Mesyuarat
AGUNG TAHUNAN PIBG
Laporan Kewangan
2021
LAPORAN KEWANGAN MULAI
1 JANUARI 2021 - 11 OKTOBER 2021
RUMUSAN SUMBANGAN
PERKARA JUMLAH
4,325.00
A MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG & MESYUARAT AJK PIBG -
B PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SEKOLAH/ HAL EHWAL MURID / 12,848.62
SAHSIAH & DISIPLIN 4,470.00
-
C PENINGKATAN AKADEMIK & KURIKULUM
18,473.50
D KO-KURIKULUM & KO - AKADEMIK 12,740.00
E PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 305.00
F PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN SEKOLAH 8,100.50
RM 61,262.62
G PEMBELIAN ASET
H PROGRAM & AKTIVITI PIBG
I LAIN-LAIN PERKARA
JUMLAH KESELURUHAN SUMBANGAN
50
Mesyuarat
AGUNG TAHUNAN PIBG
Pembentangan Usul
USUL 1
NAMA PENCADANG : Puan Halimah Binti Kulat (Zulhuzaimie Irfan Bin Salim - 1
Intelek)
CADANGAN : 1)Bolehkah semasa mengikuti PdPR secara Google Meet
pelajar memakai baju sekolah.
KEPUTUSAN : Pelajar yang mengikuti PdPR secara Google Meet dibenarkan
untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
USUL 2
NAMA PENCADANG : Pn. Mazlinah Ibrahim (Muhd Nabil Qayyum - 3 Harmoni)
CADANGAN : 1) Jika boleh pihak sekolah menggunakan khidmat RELA iaitu
semasa pergerakan keluar dan masuk pelajar dipantau untuk
keselamatan.
2) Jika boleh pihak sekolah menyediakan pelitup muka (mask)
kepada pelajar kerana hand sanitizer telah disediakan.
KEPUTUSAN : 1) Pihak sekolah akan menggunakan khidmat RELA semasa
minggu pertama sekolah dibuka untuk memastikan
pergerakan keluar dan masuk pelajar mengikut SOP
yang telah ditetapkan.
2) Pihak sekolah akan menyediakan hand sanitizer pelajar dan
pelitup muka (mask) juga akan disediakan untuk pelajar yang
mempunyai masalah pelitup muka (mask) yang hilang atau
rosak.
51
Pembentangan Usul
USUL 3
NAMA PENCADANG : Pn. Zainah Binti Yaakub (Nurul Hanan Shamsuri - 1 Ibnu Sina)
CADANGAN : 1) Saya mencadangkan murid sesi petang dibenarkan berada
KEPUTUSAN di dewan terbuka sebelum sesi pembelajaran bermula untuk
mengelakkan mereka daripada berkumpul di perhentian
bas yang sempit dan sesak.
2) Pihak sekolah juga boleh menyediakan khemah di tepi
padang supaya murid sesi petang boleh menunggu sebelum
sesi pembelajaran bermula.
: 1) Murid sesi petang akan dikumpulkan di dewan terbuka
selepas mereka dibenarkan masuk ke sekolah pada jam
11.20 pagi dan ini juga untuk mengelakkan pertembungan
pelajar pagi yang akan balik jam 12.20 pagi.
2) Pihak sekolah telah membina tempat menunggu yang
berbumbung di tepi kiosk sebelum pagar dibuka
pada jam 11.20 pagi.
USUL 4
NAMA PENCADANG : Pn. Dg Siti Noralam binti Abbas (Muhammad Saif Syarahil - 4
CADANGAN Jaguh)
KEPUTUSAN : : 1) Memandangkan hampir 80% tiada sesi persekolahan pada
tahun ini. Mohon cadangan penambahbaikan manfaat yuran
PIBG khususnya kepada pelajar dikala pandemik dan
pembelajaran PDPR. Contohnya sumbangan gajet untuk
keperluan belajar atau pun data internet dan sewaktu
dengannya agar pembelajaran anak-anak lebih lancar.
