The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

majalah sekolah smk doktor megat khas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ficez “paeh” faiz hakimi, 2024-02-15 10:04:19

majalah cahaya 2023/2024

majalah sekolah smk doktor megat khas

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS MAC 2023 20 Hari pertama persekolahan. Program kenali diri oleh Belia 4B Tambun anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling 23 Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 24 Tadarus Al-Quran (guru dan pelajar) 31 Pelancaran Program Golden Touch DIARI SEKOLAH APRIL 2023 3 Majlis Pelancaran Jom ke Sekolah, Ziarah Cakna, Amalan Guru Penyayang & penyerahan mentor mentee 6 Nuzul Al-Quran 13 Program bubur lambuk bersama PIBG SMKDMK & Program berbuka puasa 17 Penyampaian zakat, bantuan hari raya dan beras fidyah kepada pelajar asnaf 18 Majlis Khatam Al-Quran, Sumbangan Aidilfitri dan Penutup Ihya Ramadhan JUN 2023 7 Latihan Kebakaran 8 Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2022 9 Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Siri 1 16 Majlis watikah pelantikan badan kepimpinan pelajar pagi & ptg 24 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023 27 Sayangi diri MEI 2023 16 Majlis persaraan Pn. Suriani binti Saffri 17 Sambutan hari raya peringkat sekolah 22 Majlis pelancaran kempen galakan membaca dan nilam 27 Majlis pelancaran SUMUR 1-21 Pentaksiran Pertengahan Tahun T1-T5 23 Ceramah menangani mat rempit 23 Majlis pelancaran Sekolah Tunas Hijau JULAI 2023 10 Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah 15 Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM kolaborasi bersama antara SMK Dr Megat Khas, SMK Tarcisian dan SMK Seri Puteri 17 Program Mentor Mentee: Sambutan hari lahir (Jan-Jun) 21 Kejohanan Merentas Desa 28 Penghayatan Maal Hijrah 31 Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Majlis Persaraan Ustaz Ruzaini OGOS 2023 2


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS 3 Mesyuarat tahunan koperasi sekolah 6 Hari Bertemu Waris 14 & 15 Program Kilauan Permata: Zero to Hero 14& 15 Lawatan sambil belajar kelab bola sepak ke USM 18 Program Scammer Alert 18 Hari Sukan Negara 30 Pelancaran Minggu Solidariti Palestine 31 Pelancaran Duta Sahsiah oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak 6 Sukantara 9 Gotong-royong Madani 16 Karnival Mesra Anak Muda: Explorace Stadium indera Mulia 22 Kejohanan Olahraga 30 Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik DIARI SEKOLAH SEPTEMBER 2023 OKTOBER 2023 1 Program Kafe Teen Bersama LPPKN, Guru Pembimbing dan Kaunseling dan PRS 20 Pelancaran Minggu VOTEK 21 Latihan Kebakaran kali ke-2 27 Majlis penutupan Minggu Votek 29 Majlis Anugerah Kecemerlangan KOHEM NOVEMBER 2023 1 Program solat hajat dan bacaan yaasin SPM 2023 13 Kempen Hidup Sihat : cegah rokok dan vape 15 Sambutan hari lahir bulan 7-12 peringkat sekolah DISEMBER 2023 JANUARI 2024 3 Majlis Hi-tea T5 Tahun 2023 8 Program pasca UASA / 1M1S 8 Peperiksaan SPM 2023 19 Majlis penyerahan tugas pengawas 19 Majlis akhir tahun kepimpinan pelajar FEBRUARI 2024 2 Jamuan akhir tahun 7 Majlis persaraan Pn. Halijah & Pn Alina 9 Feb - 10 Mac Cuti Sekolah Akhir Tahun 3


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS ISI KANDUNGAN Diari sekolah Isi kandungan Kata alu-aluan Matlamat sekolah Anggota sidang redaksi Warga baharu dan salam perpisahan Guru bersara Penerimaan APC Analisis keputusan SPM Pencapaian kokurikulum Peristiwa sekolah Album kenangan Barisan pendidik Barisan kumpulan pelaksanaan Barisan kepimpinan pelajar Tulisan kreatif Ilustrasi kreatif PENGENALAN WARGA SEKOLAH PERISTIWA DAN KENANGAN KARYA PELAJAR 1 2 3 4 136 139 18 24 26 32 35 36 37 39 41 83 1 4 5 13 16 1 4


