Airel Daniel M Molahid Penulisan bukan kreatif (esei)
Tajuk: Pengambilan pemakanan seimbang Amalan gaya hidup sihat ialah satu amalan yang telah diajar sejak di bangku sekolah rendah lagi dan ini adalah disebabkan oleh kesedaran akan pentingnya pengamalan gaya hidup sihat wajarnya diterap dalam diri setiap individu. Namun begitu, tetap wujud segelintir individu yang tidak mengambil berat akan kepentingan amalan gaya hidup sihat iaitu umumnya bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan diri. Kurangnya keprihatinan akan amalan gaya hidup sihat mampu menjejaskan kehidupan manusia secara keseluruhannya iaitu secara fizikal, mental dan emosi. Amalan gaya hidup sihat sering menekankan kepentingan amalan pemakanan yang sihat dan pemakanan sihat merujuk kepada pengambilan makanan dengan kadar yang seimbang sesuai dengan keperluan tubuh badan. Hal ini berkaitan dengan fungsi tubuh badan yang memerlukan kuantiti tertentu bagi membolehkan keperluan tenaga sentiasa mencukupi bagi menjalankan aktiviti seharian.
Istilah " pengambilan makanan sihat" merujuk kepada amalan pengambilan pelbagai makanan berkhasiat yang menyediakan nutrien penting, menggalakkan kesihatan yang baik, dan menyokong kesejahteraan secara menyeluruh. Pada umumnya, pengambilan pemakanan adalah suatu kegiatan ataupun proses penghadaman makanan atau minuman yang dapat membekalkan tenaga dan meransang proses tumbesaran manusia.
Dalam dunia moden ini, terdapat kecenderungan yang membimbangkan sehingga mengabaikan kepentingan pemakanan yang seimbang. Ini mengakibatkan banyak isu negatif yang timbul susulan kurangnya cakna akan hal ini, antara isu tersebut ialah diet ekstrem dalam kalangan belia. Trend diet ekstrem ini semakin berleluasa khususnya dalam kalangan belia dan ini seterusnya mengakibatkan pelbagai isu kesihatan dan antaranya ialah masalah anoreksia nervosa dan bulimia nervosa yang semakin meningkat. Anoreksia nervosa merupakan penyakit atau gangguan psiakiatri yang mengganggu pengambilan makanan penghidapnya. Walaupun ia diklasifikasikan sebagai penyakit mental, ia mempunyai perkaitan dalam aspek pemakanan seimbang kerana penyakit ini mempengaruhi penghidapnya untuk terlalu mengawal pemakanan sehingga memberi impak kepada kesihatannya. Bulimia nervosa pula ditakrifkan sebagai gangguan pemakanan yang bercirikan oleh pemakanan secara tidak terkawal atau berlebihan dan kemudiannya disusuli tindakan tidak sesuai untuk mencegah kenaikan berat badan seperti memuntahkan kembali makanan serta bersenam secara keterlaluan.
Malnutrisi juga merupakan satu penyakit yang menjadi salah satu kesan susulan daripada isu pengabaian pengambilan makanan seimbang. Malnutrisi merupakan ketidakstabilan nutrisi yang mana mempengaruhi kadar keperluan nutrien penting dalam badan bagi menjana tenaga. Malnutrisi seringkali dikaitkan sebagai kesan daripada kurangnya pendedahan akan kepentingan pemakanan seimbang. Malnutrisi memberi kesan kepada penghidapnya dari segi yang paling ketara iaitu berat dan saiz badan. Terdapat dua keadaan malnutrisi iaitu kekurangan gizi (undernutrition) dan terlebih gizi (overnutrition). Undernutrition ialah keadaan di mana kadar nutrien atau mineral dalam badan adalah kurang daripada kuantiti yang ideal manakala overnutrition merupakan satu keadaan di mana kadar nutrien atau mineral dalam badan melebihi kuantiti yang ideal. Contoh penyakit akibat kekurangan gizi ialah osteoprorosis manakala penyakit yang diakibatkan oleh terlebih gizi ialah obesity.
Corak pemakanan yang sihat merangkumi pelbagai makanan padat nutrien di seluruh dan dalam semua kumpulan makanan, Oleh itu, Panduan bagi pengambilan kuantiti makanan mengikut kumpulan makanan yang betul dapat dirujuk pada Piramid Makanan Malaysia. Aras pertama yang berapada pada dasar piramid mengandungi nasi, roti, bijiran, produk bijirin dan ubi-ubian yang menyumbang sumber karbohidrat. Karbohidrat ini bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga membantu dalam menurunkan paras glukosa serta kandungan kolestrol dalam darah. Aras kedua pula mewakili sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu meningkatkan ketahanan tubuh terhadap mana-mana penyakit. Hal ini kerana makanan-makanan ini mengandungi serat, vitamin dan mineral. Individu yang tidak boleh menelan sebarang sayur-sayuran atau buahbuahan boleh melakukan satu alternatif, iaitu membuat jus seperti jus lobak atau jus tembikai bagi memudahkan proses pengambilan makanan dari aras ini. Seterusnya, aras ini pula mengandungi susu, produk tenusu, ikan, ayam, daging dan kekacang. Makanan ini mengandungi protein dan disarankan untuk mengambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja. Akhir sekali, aras keempat yang berada pada bahagian puncak ini mewakili lemak, minyak, gula dan garam dan makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana boleh memudaratkan kesihatan.
Tuntasnya, kesihatan dan kesejahteraan diri adalah konsep multidimensi yang merangkumi aspek fizikal, mental, dan sosial kehidupan. Oleh itu, setiap aspek dalam konsep ini seharusnya dijaga bagi menjamin kualiti serta potensi diri dalam menjalankan kehidupan. Kesihatan fizikal, kesejahteraan mental, dan hubungan sosial semuanya memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesejahteraan keseluruhan. Selain itu, pemakanan seimbang yang mana tergolong dalam aspek kesihatan diri juga seharusnya diambil cakna dengan mengutamakan aktiviti fizikal yang kerap, memupuk kesihatan mental, dan memupuk hubungan sosial, individu dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, yang membawa kepada kehidupan yang lebih memuaskan dan memuaskan.