The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Serting Hilir Kompleks 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dell Develyn, 2020-02-26 10:47:45

MAPIBG SKSHK 2020

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Serting Hilir Kompleks 2020

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Agung

PERSATUAN
IBUBAPA & GURU

KALI 25/2020

Disempurnakan Oleh ;
YANG BERUSAHA
TUAN ABDU L RAHMAN BIN RAM LI

PEGAWAI PENYELARAS DUN SERTING

MASA : 2.30 PETANG

1

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Isi Kandungan

Perkara M/S
______________________________________________________________________

PIBG (Rasional, Falsafah, Matlamat, Objektif) 3

Kata Alu-Aluan

 Guru Besar 4
 YDP PIBG 5

Aturcara Majlis 6

Laporan PIBG 2019

 Ahli Jawatan Kuasa PIBG 2019/2020 8
 Program PIBG 2019 9
 Analisa Keputusan UPSR 2019 10
 Pencapaian Kokurikulum 11

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25/2020

 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24/2019 18- 20
 Anggaran Perbelanjaan MAPIBG 2020 19
 Laporan Kewangan PIBG 2020
 Pembentangan Usul 20 - 21
29

Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25/2020 23

Penghargaan & Terima Kasih

2

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

27

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli,
Penyelaras Kawasan Dun Serting
-

Terima Kasih.

27 Februari 2020 (Khamis)

26

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

RASIONAL
Pengurusan Sekolah akan menjadi lebih berkesan
dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan
terancang. Jalinan kerjasama antara pentadbir
sekolah dan peneraju PIBG akan menjayakan
semua warga sekolah dan waris pelajar bagi
membawa kejayaan gemilang kepada sekolah.
Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab
akan memberi impak yang memberansangkan
ke atas kecemerlangan sekolah.

FALSAFAH
PIBG adalah komponen penting dalam merealisasi-
kan wawasan sekolah.

MATLAMAT
Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu dalam
semua program peningkatan sekolah disamping
menyediakan prasarana perhubungan yang
mantap antara waris dan semua peringkat
pengurusan pendidikan

OBJEKTIF
Membantu menggemilangkan ke arah pencapaian
matlamat dan objektif Perancangan Strategik
Sekolah khususnya dalam bidang:

 Kurikulum
 Kokurikulum
 Disiplin
 Bina Insan/Moral
 Keceriaan

Akta Pendidikan 1996
Peraturan-peraturan Pendidikan
(Persatuan Ibubapa & Guru) 1998

3

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Sekapur Sireh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat
bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-25. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda
sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan
membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan
sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.

SK Serting Hilir Kompleks sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada
setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepa-
da warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama.
Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua.
Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting un-
tuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pel-
bagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral
merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah
banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pel-
bagai bidang.

Selain itu Sarana Ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2013-2025 merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan
pihak sekolah. Saya juga menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ter-
tentu supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada
pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah ini.

Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawa-
tankuasa PIBG sesi 2019/2020 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-25 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada
sekolah.

Sekian, terima kasih.

JURAIDA BINTI MAD JANI 4
GURU BESAR
SK SERTING HILIR KOMPLEKS

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Senarai Ajk Pibg 2020/2021

Yang Dipertua : …………………………………………..
Naib YDP : …………………………………………..
Serting Hilir 1 : …………………………………………..
Serting Hilir 2 : …………………………………………..
Serting Hilir 3 : …………………………………………..
Serting Hilir 4 : …………………………………………..
Kakitangan Kilang : .……………………………………..
Ibu bapa PPKI : ...…………………………………...
Pemeriksa Kira-kira : ...………………………………….
Pemeriksa Kira-kira : ……………………………………

Ahli jawatankuasa Guru :
…………………………………………..
…………………………………………..
…………………………………………..
…………………………………………..
…………………………………………..
Pemeriksa Kira-kira Guru: -
…………………………………………..

25

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Jawatankuasa Kerja
Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-25/2020

Penasihat Persiapan Dewan/Protokol
Pn. Juraida Binti Mad Jani En. Kamarubahrin Bin Buang
En. Syamsul Azuan Bin Ahmad Hashim
Pengerusi En. Juzaimi Bin Zakaria
Pn. Siti Meriam Binti Ismail En. Zainal Bin Yahya
En. Muhammad Ruslan Bin Abd Manap
Pengerusi 2
En. Zakaria Bin Abdullah Buku Program
Pn. Dhalia @ Evelyn Binti Lamjin
Timbalan Pengerusi Cik Hajah Mimi Zakila Binti Nordin
Pn. Che Rahimah Binti Che Ibrahim Pn. Asnaliza Binti Asnawi
Pn. Sofina Binti Babu
Naib Pengerusi 1 Pn. Siti Norlaila Binti Abdul Halim
En. Zahari Bin Awang
En. Nasarudin Bin Musa Jamuan
Pn. Norhafizah Binti Hamzah Pn. Izaty Binti Ibrahim
Pn. Siti Haizah Binti Mat Som
Bendahari Pn. Nor Asiah Binti Ramli
En. Aman Shah Bin Mohd Shah
Pendaftaran
Jawatankuasa Sambutan/ Protokol Cik Anis Sofia Binti Abdul Aziz
Pn. Juraida Binti Mad Jani Cik Atiera Raedah Binti Razak
Pn. Siti Meriam Binti Ismail Cik Quzaimah Binti Mustafa
En. Zakaria Bin Abdullahob
En. Zahari Bin Awang Siaraya
En. Kamaruddin Bin Abdul Aziz
Pn. Che Rahimah Binti Che Ibrahim En. Muhd Nasarudin Bin Samsuri
En. Nasarudin Bin Musa
Persembahan (Bacaan Ayat Suci Al-Quran)
Pn. Norhafizah Binti Hamzah Pn. Norselawati Binti Ahmad
AJK PIBG