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga inigin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinngi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA YB PUAN FADHLINA SIDEK Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” YB PUAN FADHLINA SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN 5


KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA YBHG. DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari segi aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam samasama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan “it takes a village to raise a child ”. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya. YBHG. DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS KATA ALU-ALUAN 1 6


PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK YBHG. DATO’ MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON, DPMP., AMP. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, diberi ruang kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas, Ipoh edisi Tahun 2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menerbitkan majalah tahunan sekolah pada tahun ini. Majalah sekolah merupakan satu dokumentasi yang sangat penting dan berperanan sebagai satu identiti sekolah yang merakamkan misi dan visi sekolah serta segala peristiwa, maklumat, data dan prestasi sekolah. Saya amat yakin penerbitan majalah ini merupakan bukti komitmen dan kreativiti yang tinggi seterusnya memperlihatkan manifestasi kerjasama dan kolaboratif yang utuh daripada semua pihak. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan selaras hasrat terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Maka besar harapan saya melalui transformasi pendidikan berkualiti, tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dipenuhi dengan memfokuskan kepada perkembangan diri secara holistik seterusnya meningkatkan kualiti sekolah. Sinergi dan pembudayaan watak sekolah merupakan suatu manifestasi dan wadah bagi menyokong ekosistem murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini akan menjadi kebanggaan semua warganya seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang mampu berdaya saing dan memenuhi aspirasi negara. Sekian, terima kasih. SELAMAT MAJU JAYA YBHG. DATO’ MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON, DPMP., AMP. PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK. KATA ALU-ALUAN 7


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA ENCIK MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah Sekolah Menegah Kebangsaan Doktor Megat Khas atas kejayaan menerbitkan Majalah Cahaya yang istimewa ini untuk edisi tahun 2023. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini sebagai cetusan anjakan paradigama. Kemunculan majalah ini amat dinantikan dan merupakan satu catatan memori sekolah ini sepanjang tahun 2023. Di samping itu, majalah ini juga merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar untuk memaparkan idea-idea yang bernas dan menarik. Setiap murid perlu dicungkil bakat dan dikembangkan kemahiran supaya menjadi insan yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama. Suatu kenyataan yang jelas terpapar ialah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah bagi menghasilkan majalah sekolah pada kali ini. Kepimpinan sekolah dan guru yang merupakan tunjang utama dalam menentukan kemenjadian anak didik, perlu menjajarkan kurikulum semula dan aktiviti persekolahan agar inovasi dalam pendidikan boleh dikaitkan dalam pelbagai bentuk teknologi baharu, perkembangan persekitaran pembelajaran, kepelbagaian reka bentuk sumber dan pentaksiran pembelajaran. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan sekolah manakala guru-guru pula mengaplikasikan pelbagai teknik serta strategi pembelajaran yang signifikan untuk menjamin keberkesanan proses PdP dan inovasi dalam sistem pendidikan mutakhir. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di daerah Kinta Utara ke persada kecemerlangan yang dihajati. Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan pada setiap masa. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi majalah sekolah. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga. Sekian, terima kasih. ENCIK MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA KATA ALU-ALUAN 8


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK DR MEGAT KHAS PUAN NORANIDA BINTI AHMAD Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas penerbitan majalah Cahaya edisi ke-2023. Kejayaan penerbitan ini hasil gemblingan tenaga dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada pihak Sidang Redaksi. Majalah Cahaya sememangnya menjadi wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang digapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Justeru, majalah ini juga menjadi medan murid-murid dan guru-guru merakamkan bakat terpendam mereka untuk tatapan warga sekolah. Harapan saya, majalah ini akan membuka ruang yang luas kepada anak didik untuk mengetengahkan bakat yang ada apabila berada di luar sekolah kelak. Semoga nanti, anak-anak didik SMK Doktor Megat Khas (SMKDMK) dapat menongkah arus dalam membina kehidupan sebenar setelah menamatkan persekolahan. Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan. Pada hemat saya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru atau murid malah ibu bapa seharusnya cakna dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan Pendidikan anak-anak akan terus dimantapkan. Dasar pendidikan melalui KSSR dan KSSM pada masa ini menekankan bukan sahaja pencapaian dari segi pengetahuan, malahan aspek kemahiran, sahsiah, serta nilai budi pekerti diambil kira bagi melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam semua aspek. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar peluang dan ruang yang ada di SMKDMK ini digunakan sepenuhnya oleh para murid agar dapat menjadi insan kamil, pencetus kegemilangan negara pada masa hadapan. Teruskan mara DMK, agar unggul menjadi The Great! Sekian, Terima kasih. PUAN NORANIDA BINTI AHMAD Pengetua SMK Doktor Megat Khas 9


