SURAT
PEKELILING
IKHTISAS
51
K.P Sulit 0504/11 (44)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Rumah Persekutuan
Kuala Lumpur
4. Feb. 1972
Pengarah Pelajaran
Semua Negeri
Malaysia Barat
Pengarah Pelajaran
Sarawak/ Sabah
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1959
Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1972
Tuan,
Saya diarahkan menarik perhatian tuan kepada Peraturan 5 dalam Peraturan
(Tatatertib Sekolah)
Pelajaran 1959 yang berbunyi seperti berikut:
Bagi maksud memelihara tatatertib di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah
diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau
mustahak,
Dengan syarat:-
Hukuman dera Coporal Punishment lelaki oleh seorang guru atau kakitangan lain
hendaklah dihadkan kepada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau
punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru Besar atau
dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu kes tertentu.
Hukuman dera terhadap murid lelaki oleh seorang guru atau kakitangan lain
hendaklah dihadkan kepada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau
punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru Besar atau
dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu kes tertentu.
Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan di bawah penerangan (1)
hendaklah disampaikan dengan rahsia dalam satu borang yang diluluskan oleh
Pendaftar.
Sila rujuk perhatian anda semua kepada peraturan yang dinyatakan di atas supaya
pihak yang berkenaan dapat mematuhi peraturan ini dengan cermat.
Saya yang menurut perintah,
t.t
(KUM BOO)
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran
52
Ref:K.P. 8543/Vol. 11(58) Kementerian Pelajaran
Rumah Persekutuan
Kuala Lumpur
7 Januari 1979
Semua Pengarah Pelajaran Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979
Potongan Rambut Murid-murid
Adalah saya merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. KP 8543(73) bertarikh 10 Mac 1972,
mengenai perkara tersebut di atas dan memaklumkan bahawa untuk memelihara disiplin dalam sekolah, guru dan
kakitangan lain yang masih berambut panjang bahawa cara-cara menyimpan rambut seperti berikut mestilah
dipatuhi.
Rambut Murid-Murid Lelaki
Tiap-tiap murid lelaki mesti jangan berambut panjang. Istilah rambut-rambut panjang adalah seperti berikut :
a) Dibelakang : Rambut jatuh melebihi garisan dibawah cuping dua telinga.
b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
c) Di sebelah
: Rambutnya menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
d) Di atas daripada dan sideburn.
: Rambut lebih daripada 6” panjang
Murid-murid lelaki, guru-guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh berambut panjang jika mereka memakai
serban tetapi yang tidak berserban, peraturan mestilah dipatuhi seperti biasa yang telah dikuatkuasakan.
Misai dan Janggut
Murid-murid lelaki, sekolah tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya sekali. Istilah misai
tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh dibibir atas murid-murid lelaki yang beransur baligh dan mereka
ini tidaklah perlu dicukur.
Rambut Murid-murid Perempuan
Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu tetapi jika ada murid-murid
perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka boleh dinasihatkan mengikat
rambut masing-masing supaya tidak jatuh kebahu. Ikatan rambut sebagai toncang (plait) boleh dibenarkan.
Guru-guru dan kakitangan
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru member tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada
murid-murid mereka dan oleh itu adalah diharapkan semua guru akan memberi pengaruh yangbaik dan memberi
contoh di dalam hal ini.
Dengan ini surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P. 8543(73) bertarikh 10 Mac 1972 adalah dimansuhkan.
Guru Besar-Guru Besar di semua sekolah bantuan penuh hendaklah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas
dan menentukan bahawa segala kandungan dalam pekeliling ini dipatuhi dengan sepenuhnya.
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(KUM BOO)
Bahagian Sekolah-Sekolah
b/p/ Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran
53
Ruj. Kami : KP8591/ (80)
Tarikh : 14 September 1981
Pengarah Pelajaran
Semua Negeri
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang
(Free Period) Oleh Guru-Guru
Guru-guru disekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang
(free period) seperti yang ditetapkan didalam jadual waktu mengajar masing-masing.
