The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.
Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British.
Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar koleksi telah musnah.
Dua tahun selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1959, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk merekabentuk Muzium Negara yang dicadangkan dibina di atas tapak runtuhan Muzium Selangor. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1962 dan pada 31 Ogos 1963, bangunan Muzium Negara akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke–III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizalmuntasim, 2018-08-09 10:04:19

Muzium Negara Kuala Lumpur - Zaman Prasejarah & Era Kolonial

Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.
Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British.
Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar koleksi telah musnah.
Dua tahun selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1959, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk merekabentuk Muzium Negara yang dicadangkan dibina di atas tapak runtuhan Muzium Selangor. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1962 dan pada 31 Ogos 1963, bangunan Muzium Negara akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke–III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

MUZIUM NEGARA

KUALA LUMPUR

ZAMAN PRASEJARAH
&

ERA KOLONIAL

UCAPAN KETUA

PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah
membangunkan laman web yang baru untuk Muzium
Negara.

Muzium Negara selaku mercu tanda negara berper-
anan sebagai wadah pameran dan peragaan identiti
kebangsaan menerusi penceritaan sejarah dan kebu-
dayaan negara. Para pengunjung berpeluang men-
genali dengan lebih lanjut mengenai Malaysia meneru-
si pengisian galeri-galeri dan program-program yang
dianjurkan.

Selaras dengan aspirasi 1Malaysia, Muzium Negara
turut bertindak sebagai instrumen pendidikan ke arah
merapatkan persefahaman, integrasi dan toleransi di
kalangan rakyat. Kepelbagaian warisan yang dicanai
daripada asimilasi berbilang kaum yang terpelihara di
Malaysia menonjolkan kesatuan menerusi kepelbaga-
ian yang unik dan jarang dilihat di persada dunia.

Sebagai menyahut ledakan ICT yang berkembang pe-
sat, laman web ini diharapkan dapat bergerak selari
dengan tuntutan generasi baru yang inginkan mak-

lumat di hujung jari. Ia juga berfungsi sebagai tingkap
bagi menggamit sanubari para pengunjung dari dalam
dan luar negara untuk tampil melawat Muzium Negara.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan
positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web
ini untuk manfaat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Muzium
Negara.

“Kunjungi Muzium”

ABSTRAK

Muzium Negara, sebuah bangunan indah berciri-
kan senibina Melayu tradisional berdiri megah di
tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai
gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Neg-
ara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008,
tampil lebih menarik dan interaktif dalam memba-
wa pengunjung menerokai sejarah Malaysia ber-
mula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.
Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletak-
kan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia,
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

ZAMAN
PRASEJARAH

Zaman

Zaman Paleolitik atau juga dikenali dengan Zaman Batu
Awal merangkumi suatu jangka masa yang panjang, iaitu
sejak kewujudan manusia hingga sekitar 10,000 tahun silam.
Di Malaysia, bukti awal menunjukkan aktiviti manusia zaman itu
bermula sejak 30,000 tahun dahulu. Zaman ini dicirikan melalui
penggunaan peralatan batu untuk menetak dan peralatan
daripada serpihan batu yang lain. Sebagai contoh, di Kota
Tampan, peralatan zaman ini ditemui di dalam lapisan debu
gunung berapi Toba yang bertarikh 75,000 tahun dahulu.
Masyarakat Paleolitik juga dikatakan mengamalkan cara
hidup berpindah randah, memburu haiwan, menang-
kap ikan dan memungut serta mengumpul tumbuh-tum-
buhan sebagai sumber makanan. Mereka juga men-

Paleolitik

jadikan gua sebagai tempat berteduh dan bermalam.
Kebanyakan tapak Paleolitik terletak berdekatan dengan
tasik-tasik kuno dan tebing-tebing sungai yang menjadi
sumber utama untuk mendapatkan makanan dan batu.
Perkembangan budaya Zaman Paleolitik di Malaysia berlaku
di dua kawasan utama, iaitu di Lembah Lenggong, Perak dan
di Lahad Datu, Sabah. Tapak-tapak di Lembah Lenggong
ialah di Kota Tampan, Kampung Temelong, Kampung Bukit
Jawa dan Kampung Lawin, manakala tapak-tapak di seki-
tar Lahad Datu ialah di Mansuli, Samang Buat dan Makuau.
Selain itu, terdapat juga tapak-tapak Paleolitik di Tingkayu,
Baturong dan di dalam gua di Pulau Balambangan, Sabah.
Di Sawarak pula, bukti Paleolitik hanya dijumpai di Gua Niah.



Tengkorak Homo Saphiens

Dijumpai di Gua Cha, Kelantan yang
bertarikh 8,000 tahun dahulu.

