The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUUR RIFHAN BINTI MOHD KHALID
D20201094829

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d094829, 2021-05-21 16:16:05

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH

NUUR RIFHAN BINTI MOHD KHALID
D20201094829

Apabila berhadapan dengan seorang pegawai dalam bangunan ( bilik pejabat dan
seumpamanya ) hendaklah ahli pangkat rendah itu memberi hormat .

Kesalahan biasa ;
1. Tidak menunaikan tanggungjawab memberi hormat yang diwajibkan .
2. Memberi tabik ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap.

Tidak memakai pakaian seragam yang lengkap atau memakai pakaian awam
Pada bila-bila masa pun ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap anggota pangkat
rendah itu hendaklah memberi hormat dengan keadaan sedia.

KAWAD TONGKAT

Permulaan
a. Memegang tongkat dalam keadaan rusuk.

Tentukan tongkat di atas jari telunjuk dengan jari-jari lain menggenggam kepala tongkat,
hujung tongkat menghala ke atas dan rapat pada tangan di sebelah dalam .

b. Memegang tongkat dalam keadaan bimbit.

Tentukan pegang di tengah - tengah tongkat dengan tiga jari sebelah bawah, ibu jari di sebelah
dalam dan anak jari di sebelah atas menghala ke dalam, hujung tongkat menghala ke hadapan
dan tongkat sama paras dengan bumi.

Pelajaran 1
Sedia (pertunjukan dan penerangan )
Kedudukan anggota sama seperti kedudukan sedia yang biasa dengan tangan kanan pegang
tongkat dalam keadaan rusuk dan tentukan tongkat rapat dihadapan dengan bahu .

Pelajaran 2
Senang Diri (pertunjukan dan penerangan )
Pergerakan kaki seperti biasa dengan masa yang sama bawa kedua - dua tangan kebelakang
dengan tangan kanan terletak diatas tapak tangan kiri jari - jari digenggam rapat hujung tongkat
rapat dihadapan bahu kanan.

Pelajaran 3
Rehatkan diri ( pertunjukan dan penerangan ) 1-2-3 rehat
Hanya dengan bilangan tiga saat lembutkan pinggang keatas pandang 30 meter kehadapan
tongkat tidak berubah dan apabila dapat hukuman sehingga mendapat hukuman yang lain.

Pelajaran 4
Sedia daripada senang diri ( Penerangan dan pertujukan )
Angkat kaki kanan ke hadapan bengkokkan lutut dan hentak di sebelah kaki kiri dalam masa
yang sama bawa kedua-dua tangan dan tongkat sampai dalam kedudukan sedia yang betul.

Pelajaran 5
Kepit tongkat dari rusuk tongkat ( 2 Pergerakan)
1. Latihan tongkat dengan nombor KEPIT TONGKAT SATU. Dengan kepantasan tangan
kanan bawa tongkat ke ketiak kiri hujung tongkat ke belakang dalam masa yang sama angkat
sedikit tangan kiri untuk membolehkan tongkat dibawa ke ketiak dan terus kepit tongkat,
tangan kanan masih memegang kepala tongkat.

2. Skuad Dua. Dengan pantas bawa tangan kanan ke rusuk kanan.
3.Dengan pantas tangan kanan tangkap kepala tongkat ke kedudukan tongkat dan anggota lain
tidak berubah.

Pelajaran 6
Bimbit tongkat dari rusuk tongkat ( 2 Pergerakan )
Latihan tongkat dengan nombor
“Bimbit tongkat satu” dengan pantas bawa tangan kiri ke hadapan dan tangkap di tengah-
tengah tongkat, tangan paras dengan bumi, rapat pada badan, dalam masa yang sama lepaskan
pegangan tangan kanan dan tangkap di tengah-tengah tongkat di bawah pegangan tangan kiri
atau siku ke belakang tongkat rapat pada rusuk kanan, hujung tongkat tegak ke atas. Skuad dua.
Dengan pantas bawa tangan kanan ke rusuk kiri.

Pelajaran 7
Kepit tongkat dari bimbit ( 2 Pergerakan )
Latihan tongkat dengan nombor - kepit tongkat 1 . Dengan kekuatan tangan kanan bawa
tongkat pada kepitan ketiak dalam masa yang sama tangan kiri angkat sedikit untuk
membolehkan tongkat dikepit , tentukan tongkat sama paras.Skuad dua. Dengan pantas bawa
tangan kanan ke rusuk kanan.

Pelajaran 8
Bimbit tongkat dari kepit tongkat ( 2 Pergerakan)
Latihan tongkat dengan nombor- bimbit tongkat satu. Dengan kekuatan tangan kanan bawa
tongkat tegak dan rapat dirusuk kanan dengan pantas, lepaskan pegangan tangan kanan dan
tangkap kepala tongkat dengan masa yang sama tangan kiri melintang di hadapan badan dan
tangkap di tengah-tengah tongkat tangan kiri sama paras dengan bumi dan rapat pada badan.
Skuad dua.

Dengan pantas bawa tangan kiri ke rusuk kiri.

Pelajaran 9
Jalan dan berhenti dalam rusuk ( pertunjukan dan penerangan )
Apabila mendapat hukuman cepat jalan dengan pantas langkah kaki kanan sejauh 30 inci dan
pacak tumit dalam masa yang sama lenggang tangan kiri ke hadapan seberapa yang boleh
tentukan tongkat rapat dengan tangan dan terus berjalan biasa 120 langkah seminit. Apabila
mendapat hukuman berhenti, berhenti seperti biasa dengan betul.
Peringatan:
Pergerakan ini dilakukan apabila berjalan dalam jarak dekat sahaja

Pelajaran 10
Berjalan tongkat dalam keadaan bimbit dari rusuk tongkat dan berhenti tongkat sampai
kedudukan rusuk tongkat ( Pertunjukan dan penerangan)
1. Apabila dapat hukuman "cepat jalan " langkah kaki kanan sejauh 30 inci pacak tumit dalam
masa yang sama buat pergerakan pertama bimbit tongkat dari rusuk. Dengan tidak mengubah
kedudukan tongkat dan kedua-dua tangan langkahkan kaki kiri sejauh 30 inci pacak tumit
(berteriak ”check” ).
Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci pacak tumit dengan masa yang sama bawa
tongkat ke kedudukan bimbit dan bawa tangan kiri ke rusuk kiri ke hadapan sejauh 30 inci
pacakkan tumit ( berteriak diam). Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacakkan
tumit dengan masa yang sama lenggang tangan kiri ke belakang dan tongkat ke hadapan dan
terus berjalan 120 langkah satu minit.
2. Apabila dapat hukuman berhenti seperti biasa dengan betul dan buat pergerakan rusuk
tongkat dari bimbit dengan membilang masa 40 pergerakan seminit.

