The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Lapangan Geografi Lai Zheng Yan 2 Pearl

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9366803, 2022-12-19 03:44:03

Kerja Lapangan Geografi Lai Zheng Yan 2 Pearl

Kerja Lapangan Geografi Lai Zheng Yan 2 Pearl

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

TAMAN SUTERA UTAMA, SKUDAI

DISEDIAKAN OLEH:

LAI ZHENG YAN

TINGKATAN:

2 PEARL

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

19/12/2022

ISI KANDUNGAN Kandungan Halaman

Bil. Penghargaan 2
Pendahuluan 3
1 Objektif Kajian 3
2 Kawasan Kajian 3
3 Kaedah Kajian 4
4 Hasil Kajian 5-6
5 6
6 Rumusan 7
7 Sumber Rujukan 8-11
8
9 Lampiran TARIKH

JADUAL KERJA 26/11/2022
10/12/2022
BIL. AKTIVITI YANG DILAKUKAN 12/12/2022

1. Menerima maklumat tentang kerja kursus Geo 14/12/2022
15/12/2022
2. Menyediakan bahan kajian 18/12/2022
19/12/2022
3. Menjalankan kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat

4. Menemu bual dengan penduduk

5. Menyiapkan Kerja Kursus dengan maklumat yang diberi

6. Mengemaskan Kerja Kursus

7. Tarikh menghantar Kerja Kursus

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pengetua Sekolah Suktan Ismail iaitu Encik Razali bin
Tamadi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hanifah binti Jamalludin iaitu
guru Geografi saya kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses
penulisan kerja lapangan ini. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya, Lee Li
Lian dan Lai Chung Ming serta penduduk di kawasan kajian yang sudi menjawab borang soal selidik.

1.0 PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan teknologi hijau di Taman Sutera Utama iaitu
tempat tinggal saya. Teknologi hijau merupakan pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memelihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
Di Malaysia, teknologi hijau diamalkan dengan adanya tong sampah berwarna yang disediakan di
kebanyakan pusat beli-belah. Generasi ini bertanggungjawab untuk memastikan kualiti hidup yang
dinikmati juga dapat nikmati oleh generasi yang akan datang.
Dalam kerja lapangan ini, saya akan mengongsikan pendapat penduduk Taman Sutera Utama
terhadap teknologi hijau dan idea mereka tentang bagaiman untuk meluaskan amalan teknologi hijau
di Taman Sutera Utama.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau

2.2 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Sutera Utama, Skudai

2.3 Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau

2.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian

2.5 Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai

3.0 KAWASAN KAJIAN
Kajian saya dilaksanakan di Taman Sutera Utama, Skudai, Johor. Kawasan ini terdiri daripada bentuk
muka bumi tanah pamah dan mempunyai ciri-ciri geografi iaitu ciri fizikal seperti pokok dan rumput serta
ciri budaya seperti petempatan. Saya memilih kawasan ini kerana kedudukannya berhampiran dengan
tempat kediaman saya.

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Pemerhatian
Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan Kajian iaitu Taman Sutera Utama, Skudai.

4.2 Temu Bual
Saya telah melakukan kaedah temu bual dengan menemu bual penduduk di Taman Sutera Utama, Skudai.

4.3 Soal Selidik
Saya telah melaksanakan kaedah soal selidik dengan memberikan borang soal selidik melalui Google
Docs kepada 5 orang responden di Taman Sutera Utama, Skudai.

4.4 Rujukan
Saya telah melaksanakan kaedah rujukan dengan merujuk buku rujukan dan buku teks untuk
mendapatkan maklumat. Selain itu, saya juga merujuk Internet untuk mendapat maklumat.

5.0 HASIL KAJIAN
Menurut Internet, Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia. Di Taman Sutera Utama, Teknologi Hijau merupakan amalan yang
sering diamalkan oleh penduduk.

Berdasarkan soal selidik yang telah diagihkan kepada 5 orang penduduk di Taman Sutera Utama. Semua
orang responden pernah dengar dan tahu maksud Teknologi hijau. Berdasarkan temu bual yang telah
dilakukan dengan seorang responden, responden itu telah berkata teknologi hijau adalah bahan yang dapat
memelihara alam sekitar.

