The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Zulaikha, 2023-12-16 11:06:22

MUHAMMAD ALIF AIMAN-ROKKS REPORT

ALIF AIMAN

(SSDM) e. Menghantar laporan kes disiplin ke PPD dan JPN berdasarkan prosedur (S.O.P 1:3:7) f. Memastikan semua prosedur tindakan hukuman disiplin mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pekeliling Kementerian dan JPN g. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa 3. Pengurusan Pengawas Sekolah a. Mengurus pelantikan pengawas sekolah b. Mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah c. Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas Pengawas d. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah e. Mengadakan Kursus Kepimpinan untuk Pengawas f. Menubuhkan dan mengaktifkan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah g. Menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pengawai Sistem Sahsiah Dalam Murid (SSDM) Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan sebuah portal atau sistem yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurus dan merekod sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Sebelum ini, SSDM dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid namun telah diubah kepada Sistem Sahsiah Diri Murid kerana terdapat penambahbaikan, iaitu amalan baik yang dilakukan olrh murid turut direkodkan dalam sistem ini. Sistem ini mementingkan “Amalan Baik” sebagai mekanisme untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (merit) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti. Berdasarkan temubual bersama PK HEM, beliau mengatakan bahawa setiap guru mempunyai kuasa untuk merekod perbuatan yang dilakukan oleh murid apabila melihat perbuatan yang daik dan murni. Murid yang melakukan banyak kebaikan akan menerima sijil Akuan Sahsiah sebagai pengiktirafan status. 35


Kesalahan dan Hukuman A. Kesalahan Berat (B) Kesalahan ini melibatkan perbuatan yang membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain. Kesalahan ini perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal ke atas salah laku. Berdasarkan temubual dengan Guru Disiplin SMK Rantau Panjang, Cikgu Shamsudin menyatakan bahawa kesalahan berat yang kerap berlaku di sekolah tersebut seperti: ● Membawa, menyimpan, menghisap, atau mengedar bahan tembakau, ● Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan ● Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan ● Biadap dan tingkah laku tidak sopan ● Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain ● Merosakkan harta benda sekolah ● Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan perbuatan lucah ● Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi 3 kali B. Kesalahan Sederhana (S) Perbuatan yang menyalahi peraturan yang membawa kepada gangguan ketenteraman sekolah, tetapi tidak mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada diri, murid lain atau pihak lain. Sekiranya kesalahan tersebut kerap berlaku, murid tersebut mempengaruhi murid lain dan memudaratkan keharmonian sistem Pelajaran di sekolah. Berdasarkan temubual dengan Guru Disiplin SMK Rantau Panjang, Cikgu Shamsudin menyatakan bahawa kesalahan sederhana yang kerap berlaku di sekolah tersebut seperti: ● Keluar dari sekolah tanpa kebenaran ● Ponteng sebarang acara rasmi sekolah ● Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan ● Fesyen rambut keterlaluan ● Mencukur / mencabut bulu kening bagi pelajar perempuan ● Menconteng pada harta benda sekolah dan orang lain 36


● Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali C. Kesalahan Ringan (R) Kesalahan ini tidak dinyatakan dalam peraturan, misalnya membuat bising dalam bilik darjah, berkeliaran dan berbagai-bagai lagi perbuatan yang tidak diingini. Berdasarkan temubual dengan Guru Disiplin SMK Rantau Panjang, Cikgu Shamsudin menyatakan bahawa kesalahan ringan yang kerap berlaku di sekolah tersebut seperti: ● Menyimpan misai, janggut, atau jambang ● Berkuku panjang dan berambut panjang ● Bermain dalam bilik darjah, koridor, atau kawasan larangan ● Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran ● Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran ● Memakai barangan kemas atau perhiasan atau alat solek ● Makan atau minum di bilik darjah ● Lewat ke sekolah ● Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan ● Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah sehingga mengganggu ketenteraman bilik darjah / sekolah ● Berkeliaran dalam kawasan sekolah semasa PdP ● Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan ● Memasuki kawasan larangan ● Lewat masuk ke kelas ● Tidak duduk setempat 37


D. Ponteng (P) Murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan. Berdasarkan temubual dengan Guru Disiplin SMK Rantau Panjang, Cikgu Shamsudin menyatakan bahawa salah laku ponteng mempunyai dua jenis, iaitu ponteng berterusan dan ponteng tidak berturutan / berkala. Kesalahan ini mempunyai prosedur yang sama, tapi tempoh yang berbeza, iaitu ponteng berterusan sebanyak 31 hari dan ponteng berkala sebanyak 60 hari. Prosedur Tindakan Bagi Ponteng Berterusan Prosedur Tindakan Bagi Ponteng Tidak Berturutan / Berkala Cikgu Shamsudin juga menegaskan bahawa beliau memaafkan atau rampas sekiranya murid melakukan mana-mana kesalahan ringan dan memberi nasihat supaya tidak mengulangi mana-mana kesalahan ringan. Beliau juga tidak membuat catatan atau rekod mengenai kesalahan ringan yang dilakukan oleh murid kerana budi bicara dan mohon maaf daripada murid. 38


