The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM3-0619 Chao Wan Ching, 2023-07-16 09:28:51

K2 CHAO WAN CHING BMSJKC3 TUGASAN 3

K2 CHAO WAN CHING BMSJKC3 TUGASAN 3

Institut pendidikan guru kampus gaya, kota kinabalu, sabah Pismp -pentaksiran berterusankursus: pemupukan tatasusila melalui seni dalam pendidikan awal kanak-kanak kod kursus: stsk3013 Nama Guru Pelatih : CHAO WAN CHING No. Kad Matrik : P19071494 Kumpulan : PISMP BM SJKC 3 Ambilan : JUN 2020 Semester/ Sesi : SEMESTER 3 TAHUN 3/ SESI JUN-OGOS 2023 No. Telefon Bimbit : 0198390133 Alamat E-mel : chao24- [email protected] Nama Pensyarah Kursus : CIK. SEFIAH ABD. KAHAR


Isi Kandung Latar Belakang Tujuan Portfolio Pengertian Tatasusila Awal Kanak-kanak\ Konsep Dasar Tatasusila Prinsip-prinsip Tatasusila Awal Kanak-kanak Komponen Kurikulum Peranan Seni dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak Hubungan Antara Seni dan Pembentukan Tatasusila Awal Kanak-kanak Tujuan dan Manfaat Rancangan Pengajaran Slot Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila Tujuan dan Manfaat Rancangan Pengajaran Slot Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila 1.0 Pengenalan 2.0 Konsep dan Prinsip Awal Kanak-kanak 3.0 Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Aktiviti-aktiviti Seni dalam Penerapan Tatasusila Awal Kanak-kanak A. Seni Kreatif B. Permainan Muzikal


Tujuan dan Manfaat Rancangan Pengajaran Slot Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila Instrumen Penilaian (Senarai Semak) Pengamatan dan Penilaian Proses Pembentukan Tatasusila Melalui Aktiviti Seni Penilaian Pencapaian Matlamat Perkembangan Tatasusila Awal Kanak-kanak melalui Aktiviti Seni Kesan Terhadap Pembelajaran dan Kreativiti Kanak-kanak Kesan Terhadap Perkembangan Sosial Kanakkanak Pemahaman Terhadap Tatasusila Awal Kanakkanak Melalui Aktiviti Seni Keberkesanan Pembentukan dan Penerapan Cadangan dan Penambahbaikan Contoh Foto-foto Kegiatan Seni Bahan / Seni Pembelajaran Seni Dokumen Penilaian C. Teater 5.0 Pemerhatian dan Penilaian 6.0 Hasil dan Kesan 7.0 Kesimpulan 8.0 Lampiran


1.0 Pendahuluan


LATAR BELAKANG Terdapat isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan moral dan etika sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mana mereka telah melakukan tingkah laku negatif dan antisosial. Antara contoh masalah tingkah laku dan disiplin seperti ponteng sekolah, membuli, mencuri dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh media massa iaitu tayangan filem dari barat yang mengandungi elemen yang tidak bermoral, berunsur ganas dan seks. Kesannya, hal ini telah mempengaruhi pemikiran serta membangkitkan keinginan kanak-kanak untuk meniru tingkah laku negatif tersebut. Oleh itu, pembentukan tatasusila awal kanak-kanak melalui aktiviti seni adalah sangat penting untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.


DAPAT MENERAPKAN SIKAP BEKERJASAMA DAN KOLABORASI ANTARA SATU SAMA LAIN MENERUSI AKTIVITI TEATER MUZIKAL YANG DILAKUKAN SECARA BERKUMPULAN 1 5 Kepentingan pembentukan tatasusila awal kanakkanak melalui aktiviti seni 2 DAPAT MENERAPKAN DISIPLIN IAITU MENGATUR MASA DAN SIKAP KEPATUHAN KEPADA GURUGURU SEMASA MELAKUKAN LATIHAN DALAM AKTIVITI SENI. DAPAT MELUAHKAN DAN MENGAWAL EMOSI MELALUI AKTIVITI NYANYIAN DAN MUZIK DENGAN IRAMA YANG 3 LEMBUT 4 DAPAT MENDORONG PENGHARGAAN TERHADAP KEPELBAGAIAN DAN TOLERANSI DAPAT MENGEMBANGKAN KREATIVITI KANAK-KANAK DENGAN MENGEKSPRESIKAN IDEA