Didapati ada sebahagian kecil guru-guru yang mengganggapnya sebagai tidak
bekerja. Anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan.
Oleh itu tuan/puan adalah diminta memberitahu semua Guru Besar supaya :-
2.1 Mengingatkan semua guru bahawa mengajar/waktu luang (free period)
adalah masa
bekerja.
2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk
antara lain
:-
2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar disebuah
darjah/tingkatan.
2.2.2 Membuat persediaan untuk mengajar seperti membaca
buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat
bermasalah dan sebagainya.
2.2.3 Memeriksa buku latihan murid-murid.
2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid-murid
bermasalah berkaitan dengan pelajaran yang di ajar.
2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum.
Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisikan dengan kerja-kerja member
faedah kepada
muri-murid khasnyadan
sekolah amnya.
Harap dapatlah surat pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar sekolah
menengah dan rendah untuk panduan dan tindakan mereka.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
t.t 54
(DATO" HAJI IDRIS BIN HJ. TANI)
Bahagian Sekolah-Sekolah
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran
Bil. (3) dalam. J.Pel.PK.(AM) 1386/61/1
KP(PP)0046/50(45)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977
Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
Adalah dimaklumkan bahawa semua guru sebagai kakitangan kerajaan adalah
tertakluk kepada perenggan 15.A dan perenggan 50(a) Bab C Perintah-Perintah AM.
Peraturan-peraturan yang dimaksudkan itu adalah berbunyi:
“Seorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan segala tugas-tugas jawatannya
dan lain-lain tugas yang sesuai yang ia diarahkan untuk menjalankan dari masa ke
semasa.
Perintah-Perintah Am Bab C
50(a)“Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti
penggal sekolah dengan syarat Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa
percutian penggal sekolah bagi masa tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti
penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu”.
Bagaimanapun Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa sungutan dari guru-
guru yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan perlaksanaan peraturan-
peraturan yang tersebut dalam perenggan 2 di atas sehingga menimbulkan kesulitan
kepada guru-guru yang berkenaan. Misalnya, mesyuarat guru-guru diadakan pada
pertengahan cuti sekolah menyebabkan guru-guru yang tinggal di luar daerah/negeri
atau bercuti ditempat-tempat lain terpaksa kembali untuk menghadiri mesyuarat
sehari. Seterusnya pernah berlaku dimana guru dipanggil balik satu/dua hari
dipertengahan cuti sekolah untuk menguruskan perkara-perkara yang tidak berapa
mustahak. Kadang-kadang guru dipanggil ke sekolah untuk bertugas tanpa tugas-
tugas tertentu.
Adalah dicadangkan bahawa Guru Besar hendaklah merancang segala tugas
diwaktu cuti penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugas-tugas akan dapat
dibahagi-bahagikan dengan lebih saksama dan teratur. Dengan ini kesulitan yang
dihadapi oleh guru-guru dapatlah dikurangkan. Kementerian Pelajaran bersetuju
pada prinsipnya bahawa guru-guru tidak seharusnya diwajibkan bertugas secara
bergilir-gilir untuk menjalankan tugas-tugas ketika Guru Besar dan Penolong Kanan
bercuti semasa cuti penggal, khasnya dipertengahan cuti penggal sekolah.
Sukacita kiranya dapat memaklumkan kepada semua Guru Besar mengenai perkara
ini.
Saya yang menurut perintah
t.t.
(KUM BOO) 55
Bahagian Sekolah-Sekolah
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Director General of Education Malaysia
KPPM2/2.9
30 September 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Datuk/Dato"/Tuan/Puan,
Hari Bersama Pelanggan
Kementerian Pendidikan melalui agensi di bawahnya sentiasa berurusan dengan
pelanggan masing-masing yang terdiri daripada pelanggan dalaman dan luaran
Kementerian. Dalam hal ini, kementerian Pendidikan sentiasa berusaha dan komited
untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan supaya ianya
cekap, berkesan dan ,mesra pelanggan".