Pengurusan Bilik Sumber/APD APD atau APDM merupakan satu aplikasi, iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021. Penggunaan APDM memainkan peranan penting bagi pihak sekolah kerana menerusi APDM. Para guru boleh mengenalpasti status murid dengan lebih meluas lagi. Berdasarkan temubual bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), iaitu Haji Marzuki Bin Jaafar, penggunaan APDM telah dilaksanakan pada 1 Mac 2021 selepas pihak KPM membuat pengumuman pembukaan sekolah secara bersemuka pada tahun 2021. APDM juga membantu guru untuk mengenali murid lebih dekat apabila guru menaip nombor kad pengenalan mana-mana murid, segala informasi biodata murid akan terpapar pada skrin. Gambar : Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Setiap guru perlu memastikan maklumat murid wajib dikemaskini dan lengkap, iaitu nama murid, status kewarganegaraan, kaum/agama, dan jantina. Empat maklumat ini wajib dan sahih agar murid tidak memegang identiti murid lain. Guru-guru juga perlu mengemaskini maklumat penjaga dan penjaga kedua, iaitu maklumat pendapatan, pekerjaan, nombor telefon, maklumat majikan dan alamat rumah. Guru-guru juga mesti mengemaskini murid yang bukan warganegara. Bagi murid yang bukan warganegara Malaysia, pihak sekolah akan mengemaskini maklumat berkenaan dengan surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negeri dan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 setahun. 39


Menurut Haji Marzuki, penggunaan APDM memberi banyak manfaat kepada guru-guru kerana APDM menggantikan penggunaan buku kehadiran murid. Guru-guru boleh menanda kehadiran murid melalui aplikasi ini dalam telefon pintar. Penggunaan APDM juga membantu guru dengan memendek masa untuk menanda kehadiran murid apabila guru kelas masuk ke bilik darjah dan mengakses masuk dalam aplikasi ini lalu menanda kehadiran dan menghantar maklumat tersebut terus ke KPM. Kemudian, data-data tersebut akan digabungkan dalam satu fail rekod kehadiran harian, iaitu: Rekod Kehadiran Harian (APDM) 40


PENGURUSAN KURIKULUM Jadual Waktu WAKTU AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS 1 7:40 - 8:10 BAM - 5 SAS 7:40 - 8:10 BAM - 5 T 2 2 8:10 - 8:40 BAM - 5 SAS 8:10 - 8:40 BAM - 5 T 2 3 8:40 - 9:10 BAM - 4 EKO 8:40 - 9:10 BAM - 5 SAS 4 9:10 - 9:40 BAM - 5 SAS 5 9:40 - 10:10 BAM - 5 T 2 6 10:10 - 10:40 BAM - 5 T 2 10:10 - 10:40 BAM - 5 T 2 7 10:40 - 11:10 BAM - 5 SAS 10:40 - 11:10 BAM - 5 T 2 10:40 - 11:10 BAM - 5 T 2 8 REHAT 9 11:40-12:10 BAM - 4 EKO 11:40-12:10 BAM - 4 EKO 11:40-12:10 BAM - 5 SAS 10 12:10 - 12:40 BAM - 4 EKO 12:10 - 12:40 BAM - 4 EKO 11 12:40 - 1:10 BAM - 5 SAS 12:40 - 1:10 BAM - 4 EKO 12 1:10 - 1:40 BAM - 5 SAS 1:10 - 1:40 BAM - 4 EKO 41


Kualiti dan Ciri Guru Kualiti & Ciri Guru Huraian Komunikasi Pemerhatian: Guru pembimbing mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan murid-muridnya. Berkomunikasi beliau dengan murid-muridnya seperti seorang ibu dengan anak-anak atau kawan. Temubual Guru Pembimbing: Guru pembimbing juga menasihati bahawa menjadi seorang guru bukan sahaja untuk mendidik dan mengajar, malah mengeratkan hubungan dengan murid-murid seperti hubungan ibu dengan anak dan seorang kawan yang boleh berbual. Pengetahuan Isi Pemerhatian: guru pembimbing menyampaikan ilmu dengan bahasa yang mudah difahami dan mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ayat, dan mengubah ayat dari bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden. Temubual Guru Pembimbing: Guru pembimbing juga menasihati bahawa sebagai seorang guru bahasa Melayu perlu menguasai modul menulis, modul membaca, modul mendengar dan bertutur, modul aspek tatabahasa, dan modul seni bahasa. Keyakinan Diri Pemerhatian: Guru pembimbing mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila menyampaikan isi-isi pembelajaran dan perbincangan jawapan bersama murid-muridnya. Beliau sentiasa yakin memberikan justifikasi apabila murid-muridnya tidak memahami perbincangan jawapan yang diberikan oleh guru. Temubual Guru Pembimbing: Sebagai seorang guru perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Seorang guru tidak perlu ada rasa ragu-ragu dan teruskan pembelajaran seperti biasa. Sekiranya ada ragu-ragu, simpan 42


