INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
PENTAKSIRAN BERTERUSAN – TUGASAN 1
Nama : NURIN HARYANA BINTI ISMAIL
No. K/P : 030311011362
Angka Giliran : 2021242310257
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : UNIT X11
Nama Pensyarah : ENCIK
SHAMSUDIN BIN
ABU BAKAR
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: NURIN Tarikh :14/3/2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: NURIN Tarikh :14/3/2022
JKA/Jun2019 1
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1: Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang
ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya
rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi
dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
2
JKA/Jun2019
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN................................................................................................................................. 4
1.0 PENGENALAN......................................................................................................................... 5
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU............................................................................. 6
3.0 FUNGSI SASTERA MELAYU .............................................................................................14
3.1 ALAT PENDIDIKAN ..........................................................................................................14
3.2 DAKWAH ............................................................................................................................15
3.3 HIBURAN ............................................................................................................................16
3.4 KRITIKAN SOSIAL ...........................................................................................................17
4.0 MANIFESTI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI
TRADISIONAL ...................................................................................................................................19
4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN .......................................................................................20
4.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR............................................................................................21
4.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA .......................................................................................23
4.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM ..................................................................................25
5.0 PENUTUP ...............................................................................................................................27
RUJUKAN ...........................................................................................................................................28
3
JKA/Jun2019
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
tugasan Pentaksiran Berterusan Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini
dengan sempurna dan tepat pada masanya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus
Kebudayaan dan Kesusteraan Melayu (BMMB1104) Encik Shamsudin bin Abu Bakar kerana
telah memberi tunjuk ajar dan membimbing saya daripada tajuk tugasan ini diedarkan
sehingga tugasan ini selesai.
Seterusnya, saya juga terhutang budi dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai
seperti pengarang buku rujukan dan sumber daripada internet. Bahan-bahan rujukan yang
disediakan oleh pengarang sangat membantu dan bermanfaat. Walau bagaimanapun saya
sangat berpuas hati dengan kerjasama oleh semua pihak yang telah membantu saya.
Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang banyak memberi semangat moral dalam
menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Tanpa sokongan mereka, saya tidak mungkin dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, saya sangat berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu saya menghasilkan pentaksiran
berterusanini. Mereka juga banyak membantu dengan memberi idea untuk menyiapkan
tugasan ini.
Akhir sekali, banyak manfaat yang saya perolehi ketika menghasilkan tugasan ini
disamping menjadikan saya guru yang cemerlang dan bertanggungjawab pada masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.
4
JKA/Jun2019
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan dianggap bidang yang tidak pernah hilang ditelan zaman, malah ia tetap
mekar bagi umat-umat yang hidup melata bagi mengisi kekosongan jiwa mereka. Hal ini
kerana, bidang ini mempunyai keunikan dan kelainan berbanding bidang yang lain. Sastera
juga membawa keindahan pengalaman dalam sesebuah masyarakat. Ini dapat dilihat dalam
artikel bertajuk “Mencari Definisi Kesusasteraan” oleh Ali Ahmad dan pandangan M.K
Dangizer yang menyatakan “Segala-Segalanya Adalah Kesusasteraan” (Danziger & Johnson,
1983), sekali gus mengangkat martabat kesusasteraan berbanding bidang lain.
Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan
seharian mereka. Sebagai contoh, seorang ibu yang menidurkan bayinya secara sengaja atau
tidak, akan menyanyikan balada-balada irama yang merdu. Seorang dukun yang
membacakan mantera untukmenyembukan orang sakit secara sedar atau tidak,akan
melagukan puisi yang indah dan berirama. Dalam upacara perkahwinan pula, ketika wakil
keluarga pengantin perempuan berbicara dengan wakil keluarga pengantin lelaki, hadirin-
hadirin menyaksikan satu adegan dramatik dengan bahasa yang menarik dan indah.
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Namun demikian, perkembangan masyarakat yang pesat hari
ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Perubahan ini
teah menyebabkan sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Sastera
yang dahulunya menjadi hak milik bersama kini telah berubah menjadi kegiatan yang
berkaitan pernyataan diri dan hak cipta.
5
JKA/Jun2019
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
▪ TAKRIF
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf
atau buku indah. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan
dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa
Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberikan
petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Jadi sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan
su- pula bererti baik atau indah. Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh
iaitu segala yang tetulis bernilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan,
petunjuk dan pengajaran (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar, Hassan, & Awang, 2022).