Ataupun membangunkan sistem yang boleh diakses oleh
pelajar untuk membuat latihan dan memuat naik tugasan
seperti Google Classroom dan lain-lain.
1) Pihak sekolah telah menerima sumbangan peranti daripada
pihak luar dan sudah diagihkan kepada pelajar.
a) Peranti laptop untuk pelajar tingkatan 3 kategori B40
sebanyak 305 buah.
b) 15 buah peranti sumbangan daripada GLC.
c) 53 buah peranti daripada Syarikat Acacia
52
Mesyuarat
AGUNG TAHUNAN PIBG
Pembentangan Usul
KEPUTUSAN : 2) Sumbangan PIBG juga digunakan untuk menampung percetakan
modul dan juga program kurikulum yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.
USUL 5
NAMA PENCADANG : Pn. Lainah Bansinau (Leonard Georga - 5 Waja)
CADANGAN : 1) Bilakah penyerahan majalah sekolah 2019?
KEPUTUSAN : 1) Majalah sekolah telah diserahkan melalui guru kelas bermula
awal tahun 2021.
USUL 6
NAMA PENCADANG : Pn. Marzielah Binti Amzah (Nurkhairyah Meyza - 3 Gigih)
CADANGAN : 1) Jika sekolah akan dibuka untuk tahun 2022, adakah ibu bapa
perlu membayar yuran persekolahan anak?
KEPUTUSAN : 1) Untuk Sesi Tahun 2022, bayaran Koperasi dan Sumbangan
PIBG perlu dibayar seperti biasa kerana sesi persekolahan
akan bermula selepas bulan Mac 2022.
USUL 7
NAMA PENCADANG : En. Johny b Ebit (Johneior Johny - 3 Gigih)
CADANGAN : "Koperasi Sekolah.
1) Pakaian sukan yang di jual, kurang berkualiti, mudah reput
dan terkoyak, terutamanya seluar panjang sukan berwarna
hitam (Lelaki) Cadangan. Bolehkah pihak sekolah atau pihak
koperasi mencari pakaian sukan yang berkualiti.“
KEPUTUSAN : 1) Kualiti dan harga bersesuaian dengan kemampuan ibubapa.
Semakin bagus kualiti maka semakin tinggi harga baju sukan
tersebut.
53
Pembentangan Usul
USUL 8
NAMA PENCADANG : Pn. Jarnita (Nurshahilayatie - 3 Dedikasi)
CADANGAN : 1) Kekalkan pelajar yg tinggal berdekatan dengan
SMK Tansau supaya ibu bapa senang menghantar dengan
mengambil apabila tiba masa pulang.
KEPUTUSAN : 1) Soalan ini kurang jelas, Jika soalan ibubapa berkaitan
dengan perpindahan pelajar ke SMK Petagas, maka pelajar
yang dipindahkan ke SMK Petagas adalah pelajar yang
tinggal berdekatan sekolah tersebut. (Keutamaan untuk
pelajar Tingkatan 1 (2021) dan Tingkatan 3 (2021).
USUL 9
NAMA PENCADANG : En. A.Hamdan Bin Kasim (Muhammad Hafizudin - 5 Bestari)
CADANGAN : 1) Adakan kelas tambahan secara bersemuka untuk pelajar
SPM
KEPUTUSAN : 1) Jika sekolah sudah dibenarkan untuk beroperasi maka kelas
berfokus (kelas tambahan) akan diadakan mengikut
perancangan sekolah.
USUL 10
NAMA PENCADANG : Pn. Siti Fazidah Rusidi (Zahirah Fauzana binti Zaini - 3 Al
Farabi)
CADANGAN En. A.Hamdan Bin Kasim (Muhammad Hafizudin 5 Bestari)
KEPUTUSAN
: 1) Kekalkan AJK PIBG yg sedia ada
: 1) Keputusan untuk mengekalkan AJK PIBG adalah bergantung
hasil daripada pengisian borang maklum balas dari aplikasi
google form yang sudah diapungkan di dalam group
Whatsapp kelas masing-masing sebelum mesyuarat.
