kepada pendidikan berkualiti dan kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai sosial seperti empati, toleransi dan menghormati kepelbagaian boleh memburukkan lagi kemerosotan nilai hormat-menghormati dalam masyarakat. Oleh itu, adalahpentinguntuk mengambil langkah untuk meningkatkan akses kepadapendidikan berkualiti dan meningkatkan kesedaran tentang nilai sosial sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki keadaansosialdalammasyarakat. Kesimpulannya,, hal ini adalah penting untuk diingat bahawa kemerosotan rasa hormat antara satu sama lain di Malaysia adalah masalah yang kompleks dengan banyak punca.Walau bagaimanapun, dengan menyedari cabaran ini, kita boleh memulakan perjalanan untuk membina semula rasa hormat dan perpaduan dalam masyarakat.Pendekatan holistik diperlukan yang melibatkan usaha daripada pelbagai sektor termasuk kerajaan, institusi pendidikan, kumpulan masyarakat dan media. Penekanan perlu diberikan kepada nilai-nilai seperti empati, toleransi, menghormati kepelbagaian, dan pendidikan moral sebagai prinsip untuk memperbaiki dan mengeratkan hubungan antara individu dan antara kumpulan dalam masyarakat Malaysia.Dengan kerjasama dan komitmen bersama, kita boleh mengatasi cabaran ini dan mewujudkan masyarakat yang lebih menghormati, inklusif dan harmoni untuk generasiakandatang. D 7 isediakanOlehBRYAN


8 Bagaimanapihak berkuasa,institusi pendidikan,dan masyarakatboleh mengatasicabaranini P\ ihakBerkuasa memainkan peranan penting dalam mengatasi cabaran penurunan nilai menghormati antara satu sama lain kerana mereka memiliki kuasa. Antaranya,pihak berkuasa boleh menggubal dan melaksanakan undang-undang yang melindungi hak asasi manusia dan menggalakkan undang-undang serta asas yang kukuh boleh memberi kesan positif dalam membentuk norma sosial dan tingkah laku masyarakat. Sebagai contoh,pihak berkuasa telah menggubal undang-undang anti-diskriminasi yang memberikan perlindungan undangundang kepada individu daripada sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan kewarganegaraan, agama atau orientasi seksual. Dengan undang-undang yang jelas dan penguatkuasaan yang tegas, masyarakat dapat merasakan keselamatan dan keadilan serta membantu meningkatkan nilai hormat-menghormati dan keharmonian dalam masyarakat. Oleh itu, peranan pihak berkuasa adalah penting kerana mereka mempunyai alat dan kuasa untuk merangka, melaksana dan menguatkuasakan undang-undang dan dasar yang boleh membentuk norma sosial dan tingkah laku masyarakat dalam menghormati antara satu sama lain. DisediakanOleh BRYAN


INSTITUSi PeNdiDKAN TumpuAspekPerpaduan Seterusnya, pembangunan modul etika dan nilai murni yang dibangunkan perlu memberikan tumpuan khusus kepada aspek perpaduan, hormat menghormati, bekerjasama yang mempunyai kualiti daya saing tinggi bagi membolehkan generasi pelajar hari ini mampuberdepanperubahanpadamasahadapan. Penilaian terhadap subjek juga perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memenuhi objektif pengajaran dan membolehkan penilaianpelajardapatdilakukandenganlebihbaiksertaberkesan. Malaysia juga boleh mengaplikasi konsep pendidikan negara Jepun dengan menerapkan pengajaran dan pembelajaran etika sejak di sekolah rendah. Berdasarkan kepada pepatah Melayu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' maka adalah amat tepat jika pelajar sekolah rendah digunakan sebagai medium mengubah etika masyarakat yangkianhancurmasakini. Etika dan nilai murni milik generasi muda masa kini kian pudar selaras dengan perkembangan teknologi yang dikecapi. Penggunaan media sosial telah digunakan sebagai platform oleh generasi muda bagi mengkritik, menempelak dan meluahkan perasaan atas segala aspek yang dirasakan tidak adil pada perspektif mereka. 9 Media Sosial Disediakan oleh Gabriel INFO LANJUT


MASYARAKAT ihak masyarakat haruslah menganjurkan kempen-kempen kesedaran di peringkat komuniti, daerah, dan negara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan saling menghormati dan menghargai kepelbagaian . Dengan Melibatkan tokoh masyarakat, selebriti, dan pemimpin agama dalam kempen untuk menarik perhatian masyarakat . P Selain itu, menganjurkan programprogram komuniti seperti forum dialog antara kumpulan etnik, makanan dan budaya festival, serta pertukaran rumah antara kumpulan etnik. Dengan ini dapat menggalakkan dialog terbuka dan konstruktif antara kumpulan etnik untuk memahami perbezaan budaya, tradisi, dan nilai-nilai masing-masing. DISEDIAKAN OLEH : ENRICO 10


Pendidikan dan Pelatihan: Institusi pendidikan dapat memainkan peranan penting dalam mengajar nilai-nilai toleransi, penghormatan, dan kepelbagaian kepada generasi muda. Mereka boleh memasukkan kurikulum yang menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang budaya, tradisi, dan agama yang berbeza. DISEDIAKAN OLEH : JOANNES LANG Kerjasama antara pihak berkuasa, institusi pendidikan, dan masyarakat adalah kunci untuk mempromosikan budaya saling menghormati yang lebih kuat di kalangan pelbagai kumpulan etnik, agama, dan budaya. Berikut adalah beberapa cara di mana mereka dapat bekerja sama Kerjasama Institusi: Pihak berkuasa, institusi pendidikan, dan organisasi masyarakat boleh bekerjasama dalam projek-projek yang mempromosikan kesedaran antarabudaya dan dialog antara kumpulan-kumpulan yang berbeza. Ini mungkin termasuk seminar, bengkel, atau forum awam yang membincangkan isu-isu berkaitan dengan kepelbagaian budaya. 11


