E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)
TAJUK : SUKAN DAN PERADABAN
PROGRAM : KEJURUTERAAN AWAM
NAMA PENSYARAH : ENCIK IRUWAN BIN IDRIS
NAMA PELAJAR NO.PENDAFTARAN
PHANNI BOONSIRI A/P ARDUL 16DKA21F1054
MUHAMMAD IRFAN BIN OMIZEE 16DKA21F1060
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA
1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. TOPIK : 3.1 SUKAN MALAYSIA
3.2 PERANAN DARI SEGI PERPADUAN
3.3 CONTOH-CONTOH SUKAN
3.4 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN KAUM
3.5 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
4. KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang
diberikan kepada saya, Phanni Boonsiri A/P Ardul dan rakan saya ,
Muhammad Irfan Bin Omizee sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertama sekali, kami dua ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami,Encik Iruwan kerana telah banyak membantu dalam memberi
sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini
dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan
persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan
seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses
penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa,namun
itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga
dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan
semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan
sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.
Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan
kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung
dan secara tidak langsung.
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk
perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan
bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok
yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya
bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi
fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar
Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang
sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan
adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam
kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati
antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara.
“Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep
1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan
agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa
mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang
seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang
bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh
yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah
amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas,
dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.
Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek
yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk
pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat
membentuk pelajar yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan
mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti
yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan
hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama
menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan
rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya
membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.Penubuhan majlis
sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya sukan Malaysia
(SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri.Aktiviti sukan
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah
anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia
dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan
kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini
Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian
diadakan setiap tahun untuk mencungkin bakat atlet-atlet remaja di peringkat
negeri dan daerah bagi menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan
yang dipertandingkan.
PERANAN DARI SEGI PERPADUAN
.
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa Malaysia
terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan
pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami
di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan
sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala
gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti
diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,
pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan
diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara
dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam
membentuk perhubungan global yang baik.
CONTOH-CONTOH SUKAN
1) BOLA SEPAK
2) BADMINTON
3) BOLA JARING
4) OLAHRAGA
5) RAGBI
6)BOLA BALING
BOLA SEPAK
Bola sepak ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan
yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Bola sepak
dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput
atau rumput buatan.
Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola
dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala
10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya
selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk
mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol
terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa
berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan
masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran
kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun
oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA).
BADMINTON
Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis
yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan)
ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah
bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis
menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di
kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas
lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia
melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang
kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu
campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi
tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang
cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan,
kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang
memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan
kemahiran penggunaan raket.
BOLA JARING
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal
daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang.
Bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan
sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Hindia Barat,
Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring
dalam lebih daripada 70 buah negara.
OLAHRAGA
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan
yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar,
dan berjalan kaki secara bersaingan. Jenis pertandingan olahraga yang paling
biasa ialah balapan dan padang, berlari di jalan raya, berlari merentas desa, dan
lumba jalan kaki.
Keputusan acara perlumbaan diputuskan dengan kedudukan penamat (atau
masa, di mana diukur), sementara lompatan dan lemparan dimenangi oleh atlet
yang mencapai pengukuran tertinggi atau terjauh dari beberapa percubaan.
Kesederhanaan pertandingan, dan kekurangan keperluan untuk peralatan mahal,
menjadikan olahraga salah satu sukan yang paling kerap dipertandingkan di
dunia. Olahraga kebanyakannya merupakan sukan perseorangan, kecuali
perlumbaan lari berganti-ganti dan pertandingan yang menggabungkan prestasi
atlet untuk skor pasukan, seperti merentas desa.
Olahraga terancang boleh dikesan kembali ke Sukan Olimpik Purba dari 776
SM. Peraturan dan format acara moden dalam olahraga ditentukan di Eropah
Barat dan Amerika Utara pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan
kemudiannya tersebar ke bahagian lain di dunia. Kebanyakan mesyuarat
peringkat tertinggi moden dijalankan oleh Persekutuan Antarabangsa Olahraga
dan ahli-ahli persekutuan tersebut.
Perjumpaan olahraga membentuk tulang belakang Sukan Olimpik Musim
Panas. Perjumpaan olahraga antarabangsa utama ialah Kejohanan Olahraga
Dunia IAAF, yang menggabungkan balapan dan padang, lari maraton dan
lumba jalan kaki. Pertandingan peringkat tinggi lain dalam sukan olahraga
termasuk Kejohanan Merentas Desa Dunia IAAF dan Kejohanan Separuh
Maraton Dunia IAAF. Atlet dengan kecacatan fizikal bersaing di Sukan
Paralimpik Musim Panas dan Kejohanan Olahraga Para Dunia.
Perkataan athletics berasal daripada perkataan Greek ἀθλητής (athlētēs, "askar
tempur di permainan awam") dari ἆθλον (athlon, "hadiah") atau ἆθλος (athlos,
"pertandingan").Pada awalnya, istilah ini pernah digunakan untuk
memerihalkan peraduan olahraga secara umum – i.e. pertandingan sukan yang
berasaskan aksi fizikal manusia. Pada abad ke-19, istilah athletics memperoleh
definisi yang lebih sempit di Eropah dan datang untuk memerihalkan sukan
melibatkan berlari, melompat, melempar, dan berjalan kaki secara bersaingan.
Definisi ini terus menjadi menonjol di Eropah di United Kingdom dan
kebanyakan di kawasan bekas Empayar British. Lagi pula, perkataan asing
dalam bahasa Germanik dan Romawi yang berkaitan dengan istilah athletics
turut mempunyai maksud yang sama.
Di kebanyakan negara Amerika Utara, athletics adalah sinonim dengan sukan
secara umum, mengekalkan penggunaan istilah yang lebih bersejarah. Perkataan
athletics jarang digunakan untuk merujuk kepada sukan olahraga di rantau ini.
Balapan dan padang lebih disukai, dan digunakan di Amerika Syarikat dan
Kanada untuk merujuk kepada kebanyakan acara olahraga, termasuk lumba
jalan kaki dan maraton (walaupun berlari merentas desa biasanya dianggap
sebagai sukan yang berasingan).
RAGBI
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua
pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara
menyepak, mengelecek melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh
menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.
Pasukan yang memungut paling banyak maka pasukan itu yang akan
diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
BOLA BALING
Bola baling ialah sukan berpasukan di mana dua pasukan yang terdiri daripada
tujuh pemain setiap pasukan (enam pemain gelanggang luar dan penjaga
gawang) menghantar bola menggunakan tangan mereka dengan tujuan untuk
membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri
daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
menang.
PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan,
kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain,
penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an
pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan,
Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola
sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai
perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia
Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan
tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai
latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda
pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia
(Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar
dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan
Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989
yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh
Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri
dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih
terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan
dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi
alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan
sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai
ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti
diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea
Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di
peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan
semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi
juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar
perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati
diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali
gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian
sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah
tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan'
bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta
'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi
cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan
terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini
merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan
Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan
Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab
setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan
kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan
individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar
pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan
integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan
pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi
program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan
diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan
sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara,
perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan
pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman
dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi
peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu
masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara.
Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat
yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah
positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan
kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti
dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama
dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan
jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada
atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-
lain pihak yang berkaitan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang
penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui
tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui
perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus
untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan
anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan
terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara
berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan
kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Malaysia
http://sukanm.blogspot.com/p/peranan-sukan.html
Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam Masyarkat Malaysia.
Johor Bharu: Penerbitan Pelangi. Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan
Negara Malaysia