The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASAS KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 975-6-puteri, 2022-03-20 12:45:15

BMMB 1104 PENGHASILAN PRODUK

ASAS KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1105
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU- PENGHASILAN PRODUK

Nama : Puteri ‘Alieya Wafi binti Sulaiman

No. K/P : 031115040224

Angka Giliran : 2021242310218

Program : PPISMP

Ambilan : Jun 2021

Unit : X9

Nama Pensyarah : Encik Abdul Rani bin
Hassan
Tarikh Hantar : 14 Mac 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:____ ______Tarikh :_____14 Mac 2022_______

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR

22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022

14 MAC 2022 08 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,HPP5,
KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akalbudi

dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.

i

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

TUGASAN 2 Persembahan (30%):

KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-ciri

kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan elemen
komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan penggunaan
pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitisserta mempunyai
nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan sastera
dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi danrumi; BMMB
1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

ii

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda perlu

memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku
rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG Kampus
Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukandalam esei
anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah yang
anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam menterjemahkan

maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan- bahan
bercetak yang lain).

iii

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.

iv

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022

Disahkan oleh:

.......................................

(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Tarikh: 04.02.2022

JKA/Jun2019

v

ISI KANDUNGAN Muka surat
Bil Perkara
1 Soalan tugasan 1
2 1.0 Pengenalan 2
3 2.0 Takrif kesusasteraan Melayu 3
4 3.0 Jenis dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu 12
5 4.0 Fungsi kesusasteraan Melayu 12
12
4.1 Aspek hiburan 13
4.2 Aspek pendidikan 13
4.3 Aspek dakwah 15
4.4 Aspek kritikan sosial 15
6 5.0 Manifestasi akal budi 17
5.1 Pantun 23
5.2 Syair 26
5.3 Seloka 29
5.4 Gurindam
7 RUJUKAN

JKA/Jun2019 vi

PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
saya dapat menyelesaikan dan melengkapkan tugasan kerja kursus BMMB1144
tugasan satu ini walaupun di dalam cabaran pandemik yang amat dahsyat ini. Tanpa
keizinan dariNya tidak mungkin saya dapat menghasilkan kerja kursus ini. Diturutkan
juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam dan seluruh ahli keluarga serta sahabat baginda.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak pentadbiran IPG kampus Ipoh yang
telah memberi peluang kepada saya dalam menimba ilmu membentuk diri menjadi
seorang guru. Tanpa peluang yang diberikan tidak mungkin saya dapat mengetahui
ilmu pengetahuan yang meluas ini.

Sekalung penghargaan juga diberi kepada Puan Rozita binti Haji Omar atas tunjuk
ajar serta memberi maklumat yang tidak terbilang bagi memberi kefahaman penuh
kepada anak murid yang dikasihinya. Tanpa bantuan beliau mungkin saya masih keliru
dan buntu mencari langkah menyelesaikan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan fizikal
dan moral dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini. Jasa kalian yang tidak terbilang
itu tidak mampu saya balas.

Ribuan terima kasih juga seharusnya saya semat kepada rakan-rakan yang tidak
jemu menyelesaikan persoalan yang kerap mengganggu pelaksannan kerja kursus ini.
Tanpa bantuan rakan-rakan, saya mungkin melakukan kesilapan dan menyebabkan
kecacatan di dalam kerja kursus ini.

Sebagai mengakhiri tinta ini, ucapan terima kasih diberi kepada seluruh pihak yang
terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini, secara tampak atau tidak, jasa kalian
memberi seribu makna kepada diri saya.

JKA/Jun2019

vii

1.0 PENGENALAN

Keusasteraan Melayu telah menjadi kahazanah orang Melayu yang dijaga sejak
berkurun lamanya. Hal ini kerana sastera boleh dikatakan sebagai hasil buah fikiran
orang Melayu yang disampaikan kepada generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini.
Kesusasteraan yang tidak ternilai banyaknya terdiri daripada karya-karya yang
memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil
sesebuah karya itu menjadi cerminan kepada daya fikir serta sentimen pengarang yang
ingin dikongsi bersama pembacanya. Cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinan terhadap perkara yang dialami dan diamati oleh masyarakat, memnetuk
kepada penghasilan karya ini.

Sastera yang tumbuh dalam masyarakat adalah bersifat kemasyarakatan disebabkan
oleh pancaran masyarakat lama yang lebih mementingkan nilai-nilai bersama tanpa
nilai-nilai individual. Maka perkara ini membuktikan keagungan sesebuah karya sastera
yang mampu bertumbuh tanpa diketahui pengarangnya.

JKA/Jun2019

1

2.0 TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU

Secara umumnya, kesusasteraan merupakan bentuk karya seni yang disampaikan
melalui bahasa merangkumi gagasan, emosi, perasaan dan pengalaman hidup. Secara
literal, perkataan sastera membawa maksud huruf, tulisan atau karangan. Hal ini
bermakna semua hasil karya termasuklah buku dongeng, seni, gurindam dan
sebagainya merupakan sastera. Manakala imbuhan ‘su’ yang bermaksud baik atau
indah, ditambah ke dalam perkataan sastera menjadi ‘susastera’ bermakna karya atau
buku yang baik dan indah (Khairuddin Mohamad et al., 2014).

Menurut kamus pula, kesusasteraan merupakan hasil seni atau karya tulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Dalam
bahasa Inggeris, kesusasteraan membawa maksud yang sama dengan literature, iaitu
berasal daripada perkataan literate yang bermaksud huruf atau abjad. Dalam konteks
asalnya, perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi (Azman Rahmat et
al., 2022).

Sastera juga perlulah mengandungi kebenaran, keindahan dan kemulian di dalamnya.
Daripada perkataan kesusasteraan itu sendiri yang telah mengalami pengibuhan apitan
ke-…-an telah membuktikan keindahan sesebuah kata itu. Oleh itu, kesusasteraan
membawa maksud kumpulan buku yang indah bahasanya iaitu dari segi pendengaran,
emosi, imaginasi serta baik isinya. Sastera juga boleh dikatakan tulisan atau karangan
meliputi baik dan bersantun serta menggambarkan perkara yang benar-benar berlaku
dalam dunia ini. Ia juga perlulah menyentuh jiwa pembaca dan pendengar melalui karya
tersebut serta menzahirkan perasaan, pemikiran dan idea pengarang (Khairuddin
Mohamad et al., 2014).

JKA/Jun2019

2

3.0 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU DAN CIRI-CIRINYA
Kesusasteraan Melayu mempunyai jenis dan bentuk yang pelbagai kerana terdiri
daripada unsur-unsur yang berbeza yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan
tertentu. Jenis kesusasteraan Melayu terdiri daripada empat elemen iaitu prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden (Azman Rahmat et al.,
2022).

3.1 PROSA TRADISIONAL
Prosa tradisional masih kekal hingga kini dan menjadi sumber pengetahuan,
penagajaran, sempadan tingkah laku atau pengenalan masyarakat Melayu kepada
Masyarakat luar (Azman Rahmat et al., 2022). Hal ini kerana prosa tradisional bersifat
warisan dan diwarisi secara turun-temurun walaupun telah dihasilkan dalam jangkauan
masa yang telah lama. Perkara ini dibuktikan apabila pengimplementasian prosa
tradisional banyak bersumberkan tradisi lisan yang disampaikan secara turun-temurun
melalui kelisanan atau hafalan (Rosli Saludin, 2013).

Pada awalnya, prosa tradisional menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Namun
pengaruh Hindu dan Buddha ini kurang menyumbang ke arah perkembangan prosa
tradisional kerana penggunaan bahasa yang sukar iaitu bahasa Sanskrit dan bahasa
Melayu Kuno. Selain itu cerita yang dipaparkan juga sukar difahami iaitu berunsurkan
cerita dewa-dewa yang digambarkan, jauh dari cara hidup masyarakat Melayu (Azman
Rahmat et al., 2022).