01 Membantu dan memudahcarakan pelaksanaan, pembinaan serta imaginasi kreatif kanak-kanak prasekolah 02 Berusaha untuk memberi keuntungan yang maksimum sesuai dengan yang diharapkan 03 Memberi peluang untuk membuat refleksi selepas menjalankan aktiviti-aktiviti seni dalam membentuk tatasusila awal kanakkanak 04 Dijadikan rujukan agar dapat diguna semula dalam membentuk tatasusila awal kanak-kanak menerusi aktiviti seni yang telah dilakukan sebelum ini. 05 Memantau perkembangan tatasusila kanak-kanak secara berterusan Tujuan Portfolio


2.0 Konsep Dan Prinsip Tatasusila Awal Kanak-Kanak


Pengertian Tatasusila Awal Kanak-Kanak Berdasarkan Kamus Dewan Keempat (2007), tatasusila ialah adat sopan dan budi pekerti yang baik. Tatasusila menerapkan tiga komponen penting iaitu nilainilai murni, budaya dan kebudayaan serta tatanan iaitu aturan, tatatertib dan disiplin. Tatasusila didasarkan pada nilai-nilai murni yang mencerminkan prinsip-prinsip moral dan etika seperti kejujuran, keadilan, kesopanan, empati dan sebagainya dalam setiap aspek kehidupan. Tatasusila juga dipengaruhi oleh budaya dan kebudayaan sesebuah masyarakat kerana mempunyai norma dan nilai khusus dalam membentuk pandangan sendiri. Tatasusila juga dikaitkan dengan tatanan iaitu disiplin untuk mematuhi prosedur atau norma yang berlaku dalam sesuatu kumpulan atau institusi. Tatasusila adalah sebuah konsep yang berkaitan dengan aturan, nilai, dan norma-norma moral yang mengatur perilaku individu dan hubungan sosial dalam suatu masyarakat. Secara keseluruhannya, tatasusila awal kanak-kanak bermaksud pembentukan nilai murni serta disiplin dan memahami budaya untuk mengamalkan norma yang positif dalam kalangan kanak-kanak.


Kolaborasi dan kerjasama Inklusif dan adil Komponen dan ciri-ciri pembentukan tatasusila awal kanak-kanak Kepercayaan dan hormatmenghormati Komunikasi berkesan


Konsep Dasar Tatasusila Etika Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika bermaksud sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu. Norma Norma bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Norma dalam sesebuah masyarakat merujuk perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti atau budaya. Moral Moral ialah tingkah laku yang diterima dalam sesebuah masyarakat bergantung kepada kedudukan dan situasi masyarakat tersebut. Konsep moral ialah tingkah laku yang berdasarkan peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional, iaitu sebab-sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. 1. 2. 3.


PRINSIPPRINSIP TATASUSILA PRINSIP HORMAT-MENGHORMATI Kanak-kanak boleh mempelajari prinsip ini dengan menghormati perbezaan pendapat ahli kumpulan melalui aktiviti teater yang dilakukan secara berkumpulan. PRINSIP KEJUJURAN Kanak-kanak boleh mengamalkan prinsip kejujuran dengan melukis dan mewarna mengikut kreativiti sendiri tanpa meniru idea serta pendapat orang lain. PRINSIP KERAJINAN Kanak-kanak boleh mengamalkan prinsip kerajinan dengan menghadiri latihan permainan muzikal agar dapat mempersembahkan dengan sempurna. PRINSIP BERDIKARI Kanak-kanak boleh mengamalkan prinsip berdikari kerana mereka perlu menyelesaikan setiap tugasan yang diberi tanpa memerlukan bantuan orang lain.


3.0 Kurikukulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Perkembangan fizikal ialah perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. (Woofolk & Margetts, 2007) Perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan motor yang meliputi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, duduk, melompat dan sebagainya. Dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, ketinggian dan berat badan akan mengalami perubahan dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Pertumbuhan dan perkembangan lebih bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor. Komponen Kurikulum Pembangunan fizikal kanak-kanak


Jadual 1 menunjukkan aspek perkembangan psikomotor mengikut peringkat kanakkanak


Kognitif bermaksud aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep dan menyelesaikan masalah Menurut teori perkembangan Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat deria motor(0-2 tahun), peringkat pra-operasi(2-7 tahun), peringkat operasi konkrit(7-11 tahun) dan peringkat operasi formal(11 tahun ke atas) Pembangunan Kognitif Kanak-Kanak


