Soalan Lazim, Akronim & Glosari 41 22. Siapakah yang boleh menetapkan atau mengemas kini pelantikan PP1 dan PP2 bagi pegawai pentadbir/ pengurusan tertinggi organisasi? Pelantikan dan pengemaskinian PP bagi pegawai pentadbir/ pengurusan tertinggi organisasi akan dibuat oleh agensi penyelia organisasi masing-masing. Contoh agensi penyelia adalah seperti berikut: Organisasi Agensi Penyelia Sekolah harian seliaan PPD PPD Sekolah harian seliaan JPN JPN Sekolah seliaan Bahagian Bahagian Induk Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi IPG Kampus IPGM IAB Cawangan IAB Induk Bahagian di KPM UPK CLK BPSM 23. Adakah PYD dapat melihat skor penilaian yang diberikan oleh PP? PP yang dilantik perlu memaklumkan tahap prestasi penilaian PYD bagi setiap sesi penilaian. 24. Adakah PP dapat melihat markah akhir penilaian? PP tidak dapat melihat markah akhir PYD. 25. Adakah PYD dapat melihat markah akhir penilaian? PYD hanya dapat mengetahui markah akhir melalui HRMIS setelah dimuktamadkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). 26. Adakah pelarasan perlu dilakukan bagi semua keputusan penilaian? Pelarasan markah di peringkat JK PBPPP Organisasi hanya boleh dibuat sekiranya perbezaan markah antara PP1 dan PP2 bagi seorang PYD melebihi 10 markah. 27. Bilakah pelarasan markah boleh dilakukan? Pelarasan markah boleh dilakukan berdasarkan Takwim Pelaksanaan PBPPP. JK PBPPP Organisasi boleh menyemak status penilaian yang tidak tekal melalui Sistem e-Prestasi dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya wujud markah tidak tekal, JK PBPPP Organisasi perlu memutuskan markah yang diselaraskan bagi PYD yang terlibat.
42 Soalan Lazim, Akronim & Glosari 28. Bagaimanakah proses pelarasan markah dilakukan? JK PBPPP perlu mengenal pasti sama ada berlaku kes markah tidak tekal melalui Sistem e-Prestasi. Semakan dan pelarasan markah hanya boleh dibuat dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam Takwim Pelaksanaan PBPPP. Antara langkah yang perlu dilaksanakan sekiranya wujud markah yang tidak tekal ialah: Pengerusi boleh menubuhkan JK Siasatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kes penilaian tidak tekal. JK siasatan boleh melaksanakan pelbagai kaedah yang sesuai dalam usaha mengumpul maklumat bagi membantu memuktamadkan markah yang tidak tekal. PP asal tidak perlu melaksanakan semula penilaian kepada PYD tetapi boleh memberikan justifikasi terhadap aras penilaian bagi setiap aspek yang diberikan kepada PYD. Sebarang perubahan markah yang diselaraskan perlu diputuskan melalui Mesyuarat JK PBPPP Organisasi sebelum di kunci masuk ke dalam Sistem e-Prestasi. Walau bagaimanapun nilai markah yang diselaraskan hanya dibenarkan berada dalam julat markah asal PP1 dan PP2. Setiausaha dan Pengerusi sahaja dibenarkan untuk mengunci masuk dan menyimpan markah yang telah dimuktamadkan dalam Sistem e-Prestasi. Pengerusi sahaja dibenarkan menghantar markah tersebut melalui Sistem e-Prestasi. 29. Semasa penilaian pertama, saya telah mengunci masuk nilai skor yang sama bagi setiap aspek untuk dua (2) orang PYD. Mengapakah nilai markah yang dipaparkan untuk keduadua PYD tersebut berbeza? Perbezaan markah bagi kedua-dua PYD berlaku mungkin disebabkan faktor-faktor berikut: PYD yang berlainan gred jawatan yang disandang; atau Tempoh perkhidmatan pada tahun penilaian semasa untuk PYD gred DG41 yang kurang dan lebih lima (5) tahun; atau PYD menyandang gred yang sama tetapi taraf PP yang berlainan. Contohnya, status PP menilai PYD A sebagai PP1 dan PYD B sebagai PP2. Jika PP2 mengunci masuk skor sebelum PP1, maka markah yang dipaparkan hanyalah 90% daripada markah keseluruhan kerana skor keberhasilan yang mewakili markah keseluruhan 10% masih belum dikunci masuk oleh PP1. Walau bagaimanapun situasi ini tidak mengganggu proses keseluruhan penilaian kerana fleksibiliti PBPPP membenarkan mana-mana PP untuk menilai dan mengunci masuk skor penilaian PYD terlebih dahulu.
