Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 50 /2023 PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH PERATURAN GURU 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam perintah Am kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga memenuhi perintah am tersebut. 1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukannya sebagai satu pekerjaan /mata pencarian semata – mata. 1.3 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip – prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.4 Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat pendidikan JAIS. 1.5 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.6 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.7 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah pada jam 7.30 pagi (sesi pagi) dan 1.30 petang (sesi petang) dan menandatangani buku kehadiran sama ada sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar kepada pihak sekolah dengan secepat mungkin. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JAIS, pejabat agama daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Guru Penolong Kanan. 3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam buku rekod keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan atau Penyelia. 4. CUTI 4.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal Merujuk surat pekeliling Kementerian Pelajaran (KP)(PP)0046 SJ/A(30) bertarikh 24hb Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas – tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut – turut hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan.Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari setahun.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 51 /2023 4.3 Cuti Tanpa Gaji Mengikut perintah Am bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab – sebab persendirian yang mustahak. 4.4 Cuti Sambilan Cuti sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab – sebab kecemasan dan bagi tempoh tujuh hari setahun. 4.5 Cuti Keluar Negara Semua guru yang hendak bercuti ke luar Negara mestilah mendapatkan kelulusan dari Jabatan. Isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat – lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 5. PAKAIAN 5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat Islam. 5.2 Guru – guru lelaki dikehendaki memakai pakaian Melayu lengkap setiap hari Jumaat. 5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 6. HUBUNGAN GURU – GURU 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Mereka juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat dan kepercayaan kepada guru,pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 7. BILIK GURU 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara – perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. 7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama – sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana – mana pihak. 8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 8.1 Guru yang menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Guru Besar atau Nazir. 8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran, mereka boleh berurusan atau merujuk kepada Guru Ketua Panitia, Penyelia atau Penolong Kanan. 9. TUGAS 9.1 Guru akan diberi tugas – tugas dalam bentuk Ko – Kurikulum dan Pentadbiran. Mereka mestilah melaksanakan tugas – tugas tersebut dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 52 /2023 9.2 Guru yang diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke jabatan pendidikan atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan Guru Besar. 10. BUKU REKOD MENGAJAR 10.1 Setiap guru akan diberi sebuah buku rekod mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap, Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan I. 10.2 Lengkapkan : a) Cuti Am b) Jadual Waktu Darjah/Persendirian c) Penggal Persekolahan d) Senarai buku teks dan rujukan guru e) Senarai kutipan wang f) Rancangan pelajaran g) Rekod kerja mingguan/harian h) Rekod pencapaian bulanan i) Butir diri murid j) Rekod pencapaian bulanan/peperiksaan penggal 10.3 Jika seseorang guru bercuti, buku hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 10.4 Buku rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 11. JADUAL WAKTU 11.1 Guru kelas hendaklah menyediakan 1 salinan jadual untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 11.3 Dalam jadual waktu persendirian, nyatakan nama matapelajaran dan darjah yang diajar. 12. JADUAL KEDATANGAN MURID 12.1 Setiap guru darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat – maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak – kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit buku. 12.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur dan kemas dan ditanda setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Tulis dengan pen nama penuh murid pada setiap bulan, seelok – eloknya guna pen satu warna sahaja. 12.3 Tandakan jadual kedatangan murid seperti berikut :- a) Hadir ( / ) b) Tidak hadir tanpa kebenaran ( o ) c) Tidak hadir kerana sakit ( s ) d) Tidak hadir dengan bersebab ( k )
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 53 /2023 12.4 Tuliskan nombor resit yuran tambahan ( khas ) ke dalam jadual kedatangan murid. 12.5 Apabila membetulkan sebarang kesalahan patuhi seperti berikut :- a) JANGAN GUNAKAN getah pemadam ( rubber ). b) JANGAN GUNAKAN ‘ liquid paper ‘. c) GARIS KERJA SALAH dan tandatangan ringkas. 12.6 Buku ini hendaklah di hantar ke pejabat sebelum jam 3.00 petang. 12.7 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut – turut atau berselang seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis melalui sekolah. 12.8 Sijil cuti sakit murid atau surat tunjuk sebab tidak hadir murid hendaklah di simpan dalam fail khas di kelas. 12.9 Kemaskini jadual kedatangan murid ini pada setiap akhir bulan. 12.10 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar. 13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 13.2 Penyelia / Guru Penolong Kanan hendaklah memastikan ada peraturan – peraturan mengenai penggunaan alat – alat, bilik – bilik tertentu seperti pusat sumber, stor dan lain – lain. 14. KEBERSIHAN 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru darjah. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan simpan dengan selamat. 14.2 Penyelia / ketua panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas, bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut. 14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. 15. SURAT - MENYURAT 15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 16. SURAT YANG DITERIMA 16.1 Ada surat yang diterima oleh pihak sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan segera terhadap surat – surat berkenaan. 16.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada guru besar, surat itu boleh disimpannya setelah mengambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru besar dan guru besar mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru hendaklah :- 16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail tersebut tiada dalam simpanannya. 16.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan. 16.3.3 Memulangkan semula fail tersebut ke pejabat. 17. PERGI KE JABATAN AGAMA ISLAM / PEJABAT AGAMA 17.1 Guru tidak digalakkan untuk pergi ke Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama Islam Daerah untuk urusan peribadi. 18. PELAWAT
