1 PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN (SASTERA DENGAN PENDIDIKAN) SIDANG AKADEMIK 22/23 LAPORAN LENGKAP RANCANGAN ORIENTASI KENDIRI KOMUNITI-SEKOLAH (ROKK-S) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI (SMKC) JALAN KUBANG KURUS, CUKAI, 24000 KEMAMAN TARIKH: 06 OGOS – 02 SEPTEMBER 2023 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK NO. IC NOR RABBIATUL ADAWIYYAH BINTI ROSMANI @ ROSMAN 150592 000221-11-0546 DISEDIAKAN UNTUK: DR. RABIATUL ADAWIAH BINTI AHMAD RASHID
2 SENARAI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN 1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH 3-4 2.0 PERBINCANGAN BERKAITAN 4 KOMPONEN UTAMA ROKK-S 2.1 Komponen Pengurusan Sekolah 5 2.2 Komponen Kurikulum Sekolah 6 2.3 Komponen Prasarana Sekolah 7-8 2.4 Komponen Kokurikulum Sekolah 9 3.0 REFLEKSI KENDIRI TENTANG KEBERADAAN DI SEKOLAH 10 4.0 PENUTUP 11 LAMPIRAN 12-14
3 1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI, KEMAMAN Sekolah Menengah Kebangsaan Kemaman atau dikenali sebagai TEPCES Kemaman merupakan sebuah sekolah yang terletak di terletak di Jalan Kubang Kurus, Chukai, Kemaman. Sekolah ini ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Tanah Melayu untuk memberikan pendidikan menengah dalam pengantar bahasa Melayu, sebagaimana Penyata Razak 1956 yang mencadangkan penubuhan 2 jenis sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Sekolah ini ditubuhkan pada asalnya sebagai sekolah aneka jurusan, kini telah berkembang menjadi sebuah sekolah kebangsaan dengan pelbagai aliran. Aliran Sains Tulen mula diperkenalkan pada akhir tahun 1970-an. Ini diikuti dengan pembukaan kelas Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan satu pada tahun 1988. Pada tahun yang sama, sekolah ini mencatat sejarah apabila 2 kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera dibuka bagi menampung lulusan SPM dari daerah ini yang sebelumnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Sastera di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kemaman. Sekolah ini juga membuka 1 kelas Bahasa Inggeris 1119 bagi pelajar tingkatan 1 pada tahun 1993/1994.
4 Pada tahun 2005, TEPCES telah menjadi Sekolah Premier Terengganu di daerah Kemaman dan pelajar-pelajar premier pertama menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2007. Seramai 51 orang pelajar berjaya mendapat Straight A dalam PMR itu. TEPCES berjaya menduduki tangga ke-8 sebagai sekolah yang cemerlang dalam PMR 2007 di negeri Terengganu.Dan pada tahun 2008,pelajar premier kedua melakar kejayaan dengan percapaian 64 orang pelajar berjaya mendapat Straight A dalam PMR 2008. Pada tahun 2013, TEPCES telah mendapat penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan di bawah pimpinan pengetua pada tahun tersebut. Logo TEPCES merupakan hasil ciptaan En.Ahmad B. Hassan yang merupakan pengetua pertama SMK Chukai. Lencana yang berbentuk perisai ini mempunyai simbol-simbol seperti buku dan obor yang berlatarbelakangkan warna hijau. Maksud yang tersirat dengan bentuk dan simbol-simbol ini ialah: 1. PERISAI - Kekuatan dan ketahanan 2. BUKU - Pencapaian akademik 3. OBOR - Pencapaian kokurikulum 4. WARNA LATAR - warna sekolah Selain simbol-simbol berkenaan, tulisan-tulisan yang tertera di atasnya ialah SMKC iaitu singkatan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Tulisan ini terletak di bahagian tengah lencana. Selain itu, terdapat perkataan KEMAMAN iaitu daerah terletaknya sekolah SMK Chukai. Sementara cogan kata BERUSAHA UNTUK BERJAYA terpahat di bahagian bawah lencana ini.