Publisiti
Ustaz Zahari Bin Ahmad

Hiasan Dewan Hadiah dan Cenderahati
Pn. Amalina Binti Zahidi Baki
Pn. Marlinda Binti Ali
Pn. Suzi Binti Ismail En. Aman Shah Bin Mohd Shah
Pn. Zulaina Binti Johari Cik Syafiqah Binti Ahmad Jumali
Pn. Nur Rahilah Binti Wahap
Pn. Nur Hairunnisa Binti Mahaijan Pn. Nurazimah Binti Ahmad Sobri
Pn. Zamiah Binti Mohd Shahar
Pn. Norsila Binti Saat Pn. Siti Khuzaimah Binti Mohamad Fozi
Pn. Noor Liza Binti Awalludin

Pembaca Doa Pengerusi Majlis
Ustaz Zahari Bin Ahmad
En. Haziq Husaini Bin Anuar
Pn. Siti Norlaila Binti Halim

Perakam Majlis
Pn. Khaleeza Binti Kamsan Pencatat Minit Mesyuarat
En. Aliyes Bin Ahmad

Pn. Norishah Durah Binti Shaari

Pn. Noor Kasmah Binti Abu Kassim

Pn. Nurrul Huda Binti Ali

24 Hajah Saedah Binti Osman

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Seulas Pinang

Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi
yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-25 SK Serting Hilir Kompleks.
Saya amat berbesar hati dan berterima kasïh atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat agung pada
tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan
pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendìdikan demi kecemerlangan
anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik
di sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan
kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Saya percaya kejayaan
sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini adalah usaha gigih pelajar, ibu bapa dan guru-guru secara
bersama dan istiqamah. Kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak.

Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan kepada PIBG dalam
memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk anak-anak kita belajar disekolah ini.
Pemuafakatan, sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan
salah satu kunci kepada kejayaan tersebut.

Ia boleh diterjemahkan melalui penglibatan dalam SARANA Ibubapa khususnya di dalam kelas. Ibubapa
boleh saling bahu-membahu dan mengembleng tenaga dalam menghias dan menambahbaik fasiliti di dalam
kelas anak-anak mereka. Pihak PIBG SK Serting Hilir Kompleks juga bakal menganjurkan Program
Gotong-royong Perdana 2020 pada 10 Mac 2020 (Selasa). Diharapkan, Ibubapa dan penjaga dapat melibat-
kan diri dalam aktiviti sosial yang dirancang seperti ini.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-25 SK Serting Hilir Kompleks. Saya dan seluruh
ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan semua
pihak dalam menjayakan semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG.
Selamat bermesyuarat.

SITI MERIAM BINTI ISMAIL
YDP PIBG
SK SERTING HILIR KOMPLEKS

5

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Atur Cara Majlis

2.30 PETANG
PENDAFTARAN IBUBAPA

3.00 PETANG
KETIBAAN PERASMI JEMPUTAN/VIP

BACAAN DOA
BACAAN HAFAZAN AL-QURAN

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SKSHK
UCAPAN GURU BESAR SKSHK
UCAPAN PERASMIAN OLEH:

YANG BERUSAHA TUAN ABDUL RAHMAN BIN RAMLI
PEGAWAI PENYELARAS DUN SERTING

PENYAMPAIAN ANUGERAH UPSR TERBAIK 2019
PENYAMPAIAN HADIAH AJK PIBG 2019/2020
PENYAMPAIAN CENDERAMATA PERASMI

4.00 PETANG
MINUM PETANG

4.20 PETANG
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020 BERMULA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
UCAPAN YDP PIBG

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 TAHUN 2019
PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN 2019

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2019

PEMBENTANGAN USUL
PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2019/2020

PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021

UCAPAN PENANGGUHAN
CABUTAN BERTUAH

6.00 PETANG
BERSURAI

6

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Ikatan kira-kira Kewangan PIBG
Mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019

BIL PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN BAKI
10043.73 8322.50 31.12.2019
1. BAKI DISEMBER 2018 & 1274.50
KUTIPAN 2019 3291.00 1721.23
(TABUNG PIBG) 3913.37
3049.00 1000.00 274.50
2. BAKI DISEMBER 2018 & 4667.91
KUTIPAN 2019 247.80 3170.00 121.00
(DANA SURAU) 26487.31
3467.00 446.37
3. BAKI DISEMBER 2018 &
KUTIPAN 2019 2112.00 937.00
(SUKAN & KOKO)
3238.00 1429.91
4. BAKI DISEMBER 2018 &
KUTIPAN 2019 247.80 0
(PEPERIKSAAN)
21557.30 4930.01
5. BAKI DISEMBER 2018 &
KUTIPAN 2019
(TABUNG ICT)

6. BAKI DISEMBER 2018 &
KUTIPAN 2019
(KEM BESTARI SOLAT)

7. BAKI DISEMBER 2018 &
KUTIPAN 2019
(DERMA)
JUMLAH

JUMLAH BAKI DI BANK PADA 31.12.2019 RM4930.01

Disediakan Oleh;

