The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26039911, 2022-09-10 09:32:19

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (KADET POLIS)

KADET POLIS

SMK PERMAS JAYA 3

PERHIMPUNAN
BULANAN

KOKURIKULUM





TARIKH: 11 SEPTEMBER 2022
HARI : AHAD
MASA: 7.30 - 8.05 PAGI
TEMPAT: LEGAR ILMU
PAKAIAN GURU & MURID: BAJU UNIT
UNIFORM
UNIT BERTUGAS : KADET POLIS


#STRIVEFOREXCELLENCE#

TENTATIF MAJLIS :






7.20 PAGI :UCAPAN PENGE
RUSI MAJLIS
7.25 PAGI :NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR

NYANYIAN LAGU NEGARAKU
NYANYIAN LAGU SEKOLAH
7.35 PAGI :BACAAN DOA & IKRAR
7.40 PAGI: LAPORAN GURU BERTUGAS
7.45 PAGI: PENYAMPAIAN SIJIL PENTAULIHAN KRS
7.50 PAGI: UCAPAN AMANAT PENTADBIR OLEH PK
KOKO
8.00 PAGI : PELAPORAN KETUA PERBARISAN (KELUAR

BARIS)
8.05 PAGI : TAMAT

ATUR CARA PENTADBIRAN :

ATUR CARA PENTADBIRAN :

LAGU BANGSA
JOHOR

LAGU NEGARAKU

LAGU SEKOLAH





LAPORAN GURU
BERTUGAS

KETUA GURU BERTUGAS: CIKGU NOR SAZANA




PAGAR PAG
I /BALIK:

1. Masih ramai murid yang hadir s
elepas jam 7.15 pagi.
Segelintir murid yang sama kerap kali hadir lewat selepas jam
7.30 pagi.
2. Namun, tahniah diucapkan kepada murid yang hadir awal.
3. Terima kasih kepada barisan pengawas yang menjaga pagar
kerana membantu menegur kekemasan pakaian rakan-rakan.

KANTIN / LEGAR ILMU:
1. Persekitaran Legar Ilmu bersih dan tiada sampah sepanjang
waktu rehat namun kebersihan harus ditingkatkan di kawasan
kantin kerana terdapat segelintir murid tidak membuang
sampah ke dalam tong sampah malah meninggalkan sampah
di atas meja sahaja.
2. Murid didapati berlengah-lengah untuk masuk ke kelas
selepas tamat waktu rehat jam 10.50 pagi.



KEHADIRAN MURID:
1. Ahad 28/8/22 - 91.4%
2. Isnin 29/8/22 - 85.9%
3. Selasa 30/8/22 - 92.2%
4. Khamis 1/9/22 - 86.2%
5. Purata Peratus Kehadiran Mingguan: 88.93%



Peratus kehadiran adalah tidak memuaskan jika dibandingkan
minggu tersebut dijalankan Peperiksaan Pertengahan Tahun
bagi Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 4. Diharapkan
semua murid cakna dengan hadir ke sekolah setiap hari.

KECERIAAN KELAS:

Kategori Men. Rendah

No.1 : PERALIHAN
TERBILANG

No.2 : 3 HARV
ARD
No.3 : 3 STANFORD




Kelas perlu penambahbaikan :

3C, 1OX, 1C




Kategori Men. Atas

No.1 : 4 MONASH

No.2 : 5 CAMBRIDGE

No.3 : 4 HARVARD




Kelas perlu penambahbaikan :

5OX 1 dan 5 OX2

Senarai nama kadet KRS yang telah lulus ujian
kenaikan pangkat







PEGAWAI
WARAN 1
1. NURHANIS SYAURAH BINTI ABDUL RAHMAN
2. NURHAFIEDA AZATI BINTI AZIZ





PEGAWAI WARAN II
1. INTAN NORAISYA BINTI NORAZMI




STAFF SARJAN
1. FARA DAMIA BINTI KHAIRUSHAIFULAZHAR
2. MOHAMAD SHAHRIL BIN ROBANA
3. MOHAMAD FAKHRUL FIKRI BIN MUHAMAD




SARJAN
1. MOHAMAD SYAMIER SYAWAL BIN SAMSURI

AMANAT BONDA PK KOKURIKULUM : CERGAS,
CERDAS DAN CEMERLAN
G (11 SEPTEMBER 2022)