5 2.0 PERBINCANGAN BERKAITAN 4 KOMPONEN UTAMA ROKK-S 2.1 Komponen Pengurusan Sekolah Maklumat berkaitan komponen pengurusan sekolah diperoleh melalui sesi temu bual bersama pihak pentadbir sekolah seperti, Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum dan sebagainya. Komponen pengurusan sekolah dapat dilihat melalui tugas yang dikelola oleh setiap guru semasa di sekolah. Antaranya ialah berkaitan tugasan guru bertugas am atau perintah am sebagai seorang guru adalah menulis laporan perhimpunan harian dan aktiviti sepanjang minggu di dalam Buku Laporan Bertugas. Bukan itu sahaja, setiap minggu juga, guru yang bertugas mengelola gerak kerja dalam satu minggu mempunyai tanggungjawab yang berat perlu dikelola. Antaranya ialah terdapat guru yang mengelola berkaitan kes-kes berkaitan dengan kesihatan atau keselamatan pelajaran. Terdapat guru yang bertindak menjadi seseorang yang bertanggungjawab dalam menghantar pelajar yang sakit ke klinik. Di samping itu, guru juga turut memainkan peranan dalam membantu guru disiplin ketika pemeriksaan disiplin dijalankan di sekolah. Pengurusan sekolah di SMK CHUKAI dilakukan mengikut takwim sekolah yang telah dirangka bagi melicinkan pentadbiran sekolah sepanjang satu tahun. Takwim ini banyak membantu guru untuk merujuk berkaitan perjalanan yang sebenarnya di sekolah. Takwim ini turut menerangkan berkaitan jadual tugasan mingguan guru, hari cuti tertentu, tarikh berkaitan peperiksaan dan sebagainya. Seterusnya, di dalam komponen pengurusan sekolah, setiap guru mempunyai skop kerja yang tersendiri selain daripada mengajar di dalam kelas. Antaranya ialah Jawatankuasa Unit Aset dan Stor, Jawatankuasa Pengurusan TS25, Jawatankuasa Dewan Sekolah dan Bilik-Bilik Khas, Unit Data dan Maklumat, Pengurusan Kewangan (JPKA), Pengurusan Perpaduan Sekolah (RIMUP), Buku Pengurusan Sekolah, Kelab Guru dan Kakitangan, Pengurusan Digital dan Dokumentasi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan sebagainya. Setiap guru akan bertindak mengikut skop kerja yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar.
6 2.2 Komponen Aktiviti Kurikulum Pengurusan akademik sekolah telah diketuai oleh Penolong Kanan Pentadbiran selaku Pengerusi yang menjalankan tugas. Setiap guru telah disediakan jadual bertugas seperti yang telah ditetapkan . Selain itu, terdapat pelbagai subjek telah ditawarkan di SMK CHUKAI (TEPCES) antaranya ialah subjek Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Pendidikan Islam dan sebagainya. Terdapat ketua bidang yang menguruskan berkaitan subjek yang berada di bawah kendalian pihak mereka. Terdapat aktiviti akademik yang menjadi rutin untuk dijalankan di SMK CHUKAI pada setiap tahun. Penganjuran Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat Agung PIBG, Kem Kepimpinan merupakan antara aktiviti akademik yang sering dijalankan. Bukan itu sahaja, setiap ketua bidang bersama dengan guru yang berada di bawah kendalian mereka akan melakukan beberapa aktiviti akademik seperti teknik menjawab soalan, kelas tambahan berfokus dan sebagainya. Pencapaian pelajar akan meningkat apabila pelbagai aktiviti akademik dijalankan di sekolah. Sepanjang keterlibatan saya di SMK CHUKAI, pelbagai tugas baharu saya telah lakukan. Antaranya ialah membantu guru dalam menyemak markah pelajar, mempelajar teknik dan strategi yang digunakan oleg guru pembimbing semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta bertugas menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah. Tugasan ini telah membantu saya untuk mengetahui tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap guru yang berada di sekolah.
