ORIENTASI PELAJAR BARU DAN MAJLIS PENERANGAN KONSEP TABIKA SESI 2024/2025 TARIKH: 07/03/2024 (KHAMIS) MASA: 8.30 PAGI – 12.00 TGH TEMPAT: TABIKA KEMAS TAMAN KOSAS
MAKLUMAT KAKITANGAN GURU @ PENDIDIK MASYARAKAT KELAS A (PAGI) NAMA : RIZANA BINTI ABDULLAH • 2001 mula mengajar di Tabika KEMAS. • Mempunyai Diploma Perguruan Malaysia Pengkhususan Prasekolah GURU @ PENDIDIK MASYARAKAT KELAS B (PETANG) NAMA : SITI NUR ASYIKIN BINTI ABD MANAP • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan PPMS @ PEMBANTU TABIKA KELAS A (PAGI) NAMA : MARLIANA BINTI MASRI 2018 mula berkhidmat sebagai PPMS PPMS @ PEMBANTU TABIKA KELAS B (PETANG) NAMA : ASMAA BINTI MOHD NASRI KELANCARAN PROGRAM DI TABIKA, GURU DAN PPMS DIBANTU OLEH AHLI JAWATANKUASA YANG DILANTIK Pengerusi: En Mohd Antoni bin Chik Naib Pengerusi : En Zainuddin bin Muhiddin Dan Ahli Jawatankuasa
MASA PERSEKOLAHAN •Waktu kelas: Sesi Pagi - 7.45 pagi – 12.00 tengahari Sesi Petang – 12.15 – 4.30 petang • Sila patuhi masa hantar dan ambil anak-anak. •Tiada khidmat penjagaan anak selepas waktu kelas. • Susunan aktiviti dan masa adalah fleksible. • Waktu belajar adalah tidak kurang dari 4 jam. PAKAIAN •Murid-murid mestilah berpakaian mengikut jadual yang ditetapkan: ISNIN & RABU: Uniform TABIKA, tudung , Stoking dan kasut hitam. SELASA, KHAMIS: Baju t’shirt sukan dan tudung (bagi perempuan) HARI JUMAAT : Baju uniform hari Jumaat + (tudung/songkok) (Tidak boleh memakai selipar di TABIKA) • Pemakaian tudung bagi kanak-kanak perempuan adalah wajid bagi mengelakan kemungkinan jangkitan kutu kepala. • Sila ‘LABEL NAMA” pada setiap barang-barang keperluan anak seperti beg sekolah, kasut sekolah, stokin, tudung, baju T-shirt dan Uniform untuk mengelakkan barangan keperluan bertukar dengan murid yang lain. Jika bertukar sukar jadinya. •Sila bawa BAJU TAMBAHAN ANAK yang menutup aurat di dalam beg sekolah mereka SETIAP HARI.
MAKANAN DAN MINUMAN 1. Waktu REHAT sebanyak 2 kali sehari. Sesi Pagi - Sarapan Pagi (7.45 pagi) - Minum Pagi (10.00 pagi) Sesi Petang – Minum Ringan (12.30 tengahari) Makan tengahari (2.30 petang) 2. MENU Makanan yang disediakan adalah mengikut piawaian pemakanan seimbang dan berkhasiat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Minuman susu, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah menu yang wajib untuk anak-anak di TABIKA. Makanan luar tidak dibenarkan. Jika mempunyai masalah kesihatan atau sebaliknya sila beritahu guru beserta surat dari pihak hospital. YURAN SUMBANGAN Pembayaran yuran adalah pada setiap awal bulan bermula Mac 2024- Februari 2025 (sebelum 7hb setiap bulan). Yuran BULANAN RM35.00 Yuran IQRA RM15.00 Jumlah – RM50.00 KEHADIRAN Kehadiran murid adalah WAJIB pada setiap hari (kecuali cuti umum). Ketidakhadiran murid perlulah dimaklumkan kepada guru atau disertakan dengan sijil sakit atau rawatan doktor.
BUKU MASUK DAN KELUAR •Setiap ibu bapa / penjaga perlu mengisi ruang kehadiran berserta tandatangan rekod kehadiran murid setiap kali waktu datang dan waktu pulang. •Tolong maklumkan kepada guru jika anak diambil oleh pengasuh / jiran. KESELAMATAN •Guru dan PPMS akan memastikan keselamatan murid diberi perhatian sepenuhnya sepanjang sesi persekolahan. •Pihak TABIKA tidak boleh dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan selepas jam waktu persekolahan tamat atau selepas guru menyerahkan anak kepada ibu bapa semasa waktu pulang. •Guru tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kekacauan dan isu yang ditimbulkan oleh ibu bapa sehingga mengakibatkan insiden atau ada ibu bapa yang bergaduh di luar kelas berkenaan adab anak masingmasing. •Sebarangan ketidakpuasan hati atau kekeliruan berkenaan pengurusan TABIKA sila berhubung dengan Guru. Tidak perlu melibatkan orang luar. MAKLUMAT DIRI •Ibu Bapa WAJIB memberikan maklumat diri dan anak dengan betul. Jika PALSU, tindakan akan diambil. •Sila maklum jika bertukar nombor telefon. •Jika anak mempunyai masalah kesihatan, sila maklumkan kepada guru dengan kadar segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
BUKU LOG HARIAN •Perlu diisi oleh penjaga yang menghantar anak ke TABIKA pada waktu pagi berdasarkan keadaan kesihatan anak pada hari tersebut. HOMEWORK •HOMEWORK akan diberikan mengikut keadaan. •Mohon kepada ibu bapa untuk memantau Homework yang diberikan dan bukannya ahli keluarga yang menyiapkannya. Galakkan anak untuk mencuba dan menyiapkan tugasan Homework mereka sendiri. •Buku-buku yang dijadikan sebagai HOMEWORK perlu dibuat oleh murid pada helaian yang bertanda sahaja. Helaian yang tidak bertanda tidak perlu diusik. •Mohon ingatkan anak pulangkan semula HOMEWORK pada guru di dalam kelas di waktu pagi apabila hadir ke TABIKA selepas hari berikutnya Homework diberikan. BARANG KEMAS / HIASAN •Murid dilarang memakai barangan kemas, hiasan atau seumpamanya. Jika hilang, guru tidak akan bertanggungjawab sebarang kehilangan tersebut. MUSYKIL / ISU BERBANGKIT •Apa-apa kemusykilan atau isu berbangkit sila rujuk pada guru dan Pembantu Pengurusan Murid.
