The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5_6176988073520268276-converted(1)-merged

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7604041, 2021-12-21 07:24:54

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3

5_6176988073520268276-converted(1)-merged

KERJA KURSUS GEOGRAFI

NO DIRT, THIS IS EARTH

KAJIAN AMALAN KITAR
SEMULA DI TAMAN
MUTIARA UTAMA

NAMA; SHARANYA A/P ANAND KUMAR
KELAS; 3 PEARL
GURU; PUAN HANIFAH

SENARAI ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGHARGAAN 3
2.0 PENDAHULUAN 4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5
4.0 KAWASAN KAJIAN 6~7
8~10
4.1 Peta Kawasan Kajian
11~14
5.0 KAEDAH KAJIAN
15
5.1 Pemerhatian 16
5.2 Temu Bual 17~21
5.3 Soal Selidik
5.4 Rujukan

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep dan elemen kitar semula
6.2 Kepentingan dan amalan kitar semula
6.3 Jadual dan analisis graf

7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN

1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua
Cemerlang SMK Sultan Ismail, Encik Razali bin
Tamadi kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya iaitu, Puan Hanifah
binti Jamaluddin kerana telah membantu saya
dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya iaitu Encik Anand Kumar dan
Puan Jayamathy atas dorongan dan sokongan
moral mereka sehingga saya berjaya menyiapkan
kerja lapangan ini.

Tidak lupa kepada kakak saya iaitu, Darshinya
Anand Kumar serta rakan-rakan lain yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sepanjang
tempoh saya menyiapkan kerja lapangan ini.

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang kitar
semula di Taman Mutiara Utama, Skudai, Johor
Bahru.

Saya memilih kawasan kajian tersebut adalah
kerana kawasan itu berhampiran dengan rumah
saya. Ini akan memudahkan saya untuk membuat
kajian ini.

Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar
semula di Taman Mutiara Utama serta
kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan
dalam kehidupan seharian di kawasan tersebut.

Selain itu, saya juga menilai halangan dan
permasalahan yang dihadapi untuk melaksanakan
amalan tersebut serta memberi cadangan yang
perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran
dalam kalangan penduduk di kawasan kajian untuk
mengamalkan kitar semula.

Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di
rumah [Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah,PdPR] pada waktu pengajaran dan
pembelajaran Geografi selama satu bulan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Mutiara
Utama, Skudai, Johor Bahru, bertujuan untuk ;

3.1 Mengenal pasti konsep dan elemen kitar
semula

3.2 Menjelaskan amalan kitar semula serta
kepentingan amalan tersebut untuk
dipraktikkan dalam kehidupan seharian di
kawasan kajian

3.3 Mengkaji dan menghuraikan halangan dan
permasalahan yang dihadapi untuk
melaksanakan amalan kitar semula dalam diri
penduduk di kawasan kajian

3.4 Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan
untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan penduduk di kawsasan kajian untuk
mengamalkan kitar semula

3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan
masalah pengangkutan awam di kawasan
kajian

3.6 Menghasilkan produk daripada barang kitar

semula

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Taman Mutiara
Utama, Skudai, Johor Bahru. Saya memilih
kawasan ini kerana jaraknya hanya 2 km dari
rumah saya. Taman ini berkeluasan kira-kira
135200 hektar dan mempunyai bilangan penduduk
seramai kira-kira 1000 orang.

Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai kaum
dengan purata umur 60 tahun. Kawasan ini
terletak berdekatan dengan kawasan perniagaan
dan Stadium Sultan Ibrahim. Kawasan ini juga
terletak berdekatan dengan kuil,bangunan kedai
dan juga masjid.

Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah,
iaitu kawasan yang rata dan sesuai untuk membina
pelbagai jenis petempatan seperti rumah,
masjid,kuil,sekolah dan bangunan kedai serta
kompleks beli-belah. Kawasan ini juga merupakan
salah satu kawasan yang mempunyai kadar
pembuangan sisa pepejal dan sisa domestik yang
tinggi.

PETA KAWASAN KAJIAN

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian menggunakan kaedah
yang berikut ;

5.1 Pemerhatian
Dengan kaedah ini, saya telah memerhatikan
sekitar Taman Mutiara Utama untuk
mendapatkan beberapa maklumat seperti
pandang darat fizikal, pola petempatan dan
masalah tempatan yang ada di kawasan yang
berikut.

5.2 Temu Bual
Saya telah menemu bual tiga orang penduduk untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka terhadap
amalan kitar semula yang berlaku di kawasan kajian
saya. Temu bual telah dijalankan kepada penduduk
yang telah lama menetap di sini kerana mereka lebih
berpengetahuan dan tahu tentang keadaan di kawasan
kajian ini.