(AMAN SHAH BIN MOHD SHAH)
BENDAHARI, PIBG SK SERTING HILIR KOMPLEKS

PENGAKUANPEMERIKSA KIRA-KIRA
Kami telah memeriksa Penyata Kewangan Persatuan ibu Bapa dan Guru SK Serting Hilir Kompleks bermula
1 Januari sehingga 31 Disember 2019

Disemak Oleh;

(HAZIQ HUSAINI BIN ANUAR) (SARIMAH BINTI ABDUL GHANI)
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
23

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Laporan Kewangan
PIBG 2019

BIL PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN BAKI
BAKI DISEMBER 2019` 5284.41

1. KUTIPAN BAYARAN PIBG BULAN JAN-MAC 14914.00

2. KUTIPAN BAYARAN PIBG BULAN APRIL-JUN 1828.00
4460.90
3. KUTIPAN BAYARAN PIBG BULAN JULAI-DIS

4. PERBELANJAAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE 24 1752.00
3134.00
5. TUNTUTAN WANG POKET MURID MEWAKILI SEKOLAH KE
PERINGKAT DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN 270.00
1250.00
6. MESYUARAT PIBG (JAMUAN)
150.00
7. PERBELANJAAN MESYUARAT AGUNG 2019 800.00
350.00
8. HARI KANAK-KANAK 450.00
1000.00
9. MAULIDUR RASUL 1710.00
150.00
10. BUKU RESIT PIBG UNTUK 3 TAHUN 250.00
675.00
11. SUMBANGAN PERKHEMAHAN UNIFORM SEKOLAH 790.00
150.00
12. KECERIAAN SURAU SEKOLAH 408.00
500.00
13. KEM BESTARI SOLAT DAN KEM JAWI 3500.00
720.00
14. SUMBANGAN KECERIAN KELAS 2963.80

15. IHYA RAMADHAN 4.50
580.00
16. SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA MURID

17. PROGRAM ICT SEKOLAH

18. SUMBANGAN TRANSISI TAHUN 1

19. BACAAN YASSIN SEKOLAH & MASJID

20. SUMBANGAN HARI GURU & MAKAN MURID

21. PERBELANJAAN HARI ANUGERAH PELAJAR

22. SET MIKROFON

23. KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN/UJIAN KERTAS A4/UPSR

24. CAJ CEK/BUKU CEK DAN GST

25. LAIN-LAIN

BAKI 31 DISEMBER 2019 26487.31 21557.30 4930.01

22

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Laporan PIBG
2019/2020

7

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Ahli Jawatankuasa
PIBG 2019/2020

PENASIHAT
PUAN JURAIDA BINTI MAD JANI

YANG DIPERTUA
PUAN SITI MERIAM BINTI ISMAIL

NAIB YANG DIPERTUA
ENCIK ZAKARIA BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA
ENCIK MAHATHIR BIN ABU KHALIPAH

BENDAHARI
ENCIK AMAN SHAH BIN MOHD SHAH

AJK IBU BAPA
SERTING HILIR 1 : AZIDAH BINTI ABDUL RAZAK
SERTING HILIR 2 : NAZIR MURAD BIN NORDIN
SERTING HILIR 3 : HASWIRA BIN MOHD HASHIM

SERTING HILIR 4 : RUSLI BIN YAAKOB
KAKITANGAN KILANG : HAMIDAH BINTI JAAFAR

IBU BAPA PPKI : ZAITON BINTI KASIM
PEMERIKSA KIRA-KIRA : SARIMAH BINTI ABDUL GHANI

AJK GURU
HAJAH SAEDAH BINTI OSMAN
PUAN MARLINDA BINTI ALI
ENCIK HAZIQ HUSAINI BIN ANUAR
PUAN ASNALIZA BINTI ASNAWI

PUAN IZATY BINTI IBRAHIM

8

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Anggaran Perbelanjaan
MAPIBG 2020

BIL KEPERLUAN KOS
1 Hiasan dewan/pentas
2 Pengurusan RM 150.00
3 Publisiti banner RM100.00
4 Cenderahati Perasmi dan VIP RM150.00
5 Cenderahati AJK PIBG RM150.00
6 Jamuan ibubapa/penjaga (RM2.50 X 120 orang) RM400.00
RM300.00
7 Jamuan VIP
8 Buku Program RM200.00
RM50.00
9 Runcit RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1550.00

Disediakan oleh ;

(MAHATHIR BIN ABU KHALIPAH)
Setiausaha PIBG,
SK. Serting Hilir Kompleks.

21

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Pencatat Minit Mesyuarat:

.............................................. ...............................................................
(NORSILA BINTI SAAT) (ZAMIAH BINTI MOHD SHAHAR)
PENCATAT 1 PENCATAT 2

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................................... ..........................................................
(MUHAMMAD ASHRAF BIN MALEK) (SITI MERIAM BINTI ISMAIL)

Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan IbuBapa dan Guru 2019/2020, Persatuan IbuBapa dan Guru 2019/2020,
SK Serting Hilir Kompleks. SK Serting Hilir Kompleks.
Disahkan oleh:

...............................................................
(JURAIDA BINTI MAD JANI)

Guru Besar,
SK Serting Hilir Kompleks,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

20

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Program PIBG 2019/2020

NO AKTIVITI BIDANG

1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 Pengurusan
2 Mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2019 Pengurusan