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 54 /2023 18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa Guru Besar / Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil – wakil firma atau penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Guru Penolong Kanan. 19. MEMBELI BARANG 19.1 Guru yang hendak membeli barang mestilah memohon kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan. 19.2 Permohonan mesti mendapat pengesahan daripada Penyelia / Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan. 19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 20. KEGIATAN KO KURIKULUM 20.1 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi penasihat kegiatan Ko – Kurikulum. Tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan teratur. 21. PERHIMPUNAN SEKOLAH 21.1 Hari - ISNIN Masa - Sesi Pagi ( 7.45 Pagi – 8.15 Pagi ) Sesi Petang ( 5.05 Petang – 5.30 Petang ) Tempat - Dataran Perhimpunan Pengacara - Guru Bertugas Agenda - 1. Nyanyian beramai – ramai lagu : a) Negara Ku b) Negeri Selangor c) Lagu Sekolah d) Asmaul Husna 2. Doa oleh Ketua Murid 3. Ucapan Guru 4. Ucapan Guru Besar jika perlu 5. Pengumuman oleh guru bertugas 6. Bersurai 21.2 Guru bertugas memastikan segala kelengkapan untuk perhimpunan telah dilaksanakan sebelum 7.45 pagi bagi sesi pagi dan sebelum 5.05 petang bagi sesi petang. 21.3 Loceng untuk perhimpunan akan dibunyikan 5 minit sebelum perhimpunan sekolah dimulakan. 21.4 Kelengkapan yang diperlukan semasa perhimpunan :- a) Sistem Siaraya b) Radio Kaset c) Kaset lagu yang akan dinyanyikan dalam perhimpunan d) Bangku/Kerusi disusun di hadapan tempat perhimpunan 21.5 Semua nyanyian hendaklah diiringi dengan kaset 21.6 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa – masa dan hari – hari yang telah ditetapkan. 21.7 Guru akan bersama – sama menyanyikan lagu. 21.8 Guru – guru diminta jangan berbual – bual semasa perhimpunan sedang dijalankan. 21.9 Guru pertama yang masuk ke darjah selepas perhimpunan diminta merumus dan mengulas ucapan – ucapan yang telah disampaikan dalam perhimpunan. 22. GURU BERTUGAS 22.1 Membuat laporan harian dalam format yang disediakan. 22.2 Tiba di sekolah sekurang – kurangnya jam 7.30 pagi (sesi pagi) dan 1.30 petang(sesi petang) sebelum sekolah dimulakan. 22.3 Mengurus hari perhimpunan sekolah.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 55 /2023 22.4 Memastikan loceng jam 7.20 pagi bagi sesi pagi dan jam 2.20 petang bagi sesi petang dibunyikan tepat pada masanya. 22.5 Memastikan pengawas – pengawas sekolah menjalankan tugas mereka dengan baik. 22.6 Memastikan bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor dikibarkan setiap hari persekolahan dan diturunkan sewaktu balik. 22.7 Menyemak kehadiran guru dari Buku Kedatangan guru dan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan I jika terdapat guru yang tidak hadir supaya jadual guru ganti akan dibuat dengan segera. 22.8 Membuat lawatan ke tempat – tempat yang dinyatakan dalam format laporan harian. 22.9 Mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani sebarang masalah semasa bertugas. 22.10 Bertanggungjawab dalam pelaksanaan disiplin dan kebersihan sekolah. 22.11 Memastikan semua bilik darjah, bilik guru, pusat sumber sekolah dan lain – lain bilik telah selamat dikunci sebelum meninggalkan sekolah. 23. GURU DARJAH 23.1 Menguruskan buku jadual kedatangan murid. 23.2 Melantik ketua darjah dan pembantu yang lain. 23.3 Menghias bilik darjah supaya wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat dan harmoni. 23.4 Sentiasa mengawasi kebersihan dan keceriaan bilik darjah. 23.5 Mempamerkan dalam bilik darjah perkara – perkara berikut :- a) Jadual Waktu Kelas b) Jadual Waktu Persendirian c) Jadual Waktu Bertugas d) Kalendar Bertugas e) Senarai markah peperiksaan terakhir f) Graf pencapaian mata pelajaran dan sasaran 23.6 Menyediakan butiran berikut di sudut kanan sebelah papan tulis :- a) Tarikh b) Hari c) Kehadiran murid 23.7 Menyediakan laporan murid. 23.8 Melaksanakan tugas – tugas pengendalian ujian – ujian dan peperiksaan. 23.9 Menganalisis hasil ujian dan peperiksaan dan menjalankan tindakan tindak ikut. 23.10 Mengenal diri murid serta menerap daya kepimpinan. 23.11 Mendidik murid dengan ikhlas dan bersungguh – sungguh. 23.12 Sentiasa menanamkan konsep nilai murni dalam diri murid. 23.13 Memberikan kerjasama kepada guru – guru lain bagi melicinkan tugas dan tanggungjawab baru. 23.14 Tugas – tugas lain yang difikirkan membantu tugas mengurus dan meningkatkan prestasi murid. 24. MESYUARAT GURU 24.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan mengadakan taklimat dan mesyuarat guru. 24.2 Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. 24.3 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil Guru Penolong Kanan/Penyelia dan Ketua Panitia. 25. BUKU STOK/INVENTORI 25.1 Guru Penolong Kanan/Penyelia bertanggungjawab menguruskan stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok /inventori adalah tepat, lengkap serta sentiasa dikemaskini. Buku ini akan sentiasa disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 56 /2023 26. TANDA NAMA 26.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 27. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG 27.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan jawatankuasa sekolah. 27.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 28. PENGGUNAAN ALAT - ALAT 28.1 Penggunaan alat – alat hendaklah betul secara mengikut peraturan. 28.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua – ketua bahagian atau penjaga stok. 28.3 Bertanggungjawab menggunakan alat – alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 28.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta – merta. 29. ARAHAN DAN PEKELILING 29.1 Setiap arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh guru hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 29.2 Sekiranya arahan itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan di dalam fail khas. 29.3 Sekiranya pekeliling itu dari Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ), guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 30. TELEFON 30.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dikenakan bayaran 10 sen bagi setiap panggilan tempatan dan lain – lain mengikut harga di dalam bil. telefon. 31. KUNCI 31.1 Semua kunci mestilah disimpan di pejabat. 31.2 Guru dibenarkan menyimpan kunci bilik – bilik tertentu dengan mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik tersebut. 32. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 32.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 57 /2023 GURU BESAR BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab dalam meningkatkan kurikulum dan ko – kurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan sekolah. 3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi – agensi luar. 4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67/1982 ( Pindaan ). SENARAI TUGAS 1. PENGURUSAN KURIKULUM – KERJA IKTISAS. 1.1 Menyediakan dan mengawal polisi dan objektif selaras dengan polisi Jabatan Agama Islam Selangor. 1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Memastikan guru mengajar berpandukan sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. 1.4 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar. 1.5 Menentukan polisi – polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data – data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan. 1.6 Menyelia dan mencerap proses P&P. 1.7 Memeriksa buku rekod mengajar guru, buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan pelajar dan buku kegiatan Kokurikulum dari masa ke semasa. 1.8 Mengajar sebilangan waktu. 1.9 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu. 1.10 Menentukan keberkesanan penggunaan PSS. 1.11 Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan. 1.12 Menentukan polisi untuk aktiviti Kokurikulum. 2. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR. 2.1 Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar dan motivasi. 2.2 Menentukan polisi – polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah. 3. PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN. 3.1 PELAJAR 3.1.1 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar. 3.1.2 Menyemak buku jadual pelajar. 