The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aifaa A Ghani, 2023-03-18 06:51:45

Modul PIKeBM Sekolah Menengah

SM_Modul PIKEBM

PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 49 Tajuk: Dua Kerusi Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Menyoal dan menjawab secara spontan menggunakan ayat mudah. 2 Berkomunikasi menggunakan bahasa yang santun. Langkah Operasi 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Setiap kumpulan diberikan satu tajuk, contohnya: (a) Kumpulan 1: Lampu Isyarat (b) Kumpulan 2: Papan tanda di jalan raya (c) Kumpulan 3: Langkah-langkah keselamatan (d) Kumpulan 4: Peraturan melintas jalan raya 3 Setiap kumpulan melantik dua orang untuk duduk di dua kerusi dalam kumpulan masing-masing. 4 Secara bergilir-gilir setiap ahli kumpulan melontarkan soalan yang sesuai mengikut tema atau tajuk kepada dua orang peserta yang duduk di dua kerusi. 5 Dua orang peserta yang duduk di dua kerusi akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh ahli kumpulan mereka sendiri. 6 Dua orang peserta lain bergilir-gilir akan duduk di dua kerusi untuk menjawab soalan seterusnya. Aktiviti Harian 1 Murid dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang santun terutamanya semasa berurusan dengan warga sekolah. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Aktiviti Dua Kerusi yang terbaik daripada mana-mana ahli unit kokurikulum yang telah dilaksanakan akan mempersembahkan kembali semasa perhimpunan rasmi sekolah. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid mempraktikan aktiviti Dua Kerusi dalam persembahan pentas. 4 Penyerapan Ilmu Kemahiran komunikasi. SM siap NEW.indd 49 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 50 Catatan Perbincangan persoalan mengikut tema yang dirancang. Bahan Buku, akhbar, majalah dan bahan Internet Pelaksanaan Aktiviti Tahunan PIBG dengan kerjasama pihak sekolah menganjurkan pertandingan Dua Kerusi antara unit kokurikulum sekolah. Contohnya, dua unit terbaik daripada setiap unit yang berikut : Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan SM siap NEW.indd 50 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 51 Tajuk: Getaran Bahasa Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Menyebut perkataan yang mengandungi dua suku kata. 2 Membina perkataan baharu berdasarkan suku kata terakhir yang disebut oleh murid sebelumnya. Langkah Operasi 1 Murid membentuk dua kumpulan. 2 Fasilitator memberikan satu perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka. 3 Murid pertama akan menyebut dua suku kata dan menunjukkan secara rambang kepada mana-mana murid lain. 4 Murid tersebut akan membentuk perkataan menggunakansuku kata terakhir yang disebut dan menunjukkan kepada peserta seterusnya. Contoh: Buku – kuda – daki 5 Murid yang gagal membentuk perkataan akan terkeluar daripada permainan. 6 Langkah ini diulang sehingga murid masih kekal dikira sebagai pemenang. 1 Aktiviti Harian Murid berbual sesama mereka menggunakan kaedah getaran bahasa. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Murid yang mengacarakan majlis menggunakan bahasa yang gramatis, sebutan dan intonasi yang tepat dan betul. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Komandan perlu memberi arahan menggunakan bahasa yang gramatis, sebutan dan intonasi yang tepat dan betul. 4 Penyerapan Ilmu Ilmu penambahan kosa kata. SM siap NEW.indd 51 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 52 Catatan Perkataan baharu yang dibina mesti bersifat santun dan bermakna. Bahasa dialek diterima. Bahan Buku, akhbar, majalah dan bahan Internet Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Murid melibatkan diri dalam pertandingan sahibba, pantun, dan pertandingan lain yang bersesuaian anjuran sekolah, DBP dan KPM. SM siap NEW.indd 52 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 53 Tajuk: Irama Bersahut Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Menyambung perkataan berdasarkan kata tanya menjadi frasa. 2 Berinteraksi untuk menyambung lagu secara spontan. Langkah Operasi 1 Murid diberikan frasa / ayat sebagai rangsangan. 