3 Perkhemahan Unit Beruniform Kokurikulum
4 Kejohanan Merentas Desa Kokurikulum
5 Kejohanan Balapan & Padang Kokurikulum
6 Perkhemahan Unit Beruniform Kokurikulum
7 Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Kurikulum
8 Sambutan Bulan Kemerderkaan Kokurikulum
9 Program Anti Dadah
10 Latihan Kebakaran Bersama Jabatan BOMBA HEM
11 Sambutan Hari Guru HEM
12 Sambutan Maulidur Rasul Pengurusan
13 Majlis Bacaan Yassin Perdana & Solat Hajat UPSR Bina Insan
14 Majlis Sambutan Hari Raya Bina Insan
Bina Insan
15 Majlis Iftar
Bina Insan
16 Program Motivasi Tahun 6
Kurikulum
17 Majlis Restu Ilmu
18 Mesyuarat AJK PIBG Kali 2/2019 Bina Insan
19 Gotong Royong Perdana
20 Aktiviti Keceriaan Sekolah Pengurusan
21 Perkampungan UPSR Keceriaan
22 Seminar Teknik Menjawab UPSR Keceriaan
23 Program Cemerlang UPSR Kecemerlangan
24 Hari Sukan Negara Kecemerlangan
25 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 Kecemerlangan
26 Sambutan Hari Kanak-kanak Kokurikulum
27 Majlis Penyampaian Sijil UPSR Kurikulum
28 Mesyuarat AJK PIBG Kali 3/2019
29 Sambutan Bulan Bahasa 2019 HEM
Kurikulum
9 Pengurusan
Kurikulum

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Analisa Keputusan
Upsr 2019

MATA PELAJARAN A BC D A+B+C+D E
BAHASA MELAYU 33.3 21.2 21.2 21.2 97.0 3.0
PEMAHAMAN
BAHASA MELAYU 6.1 15.2 27.3 39.4 87.9 12.1
PENULISAN
BAHASA INGGERIS 0.0 6.1 24.2 39.4 69.7 30.3
PEMAHAMAN
BAHASA INGGERIS 0.0 0.0 12.1 39.4 51.5 48.5
PENULISAN
MATEMATIK 3.0 12.1 12.1 39.4 66.7 33.3
SAINS 3.0 18.2 36.4 42.4 100.0 0.0

JUMLAH CALON : 33 ORANG

PELAJAR CEMERLANG UPSR 2019

BIL NAMA PENCAPAIAN
1. NOR ALEYA BATRISYA BINTI MANSOR 4A 2B

10

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

10.6 Puan Nor Yati binti Saadan memohon pihak sekolah melepaskan murid Tahun 5 pulang sekolah
awal bagi persediaan mereka masuk semula ke sekolah bagi mengikuti sekolah agama petang
terutamanya yang bersekolah agama petang di masjid. Encik Zahari bin Awang memberi respon
berkenaan perkara ini dan menerangkan bahawa waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah
perlu diikut jumlah jam yang mencukupi. Sekiranya murid dilepaskan awal, jumlah jam
pengajaran dan pembelajaran di seolah akan terganggu. Beliau memohon supaya ibubapa dan
penjaga yang menghantar anak-anak ke sekolah agama petang di masjid mengemukan surat
permohonan untuk masuk lewat kepada penyelaras sekolah agama petang.

Tindakan : Makluman dan PIBG

11.BAYARAN SUMBANGAN PIBG SESI 2019/2020

11.1 Senarai cadangan pembayaran sumbangan PIBG dibentangkan oleh Muhammad Ashraf bin Ma-
lek menggantikan Aman Shah bin Mohd Shah selaku bendahari PIBG. Jumlah sumbangan
PIBG untuk sesi 2019/2020 dikekalkan iaitu sebanyak RM 80 bagi satu keluarga.

Cadangan : Aman Shah Bin Mohd Shah
Sokongan : Sebulat suara.

Tindakan : Makluman dan Bendahari PIBG

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa beliau telah memohon dari pegawai penyelaras
DUN Serting untuk membaiki jalan di hadapan tangga hadapan sekolah bagi meluaskan lagi ka-
wasan tersebut bagi memberikan kemudahan kepada murid-murid dan ibubapa pulang dari ske-
olah

Tindakan : Makluman dan Ibu bapa PIBG

13. UCAPAN PENANGGUHAN

13.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga serta semua yang
hadir dengan kerjasama dan sokongan yang telah ibu bapa dan guru berikan sehingga ke
selesainya majlis.

13.2 Encik Zahari bin Awang mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat kali ini di mana kehadiran dilihat amat memuaskan dan pujian daripada pihak Yang
Berusaha Tuan Abdul Mutalib bin Harun wakil Pegawai Penyelaras DUN Serting dan me-
nangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24 tahun 2019 pada jam 5.50 petang.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguh pada jam 5.50 petang.