INGATAN: Kalau dalam berjalan tongkat dalam keadaan bimbit dan hendak ke belakang
apabila "check potong" bawa tongkat tegak ke hadapan bahu kanan siku rapat pada rusuk dan

apabila maju kaki kanan, bawa tongkat turun dan majukan kaki lenggang tongkat ke hadapan
dan seterusnya.

Pelajaran 11
Berjalan - tongkat dalam keadaan bimbit dari kepit tongkat sampai kedudukan kepit semua (
pertunjukan dan penerangan )
1.Apabila mendapat hukuman cepat jalan langkahkan kaki kanan sejauh 30 '' pacak tumit
kedudukan tongkat tidak berubaah (berteriak tangkap diam ), langkah kaki kiri kehadapan
sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama bawa tongkat dalam kedudukan membawa
tangan kiri rapat maju kaki kanan ke hadapan dengan masa lengang tangan kiri ke belakang
dan tongkat ke hadapan seberapa yang boleh dan terus berjalan 120 langkah seminit.
2. Apabila dapat hukuman " henti ". Berhenti seperti biasa dengan betul dan buat dua
pergerakan kepit tongkat dari bimbit dengan membilang masa 40 pergerakan seminit.

Ingatan:
Pergerakan ini boleh dilakukan berjalan dari keadaan rusuk tongkat. Apabila berhenti sampai
dalam kedudukan kepit tongkat. selalunya dilakukan semasa pergi berjumpa dengan pegawai
dengan tujuan hendak memberi hormat dahulu bercakap tongkat mesti dalam keadaan kepit.

Pelajaran 12
Hadapan hormat masa berhenti sama ada, tongkat dari rusuk atau bimbit . ( 6 penggerakan )
'Hormat dengan nombor -Kehadapan hormat satu ' dengan pantas bawa tongkat ke kepitan
ketiak kiri ,tangan kiri rapat di rusuk kiri manakala tongkat menghala ke hadapan .
Skuad dua .
Dengan pantas bawa tangan kanan merusuk kanan .
Skuad tiga .

Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan tangan kiri bawa tangan kanan ke rusuk tangan
.
Skuad empat .
Dengan tidah mengubah kedudukan tongkat dan tangan kiri bawa tangan kanan kerusuk kanan
.
Skuad lima .
Dengan pantas tangan kanan tangkap ditengah - tengah tongkat (jika hendak pergi bimbit ) atau
kepala tongkat (jika hendak pergi rusuk ) .
Skuad enam .
Dengan pantas bawa tongkat sampai kedudukan bimbit tongkat atau rusuk tongkat yang betul.

Pelajaran 13
Hadapan hormat masa cepat jalan
Apabila dapat hukuman ' hormat, hormat ke hadapan hormat' , hukuman diberi sama seperti
hukuman berhenti dan lakukan pergerakan berhenti dengan betul dan lakukan pergerakan kepit
tongkat kemudian berhenti 2 kali, apabila bawa (potong ) tangan kanan kedudukan sedia dari
hormat yang kedua tangan kiri dengan pantas tangkap bahagian kepala tongkat empat jari
disebelah luar ibu jari disebelah dalam.kemudian pusingkan kebelakang membuat pergerakan
ini membilang masa 40 pergerakan seminit, langkahkan kaki ke hadapan tangan kanan tangkap
pada tongkat pada masa yang sama bawa tangan kiri ke kedudukan sedia .

Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan tangan kirti langkahkan kaki kanan ke
hadapan sejauh 30 " pacak tumit. ( berteriak diam ).
Langkahkan kaki kiri ke hadapan dengan masa yang sama bawa tongkat ke pada bimbit atau
kepit .
Dengan tidak mengubah kedudukan tongkat dan tangan kiri, langkahkan kaki kiri ke hadapan
sejauh 30" pacak tumit masa yang sama lenggangkan kedua-dua tangan ( berteriak lenggang )

Ingatan:
Boleh dilakukan tongkat dalam keadaan bimbit atau rusuk.

Pelajaran 14
Bersurai dan keluar baris ( Pertunjukan dan penerangan )
Tongkat dalam rusuk .
a. tidak ada pegawai :
pusing kekanan dengan betul dan terus berjalan 3 langkah baru bersurai dari barisan .
b. ada pegawai :
Pusing kekanan kedua buat pergerakan kepit tongkat dan hormat bawa (potong ) tangan ke
kedudukan sedia .Maju kaki kiri tangan kanan dengan pantas tangkap tongkat dan seterusnya
buat seperti pelajaran 10 para D ( b )
c.Bersama kumpulan senjata : Pusing ke kanan dengan masa yang sama bawa tongkat kepada
kepit ke ketiak kiri , hentak kaki .......
masa yang sama bawa ( potong ) tangan kanan sampai ke kedudukan sedia dan seterusnya buat
seperti pergerakan para ( A & B ) di atas.

Pelajaran 15
Hormat ke kanan / kiri masa cepat jalan ( 9 Pergerakan )
1. 'Hormat dengan nombor ke kanan / ke kiri hormat satu '.Hukuman diberi diatas kaki kiri
sampai kebumi,langkah kaki kanan kehadapan sejauh 30 '' pacak tumit dengan masa yang sama
bawa kedua - dua tangan rapat ke peha dan tongkat masih bimbit . ( berteriak check ) langkah
kaki kiri kehadapan sejauh 30'' pacak tumit dengan masa yang sama dengan pantas bawa
tongkat,kepada kedudukan kepit sebelah kiri ( berteriak kepit ).
2. Skuad dua. Langkah kaki kanan kehadapan sejauh 30'' pacak tumit anggota lain tidak
berubah ( berteriak cek ) langkah kaki kehadapan sejauh 30'' pacak tumit dengan masa yang
sama bawa tangan kanan ke kedudukan sedia berteriak ( potong ) .