persoalan tersebut untuk dijawab atau memberitahu kepada murid pada waktu pembelajaran lain. Kreativiti Pemerhatian: Guru pembimbing mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam PdP. Namun begitu, guru pembimbing hanya menggunakan kaedah soal dan jawab dan kaedah perbincangan sahaja. Guru pembimbing tidak mempelbagaikan kaedah atau pendekatan pembelajaran. Walau bagaimanapun, murid-murid memberikan respon yang positif dalam ujian peperiksaan pertengahan tahun. Temubual Guru Pembimbing: Setiap guru perlu mempunyai gaya tersendiri yang menarik dan kreatif dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran. Seorang guru kreatif perlu bijak menghasilkan satu pendekatan atau kaedah yang berkesan apabila menyampaikan isi pembelajaran supaya murid dapat memahami isi-isi pembelajaran sepenuhnya. Guru pembimbing menyatakan bahawa beliau melaksanakan dua kaedah sahaja kerana kesuntukan masa dan komitmen lain sebagai seorang guru. Apabila melaksanakan PdP, beliau meneruskan dan menggunakan dua kaedah ini sahaja. Daya Usaha Pemerhatian: Guru pembimbing mempunyai daya usaha yang tinggi dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan pembelajaran bagi meningkatkan daya kefahaman dan pembelajaran yang seronok. Guru pembimbing melaksanakan kaedah soal dan jawab serta kaedah perbincangan di dalam bilik darjah. Kaedah ini membantu murid untuk menguasai topik yang dipelajari pada hari tersebut. Temubual Guru Pembimbing: Sebagai seorang guru perlu mempunyai daya usaha yang tinggi untuk keluar daripada zon selesa. Seorang guru tidak boleh duduk berdiam diri dengan melaksanakan satu kaedah atau satu pendekatan yang sama sahaja dan tidak ada hasrat untuk ada kepelbagaian pendekatan, kaedah, dan strategi. Hal ini dapat 43


menimbulkan rasa kebosanan murid apabila belajar. Keperihalan Pemerhatian: Guru pembimbing mempunyai kemahiran dalam memerihalkan atau menerangkan sesuatu topik lebih mendalam kepada murid-muridnya mengenai tatabahasa. Temubual Guru Pembimbing: Sebagai guru bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran dalam keperihalan atau justifikasi apabila berhadapan dengan murid-murid yang ingin menguji pengetahuan terkini guru atau mempunyai persoalan mengenai topik pembelajaran. Guru perlu bijak memberi keterangan sesuatu dengan sebab yang jelas kepada murid, misalnya dalam penulisan atau tatabahasa. Guru bahasa Melayu sering diuji melalui penulisan dan tatabahasa kerana murid akan bertanya dan ingin tahu sebab kesalahan jawapan yang mereka tulis. Penampilan Diri Pemerhatian: Guru pembimbing berpakaian kemas dan mempunyai gaya seorang guru yang berkarisma. Apabila bersama murid di dalam bilik darjah, guru pembimbing sering membuat jenaka atau bergurau senda dengan murid Temubual Guru Pembimbing: Seorang guru perlu memakai pakaian yang kemas dan bertutur dengan matang mempunyai gaya sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru, apabila berada di dalam bilik darjah, tidak perlu suasana yang sangat formal untuk melaksanakan pembelajaran. Apabila guru masuk perlu ada unsur-unsur jenaka, iaitu buat lawak dan bergurau senda dengan murid dapat meningkatkan suasana yang riang di dalam bilik darjah. 44


Bebanan Guru Bebanan Guru Huraian Pengurusan Pengajaran Pemerhatian: Apabila berada di ruang meja guru pembimbing, rak-rak dipenuhi dengan pelbagai fail dan buku-buku latihan. Guru pembimbing menyimpan buku rekod pengajaran dan pembelajaran yang dahulu. Apabila melihat buku rekod pengajaran dan pembelajaran menunjukkan guru pembimbing sentiasa mengemaskini buku ini. Hasil Temubual: Setiap minggu, guru-guru perlu mengemaskini dan melengkapkan buku rekod pengajaran dan pembelajaran sebelum menyerahkannya kepada guru kanan / ketua bidang. Guru pembimbing menyatakan bahawa buku rekod ini terkandung Rancangan Pengajaran Tahunan, Rancangan Pengajaran Harian, pekeliling-pekeliling, dan banyak lagi. Guru pembimbing akan mengemaskini dan melengkapkan buku rekod ini pada hujung minggu sebelum menyerahkan kepada guru kanan bahasa. Hal ini menjadikan satu bebanan kepada guru, iaitu perlu sentiasa mengemaskini dan melengkapkan buku rekod ini walaupun ada komitmen mengajar. Pengurusan Tugasan, Ujian dan Peperiksaan Murid Pemerhatian: Guru pembimbing menyediakan buku latihan sebagai latihan pengukuhan kepada murid-muridnya. Guru pembimbing juga menyemak dan memeriksa kertas jawapan ujian pertengahan tahun bahasa Melayu yang mempunyai tiga kertas, iaitu kertas 1 dan kertas 2 ialah ujian menulis dan kertas 3 ialah ujian mendengar. Lebih membebankan, guru pembimbing mengajar 4 kelas, dan 12 kertas jawapan perlu disemak dan diperiksa. Hasil Temubual: Guru pembimbing menyatakan bahawa beliau juga menghadapi kesuntukan masa untuk mengajar dan menyemak kertas 45