19

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

9.6 YDP PIBG memaklumkan jawatankuasa yang telah dilantik akan disandang selama 2 tahun
seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini. Semua ahli mesyuarat setuju
sebulat suara.
Tindakan : Makluman dan Guru

10. PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL
10.1 Puan Noor Aini bin Mohd Nasir menyatakan usul yang pertama berkenaan dengan peperiksaan

sekolah. Beliau meminta supaya pihak sekolah melakukan peperiksaan mengikut jadual yang
telah disediakan supaya murid dapat bersedia dan tidak berlaku kejutan perubahan subjek pepe-
riksaan di saat akhir. Encik Zahari Bin Awang (GPK Pentadbiran) memohon maaf atas kesu-
litan tersebut dan menerangkan bahawa kertas peperiksaan terpaksa ditunda kerana kertas ujian
tidak sampai ke sekolah atau tidak cukup untuk diberikan kepada murid. Maka berlakunya pe-
rubahan jadual peperiksaan di saat akhir. Beliau akan memastikan selepas ini tiada lagi masalah
perubahan jadual seperti mana yang telah diusulkan. Manakala usul kedua yang dilontarkan
adalah Puan Noor Aini Binti Mohd Nasir adalah berkenaan dengan persediaan peralatan
pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah. Beliau meminta supaya pihak sekolah
memberitahu murid-murid tentang barangan yang perlu dibawa ke sekolah 2 hari lebih awal
bagi ibubapa dapat menyediakan peralatan untuk dibawa ke sekolah. Encik Zahari Bin Awang
memaklum balas usul berkenaan dengan menyatakan bahawa beliau akan memastikan guru-
guru di sekolah mengambil tindakan untuk memaklumkan kepada murid lebih awal selepas ini
terutamanya peralatan dalam subjek kesenian.
10.2 Encik Azlan bin Rahmat menyatakan usul berkenaan dengan pemberian baju sukan. Beliau
meminta pihak sekolah mempercepatkan pemberian baju sukan kepada murid-murid bagi
kegunaan mereka ke sekolah. Aman Shah bin Mohd Shah menerangkan tentang kelewatan
pemberian baju sukan kepada semua murid. Hal ini disebabkan untuk memastikan saiz dan
kuantiti baju mencukupi. Sekiranya baju yang diterima tidak mencukupi dan tidak sama saiz
akan menyebabkan kerugian kepada pihak ibubapa dan kedai buku sekolah.
10.3 Encik Mohd Salim bin Mohd Isa menyatakan usul berkenaan pemberian wang RM 100. Beliau
meminta pihak sekolah menyemak semula pemberian wang RM 100 kepada murid-murid yang
layak. Hal ini dilihat masih ada ibubapa yang sememangnya layak tetapi tidak tersenarai dalam
penerima bantuan RM 100. Puan Che Rahimah binti Che Ibrahim menerangkan bahawa mereka
yang tidak layak dalam pemberian wang bantuan RM 100 berkenaan disebabkan penyerahan
borang tidak lengkap. Setiap borang yang diterima akan diaudit dan mengikut beberapa fasa.
Apabila borang yang diterima telah lengkap, pihak sekolah akan memproses semula kelayakan
penerimaan bantuan wang RM100. Selepas itu, sekiranya murid berkenaan layak, pihak sekolah
akan memanggil ibubapa dan penjaga untuk menerima bantuan berkenaan.
10.4 Puan Norhafizah binti Hamzah memohon supaya ibubapa dan penjaga sekiranya ada masalah
berkenaan anak-anak di sekolah berjumpa terlebih dahulu dengan guru kelas atau Guru Besar
untuk berbincang. Beliau berharap ibubapa tidak terus ke kelas atau ke Kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar. EncikZahari Bin Awang memberi respon berkenaan perkara ini. Beliau
mengatakan Kawasan sekolah adalah kawasan larangan mana-mana orang luar. Sekiranya ada
urusan dengan pihak sekolah, ibubapa dan penjaga perlu ke pejabat berjumpa dengan Guru Be-
sar dan mendapatkan keizinan untuk berjumpa dengan anak-anak di dalam kelas.
10.5 Encik Abdul Halim bin Osman memohon untuk membenarkan ibubapa dan penjaga masuk un-
tuk menghantar makanan kepada anak-anak pada waktu petang bagi kelas agama petang. Zahari
bin Awang memberi respon perkara ini dan menerangkan bahawa ibubapa dibenarkan untuk
masuk ke sekolah tetapi hanya di kantin sahaja untuk menghantar barangan atau makanan untuk
anak-anak yang bersekolah agama petang di sekolah ini. Bukan itu sahaja, YDP juga memohon
ibubapa dan penjaga memberi peluang tempat duduk untuk murid-murid makan di kantin.
Perkara ini perlu diambil perhatian kerana tempat duduk di kantin agak terhad untuk murid-
murid gunakan.

18

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Pencapaian KoKurikulum
2019

NO PROGRAM PERINGKAT PENCAPAIAN NAMA

KEJOHANAN SUKU AKHIR MUHAMMAD IRFAN AQIL BIN MOHAMAD SALLEH
1 BOLA BALING KEBANGSAAN ADIBAH BINTI AYUB

MSSM KEEMPAT ADIBAH BINTI AYUB

KEJOHANAN PERINGKAT NURU L AINA BATRISYA BINTI MOHD KHAIRY
2 SOFBOL KEBANGSAAN KUMPULAN
MUHAMMAD IRFAN AQIL BIN MOHAMAD SALLEH
MSSM JOHAN (L) MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD RASIP
MUHAMMAD ASMI HAKIMI BIN ABD RAZAK
KEJOHANAN JOHAN (P) ADIBAH BINTI AYUB
3 TENIS KEBANGSAAN NUR FARISHA AWATIF BINTI ABDUL LATIF
TOP 5
MSSM PUSINGAN 4 NURU L AINA BATRISYA BINTI MOHD KHAIRY
KUMPULAN SITI NORAIN BINTI MOHAMED NOOR
KEJOHANAN NEGERI MUHAMMAD ADAM HANIS BIN ABDUL AZIZ
4 BOLA BALING