5.3 Soal Selidik
Selain itu, saya telah menyediakan 15 borang soal
selidik yang perlu diisi oleh penduduk di kawasan
kajian saya yang telah menjadi responden
terhadap kajian yang dilakukan.

5.4 Rujukan
Saya juga telah membuat rujukan dari buku teks
Geografi Tingkatan 3 dan melayari Internet untuk
mendapatkan info tambahan.

Dialog

Berikut merupakan perbualan antara saya dengan salah
seorang jiran saya iaitu, Puan Lee, yang berumur 62 tahun.

Sharanya: Selamat pagi, Puan Lee. Apa khabar?

Puan Lee: Selamat pagi, Sharanya. Saya sihat sahaja.
Terima kasih. Awak sihat ke tidak ?

Sharanya: Saya dan ahli keluarga saya sihat. Puan Lee,
tujuan saya datang ke rumah puan adalah untuk
mengetahui amalan kitar semula yang dijalankan
di Taman Mutiara Utama dengan lebih dalam.
Bolehkah puan memberitahu saya tentang
amalan kitar semula yang dijalankan di taman
kita?

Puan Lee: Sudah tentu boleh. Terdapat dalam kalangan
penduduk di Taman Mutiara Utama yang
mengamalkan 3R di rumah mereka. Walaupun,
bukan dalam skala yang besar, namun mereka
tetap menyahut seruan kerajaan yang ingin
melahirkan rakyat yang cinta akan alam sekitar.
Tambahan pula, penduduk di taman ini telah
mengamalkan amalan kitar semula iaitu,
mengitar semula barangan, mengguna semula
barangan dan menggunakan beg mesra alam
menggantikan beg plastik. Oleh itu, ini
menunjukkan bahawa penduduk di Taman
Mutiara Utama amat bersyukur kerana dapat
menikmati alam sekitar anugerah Tuhan.

Sharanya: Wah, bagusnya penduduk di taman ini! Ini
menunjukkan mereka prihatin dan mempunyai
sifat kasih sayang terhadap alam sekitar.Hal ini
demikian dapat mewujudkan persekitaran yang
bersih dan selesa serta dapat menjamin bekalan
sumber semula jadi. Selain itu, pencemaran bau
dapat dikurangkan. Persoalannya, adakah puan
mengamalkan amalan kitar semula?

Puan Lee: Ya, betul tu adik. Saya akan mengitar semula
bahan dengan mengasingkan bahan mengikut
warna tong kitar semula yang biasa dilihat di
taman kita. Selain itu, saya juga akan
menggunakan beg mesra alam menggantikan
beg plastik yang dapat menjaga alam sekitar.
Seterusnya,saya juga akan mengguna semula
barangan.Misalnya, botol plastik dijadikan pasu
bunga kecil atau sebagai kraftangan yang
dihiaskan di rumah.

Sharanya: Adakah puan mengamalkan 3R seperti penduduk
lain?

Puan Lee: Ya,saya. Saya kerap mengamalkan amalan 3R
iaitu, Reduce [Kurangkan], Reuse [Guna
Semula] dan Recycle [Kitar Semula].

Sharanya: Terima kasih, puan kerana membantu saya
semasa perbualan ini. Saya telah mendapat
banyak info tentang amalan kitar semula yang
diamalkan oleh penduduk di taman ini.

Puan Lee: Sama-sama, Sharanya.

6.0 HASIL KERJA LAPANGAN

6.1 Konsep dan elemen kitar semula

Kitar semula ialah kegiatan memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran dalam kata lain proses
memperolehi atau menjadikan sebahagian atau
semua bahan daripada sampah untuk diguna
semula.

Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam [SWCorp], 2017, jumlah
penghasilan sisa pepejal di Malaysia sekitar
37,000 ribu tan sehari. Maka, pihak kerajaan telah
mengambil insiatif untuk mengurangkan kadar
sisa pepejal di Malaysia dengan menggunakan
konsep 3R iaitu, Reduce [Kurangkan], Reuse [Guna
Semula] dan Recycle [Kitar Semula]. Contohnya,
Sisa makanan atau najis haiwan direput dan akan
dijadikan baja organik yang boleh digunakan untuk
kegiatan ekonomi seperti pertanian.

Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan
yang mesra alam dan dapat menjaga warisan
generasi yang akan datang pada masa hadapan.

6.2 Kepentingan dan amalan kitar semula
Antara kepentingan amalan kitar semula ialah ;

Antara amalan kitar semula yang dijalankan di Taman
Mutiara Utama ialah ;
I] Menggunakan beg mesra alam menggantikan beg

plastik
II] Mengitar semula barangan
III] Mengguna semula barangan
Ketika menjalankan kerja lapangan ini, beberapa
masalah telah dikenal pasti iaitu ;
Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula,
sikap negatif dalam diri individu dan penduduk memilih
untuk membakar atau membuang barangan.