Berdasarkan jawapan soal selidik, 5 orang responden berkata bahawa Teknologi hijau yang terdapat di
kawasan perumahan Taman Sutera Utama ialah aktiviti penanaman bunga, menggunakan bekas makanan
mesra alam, menggunakan baja kompos dan penggunaan kereta hibrid.

Berdasarkan barang soal selidik, sebanyak 4 orang responden memilih penggunaan bekas makanan mesra
alam. 3 orang responden pula memilih aktiviti penanaman bunga . 2 orang responden memilih peggunaan
baja kompos ketika menanam bunga manakala seorang responden memilih penggunaan kereta hibrid.

Kepentingan teknologi hijau dari aspek sosial dalam Taman Sutera Utama ialah meningkatkan kualiti
hidup serta meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
penduduk Taman Sutera Utama dapat melalui kehidupan dengan ketiadaan sampah yang terletak merata-
rata dengan adanya tong kitar semula.

Kepentingan teknologi hijau dari aspek ekonomi dalam Taman Sutera Utama ialah mengurangkan kos.
Hal ini dikatakan demikian kerana pengerusi Taman Sutera Utama tidak perlu membayar pekerja-pekerja
yang mengutip sampah yang terletak merata-rata.

Kepentingan teknologi hijau dari aspek menjana tenaga dalam Taman Sutera Utama ialah mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Hal ini dikatakan demikian kerana kereta
menggunakan petroleum dapat diganti dengan kereta elektrik yang mengurangkan penggunaan petroleum.

Kepentingan teknologi hijau dari aspek memelihara dan memelihara alam sekitar dalam Taman Sutera
Utama ialah sumber semula jadi dapat dilindungi dan kualiti udara dan air dapat ditingkatkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana bau sampah yang berjangkit tidak akan sebar ke persekitaran Taman Sutera
Utama dan menyebabkan pencemaran bau.

Punca amalan teknologi hijau tidak diamalkan terap di kehidupan seharian masyarakat Taman Sutera
Utama adalah kerana masalah kewangan apabila ingin pasang turbin angin. Kebanyakan masyarakat tidak
setuju dengan menderma wang untuk pemasangan turbin angin. Cara mengatasi masalah ini adalah untuk
membuat kutipan daripada semua penduduk Taman Sutera Utama. Kutipan ini dapat dibuat setiap bulan.

Selain itu, punca amalan teknologi hijau tidak diamalkan terap di kehidupan seharian masyarakat Taman
Sutera Utama kerana sikap tidak kerjasama yang terdapat di segelintir masyarakat Taman Sutera Utama.
Mereka tidak menyertai kempen-kempen yang diadakan untuk memujuk penduduk Taman Sutera Utama
mengamalkan teknologi hijau. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah untuk memberi cenderahati
kepada penduduk yang tidak menghadiri kempen-kempen yang memberitahu manfaat pengamalan
Teknologi Hijau supaya penduduk mempunyai motivasi untuk menghadiri kempen tersebut.

Seterusnya, punca teknologi hijau tidak diamalkan terap di kehidupan seharian masyarakat Taman Sutera
Utama adalah disebabkan oleh masyarakat Taman Sutera Utama yang tidak sedar kepada pengamalan
Teknologi Hijau dan kebaikannya. Hal ini demikian kerana mereka tidak ingin menyertai kempen atau
sendiri tidak mahu mengamalkan Teknologi Hijau kerana mereka rasa amalan ini membuang masa
mereka. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah untuk berkunjung ke rumah mereka dan memberitahu
mereka tentang kebaikan amalan Teknologi Hijau kepada mereka.

Akhir sekali, punca teknologi hijau tidak diamalkan terap di kehidupan seharian masyarakat Taman
Sutera Utama kerana fasiliti yang tidak mencukupi. Persatuan Taman Sutera Utama hanya membekalkan
tong sampah kepada setiap rumah, Fasiliti yang lain langsung tidak dibekalkan oleh persatuan tersebut,
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah untuk membuat aduan kepada Persatuan Taman Sutera Utama
untuk memberi fasiliti yang mencukupi atau memberi wang supaya amalan Teknologi Hijau dapat
diamalkan di kehidupan seharian masyarakat Taman Sutera Utama dengan terap.