Soalan Lazim, Akronim & Glosari 43 30. Mengapakah paparan markah semasa penilaian pertama tidak berubah walaupun skor asal telah diubah? Salah satu prinsip dalam pelaksanaan PBPPP adalah penilaian berdasarkan rubrik bagi setiap aspek yang dinilai. Markah prestasi PYD tidak dipaparkan melalui Sistem e-Prestasi yang bertujuan untuk memastikan penilaian yang dilaksanakan tidak dipengaruhi oleh paparan markah prestasi keseluruhan. Prinsip ini juga bertujuan untuk mengelakkan PP menetapkan markah prestasi kepada PYD lebih awal sebelum atau tanpa merujuk rubrik dan aspek yang dinilai. Walau bagaimanapun, bagi membantu PP melaksanakan bimbingan dan pementoran, PPSM KPM telah memutuskan supaya markah PYD dipaparkan sekali sahaja iaitu semasa penilaian pertama. Setelah skor bagi kesemua aspek yang dinilai telah dikunci masuk dan disimpan dalam Sistem e-Prestasi, maka markah tersebut dianggap sebagai markah muktamad bagi penilaian pertama. Walaupun begitu, PP masih dibenarkan untuk membuat perubahan skor kepada aspekaspek yang dinilai namun ia tidak akan mengubah paparan markah tersebut. 31. Bagaimanakah pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan Sistem e-Prestasi? Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Sistem e-Prestasi, disalurkan ke alamat e-mel aduan.eprestasi@moe.gov.my. Maklumat pengadu dan perkara yang diadu perlu lengkap untuk memudahkan pengurusan dan maklum balas aduan. 32. Apakah bentuk keputusan penilaian yang akan dikeluarkan? Keputusan penilaian dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan melalui aplikasi Sistem HRMIS yang mengandungi peratus markah pencapaian keseluruhan dan aras pencapaian selepas markah akhir dimuktamadkan oleh PPSM KPM. 33. Bagaimanakah cara PYD ingin membuat aduan/ rayuan berkaitan penilaian prestasi? Sebarang aduan/ rayuan berkaitan keputusan penilaian prestasi boleh dibuat kepada urus setia PPSM organisasi masing-masing melalui Ketua Jabatan. Markah yang dipaparkan merupakan PENILAIAN YANG DIISI UNTUK KALI PERTAMA dan BUKAN MARKAH AKHIR PYD. Paparan markah tersebut sebagai GAMBARAN/ PANDUAN kepada pegawai penilai sahaja dan BUKAN UNTUK DIKONGSI dengan mana-mana pihak lain
44 Soalan Lazim, Akronim & Glosari AKRONIM SINGKATAN MAKSUD AKP Anggota Kumpulan Pelaksana BPG Bahagian Profesionalisme Guru BPPK Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi CPD Program Pembangunan Profesional Berterusan DMO Delivery Management Office GBK Guru Bimbingan dan Kaunseling GTP 2.0 Program Transformasi Kerajaan 2.0 IPG Institut Pendidikan Guru JK PBPPP Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JPN Jabatan Pendidikan Negeri KM Kolej Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia LNPT Laporan Nilaian Prestasi Tahunan NTC New Teacher’s Charter PBPPP Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PdP Pengajaran dan Pembelajaran PP Pegawai Penilai PP1 Pegawai Penilai 1 PP2 Pegawai Penilai 2 PPD Pejabat Pendidikan Daerah PPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 PPSM Panel Pembangunan Sumber Manusia PROSPEK Penilaian Kompetensi dan Potensi PTK Penilaian Tahap Kecekapan PYD Pegawai Yang Dinilai SBPA Saraan Baru Perkhidmatan Awam SIPartners+ School Improvement Partners SISC+ School Improvement Specialist Coaches SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 3PK Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Soalan Lazim, Akronim & Glosari 45 ISTILAH MAKSUD Ahli Jawatankuasa Pegawai dalam organisasi yang dilantik menganggotai Jawatankuasa PBPPP Organisasi Aspek Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen Bidang Tugas/ Fungsi/ Akauntabiliti Penentuan skop tugas PYD dalam penetapan sasaran keberhasilan Borang Skor Dokumen yang mengandungi skor PYD bagi setiap aspek penilaian yang dicetak daripada Sistem e-Prestasi Deskripsi