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS YANG DIPERTUA PIBG SMK DR MEGAT KHAS ENCIK PREM KAMAL BIN RADZI RAJU Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani, Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi SMK Doktor Megat Khas tahun 2023. Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi Cahaya, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah. Permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan dir mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan keiavaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara selaras dengan Malaysia Madani. Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Akhirulkalam, saya mendoakan SMK Doktor Megat Khas sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Tuhan. Semoga terus berjaya dalam segala bidang. ENCIK PREM KAMAL BIN RADZI RAJU YDP PIBG, SMK Doktor Megat Khas KATA ALU-ALUAN 10


KETUA PELAJAR SMK DR MEGAT KHAS NAZIRUL ISYRAF BIN ISMAIL Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, majalah CAHAYA buat julung-julung kalinya berjaya disusun dan diterbitkan. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan Sidang Redaksi kerana menyediakan sedikit ruang untuk saya menukilkan sepatah dua kata di dalam majalah CAHAYA ini. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan majalah CAHAYA sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada seluruh warga SMK Dr. Megat Khas yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun ini. Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah ini selama 5 tahun. Sepanjang menuntut ilmu, terlalu banyak ilmu yang dikutip yang telah membentuk saya supaya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan dalam semua aspek sama ada fizikal atau mental, terutamanya tugas sebagai ketua pelajar amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru terutamanya En Hireman Bin Abd Ghani selaku ketua guru disiplin yang telah memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang sememangnya tidak dapat dijual beli dimana-mana sekaligus menjadikan saya seorang yang komited dan amanah terhadap tugas yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua guru SMK Dr. Megat Khas yang telah mencurahkan sepenuh bakti tanpa mengenal erti penat. Kepada semua warga SMK Dr. Megat Khas terutamanya calon SPM 2023, berusahalah bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang berterusan insyaallah akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-suara pelajar tingkatan SMK Dr Megat Khas ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur kata dan mengguris hati guru-guru. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat terus dilaksanakan agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang. Akhirulkalam, sentiasalah menghormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga SMK Dr. Megat Khas bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. NAZIRUL ISYRAF BIN ISMAIL KETUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS KATA ALU-ALUAN 11


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR MAJALAH CAHAYA SMK DR MEGAT KHAS FAIZ HAKIMI BIN ZUL FADZLEE Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sekali lagi kita menerbitkan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK DR MEGAT KHAS iaitu MAJALAH CAHAYA. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada guru penasihat iaitu Pn Nur Hanisah Binti Samsuri dan team sidang redaksi atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan majalah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMKDMK. MAJALAH CAHAYA 2023 ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat mereka yang sememangnya sudah terpendam lama. Di majalah ini juga tercatatnya segala coretan suka dan duka para guru dan para pelajar untuk djadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK DOKTOR MEGAT KHAS yang tercinta ini. Penghasilan Majalah Cahaya 2023 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMKDMK bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagal sudut, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh para pelajar turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di SMKDMK pada tahun yang cukup bermakna ini. Sebagai Ketua Editor Majalah Cahaya 2023, saya mewakili team sidang redaksi SMK DMK 2023 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Allah dari yang sebaliknya datang daripada kelemahan kami sendiri. Kami telah memerah kudrat agar MAJALAH CAHAYA 2023 akan tetap tersemat di hati warga SMK DOKTOR MEGAT KHAS. Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMKDMK dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang. Sekian terima kasih. FAIZ HAKIMI BIN ZUL FADZLEE KETUA EDITOR MAJALAH CAHAYA SMKDMK 12