6.0 RUMUSAN
Akhir kata, semua orang haruslah bekerjasama untuk mengamalkan Teknologi Hijau di Taman Sutera
Utama. Perkara ini merupakan tanggungjawab semua orang dan tidak harus dibalas oleh pihak berkuasa
semata-mata.

SUMBER RUJUKAN

I. BUKU
• Rohani Hamzah, Zukipli Ismail, Rossnita Sardi, 2019. SUCCESS Geografi. Oxford
Fajar SDN. BHD.
• Kang Chai Yeong, Zukipli Bin Ismail, Rajanderan Subramaniam, 2017. BUKU
TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 2

II. INTERNET
• https:/msms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

III. ORANG SUMBER
• Puan Tan Pei Shin, 42 tahun, No.7, Jalan Sutera Pulai 2/8, Taman Sutera Utama,
81300 Skudai.
• Puan Tan Yeo Tiang, 70 tahun, No. 24, Jalan Sutera Pulai 2/25, Taman Sutera
Utama, 81300 Skudai.
• Puan Lee Li Lian, 42 tahun, No. 6, Jalan Sutera Pulai 2/10, Taman Sutera Utama,
81300 Skudai.
• Puan Goh Kim Ling, 52 tahun, No. 16, Jalan Sutera Pulai 2/16, Taman Sutera Utama,
81300 Skudai.
• Encik Ang Eng Wan, 50 tahun, No. 26, Jalan Sutera Pulai 2/14, Taman Sutera
Utama, 81300 Skudai.

LAMPIRAN



TEMU BUAL

Saya : Selamat sejahtera, Puan. Apa khabar?

Pn Tan : Khabar baik.

Saya : Nama saya Lai Zheng Yan dari SMK Sultan Ismail. Kalau tidak keberatan, saya ingin menemu
bual puan mengenal Teknologi Hijau di Kawasan perumahan Taman Sutera Utama untuk menyiapkan
kerja lapangan Geografi saya.

Pn Tan : Boleh, teruskan.

Saya : Pertama sekali, bolehkah puan mengenalkan diri?

Pn Tan : Nama saya Tan Yeo Tiang. Saya berumur 70 tahun dan telah tinggal di kawasan perumahan
Taman Sutera Utama selama 17 tahun.

Saya : Pernahkah puan mendengar perkataan Teknologi Hijau?

Pn Tan : Ya, saya pernah. Teknologi Hijau adalah bahan yang dapat memelihara alam sekitar.

Saya : Apakah pandangan puan mengenai Teknologi Hijau di Kawasan Taman Sutera Utama? Adakah
Teknologi Hijau di kawasan ini diamalkan secara meluas?

Pn Tan : Tidak, Teknologi Hijau di Kawasan Taman Sutera Utama tidak diamalkan secara meluas.

Saya : Bolehkah puan mengenal pasti contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Sutera Utama?

Pn Tan : Aktiviti penanaman bunga diamalkan oleh beberapa jiran saya.

Saya : Pada pendapat puan, mengapakah Teknologi Hijau tidak diamalkan secara meluas di Taman
Sutera Utama?

Pn Tan : Pada pemdapat saya, Teknologi Hijau tidak diamalkan secara meluas di Taman Sutera Utama
kerana sikap malas penduduk. Mereka tidak sanggup meluangkan masa untuk menyertai kempen-kempen
Teknologi Hijau ataupun mesyuarat yang diadakan untuk berbincang tentang cara mengamalkan
Teknologi Hijau di kalangan penduduk Taman Sutera Utama.

Saya : Apakah langkah yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan amalan Teknologi Hijau di
Taman Sutera Utama?

Pn Tan : Langkah yang mudah untuk dilakukan bagi meningkatkan penggunaan amalan Teknologi Hijau
adalah untuk menutup pili air dengan betul setelah habis guna. Selain itu, penduduk boleh menggunakan
bekas makanan polistirena apabila membungkus makanan atau minuman.

Saya : Baiklah, terima kasih kerana sudi ditemu bual, puan.

Pn Tan : Sama-sama.


Click to View FlipBook Version