3. Skuad tiga. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit anggota lain tidak
berubah ( berteriak check ) dan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit masa yang
sama pusingkan kepala ke kiri /ke kanan 90 darjah dengan pantas bawa tangan kanan sampai
ke kedudukan hormat yang betul (berteriak hormat ).
4. Skuad empat. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30'' pacak tumit dan langkah kaki kiri
ke hadapan 30'' pacak tumit, kedudukan hormat tidak berubah ( berteriak 4-5 )
5. Skuad enam . Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang
sama pusingkan kepala ke hadapan dan dengan pantas bawa tangan ke kedudukan sedia. (
berteriak potong )
6. Skuad tujuh. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit dengan masa yang sama
tangan kanan tangkap di tengah-tengah bahagian tongkat tentukan tangan dan siku tangan
kanan rapat pada badan ( berteriak tangkap).
7 Skuad lapan. Langkah kaki kanan.......... tumit anggota lain tidak berubah ( berteriak check )
dan langkahkan lagi kaki kiri 30 " ke hadapan pacak tumit masa yang sama dengan pantas
tangan kanan bawa tongkat ke rusuk kanan tongkat dalam keadaan bimbit ( berteriak turun)
8. Skuad sembilan. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit, anggota lain tidak
berubah ( berteriak check ) dan langkah lagi kaki ke hadapan sejauh 30 " pacak tumit pada
masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tongkat sama rata dengan tali pinggang
dan tangan kiri ke belakang terus berjalan ( berteriak lenggang ).

Kesalahan - kesalahan biasa:
1.Tidak meletak tongkat dengan mendaftar di bawah ketiak .
2.Tidak menggenggam pada tempat timbangan selepas memberi hormat .

Pelajaran 16
Kalih tongkat dari rusuk untuk doa selamat dan memberi 3 kali ...... ( 2 pergerakan )
a.Kalih tongkat dengan nombor
Skuad satu

Apabila mendapat hukuman kalih tongkat dengan tangan kanan bawa tongkat ke tengah -
tengah badan dengan masa yang sama tangan kiri tangkap tongkat dengan dua jari di bawah,
ibu jari di depan dan anak-anak jari di dalam.
Skuad dua
Dengan pantas tangan kanan lepaskan tongkat tarik ke sebelah jahitan seluar di sebelah kanan,
dan pada masa yang sama tangan kiri bawa tongkat ke sebelah rusuk kiri, lain-lain anggota
diam.

Pelajaran 17
Kalih tongkat daripada doa selamat/ 3 kali sorak ( 2 pergerakan )
Kalih tongkat dari doa selamat / 3 kali sorak sama dengan pelajaran 17 cuma berlainan tangan.

Pelajaran 18
Baring tongkat dari rusuk ( 3 pergerakan)
A. Baring tongkat dengan nombor
Skuad satu,
Dengan pantas tangan kiri tangkap di tengah-tengah tongkat, siku rapat pada badan dengan
masa yang sama tangan kanan tangkap di tengah-tengah tongkat di bawah tangan kiri siku
kanan bengkok ke belakang.

BAHAGIAN 5

PERKARA-PERKARA LAIN
Keterangan di bawah ini ialah untuk kegunaan kepada jurulatih-jurulatih.
Keterangan itu hendaklah dijalankan dengan cara " Soal jawab" ketika skuad itu sedang
rehatkan diri .

Lagu kebangsaaan
Pegawai/Kadet yang memakai pakaian seragam yang tidak di bawah perintah ketua / pegawai
yang sedang kawat hendaklah berdiri dalam keadaan sedia semasa lagu kebangsaan/negeri
dinyanyikan.
Sekiranya memakai pakaian awam hendaklah sedia. Seorang pegawai atau ketua yang menjaga
sesuatu kumpulan yang sedang berjalan hendaklah memberhentikan kumpulan itu dan berada
dalam kedudukan sedia.

Menerima Hormat
Pegawai-pegawai hendaklah membalas hormat itu dengan penuh hormat. Jika ada lebih
daripada seorang pegawai , maka pegawai yang kanan sekali membalas hormat.

Peringatan Semasa Memberi Tabik Hormat :
Tabik Hormat diberi ketika berdiri sedia dan berjalan sahaja.

Catatan - Perbarisan
1) Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut kesesuaian tempat.
i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja
” Hormat ke hadapan hormat ”
ii) Lagu
iii) Lapor
” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll .................. Perbarisan sempena .......................terdiri
daripada ........................... pegawai dan ......................... lain-lain pangkat siap untuk upacara
perasmian/penutup/diperiksa dll.
iv) Periksa barisan ( jika ada )
v) Doa

vi) Ucapan dll.
v) Lapor selesai perbarisan
” Baris.....Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan hormat.
” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon kebenaran meneruskan tugas yang lain.
Terima kasih tuan.
Catatan :
Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip kawad.

6.0 PETA DAN KOMPAS

➢ PETA

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari
udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala,
petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang
tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Kegunaan peta ialah merancang aktiviti atau pergerakan dan melaksanakan aktiviti atau
pergerakan.
Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan antaranya adalah :-

✓ Peta topo
✓ Peta panduan jalanraya
✓ Peta khusus
✓ Atlas
✓ Peta imejan satelit
✓ Peta orienteering

Kandungan Peta Orieentaring
▪ Tajuk peta
▪ Arah Utara
▪ Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
▪ Petunjuk peta

▪ Garisan melaras utara-selatan
▪ Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.

Cara mendapatkan peta
✓ Dokumen yang dikelas sebagai “terhad”
✓ Boleh dimiliki dengan kebenaran pihak berkuasa
✓ Permohonan jabatan kerajaan melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri dengan
mengisi Borang PPNM-A (81)
✓ Borang PPNM 1 jika permohonan dari pihak awam dan badan-badan berkanun.