2 Murid menyambung frasa tersebut menjadi ayat. 3 Murid melagukan ayat tersebut. 4 Murid menyambung ayat dalam bentuk lagu. 5 Kumpulan yang gagal menyambung ayat dikira kalah. Contoh frasa / ayat: Soal Jawab Hati apa, hati apa, hati apa sekarang? Hati ayam, hati ayam, hati ayam sekarang. Ayam apa, ayam apa, ayam apa sekarang? Ayam kampung, ayam kampung, ayam kampung sekarang, Kampung apa, kampung apa, kampung apa sekarang? Murid sambung... (ikut irama lagu Pisang Goreng) 1 Aktiviti Harian Guru boleh melaksanakan modul semasa PdPc sebagai salah satu kaedah pengajaran untuk menarik minat murid seperti mengingati fakta sejarah. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Irama Bersahut semasa PdPc yang menarik boleh dipersembahkan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid melaungkan kata arahan mudah dan disambut oleh murid lain untuk menarik perhatian dan fokus. Contoh: Ketua murid : Baris Murid : Sedia SM siap NEW.indd 53 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 54 Catatan Lagu boleh dipilih mengikut kesukaan murid dengan bimbingan guru. Bahan Nada dering, bahan audio dan bahan Internet. Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Pertandingan Irama Bersahut antara guru dengan murid. Pihak sekolah dan PIBG boleh memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan pertandingan ini. SM siap NEW.indd 54 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 55 Tajuk: Jalan-jalan Cari Ilmu Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Berkomunikasi secara dua hala mengikut konteks. 2 Bersoal jawab dengan menggunakan ayat yang mudah. 3 Menggunakan kata tanya yang sesuai untuk membina ayat tanya. Langkah Operasi 1 Guru penasihat atau fasilitator menyediakan beberapa buah stesen dan petugas mengikut keperluan maklumat. 2 Guru penasihat atau fasilitator membentuk beberapa kumpulan kecil mengikut bilangan stesen maklumat yang disediakan. 3 Guru penasihat atau fasilitator memberikan arahan aktiviti kepada semua kumpulan kecil iaitu: (a) Setiap kumpulan bergerak dari sebuah stesen ke sebuah stesen apabila wisel dibunyikan (tempoh masa mengikut kesesuaian). Hanya satu kumpulan sahaja yang berada di setiap stesen dalam satu-satu masa. (b) Pada setiap stesen, murid dalam kumpulan dikehendaki mengemukakan soalan secara lisan berdasarkan kata tanya yang sesuai untuk mendapatkan maklumat berdasarkan tema yang dirancang, contoh kata tanya: (i) apa (iv) di mana (ii) siapa (v) mengapa (iii) bila (vi) bagaimana 4 Murid memberikan jawapan berdasarkan maklumat secara lisan yang diperoleh daripada setiap petugas stesen semasa mereka berkumpul semula. 1 Aktiviti Harian Guru dan murid berinteraksi menggunakan ayat tanya. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Murid mengendalikan kuiz bertema dalam tempoh yang tertentu. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Guru mencipta aktiviti yang berbeza di setiap stesen untuk membolehkan ahli membina kepelbagaian ayat tanya. 4 Penyerapan Ilmu Sejarah dan Geografi. SM siap NEW.indd 55 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 56 Catatan 1 Guru penasihat atau fasilitator memilih beberapa orang murid untuk dilantik sebagai petugas di stesen maklumat. 2 Petugas di stesen yang dilantik menyediakan bahan-bahan sokongan. Bahan Akhbar, buku, majalah, bahan Internet dan bahan perpustakaan. Pelaksanaan Aktiviti Tahunan: Pertandingan mencari harta karun dengan kerjasama alumni diadakan pada peringkat sekolah antara pemenang setiap persatuan / badan beruniform. SM siap NEW.indd 56 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 57 Tajuk: Jejak Juara Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Memberikan pendapat tentang teknik permainan yang betul dengan menggunakan ayat yang lengkap secara lisan. 2 Menyampaikan hujah dengan bahasa yang santun. Langkah Operasi 1 Murid melakukan aktiviti menjejak juara berdasarkan pencapaian sasaran yang ditetapkan dalam permainan yang dipilih seperti bola sepak, bola jaring, bola baling dan lain-lain. 2 Murid yang berjaya mencapai sasaran menerima kad arahan. 