Daripada definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan
hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan
menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan tertentu sama ada mengenai diri sendiri
ataupun sekelompok masyarakat. Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa
pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk
gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira
sama ada bermutu atau tidak bermutu.
6
JKA/Jun2019
▪ JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN
Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam kerana masing-masing
memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan tertentu.
PROSA TRADISIONAL
Prosa ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas
kepada cerita sahaja tetapi termasuk juga di dalam karya-karya yang bukan cerita. Oleh itu,
karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang karangannya sama ada secara lisan atau
tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:
PROSA NARATIF SASTERA RAKYAT
TRADISIONAL BUKAN NARATIF (LISAN)
SASTERA ISTANA
(TULISAN)
PUISI RAKYAT
Rajah 1: Bentuk prosa tradisional
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya.
Prosa tradisional berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara. Hal
ini demikian kerana apabila datang yang baharu, maka hilanglah yang lama. Namun begitu
prosa tradisional merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi secara turun-
temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasikan.
Prosa tradisional merupakan karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Tujuannya
adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerima. Prosa tradisional terbahagi kepada
dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan). Sastera naratif terbahagi
kepada tiga genre utama iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat manakala sastera bukan naratif
pula terdiri daripada puisi rakyat.
7
JKA/Jun2019
SASTERA RAKYAT (LISAN)
SASTERA RAKYAT
(LISAN)
MITOS LEGENDA CERITA RAKYAT
Cerita Binatang,
Cerita Penglipur
Lara, Cerita Teladan
Dan Cerita Jenaka
Rajah 2: Jenis dan Bentuk Sastera Rakyat
Sastera lisan adalah ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam
masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulis dalam masyarakat
moden. Dengan kata lain, sastera yang diwariskan secara lisan seperti pantun, nyanyian
rakyat, dan cerita rakyat. Sastera lisan disebut juga sebagai sastera rakyat (Rahmat,
Zainuddin, Abu Bakar, Hassan, & Awang, 2022).
Selain itu, sastera rakyat bersifat tradisional dan lama, iaitu berada dalam sesuatu
kebudayaan dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi. Sastera rakyat juga wujud
dalam variasi yang berbeza-beza serta bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran
atau langsung tiada nama pencipta. Seterusnya, sastera rakyat menjadi hak milik semua
masyarakat yang menghasilkannya. Sastera rakyat turut mempunyai bentuk berpola dengan
plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu seperti memberi pengajaran serta
penulisannya bersifat sederhana, spontan dan kadangkala agak kasar (Mat Piah,
Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2006).
8
JKA/Jun2019
SASTERA ISTANA (TULISAN)
SASTERA HIKAYAT
SASTERA UNDANG-UNDANG
SASTERA PANJI
SASTERA KEPAHLAWANAN/EPIK
SASTERA AGAMA
Rajah 3: Jenis dan Bentuk Sastera Istana
Sastera tulisan muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar.
Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India.
Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan.
Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.
Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di
dalamnya, iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah hikayat Gul
Bakawali, Hikayat seri Rama dan Hikayat Raja Pasai. Seterusnya, sastera undang-undang
dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun
lapis masyarakat lama. Contoh sastera undang-undang ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-
undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Manakala sastera undang-undang adat
perpatih yang hanya diamalkan di Negeri Sembilan adalah Undang-undang 99 Perak (Mat
Piah, Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2006).
Tambahan pula, sastera epik mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang
unggul. Genre ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu epik kebangsaan yang diwakili oleh Hikayat
Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah. Selain itu, sastera panji
merupakan karya yang isinya berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.
Watak utamanya bergelar Panji yang mengalami pelbagai peristiwa hingga akhirnya bertemu
dengan kekasihnya. Contohnya, Hikayat Cendawan Putih. Akhir sekali, sastera agama
kebanyakannya berfokus pada cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi
Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam. Buktinya dapat dilihat dalam Hikayat
Bulan Berbelah (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar, Hassan, & Awang, 2022).
9
JKA/Jun2019
PUISI RAKYAT
PANTUN SYAIR GURINDAM SELOKA
Rajah 4: Jenis dan Bentuk Puisi Rakyat
Puisi rakyat ialah karangan berangkap yang mempunyai kalimat yang tidak bebas.
Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu. Selain itu,
puisi mempunyai ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan
tersusun dalam kata dan bahasa (Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, 1989; Hassan, 2012).
Antara puisi rakyat ialah pantun. Pantun ialah karangan berangkap yang terbentuk
secara berpasangan dalam jumlah baris yang genap, iaitu daripada dua baris serangkap
hingga 12 baris serangkap. Bilangan suku kata pada setiap baris adalah antara 8 hingga 12.
Setiap rangkap pantun terdiri daripada satu unit pembayang dan maksud serta diakhiri dengan
rima akhir abab atau aaaa. Contohnya, pantun nasihat dan pantun berkait.
Puisi rakyat yang kedua ialah syair, iaitu puisi yang terdiri daripada empat baris
serangkap. Tujuannya adalah untuk dilagukan dan diperdengarkan. Rima akhirnya adalah
sama, iaitu aaaa. Keseluruhan rangkap syair ialah maksud dan merupakan idea yang
berlanjutan. Contoh syair ialah syair nasihat dan syair agama.
Puisi rakyat yang seterusnya adalah gurindam. Gurindam diperkenalkan oleh Raja Ali
Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Bentum gurindam adalah
terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah
perkataan dengan skima rima akhir, ‘a’,’a’. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap
untuk melengkapkan keseluruhan idea. Isinya mengadungi nasihat, pengajaran, kebenaran
serta pernyataan perasaan cinta.
Puisi rakyat yang terakhir iaitu seloka. Secara amnya, seloka terdiri daripada
ungkapan berjajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti
talibun dan prosa berirama. Ciri penting bagi seloka adalah mempunyai maksud mengejek,
menyindir, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya
sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan untuk pendengar
dan pembaca. Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai
Pak Pandir yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat.
10
JKA/Jun2019
▪ CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
Kesusasteraan berbeza dengan karya seni yang lain kerana karya sastera menggunakan
bahasa sebagai medium penyampainya. Kesusasteraan Melayu tidak bermakna jika tidak
mempunyai tujuan dan tidak ditujukan kepada seseorang atau kumpulan pembaca. Oleh itu,
kesusasteraan harus bersifat positif dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan
keunikannya seperti berikut:
KEINDAHAN
MENCERMINKAN PENGALAMAN
PENGALAMAN SENI
KARYA SENI
Rajah 5: Ciri-Ciri Kesusasteraan
KEINDAHAN
Keindahan merupakan gaya dan lenggok bahasa dalam sesebuah karya sastera yang
dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu. Keindahan karya sastera
bergantung kepada kesatuan unsur-unsur yang membentuk susunan atau struktur karya
sehingga menjadi bulat dan utuh. Sekirannya unsur-unsur yang terkandung di dalam sebuah
karya memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan penekanan,
maka ia adalah sebuah karya seni yang cantik dan menarik. Begitu juga unsur-unsur yang
berbeza mempunyai cara tersendiri untuk membentuk satu kesatuan yang utuh bagi
menunjukkan keutuhan sesebuah karya. Contohnya, bentuk penulisan novel berbeza dengan
penulisan puisi kerana unsur kedua-dua karya itu berbeza (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar,
Hassan, & Awang, 2022).
11
JKA/Jun2019
MENCERMINKAN PENGALAMAN
Pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti. Perkataan utuh merujuk kepada fikiran, imaginasi dan perasaan
seseorang. Manakala perkataan realiti pula ialah sesuatu yang dapat memberi kesedaran
kepada manusia, sama ada di dalam atau di luar dirinya. Realiti sedemikian dialami melalui
pancaindera seseorang secara sedar dan hasil tindak balas terhadap perasaan, maka
timbulah perkara yang disebut pengalaman. Dalam karya sastera, pengalaman diceritakan
melalui bahasa. Pengalaman pengkarya hanya dapat diungkap dan dikongsikan kepada
orang lain dalam bentuk bahasa. Bahasa merupakan peranti yang dapat meneruskan fikiran,
perasaan dan imaginasi pengkarya bagi membolehkan pembaca menghayati dan
berimaginasi seperti yang dialami oleh pengkarya (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar, Hassan,
& Awang, 2022).
PENGALAMAN SENI
Dalam peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran serta perasaan
pengkarya. Pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya dia tahu hasil karyanya dapat
diterima dengan baik oleh pembaca. Selain itu, nilai karya sastera terletak pada perkara
yang disampaikan, cara dan bentuk penyampaian. Hasil karya sastera dapat memberikan
pengalaman dan nilai-nilai seni kepada pembacanya .