Bagi memudahkan hasrat di atas tercapai, semua Jabatan/Bahagian di Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Maktab dan
Sekolah adalah diminta untuk menjalankan Hari Kerja Sabtu ke-2, tiap-tiap bulan
sebagai ,Hari Bersama Pelanggan". Pada hari tersebut, Ketua Jabatan/Bahagian
hendaklah memastikan supaya pegawai dan kakitangan di Jabatan dan Bahagian
masing-masing berada di pejabat supaya dapat memberikan perkhidmatan dan
layanan yang terbaik dan face-to-face kepada pelanggan yang datang berurusan.
Sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai dan kakitangan di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato"/Tuan/Puan.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
t.t.
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
56
PEMBELAJARAN
ABAD KE-21
(PAK-21)
57
Menguasai
subjek atau
kandungan
kurikulum
Menggunakan Mahir dan
teknologi terkini berketrampilan
dalam
pedagogi
CIRI-CIRI
GURU ABAD
21
Memiliki Memahami
kemahiran perkembangan
kaunseling
murid dan
menyayangi
mereka
Memahami
psikologi
pembelajaran
58
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
MENGINGAT (KBAT) MENGAPLIKASI
MEMAHAMI
Mengingat kembali atau Menterjemah bahan atau Mengutamakan
mengenalpasti maklumat idea daripada satu bentuk pengetahuan, kemahiran,
lain, mentafsir bahan atau
yang spesifik. idea, menganggar trend. dan nilai dalam situasi
berlainan untuk
_______________________ _______________________
melaksanakan sesuatu
Mengecam Menjelaskan perkara
Mengulang Memberi contoh
Menyenaraikan _______________________
Mengenalpasti Meringkaskan
Menamakan Menterjemah Menunjukkan
Menyatakan Menyesuaikan
Memberitahu Memilih Menggunakan
Menerangkan Menggambarkan
DLL
DLL Membina
Melengkapkan
Memeriksa
Mengelaskan
Menunjuk cara
Melukis
Melakar
Meramal
Menyediakan
Menghasilkan
Mengguna pakai
Melaksana
Melakonkan
DLL
MENGANALISIS MENILAI MENCIPTA
Mencerakinkan maklumat Membuat pertimbangan Menghasilkan idea atau
kepada bahagian kecil dan keputusan produk atau kaedah yang
menggunakan
untuk memahami dengan kreatif dan inovatif
lebih mendalam serta pengetahuan, pengalaman,
hubung kait antara kemahiran dan nilai serta _______________________
bahagian berkenaan. memberikan justifikasi
Menaik taraf
_______________________ _______________________ Menggubah
Merancang
Mencerakin Mempertimbang
Membezakan Memilih Membina
Mencadangkan
Memeriksa Membuat keputusan
Membanding Memberi alas an Menjana
Membahas Membangunkan
Mengesan Mengesahkan
Menyiasat Mencadangkan Menyediakan
Mengkategorikan Mentaksir Menyusun semula
Memaparkan Menggabungkan
Membuat kesimpulan
Menilai Mempertahankan Memasang
Menguji Menyokong Merumuskan
Meramal Menghasilkan
Membuat inferens Menentukan keutamaan Mereka bentuk
Mentafsir Meramal
Melakar
DLL Membuat justifikasi DLL
DLL
59
AKTIVITI PAK 21
1)Human Graphing (Graf Manusia )
Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak/ paten tertentu supaya
topik mudah difahami
2)Video Clips ( Klip Video )
Menggunakan klip video dengan menggunakan soalan-soalan yang diberikan
3)Using Large Picture Card ( Gambar / photo besar )
Penggunaan gambar atau foto dalam PdP
4)I See, I Think, I Wonder ( Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya )
Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta :
Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)
Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain
perkara (think)
Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini.
Recap Group (Mengulangi / mengingat semula )
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah
dipelajari sebelum ini
5)Rocket writing ( Penulisan pantas )
Jangka masa diberi ( contohnya 5 minit ) untuk murid menulis apa yang mereka tahu
berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.