3.1.3 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan – bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil mengikut prosedur yang ditentukan. 3.1.4 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik. 3.1.5 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan. 3.1.6 Menandatangani surat akaun serta sijil berhenti sekolah. 3.1.7 Memastikan program – program kesihatan dijalankan dengan sempurna. 3.1.8 Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar. 3.1.9 Mengambil langkah – langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berasa di sekolah. 3.1.10 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 58 /2023 3.2 PENGURUSAN PERSONAL 3.2.1 Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan. 3.2.2 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. 3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja dan menjalankan penyediaan sepanjang tahun. 3.2.4 Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar arahan perkhidmatan di bawah bidang kuasanya. 3.2.5 Menjaga kebajikan pegawai. 3.3 KEWANGAN 3.3.1 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan. 3.3.2 Mengawal,menyemak pemberian berkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca – punca kewangan. 3.3.3 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum di audit dan dokumen – dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya. 3.3.4 Mengawal stok dan harta benda sekolah. 3.3.5 Mengawal perbelanjaan yang diperlukan setiap bahagian. 3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL 3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik. 3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan sekolah. 3.4.3 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik. 3.4.4 Mengambil langkah – langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah. 4. PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI. 4.1 Merancang dan menyediakan aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman. 4.2 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangan potensi diri. 4.3 Merancang kursus kesedaran dan kesungguhan kendiri guru. 4.4 Menggalakkan guru melibatkan diri dlam aktiviti komuniti. 5. PEMBANGUNAN KENDIRI. 5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 5.2 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 5.3 Menghasilkan artikel – artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan. 5.4 Melibatkan diri dalam komuniti. 5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. 5.6 Menjadi penasihat PIBG dan majlis permuafakatan sekolah. 5.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian, Jabatan dan agensi – agensi luar. 5.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 59 /2023 PENOLONG KANAN KURIKULUM BIDANG TUGAS 1. Menjalankan tugas – tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal Kurikulum, Pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. SENARAI TUGAS 1. KURIKULUM 1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain – lain. 1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. 1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan – bahan sumber pendidikan. 1.5 Membantu serta membimbing dalaman mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. 1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. 1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal – hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. 1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan – kegiatan bimbingan dan pemulihan. 1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PAID dan JAIS. 1.10 Membantu di dalam pemilihan Buku Teks, Bahan Pusat Sumber dan Buku Bacaan. 1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu guru ganti. 2. PENGURUSAN 2.1 Membantu menentukan beban tugas dan staf sokongan sekolah. 2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf sokongan. 2.3 Membantu menyelenggarakan dan menyelaraskan kutipan data / maklumat. 2.4 Membantu merancang takwim sekolah. 2.5 Membantu menyelia kerja – kerja guru dan staf sokongan. 2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan. 2.8 Penyelaras semua jenis kutipan yuran. 2.9 Menjadi ahli lembaga tatatertib sekolah. 2.10 Menjadi penandatangan kedua – dua cek sekolah. 2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 60 /2023 3. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR 3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah/keceriaan/keindahan dan kebersihan sekolah. 3.2 Merancang langkah – langkah keselamatan mencegah kebakaran. 3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. 4. PEMBANGUNAN ORGANISASI 4.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / mesyuarat. 4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk personel. 5. PEMBANGUNAN KENDIRI 5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 5.4 Menghasilkan artikel – artikel bidang ikhtisas. 5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. 5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan. JAWATANKUASA KURIKULUM SENARAI TUGAS 1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). 3. Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar. 4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran. 5. Merancang srategi P&P. 6. Menetapkan garis panduan penyediaan jadual waktu. 7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu. 8. Mengadakan mesyuarat. 9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar. 10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan. 11. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pembelajaran dilaksanakan dengan sempurna. 12. Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan. 13. Menyebarkan bahan – bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru. 14. Mengkaji analisa keputusan ujian dan peperiksaan dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan. 15. Mengkaji dan menilai buku –buku teks, buku tambahan yang digunakan oleh pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan. 16. Berusaha untuk menambah dan memperbanyakkan bahan – bahan sumber pendidikan di sekolah dari masa ke semasa. 17. Memberi panduan kepada guru – guru mata pelajaran di sekolah. 18. Melaksanakan tugas – tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa. PANDUAN TUGAS AJK KECIL
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 61 /2023 1. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN SENARAI TUGAS 1. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian kurikulum dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan PSRA. 2. Membincang dan menyusun hal – hal yang berikut :- a) Rancangan Pelajaran b) Buku Teks c) Sukatan Pelajaran dan huraian d) Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran e) Peperiksaan dan Penilaian f) Bahan Bantu Mengajar g) Kerja – Kerja Latihan h) Bimbingan dan Pemulihan i) Meningkatkan Prestasi Pelajar dalam Amali dan Hafazan 3. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik – bilik khas ( jika ada ) dan alat – alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya. 2. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU SENARAI TUGAS 1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 4. Menentukan kesesuaian masa untuk pelajaran tertentu. 5. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok. 6. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu tertentu. 7. Membuat pindaan jika perlu. 8. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar dan dipaparkan untuk makluman semua. 3. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SENARAI TUGAS 1. Ujian Peperiksaan Dalaman 1.1 Menyediakan jadual waktu ujian/peperiksaan peringkat sekolah. 1.2 Menyediakan jadual pembina soalan. 1.3 Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan. 1.4 Memastikan keselamatan. 1.5 Memastikan kertas soalan diedarkan sebelum peperiksaan dijalankan dan skema jawapan disediakan oleh penggubal soalan. 