MISI SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS MISI, VISI, MATLAMAT VISI SEKOLAH MATLAMAT SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu. Melahirkan Insan yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera. Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara. Memberi Peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia. 13


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PIAGAM SEKOLAH Kami warga SMK Doktor Megat Khas, Ipoh dengan penuh rasa tanggungjawab berjanji melaksanakan usaha-usaha yang berterusan untuk: Mempertingkatkan azam bergerak bersama-sama ke arah kecemerlangan dalam segala bidang Mewujudkan iklim dan persekitaran persekolahan yang harmoni, bersih dan ceria selalu Menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat Memberikan keutamaan kepada usaha- usaha dan aktiviti penerapan nilai murni dan positif Mewujudkan sikap terbuka dan mengalu-alukan semua cadangan dan pandangan ke arah peningkatan prestasi Kami warga SMK Doktor Megat Khas, Ipoh dengan penuh rasa tanggungjawab berjanji melaksanakan usaha-usaha yang berterusan untuk: Mempertingkatkan azam bergerak bersama-sama ke arah kecemerlangan dalam segala bidang Mewujudkan iklim dan persekitaran persekolahan yang harmoni, bersih dan ceria selalu Menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat Memberikan keutamaan kepada usaha- usaha dan aktiviti penerapan nilai murni dan positif Mewujudkan sikap terbuka dan mengalu-alukan semua cadangan dan pandangan ke arah peningkatan prestasi PIAGAM SEKOLAH 14


LAGU SEKOLAH Ilmu dan Pendidikan Bekalan masa depan Tekun belajar, rajin berusaha Untuk kita Berjaya Sekolah Doktor Megat Khas Terkenal sungguh mulia Jasa baktimu tidak dilupa Hingga ke akhir masa LAGU SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS Jasa guru mulia Selalu membela Untuk anak bangsa Mencapai cita-cita Sekolah Doktor Megat Khas Terkenal sungguh mulia Jasa baktimu tidak dilupa Hingga ke akhir masa Jasa baktimu tidak dilupa Hingga ke akhir masa 15


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BARISAN PENTADBIR NAIB PENGERUSI 2 EN YUSSUF BIN ISMAIL NAIB PENGERUSI 3 PN GLORY SAMICKANOO BARISAN JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI GURU PENGERUSI PN NORANIDA BINTI AHMAD TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 SETIAUSAHA PN NUR HANISAH BINTI SAMSURI PEN. SETIAUSAHA EN ZUHAILAM BIN MAD ZAIN PENYUNTING PN NURRULFAIZA BINTI SALEH BAHAN BAHASA MELAYU PN HANINAH BINTI ABDUL HAMID BAHAN BAHASA ARAB EN OMAR FUAD BIN OTHMAN BAHAN BAHASA INGGERIS PN MALLIKA A/P GOPAL EN RODZELAN BIN TAYIB PN SAMSIYATUL AINA BINTI JELANII 16


SIDANG REDAKSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS Barisan Pertama ( Kiri ke Kanan): Elle Ya-Kul-Yakin binti Salleh (4S) Penolong Ketua Editor, Syed Naufal Qayyum bin Syed Badri Shah (3A) AJK, Muhammad Adli Danish Bin Ahmad Nizar (5K1) Ketua Grafik, Faiz Hakimi bin Zul Fadzlee (4S) Ketua Editor, Mohamad Zikry Shaarani bin Abdul Rahman (3A) AJK Barisan Kedua (Kiri ke kanan): Nur Izzah Hadirah binti Zainuddin (4S) Fotografi, Nur Huda Hazirah binti Mohamad Radi (3A) AJK, Piruntha a/p Jayashilan (5K1) AJK, Aqilah binti Asmadi (4S) Penolong Ketua Grafik, Putri Nur Balqis binti Fairuz (4K1) AJK, Asyaima Nur Sahdia binti Shahrilzaful (4K1) AJK Barisan Jawatankuasa sidang redaksi Pelajar 17