6)Gallery Walk ( Lawatan ke galeri )
Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk :
a) Melihat
b) Berfikir dan
c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain
yang ditampal
7)Y chart ( Carta Y)
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk Y dan pada setiap kertas ditulis soalan yang
berbeza untuk murid menulis jawapan mereka
8)Time capsules (Kapsul Masa)
Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya) dan
membuka jawapan tersebut beberapa bulan kemudian untuk murid membaca
semula apa yang telah mereka tulis
60
9)Chain Line (Rangkaian )
Murid membuat rantai kertas di mana pada setiap kertas ditulis idea / maklumat yang
berkaitan dengan topik yang diberi
10)Survey (Tinjauan )
Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan
membuat analisis berkenaan topik / isu
11)Shout Out ( Laungan )
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi
subangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya
adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik
12)Presentations ( Persembahan)
Persembahan murid dalam bentuk
a) Lisan
b) Video
c) Powerpoint
d) Pameran
e) Nyayian
f) Tarian
g) Lakonan
h) Lain-lain yang kreatif
Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas
13)Learning Modalities ( Gaya Persembahan )
Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya
kinestatik (pergerakan) visual dan /atau auditori
(mendengar) PdP melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut
kecenderungan murid (Multiple Intelligences)
a) Verbal-Linguistic
b) Logical-Matematical
c) Visual-Spatial
d) Bodily-Kinesthatic
e) Naturalist
f) Musical-Rhythmic
g) Interpersonal
h) intrapersonal
14)Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)
a) Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru
membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid)
b) Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan
61
Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah
dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan
15)Indicator (Petunjuk)
Menggunakan dua warna untuk menunjjukan jawapan pelajar
Contohnya :
a) Warna hijau – Ya/Setuju
b) Warna Merah – Bukan / Tidak setuju
16)Built The Biggest Tower ( Membina Menara yang terbesar)
a) Murid bekerja secara kumpulan dan berkolaboratif
b) Guru memberi barangan yang terhad untuk mereka membina menara secara
kreatif
c) Menara ini mencerminkan / memaparkan refleksi / pandangan mereka
17)Chunking (Gabungan )
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan
pembelajaran baru untuk mempertingkatkan pemahaman mereka
18)Graphic Organiser ( Pengurusan grafic )
Bentuk grafik yang dibina atau dicipta oleh murid untuk menunjjukan kefahaman
mereka atau / dan maklumat / fakta berkaitan dengan isu / tajuk yang dibincang
19)Skits (Sketsa)
Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka
terhadap topik yang diberi
20)Parachute Building ( Membina payung terjun)
Aktiviti inkuari yang menggalakkan murid bekerjasama dan Berkolaborasi
21)Café ( Kedai Kopi)
Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang
mengenai soalan / topik yang diletakkan di atas meja (table cloth)
22)IB Tree ( Pokok IB)
Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan
perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari.
23)SWOT
Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka
dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak :
62
S : Strengths ( Kekuatan)
W : Weaknesses ( Kelemahan)
O : obstacles ( Halangan / Cabaran)
T : Thoughts ( Soalan-soalan untuk tindakan / kajian seterusnya )
24)Commercial (Iklan)
Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk / topik yang diberikan )
25)Continuum (Penerusan)
Sama seperti graf atau carta. Kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan
kefahaman dan perkembangan murid dalam sesuatu topik
26)Checklist ( Senarai Semak )
Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk
mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik tertentu
27)Anecdotal Notes ( Nota Anekdot)
Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan
murid. Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan secara formal
28)Bus Stop (Hentian Bas)
a) Soalan / topik ditampal didinding di beberapa tempat di dalam kelas / dewan
b) Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan
berbincang tentang soalan / topik yang berkenaan
c) Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi
29)Table Talkers ( Perbincangan di meja)
Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan
kumpulan secara lisan atau bertulis
30)Exit Cards ( kad Keluar)
Untuk refleksi contoh yang lain
a) Light Bulb ( Mentol) – Apakah satu perkara baharu yang saya pelajari hari ini
b) Bin, Bring, Bag – Bin ( Bakul ) – apa yang saya perlu hapuskan/keluarkan.