3 Murid yang berjaya diminta menjelaskan teknik yang betul untuk mencapai sasaran menggunakan struktur ayat yang betul dan bermakna. 4 Murid yang tidak berjaya mencapai sasaran, mendengar penjelasan tentang teknik yang betul dan cuba melaksanakannya sehingga berjaya. 5 Murid membuat refleksi secara lisan dengan bimbingan guru. 1 Aktiviti Harian Murid mencatat dan mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh sukan negara dan luar negara. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah. Murid yang dipilih secara rawak akan mengulas dapatan koleksi tokoh sukan. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid terpilih dengan bimbingan guru penasihat mengulas tentang teknik satu permainan yang diminati atau teknik daripada tokoh sukan yang menjuarai permainan tersebut. 4 Penyerapan Ilmu Sains sukan dan pembinaan karektor. SM siap NEW.indd 57 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 58 Catatan Contoh Arahan: Jelaskan satu teknik yang telah kamu pelajari untuk memasukkan bola tepat ke sasaran. Contoh Jawapan: 1 Mata memandang ke arah sasaran. 2 Menyepak bola menggunakan bahagian dalam kaki. 3 Menyepak bahagian tengah bola. 4 Mengayunkan kaki mengikut lajak. Contoh soalan: Apakah perasaan anda apabila berjaya menuju sasaran? Contoh jawapan: 1 Saya berasa gembira. 2 Saya berasa bangga dengan kejayaan itu. 3 Saya berasa lebih bersemangat. Bahan Sumber : Buku, akhbar, majalah dan bahan Internet Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak swasta atau tokoh korporat untuk mengundang tokoh sukan ternama dalam Program Mari Menjejak Juara. SM siap NEW.indd 58 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 59 Tajuk: Jom Tangkis Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Menjawab soalan secara spontan. 2 Membina ayat mudah dan menyampaikannya secara lisan. 3 Memupuk semangat cinta akan negara melalui aktiviti sukan. Langkah Operasi 1 Pemain memulakan pertandingan dengan lawan serentak dalam beberapa buah gelanggang. 2 Setiap gelanggang diadili oleh seorang pengadil. 3 Permainan berjalan seperti pertandingan biasa. Pemain yang tidak memperoleh mata perlu menjawab soalan. Cadangan soalan iaitu memberikan maksud peribahasa dan membina ayat mudah daripada peribahasa tersebut. Contoh Soalan: (a) Apakah maksud kaki bangku? (b) Siapakah yang menjadi duri dalam daging dalam pasukan ping pong itu? (c) Bagaimanakah kita boleh menerapkan situasi peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya? 4 Pengadil membuat catatan dan menggunakan kutipan mata permainan badminton dan permainan bahasa. 1 Aktiviti Harian Murid berinteraksi dengan rakan merujuk peribahasa yang terdapat pada gegantung atau pada dinding sekolah semasa waktu senggang. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Mengadakan pertandingan kuiz peribahasa. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Mengadakan pertandingan permainan sambil menyebut peribahasa bergilirgilir. Pemain yang tidak dapat menyebut peribahasa membolehkan lawannya memperoleh mata. 4 Penyerapan Ilmu Pendidikan Moral. SM siap NEW.indd 59 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 60 Catatan Capaian Internet: { HYPERLINK “https://en.wikipedia.org/wiki/Badminton” } { HYPERLINK “http://www.topendsports.com/sport/badminton/history.htm” } Bahan Buku, akhbar, majalah dan bahan Internet Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Mengundang ahli PIBG, badan berkanun dan badan bukan berkanun untuk menyokong aktiviti ini. SM siap NEW.indd 60 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 61 Tajuk: JOTA- JOTI Dunia JOTAJamboree On The Air JOTI - Jamboree On The Internet. Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Murid akan dapat: 1 Berkomunikasi dengan bahasa yang mudah bersama-sama rakan di luar negara. 2 Menambahkan kosa kata bahasa Melayu ke seluruh dunia. Langkah Operasi 1 Murid berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang mudah dengan rakan luar negara. 2 Murid dapat bertukar pendapat mengenai isu semasa dengan bahasa yang santun. 