1.6 Memastikan jadual waktu peperiksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 1.7 Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan ( Bank Soalan ). 1.8 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar. 2. Penyelaras Peperiksaan PSRA 2.1 Memberi penerangan hal – hal yang berkaitan dengan peperiksaan kepada guru – guru tahun 6.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 62 /2023 2.2 Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang diberikan oleh pihak PAID atau JAIS. 2.3 Mengumpul, menyemak dan memasukkan data pelajar dalam sidiul dan membuat salinan. 2.4 Menentukan bilik – bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan. 2.5 Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan. 2.6 Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja. 2.7 Menyediakan perkara berikut untuk peperiksaan. a) Jam Dinding b) Cop Sekolah / Lakri c) Kapur d) Pemadam e) Alat – alat tulis dan lain – lain 2.8 Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan. 2.9 Mempamerkan jadual peperiksaan untuk makluman calon dan guru – guru. 2.10 Penyelaras mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik – bilik darjah ditutup dan barang – barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat. 2.11 Mendapatkan satu atau dua set soalan PSRA untuk rujukan sekolah. 2.12 Menyelaraskan persediaan sijil peperiksaan. 2.13 Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran. 4. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS ) SENARAI TUGAS 1. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek. 2. Memperbanyakkan koleksi PSS. 3. Mempertingkatkan penggunaan PSS dan pengagihan beban tugas. 4. Memastikan keselesaan kelengkapan dan pengurusan PSS. 5. Merancang kursus serta bengkel dalaman dan luaran untuk guru dan pelajar. 6. Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya. 7. Memastikan buku stok sentiasa di kemas kini. 8. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS. 9. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi. 10. Merancang aktiviti dan melaksanakannya. 11. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan. GURU MEDIA / PENYELARAS PSS 1. Menyelaras semua program yang dirancang. 2. Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan perpustakaan serta mengadakan mesyuarat. 3. Menyediakan jadual kerja, undang – undang dan peraturan bagi pekerja pusat sumber. 4. Menceriakan PSS. 5. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya. 6. Membantu melaksanakan program perkembangan staff. 7. Bertindak dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS. GURU PERPUSTAKAAN 1. Mengurus perlantikan pengawasan PSS dan melatih supaya mahir dengan peraturan PSS. 2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan. 3. Memastikan peraturan difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 63 /2023 4. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. 5. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan dan menguruskan pembelian buku. 6. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok. 7. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah. 8. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. 9. Merawat dan menguruskan hapus kira buku. 10. Membuat laporan tahunan untuk rekod. GURU BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) / ( APD ) 1. Memastikan alat – alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik. 2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan. 3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat – alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan. 4. Mengadakan peraturan dan cara – cara penggunaan BBM/APD. 5. Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan dan memastikan keselamatannya. 6. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan, sebut harga alat –alat BBM/APD. 7. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD sentiasa kemas dan ceria. 8. Menyediakan laporan tahunan BBM/APD
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 64 /2023 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID BIDANG TUGAS 1. Menjalankan tugas – tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal – hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah dan kantin sekolah. 4. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 1-3 di atas. 5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. SENARAI TUGAS 1. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR 1.1 DISIPLIN 1.1.1 Menentukan penerapan amalan – amalan dan nilai – nilai murni. 1.1.2 Memastikan peraturan – peraturan sekolah dikuatkuasakan. 1.1.3 Menjadi guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. 1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes – kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 1.1.5 Menyelaras dan menyediakan Rekod Disiplin Pelajar dan Laporan Pelajar. 1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga. 1.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling. 1.2.2 Menyelaras dan menyediakan Rekod Bimbingan dan Kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan. 1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. 1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi pelajar – pelajar baru. 1.3 PROGRAM PERLINDUNGAN PELAJAR 1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah. 1.3.2 Memastikan langkah – langkah keselamatan pelajar semasa di sekolah dilaksanakan. 1.4 KESIHATAN 1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar. 1.4.2 Memastikan program – program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna. 1.5 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT ) 1.5.1 Menyelaraskan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks. 1.5.2 Mengurus kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku. 1.5.3 Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi pengurusan SPBT.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 65 /2023 1.6 BANTUAN 1.6.1 Menyelenggarakan perakuan – perakuan dan bantuan – bantuan. 1.6.2 Mengurus mengagihkan buku kepada murid yang berkenaan. 1.6.3 Mengemaskini rekod. 2. PENGURUSAN 2.1 Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid. 2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid. 2.3 Menguruskan pertukaran murid. 2.4 Menyemak buku kedatangan murid. 2.5 Menguruskan surat akuan, sijil – sijil pengesahan dan pengedaran sijil berhenti. 2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 2.7 Membantu merancang takwim sekolah. 3. KO KURIKULUM 3.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia aktiviti ko – kurikulum. 3.2 Membantu merancang takwim sekolah. 3.3 Pembangunan organisasi. 4. PEMBANGUNAN ORGANISASI 4.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat. 4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel. 4.3 Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah. 5. PEMBANGUNAN KENDIRI 5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 5.4 Menghasilkan artikel – artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. 5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. 5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 66 /2023 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SENARAI TUGAS 1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah untuk jangka masa panjang dan pendek. 2. Mengadakan mesyuarat dan menentukan peraturan kokurikulum. 3. Menentukan takwim dan jadual aktiviti serta memastikan guru mematuhi takwim dan jadual. 4. Memastikan penglibatan murid menyeluruh. 5. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum ( Amal Islami ). 6. Menentukan tarikh ihtifal, perayaan, Amal Islami dan kegiatan lain. 7. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 8. Membuat anggaran dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. 9. Merancang dan melaksanakan aktiviti keceriaan sekolah. 