Namun kesusasteraan prosa tradisional mengalami perkembangan yang positif setelah
kedatangan Islam iaitu pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Sebagai ironinya,
munculnya tulisan Jawi dan seterusnya mejadi tulisan penting bagi penganut agama
Islam pada ketika itu, semasa Islam mula bertapak di istana justeru mengambil alih
peranan agama Hindu dan Buddha. Istana pula berperanan sebagai sumber
perkembangan kesusasteraan Melayu Klasik yang utama (Azman Rahmat et al., 2022).
Prosa Tradisional juga terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) serta
sastera istana (tulisan).

JKA/Jun2019

3

SASTERA RAKYAT (LISAN)

Dalam konteks sastera rakyat ini, sastera didefinisikan sebagai hasil-hasil kreatif yang
terkandung daya ciptaan imaginasi pencipta yang menggambarkan nilai-nilai world view
itu sendiri. Rakyat pula merujuk kepada orang biasa yang mejalani kehidupan kolektif
bagi membentuk satu sistem kekeluargaan yang besar (Azman Rahmat et al., 2022).

Sastera rakyat ini merupakan sastera yang bukan berbentuk tulisan iaitu ia
diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui tradisi lisan oleh kerana
ia dilahirkan dalam kalangan rakyat yang tidak berpengetahuan tentang tulisan. Sastera
rakyat mempunyai bentuk yang berpola serta plot yang hampir sama. Sastera ini juga
memberi pengajaran kepada pembaca melalui penulisannya yang sederhana, spontan
dan kadangkala agar kasar (Azman Rahmat et al., 2022).

Selain itu, lahirnya sastera rakyat dalam kalangan masyarakat yang belum mencapai
taraf kehidupan yang maju atau dinamakan oleh para antropologis sebagai masyarakat
sederhana atau masyarakat yang belum mengenal huruf (Ismail Hamid, 2001). Sastera
rakyat juga mempunyai variasi yang berbeza-beza serta menggunakan nama samaran
atau langsung tiada nama pemilik iaitu disebut juga anonimi (Azman Rahmat et al.,
2022). Hal ini menjadikan sastera rakyat sebagai hak milik semua yang rakyat yang
menciptanya.

Seterusnya, sastera rakyat juga menggambarkan ciri-ciri budaya sesebuah kumpulan
masyarakat. Pewarisan ekspresi budaya hingga kini menyebabkan terdapat perubahan
yang mengikut perubahan sosial masyarakat. Namun, secara dasarnya, sastera lisan
ini tetap merujuk kepada gambaran kehidupan zaman silam (Ismail Hamid 2001). Hal
ini kerana, sastera rakyat bersifat tradisional dan lama di mana ia berada dalam
sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi (Azman
Rahmat et al., 2022).

Sastera rakyat juga mempunyai dua bentuk iaitu sastera bercorak naratif dan bukan
naratif. Penyampaian sastera naratif ini berbentuk prosa manakala sastera bukan
naratif disampaikan dalam bentuk puisi (Ismail Hamid, 2001). Sastera naratif terdiri
daripada mitos, legenda dan cerita rakyat.

JKA/Jun2019

4

SASTERA RAKYAT (NARATIF)

MITOS
Mitos merupakan cerita yang dianggap benar-benar berlaku serta dianggap suci oleh
empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya. Kisah mitos berkisarkan
kejadian alam semesta termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk
muka bumi serta kejadian alam. Mitos juga melibatkan makhluk halus, dewa atau
separuh dewa yang terjadi pada zaman dahulu. Mitos dianggap sebagai benar-benar
terjadi, peristiwa yang aneh tetapi penting, dianggap keramat dan memberi kesan
kepada masyarakat serta berlaku pada zaman lampau (Azman Rahmat et al., 2022).
Mitos juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial
dan mitos politik. Mitos asal usul dianggap keramat oleh masyarakat yang
mendukungnya serta mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu untuk bersifat
mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu yang rahsia dan magis. Mitos institusi
sosial pula merujuk kepada cerita yang berkisar tentang asal usul institusi sosial dalam
masyarakat Melayu. Seterusnya, mitos politik merupakan cerita yang berkaitan dengan
struktur pemerintahan dan kerajaan (Azman Rahmat et al., 2022).

LEGENDA
Seperti mitos, sastera rakyat berbentuk legenda merupakan cerita yang dipercayai
benar-benar berlaku namun ia tidak dianggap suci. Legenda mempunyai cirinya seperti
corak cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Walaupun tidak semua latar
masa dan sejarahnya berkaitan masa lampau, namun masih terdapat hubung kait
dengan masa silam. Tambahan pula, kisahnya mempunyai kaitan dengan zaman
sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat. Legenda wujud dalam pelbagai jenis
seperti legenda keagamaan iaitu berkisahkan tentang orang alim dan penyebar agama,
legenda alam ghaib yang bertujuan untuk meneguhkan kebenaran berkaitan dengan
sesuatu kepercayaan, legenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh
tertentu di mana setiap peristiwa tentang tokoh tersebut dianggap benar-benar terjadi,
legenda tempat yang mengisahkan asal usul sesuatu tempat di mana nama tempat itu
berkaitan dengan nama tokoh ataupun binatang, dan akhir sekali legenda tokoh yang
dianggap benar-benar berlaku dan wujud (Azman Rahmat et al., 2022).

CERITA RAKYAT
Cerita rakyat pula berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi di mana ia
dijadikan sumber hiburan, menegakkan kebenaran serta mengandungi moral atau
sindiran. Cerita-cerita rakyat itu kebiasaannya mengisahkan tenatang tuhan, dewa-dewi,
makhluk halus yang mendiami alam sekeliling, unsur-unsur kejadian alam, asal usul

JKA/Jun2019

5

manusia, cerita bercorak sejarah dan masa lampau serta cerita yang dianggap kudus
atau sakral (Moideen Kutty, 2004).

Jenis cerita rakyat termasuklah cerita binatang iaitu tokoh utamanya ialah binatang
yang mempunyai sifat dan perwatakan seperti manusia. Selain itu, cerita penglipur lara
juga termasuk dalam kumpulan cerita rakyat di mana ia dituturkan secara lisan,
bertindak sebagai hiburan dan pendidikan serta citra sistem masyarakat Melayu
tradisional iaitu mendukung ciri tempatan, diselit dengan puisi tradisional dengan tema
berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan. Kandungan cerita penglipur lara
juga terdapatnya amanat dan panduan serta bersifat kronologi iaitu mempunyai
pengenalan, perkembangan dan pengakhiran. Cerita penglipur lara banyak berunsur
magis dan kesaktian serta latar tempat biasanya di dunia kayangan, istana dan alam
ghaib. (Azman Rahmat et al., 2022).

Cerita jenaka juga tergolong dalam jenis cerita rakyat iaitu cerita yang menimbulkan
rasa geli hati dan kegembiraaan bagi orang yang mendengarnya. Cerita jenaka
mempunyai unsur ragam kehidupan manusia dengan wujudnya kebetulan dengan
situasi sebenar. Watak-watak dalam cerita jenaka digarap mempunyai sifat tertentu
seperti watak bodoh, watak bodoh sial dan watak pintar. Akhir sekali, cerita teladan iaitu
mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan pendidikan. Wataknya
terdiri daripada manusia biasa yang mengahrungi suka dan duka kehidupan (Azman
Rahmat et al., 2022).

SASTERA ISTANA (TULISAN)

Sastera istana atau dikatakan sebagai sastera tulisan mempunyai cabangnya yang
mengandungi elemen. Elemen ini termasuklah sastera hikayat, sastera undang-undang,
sastera epik, sastera panji dan sastera agama.

Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis yang diklasifikasikan melalui unsur-unsur
yang terkandung di dalamnya iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Manakala
sastera undang-undang merupakan sastera yang dijadikan sebagai bahan kajian
tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.
Sastera undang-undang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Adat Temenggung dan
Adat Perpatih yang mengkelaskan bahagian cerita dan tempat yang terlibat (Azman
Rahmat et al., 2022).

JKA/Jun2019 6

Sastera epik atau disebut sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat ini
mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Tokoh dalam sastera
ini diberi gambaran dan penerangan yang berlebih-lebihan hingga sehingga ia menjadi
sempurna dan disanjung oleh masyarakat. Seterusnya sastera panji merujuk kepada
karya yang berintikan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak
uatamanya yang bergelar Panji telah mengalami pelbagai peristiwa hingga akhirnya
bertemu dengan kekasihnya. Sastera agam pula memfokuskan kepada gambaran
kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seantero dunia
walaupun terpaksan mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan (Azman Rahmat et al.,
2022).