➢ KOMPAS

Kompas merupakan alat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain
dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan
pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik
keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini
mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan
untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

Kegunaan Kompas
▪ Menentukan arah perjalanan
▪ Menyelaraskan peta
▪ Mengira jarak jauh
▪ Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
▪ Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

✓ Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia
bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus. Lebih pentingkan
kemahiran membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat
tambahan kepada peta.

Jenis Kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi.
Antaranya:-
❑ Kompas Tentera
❑ Kompas Orienteering
❑ Kompas Marin
❑ Kompas Kiblat
❑ Kompas Digital

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya protector
compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.

Jenis kompas Kegunaan

Kompas jangka sudut (protector compass) ✓ Digunakan oleh orang baru yang
Kompas ibu jari (Thumb Compass) menceburi dalam bidang sukan ini.

✓ Kompas ini mempunyai jarum
magnetic, perumah yang boleh
dilaras, skala pengukuran jauh dan
jarum penunjuk arah.

✓ Ibu jari dilekatkan pada kompas
bersama dengan peta.

✓ Kompas dan peta digunakan sebagai
satu unit.

✓ Jarum bermagnet dan boleh
mengukur skala tetapi tidak

mempunyai perumah yang boleh
berputar dan dapat kurangkan
kesilapan.

✓ Ada perumah tetap dan jarum
magnetik.

✓ diklipkan bersama peta dan kompas
dan peta digunakan sebagai satu unit.

Clip Compass

Cara Penjagaan Kompas

Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik.
Ia mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu
akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak
menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti
dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar
suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.

7.0 ORIEENTERING

Maksud orieentering
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan
mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu
titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah
ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan
antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara Orienteering mencari harta
karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan
disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Sejarah dan perkembangan

Sejarah permulaan
• Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
• Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang
lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa
Orienteering”.
• Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-

✓ Memerlukan daya ketahanan.
✓ Stamina.
✓ Kecekapan berlari.
✓ Kekuatan mental.
✓ Penggunaan skil navigasi dalam bentuk muka bumi yang lebih

mencabar.

• IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
• Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-

World Orienteering Championships (WOC)
World Cup (WC)
Junior World Orienteering Championships (JWOC)
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas

• Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days)
yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.

Perkembangan di Malaysia

• Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.

• Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.

• Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA)
pada tahun 1986.

• Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam
tahun 1988.

• Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.

• Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.

• Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah
Persekutuan dalam tahun 1996.

• MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

Kaedah dan jenis-jenis orieentering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara
Malaysia, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya:
1. Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

❖ Objektif orienteering jenis ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan mental dan
fizikal dalam menentukan haluan terbaik menuju ke stesen semasa merentasi haluan
yang dilalui dengan berpandukan peta dan kompas.

❖ Aktiviti orienteering jenis ini dikendalikan oleh penyelaras yang akan menentukan
haluan yang sesuai dengan adanya beberapa penanda tempat yang sedia ada atau yang
direka oleh manusia.

❖ Peserta akan memilih 5 hingga 12 tempat yang berbeza aras kesukaran dan
kedudukannya, sebagai contoh pada ketinggian 300 – 1500 kaki atau 100 – 500 meter,
membentuk bulatan sebesar 1.5 -2.5 batu panjang atau 2.5 -4 km bagi peserta yang lebih
muda dan peserta yang pertama kali menyertai aktiviti ini dan 8-10 batu atau 12 – 16
km bagi peserta elit.

❖ Para peserta akan dilepaskan di kawasan permulaan secara bergilir-gilir dan dibekalkan
dengan sebuah peta kawasan yang akan dilalui dan deskripsi lokasi stesen.

❖ Para peserta akan mencari stesen mengikut susunan dalam peta masing-masing tetapi
harus ditentukan sendiri setiap kali peserta tiba di satu stesen.

❖ Peserta akan menandakan simbol-simbol stesen yang telah dilalui pada atau dalam kad
masing-masing sebagai bukti telah melalui kawasan tersebut.

2. Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) .

❖ Orienteering Bermarkah adalah bertujuan untuk menguji kebolehan peserta merancang
suatu siri laluan dengan mengambil kira masa perjalanan dan menguji kemahiran
orienteering secara umum.

❖ Orientering Bermarkah berbeza dengan Orieteering Merentas Desa kerana kedudukan
stesen terletak secara rawak dan peserta tidak perlu melalui setiap stesen mengikut
urutan atau susunan dalam peta.

❖ Setiap stesen diberikan nilai skor tertentu. Stesen yang jauh atau yang paling sukar
ditemui diberi skor tertinggi iaitu 30 – 50 markah atau mata manakala stesen yang
terdekat dengan kawasan permulaan atau yang mudah ditemui diberi mata atau markah
5 – 20 mata.

❖ Kedudukan stesen-stesen adalah tidak disusun dalam kedudukan teratur,setengah
stesen boleh dilalui secara rawak. Stesen-stesen terletak dalam lingkungan 1 batu
daripada kawasan permulaan dan penamat atau lebih kurang 3 batu persegi.

❖ Setiap peserta berusaha untuk mendapatkan skor tertinggi dalam masa yang
diperuntukkan. Ini dilakukan dengan melalui seberapa banyak stesen yang mungkin
dan mendapatkan simbol daripada stesen yang tercatat pada kad laluan sebagai bukti
bahawa mereka telah sampai ke stesen itu.

❖ Jika masa melebihi had yang ditentukan, para peserta akan didenda dengan cara
memotong markah atau skor yang sudah diperoleh. Potongan mata adalah satu atau dua
mata seminit bagi masa yang melebihi had.

❖ Orienteering jenis ini sangat sesuai untuk persaingan kumpulan. Setiap kumpulan
boleh dikendalikan dalam cara yang berbeza.Kaedah pertama,setiap ahli kumpulan
boleh bergerak bebas.

❖ Setiap peserta boleh menentukan stesen yang hendak dituju,laluan mana yang perlu
dilalui dan bagaimana hendak melakukan tugas itu secara sendirian.

3. Mapfaring atau map Hiking

❖ Orienteering jenis ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada individu yang tidak
berminat bersaing untuk melakukan aktiviti luar atau orienteering dalam keadaan yang
menyeronokkan.