10. Memastikan program sukatan untuk semua dilaksanakan di sekolah. 11. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing – masing. PANDUAN TUGAS AJK KECIL 1. JAWATANKUASA AMAL ISLAMI / FIRQAH 1.1 Mengadakan mesyuarat dan minit serta menyediakan waktu aktiviti. 1.2 Menyediakan tempat, kawasan yang sesuai untuk mengadakan aktiviti. 1.3 Melantik guru firqah dan membuat pengagihan murid mengikut firqah. 1.4 Memperkemaskan dan menyiapkan peralatan yang sesuai dengan acara yang dijalankan. 1.5 Memberikan perancangan pentingnya diadakan ihtifal dan Amal Islami. 1.6 Mengadakan undang – undang dan disiplin bagi setiap acara yang diadakan. 1.7 Memastikan keselamatan dan kesihatan kepada murid yang menyertainya. 1.8 Menyediakan hakim – hakim khas dalam acara yang diadakan. 1.9 Mengadakan acara persembahan dan pertandingan di kalangan murid. 1.10 Membuat laporan keseluruhan tahunan tentang aktiviti dan pencapaian. 2. JAWATANKUASA PERAYAAN DAN PENGHAYATAN ISLAM/SUKAN 2.1 PERAYAAN DAN PENGHAYATAN ISLAM 2.1.1 Merancang program pembangunan Insan Kamil. 2.1.2 Melaksanakan program penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan. 2.1.3 Merancang dan melaksanakan aktiviti Hari Kebesaran Islam. 2.1.4 Menyediakan Jadual Waktu Beribadah secara berjemaah di surau. 2.1.5 Merancang dan menyelenggarakan surau sekolah. 2.1.6 Menyelaras program yang dianjurkan oleh agensi – agensi luar. 2.1.7 Memastikan akhlak mulia dipraktikkan oleh murid sepanjang sesi persekolahan. 2.2 SUKAN 2.2.1 Mengadakan dan merancang bentuk sukan yang sesuai kepada murid. 2.2.2 Menyelenggarakan peralatan dan tempat ( stor ). 2.2.3 Menyelenggarakan tempat yang sesuai.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 67 /2023 GURU PENYELARAS TAHAP 1 & 2 SENARAI TUGAS 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam kelas di bawah jagaannya, persetujuan Guru Penolong Kanan perlu diminta terlebih dahulu. 2. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan. 3. Membantu membuat pengagihan buku. 4. Membantu Penolong Kanan HEM memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan. 5. Memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari semasa ke semasa. 6. Bekerjasama bagi menyiapkan sijil – sijil di peringkat sekolah dan sijil berhenti. 7. Bekerjasama menyempurnakan analisa ujian dan peperiksaan. 8. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik – bilik peperiksaan. 9. Menyelaras tahap 2 sekali gus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan PSRA. 10. Memastikan guru kelas memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir – butir pelajar dalam buku pendaftaran. 11. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan di pejabat. 12. Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Guru Besar. 13. Menjalankan tugas – tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. GURU BERTUGAS HARIAN SENARAI TUGAS 1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang – kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang – kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir. 2. Memastikan bilik – bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu, kipas dan tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawasi pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah. 4. Mengawasi kebersihan bilik darjah, tandas, kantin, bilik – bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/rumah. 7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon. 8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang dari sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 9. Menguruskan hal – hal bersabit kehilangan barang – barang. 10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 11. Mencatatkan kegiatan – kegiatan sekolah seperti ihtifal, firqah yang dijalankan. 12. Membuat laporan di dalam buku laporan bertugas yang disediakan dan jika perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil. 13. Semasa perhimpunan :- a) Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. b) Memastikan bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan. c) Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 68 /2023 GURU KELAS SENARAI TUGAS 1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari, Ketua Kebersihan dan Ketua Keceriaan. 1.2 Menentukan perkara berikut, ada dalam kelas :- - Jadual Waktu - Jadual Kelas - Kalender - Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan guru - Papan hitam dan lain – lain diinventorikan/senarai inventori kelas - Moto Kelas - Alatan pembersih kelas ( penyapu,bakul sampah dan pengaut sampah ) 1.3 Menentukan kawalan elektrik kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 1.4 Melaporkan perabot yang peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. 1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar Tabung ini adalah bagi tujuan berikut :- a) Keceriaan kelas b) Kebajikan murid 2. JADUAL KEDATANGAN DAN KEHADIRAN PELAJAR 2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat – lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan murid di pejabat. 2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis. 2.3 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas. 3. LAPORAN MURID, SIJIL BERHENTI DAN SURAT AKUAN 3.1 Memastikan setiap murid mempunyai kad kemajuan. 3.2 Mengisikan markah danmembuat laporan kemajuan pelajaran di dalam kad kemajuan bagi setiap semesta / penggal / bulan ( fail ). 3.3 Menyampaikan kad kemajuan murid kepada ibu bapa. 4. MASALAH PERBELANJAAN, KESIHATAN DAN DISIPLIN 4.1 Memberi galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap pelajaran. 4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah ( jika perlu ). 4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. 4.4 Mengambil tindakan dan melaporkan kepada guru yang berkenaan jika terdapat kemerosotan pelajar, masalah kesihatan, melanggar disiplin dan ponteng sekolah. 5. BUKU TEKS DAN BANTUAN 5.1 Memastikan semua murid memiliki buku teks. 5.2 Mengenal pasti murid yang layak untuk diberi buku pinjaman. 5.3 Memastikan murid dapat memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan. 5.4 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 69 /2023 6. KUTIPAN YURAN DAN DERMA 6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus. 6.2 Mengutip derma PIBG. 6.3 Mengutip wang peperiksaan bagi tahun 6. 6.4 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat. 6.5 Mengeluarkan kutipan yuran dan lain – lain kepada Penolong Kanan I. 7. PENDAFTARAN PELAJAR BARU 7.1 Menerima kemasukan pelajar baru. 7.2 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku pendaftaran murid dan mendapatkan nombor pendaftaran dari buku pendaftaran daripada Penolong Kanan HEM. 7.3 Menentukan menerima kad kemajuan murid dari sekolah yang terdahulu. 7.4 Mengambil butir – butir diri yang diperlukan. 8. MURID KELUAR/PINDAH 8.1 Memastikan kad kemajuan, fail murid dihantar ke pejabat. 8.2 Memastikan buku teks telah dipulangkan. 9. AMAL ISLAMI DAN KO KURIKULUM 9.1 Menggalakkan murid – murid bergiat cergas dalam latihan Amal Islami dan juga aktiviti Kokurikulum. KERANI ( KEWANGAN ) SENARAI TUGAS 1. Mengurus dan menyelenggara semua akaun sekolah ( Buku Tunai/Wang Runcit/ SUWA ). 2. Merekod dan mengemaskini Buku Tunai. 3. Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit rasmi sekolah : 3.1 Menerima wang tunai/cek dll dan merekod dalam buku tunai atau daftar kutipan harian. 3.2 Menyedia dan mengeluarkan resit rasmi sekolah. 3.3 Menyemak buku resit yang dikeluarkan dari stok. 3.4 Mengumpul dan menyerahkan semua kutipan wang tunai, cek, wang pos dll untuk dibankkan oleh Guru Besar. 4. Menguruskan semua jenis bayaran yang dibayar di bawah akaun sekolah : 4.1 Menerima dan menyemak invois, penyata atau dokumen tuntutan dan dokumen sokongan. 4.2 Menyediakan baucer bayaran dan dokumen tuntutan. 4.3 Menyedia baucer bayaran dan dokumen sokongan. 