3.2 PROSA MODEN
Prosa moden dikatakan sebagai bentuk karya sastera bahasa Meayu yang bebas
dalam ciptaan, menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu atau
kehidupan sebenar yang dihasilkan dalam bentuk tulisan bertujuan menyampaikan
mesej tersirat (Iddaya Zuriza & Azwa Adnan., n.d.). Prosa moden juga merupakan hasil
kesusasteraan yang ditulis menggunakan ayat-ayat biasa iaitu menggunakan
tatabahasa mudah dan biasanya akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa ini lebih
mudah difahami berbanding puisi (Husna Baharin et al., n.d.). Prosa moden terbahagi
kepada tiga iaitu cerpen, novel dan drama.

CERPEN
Cerpen terbentuk daripada gabungan perkataan cerpen dan pendek yang berkembang
melalui kegiatan penerbitan akhbar dan majalah (Husna Baharin et al., n.d.). Cerpen
bertindak sebagai medium yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan
fikiran pengarang serta memberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada
berkisarkan masalah sosial, politik atau ekonomi. Cerpen akan membawa satu tema
sahaja dan beberapa persoalan bagi memberikan kesan yang mendalam kepada
pembaca. Dari sudut perwatakan pula, cerpen memusatkan perkembangan watak
kepada orang tertentu sahaja dan watak-watak sampingan sebagai mengukuhkan
kewibawaan watak utama. Di samping itu, hanya terdapat satu plot dalam penulisan
cerpen yang kemudiannya dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit. Perasaan
dan emosi yang terlibat bertujuan menjadikan pembaca lebih tertarik dengan plot
penceritaan serta merasai gambaran peristiwa secara realistik kepada pembaca
(Azman Rahmat et al., 2022).

NOVEL
Novel merupakan prosa rekaan yang panjang dan terkandung di dalamnya sebahagian

JKA/Jun2019 7

daripada sebuah kehidupan. Dan mengisahkan kejadian yang dipusatkan keada
sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Selain
berkisarkan kehidupan manusia, novel juga wujud dalam bentuk kemasyarakatan yang
mengisahkan tentang sikap positif dan negatif rakyat serta memberi unsur kritikan
kepada sesebuah sikap masyarakat (Azman Rahmat et al., 2022). Terdapat juga novel
bercorak kebangsaan yang lahir pada pertengahan tahun 1940-an yang memberi
persoalan berkaitan semangat perjuangan pahlawan dan tokoh Melayu melalui
pengalaman pada zaman silam. Kisah yang dijalin dalam novel berkemungkinan ia
benar-benar berlaku atau bersifat imaginatif dan rekaan. Kisah tersebut merangkumi
tiga faktor utama iaitu pengalaman peribadi, realiti hidup serta imaginasi (Husna
Baharin et al., n.d.).

DRAMA
Drama pula merujuk kepada salah satu bentuk karya sastera yang disampaikan oleh
penulis melalui lakonan dan dialog iaitu merangkumi mesej serta pemikiran. Drama
terbahagi kepada dua iaitu drama bertulis dan juga drama pementasan. Karya
dipersembahkan oleh pelakon di atas teater atau melalui kaca televisyen mahupun
layar. Drama juga boleh dikatakan sebagai sejenis karangan cereka berbentuk prosa
dan puisi yang mengandungi dialog serta mengekspresikan persoalan berkaitan realiti
kehidupan (Husna Baharin et al., n.d.). Skrip drama tersebut telah menjadi panduan
pengarah serta pelakon dan skrip inilah yang akan menginterpretasikan pementasan
drama tersebut. Selain skrip, pentas atau panggung juga penting dalam sesuatu
pementasan drama. Dalam pelaksanaan pementasan drama ini juga, unsur seperti
cahaya, bunyi, pakaian atau kostum, tata rias, dan penonton juga perlu diambil kira bagi
memastikan kesempurnaan pementasan drama (Azman Rahmat et al., 2022).

3.3 PUISI TRADISIONAL
Puisi dikatakan sebagai genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia
termasuklah masyarakat Eropah, masyarakat Arab dan masyarakat Hindu bagi
tujuan-tujuan tertentu. Sebagai orang Melayu, puisi telah menjadi salah satu
kebanggaan masyarakat tidak mengira sama ada puisi tradisional dan puisi moden.
Namun dalam aspek puisi tradisional, elemen yang terlibat ialah pantun, gurindam,
syair dan seloka.

PANTUN
Sebagai puisi asli Melayu, pantun merupakan yang tertua dan memang hak milik asal
kepunyaan Melayu. Pantun ini amat digemari oleh masyarakat Melayu termasuklah
masyarakat bukan Melayu seperti masyarakat Baba dan Nyonya. Bentuk pantun adalah

JKA/Jun2019

8

mudah dan ringkas menjadikannya dihafal oleh ramai orang terutamanya pantun yang
popular dan mudah (Ali Bachik, 2005). Dalam bentuk fizikalnya, pantun terbentuk
daripada pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang dan maksud pada
rangkapannya.

Pantun juga ditekankan berkaitan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya
yang dapat dilihat dan didengar. Aspek dalaman merupakan unsur yang dapat
dirasakan secara subjektif berlandaskan kepada pengalaman pendengar. Aspek
dalaman termasuklah unsur estetika dan isi atau dikatakan sebagai tema dan persoalan
(Harun Mat Piah, 1989). Unsur estetik ini terserlah melalui penggunaan
lambang-lambang tertentu yang mempunyai erti konvensional iaitu apa yang sudah
biasa difahamkan kerana mengikut anggapan dan world view masyarakat. Seterusnya
unsur ini berlandaskan hubungan maksud pembayang dan pembayang sendiri sama
ada secara konkrit atau abstrak (A Abror, 2003).

Aspek isi yang berunsurkan tema dan persoalan akan menyentuh aspek realiti serta
gaya hidup masyarakat Melayu (Azman Rahmat et al., 2022). Aspek fizikal ini dapat
dilihat melalui rangkaian rangka-rangkap yang berasingan, bilangan kata dalam sebuah
baris rangkap, adanya klimaks, skema rima yang tetap serta pembayang dalam setiap
stanza (Harun Mat Piah, 1989) yang berlandaskan kepada bentuk pantun itu melalui
bilangan baris bagi setiap rangkap iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat,
lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait (Azman Rahmat et al., 2022).

Azman Rahmat et al (2022) mengklasifikasikan jenis pantun melalui fungsi dan
kandungan pantun itu sendiri seperti menghibur, nasihat, menduga akal, meluahkan
perasaan, menyampaikan Hasrat seni, menyedapkan cakap, menyampaikan Hasrat
tersembunyi, agama, budi, jenaka, percintaan dan juga perpisahan.

GURINDAM
Gurindam merupakan salah satu puisi tradisional Melayu. Nama ‘gurindam’ ini berasal
daripada perkataan Sanskrit sebagai ‘rangkap yang telah jadi bidalan’ (Ali Bachik, 2005)
serta perkataan Tamil ‘iradam’ atau ‘kiradam’ yang bermaksud pusisi secara terbuka.
Za’ba menyatakan gurindam sebagai sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan
atau rangkapannya. Isi gurindam merangkumi fikiran yang bernas dengan bahasa yang
riang dan suka sebagai nyanyian (Azman Rahmat et al., 2022). Wilkinson pula
berpendapat gurindam sebagai pepatah berangkap yang diucapkan berpadanan
dengan tempatnya (Ali Bachik, 2005).

JKA/Jun2019

9

Menurut Ali Bachik (2005) lagi, gurindam mempunyai ciri-cirinya iaitu ia terdiri daripada
anak kalimat, kalimat utama atau kalimat induk, anak kalimat dan kalimat induk
kedua-duanya merupakan sebuah ayat kompleks yang berangkap, rangkap gurindam
wujud dalam dua baris atau lebih, berima iaitu bunyi di hujung kalimatnya seragam dan
membawa motif pengajaran atau nasihat dengan maksud yang mendalam. Contoh
gurindam seperti, gurindam jujur bekerja.