54
Mesyuarat
AGUNG TAHUNAN PIBG
Pembentangan Usul
USUL 11
NAMA PENCADANG : Pn. Azrena Kasmijan (Ayuni Fazilah - 2 Jujur)
CADANGAN : 1) Pihak sekolah tiada boleh paksaan untuk membayar yuran
pibg, sedangkan yuran PIBG hanya sekadar hanya sumbangan
sahaja maka yuran tersebut hanyalah atas budi bicara ibubapa
tu pun bagi ibubapa yg berkemampuan. Dalam masa keadaan
pandemik sekarang banyak keluarga terjejas pendapatan.
Harap pihak sekolah dapat mempertimbangkan hal ini.
2) Mengenai buku latih tubi, dalam tahun ini saja buku latih
tubi langsung tidak di guna pakai pun oleh pelajar adakah
wajib juga untuk pelajar membeli buku latih tersebut?
KEPUTUSAN : 1) Sumbangan PIBG sebanyak RM50 perlu dibayar tetapi
kelonggaran diberikan kepada ibubapa agar dapat membuat
pembayaran secara ansuran 2 atau 3 kali untuk menjelaskan
sumbangan PIBG. Ibubapa mesti mengisi
borang penangguhan pembayaran sumbangan PIBG jika
ada masalah menjelaskan pembayaran tersebut.
2) Buku latih tubi yang tidak sempat digunakan, boleh diguna
pakai pada tahun hadapan.
USUL 12
NAMA PENCADANG : En. Fedores Juinik (Shafiqah Fedores - 2 Bijak)
1) Pengurangan yuran sekolah dan yuran PIBG bagi keluarga
CADANGAN : atau ibu bapa yang terkesan semasa pandemik Covid-19.
2) Sumbangan ikhlas kepada ibubapa yang mengalami
KEPUTUSAN : masalah kewangan kerana pendapatan terjejas dan kehilangan
pekerjaan.
1) Pembayaran koperasi dan sumbangan PIBG diberikan
kelonggaran dengan membayar sebanyak 2 atau 3 kali bagi
menjelaskan pembayaran di atas.
2) PIBG dan Koperasi dan pihak luar telah memberikan
55
Pembentangan Usul
KEPUTUSAN : a) Sumbangan “bakul makanan” kepada keluarga yang terjejas.
b) Pengagihan zakat kepada murid-murid yang miskin oleh Bank
Rakyat dan Pusat Zakat.
c) Sumbangan ‘Back To School” dari Yayasan Mara kepada
murid-murid B40.
USUL 13
NAMA PENCADANG : En. David Davie Lajong (Andrea Anne Longui David - 4
Dinamik)
CADANGAN : 1) Mohon pihak sekolah atau yang berkenaan untuk memantau
murid yg merokok selepas sekolah di luar dgn pakaian sekolah.
Bagi saya memang tidak sesuai murid merokok masih
menggunakan logo sekolah.
KEPUTUSAN : 1) Pihak sekolah hanya oleh melakukan pemantauan dalam
kawasan sekolah sahaja berdasarkan pekeliling yang sedia ada.
2) Pihak sekolah bersedia menerima laporan daripada ibubapa
tentang masalah merokok yang berlaku di luar
kawasan sekolah.
3) Pihak sekolah juga bekerjasama dengan pihak polis untuk
menjalankan rondaan di kawasan yang dimaklumkan
oleh pihak luar dan ibubapa.
56
Mesyuarat
AGUNG TAHUNAN PIBG
Penghargaan
Encik Zaidi Bin Abdullah (Yang Dipertua PIBG SMK Tansau) dan barisan
AJK Tertinggi PIBG menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada;-
1. Warga Pejabat Pendidikan Daerah Penampang
2. Warga sekolah SMK Tansau Penampang
3. Ibu bapa pelajar dan semua murid-murid
SMK Tansau Penampang
di atas kepercayaan, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam
membantu memajukan dan memantapkan Jawatankuasa Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Tansau Penampang sesi 2020/2021 demi menaiktaraf
kemajuan sekolah dan anak-anak kita.
Terima kasih.
57
Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat
Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.
Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.