c) Bring – Apa yang perlu saya bawa untuk berkongsi bersama kumpulan saya
d) Bag – apa yang saya suka/bangga
31)Brainstorming (Sumbangsaran)
Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea yang bernas daripada murid
32)Classification ( Klasifikasi)
63
Menampal kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid dikehendaki
berdiri d imana-mana tempat yang terdapat soalan yang mereka suka /setuju
33)What Matters ( Apa yang penting)
Satu teknik menjawab soalan yang diberi-murid bergerak dan melihat serta cuba
untuk memahami atau memilih jawapanjawapan yang sesuai yang ditampal di sekitar
mereka.
34)Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)
Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang
dibincangkan
35)Think – Pair – Share (Fikir-Pasang –Kongsi)
a) murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu
b) Murid dikehendaki berbincang dengan rakan/ pasangan
c) Mereka perlu berkongsi maklumat/ hasil perbincangan dengan pasangan
lain/kumpulan/kelas
36)Diamond Ranking ( Susunan Berlian )
9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1). Strategi ini digunakan
untuk menunjukkan / menentukan susunan mengikut kepentingan idea/isu / isi pada
pandangan murid
37)Story Books (Buku Cerita)
Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam kelas yang lebih dewasa dapat
memberi peluang kepada mereka berbincang dan membuat refleksi
38)Party (Pesta)
Mewujudkan suasana “berpesta” dan berbincang tentang topiktopik yang disediakan
di atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik / dewan atau diletakkan di atas meja
atau di lantai
39)Games (Permainan )
Permainan boleh dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi / perbincangan
40)Learning Trios A-B-C ( Tiga serangkai A-B-C)
Satu kaeda pengurusan perbincangan dalam kalangan murid
a) Pelajar A bercakap, pelajar B dan C mendengar dan bertanya soalan
b) Pelajar B bercakap, pelajar A dan C mendengar dan bertanya soalan
c) Pelajar C bercakap, pelajar B dan A mendengar dan bertanya soalan
d) Murid juga perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka
64
41)Sharing ( Berkongsi)
Kumpulan dibentuk dan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama
42)Carousel (Karusel)
a) Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik
b) Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan
yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak
c) Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid
diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas
d) Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut
pusingan jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan
43)Read and highlight (baca dan tanda)
Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan
dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama
44)Question Builder ( Pembina Soalan)
Guru memberi konsep dan membimbing pelajar supaya mereka membina soalan
yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang telah
diberikan
45)Puzzle it Out (Selesaikan)
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang
dan menyusun maklumat
46)Cloze Procedures ( Isikan tempat kosong)
Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan
mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat
47)KWL Chart ( Carta KWL)
Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang
seperti :
a) Know ( What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia
ada
b) What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-
soalan murid
c) Learned ( What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian
sumatif
48)Rubrics (Rubrik)
Satu strategi untuk menilai pencapaian murid. Contohnya persembahan murid akan
diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubric
65
49)Iceberg ( Bongkah ais/Aisberg)
Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik yang telah
diberi
a) Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg
b) Maklumat yang lebih kompleks berada pada paras yang lebih bawah.