jawapan. Hal ini menyebabkan kertas jawapan dan markah murid akan tergendala seketika. Selepas ujian pertengahan tahun, guru pembimbing akan melaksanakan perbincangan soalan peperiksaan bagi memberi pendedahan kepada muridnya tahu akan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan ketika ujian tersebut. Pengurusan Hal Ehwal Murid Pemerhatian: Guru pembimbing tidak menghadapi sebarang isu disiplin murid. Murid mengikuti segala peraturan-peraturan sekolah dan tidak menimbulkan kekecohan. Guru pembimbing menghadiri mesyuarat mengenai isu disiplin murid berkaitan kehadiran murid ke sekolah. Hasil Temubual: Guru pembimbing menyatakan bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah dari segi disiplin murid. Walau bagaimanapun, sikap murid yang menunjukkan kenakalan mereka yang suka membuat bising dan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. Beliau mengatakan bahawa sebagai seorang guru, untuk mengawal mereka adalah kita harus mengenali mereka dengan rapat, iaitu nama murid, nama bapa murid, pekerjaan ibu bapa murid, tempat tinggal dan lain-lain. Apabila guru mengenali mereka, murid akan menunjukkan rasa hormat kepada guru. Guru juga perlu menghadiri mesyuarat mengenai isu disiplin murid, dan menangani disiplin murid yang berlaku sama ada di dalam atau di luar kelas. Pengurusan Pentadbiran Sekolah Pemerhatian: Guru pembimbing tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pengurusan pentadbiran sekolah Hasil Temubual: Guru pembimbing menyatakan bahawa beliau beberapa kali menghadiri mesyuarat bahagian sekolah dan daerah. Guru pembimbing juga menjawat jawatan sebagai setiausaha bagi guru-guru panitia bahasa Melayu dan perlu menaip minit-minit mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan. 46


Pengurusan Kokurikulum Pemerhatian: Guru pembimbing memegang beberapa peranan, iaitu unit uniform sebagai ahli jawatan kuasa PBSM dan persatuan rumah sukan Tok Janggut sebagai ahli jawatankuasa yang terdapat dalam buku pengurusan. Hasil Temubual: Guru pembimbing menyatakan bahawa setiap guru mesti memegang banyak jawatan dalam kokurikulum seperti penasihat, dan ahli jawatankuasa. Setiap guru mesti mempunyai 2 atau 3 jawatan dalam unit beruniform, kelab dan persatuan dan persatuan rumah sukan dan permainan. Pengurusan Bilik Darjah Pemerhatian: Semasa melihat guru pembimbing mengajar, ruang bilik darjah kelihatan bersih dan suasana kelas yang tidak menggunakan warna yang ceria. Pada dinding kelas pula, murid tidak menghiasi menampal nota-nota ringkas secara menyeluruh. Hasil Temubual: Guru pembimbing menyatakan bahawa ruang bilik darjah harus dijadikan tempat yang menyeronokkan dan sesuai bagi murid menerima ilmu. Penggunaan warna yang ceria membantu meningkatkan kesegaran murid. Walau bagaimanapun, guru pembimbing tidak memberikan fokus yang sama rata terhadap kelas tengah dan kelas hujung. 47


Mata Pelajaran yang Ditawarkan Menurut Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), iaitu Cikgu Noor Azman menyatakan bahawa SMK Rantau Panjang menawarkan banyak mata pelajaran yang disediakan kepada murid-murid. Penawaran mata pelajaran terbahagi kepada empat mengikut tingkatan, iaitu: 1. Menengah Rendah a. Bahasa Melayu (BAM) b. Bahasa Inggeris (BAI) c. Bahasa Arab (BAA) d. Sejarah (SEJ) e. Matematik (MAT) f. Sains (SCN) g. Pendidikan Agama Islam (PAI) h. Pendidikan Moral (PEM) i. Pendidikan Seni dan Visual (PSV) j. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) 2. Menengah Atas a. Mata Pelajaran bagi Aliran Sains i. Matematik Tambahan ii. Fizik iii. Kimia iv. Biologi v. Sains Komputer b. Mata Pelajaran bagi Aliran Sains Sosial i. Geografi ii. Kesusasteraan Melayu Komunikatif iii. Ekonomi iv. Pendidikan Seni dan Visual c. Mata Pelajaran Teras i. Bahasa Melayu 48


ii. Bahasa Inggeris iii. Sejarah iv. Matematik v. Sains vi. Pendidikan Agama Islam 3. Tingkatan 6 a. Pengajian Am b. Bahasa Melayu c. Sejarah d. Geografi e. Ekonomi f. Kesusasteraan Melayu Komunikatif g. Pendidikan Seni dan Visual 4. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 49


Pelaksanaan Akademik 1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Guru Pembimbing berpendapat bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memperoleh maklumat mengenai perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD boleh dijalankan secara formatif dan sumatif bagi mengukur pencapaian murid. Guru Pembimbing juga menegaskan bahawa PBD bukan untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi untuk mengukur tahap perkembangan murid dalam pembelajaran. Pelaksanaan PBD amatlah mudah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, penulisan, secara lisan, dan melalui kerja projek, kuiz pembentangan, dan lain-lain aktiviti pembelajaran. Guru Pembimbing juga mengatakan bahawa PBD memberikan kesan yang positif kepada murid, iaitu: a. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran b. Guru dapat mengesan perkembangan murid secara menyeluruh c. Guru dapat merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran d. Guru dapat mengambil tindakan susulan ke atas murid Berdasarkan temu bual dengan Guru Panitia Bahasa Melayu, iaitu Cikgu Zarinah mengatakan bahawa beliau dan ahli jawatankuasa panitia bahasa Melayu melaksanakan Program Intervensi Lima Langkah (PILL) untuk mengenal pasti punca masalah yang wujud dan meletakkan keutamaan kepada masalah. Pelaksanaan PILL mempunyai lima langkah, iaitu mengenal pasti kelas / murid sasaran, memahami punca masalah, menyenaraikan cadangan intervensi, membuat prioriti intervensi yang berkesan dan menyediakan pelan tindakan. Pelaksanaan PBD dan PILL mempunyai persamaan yang jelas, iaitu mengesan atau mengenal pasti murid sasaran dan mengambil tindakan susulan. 50


2. Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Sebelum PdPc, guru berperanan sebagai sumber utama untuk mendapatkn maklumat. Pelaksanaan PdPc lebih ke arah perkembangan teknologi siber dan pembelajaran berpusatkan murid agar suasana pembelajaran lebih menyeronokan dan menarik minat murid untuk menghayati pembelajaran. Berdasarkan pada temubual bersama Guru Pembimbing dan Guru Panitia Bahasa Melayu, mereka menyatakan perkara yang sama, iaitu perkataan ‘Pemudahcaraan’ yang membawa maksud seorang guru perlu memudahkan urusan pembelajaran murid dengan menunjukkan pelaksanaan pelbagai aktiviti, menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah, dan lain-lain supaya murid dapat menghayati dan berseronok apabila belajar. Guru Panitia Bahasa Melayu berpendapat bahawa peranan guru sebagai pemudah cara seperti guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal, guru sebagai pendorong, guru sebagai pembimbing, guru sebagai penilai, dan guru sebagai pembelajar yang aktif. 3. Program Intervensi Lima Langkah (PILL) PILL menunjukkan lima langkah yang perlu diikuti untuk membangunkan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah. Setiap sekolah boleh menggunakan PILL untuk mengenal pasti isu yang timbul dan memberi tumpuan kepada isu yang paling penting. SMK Rantau Panjang juga melaksanakan Program Intervensi Lima Langkah (PILL). Pelaksanaan PILL mempunyai 5 langkah, : PILL KETERANGAN Langkah 1: Senarai Sasaran ● Guru bahasa Melayu mengumpul semua murid ● Mengenal pasti murid yang cemerlang dan murid yang galus ● Mengenal pasti murid sasaran berdasarkan data yang diperoleh Langkah 2: Faham Punca Masalah ● Menyenaraikan masalah dalam pelbagai aspek yang dihadapi oleh murid seperti masalah membaca, sifat malas dan lain-lain ● Meletakkan skor sasaran yang perlu dicapai oleh murid tersebut. 51


Langkah 3: Senarai Cadangan ● Guru Panitia Bahasa Melayu menyenaraikan program-program yang boleh melonjakkan keputusan akhir ● Memperincikan senarai program mengikut tahap perkembangan murid dan menetapkan pelbagai kaedah atau pendekatan yang tertentu Langkah 4: Prioriti Intervensi ● Guru Panitia Bahasa Melayu SMK Rantau Panjang telah menyenaraikan kumpulan yang menjadi prioriti intervensi, iaitu: ○ Murid yang cemerlang dan kepujian ○ Murid yang gagal dan lulus Langkah 5: Sedia Pelan Tindakan ● Guru Panitia Bahasa Melayu menyediakan perincian program dalam Pelan Strategik Operasi (PSO). ● PSO dijadikan sebagai program tambahan luar jangka ● Guru Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan banyak lagi perincian program dengan menggunakan pelbagai pendekatan atau kaedah seperti Pelan Tiga Kaki, analisis SWOT, analisis pareto, analisis ishikawa dan lain-lain. 4. Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) Guru Pembimbing dan Guru Panitia Bahasa Melayu menyatakan bahawa DSKP menjadi rujukan utama sebagai panduan yang memberikan garis panduan untuk pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang termasuk pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Sebagai seorang guru perlu bijak merancang dan kreatif untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut keperluan murid. Guru pembimbing juga menyatakan bahawa penghasilan RPH mesti berpandukan DSKP dan mempunyai tiga standard utama, iaitu standard kandungan, standard pembelajaran, dan standard prestasi. 52


5. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Pemetaan topik berdasarkan jumlah minggu setahun. Guru pembimbing menyatakan bahawa RPT beliau diperoleh daripada himpunan guru-guru bahasa Melayu. Beliau menyatakan bahawa penghasilan RPH yang berkualiti, guru perlu berpandukan DSKP dan RPT. 6. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan terjemahan kepada RPT yang mengandungi maklumat seperti objektif, aktiviti untuk mencapai objektif dan kenyataan refleksi. Guru pembimbing menyatakan bahawa RPH mesti ada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran (pengetahuan, kemahiran, nilai) yang dirujuk dalam DSKP. Aktiviti dan strategi PdP disesuaikan dengan kebolehan/keupayaan murid untuk mencapai objektif pembelajaran. 53