12
JKA/Jun2019
KARYA SENI
SASTERA BUKAN
SASTERA
Rajah 6: Terdapat Dua Kategori Karya Seni
Berdasarkan rajah 6, kita dapat lihat bahawa karya seni terbahagi kepada dua
kategori iaitu karya sastera dan karya bukan sastera. Selanjutnya, terdapat tiga pekara yang
membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik
dan gaya bahasa yang khusus. Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui
imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti.
Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan
mendalam. Penggunaan bahasa dalam karya sastera berbeza dengan karya bukan sastera.
Bahasa yang digunakan dalam karya sastera lebih kompleks dan puitis bagi menarik
perhatian pembaca membaca dan menghayatinya.
Sastera pula sebagai karya seni mempunyai empat ciri iaitu keutuhan, keseimbangan,
keselarasan dan penekanan. Dari segi keutuhan, setiap bahagian dalam karya sastera
merujuk kepada usaha untuk mengungkapkan isi hati pengkarya. Dari segi keseimbangan
pula, unsur-unsur karya sastera sangat baik dari segi ukuran atau pemberatannya.
Seterusya, keselarasan sastera merujuk kepada unsur dalam karya yang menjadi asas bagi
mengukuhkan unsur lain dan bukan mengganggu atau mengaburkannya. Selain itu,
penekanan terhadap unsur penting bagi mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur
yang kurang penting (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar, Hassan, & Awang, 2022).
13
JKA/Jun2019
3.0 FUNGSI SASTERA MELAYU
Kesusasteraan Melayu telah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Kewujudan sastera
Melayu itu juga memperlihatkan segala gambaran keindahan yang menarik. Keindahan itu
terlihat pada gaya bahasa, struktur cerita dan peranan yang didukung oleh sastera itu sendiri.
Melalui cerita-cerita sedemikian, kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini dapat
diperhatikan. Perkembangan budaya melalui perubahan zaman telah membentuk tamadun
manusia dari satu era ke era yang lain. Perkembangan budaya masa kini diasaskan oleh
budaya silam. Manusia sentiasa maju ke hadapan (Musa, 2019). Fungsi sastera Melayu
mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai
kemajuan bagi menangani kemaslahatan hidup. Sehubungan ini, pemikiran dalam sastera
Melayu dapat membentuk sosialisasi masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang dimaksudkan
itu masih utuh dan murni walaupun diletakkan pada mana-mana zaman yang berubah.
3.1 ALAT PENDIDIKAN
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, fungsi kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat
pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah
yang ditulis oleh mereka. Kisah-kisah tersebut di dalamnya merangkumi pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama (Abd. Aziz., 2011). Pengalaman mereka
dijadikan prosa atau puisi dengan menggabungkan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu
pengetahuan yang tinggi nilainya. Perkara ini dipetik oleh para pembaca maka berlaku
pendidikan secara tidak langsung. Konklusinya, kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk
pendidikan buat masyarakat.
Di Negara kita Malaysia Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan
sejak tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya
menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan, kewarganegaraan, menanamperasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam
satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya pendidikan
Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu
mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.
Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam
kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina “modal insan‟ yang
merupakan harapan pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan bangsa seperti robot yang
14
JKA/Jun2019
tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Apa
yang dapat dilihat hari ini, ramai masyarakat bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi
tetapi sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri dan
mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti di atas, merupakan
manusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat daripada itu, berlakunya masalah
seperti rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam dan
manyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan
sebenarnya terkandung dalam sastera.
Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagai satu cabang ilmu
dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagaidisiplin ilmu sejajar dengan
konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itudi peringkat pengajian tinggi pelajar
didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah,rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga
diberikan pengetahuan tentangdunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat
pembudayaan bahasaMelayu melalui sistem pendidikan.
3.2 DAKWAH
Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan dakwah iaitu mendorong
manusia untuk berbuat kebajikam dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar, agar
mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang
hendak dikomunkasikan kepada khalayak pembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam
estetika , metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang dada dalam kehidupan. Ia juga
dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi
medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Oleh sebab itu bahasa dakwah
dalam kesusasteraan dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh manusia dalam
jangkauan trensendensi, spiritualitsa dan religiusitas.