6.3 Jadual dan analisis graf

Langkah-langkah Bilangan responden
mengatasi masalah amalan kitar
semula di Taman Mutiara Utama 5
4
Menjadikan amalan kitar semula 6
sebagai aktiviti mingguan 15
Mengadakan kempen kesedaran
secara berkala
Menyediakan pusat kitar semula
berhampiran kawasan taman

Jumlah

Jadual 6.3.1 Langkah-langkah mengatasi masalah
amalan kitar semula di Taman Mutiara
Utama

Langkah-langkah mengatasi masalah amalan kitar
semula di Taman Mutiara Utama

Rajah 6.3.2 Graf Bar Mudah

Analisis graf bar mudah

Rajah 6.3.2 menunjukkan langkah-langkah mengatasi
masalah amalan kitar semula di Taman Mutiara Utama.
Antara langkah yang mencatatkan bilangan responden
yang tertinggi ialah menyediakan pusat kitar semula
berhampiran kawasan taman, iaitu seramai 6 orang
diikuti dengan menjadikan amalan kitar semula sebagai
aktiviti mingguan, iaitu seramai 5 orang. Langkah yang
mencatatkan bilangan responden paling rendah ialah
mengadakan kempen kesedaran secara berkala, iaitu
seramai 4 orang.

Ramai responden memilih langkah untuk menyediakan
pusat kitar semula berhampiran kawasan taman kerana
tiada tong kitar semula di dalam kawasan taman dan
seterusnya tong kitar semula terletak di luar kawasan
taman yang berjarak jauh. Langkah mengadakan
kempen kesedaran secara berkala kurang dipilih oleh
responden kerana masyarakat fikir yang walaupun
kempen kesedaran diadakan,masih ada individu yang
degil dan keras kepala untuk mengamalkan amalan 3R.

Kesimpulannya, penduduk di Taman Mutiara Utama
peka dan prihatin terhadap alam sekitar. Langkah yang
paling tinggi dipilih oleh responden ialah menyediakan
pusat kitar semula berhampiran kawasan taman
manakala langkah yang kurang dipilih untuk
menyelesaikan masalah alam sekitar di Taman Mutiara
Utama ialah mengadakan kempen kesedaran secara
berkala.

7.0 RUMUSAN

Semasa menjalankan kajian di Taman Mutiara Utama,
saya mendapati bahawa amalan kitar semula
merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan
jumlah buangan sisa pepejal dan sisa domestik dengan
memproses sampah dan membuatnya menjadi
barangan yang berguna semula. Amalan tersebut mudah
dan praktikal kerana kita hanya perlu menghantar
barangan kita ke pusat pengumpulan kitar semula yang
terdekat dan hampir semua barangan yang kita buang
adalah barang yang boleh dikitar semula.

Amalan kitar semula penting untuk mengurangkan
jumlah sampah serta mencegah penerokaan sumber
baru yang berlebihan dan menjaga alam. Jadi, amalan
kitar semula amatlah digalakkan dan mesti diamalkan.

Tetapi,ada juga masalah dalam mengamalkan kitar
semula seperti kemudahan yang tidak mencukupi dan
kurangnya kesedaran masyarakat tentang kepentingan
amalan kitar semula. Dengan usaha dan kerjasama
antara kerajaan,pihak berkuasa dan masyarakat,
masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan
kitar semula dapat terus diamalkan.

Di samping itu, saya juga telah mendapat banyak
pelajaran dalam kajian ini, salah satunya ialah berusaha
untuk tidak menjejaskan panorama alam sekitar dengan
mengamalkan 3R.

8.0 RUJUKAN

8.1 Buku

I] Buku Teks Geografi Tingkatan 3
- Pengarang; Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman

Rajini Gauri Muthusamy
Pau Anak Uteh
- Penerbit; IMS Books Trading SDN.BHD.2018

II] Revisi Cepat PT3 Geografi
- Pengarang; Huzali Hussin
- Penerbit; Ilmu Bakti Sdn.Bhd. [732516-M] 2019

8.2 Internet

I] Menurut Wikipedia;
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

II] Lain-lain;
- https://www.google.com.my/maps
- https://www.academia.edu/7580997/KerjakursusGe

ografi_
- https://anyflip.com/jmfrp/cvzr
- https://drautsari.blogspot.com/

9.0 LAMPIRAN

#Tong kitar semula yang berhampiran di Taman Mutiara
Utama iaitu,tong jingga [aluminium dan plastik], tong
coklat [kaca] dan tong biru [kertas].

Berikut merupakan gambar saya mengamalkan 3R di
rumah saya ;

#Kertas

# Plastik

# Kaca

# Puan Indu, yang berumur 52 tahun sedang
mengasingkan botol plastik,kaca dan kertas.

# Saya dan Puan Indu mengambil swafoto dalam
mengasingkan barangan 3R



TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version