❖ Bentuk orienteering ini adalah dikhususukan sesuai untuk keluarga yang mempunyai
anak-anak kecil. Orienteering jenis ini menyediakan peserta dengan cabaran tambahan
melebihi kehendak utama dalam ‘hiking dan memberi kepuasan apabila mereka berjaya
melepasi stesen-stesen sepanjang perjalanan.

❖ Peserta yang mengambil bahagian dalam acara seumpama ini, akan diberikan sebuah
peta utama kawasan dengan arah dan titik utama disertakan.

❖ Mereka kemudian akan mengikuti arah dengan kepantasan mereka sendiri,berhenti
untuk menikmati keindahan kawasan persekitaran, apabila mereka ingin berbuat
demikian.

4. Preset – Course Oreinteering

❖ Orienteering jenis ini, adalah yang lebih berbentuk santai jika dibandingkan dengan
point –to – point. Sebenarnya orineteering jenis ini lebih banyak digunakan sebagai
acara latihan kelab.

❖ Preset orienteering juga boleh digunakan untuk menguji pelbagai kemahiran dalam
aktiviti luar yang tidak dikaitkan terus kepada penggunaan peta dan kompas seperti
dalam Projek Orienteering atau untuk menambahkan keseronokkan Cross Country
Skiing seperti dalam Ski Orienteering.

5. Line Orienteering

❖ Orienteering jenis ini bertujuan untuk menguji keupayaan mengikuti arah yang
dinyatakan dalam peta asal berpandukan peta dan kompas.

❖ Penyelaras akan melaksanakan tugas sama seperti dalam acara Cross – Country
Orientering. Mereka akan memilih laluan yang sesuai dan memilih 5 hingga 12 titik
kawalan yang membentuk arah bulatan,tetapi panjangnya hanya kira-kira 2 – 4 batu.

❖ Di garisan permulaan, para peserta dibekalkan dengan peta kawasan dan bermula pada
masa jeda di kawasan jeda di kawasan peta utama. Seboleh-bolehnya para peserta akan
dilepaskan dalam jangka waktu 3 atau4 atau 5 minit bergantung kepada bilangan
peserta yang mengambil bahagian.

❖ Di kawasan peta utama,para peserta menyalin di atas peta mereka sendiri arah yang
perlu diikuti dan kemudian berlepas mengikut arah tersebut dengan menggunakan peta
dan kompas.

❖ Biasanya mata ditentukan untuk memenangi orienteering jenis ini,tetapi peruntukan
had masa untuk menyempurnakan perlumbaan ini patut diumumkan terlebih dahulu.

8.0 SENI PERKHEMAHAN

ASAS DAN MOTIF PERKHEMAHAN DIADAKAN:
▪ Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
▪ Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
▪ Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jika
perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
▪ Peluang kepada ahli untuk naik pangkat jika perkhemahan itu merupakan kem
pertauliahan.
PERATURAN - PERATURAN PERKHEMAHAN:
➢ Ikut arahan ketua dan pegawai perkhemahan
➢ Peralatan perkhemahan mestilah disusun rapi
➢ Menepati waktu & bekerja sama
➢ Melaporkan kejadian tidak diingini kpd pegawai bertugas
➢ Sentiasa menjaga keselamatan diri dan orang lain

Komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah ialah;
- Tiang rangka
- Pancang
- Flysheet
- Khemah
- Beg khemah
- Tali

Syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan
- Bentuk muka bumi dan salirannya
- Jenis tanah
- Iklim semulajadi
- Jenis tumbuhan (tumbuhan yang reput)
- Kemudahan asas seperti sungai, tandas, dan makanan
- Keselamatan

PENYEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN

✓ Pagar & pintu utama
✓ Dapur
✓ Khemah urusetia
✓ Kawasan arena
✓ Tempat makan, solat dan tempat rawatan
✓ Tandas
✓ Lubang sampah
✓ Ampaian

Perancangan & Pelaksanaan

1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH

a) Rekreasi - mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur.

b) Khusus - kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap
kemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana ‘back woods’
( ala hutan ).

c) Pengembaraan ekspedisi - berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam
perjalanan jauh untuk tujuan berehat / perancangan baru.

d) Misteri - siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan
panduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya.

e) Penyelidikan - membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangka
masa yang lama di sesuatu lokasi.

f) Ikhtiar hidup ( survival ) - untuk tujuan yang lebih khusus - biasanya untuk
pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari
dan membina semangat serta ketahanan diri.

2. PERANCANGAN

Membuat kertas kerja (organisasi / bajet / kos / logistik).
Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
Senarai petugas / Jadual bertugas.

Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
Pengisian aktiviti
Senarai pegawai & peserta
Atur cara program:

a) Pelan A
b) Pelan B
Makan minum (Kaedah )
Pengangkutan peserta (persendirian atau berkumpulan)
Peralatan perhubungan ‘radio komunikasi’.
Mengambil insurans tambahan (jika difikirkan perlu ).

3. PEMILIHAN LOKASI
Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.

4. MEMPEROLEHI KEBENARAN

Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada pengetua.

Peralatan Perkhemahan

1. Peralatan untuk perkhemahan perlu disediakan lebih awal lagi.
2. Ringan dan kepadatan alat-alatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan bahan
mustahak dan bahan yang digunakan untuk mendirikan khemah.
3. Memilih peralatan yang serbaguna, murah dan baik, senang dibawa ke sana kemari dan tahan
lasak
4. Minimakan kebergantungan terhadap peralatan yang sedia ada, gunakan pelbagai altenitif
untuk menyelesaikan masalah.
5. Memeriksa keadaan peralatan sebelum perkhemahan. Sediakan satu borang senarai semak
peralatan.
6. Peralatan individu juga perlu diperiksa. Satu senarai semak perlu diwujudkan untuk
membantu para peserta perkhemahan untuk mengenalpasti barangan serta peralatan asas yang
perlu dibawa semasa perkhemahan.

KRAF PERKHEMAHAN

Kraf perkhemahan adalah kemahiran asas yang harus dipelajari untuk menghadapi cabaran
alam semulajadi dalam kegiatan luar.

Pengetahuan dalam kraf perkhemahan penting dan seseorang dapat melakukan aktiviti
pengembaraan dan perkhemahan.