3 Murid lain mendengar dan mencatat kosa kata baharu yang diperoleh melalui komunikasi tersebut. 1 Aktiviti Harian Memperdengarkan rakaman yang telah dilaksanakan sepanjang minggu. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Berkomunikasi secara langsung semasa perhimpunan menggunakan radio amatur. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid menyediakan maklumat yang boleh dikongsi dalam pembinaan teks untuk digunakan pada perjumpaan yang akan datang. 4 Penyerapan Ilmu Pengetahuan am. Perbendaharaan kata. SM siap NEW.indd 61 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 62 Catatan 1 Murid akan berkomunikasi dengan rakan dari seluruh dunia menggunakan radio amatur / panggilan video menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, Skype dan lain-lain yang difikirkan sesuai. 2 Murid dibekalkan dengan teks mudah oleh guru penasihat sebagai panduan. 3 Pihak sekolah perlu mendapatkan lesen untuk mengendalikan radio amatur. 4 Peralatan seperti Radio HF dan antenna Rotary Dipole (Maltronic) untuk 40 m band perlu disediakan. 5 Sekiranya pengakap muda / remaja yang mempunyai komputer riba, mereka bolehlah dibenarkan membawa komputer riba, tetapi untuk memasuki halaman sesawang, iaitu hanya dibenarkan dibuka di pusat-pusat WIFI JOTI sahaja dengan kawalan kata laluan yang sentiasa bertukar daripada pegawai JOTI. Bahan Radio amatur atau penggunaan echo link yang boleh dimuat turun melalui play store tanpa melibatkan kos. Pelaksanaan Aktiviti Tahunan (i) Mendapatkan kerjasama dengan pihak telekomunikasi untuk menaik taraf talian Internet. (ii) Pengakap Kelana memberikan bimbingan tentang istilah-istilah untuk memulakan komunikasi. (iii) Pihak sekolah perlu mempunyai hubungan baik dengan penaja untuk mendapatkan dana bagi menyebarluaskan program ini. SM siap NEW.indd 62 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 63 Tajuk: Jualan Langsung Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid dapat: 1 Bercerita berdasarkan bahan yang diberi. 2 Bercerita dengan sebutan, perkataan dan ujaran yang betul serta tepat. Langkah Operasi 1 Guru menerangkan cara permainan Jualan Langsung. 2 Setiap kumpulan memilih barang / produk yang hendak dijual. 3 Setiap kumpulan memilih dan menentukan strategi terbaik untuk mempromosikan barang yang telah dipilih oleh mereka. 4 Setiap kumpulan menerangkan kelebihan barang yang hendak dijual kepada kumpulan lain. 5 Selain itu setiap kumpulan perlu menyatakan: (i) Nama produk (ii) Keberkesanan produk (iii) Harga produk (iv) Kandungan produk 1 Aktiviti Harian Murid menggunakan ayat yang betul sewaktu pembelian di kantin atau di koperasi. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Memberikan pendapat tentang sesuatu perkara yang telah dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum di bawah sisipan model Jualan Langsung. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. (a) Pasukan Badan Beruniform Menceritakan makna pada setiap logo PBB. (b) Sukan dan Permainan Menamakan serta menyatakan fungsi peralatan sukan. (c) Kelab dan Persatuan Mempromosi produk yang telah dihasilkan untuk menarik minat pelanggan supaya membelinya. Contoh: Penanda buku. 4 Penyerapan Ilmu Perdagangan- simulasi jual beli. SM siap NEW.indd 63 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 64 Catatan Guru menyediakan beberapa barang dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Permainan ini boleh dilaksanakan secara individu atau secara berkumpulan. Main peranan / simulasi Bahan Bahan yang bersesuaian dan sedia ada. Kotak, buku, pensel, pemadam, kasut, wisel dan sebagainya. Pelaksanaan Aktiviti Tahunan 1 Ibu bapa yang terlibat dalam perniagaan berkongsi cerita dengan murid . 2 Murid melibatkan diri secara langsung semasa hari kantin. 3 Murid mempraktikkan penggunaan ayat yang betul semasa proses membeli di luar kawasan sekolah. SM siap NEW.indd 64 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 65 Tajuk: Kukunci Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Bercerita secara spontan berdasarkan tema yang diberikan. 