The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN
AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN
MASJID JANNATIN NA'IM
KG PARIT MADIRONO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mia Channel, 2023-02-10 01:23:03

MINIT MESYUARAT SESI 2022

PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN
AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN
MASJID JANNATIN NA'IM
KG PARIT MADIRONO

MINIT MESYUARAT PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID JANNATIN NA’IM KAMPUNG PARIT MADIRONO TARIKH : 11 SEPTEMBER 2022 ( AHAD ) MASA : 09.00 MALAM TEMPAT : MASJID JANNATIN NA’IM KG. PARIT MADIRONO, BENUT.


MINIT MESYUARAT PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID JANNATIN NA’IM KG PARIT MADIRONO, BENUT, JOHOR. TARIKH: 11 September 2022 ( Ahad ) MASA: 09.00 malam Tempat: Masjid Jannatin Na’im Kg Parit Madirono Kehadiran: Rujuk Lampiran 1 Agenda: 1. Kata-kata Aluan Pengerusi Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022; 2. Pembubaran AJK Pengurusan Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022; 3. Pembentukan AJK Pengurusan Masjid Jannatin Na’im sesi 2023/2025; 4. Pembentangan Kewangan Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022; 5. Pembentangan Usul; 6. Penutup. 1. Kata-kata Aluan Pengerusi Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022 1.1 Pengerusi menjemput Ketua Kampung Kaw 10 Mukim Benut selaku Penasihat Masjid Jannatin Na’im memimpin bacaan doa. 1.2 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk-penduduk Kg Parit Madirono yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini. 1.3 Beliau menyatakan antara tujuan utama mesyuarat adalah untuk melantik ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Jannatin Na’im bagi sesi 2023/2025. 1.4 Pengerusi juga menyampaikan salam kemaafan bagi pihak setiausaha yang tidak dapat bersama dalam mesyuarat kali ini. 1.5 Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa pengurusan sesi 2020/2022 kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh tersebut.


2. Pembubaran AJK Pengurusan Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022 Pencadang: En. Mohd Khrib Bin Hj Sayuti Penyokong: Tn. Hj Samsolamri Bin Nasoha 3. Pembentukan AJK Pengurusan Masjid Jannatin Na’im sesi 2023/2025 3.1 Pengerusi sementara memberikan penerangan tentang jawatan yang akan dipertandingkan serta cara undian, iaitu melalui sokongan dari semua ahli mesyuarat. Jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut: 3.1.1 Pengerusi 3.1.2 Timbalan Pengerusi 3.1.3 Setiausaha 3.1.4 Penolong Setiausaha 3.1.5 Bendahari 3.1.6 6 orang AJK Kecil 3.2 Jawatan Pengerusi 3.2.1 Pencalonan Pertama – Tn Hj Wahkitan Bin Hj Basri Pencadang: En. Razak Bin Mohsinon Penyokong: En. Mahni Bin Jais 3.2.2 Pencalonan Kedua – En Sanin Bin Hj Sabijan Pencadang: Tn Hj Wahkitan Bin Hj Basri Penyokong: Tn Hj Samsolamri Bin Nasoha 3.2.3 En. Zulkifly Bin Hj Adnan mencadangkan agar cadangan pencalonan jawatan pengerusi ditutup. En. Mohd Khrib Bin Hj Sayuti menyokong cadangan tersebut. 3.2.4 Pengundian telah dimenangi oleh En. Sanin Bin Hj Sabijan dan ahli mesyuarat sebulat suara melantik Tn. Hj Wahkitan Bin Hj Basri selaku Timbalan Pengerusi.


3.3 Jawatan Setiausaha 3.3.1 En. Mohd Yazid Bin Tugiran mencadangkan jawatan Setiausaha diserahkan kepada En. Rahmat Bin Mohtar. Cadangan disokong oleh En. Mohd Isa Bin Hj Haron. Jawatan penolong setiausaha akan disandang oleh En. Zulkifly Bin Hj Adnan. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. 3.4 Jawatan Bendahari 3.4.1 Tn Hj Wahkitan Bin Hj Basri mencadangkan jawatan Bendahari dikekalkan kepada En. Razak Bin Mohsinon. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. 3.5 Jawatan AJK Kecil 3.5.1 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima pelantikan ahli jawatankuasa kecil seperti berikut: - Tn Hj Samsolamri Bin Nasoha - En. Mohd Alias Bin Hj Basri - En. Mohd Khrib Bin Hj Sayuti - En. Mohd Isa Bin Hj Haron - En. Mohd Yazid Bin Hj Tugiran - masih dalam pertimbangan ( lantikan wanita )


Nama Jawatan Nama Penyandang Pengerusi En. Sanin Bin Hj Sabijan Timbalan Pengerusi Tn. Hj Wahkitan Bin Hj Basri Setiausaha En. Rahmat Bin Mohtar Penolong Setiausaha En. Zulkifly Bin Hj Adnan Bendahari En. Razak Bin Mohsinon Ahli Jawatankuasa Kecil Tn. Hj Samsolamri Bin Nasoha En. Mohd Alias Bin Hj Basri En. Mohd Khrib Bin Hj Sayuti En. Mohd Isa Bin Hj Haron En. Mohd Yazid Bin Tugiran - Lantikan Wanita - 3.6 Ahli mesyuarat bersetuju dengan pertukaran nama dua ( 2 ) orang penandatangan cek/pengeluaran wang dari akaun Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jannatin Na’im yang terdiri daripada antara tiga ( 3 ) penjawat utama iaitu Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha.