BARISAN PENDIDIK SMK DR MEGAT KHAS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BARISAN PENTADBIR EN YUSSUF BIN ISMAIL PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENOLONG KANAN PETANG PENGETUA PN RUHANA BINTI PN ROFISHAH BINTI ISA SETAPA PN LAILATUL HAZZLINA BT MUSA GURU KANAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL PN GLORY SAMICKANOO GURU KANAN BIDANG KEMANUSIAAN GURU KANAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK GURU KANAN BIDANG BAHASA PN NORANIDA BINTI AHMAD BARISAN PENTADBIR SMK DR MEGAT KHAS EN RODZELAN BIN TAYIB PN SAMSIYATUL AINA BINTI JELANII EN ABI TALIB BIN YUNUS 19


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BARISAN PENDIDIK GURU SESI PAGI PN HANINAH BINTI ABDUL HAMID EN MOHD FAUZI BIN HASHIM PN NURZARINA BT SHARIFF PN MALLIKA A/P GOPAL PN NORZAKIAH BINTI PN NURRULFAIZA BT ABDUL MALIK MOHD SALEH PN ZURAIDAH BT ZOLKAPLEY @ZULKIFLI EN HIREMAN BIN ABDUL GHANI CIK ALIA BINTI YASHAK 20


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BARISAN PENDIDIK GURU SESI PAGI PN PADMAVATHI A/P POSENAM EN OMAR FUAD BIN OTHMAN EN MUHAMAD SABERI BIN ASHARI PN KAVETA KUMARI A/P KRISHAN KUMAR EN MOHD HAIRIL BIN MELAN PN NUR HANISAH BINTI SAMSURI PN IZYAN AMIRAH BT SHAHARUDDIN EN MOHAMAD ZUHAILAM BIN MAT ZIN PN NOOR ASHIKIN BT ABDUL FATAH 21


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BARISAN PENDIDIK PN NOOR AZLINA BINTI ABDUL WAHAB EN KAMARUL BAHREN BIN MAT JUSOH EN SUHASNI BIN HAYANI GURU SESI PAGI PN ASLINDA BINTI HAWARI EN MUHAMMAD SALLEH BIN ABD GHAFAR PN ANNALETCHUMY A/P SUPPIAH PN NURUL SHAFIQAH BINTI SHAFIF 22


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BARISAN PENDIDIK GURU SESI PETANG EN AZLI BIN JOHARI PN HANANTHI A/P MUNIANDY PN NORHAYATI BINTI ABU BAKAR CIK P.KOMALA DEVI A/P S.K.PEETHAMBARAM PN RAJA HAPIZA AYU BT RAJA AHMAD NADZRI PN RUBIAH BINTI SALAMUN PN SHARIFAH SALFARIDAH BINTI SYED ANWAR PN NADIAH BINTI MAHMUD PN NOOR JANNAH BT SENAPI PN SITI NUR WATHIQAH BT MOHD MAHLIL 23


ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)


BARISAN AKP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PN NOR NAJWA BINTI AZALUDDIN EN SHAIFUL ANUAR BIN OTHMAN EN MOHD FAIZUL BIN MOHD HASIB PN NURULHUDA BT ROSLI PN ROSLAILI BINTI KHALID PN JAMILAH BINTI MOHD HALILUDDIN EN MOHD FAIZAL B. MOHD NOORDIN EN MOHAMAD SAIFUL HAFIZEE BIN ABDUL LATIFF PEMBANTU TADBIR PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU OPERASI PEMBANTU AM PEJABAT ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) 25