2 Mendengar, memahami dan menyambung cerita. Langkah Operasi 1 Guru menerangkan cara permainan. 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan giliran. 3 Guru memberi tema kepada kumpulan pertama. 4 Kumpulan pertama akan memulakan cerita sehingga guru menyebut perkataan “KUNCI” . 5 Kumpulan kedua akan menyambung cerita berdasarkan perkataan terakhir yang di “KUNCI”. 6 Sekiranya kumpulan kedua tidak dapat menyambung cerita tiada markah diberikan. 7 Kumpulan seterusnya akan mengambil alih dan menyambung cerita tersebut. 8 Permainan diulang sehingga masa tamat. 9 Pemenang dipilih berdasarkan kiraan markah tertinggi. 1 Aktiviti Harian Mencari kosa kata pada gegantung dan bercerita dengan membina ayat mudah. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Menayangkan serta melaporkan aktiviti Kukunci. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Membuat aktiviti bercerita berkaitan pengalaman seperti perkhemahan, penyertaan pertandingan, lawatan dan sebagainya. 4 Penyerapan Ilmu Ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. SM siap NEW.indd 65 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 66 Catatan Contoh situasi: Masalah kebersihan di kantin sekolah. Kumpulan 1 “Mari kita belajar membuat jahitan tindih kasih?” (KUNCI) Kumpulan 2 “Kasihmu kuterima. Amboi! Amboi! Amboi!” (KUNCI) Bahan Buku, akhbar, majalah dan bahan Internet. Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Pihak Perpustakaan Negara atau Perpustakaan Negeri boleh menganjurkan pertandingan bercerita antara sekolah. SM siap NEW.indd 66 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 67 Tajuk: Lentok Si Lalang Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Menyambung lirik lagu semula berserta gerakan kreatif. 2 Meningkatkan penggunaan kosa kata yang menarik dalam lirik lagu. Langkah Operasi 1 Murid mendengar lagu yang dimainkan dan memahami maksud lirik lagu tersebut. 2 Murid menghayati lagu tersebut sambil memikirkan gaya yang bersesuaian dengan lirik lagu. 3 Guru akan memberhentikan lagu yang dimainkan pada rangkap yang difikirkan sesuai. 4 Murid akan menyambung lagu tersebut dengan lirik yang sesuai sambil membuat pergerakan yang telah dirancang. 1 Aktiviti Harian Murid boleh mengingat fakta penting mata pelajaran seharian dengan cara mengaya dan melagukan fakta tersebut. 2 Perhimpuanan Rasmi Sekolah Murid menayangkan rakaman aktiviti Lentok Si Lalang semasa perhimpunan. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid mempersembahkan aksi Lentok Si Lalang yang terbaik yang telah dilaksanakan semasa aktiviti unit kokurikulum. 4 Penyerapan Ilmu Ilmu reka cipta. SM siap NEW.indd 67 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 68 Catatan Guru boleh mencari lagu-lagu yang menarik minat murid. Bahan Audio dan Internet. Pelaksanaan Aktiviti Tahunan 1 Ibu bapa boleh membantu memantau murid semasa proses mencari maklumat melalui Internet. 2 PPD, JPN badan berkanun dan badan bukan berkanun boleh membantu dalam penyediaan bahan dan kemudahan jika permainan ini dilaksanakan pada peringkat lebih tinggi. SM siap NEW.indd 68 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 69 Langkah Operasi 1 Murid membentuk dua kumpulan. Murid perlu menjawab lima patah perkataan berdasarkan situasi yang diberikan. 2 Guru memberikan situasi atau tema. Contoh: Persiapan menyertai aktiviti perkhemahan. 3 Satu kumpulan akan menyoal kumpulan lain berkaitan situasi atau tema. 4 Pasukan lawan perlu menjawab menggunakan lima patah perkataan sahaja. Contoh (a) Kumpulan satu: Apakah yang diperlukan untuk perkhemahan? (b) Kumpulan dua: Cuba lihat senarai yang diberi. (c) Kumpulan satu: Di manakah kamu mendapat senarai tersebut? (d) Kumpulan dua: Kami dapat daripada Cikgu Ali. 5 Permainan ditamatkan apabila pemain gagal menjawab menggunakan lima patah perkataan. SM siap NEW.indd 69 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 70 Catatan Murid perlu menjawab soalan menggunakan lima patah perkataan berdasarkan situasi yang diberikan. Situasi: PBB-Persiapan menyertai aktiviti perkhemahan. Kelab dan persatuan-Program mencungkil bakat kecemerlangan murid. Sukan dan Permainan-Persiapan menghadapi perlawanan bola sepak. (Situasi yang sesuai) Bahan Buku, akhbar, majalah dan gegantung Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dengan kerjasama pihak sekolah mengadakan program yang dapat mempamerkan hasil aktiviti dalam PIKeBM SM siap NEW.indd 70 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 71 Langkah Operasi 1 Setiap kumpulan menyenaraikan istilah penting yang berkaitan dengan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan atau sukan dan permainan masing-masing. Contoh: PBSM – balutan, anduh, ikatan dan istilah lain. Persatuan Geografi – peta, koordinat, cerun dan istilah lain. Sukan dan permainan – tandukan, sepakan, lontaran dan istilah lain. 2 Ahli dalam setiap kumpulan mencipta seni kata madah berirama dan membinanya dalam bentuk rangkap berdasarkan istilah yang telah disenaraikan. 3 Setiap kumpulan mempersembahkan hasil ciptaan madah berirama mengikut kreativiti masing-masing secara harmoni. 1 Aktiviti Harian Murid menggunakan madah berirama dalam sesi perbualan atau dalam penulisan karangan. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Murid melafazkan pantun dalam teks pengacaraan, ucapan atau pesanan. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid mendendangkan syair, gurindam dan seloka. Murid melafazkan pantun. Murid mendeklamasikan sajak. 4 Penyerapan Ilmu Kesusasteraan Melayu merentasi kokurikulum. Tajuk: Madah Berirama Pasukan Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan Objektif Murid akan dapat: 1 Menyenaraikan kosa kata yang berkaitan dengan kelab dan persatuan, pasukan badan beruniform, dan sukan dan permainan yang disertai; 2 Mencipta dan membina madah berirama dalam bentuk rangkap; dan 3 Membuat persembahan daripada hasil ciptaan Madah SM siap NEW.indd 71 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 72 Catatan Murid mendengar rakaman pertandingan berbalas pantun. Bahan Cakera padat, buku, akhbar, majalah dan bahan Internet Murid boleh memilih melodi yang sesuai Pelaksanaan Aktiviti Tahunan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) menganjurkan Sayembara Madah Berirama dalam kalangan murid. SM siap NEW.indd 72 12/03/2019 5:44 PM


73 Contoh Syair (Kelab dan Persatuan): Sejarah Hang Tuah pahlawan terbilang, Nama termasyhur gilang-gemilang, Berani laksamana bukan kepalang, Pasti Melayu tidakkan hilang. Contoh Gurindam (Sukan dan Permainan): Jikalau kita rajin berusaha, Kelak kita akan berjaya. Jikalau kita rajin berlatih, Kelak kita tidak akan letih. Jikalau kita bekerjasama, Kelak pekerjaan akan sempurna. Jikalau kita menjaga kesihatan, Kelak cergas menjadi ikutan. Lampiran Madah Berirama: Contoh Pantun (PBB): Pantun Empat Kerat. Gagah Aduka bermain samrah, Orangnya garang dari selatan; Jari terluka berdarah merah, Dirawat orang guna balutan. Berjalan-jalan merentas titi, Merentas titi terpijak upih; Balut luka berhati-hati, Moga segera kembali pulih. Pantun Dua Kerat. Jauh berjalan ke dalam hutan, Buku sila nama ikatan. Daun senduduk tumbuh di hutan, Bola ditanduk terkena rembatan. SM siap NEW.indd 73 12/03/2019 5:44 PM


74 SM siap NEW.indd 74 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 75 1 Aktiviti Harian Permainan meneka bunyi, murid meneka perlakuan atau gaya rakan mereka dan bina ayat mudah semasa waktu senggang. 2 Perhimpunan Rasmi Sekolah Diperdengarkan bunyi tertentu dan murid terpilih diminta untuk menjawab dalam ayat mudah. Contoh: Bunyi kereta. Contoh ayat: Bunyi kereta itu mengganggu fikiran saya. 3 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Murid diperdengarkan dengan beberapa jenis bunyi dan murid diminta mencatat bunyi tersebut. Dapatan daripada bunyi tersebut murid diminta mencipta ungkapan menarik atau pantun dua kerat. 4 Penyerapan Ilmu Ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tajuk: Nada dan Bunyi Pasukan Badan Beruniform Objektif Murid akan dapat: 1 Mendengar dengan teliti dan menyebut bunyi yang didengari melalui telefon. 2 Membina ayat mudah secara berurutan berdasarkan bunyi yang didengari. 3 Memberikan pendapat tentang kesalahan dalam ayat secara lisan. SM siap NEW.indd 75 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 76 SM siap NEW.indd 76 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 77 SM siap NEW.indd 77 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 78 pada SM siap NEW.indd 78 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 79 SM siap NEW.indd 79 12/03/2019 5:44 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 80 SM siap NEW.indd 80 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 81 Langkah Operasi 1 Mencari gambar atau melukis gambar seperti tajuk yang diberi. 2 Menampal atau melukis gambar pada bahan yang bersesuaian (penerangan tentang haiku). 3 Mencari perkataan yang sesuai untuk membina haiku berdasarkan gambar yang dipilih. 4 Membina ayat yang sesuai untuk membentuk haiku. 5 Membaca atau mendeklamasikan haiku yang dibina. 6 Mempamerkan hasil dapatan dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. 7 Hasil haiku yang telah dibuat boleh dijual. Memilih perkataan yang tepat untuk menggambarkan haiku yang akan ditulis (Berdasarkan gambar). Kolam yang lama Katak melompat tinggi Air terpercik Baris pertama, 5 suku kata. Baris kedua, 7 suku kata. Baris ketiga, 5 suku kata. SM siap NEW.indd 81 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 82 Catatan 1 Haiku sejenis puisi Jepun yang ditulis dalam tiga baris dengan tujuh belas suku kata selalunya membicarakan kisah alam semula jadi. 2 Mencari perkataan yang sesuai untuk membina 3 baris ayat yang mengandungi 13 suku kata seperti berikut: (a) Baris pertama, 5 suku kata (b) Baris kedua, 7 suku kata (c) Baris ketiga, 5 suku kata 3 Memilih perkataan yang tepat untuk menggambarkan haiku yang akan ditulis. Bahan 1 Gambar boleh terdiri daripada hasil lukisan sendiri, majalah, buku, akhbar dan Internet. 2 Menggunakan peralatan lukisan dan bahan lukis yang sesuai. 3 Contoh: Kad manila, papan pelekap, kertas warna dan kertas lukisan. SM siap NEW.indd 82 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 83 Langkah Operasi 1 Ahli persatuan menyaksikan tayangan video cara memperkenalkan diri atau guru penasihat menerangkan cara memperkenalkan diri secara yang kreatif 2 Semua ahli jawatankuasa diminta untuk memperkenalkan diri diikuti oleh ahli yang lain. 3 Guru penasihat atau fasilitator membimbing murid dalam sesi memperkenalkan diri. SM siap NEW.indd 83 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 84 SM siap NEW.indd 84 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 85 Langkah Operasi 1 Murid membentuk beberapa kumpulan. 2 Setiap kumpulan akan diberi beberapa kepingan tarsia. 3 Guru akan mengarahkan kumpulan pertama membaca soalan dengan kuatnya. Kumpulan yang mempunyai jawapan akan menyahut, kemudian mereka akan bergerak untuk mencantumkan tarsia tersebut. 4 Kumpulan seterusnya menyoal dan kumpulan yang mempunyai jawapan akan menyahut. Proses soal jawab selesai sehingga kepingan tarsia membentuk satu bentuk selepas dicantumkan. SM siap NEW.indd 85 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 86 SM siap NEW.indd 86 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 87 Langkah Operasi 1 Guru menyediakan satu carta huruf yang mengandungi jumlah perkataan perdana. 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3 Murid mencari kata perdana iaitu menggunakan semua huruf yang ada atau membina sebarang perkataan daripada huruf yang disediakan. 4 Murid akan mendapat markah bonus jika dapat meneka perkataan perdana dengan tepat iaitu menggunakan semua huruf yang disediakan di dalam carta. 5 Murid menyusun dapatan perkataan menjadi ayat yang bermakna. SM siap NEW.indd 87 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 88 SM siap NEW.indd 88 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 89 SM siap NEW.indd 89 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 90 SM siap NEW.indd 90 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 91 Langkah Operasi 1 Murid diminta mempraktikkan kemahiran permainan yang dipelajari dalam kaedah permainan kecil (2 lawan 2, 3 lawan 3 atau 4 lawan 4). 