Penglibatan Masyarakat: Masyarakat juga perlu dilibatkan secara aktif dalam usaha mempromosikan budaya saling menghormati. Mereka boleh menyokong program-program komuniti, menyertai pertubuhan sukarelawan yang bergerak dalam bidang ini, atau mengambil bahagian dalam acara-acara kebudayaan yang diadakan di komuniti mereka. Program Komuniti: Pihak berkuasa tempatan boleh menyokong program-program yang menggalakkan interaksi antara kumpulan etnik, agama, dan budaya melalui acaraacara kebudayaan, perayaan, dan pertukaran budaya. Program-program ini dapat membantu mempererat hubungan antara pelbagai kumpulan dalam masyarakat. DISEDIAKAN OLEH : JOANNES LANG


13 penggunaan Media Sosial dan Teknologi: Pihak betanggungjawab hendaklah menggunakan media sosial dan teknologi untuk mempromosikan budaya saling menghormati juga adalah salah satu cara yang efektif. Institusi pendidikan dan pihak berkuasa boleh bekerja sama dalam mencipta konten edukatif dan interaktif yang mempromosikan nilai-nilai kepelbagaian budaya. Promosi Acara Budaya: Pihak berkuasa dan institusi pendidikan boleh bekerja sama dalam mempromosikan acara budaya yang diadakan oleh masyarakat. Ini dapat meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang ada di dalam masyarakat. DISEDIAKAN OLEH : ENRICO


14Kempen kesedaran awam : Merupakan pekara penting dalam memupuk nilai-nilai seperti toleransi, hormatmenghormati dan persefahaman antara pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya dalam masyarakat. Melalui kempen ini, pihak berkuasa, institusi pendidikan, dan masyarakat secara keseluruhannya boleh memainkan peranan dalam menyebarkan mesej yang menggalakkan kesedaran tentang kepelbagaian dan kepentingan menghormati perbezaan antara individu dalam masyarakat. Peruntukan Sumber Pendidikan: Pihak berkuasa dan institusi pendidikan boleh bekerjasama untuk menyediakan sumber pendidikan, termasuk buku, bahan bacaan dan media pendidikan yang mewakili pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya.Mereka mungkin menyelaraskan kurikulum untuk mencerminkan kepelbagaian masyarakat, memastikan terdapat buku dan bahan kesusasteraan yang merangkumi perspektif berbeza, membangunkan media pendidikan inklusif, dan bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk mengumpul sumber pendidikan yang tulen. Melalui usaha tersebut, mereka dapat memainkan peranan penting dalam memupuk persefahaman antara pelbagai golongan masyarakat. Menerapkan Prinsip Peluang dan Keadilan: Pihak berkuasa perlu memastikan pelaksanaan prinsip peluang dan keadilan yang sama untuk semua individu, tanpa mengira asal-usul etnik, agama, atau budaya mereka untuk menggalakkan rasa keterangkuman dan keadilan dalam masyarakat dan boleh meningkatkan rasa keterangkuman serta keadilan dalam masyarakat. Ini termasuk mewujudkan asas yang adil, penguatkuasaan undang-undang yang konsisten, menyediakan akses sama rata kepada perkhidmatan asas, meningkatkan kebebasan dan penyertaan, memperkasakan komuniti yang terdedah, menyediakan pendidikan dan kesedaran awam, dan mengukur dan memantau kemajuan dalam melaksanakan yayasan. Dengan melakukan ini, pihak berkuasa boleh memastikan semua individu mempunyai peluang yang sama untuk membangun dan menyumbang kepada masyarakat yang adil dan inklusif. DISEDIAKAN OLEH : BRYAN


Kesimpulan untuk mengatasi cabaran penurunan nilai hormat menghormati agar tidak menyebabkan konflik atau pergaduhan dalam negara adalah dengan memperkuat pemahaman, toleransi, dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, agama, dan pandangan. Ini dapat dicapai melalui pendidikan yang inklusif dan berterusan, promosi dialog antara pelbagai kumpulan masyarakat, dan pembinaan institusi yang memupuk kesetiaan kepada nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia, dan keadilan sosial. Selain itu, penting untuk memupuk semangat saling hormat-menghormati dalam setiap interaksi dan kehidupan harian, serta menggalakkan rasa tanggungjawab bersama dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Dengan pendekatan ini, kita dapat mencegah konflik dan pergaduhan yang mungkin timbul akibat kurangnya nilai hormat menghormati dalam masyarakat. KESIMPULAN Jika kita semua bersopan, bertatasusila, beradab dan berbudi bahasa dalam pergaulan seharian, baik secara fizikal atau secara maya di media sosial, saya yakin masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang paling harmoni dan bersatu-padu di dunia. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang bersopan dan bertatasusila, beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia, ‘Rakyat Malaysia boleh menjadi masyarakat paling harmoni’ Perdana Menteri Malaysia ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin, “ ” DIsediakan oleh Gabriel 15


DISEDIAKAN OLEH : JOANNES LANG


Click to View FlipBook Version