15
JKA/Jun2019
3.3 HIBURAN
Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan
yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak
yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar,
unsur kelucuan dan sebagainya (Mat Piah, Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2006).
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima
oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkanHal ini dilihat dalam sebuah pantun lama berbunyi
seperti berikut :
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang
bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan
yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun
disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan
seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi.
Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan
bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar,
Hassan, & Awang, 2022).
16
JKA/Jun2019
3.4 KRITIKAN SOSIAL
Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia
daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan
dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hal
ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh
Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk
karya kreatif yang indah sifatnya.
Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan
dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan.
Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari
menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan
dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej.
Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam
masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas
sebagaimana diamanahkan (Ali, 2018).
Misalnya berhubung konsep perjuang terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan
dengan merujuk dua buah Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini,
pengarang kedua-dua novel menggunakan landasan yang sama iaitu menggunakan watak
dapat di kesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan
dalam karya. Hal ini dikesan dalam contoh petikan di bawah :
“…Dalam hidup ini kita tidak harus terus
di belenggu dengan tekanan yang melulu.
Kita harus berani untuk membebaskan diri
tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi
jangan sampai membelakangi undang-undang.”
(Harga Sebuah Maruah)
Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang
berasaskan pertimbangan akal . Hal ini dapat dikesan melalui frasa “tetapi jangan sampai
membelakangi undang-undang.” Namun dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat
17
JKA/Jun2019
Helmy memperlihatkan perbezaan konsep perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan
berikut;
“… Jangan ada seinci tanah kita
tergadai, biar darah kita kering di badan,
namun sesekali menyerah tidak sama
sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”
(Titisan Darah Terakhir)
Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk
menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan darah. Hal ini
dapat dikesan melalui frasa “biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak
sama sekali” (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar, Hassan, & Awang, 2022).
18
JKA/Jun2019
4.0 MANIFESTI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI
TRADISIONAL
Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran
dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaanya sejak sekian lama
terhasil daripada pengamatan masyarakat dahulu terhadap kejadian alam sekeliling, tingkah
laku, norma hidup, adat dan budaya. Oleh itu, puisi tradisional ini dapat dikatakan sebagai
cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika
berbahasa. Manifesti akal budi terbahagi kepada empat aspek utama iaitu pemikiran,
pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami
sesuatu dengan menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan wajar
bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemudian membuat refleksi dan
metakognisi terhadap proses yang dilalui.
Seterusnya, aspek pertuturan dilihat melalui sifat kesantunan masyarakat Melayu.
Menurut Kamus Dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa atau berbudi pekerti
dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses
komunikasi. Berdasarkan tokoh Bahasa terkenal Awang Sariyan (2007) membuat takrifan
kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi
mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara (Sariyan,
2007).
Selain itu, akal budi masyarakat Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian.
Menurut Kamus Dewan (1984), perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam
kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan sebagai masyarakat yang kaya
dengan tingkah laku, berhemah dan baik. Misalnya, dalam adab melayan tetamu bagi
masyarakat Melayu mereka sangat mengutamakan dan mendahulukan tetamu walaupun
sibuk dengan urusan diri sendiri. Perkara seperti ini dangat jelas dalam seloka popular Mak
Si Randang yang menggambarkan tetamu sangat diberi keutamaan.
Akhir sekali, akal budi masyarakat Melayu melalui gaya hidup. Menurut sumber Kamus
Dewan (1984), gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individua tau kumpulan
menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah, sederhana dan sebagainya. Manakala
kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup (Kamus Dewan, 1984). Dalam konteks
gaya hidup ini akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama serta
kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.
19
JKA/Jun2019
4.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN
Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan. Pantun
merupakan manifesti terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun kita dapat
mengkaji sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan
falsafah hidup yang mereka anuti ((Ungku), 2011).
Contoh pantun:
Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang,
Puas sudah menanam ubi,
Emas juga dipandang orang.
Aspek pemikiran pantun itu dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi
bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Buah nanas berbau
harum dan berwarna kuning apabila masak. Nanas cuba dibandingkan dengan emas yang
akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada
ubi.yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri
sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi
dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak
istimewa segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang
yang berbudi dan merendah diri.