Jenis-jenis kraf perkhemahan:
-Fire craft -Ropes craft -Woodcraft -Tool craft -Khemah -Shelter (tempat berteduh).

Fire craft
▪ Api penting digunakan dalam kehidupan seharian.

▪ Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan,
keselesaan, memasak dan sebagainya.

▪ Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam,
merosakkan dahan dan akar pokok.

Jenis-jenis kraf api:

- Hunter’s Fire - Teepee Fire
- Reflector Fire - Log Cabin Fire
- Star Fire - Council Fire

FIRE CRAFT PENERANGAN
Hunter’s Fire • Kayu digunakan sebagai tungku untuk

Reflector Fire memasak oleh sebab disusun rapat.
• Kayu juga menjadi sebagai bahan bakar.
Star Fire
• Dapat menghalakan haba ke satu arah
seperti bagi memanaskan badan.

• Boleh digunakan untuk memanggang.

• Dibolehkan untuk menggunakan kayu yang
berbeza panjang dan saiz.

Teepee Fire • Walaupun sukar untuk didirikan kerana
Log Cabin Fire perlu susun dan seimbangkan kayu, Teepee
fire paling sesuai dan mudah untuk
digunakan.

• Senang dan mudah didirikan kerana ia
sangat stabil.

• Api hanya membakar pada bahagian dalam.

Council Fire • Lebih dikenali sebagai api piramid kerana
bentuknya seperti piramid.

• Sangat stabil, mudah membakar dan mudah
dinyalakan.

9.0 IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR

➢ DEFINISI IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar
hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Ikhtiar hidup juga merupakan salah satu aktiviti yang
terdapat di dalam pendidikan luar.
Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
Ia adalah masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh
seseorang.

➢ DEFINISI PENDIDIKAN LUAR
Menurut Hammerman (1985) menyatakan pendidikan luar sebagai landasan untuk
mengenalpasti penglaman yang boleh dipraktikan dalam situasi harian. Walaubagaimanapun,
Ford (1981) menyatakan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan
persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan P&P dalam kurikulum sedia ada.

TUJUAN IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar hidup mesti dipelajari supaya dapat terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.
Antara tujuannya adalah:

✓ Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di
hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.

✓ Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,
tempat perlindungan dan punca-punca air.

✓ Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani
ikhtiar hidup.

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara
terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan
rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
llmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat
dalam kegiatan luar.

Prinsip Ikhtiar Hidup:

➢ Keselamatan
➢ Usaha
➢ Kawalan diri
➢ Kerjasama

1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.
Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan
contohnya makan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau
tidak kerana anda terlalu lapar.

2. Usaha
Pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi
masalah yang dihadapi.Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap
yang tidak membantu.Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa
menjejaskan keselamatan anda.Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang
seseorang itu untuk mengharungi situasi ikhtiar hidup mereka. Kebolehan mereka ganti
(improvisation) amatlah membantu.

3. Kawalan Diri
Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat
memberikan keputusan yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan
akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar
hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting.
Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.

Peraturan asas ikhtiar hidup
Jimatkan Tenaga
o Rancang pergerakkan terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan
yang senang dilalui digunakan selalu.
o Elakkan bergerak pada waktu malam.
o Elakkan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak penting.
Sediakan alat-alat Ikhtiar Hidup
o Perubatan (Panadol, Ubat gatal, Antibiotik, Plaster dan
Pembalut, Ubat luka.
o Makanan (Gandum/Milo,glukose,Bungkusan Gula/Garam dan
Pil-pil Vitamin.
Dapatkan rehat yang cukup

Terdapat 5 perkara asas untuk meneruskan hidup iaitu:

Tempat berteduh
• Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
• Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
• Dibina sendiri
• Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah:
• berdekatan dengan punca air
• mudah untuk membuat unggun api
• Mudah untuk mencari makanan

Air
• Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air.
• Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa. Tapi
akan lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.
• Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam, pening dan
boleh menyebabkan kematian.
• Air yang bersih boleh didapati pada air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih
dan dalam tumbuhan adalah selamat diminum. Air yang didapati dari tasik, kolam,
paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Makanan
• manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makanan
• untuk mendapatkan makanan, seseorang boleh menangkap ikan, menghasilkan
perangkap binatang dan cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
• serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging lembu
• serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan ialah serangga bersengat, berbulu dan
berwarna terang, berbau keras, labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan
lalat

Kemahiran Memasak Tanpa Alat

Memasak nasi menggunakan buluh
Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi. Teknik yang digunakan sama seperti
memasak lemang. Seruas buluh dipotong dan dibersihkan. Ambil daun pisang muda dan
gulungkan lalu masukkan ke dalam ruas buluh, Kemudian masukkan beras dan air ke dalam
ruas buluh tersebut.Semasa memasak , tutup lubang buluh dengan menggunakan daun. Setelah
air menjadi kering, kayu api perlu disuraikan bagi mengelakkan nasi menjadi hangus.

Nasi juga boleh dimasak menggunakan ruas buluh yang diletakkan secara melintang. Tebukan
satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang.Bersihkan buluh tersebut sebelum

diiisikan dengan beras.Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air bagi mengelakkan nasi
menjadi keras atau sebaliknya.

Memasak Nasi dengan menggunakan daun pisang atau menggunakan skaf

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan rendamkan beras terlebih dahulu.Jika telah kembang
bungkuskan beras tersebut dengan daun.Kemudian ikatkan dengan ketat. Beras yang telah siap
dibungkus bolehlah direbus menggunakan buluh atau bekas lain. Sementara itu teknik
memasak menggunakan skaf atau kain ialah dengan cara membungkuskan beras yang telah
direndam tadi. Kemudian basahkan kain / skaf tersebut sebelum ditanam. Buatkan lubang yang
tidak berapa dalam sekadar menimbus skaf tersebut. Kemudian pasangkan api di atasnya.
Adalah baik jika di masak di atasnya terdapat bara api yang kuat.