5. Menyelenggara Daftar Bil termasuk rekod pembatalan cek. 6. Mengurus dan menyelenggara cek dari segi pembatalan, penggantian dan penahanan cek. 7. Menyimpan selamat segala dokumen yang berkaitan dengan kewangan yang dalam kegunaan dan yang telah digunakan. 8. Menyediakan Penyata Tahunan untuk diaudit bagi Akaun ( SUWA, Buku Tunai/Panjar Wang Runcit ). 9. Mengurus, merekod dan mengemaskini slip deposit tunai. 10. Menyedia dan menyelenggara semua borang – borang kewangan dan fail – fail perakaunan sekolah. 11. Menerima dan menyemak Penyata Akaun Semasa Bank dan membuat Penyata Bulanan.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 70 /2023 12. Lain – lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari semasa ke semasa. PEMBANTU TADBIR N19 SENARAI TUGAS 1. Menaip surat – surat pejabat,surat – surat pelajar, surat disiplin dan lain – lain yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah. 2. Menyediakan borang – borang, surat pengesahan dan lain – lain surat. 3. Mengemaskini Rekod Cuti Guru dan Staf Sokongan serta lain – lain cuti. 4. Menerima,merekodkan surat – surat dan memasukkan ke dalam fail yang ditetapkan. 5. Mengurus dan mengemaskini fail – fail pejabat. 6. Menjawab panggilan telefon, menerima pesanan guru/pelajar serta menyampaikan pesanan kepada pihak yang berkenaan. 7. Menguruskan Buku Kehadiran Guru/Staf Sokongan. 8. Menguruskan pendaftaran dan pengesahan murid baru. 9. Menyediakan kad perakam waktu guru dan staf sokongan. 10. Mengemaskini retan bulanan. 11. Menaip minit mesyuarat pengurusan sekolah. 12. Lain – lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa. PEKERJA AM RENDAH TANGGUNGJAWAB PEKERJA 1. Sentiasa berpakaian yang sesuai dan menjaga tingkahlaku. 2. Menjaga keselamatan nyawa dan harta benda. 3. Bertanggungjawab penuh terhadap sebarang kerosakan harta benda sekolah akibat kelalaian pekerja. 4. Memastikan kaawasan dan bangunan sekolah sentiasa bersih dan selamat. 5. Mengisi borang tuntutan setiap akhir bulan. 6. Berjimat cermat dalam menggunakan peralatan yang disediakan. BIDANG TUGAS 1. Membersihkan kawasan sekolah :- 1.1 Memotong dan meracun rumput. 1.2 Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buangan sampah. 1.3 Menyapu di kaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput. 1.4 Membersihkan tandas, longkang dan stor. 2. Menjaga dan menyelenggara mesin rumput dan peralatan – peralatan lain. 3. Memastikan stok peralatan PRA sentiasa lengkap dan cukup. 4. Menanam dan menjaga pokok – pokok bunga/pokok. 5. Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program upacara rasmi sekolah. 6. Membaik pulih peralatan/perabot sekolah yang rosak. 7. Memastikan peralatan/perabot tidak terbiar di merata tempat. 8. Melaporkan kepada Guru Besar tentang kerosakan tandas, paip dan lain – lain untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 71 /2023 9. Menjalankan tugas – tugas lain yang diarahkan Guru Besar atau Penolong Kanan dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SENARAI TUGAS 1. KEWANGAN 1.1 Membaca dan memahami pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa ke semasa. 1.2 Memesan dan mendaftar buku resit kepada guru kelas. 1.3 Mengagihkan buku resit kepada guru kelas. 1.4 Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank. 1.5 Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan ( pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek ). 1.6 Menyediakan Buku Tunai. 1.7 Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai. 2. KESELAMATAN SEKOLAH 2.1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh PAID dan JAIS. 2.2 Merancang program keselamatan Institusi sekolah seperti :- a) Keselamatan lalulintas b) Keselamatan bangunan dan perabot c) Keselamatan di bilik – bilik khas 2.3 Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, polis trafik, bomba, JKR/JKR Elektrik. 2.4 Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar. 2.5 Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi. 2.6 Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi. 3. HARTA BENDA SEKOLAH 3.1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh PAID dan JAIS. 3.2 Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Buku Inventori. 3.3 Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut peraturan. 3.4 Mengenalpasti keperluan perabot. 3.5 Memastikan sistem Inventori dilaksanakan. 3.6 Memastikan semakan Inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun. 3.7 Mengurus semua harta benda termasuk membaiki dan menyelenggara bil yang perlu. 3.8 Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat. 3.9 Menetapkan dan melaksanakan peraturan – peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar. 4. PERANCANG SEKOLAH 4.1 Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, dewan, kantin, surau serta kawasan sekolah. 4.2 Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. 4.3 Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah semasa yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan lain – lain. 4.4 Menyelaras pelaksanaan segala program yang dirancang pelaksanaannya. 4.5 Merancang Taqwim sekolah.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 72 /2023 4.6 Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual. 4.7 Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian kurikulum seperti peperiksaan PSRA. 5. MAJLIS RASMI SEKOLAH 5.1 Menentukan majlis rasmi sekolah, tarikh, masa dan tempat. 5.2 Menentukan tetamu ke hormat dan jemputan. 5.3 Pengagihan tugas jawatankuasa kecil :- 5.3.1 Jemputan 5.3.2 Sambutan / Protokol 5.3.3 Persiapan Tempat 5.3.4 Jamuan 5.3.5 Pengacara 5.3.6 Perhiasan Pentas 5.3.7 Teknik ( Siaraya ) 5.3.8 Seranta 5.3.9 Hadiah / Cenderamata 5.3.10 Teks ucapan / kata – kata aluan 5.3.11 Buku Aturcara 5.3.12 Disiplin dan Keselamatan 5.3.13 Kebersihan dan Keceriaan 5.3.14 Persembahan 5.3.15 Pameran 5.3.16 Penyelaras Upacara 5.4 Menentukan jadual kerja dan senarai semak. 5.5 Laporan dan penilaian majlis. 6. JAMUAN RASMI SEKOLAH 6.1 Mengadakan mesyuarat serta merta apabila diminta oleh Guru Besar dan kekerapan mesyuarat adalah mengikut sesuatu majlis atau lawatan – lawatan dari luar. 6.2 Menyediakan menu jamuan dengan persetujuan Guru Besar. 6.3 Membuat anggaran perbelanjaan dan berbincang tentang sumber kewangan yang hendak digunakan. 6.4 Membuat tempahan barangan atau kuih/lauk jika difikirkan perlu. 6.5 Menyediakan dan menghiaskan tempat jamuan. 7. KEBAJIKAN 7.1 Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 7.2 Mengenal pasti sesiapa yang memerlukan bantuan kebajikan. 7.3 Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat. 7.4 Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain – lain. 7.5 Menguruskan semua derma dan bantuan dalam dan luar dari semasa ke semasa. 8. STATISTIK 8.1 Menyediakan data pelajar mengikut kelas dan jantina. 8.2 Menyediakan data maklumat guru mengikut jantina,gred,kategori,opsyen dan lain – lain. 8.3 Menyediakan penyata bulanan pelajar dan guru. 8.4 Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah dan lain – lain. 8.5 Menyediakan carta atau graf pencapaian kurikulum pelajar. 8.6 Menyediakan data pelajar yang menerima bantuan. 8.7 Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 73 /2023 8.8 Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi. 8.9 Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah. JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SENARAI TUGAS 1. Membantu pihak sekolah dalam hal – hal kewangan. 2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi kurikulum dan kokurikulum. 3. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan disiplin dan sahsiah pelajar sekolah. 4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan dan kebersihan sekolah. 