Jadual 2 menunjukkan aspek perkembangan kognitif mengikut peringkat kanak-kanak


Jadual 2 menunjukkan aspek perkembangan kognitif mengikut peringkat kanak-kanak


P emb a n g u n a n S o s i o emo s i K a n a k - K a n a k Sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan manakala emosi bermaksud perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Perkembangan sosioemosi ialah perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang Kebolehan kanak-kanak mengawal dan menguruskan emosi, pemikiran dan tindakan agar dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat Berdasarkan teori pembelajaran sosial Albert Bandura, perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan iaitu meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas


Pembangunan Seni Kanak-Kanak Seni merupakan luahan kreativiti manusia yang dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Melalui seni, kemahiran motor halus kanak dapat dikuasai oleh kanakkanak melalui latihan seperti melukis, menulis dan menari Kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan melalui penggunaan warna, corak atau bentuk lukisan Antara contoh aktiviti seni yang boleh dilakukan dalam membentuk tatasusila awal kanak-kanak ialah aktiviti seni kreatif, teater dan permainan muzikal


Kurikulum PERMATA Kurikulum PERMATA hanya untuk kanak-kanak yang berumur antara 0 hingga 4 tahun. Antara matlamat kurikulum PERMATA Negara adalah untuk: Melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat Menyediakan peluang kepada kanak-kanak bagi mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti Menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun 1. 2. 3. Antara objektif kurikulum PERMATA Negara adalah untuk: Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu-individu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan dan keselamatan diri dan gaya hidup sihat Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta perkembangan fizikal yang mapan 1. 2. 3. 4.


Kurikulum PERMATA Negara kanak-kanak juga berhasrat untuk mempelajari nilai-nilai murni di TASKA dengan tujuan membentuk sahsiah mereka. Antara nilai-nilai murni yang ingin disemai oleh kanak-kanak ialah: Kepercayaan kepada Tuhan Bertanggungjawab Baik hati Berani Berbudi bahasa Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain yang menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain, kebebasan meneroka dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, pendidik dan ibu bapa yang menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada pembentukan sahsiah yang baik dan konsep kendiri yang positif. Kurikulum didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Mengikut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (1991), kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. 1. 2. 3. 4. 5.


Kurikulum KSPK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) telah dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum KSPK hanya untuk kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang komunikasi, kerohanian sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi Antara objektif kurikulum KSPK adalah untuk: Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri 1. 2. 3. 4.


MELALUI AKTIVITI TEATER, KANAK-KANAK BERPELUANG UNTUK BELAJAR DAN MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI SEPERTI NILAI HORMAT-MENGHORMATI IAITU MENGHORMATI PERBEZAAN PANDANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH AHLI KUMPULAN MELALUI AKTIVITI PERMAINAN MUZIK, KANAK-KANAK BERPELUANG UNTUK MENGGUNAKAN ALAT MUZIK ATAU OBJEKOBJEK LAIN SEPERTI MEMETIK SENAR GITAR ATAU MEMUKUL PERKUSI UNTUK MENGHASILKAN IRAMA LAGU YANG MELIBATKAN PERGERAKAN MOTOR HALUS DAN KASAR. MELALUI AKTIVITI SENI KREATIF, KANAKKANAK BOLEH MELUKIS ATAU MEWARNA UNTUK MELUAHKAN PERASAANNYA MENERUSI PENGGUNAAN WARNA, CORAK ATAU BENTUK LUKISAN MEMBOLEHKAN KANAKKANAK BELAJAR DAN MEMAHAMI NILAI-NILAI MORAL MENGUKUHKAN KOORDINASI MOTOR HALUS DAN KASAR, KELENTURAN DAN KEKUATAN FIZIKAL MENGEKSPRESIKAN SERTA MELUAHKAN PERASAAN 01 02 03 PE R ANAN SENI DA L AM KUR I KULUM PENDIDI K AN AWA L K ANA K - K ANA K