Memasak telur dalam keledek atau ubi kentang

Potong sebiji ubi keledek atau ubi kentang yang lonjong kepada dua bahagian, kemudian korek
sebahagian isi di dalamnya. Masukkan telur ke dalam ubi tersebut dan tangkupkan dengan
sebatang kayu halus. Kemudian mesukkan ubi ke dalam lubang yang ditutup dengan penutup
tin biskut yang mempunyai arang bakar di atasnya.

Memasak telur menggunakan batang pisang

Batang pisang boleh digunakan untuk merebus telur. Potong batang pisang dan buangkan
bahagian dalamnya. Lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal.
Masukkan telur ke dalam batang pisang tersebut dan tangkupkan kedua-dua batang pisang
tersebut. Kemudian ikatkan dengan tali yang mengambil masa yang lama untuk terbakar.

Menggoreng telur di atas batu

Panaskan sebiji batu yang agak besar. Apabila telah cukup panas kuiskan batu tersebut ke tepi.
Ambil daun pisang atau daun hutan yang boleh digunakan untuk memasak dan letakkan di atas
batu yang sedang panas lalu pecahkan telur di atas daun pisang tersebut. Dalam beberapa minit
sahaja telur tersebut akan menjadi masak. Dan hasilnya pasti memuaskan.

Memasak telur di dalam tanah atau disalut dengan tanah liat

Telur yang telah disalut dengan tanah liat di masukkan ke dalam api atau bara api yang masih
kuat.Apabila tanah liat telah kering, satu letupan kecil akan kedengaran untuk menandakan
telur tersebut telah masak. Selain itu kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan membuat
lubang kecil pada tanah dan masukkan telur tersebut. Tutupkan lubang tersebut dengan
tanah.Kemudian pasangkan api di atasnya.

Nyalaan api

• Nyalaan api sangat penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan
bila berada dalam suhu yang sejuk dan mengelakkan dari binatang buas.

• cara untuk membuat nyalaan api:
1. pilih satu tempat yang selamat

2. himpunkan bahan bakar
3. longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat
4. hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan diatas longgokan bahan bakar
5. biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai bahan bakar, tunggu sehingga

bahan bakar membara
6. apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan bakar yang lain dan

anginkan sedikit sehinnga ianya betul-betul mengeluarkan api.letakkan ranting dan
daun kering
7. kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi air atau cermin

Perangkap binatang
Perangkap terbahagi kepada dua:
i. Perangkap berumpan

✓ kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan
umpan

✓ Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya
masuk ke dalam perangkap

✓ Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi
binatang tersebut.

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan
✓ Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian
binatang

✓ Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan
perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan
atau minum

✓ Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang,
kijang,landak,rusa dan sebagainya.

10.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR ( KITAR SEMULA)

ALAM SEKITAR
Alam sekitar bermaksud faktor fizikal di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, bunyi,
bau, rasa, tumbuhan, haiwan, serta nilai estetika. Merupakan habitat segala hidupan termasuk
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Merupakan sumber makanan kepada hidupan.

KITAR SEMULA
Kitar semula bahan-bahan buangan seperti kertas, tin, kaca, surat khabar dan sebagainya adalah
salah satu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Di Malaysia, pendidikan alam sekitar
boleh diperoleh sama ada melalui pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Ianya
merupakan aktiviti sepanjang hayat.

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
➢ Membantu masyarakat dalam menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar
➢ Menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam membantu mengatasi isu alam sekitar.
➢ Membentuk masyarakat yang peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar.

OBJEKTIF

➢ Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar.
➢ Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada

kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia
sejagat.
➢ Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah
memelihara alam sekitar sebagai khazanah tuhan kepada manusia.

Kepentingan Amalan Kitar Semula
Persekitaran Lebih Sihat

 Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
 Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.
 Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti

tikus dan gagak.
 Melalui kitar semula, dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya

mengawal penyakit daripada merebak.

Selamatkan Sumber Hutan
 Kitar semula untuk menyelamatkan hutan.
 Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.
 Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.

Kurang Pencemaran
 Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
 Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika.
 Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA?
Kitar semula bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran alam dan malah dapat
menstabilkan ekosistem dan memelihara sumber alam semulajadi seperti flora dan fauna,
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Reduce (Kurangkan)
Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan
jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan
penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-
barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.

Reuse (Guna Semula)
Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat demikian
penjanaan sisa dan pembuangannya dapat dikurangkan.
AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN:

Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah.
kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng.
Kayu lama dikitar semula sebagai bahan kraftangan.
Tayar lama boleh dijadikan sebagai tempat untuk menanam pokok.

Recycle (Kitar Semula)
"Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh
yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita
mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi
atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan
kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang
mencadangkan satu kitaran yang berterusan

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN:
Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok. Mengkompos, iaitu proses
pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja.
Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat
kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan
meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

CARA-CARA UNTUK KITAR SEMULA
Kitar semula mengikut jenis barang
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan
lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula
tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semula
Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar
semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk
mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan
toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan

Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan
kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Jenis bahan Penerangan
1. Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna
2. Kaca ataupun yang tidak berwarna, seperti surat
3. Logam khabar lama, majalah lama, buku, katalog,
risalah, kalendar, kad, sampul surat dan
4. Plastik kotak boleh dikitar semula.

Semua jenis kaca termasuklah botol
minuman, bekas makanan, botol vitamin dan
bekas kosmetik.

Semua jenis barang yang diperbuat daripada
aluminium seperti tin-tin minuman boleh
dikitar semula. Aluminium dan tin minuman,
foil aluminium dan bahan logam lain adalah
sedia untuk dikitar semula.

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik
dari supermarkat, botol minuman plastik,
botol air mineral dan bekas makanan yang
diperbuat daripada plastik.

11.0 AKTIVITI AIR

Keyakinan di air ( water confidence)
Latihan keyakinan dalam air atau water confidence merupakan salah satu aktiviti dalam modul
latihan fizikal untuk ahli kadet. Latihan apungan ini boleh dilakukan sama ada di laut, kolam
renang, jeram atau sungai.

Tujuan
✓ Untuk meningkatkan keyakinan diri kumpulan sasaran ketika berada dalam air.
✓ Memberikan kefahaman akan pengurusan risiko apabila terpaksa berhadapan dengan
situasi dalam air.
✓ Mendedahkan kepada kumpulan sasaran mengenai teknik menyelamat dalam air jika
berlaku kecemasan ketika berekreasi atau di lapangan kelak.
✓ Membangun kemahiran akuatik asas tanpa bantuan jurulatih dan orang sekeliling.