4. Pembentangan Kewangan Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022 4.1 Pembentangan rekod kewangan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jannatin Na’im sesi 2020/2022 oleh En. Razak Bin Mohsinon adalah seperti berikut: Butiran Pendapatan Perbelanjaan Baki Baki di bawa ke hadapan ( sehingga Sept 2022 ) Transaksi Pengeluaran ( sehingga Sept 2022 ) Faedah Bank Baki tunai di tangan Tabung Anak Yatim ( sehingga Sept 2022 ) 41685.00 31101.00 10584.00 4.2 En. Mahni Bin Jais telah membuat pembentangan kewangan bagi Tabung Anak Yatim. Beliau juga memberi sedikit penerangan berkaitan kewangan tersebut di mana keutamaan penerima akan diberikan kepada Karian Masjid Jannatin Na’im, Asnaf, Fakir Miskin dan lain-lain. 4.3 Sebulat suara bersetuju untuk agihkan RM500.00 sebulan kepada Rumah Anak Yatim dan setiap penyerahan hendaklah besertakan dengan resit penerimaan.


5. Hal-Hal Lain 5.1 En Mohd Alias Bin Hj Basri memberi sedikit penerangan berkaitan Khairat Kematian. Beliau juga mencadangkan untuk ‘standbykan’ 3 set kelengkapan kain kafan bagi jenazah lelaki dan wanita. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Pengerusi mengarahkan agar En Talib Bin Abu mengeluarkan duit Khairat Kematian sebanyak RM810.00 dan diserahkan kepada En Mohd Alias Bin Hj Basri. Tindakan: En Talib Bin Abu 5.2 Kariah Masjid memohon agar dapatlah kiranya membuat permohonan bagi pembesaran kawasan meletak kenderaan dan mencadangkan meletak culvert disepanjang parit dalam anggaran 100 meter dan ditimbus tanah serta di Tar. Perkara ini akan diajukan kepada Pejabat Ahli Parlimen. Tindakan: En Rahmat Bin Mohtar 5.3 Tn. Hj Samsolamri Bin Nasoha mencadangkan penambahan sistem penghawa dingin sebanyak 2 unit dan juga pemasangan CCTV bagi mengelakkan berlakunya kecurian duit tabung masjid. Tindakan: En Razak Bin Mohsinon 5.4 En Mohd Yazid Bin Tugiran mencadangkan pembaikan bumbung Masjid dibahagian hadapan yang sering bocor. Ahli mesyuarat meminta mencari tukang bagi rekabentuk agar perkara kebocoran tidak berulang lagi. Tindakan: En Mahni Bin Jais 5.5 Tn Hj Jailani Bin Abd Kadir meminta agar dapatlah kiranya lampu dan juga kipas yang rosak dapat dibaikpulih segera bagi keselesaan semua Jemaah. Tindakan: En Sabri Bin Jamin


6. Hal-Hal Lain 6.1 En Sanin Bin Hj Sabijan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jannatin Na’im Kg. Parit Madirono sesi 2023/2025 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli di atas kepercayaan menerajui Masjid Jannatin Na’im. Beliau mengakui bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah berat tetapi berusaha untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan masjid. 6.2 Beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2023/2025 kerana telah terpilih menerajui Masjid Jannatin Na’im. Beliau mengingatkan kepada semua ahli agar berlapang dada dengan teguran yang diterima demi kebaikan bersama. 6.3 Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada ahli jawatankuasa sesi 2020/2022 di atas jasa bakti yang telah ditaburkan sepanjang tempoh tersebut. 6.4 Pengerusi menjemput semua penduduk Kg Parit Madirono agar sama-sama terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak jawatankuasa pengurusan masjid termasuklah aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya. 6.5 Ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jannatin Na’im sesi 2023/2025 ( Bilangan 1 tahun 2023 ) akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh: 09 Feb 2023 Masa: 09.00 malam Tempat: Masjid Jannatin Na’im Kg Parit Madirono Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.48 malam.


Minit disediakan oleh; …………………………………… En Rahmat Bin Mohtar Setiausaha JKP Masjid Jannatin Na’im sesi 2023/2025 Minit disemak oleh; …………………………………… En Sanin Bin Hj Sabijan Pengerusi JKP Masjid Jannatin Na’im sesi 2023/2025


EN. SANIN PENGERUSI EN. RAHMAT SETIAUSAHA EN. ZULKIFLY PEN. SETIAUSAHA EN. RAZAK BENDAHARI TN. HJ WAHKITAN TIMB. PENGERUSI TN. HJ SULAIMAN IMAM 1 TN. HJ ARSHAD IMAM 2 EN. TALIB BILAL 1 TN. HJ JAILANI BILAL 2 EN. MAHNI PENASIHAT EN. MOHD ALIAS TN. HJ SAMSOLAMRI EN. MOHD KHRIB EN. MOHD ISA EN. MOHD YAZID -VACANT-


Bil Nama 1 En Mahni Bin Jais 2 Tn Hj Wahkitan Bin Hj Basri 3 En Sanin Bin Hj Sabijan 4 En Zulkifly Bin Hj Adnan 5 En Razak Bin Mohsinon 6 Tn Hj Samsolamri Bin Nasoha 7 En Mohd Alias Bin Hj Basri 8 En Mohd Khrib Bin Hj Sayuti 9 Tn Hj Jailani Bin Abd Kadir 10 En Talib Bin Abu 11 Tn Hj Zakaria Bin Toha 12 Hj Tugiran Bin Suraji 13 En Mohd Isa Bin Hj Haron 14 En Mohd Yazid Bin Hj Tugiran 15 En Rahmat Bin Mohtar 16 En Sabri Bin Jamin


Click to View FlipBook Version