7 2.3 Komponen Prasarana Sekolah SMK CHUKAI (TEPCES) mempunyai pelbagai prasarana khas untuk kemudahan sekolah. Antara prasarana yang terdapat di SMK CHUKAI ialah makmal sains. Sebanyak empat buah makmal sains yang terdapat di SMK CHUKAI bagi memudahkan pelajar mengikuti kelas yang melibatkan kajian dan aktiviti yang tidak dapat dijalankan di dalam kelas. Selain itu, terdapat sebanyak dua buah makmal komputer yang dikenali sebagai makmal A dan makmal B. Pusat sumber sekolah juga telah disediakan bagi memudahkan pelajar mendapatkan rujukan tambahan berkenaan subjek yang mereka pelajari. Buku-buku yang merangkumi semua subjek dan pelbagai maklumat telah disediakan di setiap rak yang terdapat di pusat sumber sekolah. Ruangan sekolah yang memudahkan pelajar untuk menikmati makanan pada waktu rehat juga telah disediakan yang dikenali sebagai kantin. Bilangan pelajar yang ramai menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengatur waktu rehat yang berbeza kepada pelajar menengah atas dan juga pelajar menengah rendah. Di samping itu, bengkel Kemahiran Hidup turut disediakan di sekolah. Bengkel tersebut merupakan bengkel yang baru dibina selepas berlaku kebakaran pada bengkel yang lama. Jejantas juga merupakan prasarana penting di sekolah ini kerana ianya menghubungkan blok pengurusan dengan blok pentadbiran selain memastikan keselamatan para pelajar terjamin daripada terpaksa melintas jalan raya. Bilik peralatan sukan juga merupakan salah satu prasarana yang terdapat di SMK CHUKAI. Kebanyakan alatan yang terdapat di bilik tersebut seperti barangan olahraga, hoki, serta pelbagai jenis peralatan lain lagi. Surau sekolah juga telah disediakan bagi memudahkan pihak sekolah menjalankan aktiviti keagamaan. Antara aktiviti yang sering dijalankan di surau sekolag seperti solat hajat, tadarrus Al-Quran dan majlis bacaanYasin serta solat Zohor sebelum para pelajar pulang ke rumah.
8 Seterusnya, prasarana di SMK CHUKAI ialah pejabat sekolah. Pejabat ini merupakan tempat dimana bilik pentadbir berada. Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling juga disediakan bagi memudahkan pelajar untuk berbincang dengan kaunselor sekolah mengenai masalah yang dihadapi. Asrama sekolah juga telah diwujudkan bagi menempatkan pelajar yang mengalami masalah berkaitan jarak dengan sekolah yang terlalu jauh. Selain itu, asrama ini hanya disediakan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pondok keselamatan juga merupakan prasarana yang terdapat di SMK CHUKAI bagi menjamin keselamatan warga SMK CHUKAI yang datang ke sekolah.
9 2.4 Komponen Aktiviti Kokurikulum Terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum yang telah diadakan di SMK CHUKAI. Antara aktiviti yang dijalankan di SMK CHUKAI ialah aktiviti Bulan Kemerdekaan, Kejohanan Olahraga Tahunan, Karnival Kokurikulum dan sebagainya. Pembahagian bagi kokurikulum dapat dilihat melalui unit beruniform, sukan dan persatuan. Antara unit beruniform yang terdapat di SMK CHUKAI ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba, Puteri Islam, Pandu Puteri, St John, Silat dan Bulan Sabit Merah. Setiap pelajar wajib memakai baju beruniform pada setiap hari Selasa. Selain itu, terdapat juga kelab persatuan yang dikelola secara langsung oleh pelajar sambil dipantau oleh guru penasihat kelab masing- masing. Antara kelab yang terdapat di SMK CHUKAI ialah Kelab Bahasa Jerman, Kelab Fotografi, Kelab Pencinta Alam & Pelancongan, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan & Kerjaya, Kelab Reka Bentuk Teknologi, Kelab Rukun Negara, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Inovasi, Persatuan Bahasa Inggeris serta Persatuan Bahasa Arab. Bagi sukan dan permainan pula, terdapat sukan seperti hoki, olahraga, bola baling, bola tampar, sepak takraw, ping pong, bola jaring, catur, petanque dan memanah. Pencapaian kokurikulum sekolah dapat dilihat dalam bidang beruniform iaitu kadet polis sering memperoleh tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah. Bagi sukan pula, pasukan memanah sekolah berjaya mengharumkan nama sekolah setelsh berjaya menjuara kejohanan memanah pada baru- baru ini. Sukan olahraga juga turut menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum apabila sering menjuarai pertandingan yang diadakan pada peringkat daerah. Rumah sukan di SMK CHUKAI terdiri daripada rumah merah, rumah kuning, rumah biru dan rumah hijau. Pengurusan kokurikulum berada di bawah pengawasan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah. Penglibatan saya sebagi guru pelatih dalam bidang kokurikulum dapat dilihat semasa saya bersama- sama mengelola dalam Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 14 Ogos 2023 dan Hari Sukan pada 17 Ogos 2022. Saya telah ditugaskan sebagai pembantu guru pada setiap acara pada hari pelancaran tersebut. Kemeriahan aktiviti kokurikulum di sekolah telah menunjukkan bahawa keseimbangan yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian kokurikulum sama taraf dengan pencapaian akademik.