SYAIR
Syair didefinisikan sebagai sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan
telah dibawa masuk ke Nusantara seiring dengan kedatangan Islam serta diubahsuai
mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik pada ketika itu (Azman Rahmat et al.,
2022). Ali Bachik (2005) mentakrifkan syair sebagai wadah cerita atau bersifat naratif
yang dibacakan dengan irama lagu tersendiri. Makna asal daripada perkataan ‘syair’ itu
sendiri ialah ‘perasaan yang menyedari’ manakala istilahnya dalam bahasa Arab ialah
‘sy’ir’. Hal ini menunjukkan syair berasal dari negeri Arab namun bentuk syair Arab dan
Melayu itu adalah berbeza di mana syair Melayu tidak beracuankan syair Arab atau
mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi wujud dalam bentuk asli masyarakat Melayu. Istilah
syair telah menjadi istilah khusus dalam bahasa Melayu (Azman Rahmat et al., 2022).

Dalam konteks bentuk, syair terbahagi kepada dua jenis iaitu syair dua kerat, iaitu syair
yang mempunyai dua baris dalam satu rangkap, dan syair empat kerat yang
mempunyai empat baris dalam satu rangkap dengan rima akhir ‘a’,’a’,’a’,’a’. Bagi
setiapbaris pula terkandungnya empat hingga lima patah perkataan bersamaan lapan
hingga 12 suku kata. Terdapat juga hentian pada setiap rangkap serta memerlukan
beberapa rangkap yang lain secara berurutan bagi memberikan maksud yang
sempurna. Pernyataan yang dikemukakan dalam syair mempunyai pelbagai tujuan
seperti cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian di samping setiap untaian syair
yang mempunyai awalan dan akhiran (Azman Rahmat et al., 2022).

SELOKA
Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa seloka perkataan yang berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’ iaitu karang bersajak yang berseloroh, mengejek atau
percakapan dengan tujuan gurau senda. Walau bagaimanapun, mesej yang
disampaikan melalui seloka ini tentunya berguna sebagai pengajaran dan teladan oleh
pedengar atau pembaca. Ali Bachik (2005) pula menyatakan seloka sebagai baris-baris
karangan yang tidak tentu bilangan barisnya di mana setiap barisnya merupakan
peristiwa dan perkara yang membawa sindiran akan tajuk yang dibicarakan.

JKA/Jun2019

10

Sebahagian besar daripada seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap mirip dengan binaan pantun atau syair. Terdapat juga seloka berbentuk
bebas di mana setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan (Azman Rahmat et al., 2022).
Di dalam seloka terkandungnya motif yang dinamakan satira (satire) yang terabahagi
kepada tiga iaitu secara terus terang iaitu seloka yang mengejek dan mencemuh,
secara tidak langsung iaitu seloka yang menyindir atau memperli, dan akhir sekali satira
gurau senda yang melawak dan mengusik. Semua seloka boleh dinyanyikan namun
iramanya perlulah sesuai dengan bilangan suku katanya namun bagi seloka berbentuk
asal ia dibaca secara prosa (Ali Bachik, 2005).

PUISI MODEN

Sajak merupakan satu-satunya genre yang terdapat dalam puisi moden iaitu puisi
moden yang lebih bebas kerana tidak terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada
kalanya memerikan ciri matra, rima dan rentak. Pemilihan perkataan yang digunakan
perlulah mempunyai jalinan antara satu sama lain menurut erti dan irama, turut
ditekankan bagi memastikan keberkesanan pengucapan perasaan (Azman Rahmat et
al., 2022). Sajak juga dikatakan suara hati atau luahan pemgarangnya yang membawa
gagasan pemikiran dan mmpengaruhi pandangan masyarakat. Sajak yang baik mampu
mewujudkan renungan masyarakat yang terbentuk daripada kata-kata bernilai rasa dan
erti yang seimbang serta bersifat harmonis antara kata dan maksud. Di samping itu,
sajak tidak mempunyai pertauran dalam pemilihan kata atau diksi, pembentukan
rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir sebagaimana yag diperlukan dalam
puisi tradisional. Selain itu, puisi moden ini mempunyai nama penulis atau hanya nama
samara dan nama pena, sebagai pengakuan hak bagi sesebuah karya yang
sememangnya berbeza dengan puisi moden yang berisfat kolektif hingga tidak
diketahui siapa pemilik karya tersebut. Sajak atau puisi moden juga membawa suasana
dan pandangan yang lebih moden dalam karyanya (Azman Rahmat et al., 2022).

JKA/Jun2019

11

4.0 FUGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Kewujudan kesusasteraan Melayu tidaklah diciptakan tanpa sebab, sebaliknya
membawa sebuah gambaran yang indah yang berkesinambungan dengan budaya
masyarakat lama dan kini. Maka sastera membawa fungsi bagi mewujudkan pemikiran
yang bijaksana serta panduan kepada manusia untuk mencapai kemaslahatan hidup
mengikut kesesuaian. Oleh yang demikian, terdapat empat aspek utama yang boleh
diperhatikan sebagai fungsi sastera Melayu itu dibina iaitu merangkumi aspek hiburan,
aspek pendidikan, aspek dakwah dan aspek kritikan sosial.

4.1 ASPEK HIBURAN
Keseronokan yang timbul melalui keindahan sastera wujud sebagai keperluan hiburan
dalam kesusasteraan. Hiburan ini diklasifikasikan dalam sastera sebagai penggunaan
kata-kata yang indah, irama atau rentak yang tersusun dan menyeronokkkan,
kemampuan karya sastera membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan
dan banyak lagi (Azman Rahmat et al., 2022). Hal ini merujuk apabila sesebuah karya
itu dimainkan secara alunan lagu atau irama yang menghiburkan hati. Karya tersebut
juga berkemungkinan menggunakan istilah atau kata yang mengagumkan dan
memerlukan penelitian yang dalam bagi mengetahui mesej yang hendak
disampaikannya. Unsur kelucuan juga terserlah mampu menimbulkan kegelian hati dan
menarik lagi minat pembaca.

4.2 ASPEK PENDIDIKAN
Dalam konsep pendidikan ini merujuk kepada bagaimana kesusasteraan itu diselami
melalui pendidikan oleh pelajar. Objektif Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah bagi
memupuk apresiasi terhadap karya sastera dan penulisnya justeru meningkatkan lagi
ketrampilan bahasa dalam bersastera yang bertetpatan dengan Falsafah Pendidikan
Negara di mana pelajar mampu menjiwai unsur dan nilai-nilai termasuklah kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan, kebuadayaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Hal
ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan kesusasteraan
dalam aspek kebudayaan, agama, moral, keindahan, kemanusiaan bahasa dan
sebagainya yang berkaitan dengan perjalanan hidup masyarakat (Fathin Ramli et al.,
2018). Kesusasetraan Melayu telah mejadi senjata ilmu yang dapat meresapi dan
berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu merentasi kurikulum pada peringkat sekolah.
Manakala pada peringkat pengajian tinggi, pendedahan teknik penulisan ilmiah,
rencana dan penulisan kreatif serta pemberian pengetahuan berkenaan dunia
penerbitan dan penyiaran sebagai memanifestasikan idea mereka selaras dengan
matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan (Azman Rahmat et

JKA/Jun2019

12

al., 2022).

Namun pelestarian kesusasteraan dalam aspek pendidikan ini boleh wujud secara tidak
langsung iaitu bukan dalam bentuk pembelajaran melibatkan individu pendidik dan
pelajar. Namun hanya melibatkan penulis dan pembaca. Hal ini berlaku melalui
perkongsian pengarang berkaitan pengalaman-pengalaman yang ditulisnya
merangkumi bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Hasil karya
mereka ini berunsur pengajaran, moral atau nilai yang tinggi dan dapat diteladani oleh
pembaca yang membuktikan kepada berlakunya pendidikan secara tidak formal
seterusnya menjadi sumber pendidikan kepada masyarakat. Kewujudan kesusasteraan
dalam alam Melayu membuktikan kesenian masyarakat yang kreatif, berkemampuan
mengkaji keindahan sastera serta menguasai kemahiran berbahasa Melayu. Selain
membina insaniah dalam kehidupan manusia, kesusasteraan juga mengemablikan nilai
sejagat yang bersifat kemanusiaan dan memberikan kesan yang jauh lebih berkesan
berbanding pendidikan secara langsung (Azman Rahmat et al., 2022).

