The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alifsatey, 2020-02-20 00:39:28

PENILAIAN DAN PENGHAKIMAN

PENILAIAN DAN PENGHAKIMAN





















ANUGERAH LANDSKAP SHAH ALAM

2019/2020



SK SEKSYEN ENAM, SHAH ALAM

TAMAN INSPIRASI






SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM

d
“ Jika ke sawah tidak berteman,



Pulangnya sendiri jangan dinanti,



Jika hidup tidak beriman,



Bagaikan padi tidak berisi.”








“ Ramai - ramai menanam padi,



Tanam pula di tengahari,


Pandai-pandai menanam budi,



Jangan sampai tergadai diri.”

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi
ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia, padi yang

ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang,
dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak
di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan

baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.

Menyedari kepentingan sumber makanan itu pihak Sekolah

Kebangsaan Seksyen Enam menghasilkan tanaman padi di
sekolah. Tanaman padi ini dihasilkan bertujuan
mendedahkan pelajar mengenai cara penanaman padi secara

lebih dekat, seiring persekitaran hijau yang sejahtera.

Konsep sekolah dalam taman telah disarankan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa,
bersih, ceria dan selamat. Di Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam, warga sekolah telah berusaha
mewujudkan landskap untuk membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

Disamping menikmati keindahan landskap yang ada di kawasan
sekolah, secara tersiratnya warga sekolah akan dididik dan
dipupuk untuk menghargai alam sekitar. Justeru dalam membina
landskap sekolah kita tidak lupa memanfaatkan bahan-bahan kitar

semula dan bahan terpakai atau terbuang.

Bunga – bungaan dan tanaman lain
di tanam persekitaran taman

TAMAN TITIAN KASIH






SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM

Bunga Anggerik atau Orkid muncul antara tanaman popular di dunia, karakter bunga orkid yang
mempunyai aura tersendiri membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan sama ada menghiasi taman atau

ruang kediaman.Kini SK Seksyen Enam mempunyai Taman Mini Anggerik sebagai sebahagian daripada
landskap untuk dipertandingkan.

D









Mini Anggerik ini mempunyai

pelbagai sepsis anggerik

seperti, Orkid Butterfly, Okid

Dendrobium dan sebagainya.Tidak
dinafikan, keindahan bunganya
juga meletakkan ia sebagai
elemen utama dalam gubahan

segar di atas meja dan di taman

untuk meraikan tetamu.

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan konsep

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Pengucapan awam merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya
berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan

etika.
Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid dilatih

dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau

juga Bahasa Inggeris.

Kolam ikan ini dibina sebagai pelengkap landskap di kawasan sekolah. Kolam ini dilengkapi
tumbuhan hijau dan juga ikan.

TAMAN HARMONI






SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM

Taman ini antara taman yanag terbesar di kawasan sekolah, terdapat tanaman sayur –sayuran,

tanaman herba, replica gunung berapi, kolam ikan Talapia dan juga rumah sarang burung Tiong





TAMAN PPKI






SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM

Projek Taman Mini Pendidikan Khas ini

merupakan salah satu projek khas Program
Pendidikan Khas Integrasi SK Seksyen Enam, Shah

Alam untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
terutamanya bagi murid – murid kelas PPKI. Projek

akan dijalankan sepenuhnya oleh warga PPKI
ini
yang terdiri daripada guru – guru, Murid, ibu bapa

murid dan PPM PPKI. Pembinaan Taman Mini yang

berunsurkan tanaman hijau dapat memberikan kesan

terapi baik pada jiwa. Suasana hijau yang tercipta

dapat menawarkan suasana harmoni dan damai dapat
membantu mengurangkan tekanan, rasa gemuruh dan

gugup serta dapat merehatkan minda dan fizikal.


Click to View FlipBook Version