10 3.0 REFLEKSI KENDIRI TENTANG KEBERADAAN DI SEKOLAH Refleksi kendiri yang dapat saya simpulkan sepanjang saya menjalankan ROKK-S di SMK CHUKAI (TEPCES) ialah saya sangat berpuas hati kerana diberi peluang untuk menjadi warga TEPCES yang sangat ramah. Melalui ROKK-S, saya dapat menimba ilmu yang yang akan membantu saya sebelum menjadi pendidik yang memenuhi ciri- ciri yang sepatutnya. Projek khas khidmat komuniti telah menjadi satu pengalaman baru yang cukup penting kepada saya kerana saya bersama rakan guru pelatih bersama-sama mencari maklumat dan saling berkongsi idea bagi menyiapkan tugasan ini. Melalui projek ini, saya telah mempelajari cara berurusan dengan pihak atasan bagi mendapatkan kebenaran sebelum memulakan sesuatu projek di sekolah. Pelaksanaan projek ini juga telah membantu saya berani berkomunikasi dengan Pengetua bagi membentangkan projek yang akan dijalankan. Di samping itu, saya telah memperoleh ilmu mengenai cara mengawal keadaan kelas berdasarkan pemerhatian saya apabila guru pembimbing mengajak saya mengikuti beliau semasa proses PDP dijalankan. Beliau banyak mengajar berkaitan etika guru dengan pelajar, strategi guru di dalam bilik darjah dan sebagainya. Saya sangat bersyukur kerana guru pembimbing saya tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau sepanjang menjadi pendidik di SMK CHUKAI. Guru pembimbing saya menasihati saya untuk bersabar dalam melayan kerenah pelajar yang berbagai ragam. Jelaslah bahawa, setiap guru memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan aman dan makmur. Kerjasama yang wujud dalam kalangan semua warga SMK CHUKAI (TEPCES) menyebabkan pelajar gembira untuk datang ke sekolah. Semua pengalaman yang diperolehi ini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin dan memperbaiki daripada semasa ke semasa.
11 4.0 PENUTUP Kesimpulannya, semua komponen merangkumi komponen pengurusan sekolah, aktiviti kurikulum, prasarana sekolah dan aktiviti kokurilum sangat penting untuk diketahui oleh guru pelatih. Hasil temu bual yang dilakukan telah membantu guru pelatih untuk mengetahui secara lebih terperini mengenai komponen penting di sekolah. Pengurusan yang dilakukan di SMK CHUKAI telah melicinkan pentadbiran dan menjadikan ia lebih teratur dan sistematik. Aktiviti kurikulum yang sangat rancak di sekolah telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di SMK CHUKAI. Pelbagai persediaan yang dilakukan oleh pihak sekolah juga berjaya menarik hati ibu bapa dan memberi satu kepercayaan yang utuh terhadap sistem pendidikan di SMK CHUKAI. Kemudahan prasarana yang telah disediakan kepada seluruh warga SMK CHUKAI juga telah membantu semua menikmati kemudahan tersebut. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di SMK CHUKAI sangat proaktif dan berjaya menaikkan nama sekolah di peringkat negeri. Sukan olahraga dan memanah telah menjadi tunjang utama yang berjaya menggilap banyak bakat baru di SMK CHUKAI. Pelbagai anugerah dan pencapaian yang telah dikecapi dalam sukan olahraga. Sukan memanah pula mula giat dijalankan apabila telah menjadi juara semasa kejohanan peringkat daerah baru-baru ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga TEPCES yang banyak membantu saya menimba ilmu sebelum bergelar pendidik. Tidak dilupakan juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang turut memberi peluang kepada saya untuk mengikuti ROKK-S selama satu bulan di SMK CHUKAI (TEPCES).
12 LAMPIRAN 1. Temu Bual
13 2. Prasarana Sekolah
14 3. Aktiviti Komuniti