Penyampaian dan Pengelolaan Penyampaian & Pengelolaan Huraian Induksi Set Pemerhatian: Guru Pembimbing tidak melaksanakan set induksi kerana tingkatan 4 dan tingkatan 5 akan menduduki ujian pertengahan tahun. Guru Pembimbing memberikan fokus utama terhadap ulangkaji topik-topik. Hasil Temubual: Guru Pembimbing menyatakan bahawa set induksi penting bagi mengelakkan murid rasa bosan dan lebih tertarik untuk meneruskan pembelajaran. Bahagian set induksi memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru Pembimbing menyatakan bahawa beliau melaksanakan set induksi hanya pada kelas tengah dan jarang dilaksanakan pada kelas akhir. Pengurusan Masa Pemerhatian: Guru Pembimbing menguruskan masa dengan baik apabila beliau menggunakan masa hanya untuk melaksanakan ulangkaji bahagian yang lemah dalam bahasa Melayu. Hasil Temubual: Guru Pembimbing mengatakan bahawa pengurusan masa amat penting untuk membahagi masa supaya digunakan sepenuhnya kerana masa yang diberikan amat terhad, 30 minit untuk 1 waktu dan 60 minit untuk 2 waktu. Pengurusan masa yang sistematik membolehkan murid-murid untuk mencapai objektif pembelajaran. 54


Penyampaian Isi Pemerhatian: Guru Pembimbing menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan beberapa kaedah, strategi dan pendekatan, iaitu soal dan jawab, perbincangan, latih tubi dan lain-lain. Guru Pembimbing mengaplikasikan kemahirannya untuk mengukuhkan kefahaman muridnya dengan mengulangkaji. Hasil Temubual: Guru Pembimbing mengatakan bahawa beliau menggunakan peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan yang mudah diaplikasikan di dalam bilik darjah. Beliau menyatakan bahawa pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang baharu telah wujud untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok, namun beliau mengambil masa untuk mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Pemilihan Teknik Pemerhatian: Guru Pembimbing sering melaksanakan teknik latih tubi, teknik soal jawab dan teknik perbincangan di dalam bilik darjah. Beliau mengedarkan buku latihan kepada murid untuk mengulangkaji topik-topik yang lemah. Beliau menggalakan semua murid untuk berbincang antara mereka dan apabila murid telah selesai menjawab, maka perbincangan antara murid dan guru. Hasil Temubual: Guru Pembimbing menyatakan bahawa beliau gemar menggunakan teknik latih tubi, teknik soal jawab dan teknik perbincangan kerana membantu untuk mengukuhkan kefahaman murid mengenai topik-topik tertentu. 55


Penggunaan Sumber Pendidikan Pemerhatian: Guru Pembimbing menggunakan sumber pendidikan berasaskan bahan bukan cetak, iaitu slaid dan filem dalam proses PdP. Hasil Temubual: Guru Pembimbing menyatakan guru perlu mempelbagaikan sumber pendidikan bagi memudahkan sesi PdP dan menarik minat murid. Beliau menggunakan dua bahan, iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Kepelbagaian sumber pendidikan dapat mengelakkan murid rasa bosan apabila proses PdP. Penyediaan Iklim Pembelajaran Pemerhatian: Apabila mengikuti Guru Pembimbing mengajar di dalam bilik darjah, melihat suasana bilik darjah yang harmonis dan minimalis. Perancangan dan penyusunan susunan fizikal bilik darjah yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai perabot lain yang sempurna. Suasana bilik darjah membantu guru supaya murid lebih patuh dan berseronok apabila sese pembelajaran. Hasil Temubual: Guru Pembimbing menyatakan bahawa suasana bilik darjah mempengaruhi iklim pembelajaran. Sekiranya suasana bilik darjah yang suram dan tidak bersih akan menyebabkan adanya sifat negatif seperti malas. Apabila suasana bilik darjah yang ceria, bersih, dan kemas akan mewujudkan suasana yang bersemangat, dan ceria untuk belajar. 56


Pentaksiran Kemajuan Pelajar Pemerhatian: Guru Pembimbing melaksanakan ulangkaji bagi mengukuhkan tahap penguasaan murid terhadap topik pembelajaran. Guru Pembimbing juga terlibat memantau dan mengawasi murid-muridnya menduduki ujian. Guru Pembimbing juga menanda kertas jawapan murid. Hasil Temubual: Guru Pembimbing mengatakan bahawa seorang guru perlu lakukan ulangkaji bersama murid apabila tiba ujian bagi meningkatkan kefahaman mereka. Guru Pembimbing juga menanda kertas jawapan murid dan mengatakan bahawa ada bahagian-bahagian yang dijawab oleh murid perlu berpandukan ataupun tidak mengikuti skema jawapan. Beliau mengatakan bahawa sekiranya guru menanda kertas jawapan berpandukan skema jawapan nescaya murid tidak akan melepasi tahap yang memuaskan. Beliau sering tidak menggunakan skema jawapan bagi bahasa Melayu kertas 1 kerana ingin memberi motivasi kepada murid untuk lebih bersemangat untuk belajar. Pengurusan Kelas (Kawalan Kelas) Pemerhatian: Guru Pembimbing mempunyai kebolehan mengawal emosi dan mengawal faktor sosial dengan murid-murid. Guru Pembimbing mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah, dan pandai berjenaka bagi mengawal emosi murid untuk sentiasa fokus terhadap pembelajaran. Guru Pembimbing sentiasa berinteraksi dengan murid-muridnya seperti hubungan ibu dan anak. Hasil Temubual: Guru Pembimbing menyatakan bahawa seorang guru perlu berkebolehan mengawal emosi dan sosial dengan murid-murid. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang santai 57