Homo Sapiens Skull

Penemuan tengkorak ini mendedah-
kan bukti pertama kehadiran manu-

sia kira-kira 40,000 tahun dahulu di
Gua Niah, Sarawak.





Kapak Batu Berbahu

Kapak Batu Berbahu dijumpai di Se-
berang Perai, Pulau Pinang.

Fungsinya adalah sebagai alat pahat
atau alat untuk mengerjakan kayu.

Alat

Batu

Alat batu yang mempunyai garisan sil-
ang-menyilang bagi mengetuk dan
melembutkan kulit kayu untuk dijadikan
pakaian. Dipercayai telah wujud 72,000 ta-
hun dahulu. Ditemui di Tingkayu, Sabah.



Alat Kerakal
Puing

Zaman

Sekitar 4000 tahun lalu, masyarakat di rantau Asia telah men-
galami perubahan besar dan tamadun baharu dalam ke-
hidupan mereka. Ini dicapai menerusi teknologi yang dinamik
dalam menghasilkan alatan batu, tembikar, pemggunaan
api dan sebagainya dalam kehidupan mereka. Zaman ini
dinamakan Zaman Neolitik atau Zaman Bati Baharu. Zaman
ini dicirikan menerusi kewujudan peralatan baharu seperti
beliung dan kapak, yang dicanai licin dalam pelbagai ben-
tuk, dan penggunaan alat perhiasan diri serta tembikar yang
meluas. Mereka juga dikatakan mempunyai kemahiran dan
pemgetahuan tentang jenis batu dan tanah yang sesuai un-

tuk membuat peralatan.

Neolitik

Masyarakat Neolitik turut menjalankan kegiatan bercucuk
tanam, menternak haiwan dan mungkin terlibat dalam per-
dagangan atau pertukaran barangan. Mereka menggu-
nakan pakaian yang diperbuat dari kulit kayu. Perkemban-
gan, pengalaman dan amalan hidup yang mereka alami
telah dirakamkan melalui lukisan dinding-dinding batu kapur.

Alat-Alat Tembikar Yang Di

itemui Pada Zaman Neolitik

Bahan-bahan pewarna yang digu-
nakan pada lukisan gua.

Hermatit
Arang

Pengkebumian Kubur Ba

atu Kepingan Kubur batu kepingan mer-
upakan amalan mas-
yarakat pesisir pantai di
Lembah Bernam, Per-
ak terutama di Sungkai,
Changkat Mentri dan Slim
River. Teknik pengkebu-
miannya menggunakan
kepingan-kepingan batu
granit yang disusun bertin-
dih menyerupai kubur di-
mana bahagian kepalanya
lebih lebar dari bahagian
kaki. Meskipun tiada rangka
manusia ditemui di dalam
kubur ini semasa kerja-kerja
penyelidikan dan eskavasi
arkeologi dilakukan, tetapi
ahli-ahli arkeologi menemui
bahan-bahan perhiasan
kubur yang ditanam ber-
sama seperti periuk tem-
bikar, manik-manik kaca
dan batu serta alat-alat
besi. Bukti-bukti ini menun-
jukkan bahawa amalan bu-
daya kubur batu kepingan
dipercayai bermula pada
zaman logam kira-kira 300
sebelum Masihi, berterusan
ke zaman protosejarah dan
tamat sebelum 1400 Masihi.

Manik-manik dari
tapak arkeologi
Zaman Logam di Se-
menanjung Malaysia.

Rantai daripada
cangkerang Brotia
Costula dan Brotia
Spinosa. Ditemui di
Gua Harimau, Leng-

gong, Perak.

ERA
KOLONIAL

Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Me-
layu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di
bawah cengkaman kuasa asing bermula dari pen-
jajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka.
Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing si-
lih berganti kepada Belanda hingga penguasaan
British dan Jepun di samping ancaman Siam yang

berterusan menjajah bumi Melayu ketika itu.

Faktor utama yang menjadi tarikan kuasa asing ter-
hadap bumi Melayu adalah kedudukannya yang
strategik di persimpangan Selat Melaka iaitu di antara
jalan perdagangan timur dan barat serta kekayaan
hasil buminya. Mereka datang untuk menguasai per-
dagangan rempah dan mengekploitasi hasil bumi
khususnya bijih timah yang mendapat permintaan
tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perin-
dustrian pada awal kurun ke 18. Penguasaan kua-
sa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan lebih
400 tahun. Sepanjang tempoh ini, kekayaan negara
dibolot dan anak tempatan ditindas dan dinafikan
hak mereka sehingga membawa kepada bibit-bibit
kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketua-

nan di tanah air sendiri.

Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-pe-
rubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penja-

jah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Pedang

Beberapa jenis pedang samurai Jepun
yang digunakan oleh tentera Jepun keti-

ka menjajah Tanah Melayu.