4.3 ASPEK DAKWAH
Sesebuah karya juga perlulah mampu mengukir sesebuah hakikat dengan memberi
penekanan kepada peranan al-tawjih (membimbing) dan al-ta’dib (mendidik) serta
pengisbatan nilai estetika dan prinsip takamul dan takmilahnya. Sastera dalam unusr
dakwah ini perlulah banyak berintikan konsep keagamaan terutamanya agama Islam
oleh demikian ia dibangkitkan melalui pembangunan sastera Islam yang digerakkan
dari pengaruh dakwah dan harakat pengislaman yang meluas antara abad ke 13-16 M.
(Azman Rahmat et al., 2022). Namun pada zaman kini, prosa dan puisi berunsur
dakwah tidak hanya mampu wujud dalam kisah berkisarkan kenabian, malah karya
novel, cerpen, hikayat, sajak dan lain-lain juga mampu menyampaikan ajaran dakwah
dan pengajaran yang baik kepada pembaca atau pendengar melalui perkaitan yang
diadunkan dalam karya tersebut.

4.4 ASPEK KRITIKAN SOSIAL
Kembali kepada pernyataan bahawa sesebuah karya sastera itu seharusnya tertumpu
tiga entiti yang saling berkaitan iaitu kehidupan, masyarakat dan manusia, sastera
bersifat menyelongkar dan menggali aspek kehidupan dari pelbagai dimensi dan skop
yang berbeza-beza di mana sesuatu yang dikemukakan dalam sesebuah karya sastera
itu merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dalam perjalanan kehidupan manusia.
Secara tidak langsung, ia telah melibatkan tindakan dan tata susila dalam kalangan
masyarakat serta jurang yang wujud dalam kalangan mereka. Perkara ini menimbulkan
kritikan, teguran mahupun penyampaian mesej sebagai memperbetulkan perlakuan

JKA/Jun2019

13

masyarakat yang dilihat melanggari hukum kemasyarakatan yang sebenar. Namun
kritikan sosial berpotensi wujud dalam skop yang positif di mana sikap yang seharusnya
dicontohi dipuji dan digalakkan kerana mampu membawa kesan yang baik kepada diri
sendiri dan orang lain, bergantung kepada tujuan penulis (Azman Rahmat et al., 2022).

JKA/Jun2019

14

5.0 MANISFESTASI AKAL BUDI

5.1 PANTUN

Burung pipit burung kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah;

Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.

Pantun di atas membawa maksud bagaimana orang yang berbudi itu menjalani hidup
yang sia-sia. Sia-sia yang dikatakan berlaku apabila perbuatan tidak berbudi itu tidak
akan mendatangkan sebarang keberuntungan kepada masyarakat mahupun diri si
pelaku.

PEMIKIRAN
Burung pipit dan burung kedidi digunakan dalam pantun oleh sebab kedua-dua burung
ini tinggal di perkarangan kawasan sawah. Seperti biasa, habitat burung pipit dan
burung kedidi itu adalah mencari makan iaitu memakan buah-buahan. Sifat mencuri
makan buah-buahan ini berkaitan dengan sifat tidak berbudi di mana ia tidak
mendatangkan faedah kepada empunya pokok tersebut, sebaliknya mendapat malang
akibat memperoleh buah yang rosak. Sifat burung pipit dan burung kedidi yang kecil
menjadikan hasil nyahtinjanya tidak mampu bertindak sebagai baja kepada pokok yang
berbuah itu dan hanya mampu menumbuhkan pokok-pokok yang tidak berguna.

Penggunaan istilah pokok di tepi sawah itu menunjukkan perbuatan burung pipit dan
burung kedidi yang mencari makan di pokok dalam kawasan sawah itu merupakan
perkara yang sia-sia. Hal ini kerana pokok yang tumbuh di sawah kebiasaannya pokok
yang tidak berbuah seperti pokok kiambang. Hal ini menunjukkan betapa perbuatan
tersebut yang menunjukkan ketiadaan budi, memberikan perkara yang sia-sia.

Bertepatan dengan pembayangnya, jika hidup seseorang itu tidak berbudi kepada
orang lain, maka dia juga tidak dapat memperoleh sebarang manfaat daripada orang
lain. Pohon yang tidak berbuah itu menunjukkan sesuatu yang tidak berguna dan tidak
memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Pohon yang tidak berbuah juga
menunjukkan perjalanan hidup yang sia-sia, pohon itu ditanam dan dijaga, mengambil
masa bertahun untuk tumbuh, namun pada akhirnya ia tidak mampu meberikan
sebarang manfaat kepada tuannya. Seperti juga perjalanan hidup yang lama, jika tiada
budi yang dicurahkan maka tiada hasil yang dapat dituai di masa akan datang atau di

JKA/Jun2019 15

alam yang abadi.

PERTUTURAN
Pertuturan dapat dilihat dari aspek kesantunan yang diaplikasikan iaitu berkaitan
bahasa kiasan. Bahasa kiasan yang digunakan seperti hidup tidak berbudi yang
membawa maksud orang yang sombong, tamak, atau melakukan sesuatu dengan tidak
ikhlas. Selain itu, istilah pohon tidak berbuah juga digunakan bagi menggantikan istilah
kehidupan atau manusia yang tidak berguna atau hanya sia-sia. Istilah seperti ini
digunakan bagi memastikan pembaca sentiasa berada dalam keadaan harmoni namun
masih memilih ikut meneladani unsur nasihat dalam pantun tersebut.

PERLAKUAN
Nasihat yang terkandung dalam pantun tersebut juga mempunyai unsur sindiran iaitu
menyindir perlakuan yang tidak menabur budi dalam kehidupan. Melalui sindiran
tersebut, terselitnya hakikat bahawa perbuatan buruk ini kelak akan menjejaskan
kehidupannya.

GAYA HIDUP
Dalam pantun tersebut juga menunjukkan gaya hidup masyarakat yang bertani iaitu
perkaitan sawah yang menjadi sumber utama makanan masyarakat Melayu.

JKA/Jun2019

1v6ii

5.2 SYAIR

SYAIR TANAH MELAYU
Syair ini berkisarkan berkenaan semangat cinta terhadap tanah air. Sifat kecintaan ini
wujud kerana tanah Melayu yang sangat berharga dan mempunyai sejarahnya yang
agung. Oleh kerana itu, walau bagaimanapun keadaannya sekarang perlulah dihargai
keistimewaannya serta keindahan sejarahnya.

Tanah Melayu penuh berisi,
Bersopan-santun indah berseri,
Teguh beriman di dalam diri,
Hormat sebangsa pautan budi.

(Rangkap 1)

Pemikiran: Jika dilihat tanah Melayu itu mempunyai sejarah yang melibatkan
kedatangan pelbagai bangsa dan negara melalui aktiviti perdagangan. Perkara inilah
yang menunjukkan Tanah Melayu itu penuh berisi. Selain itu, kedatangan mereka ini
sentiasa membawa kepada sebuah pembentukan baharu dalam masyarakat Melayu
terutamanya dari aspek fleksibeliti bahasa Melayu itu sendiri yang sentiasa mengalami
pengadaptasian bagi menyempurnakan lagi bahasanya. Ini juga menunjukkan
kepadatan tanah Melayu itu dari dimensi yang pelabagai termasuklah bilangan bangsa
yang bermastautin, budaya, adat serta bahasanya.

Bersesuaian dengan bangsa Melayu itu, telah menjadi keperluan dan normalisasi
mereka untuk mengamalkan sikap bersopan santun. Sikap sentiasa menerima tetamu
walaupun pedagang-pedagang asing ini menunjukkan bahawa betapa Melayu
mementingkan penghormatan kepada orang lain. Perkara ini telah memperlihatkan
Tanah Melayu sebagai tanah yang penuh keseriannya bukan sahaja dari aspek konkrit,
malah aspek abstrak iaitu sifat kemelayuan penduduknya.