Matlamat
✓ Latihan ini dapat memberikan kesan yang sangat baik kepada pasukan.
✓ Dapat meningkatkan kekuatan, kemahiran, motivasi dan semangat kesukanan.
✓ Membina semangat berpasukan dan berkerjasama dalam satu kumpulan.

Peralatan Yang Digunakan
➢ Tali keselamatan
➢ Sarung tangan.
➢ Jaket keselamatan.
➢ Bot keselamatan.
➢ Peti Pertolongan Kecemasan
➢ Kayak beserta dayung.

Pelaksanaan Aktiviti
(sebelum)

 Taklimat peralatan dan keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan.
 Melakukan aktiviti pemanasan badan agar dapat menegangkan otot.

(Semasa)
 Wajib patuhi arahan daripada jurulatih.
 Berdisiplin sepanjang latihan.
 Utamakan keselamatan semasa aktiviti dijalankan.

(Selepas)
 Melakukan regangan badan
 Kemas peralatan yang telah digunakan dan simpan di tempat selamat.

Keselamatan semasa berada di air
Keselamatan di dalam air merupakan pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan
berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting ketika menjalankan aktiviti
dalam air.
Kaedah bantu seperti kaedah CPR adalah kaedah yang terbaik untuk memberi bantuan awal
sekiranya ada individu yang lemas dalam air.

▪ Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya
badan berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan
tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di
dalam air.

▪ Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.

▪ Sekiranya berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari
kolam.

▪ Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang.
▪ Sentiasa mematuhi arahan daripada jurulatih.

Latihan asas berenang
Setiap ahli perlu mempelajari asas berenang. Ini supaya ketika berlaku perkara-perkara yang
tidak diingini semasa melakukan aktiviti air seperti sampan karam, ahli dapat menyelamatkan
diri daripada bahaya dan lemas. Antara latihan asas berenang ialah:

1. Pakaian yang sesuai
Bagi yang mahu belajar berenang, dapatkan pakaian yang bersesuaian. Memakai pakaian
sesuai memudahkan seseorang untuk melakukan aktiviti renang.

2. Belajar buat bubble
✓ Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi iaitu bernafas

dalam air. Caranya adalah sebelum masuk ke dalam air, pastikan telah mengambil
oksigen dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secara sekata selama 3 kali.
✓ Untuk kali ke 4 lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskan badan. Jika berjaya,
badan akan terasa seperti terapung kerana dengan bubble tersebut membantu untuk
terapung di air.

3. Melonggarkan tangan dan kaki.
Tenangkan badan supaya badan tidak keras dan tenggelam dalam air. Sambil itu boleh kayuh
kaki dengan lembut dan lurus.

4. Mengambil nafas
Ambil nafas selepas berjaya terapung. Ia bagi memastikan dapat mengawal stamina dan dapat
melakukan renangan yang jauh.

5. Kayuhan kaki dan tangan
Kawalan kayuhan kaki dan tangan semasa berenang agar sekata. Kalau sebelah lebih, laluan
renangan akan terpesong dari haluannya.

Teknik asas di dalam air
1. Apungan
2. Apungan lentang
3. Apungan meniarap
4. Apungan campang(sculling)
5. Kuak dan pernafasan
6. Gaya bebas
7. Kuak lentang asas
8. Kuak gaya bebas
9. Tendang gunting
10. Gaya sisi

Latihan berkayak
Persediaan sebelum berkayak
(peserta)

Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai untuk berkayak.Gunakan pakaian yang
cerah seperti warna kuning, oren atau merah kerana mudah dilihat / atau dikesan di
laut.Gunakan baju lengan panjang dan berkasut sewaktu berkayak.Adakan pedoman
dan tentukan haluan.

Peserta mesti memakai jaket keselamatan sepanjang masa samada mereka tahu atau
tidak tahu berenang.

Peserta tidak dibenarkan berkayak berseorangan.Setiap pergerakan hendaklah
mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.

Peserta tidak di benarkan memakai kasut yang berat dan pakaian yang berat dan
sendat yang menyukarkan pergerakan badan.

Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat.

Setiap peserta perlu ada wisel.

Gunakan sarung tangan jika perlu.

Sebelum memulakan aktiviti, semua peserta perlu membuat “warming up”
Botol air dan lain-lain keperluan perlu diikat pada kayak.

(Peralatan)
Kayak dan alat kelengkapan seperti paddle, jaket keselamatan dan sebagainya
hendaklah berada dalam keadaan baik dan boleh di gunakan.

Kayak hendaklah di lengkapi dengan beg-beg “buoyancy” atau “built in
buoyancy”.Kayak hendaklah diperiksa untuk memastikan yang ianya tidak bocor.

Kadar bilangan antara kayak dengan peserta hendaklah mengikut kadar yang telah
ditetapkan.

‘Repair Kit ‘ dan alat ganti hendaklah di bawa bersama-sama semasa aktiviti kayak.
Pastikan tali ‘ toggle ‘ ada pada kayak.

Jenis-jenis kayak Otterspot Slalom
Mandesta (V)

Bahagian bawah iaitu hull Bahagian bawah perahu Bahagian bawah dan atas

berbentuk V berbentuk U dan rata perahu ini berbentuk O atau

bulat.

Mudah memotong air dan Stabil dan sesuai untuk orang Perahu jenis ini selalu

gerak dengan laju pada garis yang baru belajar mendayuh digunakan di arus deras.

lurus Bentuknya memudahkan

untuk melakukan Teknik

Eskimo Roll.

Perlukan keseimbangan Pergerakan lambat sehingga - Digunakan dalam keadaan

tinggi dan biasa diguna untuk mudah memindahkan haluan arus yang selok belok. Kayak

pertandingan depan ini berbentuk pendek

dihadapan dan panjang serta

lebih kembung di bahagian

belakang.

- Panjang Kayak ini ialah 6

meter dan berbentuk tajam

dibahagian hadapan dan

kestabilan yang tinggi

Anatomi Kayak

Anatomi Pendayung


Click to View FlipBook Version