Kapal Korek

Sebuah daripada kapal korek Malaysia yang terbesar,
dibina pada tahun 1938, dibina semula pada tahun 1963
dan diperlengkapkan khususnya untuk kerja di kawasan
‘tailing’. Kapal korek ini bertenaga elektrik dengan 2004
kuasa kuda, pontoonnya sepanjang 75 meter dan 19.5
meter dan 19.5 meter lebar. Ia mempunyai 117 pence-
dok keluli mangan, setiap satu dengan isi padu 0.51 me-
ter, berkemampuan menggali sedalam 31.5 meter.

Kapal korek menyerupai sebuah
kilang yang terapung di tasik bua-
tan dengan lantai, dinding dan
atapnya yang datar. Kapal Korek
mempunyai satu talian pence-
duk yang berat untuk mengaut
dan mengangkut tanah ke da-
lam badan kapal korek. Tanah
tersebut akan dihancurkan oleh
pancutan air semasa memasuki
silinder yang berputar manakala
bahan-bahan yang mengand-
ungi timah akan disalurkan ke loji
pemisah pertama di mana un-
sur-unsur mineral berat yang ter-
kumpul. Kapal korek yang besar
mampu mengorek sedalam 200
meter di bawah permukaan air
dalam satu operasi yang berter-
usan selain berkeupayaan men-
gendalikan sehingga lebih tiga
suku juta meter padu bahan se-
tiap bulan. Kapal korek pertama
telah diperkenalkan oleh Malay-
an Tin Dredging Ltd. di kawasan
timah Lembah Kinta pada tahun
1913. Menjelang 1940, terdapat
123 buah kapal korek beroperasi
dan ini merupakan jumlah rekod

Duit Syiling

Duit Syiling Negeri Selat Duit Syiling Selat Zaman
Zaman Pemerintahan Ratu Pemerintahan Raja Edward

Victoria. VII.

Trumpet

Pistol British

Pistol ini merupakan sen-
jata pertahanan yang
digunakan oleh British.

PISTOL

Senjata Eropah yang digunakan sekitar abad ke-15 dan
16. Pistol ini merupakan salah satu senjata yang digunakan
oleh tentera Belanda semasa petempuran dengan Por-
tugis di Kota Melaka.

‘FINLOCK’

Pisau dan Benet British

Matanya diperbuat daripada besi yang diasah hingga tajam dan berkilat.
Hulunya dibuat daripada kayu rungus yang berteminkan besi. Sarungnya
juga diperbuat daripada kayu rengas dengan ukiran pada bahagian hujung
dan ‘mulut’ sarung . Manakala lubang yang menembusi sarung adalah un-

Perjanjian Pangkor merupakan satu peristiwa penting
dalam sejarah Malaysia yang menandakan bermu-
lanya penglibatan British secara rasmi dalam pentad-
biran negeri-negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditan-
datangani di antara Raja Abdullah, Perak dengan Sir
Andrew Clarke yang mewakili pihak British pada 20
Januari 1874 di atas sebuah kapal milik British, HMS Plu-
to di Pulau Pangkor, Perak. Di antara syarat perjanjian
ini termasuklah Pengiktirafan Raja Abdullah sebagai
Sultan perak dan Baginda dikehendaki menerima seo-
rang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta
dan diikuti dalam setiap perkara kecuali perkara-per-

Perjanjian
Pangkor

kara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat
orang-orang Melayu. Melalui perjanjian inilah, Sistem Res-
iden telah diperkenalkan oleh British di tanah Melayu dan
James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W Birch telah
dilantik sebagai residen British pertama di Perak. Walau
bagaimanapun, Birch telah melanggari beberapa perka-
ra dalam perjanjian ini khususnya yamg berkaitan dengan
adat resam orang Melayu dan agama Islam. Tindakan
Birch telah mengundang padah apabila orang Melayu
yang tidak berpuas hati telah bangkit bertindak balas se-
hingga membawa kepada peristiwa pembunuhannya
pada 2 November 1875.

Tokoh-Tokoh Ilmuwan
Tanah Melayu



SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada ta-
hun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Mu-
zium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan
Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan
kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.

Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzi-
um Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Neg-
eri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengu-
rusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah
di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British.

Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor tel-
ah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan
oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945.
Akibatnya, sebahagian besar koleksi telah musnah.

Dua tahun selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1959,
kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe un-
tuk merekabentuk Muzium Negara yang dicadangkan di-
bina di atas tapak runtuhan Muzium Selangor. Pembinaan-
nya telah dimulakan pada tahun 1962 dan pada 31 Ogos
1963, bangunan Muzium Negara akhirnya siap sepenuhnya
dan dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke–III Tuanku
Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Muzium Selangor 1899-1945 Bangunan sementara Muzium
Negara 1953-1959


Click to View FlipBook Version