Penutup Pelajaran Pemerhatian: Guru Pembimbing memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid dengan mewujudkan perasaan ingin tahu. Guru Pembimbing meminta murid-muridnya memberikan maklum balas terhadap hasil pembelajaran. Hasil Temubual: Guru Pembimbing menyatakan bahawa beliau jarang melakukan aktiviti pengukuhan kerana leka memberikan segala input-input pembelajaran kepada murid. Beliau mengatakan bahawa aktiviti pengukuhan amat penting untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dan maklum balas terhadap topik pembelajaran. 58


PRASARANA SEKOLAH Pejabat Pengurusan Sekolah Pejabat Pengurusan SMK Rantau Panjang 59


Bilik Guru Bilik Guru SMK Rantau Panjang Bilik Bacaan Bilik Bacaan SMK Rantau Panjang 60


Bilik Darjah Suasana Bilik Darjah pada Blok Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 61


Koperasi Koperasi SMK Rantau Panjang 62


Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber SMK Rantau Panjang Makmal Komputer Makmal Komputer SMK Rantau Panjang 63


Makmal Sains Salah Dua Makmal Sains daripada 7 Makmal Sains yang Ada di SMK Rantau Panjang 64


Asrama Asrama Al-Falah, SMK Rantau Panjang Surau/Masjid Masjid Al-Falah, SMK Rantau Panjang 65


Kantin Kafeteria SMK Rantau Panjang 66


Kemudahan Sukan Bilik Sukan, Gelanggang Serbaguna, dan Padang Bola Sepak SMK Rantau Panjang 67


PENGURUSAN KOKURIKULUM Dalam pengurusan Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum, iaitu Cikgu Norida menyatakan bahawa pihak sekolah menyediakan atau menawarkan tiga cabang kokurikulum, iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan. Beliau juga mewajibkan setiap pelajar mesti menyertai satu badan beruniform, satu kelab atau persatuan, dan satu sukan dan permainan. Beliau menyatakan bahawa kita bukan sahaja menumpukan ke arah akademik semata-mata, kita juga aktif dalam kokurikulum. Kewujudan kelas hadapan dan kelas belakang memberi sumbangan dalam akademik dan kokurikulum. Kelas hadapan lebih aktif dalam akademik seperti pertandingan Inovasi STEM dan pertandingan Robot Battle Kebangsaan,. Bagi kelas tengah dan belakang lebih aktif dalam kokurikulum sehingga terlibat dalam Pertandingan Nyanyian Solo dan Duo, dan Kejohanan 18th invitation of Sara Taekwondo Club Kyorugi & Doomsae Championship 2023 dalam Tujuannya adalah untuk melahirkan murid yang seimbang dalam akademik dan kokurikulum. 68


Jawatankuasa Kokurikulum Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah 69


Jawatankuasa Koperasi Sekolah Badan Beruniform Dalam badan beruniform, Cikgu Norida menyatakan bahawa pihak sekolah menawarkan 8 badan beruniform, iaitu: 70


Kelab dan Persatuan Dalam badan beruniform, Cikgu Norida menyatakan bahawa pihak sekolah menawarkan 15 buah kelab dan 9 persatuan, iaitu: Kelab Bukan Akademik Persatuan Akademik 71


Sukan dan Permainan Dalam badan beruniform, Cikgu Norida menyatakan bahawa murid-murid lebih aktif dalam sukan dan permainan dan memberi sumbangan kepada sekolah dengan mengharumkan nama sekolah dalam sukan seperti Pertandingan Catur peringkat MSSD memperoleh Emas dan banyak lagi. Cikgu Norida mengatakan bahawa pihak sekolah menawarkan 11 jenis sukan dan permainan, iaitu: 72


REFLEKSI KENDIRI Rancangan Orientasi Kendiri Komuniti-Sekolah (ROKK-S) merupakan satu program yang dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru USM. Pendedahan awal ini telah memberi gambaran awal kepada bakal-bakal guru mengenai sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum dan lain-lain. Pendedahan ini juga telah memberi gambaran mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan pengurusan murid yang dilaksanakan oleh Guru Pembimbing. Kemudahan prasarana yang disediakan menjadi nilai tambah yang besar terhadap perkembangan murid kerana prasarana yang lengkap dan berfungsi dengan baik menjadi medium yang membantu murid memupuk ilmu dengan lebih berkesan. Melalui program ROKK-S, saya mengetahui bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah mempunyai cabaran tersendiri yang perlu dihadapi dan mesti diatasi oleh pihak pentadbir sekolah. Sistem pengurusan dan pentadbiran yang dikelola oleh pihak pentadbir sekolah seperti Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum, Guru-guru Kanan dan lain-lain yang cekap menunjukkan visi dan misi sekolah lebih terarah kecemerlangan dalam akademik, dan kokurikulum. Pihak Pentadbir sekolah perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan penuh sifat profesional, berdisiplin dan keputusan yang matang tanpa mengecewakan mana-mana pihak. Misalnya melibatkan disiplin murid yang bertindak mewujudkan pergaduhan atau ponteng, sekiranya tindakan ini berterusan, pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memanggil ibu bapa mereka. Tindakan tegas yang diambil supaya pihak pentadbir sekolah boleh berunding dengan ibu bapa untuk menyediakan solusi terbaik terhadap murid sama ada dibuang sekolah atau dipindahkan ke sekolah lain. 73