5. Membantu memperlengkapkan kemudahan – kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertingkatkan P & P. 6. Mempereratkan hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 7. Menghadiri upacara rasmi sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat AJK dan mesyuarat agung tahunan. *Guru Besar adalah sebagai penasihat dalam jawatan PIBG. JAWATANKUASA KELAB GURU & KAKITANGAN ( STAF ) SENARAI TUGAS 1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program – program tahunan dan menetapkan yuran / sumbangan guru. 2. Merancang program untuk meningkatkan keceriaan bilik staf. 3. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik staf. 4. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar, pencen dan menyambut staf baru. 5. Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staf yang meninggal. 6. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama guru – guru, Penolong Kanan dan Lembaga Pengawas. 7. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan dan riadah untuk ahli. 8. Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang/lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatan. 9. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf. *Guru Besar adalah sebagai penasihat dalam jawatankuasa Kelab Staf.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 74 /2023 UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA PEKAN SEMENYIH OBJEKTIF 1. Melatih dan membiasakan pelajar mematuhi undang – undang dan peraturan yang ditetapkan. 2. Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan seharian yang seimbang dari aspek jasmani, rohani dan intelek. 3. Melahirkan pelajar yang penyayang, berakhlak mulia dan merilmu pengetahuan. 4. Memupuk semangat berbakti kepada sekolah, negeri dan Negara seterusnya menjadi pelajar yang berwawasan. 5. Mempertingkatkan pengurusan pentadbiran sekolah supaya pelajar dapat menerima didikan yang sempurna. *Undang – undang dan peraturan ini mestilah dipatuhi oleh semua murid. Mereka yang didapati melanggar peraturan akan diberi dua kali amaran, selepas kesalahan yang ketiga tindakan sewajarnya akan diambil terhadap murid berkenaan. 1. KEHADIRAN 1.1 Kehadiran pada hari – hari persekolahan adalah wajib termasuk hari – hari tertentu yang dikehendaki oleh pihak sekolah. 1.2 Murid yang tidak hadir atas sebab – sebab kesihatan atau sebab ibubapa atau penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah melalui surat. 2. PAKAIAN 2.1 Pakaian seragam sekolah yang mesti dipakai oleh setiap murid adalah seperti berikut :- Pakaian murid lelaki Pakaian murid perempuan 2.2 Kasut Putih 2.3 Lencana 3. RAMBUT 3.1 Mesti mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid Lelaki : Potongan kemas, pendek dan bersih. Tidak dibenarkan mengikut fesyen potongan semasa. : Sepasang baju melayu cekak musang berwarna putih dan bersampin hijau tua serta diwajibkan memakai songkok hitam. Pemakaian kopiah putih tidak dibenarkan. : Berbaju kurung putih dan berkain hijau tua serta diwajibkan memakai tudung putih ( mini telekung ). Tidak dibenarkan memakai tudung berfesyen ( bermanik dan sebagainya ). : Diperbuat daripada kain/kanvas dan bertapak getah/plastic atau seumpamanya. : Setiap murid mesti memakai lencana sekolah yang dilekatkan di sebelah kiri baju dan tudung.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 75 /2023 4. BARANG KEMAS 4.1 Murid – murid dilarang membawa atau memakai sebarang barang kemas semasa berada di sekolah. PERINGATAN a) Setiap murid mesti ada sekurang – kurangnya dua pasang pakaian seragam sekolah. b) Pakaian atau seluar mestilah mengikut ukuran yang ditetapkan, tidak terlalu ketat dan longgar. c) Murid mesti sentiasa berpakaian bersih dan kemas. d) Murid tidak dibenarkan memakai selipar. e) Kasut mesti sentiasa putih dan bersih ( dikapur jika perlu ) dan hendaklah dipakai bersama stoking berwarna putih, tidak dibenarkan memakai stoking berbelang. f) Murid perempuan diwajibkan memakai telekung untuk solat Asar. 5. BARANG – BARANG YANG DILARANG DIBAWA KE SEKOLAH 5.1 Murid – murid dilarang membawa barang – barang berharga tanpa satu – satu sebab/tujuan yang dibenarkan. 5.2 Murid – murid dilarang sama sekali membawa sebarang ‘objek’ yang membahayakan keselamatan awam seperti senjata tajam atau bahan letupan dan sebagainya ke sekolah. 5.3 Murid – murid dilarang sama sekali membawa sebarang benda atau bahan cetak yang berunsur lucah ke sekolah. PERINGATAN Jika ada murid yang melakukan perkara seperti di perenggan 5.2 dan 5.3 di atas, tindakan tegas akan diambil serta barang berkenaan akan dirampas. 6. KESELAMATAN HARTA BENDA MURID 6.1 Setiap murid bertanggungjawab terhadap keselamatan barang atau harta benda sendiri.Walaupun pihak sekolah ada mengambil langkah – langkah keselamatan, sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku di sekolah atau kecuaian murid, pihak sekolah tidak boleh dipertanggungjawabkan. 6.2 Murid – murid dilarang membawa wang terlalu banyak tanpa sebab atau tujuan yang munasabah. 6.3 Murid – murid dinasihatkan jangan meninggalkan wang samada wang perbelanjaan harian ( wang saku ) mahupun sejumlah wang yang dibawa untuk satu – satu tujuan terutama semasa rehat dan solat Asar atau sebarang masa di mana kelas ditinggalkan. PERINGATAN Murid – murid yang didapati melakukan kesalahan mencuri akan dikenakan hukuman berat. 7. KESELAMATAN PERABOT DAN HARTA BENDA SEKOLAH 7.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah, lebih – lebih lagi harta benda di dalam kelas masing – masing. Sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak sekolah atau guru kelas. 8. KEBERSIHAN BILIK DARJAH 8.1 Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik darjah serta mematuhi Jadual Bertugas Harian yang telah ditetapkan. Bidang tugas adalah seperti berikut :- 8.1.1 Menyapu/membersihkan bilik darjah pada waktu yang ditetapkan. 8.1.2 Membersihkan papan tulis 8.1.3 Menyusun dan mengemas kerusi, meja serta peralatan di dalam bilik darjah.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 76 /2023 8.1.4 Membersihkan habuk – habuk di meja, cermin, tingkap dan sebagainya. 8.1.5 Mengosongkan tong sampah di dalam kelas jika sudah penuh. 8.1.6 Lain – lain seperti yang diarahkan oleh Guru Kelas. 9. BASIKAL 9.1 Basikal hendaklah sentiasa diletakkan di tempat yang dikhaskan di dalam kawasan sekolah dan dikunci. 9.2 Murid – murid hendaklah menunggang basikal mengikut peraturan jalan raya. 9.3 Basikal yang digunakan hendaklah sempurna dan selamat. 9.4 Murid – murid tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan basikal orang lain tanpa mendapat kebenaran dari tuannya terlebih dahulu. 9.5 Murid – murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. 9.6 Jika berlaku kerosakan atau kehilangan diwaktu persekolahan hendaklah diberitahu dengan segera kepada guru yang bertugas/penyelia. 10. SURAT MENYURAT 10.1 Murid – murid tidak dibenarkan mengambil surat – surat dari pejabat sekolah tanpa kebenaran. 10.2 Guru Besar, Penolong Kanan I dan HEM atau penyelia berhak membuka surat – surat murid. 10.3 Murid – murid dinasihatkan agar menggunakan alamat masing – masing untuk urusan surat – menyurat. 20.4 Surat – surat yang ada unsur negatif ( cinta dan sebagainya ) tidak akan diserahkan kepada penerima ( murid ). 11. MENGHORMATI DAN BERAKHLAK MULIA 11.1 Menghormati semua ahli mesyuarat guru, kakitangan sekolah, ketua murid, pengawas, ketua serta penolong ketua darjah dan sebagainya. 11.2 Memberi ucap selamat atau salam kepada semua ahli masyarakat sekolah terutamanya kepada guru – guru. 11.3 Mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain. 11.4 Mengamalkan sikap bertolak ansur, bekerjasama dan bersimpati terhadap kesusahan orang lain. 11.5 Mengamalkan sikap jujur, amanah dan ikhlas, bertanggungjawab serta sentiasa bercakap benar. 11.6 Menjauhi sikap panjang tangan, memulangkan harta benda milik orang lain yang dijumpai kepada pihak sekolah atau pihak yang berkenaan. 