MSSNS

5 KEJOHANAN TENIS NEGERI
MSSNS

KOLOKIUM NEGERI KETIGA HADI HUZAIFAH BIN NOOR AMLEY
6 PRA SEKOLAH NEGERI KHAYLA KEISHA BINTI MUHAMAD KHAIRI
MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD ZAINUDDIN
MSSNS
AKTIVITI NUR SYAMIMI BINTI MOHD YASIN (JOHAN)
PERTANDINGAN BERKUMPULAN IZZATI DAMIA BINTI KAMARUDDIN (JOHAN)
KEMAHIRAN NUR FATINI AKMA BINTI MOHD FAIZAL (KEDUA)
NUR AMYLIA HALISHA BINTI MD HAZIZI (KEDUA)
7 PERSATUAN P
ANDU PUTERI
N.SEMBILAN

11

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Mesyuarat Agung
PIBGKali ke-25/2020

12

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

7. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN SESI 2018/2019 (AMAN SHAH BIN MOHD
SHAH)

7.1 Aman Shah bin Mohd Shah selaku Bendahari Agung PIBG membentangkan Penyata Kewangan
bagi sesi 2018/2019. Seperti lampiran yang telah disediakan.

Cadangan : Nazim Murad bin Nordin
Disokong : Norsila binti Saat

Tindakan : Makluman
8. PEMBENTANGAN AKTIVITI PIBG SESI 2018/2019

8.1 Muhammad Ashraf bin Malek membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2018/2019.

8.2 Segala aktiviti yang telah dirancang kesemuanya telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tindakan: Makluman

9. PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2018/2019

9.1 Yang Dipertua PIBG menyatakan pembubaran AJK PIBG 2018/2019 secara rasmi seterusnya
pelantikan pengerusi sementara iaitu Zahari bin Awang (GPK Pentadbiran)

9.2 Junaidah binti Jaafar mencadangkan Siti Meriam binti Ismail menyandang selaku Yang Di-
Pertua PIBG SK Serting Hilir Kompleks bagi sesi 2019/2020. Semua ahli mesyuarat setuju
sebulat suara atas cadangan yang telah diberikan.

9.3 Muhammad bin suhaimi mencadangkan Zakaria bin Abdullah menyandang selaku Naib Yang
Di-Pertua PIBG bagi sesi 2019/2020. Semua Ahli Mesyuarat setuju sebulat suara.

9.4 Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 yang dipersetujui ahli
mesyuarat.

Yang Dipertua : Siti Meriam bin Ismail
Naib YDP : Zakaria bin Abdullah
Serting Hilir 1 : Zaidah binti Abd Razak
Serting Hilir 2 : Nazir Murad bin Nordin
Serting Hilir 3 : Haswira bin Mohd Hashim
Serting Hilir 4,5 dan 6 : Rusli bin Yaakob.
Kakitangan Kilang : Hamidah binti Jaafar
Ibu bapa PPKI : Zaiton binti Kasim
Pemeriksa Kira-kira : Sarimah binti Abdul Ghani

9.5 Mesyuarat memaklumkan senarai jawatankuasa PIBG kalangan guru setelah dilantik dalam
mesyuarat guru kali-1 2019 adalah seperti berikut:

Setiausaha : Muhammad Ashraf bin Malek
Naib Setiausaha : Mahathir bin Abu Khalipah
Bendahari : Aman Shah bin Mohd Shah
Ahli jawatankuasa Guru : Saedah binti Osman
Marlinda binti Ali
Asnaliza binti Asnawi
Izaty binti Ibrahim

Pemeriksa Kira-kira Guru: Haziq Husaini bin Anuar

17

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

5.3 Beliau menyatakan bahawa sekolah telah banyak mencipta sejarah dengan melahirkan murid-
murid yang berjaya selama 24 tahun. Beliau mengharapkan agar lebih banyak lagi kejayaan
yang akan dikecapi sama ada dalam Pendidikan atau pun sukan terus maju.

5.4 Beliau menekankan tentang kegigihan insan istimewa iaitu saudara Baki dari Serting Hilir 4
yang merupakan insan istimewa yang rajin berjemaah bersama-sama di masjid Serting Hilir. Ini
menjadi contoh dan ikutan pada kita semua bahawa walaupun mempunyai ketidakupayaan na-
mun sikap dan kerajinan beliau ke masjid patut dicontohi.

5.5 Beliau memaklumkan bahawa telah menyenaraikan 2100 OKU di Jempol di dalam Persatuan
Orang Kelainan Upaya.

5.6 Beliau memaklumkan bahawa peruntukan yang dipohon oleh pihak sekolah telah diluluskan.
Beliau memohon supaya wakil dari pihak sekolah ke pejabat penyelaras DUN Serting bagi
menerima peruntukan tersebut.

5.7 Beliau menyatakan supaya pihak sekolah membuat kertas kerja bagi menyempurnakan permo-
honan gelanggang terbuka sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang Di-Pertua PIBG Siti
Meriam Binti Ismail.