Kedatangan pedagang asing ini juga telah membawa pengaruh keagamaan
terutamanya agama Islam yang disebarkan melalui kedatangan pedagang Arab.
Selepas Islam bertakhta di Tanah Melayu, penduduk amat taat kepada agamA serta
tinggi keimanan mereka.

Walau menerima pelbagai pengaruh dan budaya daripada bangsa asing, namun
bangsa sendiri tetap menjadi sanjungan dan keutamaan. Bangsa Melayu dilihatkan
akan sentiasa menyokong dan melindungi bangsanya dari segi dalaman dan luarannya.

JKA/Jun2019

17

Ini dibuktikan melalui hidup berjiran dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Akal budi: Dari aspek pertuturan, keindahan bahasa wujud apabila pujian diberikan
kepada Tanah Melayu ini berdasarkan keindahan dan keistimewaannya. Setelah pujian
ini diberikan, terdapat pula sokongan kepada pujian ini yang menguatkan lagi pujian
yang dikemukakan seperti kata ‘indah’ yang mengikuti kata ‘berseri’. Selain itu, pujian
juga disulami dan tidak diberikan secara langsung. Konsep kesantunan ini juga
diiaplikasikan apabila unsur pujian ini tidak memerlukan kepada unsur cacian terhadap
bangsa lain bagi memperlihatkan kemegahan Tanah Melayu itu.

Dalam aspek perlakuan, secara jelasnya dapat dilihat melalui penggunaan kata
‘sopan-santun’ itu sendiri yang mencerminkan budi pekerti sebagai amalan orang
Melayu terdahulu. Perlakuan juga dapat dibicarakan melalui kata ‘beriman’ yang
menunjukkan sikap orang melayu yang teguh pendirian agama dan ketaatannya. Sikap
hormat-menghormati juga diperlihatkan iaitu budaya orang Melayu yang sentiasa
melebihkan orang lain berbanding diri mereka terutamanya melibatkan bangsa mereka
sendiri.

Aspek gaya hidup pula seperti amalan yang diaplikasikan daam kehidupan seharian
mereka seperti sopan-santun, dan hormat-menghormati. Penduduk Tanah Melayu juga
sentiasa beribadah sebagai tanda menzahirkan ketaatan mereka kepada tuhannya.
Mereka juga amat berbesar hati dengan bangsa mereka sendiri serta mewujudkan
sebuah keteguhan bangsa antara mereka.

Masyur Melayu serata negeri,
Jajahan takluk banyak sekali,
Tetap diingat di dalam hati,
Walaupun berzaman berlalu pergi.

(Rangkap 2)

Pemikiran: Perkataan masyur digunakan sebagai lambang keagungan dan kemegahan
Tanah Melayu itu sendiri pada suatu kala hingga bahasanya dijadikan bahasa Lingua
Franca. Serata negeri memperjelaskan Tanah Melayu yang terkenal sehingga hampir
setiap pelusuk dunia itu mengenali Melayu. Hal ini lebih jelas apabila pengkajian
sejarah asal usul Melayu itu melibatkan pengkaji barat menunjukkan betapa
berharganya sejarah Melayu itu.

JKA/Jun2019

18

Jajahan takluk banyak sekali menunjukkan keluasan yang menjadi kepunyaan tanah
Melayu atau disebut Nusantara itu sangat besar. Perkara ini juga menunjukkan
kekayaan Tanah Melayu pada ketika itu sehingga mampu memiliki kawasan takluk yang
luas. Tanah Melayu ketika itu juga kaya dengan bahan mentah yang menarik tumouan
pedagang asing. Selain itu, kawasan yang strategik sehingga mampu menjadi tempat
teduhan pedagang asing menunjukkan betapa luas kawasan milik Nusantara ini.

Sejarah yang berharga ini akan sentiasa dikenang dan disimpan di dalam hati. Perkara
yang disimpan di dalam hati ini menunjukkan betapa berharga sesuatu itu sehingga ia
mahu sentiasa dikenang dan dijaga di dalam hati. Hati juga memusatkan sifat kecintaan
kepada negara, jika seseorang memperburukkan berkenaan Melayu itu, tidak mampu
mengubah perasaan cinta kita terhadap Melayu ini. Hal ini kerana jika sesuatu diingat
hanya di dalam fikiran manusia, perkara tersebut tidakakan kekal lama oleh sebab sifat
manusia yang pelupa.

Berzaman menunjukkan suatu jangka masa yang sangat lama melangkaui beratus
abad. Perkara ini menunjukkan kenangan yang kekal walau dalam jangka masa yang
sangat lama. Berlalu pergi menunjukkan perkara keindahan ini hanya berlaku pada
zaman pembangunan Tanah Melayu dahulu, dan tidak mampu berpatah balik ke masa
tersebut. Berlalu itu telah menunjukkan perkara tersebut telah berakhir zamannya serta
diikuti perkataan pergi yang menekankan lagi kehilangan zaman tersebut membawa
keindahan dan kemegahan Tanah Melayu.

Akal budi: Dari aspek pertuturan, pelbagai unsur bahasa kiasa digunakan dalam
menyampaikan sesebuah maksud. Seperti walaupun berzaman berlalu pergi yang
mambawa maksud tanah Melayu yang hilang takhta dan keagungannya. Penggantian
istilah ini digunakan agar tidak menimbulkan ketidak tenteraman pembaca namun
penggunaannya memberikan kesan dan kesedaran yang mendalam tentang berlalunya
Melayu ini.

Perlakuan pula dilihat sifat Tanah Melayu yang tumbuh akibat penaklukannya serta
kehebatannya dalam menguasai luasnya Tanah Melayu itu. Jika terdapat banyak
jajahan takluk, maka banyak jugalah musuhnya. Kemegahan tanah Melayu itu
ditonjolkan lagi apabila Melayu itu mampu mempertahankan kawasan takluknya walau
mengharungi ribuan musuh. Kisah Tanah Melayu ini juga berharga hingga ia menjadi
ingatan hingga kini menunjukkan sikap orang Melayu yang menjaga sejarahnya hingga
kini walaupun ia hanya kekal sebagai sejarah.

JKA/Jun2019

19

Gaya hidup pula dilihat daripada kehidupan orang zaman dahulu yang perlu menakluki
sesuatu kawasan sebelum menetap dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat
menetap.

Tanah Melayu tanah ibunda,
Tumpahnya darah pejuang bangsa,
Takkan dijajah pada yang derhaka,
Digenggam walau tergadai nyawa.

(Rangkap 3)

Pemikiran: Perkataan ibunda digunakan sebagai perkara yang perkara yang perlu
dihormati dan disayangi. Ibunda juga merujuk kepada seseorang yang dekat dengan
kita, seperti Tanah Melayu yang sentiasa menjadi kemenangan untuk penduduknya.
Ibunda juga seseorang perlu sentiasa disanjung dan tidak dilindingu dalam bentuk
apapun, begitu juga dengan Tanah Melayu yang perlu dijaga keramatnya dari tangan
kuasa asing.

Perkataan tumpah menunjukkan kuantiti yang banyak. Hal ini bermakna tidak terbilang
ramainya pejuang bangsa yang telah terkorban dalam mencapai kemaslahatan negeri
Melayu ini. Pertumpahan darah juga memainkan peranan melibatkan nyawa,
menunjukkan kepada pengorbanan yang besar dan bermakna.

Istilah derhaka pula digunakan bagi menunjukkan orang-orang yang tidak layak untuk
memegang tanah Melayu yang berharga ini. Istilah derhaka yang mampu membawa
seribu satu maksud tentang perkara yang buruk sesuai ditimpalkan kepada penjajah
yang ingin menakluki tanah Melayu ini.

Istilah digenggam pula menunjukkan perlakuan untuk tidak mahu melepaskan sesuatu.
Genggaman merupakan sebuah pegangan yang paling kuat yang boleh dilakukan oleh
tangan. Maka sekuat itulah pejuang bangsa Melayu ini tidak mahu melepaskan Tanah
Melayu ke tangan penjajah. Nyawa juga nadi seseorang yang paling berharga, jika
seseorang rela menggadaikan nyawanya, maka secara tidak langsung dia telah
menggadaikan keselamatan keluarganya. Perkara ini menunjukkan betapa besar
pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang Tanah Melayu ini.

