UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEBANGSAAN
SK SUNGAI BUMBUN (A)
TAHUN 2022
Perasmian Oleh
Puan Nor Aidah binti Baba
Guru Besar
K Sungai Bumbun (A)
1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Salam sejahtera dan salam Kemerdekaan
kepada semua warga SK Sg Bumbun (A).
Yang berusaha, Encik Sharulazam bin
Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum;
Yang dihormati, Encik Noor Hisham bin Ibrahim,
Penolong Kanan Pentadbiran;
Yang dihormati, Encik Abdullah Patoni bin
Hassim, Penolong Hal Ehwal Murid;
Yang berusaha, Encik Kajapati a/l Mutty selaku
Penyelaras Program;
YDP PIBG, Encik Mohd Sazali bin Hassan, AJK
Pelaksana, Guru-guru, ibubapa, dan murid-murid
yang dikasihi.
2
Terlebih dahulu, izinkan saya meluahkan
rasa gembira dan bersyukur kerana pada
hari ini kita dapat bersama-sama dalam
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah bagi Tahun 2022.
Untuk makluman para hadirin, Program ini
adalah dirancang selaras dengan aspirasi
negara iaitu membentuk rakyat Malaysia yang
menghargai nilai kemerdekaan.
Para hadiran sekalian,
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih
sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2022 selari dengan konsep
keharmonian Keluarga Malaysia.
3
Ia diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan
Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji
Annuar Haji Musa pada 1 Julai 20202.
Logo yang diperkenalkan
pula adalah berbentuk hati
dengan warna Jalur
Gemilang yang
melambangkan keprihatinan
kerajaan terhadap rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Pemilihan
warna dan logo mengambil inspirasi daripada
warna jalur gemilang iaitu Kuning, Merah, Biru
dan Putih.
4
Logo Hari Merdeka 2022 di mana elemen
‘TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING’
melambangkan cerminan Keluarga Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar
budaya serta hidup harmoni.
‘TITIK MERAH’ pula melambangkan
jati diri dan semangat patriotik yang
menjadi teras pembentukan negara berdaulat
dan berwawasan.
‘KEDUDUKAN YANG
BERSELANG-SELI’
melambangkan keterbukaan
dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian
demi kemajuan bersama.
5
‘KELUARGA
MALAYSIA’ memberi
perlambangan kepada masyarakat hidup aman
damai dan bersatu padu dalam
keterangkuman, kebersamaan dan
kesyukuran.
‘TEGUH’ bermaksud
kukuh, kuat dan erat
‘BERSAMA’ pula membawa maksud bersama-
sama beserta atau bergandingan.
Maka TEGUH BERSAMA membawa maksud
Kekuatan dan Kesepaduan dicapai secara
kolektif serta mampan.
6
Logo tahun 2022 berkonsepkan jalur
liputan Internet melambangkan pembangunan
infrastruktur, sistem komunikasi serta
pendigitalan yang semakin maju dan
berkembang untuk kemudahan rakyat.
Ia juga melambangkan kebersamaan,
komited untuk terus maju ke hadapan serta
keberadaan teknologi terkini yang menjadi
penghubung kehidupan ekonomi rakyat.
Warga sekolah yang dirahmati Allah,
Besarlah harapan saya agar kita semua dapat
menghayati tema Hari Kebangsaan Malaysia
yang ke 65 ini.
7
Marilah kita bersama-sama bangga
menjadi warganegara Malaysia dengan
menterjemahkannya dalam kehidupan harian.
Apabila Konsep Sekolahku SEJAHTERA
dilancarkan pada 21 Februari 2022 oleh
Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin,
harapan tinggi diletakkan kepada sekolah
untuk menerapkan 14 elemen nilai kehidupan.
Konsep dirangka berteraskan prinsip dan
hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang
selamat, aman, selesa, menggembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat.
8
Apa yang penting adalah untuk guru serta
masyarakat bersama-sama menerapkan
konsep ini dalam diri generasi pewaris negara
supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat
di hati mereka.
Secara asasnya, elemen SEJAHTERA
perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan
sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga
sekolah. Dengan ini, kita akan dapat
melahirkan generasi masa depan yang
berkeperibadian unggul dan mampu bersaing
di peringkat dunia.
9
Hasil usaha yang konsisten, kita
berdoa agar tema ‘Keluarga Malaysia
Teguh Bersama’ dapat direalisasikan.
Kita berdoa agar anak-anak SK Sungai
Bumbun (A) dapat mengikut julat masa
sejajar dengan konsep keharmonian
Keluarga Malaysia.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan
syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Pelaksana Majlis
Pelancaran Bulan Kebangsaan SK
Sungai Bumbun (A) bagi Tahun 2022 ini.
10
Semoga apa yang diwartakan di dalam
Pelan Strategik Organisasi (PSO) Sekolah
dapat diterjemahkan dengan perlaksanaan
program yang terancang dan sistematik.
Syabas dan Tahniah sekali lagi.
Mat Kilau pahlawan terbilang;
Menentang Inggeris bukan kepalang;
Rakyat sepakat Negara Cemerlang;
Ayuh kibarkan jalur gemilang.
Akhir kata, dengan lafaz
Bismillahirohmanirrahim, saya Guru Besar SK
Sg Bumbun (A) dengan sukacitanya
merasmikan Majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi tahun
2022
11
Sekian Terima kasih.
Disediakan oleh
Puan Nor Aidah binti Baba
Guru Besar
SK Sungai Bumbun (A)
1.8.2022
12