50)Timeline ( Garisan Masa)
Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik – satu bentuk
klasifikasi atau rangking Dulu Kini Masa Hadapan
51)Dip ( Cerun/Lurah)
Murid menanda rajah cerun / lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman mereka
berkenaan sesuatu topik
52)GRASPS
Strategi ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja murid. Murid diberi
borang GRASPS untuk diisi diperingkat awal projek mereka
a) Goal (Gol / target)
b) Role ( Peranan)
c) Audience ( Hadirin/pembaca)
d) Situation (Situasi)
e) Product, Performance & Purpose ( Produk, Penyampaian
& Tujuan)
f) Standards & Creteria For Success ( Ciri / Kreteria
kejayaan)
53)Quick Quiz (Kuiz Cepat)
Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia
ada atau apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP)
54)Artscape (Langkaran)
Guru memainkan muzik/lagu (jikamahu) dan murid diminta melakar/melukis
(menggunakan warna) di atas kertas kosong apa yang mereka suka untuk
mencerminkan kefahaman mereka
tentang apa yang telah dipelajari
55)Dramatisation (Drama)
Persembahan pelajar dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja murid secara
berrkumpulan selepas membuat perbincangtan, perancangan dan latihan
56)Mind Map ( Peta Minda)
66
Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukan kefahaman
mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Peta minda I-Think adalah satu contoh peta
minda yang digalakkan Inquire (Tanya ), Understand (Faham ) dan Learn (belajar)
57)Attitude Movement (Pergerakan mengikut pendapat)
Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan subtopik yang telah dibincang di
sekitar bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap kenyataan dan
berdiri/berkumpul di tempat kenyataan yang mereka setuju.
58)Constructivism (Konstruktivisme)
Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna dengan
membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan
a) Generate (bina/Jana)
b) Sort ( Susun)
c) Connect (Gabung/Hubung)
d) Elaborate ( Hurai/Jelaskan)
59)Jigsaw Reading ( Susun Suai)
Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula
ayat-ayat / perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi
60)Chart and Share (Catat dan kongsi)
Borang chart and share diberikan kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi
borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.
61)Table Cloth ( Alas Meja)
Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja.
Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas tersebut
62)Colaboration ( Kolaborasi)
Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut kumpulan dan mereka mesti
bekerjasama dengan kumpulan lain untuk melengkapkannya/menyiapkan
63)Stretch to Sketch ( Lukis mengikut kreativiti)
Guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu)
tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat
demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah
kepada lukisan yang paling kreatif.
64)Drawing Posters ( Melukis Poster)
Berdasarkan arahan/maklumat yang diberi murid melukis poster secara berkumpulan
tanpa menggunakan ayat/perkataan
67
65)Thumb Up ( IsyaratTangan)
Satu cara guru menilai pelajar apabila ditanya soalan. Murid memberi isyarat tangan
seperti berikut :
a) Thumb Up – Bagus / faham
b) Thumb Middle – Kurang Faham /Kurang Pasti
c) Thumb Down – Tidak faham
66)Compass Point ( Tanda kompas)
Selepas PdP guru mengedar borang untuk diisi oleh murid secara individu.
a) Excited – seronok
b) Worriesome – Risau
c) Need To Know – Ingin Tahu
d) Suggestions – Cadangan
67)Examples ( Contoh )
Guru menggunakan contoh yang baik dalam PdP untuk mengukuhkan kefahaman
pelajar
68)Personal Action Plan ( Pelan tindakan peribadi) peribadi mereka sendiri
Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan
mengenai topik/isu tertentu. Contoh
a) Segera
b) 1 Bulan
c) 6 bulan
69)Traffic Lights ( Lampu Isyarat)
Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau di akhir PdP. 3 warna digunakan.
a) Green – (Hijau ) Saya yakin saya tahu
b) Yellow – (Kuning ) Rasa-rasa saya tahu
c) Red – (Merah) Saya tidak tahu
70)Post It Notes ( Nota tampalan )
Murid di minta menulis nota / catatan di atas kertas dan kemudian ditampal di
papan kenyataan selepas PdP
71)Talk Partners ( Rakan Berbual)
Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari
dengan rakan mereka
72)Webs / Spider Diagrams (Rajah Sarang Labah-labah)
68
Strategi ini hampir sama dengan m,enyediakan peta minda. Murid digalakkan
mencatat idea mereka dalam bentuk ytang kreatif
73)Make Predictions ( Membuat andaian)
Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan.Selepas
demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang mengenai andaian mereka
sebelum ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.