5.8 Tuan Abdul Mutalib Bin Harun wakil kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli,
Pegawai Penyelaras DUN Serting mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan untuk me-
rasmikan majlis hari ini. Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 ta-
hun 2019 pada jam 4.02 petang.
Tindakan : Makluman Bendahari PIBG dan PPDJJ

6. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 23 YANG
LALU

6.1 Muhammad Ashraf bin Malek membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali-23
sesi 2018/2019

Cadangan : Zaimah binti Nordin
Sokongan : Nazir Murad bin Nordin

6.2 Perkara-perkara Berbangkit

6.2.1 Perkara 10.1, YDP memaklumkan bahawa cadangan satu keluarga menyumbang 1 rim
6.2.2 kertas untuk pihak sekolah mendapat sambutan yang memberansangkan dari kalangan
6.2.3 ibubapa dan penjaga. Diharap untuk tahun 2019 sumbangan 1 rim kertas akan diterus-
kan bagi membantu pihak sekolah bagi pembangunan Pendidikan anak-anak di
sekolah.
Perkara 10.2, Zahari bin Awang (GPK Pentadbiran) memaklumkan pemasangan jarin-
gan internet di sekolah telah selesai dan dapat diakses dengan baik di sekitar sekolah.
Ucapan terima kasih pihak sekolah kepada PIBG kerana membantu dalam menam-
pung perbelanjaan pemasangan jaringan internet di sekolah.
Perkara 10.3. Pelancaran tabung ALUMNI untuk tabung PIBG masih kurang
mendapat sambutan. Diharap ibubapa dan penjaga memaklumkan kepada bekas pela-
jar yang telah berjaya di sekolah ini tentang tabung ALUMNI bagi mereka me-
nyumbangkan untuk tabung PIBG sekolah.

Tindakan: Makluman

16

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

Minit Mesyuarat Agung
PIBGKali ke-24

TARIKH: 20 Februari 2019
HARI : Rabu
MASA : 3.00 Petang
TEMPAT : Dewan Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks
PERASMI : Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli

(Pegawai Penyelaras ADUN Serting)

KEHADIRAN

Serting Hilir 1 - 25 Orang
Serting Hilir 2 - 26 Orang
Serting Hilir 3 - 29 Orang
Serting Hilir 4 ,5 dan 6 - 28 Orang
K/Tangan Kilang - 15 Orang
K/Tangan Sekolah - 56 Orang
__________________________________
Jumlah 179 Orang

1. Nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Ustaz Zahari bin Ahmad, bacaan ayat Al-Quran dan
persembahan murid-murid Coral Speaking SK Serting Hilir Kompleks.

2. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
2.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran, Yang berusaha Tuan Abdul Mutalib Bin Harun

wakil kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli, Pegawai Penyelaras DUN
Serting, Pengurus FELDA Serting Hilir2 dan 3, ketua-ketua kampung, ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG, ibu bapa serta guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-24 sesi 2019/2020.

Tindakan : Makluman dan PPDJJ

3. UCAPAN PENGERUSI PIBG – PUAN SITI MARIAM BINTI ISMAIL
3.1 Ucapan salam keagamaan dan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Abdul Mutalib Bin Ha-

run wakil kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli, Pegawai Penyelaras DUN
Serting, Pengurus FELDA Serting Hilir2 dan 3, ketua-ketua kampung, ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG, dan ibu bapa di atas kesudian hadir ke majlis ini.
3.2 Beliau menyatakan bahawa bidang pendidikan abad 21 kini amat berbeza di mana dilihat se-
makin mencabar dan sentiasa berlaku transformasi bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan
negara.

13

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

3.3 Negara perlu menjadikan pendidikan salah satu bidang yang meluas dan mencabar demi me-
mastikan negara terus berdaya saing dengan negara lain.

3.4 Beliau berharap ibu bapa dapat memberikan sumbangan dan komitmen dalam membangunkan
kualiti PIBG yang saling bermusyawarah dalam mendapatkan keputusan yang baik.

3.5 Komuniti yang saling melengkapi antara satu sama lain di mana kerjasama dengan para pentad-
bir, guru dan ibu bapa di sekolah amat dititik beratkan.

3.6 Keprihatinan Guru Besar dapat membangunkan dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
agar nama sekolah sentiasa menjadi satu nama yang gah di sekitar jempol ini.

3.7 Selaku YDP PIBG sekolah, beliau memohon kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Mutalib bin
Harun menyampaikan hasrat sekolah kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman bin Ramli
untuk menyediakan peruntukan gelanggang terbuka untuk insfrastruktur sekolah yang dapat
menempatkan gelanggang tenis, bola tampar, bola baling, bola jaring, futsal, speak takraw dan
sebagainya. Ini adalah berikutan kemenangan merangkul Johan dalam permainan tenis pering-
kat daerah baru-baru ini.

3.8 Mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Tuan Abdul Mu-
talib bin Harun dan ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir dalam mesyuarat agung kali ini.
Tindakan : Makluman semua

4. UCAPAN WAKIL PENASIHAT - ENCIK ZAHARI BIN AWANG (GURU PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN)

4.1 Ucapan salam keagamaan dan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Abdul Mutalib Bin Ha-
run wakil kepada Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli, Pegawai Penyelaras DUN
Serting, Pengurus FELDA Serting Hilir2 dan 3, ketua-ketua kampung, ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG, dan ibu bapa di atas kesudian hadir ke majlis ini.

4.2 Beliau menyampaikan salam dari Guru Besar kepada semua hadirin atas ketiadaan beliau dalam
majlis ini kerana Guru Besar terlibat dengan mesyuarat bersama-sama dengan Majlis Guru Be-
sar Negeri Sembilan.

4.3 Beliau memaklumkan bilangan guru yang terkini di sekolah adalah sebanyak 37 orang. Salah
seorang guru murid tahun 6 iaitu Cikgu Noryati binti Atan akan berpindah ke sekolah SK PU-
LAPAH yang akan mula bertugas mulai 25 Februari nanti. Pihak sekolah ingat mengucapkan
ribuan terima kasih kepada beliau atas khidmat yang baik sepanjang beliau berada di sekolah
ini.