Ketinggian akal budi dalam pantun itu jelas cara nasihat disampaikan agar masyarakat
memandang tinggi akan nilai budi sekiranya dibandingkan nilai budi itu lebih tinggi berbanding
emas tetapi pemahaman konsep itu dijelmakan dalam pembayang yang membuat bandingan
antara nanas dan ubi. Nanas ialah makanan ringan yang bersifat pencuci mulut dan bukan
makanan ruji seperti ubi. Tetapi nanas mempunyai tarikan dalam aspek warna dan rasanya
yang manis. Namun dalam konteks keperluan hidup tentulah ubi lebih bermanfaat berbanding
nanas. Begitulah diumpamakan antara emas dan budi .
20
JKA/Jun2019
4.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985) syair dikatakan
berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk
syair dalam kesusasteraan Arab. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu
istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-
mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat
Piah,1989). Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan
dikembangkan oleh hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama
Islam (Rahmat, Zainuddin, Abu Bakar, Hassan, & Awang, 2022).
Seperti juga pantun, syair ialah karya kreatif lisan genre puisi tradisional. Pada awalnya
digunakan secara meluas di Nusantara untuk menyebarkan ajaran tasawuf (sufi) selain
bertujuan untuk bercerita. Hamzah fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai dilahirkan
pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Hasil karya beliau yang paling
popular ialah ‘Syair Perahu’ yang banyak membawa pemikiran agama iaitu lebih kepada
ajaran tasawuf. Contoh Syair Perahu:
Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah I’tikaf di perbetul sesudah.
(Rangkap 1)
Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair bertujuan untuk
membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat.
Selain itu, penyair menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi membetulkan iman. Hanya
melalui iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita berjaya di
dunia dan di akhirat.
21
JKA/Jun2019
Wahai muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke ahirat jua kekal diammu.
(Rangkap 2)
Dalam rangkap kedua ini, penyair meminta kita mengenali diri sendiri. Apabila sudah
mengenal hakikat diri, barulah kita dapat mengenali Allah yang mencipta kita. Selain itu,
penyair mengibaratkan kehidupan manusia sama seperti sebuah perahu. Kita terpaksa
melayari kehidupan dunia yang sementara ini penuh dengan pelbagai ujian seperti perahu
yang dipukul gelombang.
Tujuan tamsilan ini mengharapkan kita bersedia menghadapi ujian dunia yang bersifat
sementara. Jika kita berjaya mengharungi ujian ini, kita akan dapat berlabuh dengan selamat
di pulau idaman, iaitu tempat yang kekal selama-lamanya dalam syurga Allah.
22
JKA/Jun2019
4.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai berkembang di alam Melayu semasa
kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara. Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000
rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam
bentuk seloka (Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, 1989). Seloka bagai satu bentuk puisi
tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Seloka lebih kepada
pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan,
ejekan dan sindiran. Kebanyakkan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap dan binaannya mirip kepada bentuk pantun atau syair. Walaupun begitu, terdapat
juga seloka dalam bentuk bebas dan setiap barisnya mengandungi maksud. Menurut Harun
Mat Piah (1989), seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas tanpa mempunyai bentuk
tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dan irama.
Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir
yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat. Cerita Pak Pandir merupakan salah satu bentuk
Sastera Rakyat dan merujuk kepada seorang lelaki yang Bernama Pak Pandir yang
mempunyai sifat lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala
perbuatannya yang bendul. Kisah cerita ini berkaitan dengan segala peristiwa dan kejadian
yang menimpa watak Pak Pandir dan keluarganya. Cerita Pak Pandir telah dimasukkan ke
dalam buku bertajuk “Cherita Jenaka” yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat
popular yang lain. Contoh seloka Pandai Pak Pandir:
Anak dipijak dagang dijinjing 23
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
JKA/Jun2019
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Seloka Pandai Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit unsur
sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang dikatakan
mempunyai sifat-sifat yang negatif. Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan
sindiran dalam seloka. Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang
Melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib
baik.
Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir
individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana
merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah mendahului keluarga
terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri disebabkan tiada talian
darah. Buktinya Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan
menyakitinya sebagaimana dalam frasa ‘anak dipijak’. Manakala pihak yang tiada kaitan
dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana dalam frasa ‘dagang dijinjing’.