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS GURU PENGAWAS : PN ZURAIDAH BT ZOLKAPLEY @ZULKIFLI (K) EN SUHASNI BIN HAYANI EN MUHAMAD SABERI BIN ASHARI PN MALLIKA A/P GOPAL KETUA PENGAWAS : NAZIRUL ISYRAF BIN ISMAIL TIM.PENGERUSI 1 : MUHAMAD IHTISHAMUL ILLYAS BIN MOHAMED FARUL REZA TIM.PENGERUSI 2 : AFIQAH NASUHA BINTI SHAHRIZAL ANUAR BADAN PEMIMPIN PELAJAR SETIAUSAHA : KESVINI A/P MANOGARAN PEN.SETIAUSAHA : MUHAMMAD NURUL AMIN BIN SAEED RAMALAN BENDAHARI : MUHAMMAD ADLI DANISH BIN AHMAD NIZAR PEN.BENDAHARI : PUTRI NUR BALQIS BINTI FAIRUZ AJK : TASHNA A/P RAJA SEGARAN PENGAWAS SEKOLAH GURU PENASIHAT: CIK P.KOMALA DEVI A/P S.K.PEETHAMBARAM PN RAJA HAPIZA AYU BT RAJA AHMAD NADZRI PENGERUSI : ADRIANA IZZAH BINTI MOHD IBRAHIM (5K1) NAIB PENGERUSI : AL QAYYUM ABDUL WAHADI BIN ABDULLAH (4K2) SETIAUSAH : NURUL ANIS BT MOHD IDRIS (4K1) BENDAHARI: NUR FAIQAH DAYANA BINTI ZAINUDDIN (3U) AJK : WAN HAZIQ AZFAR BIN WAN ZULFADHLI (3U) MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD FAISARIZAN (3U) SESI PAGI SESI PETANG 27


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BADAN PEMIMPIN PELAJAR GURU PENASIHAT : PN RUBIAH BINTI SALAMUN PENGERUSI : PUTERI DANISH SARAH BASYIRAH BINTI ABDULLAH (2A) NAIB PENGERUSI :FARIZZUL HAIKAL BIN MAHLOP ISMAIL (2A) SETIAUSAHA : ZARA SHAHFIRA BINTI SHAHROM (2A) NAIB SETIAUSAHA : NUR NISHA ERINA BINTI SUZALFA (2A) BENDAHARI : NURUL DANIA ARISYA BINTI JUMAATI NORMAN (1A) NAIB BENDAHARI : NUR ELLYANA BALQIS BINTI ZULKIFLI (1B) AJK TING 1 : NURUL BALQIS BINTI NUR MUHAMMAD (1B) AJK TING 2 : NURIN SYIFAA' SYAFIQAH BINTI AZROL (2A) : MUHAMMAD IZZUL AFIQ BIN FAIZOL (2A) GURU PENASIHAT: PN NURRUL FAIZA BINTI MOHD SALLEH PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI PAGI SESI PETANG 28


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS BENDAHARI : ELLE - YA - KUL - YAKEN BIN MOHD SALLEH (4S) PEN.BENDAHARI : MASTURINA BINTI IKMAR (4S) AJK : NUR DINIE QISTINA BINTI MOHD NASIR (3A) NUR ALIYA FARHANA BINTI MUHAMMAD SAFFUDIN (4K2) NAJIHAH ( BADAN PEMIMPIN PELAJAR GURU PRS : PN NOOR ASHIKIN BT ABDUL FATAH PENGERUSI : INAS IZZATI BINTI AZRI SHAH (5K2) NAIB PENGERUSI : NURSALSABILA BINTI ZAMZURI (4K1) SETIAUSAHA : NUR IZZAH HADIRAH BINTI ZAINUDDIN (4S) PEN.SETIAUSAHA : ASYAIMA NUR SAHDIA BINTI SHAHRILZAFUL (4K1) PENGAWAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA GURU PEMBIMBING :PN NOR HAYATI BINTI ABU BAKAR PENGERUSI : DANISHA ATHIRAH BINTI DAHLAN (2A) NAIB PENGERUSI : NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD HAFIZ (1A) SETIAUSAHA : ARRISA QAISARA BINTI HELMI (2A) PEN.SETIAUSAHA : IMAN NUR ZAHRA BINTI MOHD NAZREN (1A) BENDAHARI : NUR ERNADIA MAZWEEN BINTI ABDUL RAZAK (2B) PEN.BENDAHARI : NUR ELYANA BALQIS BINTI ZULKIFLI (1B) AJK : NURUL ALEESYA BINTI MOHD HAFIZ (2A) MOHAMAD SHAFIZ AIQAL BIN SOLEHUDDIN (1C) SESI PAGI SESI PETANG 29