4.4 Beliau memaklumkan jumlah bilangan murid di sekolah adalah seramai 321 orang murid. Bagi
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada tahun ini juga bertambah berbanding pada ta-
hun lepas.

4.5 Beliau memaklumkan seorang murid tahun 6 2018 telah memperoleh keputusan 5A 1B dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 iaitu adik Nafeesa Damia binti Khairuddin yang
kini menuntut di Sekolah Sains Seremban.

4.6 Memaklumkan peratusan lulus dalam UPSR 2018 dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman
sebanyak 100% lulus, Bahasa Melayu Penulisan 100% lulus, Sains 100% lulus, Matematik 93%
lulus dan Bahasa Inggeris 72% lulus.

4.7 Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah mengadakan mesyuarat bersama penjaga murid
Tahun 6 yang membincangkan tentang program dan perancangan aktiviti murid tahun 6 dengan
jayanya.
14

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

4.8 Beliau memaklumkan bahawa bagi murid Tahun 1 hingga 3 tiada lagi peperiksaan dan akan di-
gantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah. Guru-guru menilai setiap hari menerusi latihan dalam
bilik darjah. Tiada lagi markah tetapi digantikan dengan tahap penguasaan.

4.9 Beliau memaklumkan tentang 12 Inisiatif Pendidikan yang telah di war-warkan oleh Kementeri-
an Pendidikan Malaysia tahun 2019. Antaranya adalah setiap sekolah mempunyai manual nilai
yang akan dibacakan dalam perhimpunan sekolah setiap hari isnin. Selain itu, Pendidikan sivik
juga diperkenalkan di sekolah untuk mendidik sahsiah dan kesedaran sivik dalam kalangan
murid. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia akan berusaha memperbaiki masalah
‘mutual distrust’ antara guru dan ibubapa. Maka sistem Sarana PIBG yang menitik beratkan ker-
jasama dan penglibatan ibubapa di sekolah diwujudkan. Bukan itu, mempopularkan kembali
budaya ‘hero teacher’ untuk meningkatkan pengiktirafan profesion guru dan penggunaan telefon
pintar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah juga dipraktiskan.

4.10 Kementerian Pendidikan Malaysia juga menekankan bahawa untuk anak-anak bukan warga-
negara juga mendapat tempat di sekolah harian untuk belajar bersama. Bukan itu sahaja,
penekanan kearah Pendidikan ‘Friendly OKU’ yang menempatkan anak-anak OKU dengan
kemudahan infrastruktur yang lengkap di sekolah. Bukan itu sahaja, menghidupkan ‘Speaker
Corner’ di sekolah juga memberikan peluang kepada murid untuk berlatih berhadapan di
khalayak umum.

4.11 Kawasan rehat guru akan diwujudkan di sekolah. Ini adalah bagi memberi peluang tempat guru
untuk berehat dan sebagainya. Di sekolah ini telah disediakan Kawasan rehat guru di dalam
bilik guru. Selain itu, tiada lagi kerja kekeranian dalam kalangan guru mulai 2019. Ini bagi men-
gurangkan beban kerja guru di sekolah untuk memfokuskan kepada proses pengajaran dan pem-
belajaran di sekolah.

4.12 Selain itu, inisiatif Pendidikan yang lain ialah tidak akan ada kompromi dalam belanjawan Pen-
didikan. Pendekatan selepas ini akan ‘Slice’ dan “dice’ bagi mengelakkan berlakunya ketirisan
dalam kewangan. Yang terakhir adalah kerajaan berhasrat untuk menyelesaikan isu sekolah daif
iaitu sekolah-sekolah yang dilihat banyak kekurangan dan kerosakan kemudahan di sekolah.

4.13 Akhir sekali beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil Pegawai Penyelaras DUN
Serting iaitu Tuan Abdul Mutalib bin Harun atas kesudian dan kelapangan menghadirkan diri
bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 2019 pada tahun ini. Beliau berharap agar
ibubapa dan penjaga dapat melontarkan usul-usul dan cadangan yang baik sepanjang mesyuarat
yang berlangsung.

Tindakan : Makluman semua

5. UCAPAN PERASMIAN - Yang berusaha Tuan Abdul Mutalib Bin Harun wakil kepada
Yang Berusaha Tuan Abdul Rahman Bin Ramli, Pegawai Penyelaras DUN Serting

5.1 Ucapan salam keagamaan dan mengalu-alukan Pengurus FELDA Serting Hilir2 dan 3, ketua-
ketua kampung, ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, dan ibu bapa di atas kesudian hadir ke majlis
ini.

5.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput beliau merasmikan
majlis mesyuarat agung kali ini. Beliau cukup berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa dan pen-
jaga yang hadir pada hari ini dan berharap agar mesyuarat kali ini dapat menghasilkan idea-idea
baru untuk memajukan sekolah dan anak-anak. Sekolah adalah salah satu tempat komuniti yang
terbuka untuk sama-sama memajukan sekolah. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada
pihak sekolah kerana dapat mengadakan majlis Mesyuarat Agung PIBG ini dengan baik dan
mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ibubapa dan penjaga.
15

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25/2020

MESYUARAT
AGUNG

PIBG

28 KE 25/2020

SK SERTING HILIR KOMPLEKS
72120 BANDAR SERI JEMPOL


Click to View FlipBook Version