KANAK-KANAK DAPAT BEKERJASAMA DAN BERINTERAKSI ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBINCANGKAN SKRIP TEATER AGAR PERSEMBAHAN TEATER DAPAT DIJALANKAN DENGAN LANCAR MELALUI AKTIVITI SENI KREATIF, KANAKKANAK DAPAT MEMPELAJARI NILAI KEJUJURAN UNTUK MENCIPTA DAN MENGHASILKAN LUKISAN MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING TANPA MENIRU HASIL KANAK-KANAK LAIN. AKTIVITI TEATER DAPAT MENDORONG KANAK-KANAK MENGGUNAKAN IMAGINASI UNTUK MEMBAYANGKAN WATAK YANG AKAN DILAKONKAN SERTA SETERUSNYA MENGEKSPRESIKAN PERASAAN BERDASARKAN SITUASI WATAK TERSEBUT. HUBUNGAN ANT A R A SENI DAN PEMB ENTUK AN T A T ASUSI L A AWA L K ANA K - K ANA K Memupuk nilai dan etika yang baik Mengembangkan keterampilan sosial Mendorong imaginasi, ekspresi dan kecerdasan pelbagai kanak-kanak


4.0 Aktiviti-Aktiviti Seni Dalam Penerapan Tatasusila KanakKanak


Seni Kreatif Membentuk individu yang kreatif Memupuk nilai-nilai seperti nilai kejujuran Menghargai kepelbagaian budaya Tujuan dan Manfaat: Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan pemikiran sendiri melalui lukisan melalui bentuk serta ketebalan garisan Aktiviti seni membantu kanak-kanak untuk melihat dunia dari perspektif dan sudut yang berbeza. Contohnya, mereka dapat menggambarkan pengalaman kehidupan orang lain melalui aktiviti lukisan. Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila: 1.) Mengekspresikan perasaan dan pemikiran sendiri 2.) Melahirkan nilai empati dan simpati


Rancangan Pengajaran Slot (RPS)


Permainan Muzikal Membantu memperbaiki koordinasi motor halus dan kasar, kelenturan dan kekuatan fizikal Mengekspresikan muzik secara fizikal melalui gerakan tubuh badan Meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Tujuan dan Manfaat: Kanak-kanak dapat menghayati budaya masyarakat dengan bermain alat muzik tradisional Kanak-kanak dapat mengekspresikan tekanan sendiri melalui lirik lagu. Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila: 1.) Memahami serta menghayati budaya masyarakat yang berbeza dari segi bangsa, etnik dan lain-lain 2.) Menyampaikan emosi sendiri


Rancangan Pengajaran Slot (RPS)


Teater Menyemai nilai kerjasama antara ahli kumpulan Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial kanak-kanak Membolehkan kanak-kanak mengenal diri dan masyarakat Tujuan dan Manfaat: Wujudnya masalah dan konflik seperti skrip cerita, watak cerita dan lain-lain. Kanak-kanak belajar untuk menerima dan menghormati pelbagai pandangan daripada ahli kumpulan serta berfikir secara rasional untuk membuat keputusan yang tepat. Kanak-kanak belajar mematuhi arahan serta menguruskan masa dengan baik semasa melakukan latihan teater Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila: 1.) Menghormati pandangan ahli kumpulan lain 2.) Memupuk nilai kepatuhan


Rancangan Pengajaran Slot (RPS)


5.0 Pemerhatian Dan Penilaian


Instrumen Penilaian (Senarai Semak) a.) Seni kreatif


b.) Permainan Muzikal


c.) Teater


Pengamatan Dan Penilaian Proses Pembentukan Tatasusila Melalui Aktiviti Seni Pengamatan pembentukan tatasusila murid dilakukan dengan memberi tahap penguasaan berdasarkan standard prestasi dalam KSPK


Penilaian Pencapaian Matlamat Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur di dalam bilik darjah. Guru memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dicatatkan. Kaedah pengumpulan data yang seterusnya ialah kaedah senarai semak yang mengandungi satu senarai butiran untuk diperiksa oleh guru.


6.0 Hasil Dan Kesan


Perkembangan Tatasusila Awal Kanak-Kanak melalui Aktiviti Seni Hal ini adalah hasil daripada aktiviti perbincangan cara membuat persembahan teater dalam kumpulan serta melakukan latihan sebelum persembahan teater Aktiviti seni visual memerlukan masa yang banyak untuk menyelesaikan dan hal ini dapat melatih kesabaran kanak-kanak Kanak-kanak menjalankan tanggungjawab dengan menyiapkan tugasan aktiviti kolaj yang diberi oleh guru 1.) Kanak-kanak lebih bekerjasama dengan ahli kumpulan 2.) Kanak-kanak lebih bersikap sabar dalam melakukan sesuatu aktiviti 3.) Kanak-kanak lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara


Click to View FlipBook Version