Keterangan yang menggambarkan perkara yang diperhatikan dan diukur Dimensi Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai Dokumen Terperingkat Bahan rasmi kerajaan seperti sulit, terhad, rahsia dan lain-lain seperti yang terkandung dalam Arahan Keselamatan Elemen Pembolehubah bagi sesuatu dimensi (konstruk) Fungsional Ciri-ciri khusus mengikut kumpulan bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Generik Ciri-ciri umum yang khusus untuk PPP Instrumen Alat penilaian dalam bentuk dokumen Integriti Kejujuran, adil, ketulusan dan kebertanggungjawaban Kader Jawatan Kader adalah jawatan yang dipunyai oleh sesebuah Kementerian/ Jabatan yang diwujudkan di pelbagai Agensi berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya dilakukan dan dikawal oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan Keberhasilan Perihal berhasil atau tercapai sesuatu matlamat, rancangan, tujuan dan usaha Kerahsiaan Perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu sahaja Kerja Rutin Tugas/ aktiviti yang lazim dilaksanakan yang melibatkan proses sebelum mencapai sasaran/ objektif sebenar Ketidaktekalan Perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2 Konstruk Dimensi manusia yang ingin dinilai bagi melihat kompetensi dan potensi seseorang PPP dalam tempoh tertentu. Konstruk bersifat konkrit ataupun abstrak dan boleh diukur Markah Kompetensi Kebolehan untuk melakukan sesuatu setelah diukur terhadap satu piawaian Nilai Integriti Mempunyai nilai kejujuran, ketelusan, keutuhan dan seumpamanya GLOSARI
46 Soalan Lazim, Akronim & Glosari ISTILAH MAKSUD Organisasi Merujuk kepada Sekolah/ PPD/ JPN/ Institusi Pendidikan/ Bahagian di KPM Pascapenilaian Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas penilaian akhir Pegawai Individu yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan Pegawai Penilai Pegawai yang dilantik bagi menilai PYD bagi satu tempoh penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pegawai yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan Pegawai Yang Dinilai PPP yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan Pelarasan Perihal tindakan penyesuaian skor di antara julat skor PP1 dan PP2 Pemerhatian Kaedah mendapatkan bukti mengenai sesuatu aspek yang dinilai melalui pengamatan di luar aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pencapaian Sasaran Kejayaan mencapai hasil kerja yang telah ditetapkan Pencapaian Semasa Penilaian Pertama Pencapaian sasaran yang diperoleh oleh PYD semasa penilaian pertama dilaksanakan Pencerapan Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan Penilaian tidak tekal Berlaku perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2 Peningkatan Sasaran Sebarang bentuk kemajuan dan perkembangan pengetahuan/ kemahiran/ nilai/ amalan dan tingkah laku klien Prapenilaian Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum penilaian bermula Sasaran Keberhasilan Sasaran kerja tahunan yang dibuat pada awal tahun penilaian Semakan Dokumen Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang dinilai dengan menyemak dokumen yang berkaitan Semakan Semula Membuat semakan semula penetapan sasaran kerja tahunan selepas penilaian pertama sama ada mengekal, meminda, menambah atau menggugurkan sasaran kerja Semasa Penilaian Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa sesi penilaian dijalankan Skor Mata nilai yang mewakili aras penilaian sama ada berdasarkan rubrik atau julat yang telah ditetapkan Temu bual Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang dinilai melalui perbualan yang berstruktur/ bebas Usaha yang Dilaksanakan Inisiatif yang dilakukan ke arah mencapai hasil kerja
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Cawangan Latihan dan Kompetensi Aras 4, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya