Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan Inayahnya, kita dapat berkumpul bersama-sama untuk meraikan Majlis Sejuta Aspirasi PPKI 2022 pada hari ini, bagi memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada seluruh wargakerja PPKI yang telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Saya percaya kerjasama yang padu dan sokongan yang berterusan akan meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan. Melahirkan generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Jangan jadikan kekurangan mereka sebagai satu halangan untuk mencapai kejayaan dan peluang yang lebih baik. Semoga murid-murid ini mampu memainkan peranan yang baik dalam masyarakat. Saya berharap, agar kejayaan murid-murid ini akan berterusan dan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga PPKI, dalam meningkatkan mutu pencapaian ke arah kecemerlangan dan terus berjaya mengharungi detik-detik kehidupan pada masa akan datang. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada seluruh wargakerja PPKI yang telah bekerjasama dalam menjayakan ‘Majlis Sejuta Aspirasi PPKI 2022’. Semoga hari ini menjadi satu kenangan manis untuk semua warga PPKI, khususnya murid-murid yang menerima anugerah pada hari ini. Akhir kalam, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Seuntai Kata Pn. Zalilah Binti Abdullah Guru Besar SK Olak Lempit
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul pada hari ini, untuk meraikan ‘Majlis Sejuta Aspirasi PPKI 2022. Majlis sejuta Aspirasi merupakan acara tahunan bagi menghargai bakat dan perkembangan murid sepanjang tahun. Penghargaan yang diberikan ini, diharap dapat memberikan suntikan semangat kepada murid untuk lebih berjaya dan berusaha meningkatkan keupayaan dan prestasi diri. Untuk pengetahuan semua, Tokoh Sejuta Aspirasi adalah dua perkataan yang dipilih dari tag line sekolah iaitu Skol Aspirasiku. Sejuta adalah setinggi harapan dan impian kami guruguru terhadap kecemerlangan dan kejayaan anak murid dalam segenap sudut terutamanya jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Manakala Aspirasi pula diambil dari ilham sekolah dengan menyambut baik saranan dan harapan sekolah supaya kita dapat bergerak seiring dalam memastikan kemenjadian murid. Majlis sejuta Aspirasi diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada murid PPKI, atas penglibatan dan komitmen yang diberi dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga PPKI yang telah menganjurkan ‘Majlis Sejuta Aspirasi PPKI 2022’. Semoga hari ini menjadi satu kenangan manis untuk semua warga PPKI, khususnya murid-murid. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid PPKI kerana telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun ini. Harapan saya agar PPKI SKOL akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Sekian, Terima kasih. Kata Alu-Aluan Pn. Norlela Binti Arshad GPK Pendidikan Khas SK Olak Lempit
TARIKH MASA ACARA 3 Februari 2023 2.30 petang Ketibaan para tetamu/ Pendaftaran Tayangan Slide/Video Program PPKI sepanjang tahun 2022/2023 3.00 petang Bacaan doa pembukaan Bacaan ayat suci Al-Quran 3.10 petang Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Ucapan GB Ucapan Perasmian 3.30 petang Persembahan 1 3.40 petang Jamuan Makan 3.55 petang Persembahan 2 (Badut) 4.25 petang Sambutan Hari Jadi (Acara memotong kek) 4.40 petang Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyampaian Anugerah : - Sinar Pagi - Kelarai Kreatif - SKOL Syurgaku - Pintar Baca - Segak Menawan - Tinta Emas - Mesra Guru dan PPM - Ringan Tulang - Mesra Rakan - Disiplin Terbaik - Teduhan Kasih - Adiwarna - Cergas Aktif - Bintang Harapan - Hati Waja 5.10 petang Penyampaian Hadiah dan Sijil Graduasi - Idereson - Afwan Haziq bin Abdul Hedi - Mia Adriana binti Asrul Kamal Tayangan video tokoh murid Penyampaian Anugerah Tokoh : Tokoh Uwais Al-Qarni Tokoh Muhammad Al-Fateh Tokoh Ibnu Sina Tokoh Sejuta Aspirasi 2022 Penyampaian Hadiah Guru-guru PPKI Pakaian Terbaik Mengikut Tema (2 pemenang kanak-kanak, 2 pemenang dewasa) Cabutan Bertuah (42 orang murid) 5.45 petang Sesi bergambar Bersurai Tentatif Majlis Sejuta Aspirasi PPKI 2022
Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Sejuta Aspirasi PPKI 2022 PENGERUSI : Pn. Zalilah binti Abdullah (Guru Besar) NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Norlela binti Arshad (PK Pendidikan Khas) NAIB PENGERUSI 2 : En. Muhadzir bin Esmahil (PK Kurikulum & Pentadbiran) NAIB PENGERUSI 3 : Pn. S.Rosy binti Ahman (PK Hal Ehwal Murid) NAIB PENGERUSI 4 : Pn. Sahpingah binti Mardi (PK Kokurikulum) SETIAUSAHA : Pn. Asnani Aisah binti Asman BENDAHARI : Pn. Nor Raihan binti Omar BENDAHARI 2 : Cik Siti Hanisah binti Bahari
BIL JAWATANKUASA PERSONALIA 1 Dana & Jemputan VIP Pn Norlela binti Arshad 2 Pengerusi Majlis Cik Nur Amirah Syahirah Binti Nazumuddin 3 Bacaan Ayat Suci AlQuran dan doa Ustaz Jemputan 4 Hadiah & Cenderahati Pn. Faridzhana binti Toskhan (K) Semua PPM 5 Sijil Pn. Asnani Aisah binti Asman 6 Sambutan Hari Jadi Pn. Mahmudah binti Mohd Nun Chanifah 7 Siaraya dan Persembahan Multimedia Pn. Siti Suhadah binti Mohd Sarif 8 Buku Program, Hebahan dan Publisiti Pn. Rima binti Maon 9 Persembahan Murid Pn. Norazlina binti Kassim Cik Siti Hanisah binti Bahari 10 Persiapan Dewan Pn. Mahmudah binti Mohd Nun Chanifah Semua AJK 11 Persiapan Pentas Pn. Shabikka binti Wagimin Semua AJK 12 Dokumentasi Pn. Asnani Aisah Binti Asman 13 Pengurus Penerima Hadiah Pn. Rima binti Maon 14 Pendaftaran dan Penyambut tetamu Pn. Norazlina binti Abdullah Pn. Shabikka binti Wagimin 15 Jurugambar Pn. Yushaniza binti Kamarudin AJK
ANUGERAH DESKRIPSI ANUGERAH BIL PENERIMA HADIAH SINAR PAGI Murid yang paling awal hadir ke sekolah secara konsisten. 1 Mohamad Atif b. Mohamad Razi 2 Muhammad Irwan b. Roslan 3 Afwan Haziq b. Abdul Hedi SEKOLAHKU SYURGAKU Murid yang paling rajin hadir ke sekolah. 4 Muhammad Zulirfan b. Mohd Zulkifli 5 Khansa bt. Mohd Harun SEGAK MENAWAN Murid yang paling kemas dan bersih sepanjang berada di sekolah. 6 Amar Nadim Haiqal b. Azhar 7 Nur Anis Nabilah bt. Abu Zarim MESRA GURU DAN PPM Murid yang paling kenal dan mengecam guru dan PPM 8 Muhamad Izaki b. Razaim 9 Nur Iman Qaisara bt Norodin 10 Rafa Delisha Amany bt. Mohd Raziz MESRA RAKAN Murid yang kenal dan mengecam semua rakan sekelas. 11 Muhammad Waiz bb. Mohd Nizam 12 Muhammad Rayqal Andriean b. Abdul Muhaimin 13 Saiful Aliff b. Anas 14 Zael Muhsein b. Amir Zaid TEDUHAN KASIH Murid yang paling penyayang dan disenangi oleh guru, PPM dan rakanrakan. 15 Muhammad Fathullah b. Yuzaimi 16 Syahmimi Putri Alesha bt Salvatore Schillaci CERGAS AKTIF Murid yang paling cergas dan aktif di dalam dan luar sekolah. 17 Idereson 18 Muhammad Shah Ramadhan b. Syaharudin 19 Muhammad Faez Asyraf Shah b. Otom HATI WAJA Murid yang paling menonjol di dalam kelas dan di atas pentas. 20 Muhammad Iman b. Ismail 21 Faris Hasyim b. Mohd Fazali 22 Nur Qaisara Imani bt. Saruddin Anugerah Murid 2022
KELARAI KREATIF Murid yang paling menyerlah menghasilkan karya seni seperti melukis, mewarna dan seumpamanya. 23 Afif Azfar b. Noramin 24 Muhammad Naufal b. Muhamad Fadzel 25 Muhammad Syamil Haffiy b. Zulfikri CEKAP DAN AMANAH Murid yang paling cekap menjaga dan mengurus barangan peribadi. 26 Dinina bt. Mohamad Zaki 27 Mia Adriana bt. Asrul Kamal 28 Muhammad Izz Adli b. Mohd Eddy Eswandy PINTAR BACA Murid yang paling lancar membaca ayat atau petkan. 29 Qistina Balqis Maisarah bt. Mohd Zuhairi 30 Putra Aqil Zaquan b. Fairus Isfan 31 Muhammad Aqil b. Arizal TINTA EMAS Murid yang paling cantik dan kemas tulisan tangannya. 32 Syazhan Iskandar Shai b. Shairazi RINGAN TULANG Murid yang paling rajin membantu guru, PPM dan rakan sekelas. 33 Amir Muhammad Sufi Arif b. Mizlan 34 Muhammad Fuad Zarkasyi b. Abd. Majid 35 Muhammad Rayyan Qayyum b. Mohd Rashid DISIPLIN TERBAIK Murid yang mempunyai disiplin yang baik dan terkawal. 36 Aryssa Tihani Nur Itqan bt. Zaifulzazaly 37 Qaisara Jannah bt. Ahmad Ammar ADIWARNA Murid yang sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam setiap program PPKI. 38 Adrian Adha b. Norhan 39 Nadim b. Moh Muslimen BINTANG HARAPAN Murid yang sopan dan baik budi pekerti. 40 Muhammad Shami Izzat b. Mohd Saifulrizal 41 Nur Eryna Alisha bt. Mohd Nor Irwan 42 Damia Amani bt.Mohd Affendi
BIL ANUGERAH TOKOH DESKRIPSI ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH 1 Tokoh Uwais Al-Qarni (Tokoh Sahsiah Terpuji) Tokoh ini merupakan murid yang sering membantu guru, PPM dan rakan-rakan, rajin, mempunyai keperibadian yang baik. serta sentiasa mementingkan diri dan persekitarannya bersih serta kemas. Beliau mempunyai akhlak yang terpuji, sopan santun dan mesra terhadap guru dan rakan-rakan. Idereson 2 Tokoh Muhammad AlFateh (Tokoh Kecemerlangan Kokurikulum) Tokoh kokurikulum pada tahun ini merupakan seorang murid yang berdedikasi. Beliau telah menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah mahupun di luar sekolah. Beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan merupakan contoh terbaik yang perlu diteladani oleh murid-murid yang lain. Amir Muhammad Sufi Arif bin Mazlan 3 Tokoh Ibnu Sina (Tokoh Kecemerlangan Akademik) Murid ini menunjukkan respond dan penglibatan yang positif dalam setiap pelaksanaan PdPc. Murid ini juga sangat komited dalam menyelesaikan semua tugasan akademik yang diberikan oleh guru. Setiap tugasan dilaksanakan Syazhan Iskandar Shai b. Shairazi 4 Tokoh Sejuta Aspirasi 2022 Tokoh ini telah menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang PdPc. Penglibatan beliau dalam pelbagai aktiviti dalam pelbagai peringkat juga telah terbukti sangat menyerlah. Kesungguhan dan komitmen beliau dalam memberikan sumbagan tenaga dan masa dalam setiap aktiviti kurikulum dan kokurikulum menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang. Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-rakan menjadikan beliau sangat layak ditabalkan sebagai Tokoh Sejuta Aspirasi bagi tahun 2022. Putra Aqil Zaquan b. Fairus Isfan Anugerah Tokoh Murid 2022