INFO PENTING *Segala peraturan WAJIB dipatuhi. *Pembelajaran murid berlandaskan Kurikulum prasekolah yang telah dilaksanakan pada tahun 2017. *Kurikulum ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. *Menekankan kemahiran 4M: Membaca, Menulis, Mengira, dan Menaakul. Oleh itu, segala perancangan, aktiviti, latihan, pengajaran dan pembelajaran di Tabika ke arah menguasai kemahiran 4M. APA YANG MURID TABIKA BELAJAR? • Pembelajaran TERAS – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Awal, Sains Awal, Aktiviti Luar, Fizikal dan Main Bebas • Pembelajaran yang disepadukan – Kemanusiaaan, Ketrampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika • Pendekatan yang digunakan – Bertema, Projek dan Berpusat
SUMBER KEWANGAN TABIKA Adalah daripada: TUNTUTAN MAKANAN BASAH DAN KERING Bantuan kewangan yang diberikan oleh KEMAS Negeri. RM3.00 seorang murid sehari x Jumlah Murid x Bilangan sebulan persekolahan (11bulan) BANTUAN GERAN PEKAPITA Bantuan kewangan yang diberikan oleh KEMAS Negeri. RM40.50 seorang murid setahun. Digunakan untuk membeli bahan habis guna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan penyelenggaraan utiliti di TABIKA, SUMBANGAN YURAN BULANAN RM50.00 sebulan daripada ibu bapa murid. (Mohon ibubapa jangan suka menunda pembayaran yuran. Pastikan buat bayaran seperti yang ditetapkan.
PERANCANGAN AKTIVITI 2024/2025 1) Program Keibubapaan 2) Mesyuarat Agong 3) Gotong royong perdana 4) Sesi Bergambar Kelas 5) Lawatan 6) Potensi Outdoor 7) Hari Terbuka Awal dan Akhir bagi perbincangan prestasi anak di TABIKA 8) Sambutan Hari Raya Aidilfitri 9) Sambutan Hari Guru 10) Sambutan Hari Lahir 11) Hari Sukan Negara 12) Sukaneka 13) Sambutan Kemerdekaan 14) Graduasi Parlimen (6Tahun sahaja), Graduasi TABIKA (Semua Murid) 15) Sambutan Maulidurrasul 16) Jamuan akhir tahun
HAL-HAL LAIN *Mohon penglibatan ibu bapa untuk setiap program TABIKA. Jika ibu bapa tidak menyokong, apalah erti program tersebut dilaksanakan. *Mohon latihkan pengurusan diri terhadap anak bermula dari rumah kerana di Tabika proses fokus 4M sahaja dilaksanakan. *Penggunaan tandas, cara memakai pakaian dan penjagaan barangan keperluan diri haruslah dimulakan dari rumah sebelum sesi persekolahan formal pada 11/03/2024 bermula. *Group Whatsupp hanyalah untuk sebaran info penting berkaitan dengan maklumat TABIKA sahaja. Tiada urusan jual beli . *Tindakan keluar dari group atau left group dengan sengaja akan di senaraihitamkan dari dimasukkan semula ke dalam group. *Jika ingin bertanya tentang aktiviti anak boleh bertanya di dalam group whatsapp TABIKA.
• Jika anak terambil barangan kepunyaan TABIKA atau bukan barangan kepunyaan sendiri harap dipulangkan ke TABIKA. •Sekiranya anak tertukar kasut, sila pakai semula kasut tersebut dan pulangkan semula keesokkan harinya. •Sekiranya anak terbuang air kecil atau air besar, ibu bapa akan dipanggil untuk membersihkan anak masing-masing. •Harap guru dan ppms diberikan penghormatan yang sewajarnya daripada semua ibu bapa. Sikap tolak ansur sesama kita amat diperlukan untuk pengekalan ukhuwah di antara kita bersama. • Mohon tidak membawa peralatan alat tulis dari rumah. Jika hilang, guru tidak akan bertanggungjawab.
Tatacara berpakaian Baju Seragam Tabika Baju Sukan Kanak-kanak Lelaki • Baju dimasukkan dalam seluar dengan kemas. • Nametag dijahit pada poket baju. • Berkasut dan berstoking. • Tidak perlu memakai tali pinggang Kanak-kanak Perempuan • Bertudung • Nametag dijahit di sebelah kiri tudung • Berkasut dan berstoking Kanak-kanak Lelaki * Baju dimasukkan dalam seluar dengan kemas. • Berkasut dan berstoking. • Jahit nametag di sebelah kiri baju. Kanak-kanak Perempuan • Bertudung • Baju dimasukkan dalam seluar dengan kemas. • Berkasut dan berstoking • Jahit nametag di sebelah kiri tudung dan baju.