74)Circle Time ( Bulatan Masa)
Murid duduk di dalam kumpulan secara bulatan sama ada diatas kerusi atau di atas
lantai. Guru menyediakan bola atau beg kacang. Sesiapa yang memegang bola @
beg tersebut diminta memberi pandangan tentang tajuk yang diperbincangkan.
Kemudian murid tersebut akan memberi bola kepada pelajar lain pula untuk memberi
peluang mereka bercakap pulak
75)Envoys ( Utusan)
Setiap kumpulan diberi tugasan. Seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk
menerangkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan baharu di samping
mendapatkan pandangan daripada kumpulan baharu. Utusan akan kembali semula
ke kumpulan asal dan menyatakan pendapat kumpulan lain kepada kumpulan
asalnya.
76)Rainbow Groups ( Kumpulan Pelangi)
a) Murid berada dalam kumpulan dan ditentukan tajuk yang berbeza bagi setiap
kumpulan untuk perbincangan (Home Group)
b) Setelah perbincangan bina kumpulan baru (Colour Group) yang terdiri daripada
ahli setiap kumpulan yang berlainan
c) Murid akan menyatakan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan baru
mereka.
77)Snow Balling ( Bola Salji)
Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
a) Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
b) Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan. Jadikan dua jawapan
yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama.
c) Ulang proses yang sama. – Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1
jawapan
78)Rotating Stations ( Stesyen Berputar)
Satu kumpulan kecil murid diletakkan di setiap stesyen. Mereka diberi masa 10 minit
untuk menjawab topik yang telah ditentukan di setiap stesyen. Kemudian kumpulan
tersebut akan berjalan ke stesyen berikutnya sehingga semua kumpulan telah melalui
69
semua stesyen. Setiap kumpulan diberikan warna yang berbeza untuk mencatat
jawapan
79)Hot Seating (Kerusi Panas)
Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. Dia bertindak untuk menjawab soalan atau
menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-rakannya di dalam kelas
berkaitan dengan tajuk yang diperbincangkan
80)Goldfish Bowl ( Mangkuk ikan emas)
Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk
menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya soalan
keopada kumpulan murid ini
81)Six Thingking Hats ( 6 Topi Pemikir)
Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan thingking Hats yang telah
ditentukan
82)Radio Phone In ( Radio Telefon)
Guru / Murid bertindak sebagai penyampai radio. 4 orang murid terdiri daripada
pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukan soalan
83)TV Chat Show ( Bual TV)
Guru / Murid bertindak sebagai Pengacara TV. 4 orang murid terdiri daripada
pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukan soalan
84)Freeze Frame ( Rangka Beku)
Mulakan dalam bulatan Murid membina freeze frame ( Rangka Beku) berdasarkan
topik. Alihkan meja supaya ada ruang untuk bergerak. Kumpulan menunjukkan
rangka beku kepada rakan lain untuk meneka apa rangka beku yang dibina dan
membuat perbincangan
85)Free Discussion ( Perbincangan Bebas)
Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak
berstruktur perbincangan ini memerlukan guru@murid yang berpengalaman sebagai
pemudah cara.
86)3 Steps Interview ( 3 Langkah Temubual)
Dua pasangan dalam kumpulan (A&B) (C&D)
a) A menemubual B dan C menemubual D.
b) A Menemubual C dan B menemubual D
c) ABCD berkongsi maklumat daripada temubual tersebut
70
87)Listerning Triad (Pendengaran bertiga)
a) 3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang murid sebagai penyoal, seorang
menjawab dan seorang pencatat.
b) Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan
berakhir
c) Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir
88)Distansing (Jarak)
Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid
dengan topik sensitif dan emosi. Contohnya minta murid membincangkan perasaan
mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang
yang berkabung dan kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana
perasaan orang yang mengalami situasi tersebut.
71
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IMAN
(SRIDI) AJIL
BLOK D, BANGUNAN ATC, PEKAN AJIL, 21700
HULU TERENGGANU, TERENGGANU.