Akal budi: Pertuturan yang digunakan bersifat kemasyarakatan dan keperwiraan
pejuang yang menggadai nyawa demi negara. Perkara ini juga menunjukkan
kesungguhan orang Melayu itu mempertahankan tanah ibundanya. Pertuturan yang

JKA/Jun2019

20

digunakan juga menyulam sifat semangat patriotism dalam diri pembaca untuk sanggup
berjuang demi keselamatan dan keamanan negara.

Perlakuan dilihat secara jelas apabila rangkap ini menunjukkan fasa di mana Tanah
Melayu sedang mengalami kejatuhan dan dijajah oleh bangsa asing. Walau menjalani
fasa yang menyakitkan, penduduk Tanah Melayu tetap memilih untuk mempertahankan
negara kerana sedar akan tanggungjawab mereka terhadap negara tercinta.
Keberanian pejuang juga terserlah apabila mereka tidak ragu menjadikan nyawa
sebagai gadaian dalam membebaskan tanah air daripada cengakaman musuh.

Gaya hidup masyarakat yang berani mempertahankan negara dalam fasa penjajahan.
Kesetiaan kepada tanah air juga terserlah melalui rangkap ini. Selain itu, terserlah juga
kekejaman penjajah yang mencuba menakluk Tanah Melayu hingga mengorbankan
nyawa-nyawa orang yang tidak bersalah.

Hidup Melayu aman harmoni,
Tiada berusuh di tanah pertiwi,
Akan ku jaga sepenuh hati,
Semoga kekal zaman berganti.

(Rangkap 4)

Pemikiran: Hidup Melayu aman harmoni menunjukkan orang Melayu yang terjamin
keselamatannnya di mana tanah air terlepas dari cengkaman penjajah. Bukan sahaja
kehidupan Melayu menjadi aman selepas mencapai kemerdekaan ini, namun
kehidupan orang Melayu juga menjadi harmoni iaitu hidup tanpa kegelisahan dan
bebanan kuasa luar ini.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata ‘tiada berusuh’ di mana mereka hidup secara
senang hati di atas tanah milik mereka sendiri seperti kehidupan yang seharusnya
mereka jalani. Istilah pertiwi juga digunakan sebagai lambang nasionalisme terhadap
tanah air yang sudah pun mencapai kemerdekaannya.

Hati merupakan dasar perasaan seseorang. Maka jika seseorang menggunakan
keseluruhan hatinya untuk melakukan sesuatu, hal ini bermakna seseorang
benar-benar berpegang pada niatnya itu. Keraguan juga tidak wujud oleh kerana
keseluruhan hatinya yang dipenuhi semangat menjaga tanah airnya.

Seperti yang diperkatakan, perkara yang kekal merupakan perkara yang mustahil untuk

JKA/Jun2019 21

diubah suai. Seperti itulah pengarang mengharapkan kebebasan yang dimiliki oleh
tanah air ini tidak mampu diambil dan diubah oleh sesiapa pun. Zaman merupakan
sebuah jangkauan masa yang panjang, menunjukkan jika tanah air ini bertapak dalam
jangka masa yang lama hingga berganti zaman, harapan penyair agar ia kekal dalam
keadaan aman dan harmoni.

Akal budi: Dari aspek pertuturan, pengarang menggunakan bahasa yang indah seperti
kata pertiwi sebagai menunjukkan keagungan Tanah Melayu itu di matanya. Kata
semoga juga digunakan sebagai menunjukkan harapannya yang terlahir dari lubuk hati,
harapan agar Tanah Melayu tidak mengalami fasa dijajahi kuasa luar serta kekal dalam
keadaan harmoni. Selain itu, pengarang menggunakan kata berusuh menggantikan
kata dukacita, kegelisahan dan susah hati yang dialami orang Melayu, oleh sebab kata
ini yang lengkap dengan pelbagai maksud ini.

Perlakuan dipertontonkan apabila penyair menzahirkan perasaan iaitu kegelosahan
dan susah hati yang hilang setelah ketiadaan penjajah di tanah airnya. Perkara ini juga
menunjukkan penduduk tanah Melayu yang benar-benar hidup dalam keadaan harmoni
pada ketika itu. Perlakuan juga dilihat dari semangat penduduk Tanah Melayu yang
tekad menjaga keluhuran Daulat negaranya.

Gaya hidup masyarakat dapat dilihat melalui perjalanan hidup yang dialami oleh orang
Melayu selepas kemerdekaan iaitu aman dan harmoni. Perkara ininjuga dilihat apabila
penyair semangat untuk menjaga kesejahteraan tanah airnya itu.

JKA/Jun2019 22

5.3 SELOKA

Sarang garuda di pohon beringin,
Buah kamuning di dalam puan,
Sepucuk surat dilayangkan angin,
Putih kuning sambutlah Tuan.

(Rangkap 1)

Pemikiran: Sarang garuda itu perlulah tinggi kedudukannya sesuai dengan pohon
beringin yang besar saiznya. Menunjukkan harapan yang tinggi dalam mencapai
sesuatu. Perkara ini juga dilihat sebagai mengukur baju di badan sendiri. Seseorang
perlulah tahu kebolehan dan status dirinya sebelum mengambil sebarang keputusan.
Jika hendak berkawan, perlulah bersesuaian.

Buah kamuning atau disebut kemuning pula, buah ini mempunyai rasa yang pedas dan
pahit menjadikannya selayaknya tidak dimakan dan diambil. Namun, keseluruhan buah
ini, dari pohonnya, akarnya serta daunnya boleh digunakan untuk membuat ubat herbal.
Walaupun rasanya sebegitu namun ia tetap mampu memberikan faedah yang banyak
kepada orang lain. Puan yang tertera dalam seloka ini menunjukkan kepada tempat
sirih yang diperbuat daripada emas atau perak. Puan ini menggambarkan kerendahan
hati dan penghormatan pengarang kepada seseorang yang mahu dikenalnya.

Sepucuk surat yang diperkatakan tentunya membawa seribu satu hajat kepada
seseorang. Surat tersebut juga dilayangkan angin, seperti niatnya ibarat tiupan,
bersemangat untuk memulakan perkenalan dengan seseorang itu. Jika dilihat kepada
penggunaan surat ini, tentunya bermakna pengarang merupakan orang yang
bersederhana namun memounyai keinginan yang tinggi, seperti yang tertera dalam
pembayangnya. Boleh juga dikatakan pengarang memberi sebuah penghormatan
kepada seseorang yang mahu dikenalnya itu agar terasai dihargai.

Bersesuaian dengan pembayangnya, walau emas atau perak ‘puan’ itu, pengarang
mengharapkan seseorang tersebut sudi menerima undangan perkenalannya itu. Selain
itu, seperti buah kemuning, walau ianya pahit dan pedas, seperti diri penulis yang hina,
penulis tetap berharap seseorang itu menerimanya dengan memandang kepada
baiknya dia. Hal ini menunjukkan harapan agar seseorang itu menerimanya dengan
hati yang ikhlas dan terbuka.

Akal budi: Dari segi pertuturan, pengarang tidak menyatakan dirinya yang hina, namun

JKA/Jun2019

23

sebaliknya menggunakan buah kemuning sebagai ganti. Pengarang juga tidak
menyatakan baiknya dirinya, namun menggunakan sifat buah kemuning yang
mempunyai pelbagai manfaat kepada orang mengetahui. Pengarang juga
menggunakan istilah garuda, surat dan puan sebagai tanda penghormatan dan
ketinggian orang yang ingin dikenalinya itu. Ini menunjukkan kesantunan di mana
oengarang memaksimumkan pencacian terhadap dirinya dan memaksimumkan pujian
terhadap orang lain.

Perlakuan juga dilihat melalui istilah angin melayangkan surat, pada hakikatnya
mustahil namun gelodak isi surat disamakan denga isi hatinya, menjadikan tidak
mustahil dilayangkan angin. Perlakuan juga dilihat dengan penerimaan atau penolakan
yang mampu dibuat oleh penerima undangan tersebut.

Gaya hidup juga terserlah melalui cara komunikasi orang zaman dahulu iaitu melalui
pucuk surat. Ia juga menunjukkan amalan masyarakat menggunakan puan untuk
memberikan sesuatu, seperti puan digunakan dalam hantaran perkahwinan. Jelasnya
sikap hormat-menghormati diaplikasikan dalam seloka ini.