11.7 Sentiasa memohon kemaafan jika melakukan kesilapan kepada guru, kakitangan dan rakan – rakan. 12. BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMATUHI ARAHAN 12.1 Melaksanakan tugas – tugas yang diamanahkan. 12.2 Menjaga keselamatan harta benda sekolah. 12.3 Memulangkan harta benda sekolah yang dipinjam dengan baik dan selamat. 12.4 Menyiapkan kerja – kerja rumah ‘homework’ yang diarahkan oleh guru. 12.5 Mematuhi arahan guru, pengawas atau ketua. 12.6 Sentiasa menepati masa. 12.7 Sentiasa menjaga nama baik sekolah. 12.8 Sentiasa bersopan dan berkelakuan baik. 13. LARANGAN 13.1 Murid – murid tidak dibenarkan masuk ke tempat – tempat ini tanpa kebenaran a) Pejabat Guru Besar, Pejabat Penolong Kanan dan Pejabat Am.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 77 /2023 b) Bilik Pusat Sumber – Perpustakaan. c) Kedai Sekolah. d) Bilik Guru. e) Stor Barang. f) Bahagian Dalam/Dapur Kantin. g) Bilik Darul Shifaq. h) Tandas Guru. i) Tandas Lelaki – bagi murid perempuan. j) Tandas Perempuan – bagi murid lelaki. 13.2 Di hari – hari persekolahan ( 7.20 pagi – 5.35 petang ) murid – murid tidak dibenarkan meninggalkan/keluar dari kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. Murid yang hendak mengikuti kegiatan kokurikulum di sekolah kebangsaan hendaklah mendapatkan keizinan dari pihak sekolah terlebih dahulu. 13.3 Di sebelah pagi murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan sekolah melainkan dengan tujuan tertentu yang dibenarkan oleh pihak sekolah. 13.4 Dilarang membuang sampah dan meludah di merata – rata tempat terutama di bangunan sekolah. 13.5 Dilarang menconteng, melukis/menulis di merata – rata tempat terutamanya di bangunan sekolah. 13.6 Dilarang melakukan pergaduhan, berkomplot atau melibatkan diri dengan mana – mana kumpulan yang tidak sihat samada di dalam / di luar sekolah. 13.7 Menceroboh kawasan atau mana – mana bahagian sekolah dengan apa maksud sekalipun adalah merupakan kesalahan yang berat. 13.8 Murid – murid dilarang sama sekali melakukan / melibatkan diri dengan jenayah sekolah. 13.9 Murid – murid dilarang melibatkan diri dengan kegiatan peras ugut. 13.10 Murid – murid tidak dibenarkan berniaga di kawasan sekolah. 13.11 Murid – murid dilarang melakukan perbuatan atau sebarang aktiviti yang merbahaya di sekolah. PERINGATAN Murid – murid yang didapati melakukan perkara – perkara berikut yang dianggap kesalahan berat ( 13.6 hingga 13.12 ) akan dikenakan tindakan / hukuman yang berat seperti dibuang sekolah dan sebagainya. 14. SOAL SIASAT 14.1 Guru/pihak sekolah berhak membuat pemeriksaan soal siasat terhadap semua murid yang disyaki terlibat dengan kes – kes salahlaku seperti mencuri dan sebagainya. 14.2 Ibubapa/penjaga murid akan dipanggil ke sekolah sekiranya masalah disiplin anak – anak mereka tidak dapat diselesaikan oleh pihak sekolah. 15. WAKTU PERSEKOLAHAN 15.1 Loceng pertama akan dibunyikan pada 7.20 pagi pada ( sesi pagi ) dan 2.20 petang ( sesi petang ). Semua murid mesti berada di sekolah 10 minit sebelum watu mata pelajaran pertama bermula. Murid yang bertugas pada hari tersebut dikehendaki datang lebih awal. 15.2 Waktu belajar tahap 1 dan 2 mengikut jadual berikut :- SESI PAGI *Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi – 11.00 pagi *Waktu rehat tahun 1,2 & 3 9.15 pagi – 9.45 pagi *Loceng akan dibunyikan di awal dan di akhir waktu rehat.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 78 /2023 SESI PETANG *Isnin hingga Jumaat 2.30 petang – 5.30 petang *Waktu rehat tahun 1-6 4.00 petang – 4.20 petang *Loceng akan dibunyikan di awal dan di akhir waktu rehat. 16. PERATURAN KANTIN 16.1 Setiap murid mesti beratur semasa membeli makanan, tidak berebut – rebut dan membuat bising. 16.2 Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah. 16.3 Dilarang mengotorkan meja dan lantai kantin dengan sisa makanan atau bahan bungkusan. Gunakan tong sampah. 16.4 Gunakan paip air di kantin dengan baik dan bersih, pastikan sinki tidak tersumbat dan elakkan pembaziran. 16.5 Pinggan mangkuk yang digunakan hendaklah dikumpulkan pada tempat yang disediakan. Jangan tinggalkan di atas meja. 16.6 Murid tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan. 17. PERHIMPUNAN MINGGUAN 17.1 Perhimpunan diadakan pada tiap – tiap hari Isnin jam 7.30 pagi – 8.15 pagi untuk sesi pagi dan 5.00 petang – 5.30 petang untuk sesi petang, semua murid dimestikan hadir. Pada tempoh tersebut tiada seorang murid pun dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mendapat kebenaran dari guru terlebih dahulu. 17.2 Semua murid dikehendaki bersama – sama :- a) Membaca doa b) Menasyidkan Asma Ul Husna dan selawat ke atas Nabi junjungan besar Muhammad S.A.W. 18. GERAK KERJA KO KURIKULUM ( Kelab/Persatuan & Permainan ) 18.1 Aktiviti ini dijalankan setiap 2 minggu sekali dari jam 5.00 petang – 6.05 petang pada hari Jumaat untuk murid tahap 2. 18.2 Semua murid adalah diwajibkan hadir dan turut serta dalam aktiviti yang ditetapkan. 18.3 Pihak sekolah berhak meminda tarikh Kokurikulum samada membatalkan atau menangguhkan aktiviti tersebut dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan. 19. MENGGUNAKAN KEMUDAHAN KEDAI SEKOLAH 19.1 Kedai sekolah dibuka pada setiap hari. 19.2 Murid – murid digalakkan membeli barang – barang keperluan sekolah di kedai sekolah. 19.3 Murid – murid hanya dibenarkan berurusan dengan kedai sekolah pada masa yang ditetapkan sahaja. 20. ARAHAN – ARAHAN AM 20.1 Sebelum pukul 2.00 petang, murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali murid yang bertugas sahaja. 20.2 Murid yang sakit dan kurang sihat tidak digalakkan datang ke sekolah, penjaga murid adalah dinasihatkan supaya membawa anak mereka ke klinik/hospital serta memaklumkan ketidakhadiran anak mereka samada dengan surat atau menghubungi pihak sekolah. 20.3 Khidmat diri, murid hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas, menyimpan kuku panjang adalah tidak dibenarkan. 20.4 Tidak dibenarkan memakai cat kuku, alat solek serta bau – bauan tetapi penggunaan minyak rambut adalah digalakkan agar rambut kelihatan kemas dan rapi.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 79 /2023 20.5 Murid – murid dilarang menggunakan perkataan kurang sopan, biadap atau lucah. 20.6 Murid lelaki dilarang sama sekali mengganggu murid perempuan walau dalam keadaan apa sekalipun terutama perkara – perkara yang boleh menyinggung perasaan atau menjatuhkan maruah. 20.7 Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kelas atau pihak sekolah. Tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut – turut tanpa sebab yang munasabah akan diambil tindakan/amaran. 20.8 Ibubapa/penjaga yang hendak berjumpa guru kelas atau mengambil anak mereka sebelum waktu pulang mestilah melalui Guru Besar, Penolong Kanan I dan Pen. Kanan HEM terlebih dahulu. 20.9 Murid yang menghadapi sebarang masalah bolehlah merujuk kepada Guru Kaunseling untuk menyelesaikan masalah tersebut. 20.10 Sebarang kecederaan murid hendaklah dilaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas dengan segera.
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 0 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 0 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 1 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 2 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 3 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 4 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 5 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 6 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 7 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 8 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 9 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 10 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 11 /2023
Panduan Pengurusan Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih 12 /2023