Bagi pengurusan kurikulum, program ROKK-S telah menunjukkan erti menjadi seorang guru bukan hanya mengajar, malah banyak lagi peranan sebagai seorang guru. Hal ini telah membuka minda saya mengenai peranan sebagai seorang guru bukan hanya masuk kelas mengajar dan keluar, malah perlu merancang untuk pengajaran dan pembelajaran, menjadi fasilitator, menjadi pendorong dan banyak lagi. Hal ini telah memberi gambaran bahawa sebagai seorang guru perlu mempunyai pelbagai persediaan yang rapi khususnya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkualiti dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan terhadap murid-murid. Sebagai seorang guru juga perlu menempuhi pelbagai cabaran khususnya dengan perangai murid-murid. Seorang guru perlu bijak mengawal bilik darjah khususnya emosi murid untuk kekal patuh dan memberi fokus terhadap pembelajaran. Pengetua memberi nasihat mengenai bagaimana untuk mengawal murid, iaitu mengenali namanya, keluarganya, tempat tinggalnya dan berkawan dengannya supaya melahirkan sikap hormat-menghormati dalam diri mereka. Dengan erti kata lain, sebagai seorang guru perlu jadikan murid sebagai kawan dan sebahagian daripada keluarga kecil. Hal ini juga telah mendedahkan bahawa menjadi seorang guru harus mempunyai kepribadian yang menarik, mempunyai akhlak yang baik, seorang yang fleksibel dan holistik. Program ROKK-S juga telah menggambarkan bahawa kemudahan prasarana yang baik dan moden menjadi perkara penting dalam perkembangan murid. Kemudahan prasarana seperti makmal komputer, makmal sains, pusat sumber, bilik bacaan, dan lain-lain menjadi penyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sekiranya sebuah sekolah tidak mempunyai kemudahan prasarana yang tidak lengkap dari segi fungsinya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran murid akan terjejas. Makmal komputer, makmal sains, pusat sumber, bilik bacaan dan lain-lain perlu dilengkapi dengan peralatan yang berfungsi dan moden serta sumber bacaan yang terkini. Setiap kemudahan prasarana sekolah perlu bergerak ke arah yang lebih moden selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya dalam pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan telah membuka ruang dan peluang kepada bakal-bakal guru USM yang diasah kemahiran dalam TMK untuk diaplikasikan sebaiknya dalam proses PdP. Pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan kemudahan prasarana yang 74


berfungsi dan moden seperti LCD, Screenbeam, dan Electronic Smart Board untuk meningkatkan mutu pendidikan sesebuah sekolah. Program ROKK-S juga telah menggambarkan seorang guru mengurus dalam kokurikulum. Dalam pengurusan kokurikulum, kewangan menjadi salah satu cabaran terbesar bagi pihak pentadbir sekolah khususnya PK Kokurikulum. Penglibatan dalam pelbagai peringkat atau kategori sukan menyebabkan sumber kewangan menjadi cabaran utama dalam pengurusan kokurikulum kerana murid yang terlibat dalam pertandingan pada mana-mana peringkat memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti pakaian jersi, penginapan, perbelanjaan makanan dan minuman dan pengangkutan. Selain itu, mana-mana sekolah mesti mempunyai peralatan sukan yang mencukupi dan uniform yang lengkap. Peralatan sukan yang mencukupi perlu disediakan oleh pihak sekolah kerana peralatan ini digunakan untuk mengadakan latihan dan mengasah bakat dalam sukan. Manakala, murid yang gemar dalam badan beruniform perlu disediakan jurulatih yang tegas, iaitu guru yang mempunyai tauliah dalam badan beruniform bagi melatih murid asas kawad kaki serta mereka dapat memupuk nilai disiplin dan kerjasama dalam kawad kaki. Dalam pengurusan kokurikulum telah menjadi satu tanggungjawab yang besar, iaitu keselamatan murid apabila menghantar mereka masuk pertandingan yang berada jauh tempatnya. Program ROKK-S telah memberikan pelbagai pendedahan murid, guru dan sekolah. Program ini telah mencapai matlamatnya untuk memberi pendedahan, persediaan bakal-bakal guru untuk menyesuaikan diri apabila masuk alam persekolahan sebagai seorang guru. Program ini juga wajar memerlukan penambahbaikan dengan menambah tempoh ROKK-S. Program ini juga menjadi pemberi motivasi dan semangat kepada bakal-bakal guru untuk menjalani kursus Latihan Mengajar (PGT490). 75


PENUTUP Program ROKK-S telah memberikan pelbagai impak yang positif dalam diri tentang sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah dan peranan seorang guru yang sebenar. Saya memegang sebuah ayat ini yang diujarkan oleh cikgu Fauziah, iaitu ‘Kita tidak akan tahu apa yang dia rasa dan hadapi, cuba kita rasa dan berada di tempat dia. Bagaimana keadaan yang kita hadapi?’. Ujarannya telah mengesahkan bahawa program ROKK-S telah mencerminkan serba sedikit peranan seorang guru. Ruang dan peluang yang disediakan kepada saya merupakan peluang keemasan kepada saya untuk membentuk jati diri yang profesional. Rasa kesyukuran yang tidak terhingga dan ucapan terima kasih atas peluang yang disediakan. 76


LAMPIRAN Rekod Kehadiran ROKK-S 77


78


Senarai Aktiviti Harian ROKK-S 79


80


81


82


83


84


Click to View FlipBook Version