Seloka ini juga menzahirkan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan kosep
pinangan kepada bakap pengantin sebagai tanda berkenalan sebelum menjalankan
pernikahan.

Buah kemuning di dalam puan,
Dibawa dari Indragiri,
Putih kuning sambutlah tuan,
Sambutlah dengan si tangan kiri.

(Rangkap 2)

Pemikiran: Selain sifatnya, buah kemuning ini juga digunakan untuk membuat cincin.
Maka cincin terletak di dalam puan jelas menunjukkan budaya pinangan kepada
seseorang. Maka biarpun cincinnya emas mahupun perak, diharapkan bakap pengantin
sudi menerimanya.

Indragiri dipilih kerana terdapat sebuah kota atau daerah Bernama kemuning ini di
Indragiri. Jika difikirkan hal tersebut, tentunya nama ini juga wujud kerana terdapat
banyaknya buah kemuning di daerah tersebut.

JKA/Jun2019

24

Jika ditelusuri dengan lebih dalam, seloka ini boleh dikatakan berbentuk pinangan.
Maka suruhannya untuk menerima dengan tangan kiri bermakna pinangan tersebut
diterima. Pinangan yang diterima dibuktikan dengan adat menyarung cincin. Menjadi
sunah dan ikutan orang Islam, cincin itu sebaiknya dipakai di tangan kiri, kerana itulah
pengarang meminta seseorang tersebut untuk menerima dengan tangan kiri.

Akal budi: Pertuturan yang digunakan dalam seloka ini sangat mendalam menunjukkan
perkara seperti ini memerlukan niat yang betul dan bukan sebarangan.

Jelasnya jika hati berkenan kepada seseorang, perlulah memuakan dengan sesi
perkenalan hingga ke jinjang pelamian. Perkara ini menunjukkan kesantunan
seseorang mengamalkan adat dan budaya bangsanya. Sesi ini juga perlulah dijalankan
dengan kesopanan dan penuh beradab.

Gaya hidup manusia yang fitrahnya berpasang-pasangan jelas ditunjukkan kepada
pembaca atau pendengar. Di samping itu, orang yang selalu dipinang adalah
perempuan, maka menunjukkan kelembutan dan ketinggian martabat seorang wanita
itu, jika hendak mengambilnya dari keluarganya perlulah secara bertata susila dan enuh
budi pekerti.

JKA/Jun2019

25

5.4 GURINDAM

Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka.

(Rangkap 1)

Pemikiran: Pengarang memulakan gurindamnya dengan bapa bagi menunjukkan
peranan bapa sebagai ketua sesebuah keluarga. Maka seharusnya bapa ini ditaati dan
pipatuhi, bukannya berlaku buruk dan melanggari arahannya.

Jelas dilihat durhaka kepada bapa ini mampu mengundang murka Allah menunjukkan
perbuatan tersebut adalah keji dan sangat berat kesalahannya.

Akal budi: Kata murka diguanakan sebagai menunjuk kekuasaan Allah yang berlainan
dengan hambanya. Pengarang juga menyatakan isinya secara terus untuk tidak
menderhakai bapa, menunjukkan perkara tersebut ditegaskan dan tidak memerlukan
kepada kiasan. Perkara ini juga mengkritik sikap anak muda yang kerap berlaku
durhaka kepada ibu bapa tanpa memikirkan balasannya. Kehidupan masyarakat yang
berkeluarga dapat dilihat dari konsep ini.

Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.

(Rangkap 2)

Pemikiran: Pengarang tidak mengklasifikasikan kata hormat dalam sesebuah aspek,
menunjukkan seorang anak perlu hormat kepada ibunya dalam semua perkara. Istilah
ibu juga digunakan bagi menunjukkan sebuah gelaran yang penuh kasih sayang dan
penuh kelembutan. Seharusnya orang bergelar ibu ini sentiasa ditaati dan dihormati
atas keistimewaannya.

Badan ditujukan kepada diri seseorang yang merangkumi dari hujung rambutnya
hingga hujung kakinya. Istilah selamat yang digunakan menunjukkan orang yang tidak
menghormati ibunya akan mendapat balasan dan binasa secara langsung atau tidak
langsung di dunia mahupun akhirat kelask. Hal ini menunjukkan seseorang tidak
mampu selamat daripada balasan apabila melakukan perkara yang tidak menghormati
ibunya.

Akal budi: Arahannya juga jelas dan tidak berkias menunjukkan ketegasan pengarang

JKA/Jun2019 26

dalam meminta anak-anak untuk menghormati ibu mereka. Pengarang juga memberi
peringatan bahawa terdapat balasan jika seseorang mengingkari arahannya dengan
tidak menghormati ibunya.

Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.

(Rangkap 3)

Pemikiran: Lalai digunakan kerana kesalahan terbesar ibu bapa dalam mendidik anak
mereka ialah sikap lalai mereka. Seharusnya ibu bapa menjadi teliti dan peka terhadap
setiap perkara yang dilakukan mereka terutamanya kesihatan dalaman mereka.

Kata balai pula merujuk kepada rumah atau tempat berteduh. Maka jika anak berjaya
dibesarkan dengan baik, anak tersebut mampu membawa kesenangan kepada mereka
dari segi perlindungan dan sebagainya. Balai juga boleh dirujuk kepada tempat
menimba ilmu. Jika anak dibesarkan dengan baik, maka dia mampu untuk melanjutkan
pelajarannya ke menara gading atau bekerja di tempat yang baik.

Akal budi: Pertuturannya tidak menkalsifikasikan perkara yang perlu diberi perhatian
oleh ibu bapa menunjukkan ibu bapa tidak boleh lalai dalam semua aspek. Gaya hidup
pula, lumrah manusia itu memerlukan tempat perlindungan, pelajaran atau pekerjaan.

Dengan kawan hendaklah adil,
Supaya tangannya jadi kafil.

(Rangkap 4)

Pemikiran: Adil yang dimaksudkan ialah kita perlu memberikan perhatian dan budi yang
sama rata dengan teman kita dan tidak memulaukan seseorang. Kata kafil pula merujuk
kepada penjamin atau boleh dijamin. Bermaksud tangannya atau orang tersebut boleh
dipercayai tidak akan berbuat khianat kepada kita.

Akal budi: Pertuturan dilihat apabila pengarang menggunakan istilah khafil sebagai
lambang kepercayaan yang dipertaruhkan kepada teman kita. Hal ini bermaksud
pengarang tidak menggunakan istila, agar tanggannya tidak khianat, dan memilih untuk
menggunakan bahasa yang lebih indah dan sopan.

Secara keseluruhan, seseorang manusia lumrahnya hidup bersama teman dan teman
ini juga perlulah dihargai kerana mereka antara orang yang penting dalam hidup

JKA/Jun2019

27

seseorang. Namun orang yang dekat ini juag mampu berbuat khianat. Maka pengarang
memberi peringatan secara halus kepada pembaca untuk sentiasa bejaga-jaga.

JKA/Jun2019

28

RUJUKAN

Abror, A. (2003). Pantun: genre puisi Melayu tradisional. Studentsrepo.um.edu.my.
http://studentsrepo.um.edu.my/360/4/BAB3.pdf

Bachik, A. (2005). Khazanah puisi klasik Melayu. ILADAM.

Baharin, Husna., Ahmad, H., & Fadzli, F. (n.d.). Prosa moden. Scribd.com.
https://www.scribd.com/presentation/101791464/Prosa-Moden

Hamid, I. (2001). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama (siri bahasa dan sastera).
Pearson Education Malaysia.

Mohamad, K., Othman, W. Z. W., & Noor, A. M. (2014). Genre kesusasteraan Melayu
dalam bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Piah, H. M. (1989). Puisi Melayu tradisional: satu pembicaraan genre dan fungsi.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Bakar, S. A., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022).
Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2018). Pendidikan Sastera Melayu memperkukuhkan
pembinaan karakter pelajar. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 1-14.
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.1.2018

Saludin, R. (2013). Puisi Melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13.

JKA/Jun2019

29


Click to View FlipBook Version