2 Murid dibahagikan kepada dua pasukan (pasukan A dan pasukan B). 3 Apabila satu pasukan dapat menghasilkan mata / jaringan / skor atas pasukan yang lain, permainan akan diberhentikan seketika. 4 Satu mata akan diberikan kepada pasukan yang mendahului. 5 Guru akan memberikan soalan berkaitan aktiviti sukan di sekolah kepada kedua-dua pasukan. (Rujuk contoh di bawah). 6 Salah seorang ahli daripada kedua-dua kumpulan diminta menceritakan aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. (kepantasan menjawab 10 hingga 30 saat). 7 Satu mata akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menceritakan aktiviti sukan di sekolah. 8 Permainan kecil akan disambung semula sehingga tamat masa permainan yang ditetapkan (5 hingga 10 minit). SM siap NEW.indd 91 12/03/2019 5:45 PM


PRAKOKURIKULUM KOKURIKULUM PASCAKOKURIKULUM CADANGAN 92 SM siap NEW.indd 92 12/03/2019 5:45 PM


93 GLOSARI Perkataan Maksud dalam Konteks PIKeBM Alumni Bekas pelajar di sekolah Ayat mudah Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu prediket Demonstrasi Tunjuk cara melakukan sesuatu Dialek Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard Dokumentasi Bahan dikumpul dan disimpan dalam fail/buku log/buku skrap Jota Jamboree On The Air Joti Jamboree On The Internet Modul Buku panduan pelaksanaan aktiviti KSIB Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Simulasi Melakonkan watak seperti situasi sebenar Tarsia Aktiviti kuiz menggunakan tarsia (bentuk geometri) SM siap NEW.indd 93 12/03/2019 5:46 PM


94 RUMUSAN MODUL AKTIVITI PROGRAM INTERAKTIF KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (PIKeBM) SEKOLAH MENENGAH SM siap NEW.indd 94 12/03/2019 5:46 PM


95 SM siap NEW.indd 95 12/03/2019 5:46 PM


96 SM siap NEW.indd 96 12/03/2019 5:46 PM


97 SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN PELAKSANAAN PROGRAM INTERAKTIF KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (PIKeBM) 1 Adakah pihak sekolah perlu menyediakan takwim tahunan dalam penggunaan modul yang disediakan oleh pihak KPM? Tidak perlu. Takwim pelaksanaan modul PIKeBM hanya perlu disisipkan dalam takwim yang sedia ada. 2 Adakah pihak KPM melatih Jurulatih Utama (JU) yang boleh dijadikan pakar rujuk di setiap daerah atau negeri dalam menjayakan PIKeBM? Ya, BKK bersama-sama IPGKBM telah melatih JU pada setiap daerah dan negeri. 3 Apakah peranan guru dan pentadbir dalam menjayakan pelaksanaan PIKeBM? (i) Guru perlu memainkan peranan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan PIKeBM. (ii) Pentadbir perlu sentiasa mendorong dan memantau pelaksanaan PIKeBM. 4 Adakah pelaksanaan PIKeBM melibatkan kos? Tidak melibatkan sebarang kos kerana menggunakan bahan sumber yang sedia ada di sekolah. 5 Adakah modul PIKeBM ini sesuai digunakan dalam semua aktiviti Kokurikulum? Ya. Mengikut kreativiti guru. SM siap NEW.indd 97 12/03/2019 5:46 PM


98 6 Adakah pihak sekolah dibenarkan melaksanakan aktiviti yang tidak terkandung dalam modul yang dibekalkan? Pihak sekolah boleh melaksanakan aktiviti mengikut kesesuaian. 7 Siapakah sasaran murid yang terlibat dalam pelaksanaan PIKeBM? (i) Murid tahun 3 hingga tahun 6 bagi sekolah rendah. (ii) Murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bagi sekolah menengah. 8 Adakah pihak sekolah perlu menghantar laporan secara berkala? Pihak sekolah diminta menghantar laporan dua kali setahun. 9 Berapakah peruntukan masa bagi pelaksanaan PIKeBM dalam setiap aktiviti? Waktu yang diperuntukkan bagi pelaksanaan PIKeBM secara sisipan wajib sepuluh minit. 10 Wajarkah pihak sekolah mengadakan pendedahan dan latihan dalaman tentang modul ini? Perlu dirancang dan dilaksanakan bermula pada awal tahun. 11 Adakah program ini perlu disebarkan kepada ibu bapa? Program ini mesti dimaklumkan kepada ibu bapa dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru. SM siap NEW.indd 98 12/03/2019 5:46 PM


Click to View FlipBook Version