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS MAJLIS KETUA TINGKATAN GURU PENASIHAT : PN HANANTHI A/P MUNIANDY PENGERUSI : MUHAMMAD NUR ASYRAAF BIN MOHAMAD RAZIF (2A) NAIB PENGERUSI : ALIF DARWEEN BIN ALIF DANIAL (1B) SETIAUSAHA : DANISHA ATHIRAH BINTI DAHLAN (2A) NAIB SETIAUSAHA : NUR IZZATIE ARISSA BINTI AZRI SHAHRI (2B) BENDAHARI : NOOR ALIA BALQIS BINTI MOHAMAD SAHRUL (1A) GURU PENASIHAT: CIK ALIA BINTI YASHAK BADAN PEMIMPIN PELAJAR SESI PAGI SESI PETANG 30


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PENGAWAS KOPERASI GURU PENASIHAT: EN MOHD FAUZI BIN HASHIM PN PADMAVATHI A/P POSENAM PN ZURAIDAH BT ZOLKAPLEY @ZULKIFLI PENGERUSI : ADRIANA IZZAH BINTI MOHD IBRAHIM (5K1) NAIB PENGERUSI : AL QAYYUM ABDUL WAHADI BIN ABDULLAH (4K2) SETIAUSAH : NURUL ANIS BT MOHD IDRIS (4K1) BENDAHARI: NUR FAIQAH DAYANA BINTI ZAINUDDIN (3U) AJK : WAN HAZIQ AZFAR BIN WAN ZULFADHLI (3U) MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD FAISARIZAN (3U) GURU PENASIHAT: PN NADIAH BINTI MAHMUD PN RUBIAH BINTI SALAMUN EN AZLI BIN JOHARI PENGERUSI : ROSYAD KAMAL BIN PREM KAMAL NAIB PENGERUSI : NUR QISTINA BALQIS BINTI SAIFUL ANUAR BADAN PEMIMPIN PELAJAR SESI PAGI SESI PETANG 31


GURU BAHARU/ GURU BERTUKAR DAN GURU BERSARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS SELAMAT DATANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS SELAMAT DATANG PENGETUA SMK DR MEGAT KHAS 33


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS WARGA BAHARU PN ASLINDA BINTI HAWARI GURU DAN AKP BAHARU PN JAMILAH BINTI MOHD HALILUDDIN EN YUSSUF BIN ISMAIL PN GLORY SAMICKANOO SALAM PERPISAHAN EN MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL DR. FADILLAH BINTI YASSIN PN ASMARIAH BINTI HARUN DR MAZLAN BIN PN ALINA BINTI OMAR PN NORANIDA BINTI AHMAD PN ROFISHAH BINTI ISA EN RODZELAN BIN TAYIB PN FARAH QURRATUN AINI BINTI ABDAZIZ PN NURUL SHAFIQAH BINTI SHAFIF 34


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS JASAMU DIKENANG GURU BERSARA PN NORAISHAH BT MOHAMED OSMAN PN SURIANI BINTI MOHD SAFRIPN EN RUZAINI BIN ABD KUDUS 35 PN PN HALIJAH BINTI ISMAIL


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PENERIMA APC PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022 Dari kiri: Pn. Padmavathi a/p Posenam, Pn. Raja Hapiza Ayu bt Raja Ahmad Nadzri, Pn. Noor Azlina binti Abdul Wahab, En. Mohamad Saiful Hafizee bin Abdul Latiff 36


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS ANALISIS KEPUTUSAN SPM ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2022 37


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS ANALISIS KEPUTUSAN SPM 38


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PENCAPAIAN KOKURIKULUM PENCAPAIAN KOKURIKULUM SESI 2023 39


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DOKTOR MEGAT KHAS PENCAPAIAN KOKURIKULUM 40


PERISTIWA SEKOLAH


Pelancaran Ihya Ramadhan 42


Tadarus Al-Quran (Guru dan Pelajar) 43


Pelancaran Program Golden Touch 44


Gotong-Royong Bubur Lambuk 45


Gotong-Royong Bubur Lambuk 46


moment Majlis Berbuka Puasa 47


Majlis Khatam al-Quran 48


Majlis Persaraan Puan Suriani Bt Safri 49


Majlis Persaraan Puan Suriani Bt Safri 50


Click to View FlipBook Version