24
JKA/Jun2019
4.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM
Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua
baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran. Manakala, (Za'ba, 1965) menjelaskan
gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau rangkapnya. Isinya
mengandung fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan dinyanyikan. Gurindam
berasal dari bahasa Tamil ‘iradam’, ‘kirandam’ yang dimaksudkan sebagai puisi secara
terbuka dan mengutarakan idea yang saling lengkap melengkapi serta merupakan petua,
nasihat atau pengajaran. Gurindam terdiri dua baris serangkap dan rima akhirnya ialah a,a.
Jika disebut kedua baris jadi ayat majmuk; jika dipisah ayat pertama jadi sebab dan ayat
kedua jadi akibat. Contoh akal budi masyarakat Melayu dalam Gurindam Pasal Pertama:
Gurindam Dua Belas
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.
25
JKA/Jun2019
Akal budi pada fasal satu ini pengarang menjelaskan kepada pembaca bahwa apabila
hidup tidak mengenal agama yakni Tuhan, maka hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal
ini menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Manakala,
mengenal yang empat berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan
hakikat. Apabila seseorang telah mengenal yang empat ini maka kehidupan akan semakin
terang tanpa ada sedikit rasa was-was.
Selain itu, apabila mengenal Allah, seseorang itu perlu melaksanakan perintah Allah dan
menjauhi larangan-Nya kerana Allah menciptakan dunia sebagai tempat mengumpul pahala
supaya dapat ke syurga-Nya. Namun ramai yang terperdaya dengan nikmat dunia. Hakikat,
sebagai hamba kita perlu mengenal tujuan hidup. Hidup di dunia ini hanyalah sesaat
sedangkan tempat kembali yang kekal ialah alam akhirat.
Dalam kehidupan di dunia kita mesti mengetahui hakikat diri kita sebagai hamba. Sesiapa
yang mengetahui dirinya serba kekurangan tentu sahaja seseorang itu memerlukan Allah
yang maha berkuasa dalam menentukan kehidupan di dunia dan seterusnya membawa
kejayaan di akhirat. Justeru, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan godaan dunia.
Hakikat sebenar kehidupan di dunia adalah sebagai jambatan kehidupan ke akhirat yang
kekal buat selama-lamanya.
Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan
pemikiran dalam puisi tersebut. Umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang
tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah menurut (Sikana, 1986) ialah
suatu kesenian berfikir secara waras, bernas dan mendalam. Selain itu, karya sastera yang
dihasilkan membicarakan tentang subjek secara artistic dan estetik, maka di situlah
tersimpannya mutiara falsafahnya. Tuntasnya, falsafah bermaksud memikirkan sesuatu
dengan sangat mendalam dan membincangkan sesuatu perkara secara terperinci untuk
mendapatkan jawapan yang benar dan sebenar terhadap sesuatu perkara.
26
JKA/Jun2019
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, orang Melayu mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri.
Keunikan dan kekuatan ini telah membawa kepada perkembangan budaya dan
kesusasteraan Melayu. Budaya dan kesusasteraan Melayu amat dipengaruhi oleh faktor
luaran dan diserap ke dalam amalan budaya dan pencapaian sastera masyarakat Melayu.
Kemegahan budaya masyarakat Melayu menjadikan kesusasteraan Melayu kreativiti, indah
dan harmoni. Rasionalnya, masyarakat Melayu dinasihatkan supaya terus menjaga dan
memelihara warisan budaya dan kesusasteraan Melayu agar warisan Melayu “tidak lapuk
ditimpa hujan dan tidak lapuk di tengah panas”.
27
JKA/Jun2019
RUJUKAN
(Ungku), A. A. (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd. Aziz., S. H. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ali, A. H. (2018). Kesusateraan Melayu dalam Pendidikan dan Kritikan. Penerbitan Persatuan
Penulis Budiman Malaysia.
Danziger, M., & Johnson, W. (1983). Pengenalan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hassan, Z. (2012). Puisi Melayu Tradisional: pantun,syair,gurindam,seloka. Selangor: Pekan
Ilmu Publication Sdn. Bhd .
Ketiga, K. D. (1984). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Piah, H. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Piah, H. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Musa, M. F. (2019). Bijak budaya Melayu. Singapura: Kementerian Pendidikan .
Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Selangor: Pustaka Al-Ehsan Sdn. Bhd.
Sariyan, A. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sikana, M. (1986). Kritik Sastera: Pendekatan dan Kaedah. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Za'ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
28
JKA/Jun2019