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, salam keluarga
PJ3
Yang Berusaha, Pn Norsani Binti Basar , Pengetua Cemerlang
SMKPJ3, Yang dihormati Mohd Fazli Bin Jalani Penolong
Pegawai PPD Bahagian Menengah Dan Tingkatan 6.Yang
dihormati Pn Che Siti Rohani Binti Che Ali Penolong Kanan
Pentadbiran, Pn Kamisah Binti Awi Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Barisan Ketua Bidang, Guru-guru dan anak-anak
PERMATA PJ 3 yang dikasihi .

Syukur kepada tuhan saya rafakkan kerana kita diberi
kesihatan yang baik pada hari ini. Selamat kembali ke sekolah
setelah bercuti selama 1 minggu ,tahniah dan syabas moga
hadirnya anak-anak hari ini dengan azam dan pulang nanti
dengan kejayaan.

Masih lagi dengan Tema : CERGAS, CERDAS DAN
CEMERLANG”.Terlebih dahulu suka untuk bonda mengucapkan
tahniah dan syabas kepada Pasukan Kadet Polis Sekolah yang
mengendalikan perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada pagi
ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih dan tahniah
kepada semua guru dan PERMATA PJ 3 yang memakai pakaian
Badan Berunifom masing-masing pada hari ini.

ANAK SPERMATA PJ3 yang dikasihi, Bonda ingin
merakamkan rasa terima kasih dan tahniah kepada anak-anak
yang telah melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti
kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri
mahupun kebangsaan. Tahniah kepada anak-anak dari Pasukan
Kadet Remaja Sekolah yang telah lulus ujian kenaikan pangkat
dan telah dianugerahkan PEGAWAI WARAN 1. PEGAWAI WARAN
11, STAF SARJAN dan SARJAN serta tahniah kepada Ler Yee Huey
mendapat tempat ketiga Beregu Perempuan B18 Badminton
MSSM yang berlangsung di Sarawak baru-baru ini. Beberapa
kejayaan yang diperoleh membuktikan bahawa Permata PJ3
mempunyai potensi diri yang amat baik setanding dengan
pelajar sekolah lain. Kami barisan guru di sekolah sentiasa
berusaha membimbing dan menggembangkan bakat serta
potensi yang ada pada anak-anak melalui pelbagai program di
dalam mahu pun di luar bilik darjah. Justeru kami
mengharapkan penglibatan yang menyeluruh dan padu dari
semua Permata PJ3

Seterusnya bonda mengharapkan agar anak-anak
Permata bijak mengurus masa dengan baik agar wujud
keseimbangan dalam mengurus kurikulum dan kokurikulum
anak-anak. Suka bonda mengingatkan bahawa setiap murid
mesti mendaftar dalam Pasukan badan Beruniform, Kelab
Persatuan Dan Sukan Permainan. Sila semak keahlian anak-
anak melalui senarai nama keahlian yang telah dilekatkan di
papan notis kelas masing-masing.Saya mohon kerjasama dari
semua guru kelas untuk memastikan semua murid kelasnya
mempunyai keahlian tersebut begitu juga dengan rumah
sukan mereka.

Akhir kata, ingat anak-anak , Tuhan menjadikan anak-anak
semua dalam keadaan sempurna dan berpotensi untuk
berjaya… lantaran itu berusaha dan berjuanglah anak-anak
dengan kesungguhan yang padu, gunakanlah segala
kecergasan, kecerdasan yang ada pada diri anak-anak untuk
beroleh kecemerlangan dalam pelbagai bidang.Kami barisan
guru sentiasa membimbing dan berdoa untuk kejayaan anak-
anak. Penuhilah waktu di sekolah ini secara berkualiti untuk
meraih sesuatu yang membanggakan semua.
Sekian terima kasih dan selamat menimba ilmu. ,.

SAYA SAYANG SEMUA..

SEJARAH PENUBUHAN KADET POLIS

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah
pasukan beruniform yang wujud di seluruh
sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang
berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar
sekolah dan berupaya mengelakkan diri
mereka daripada segala kegiatan negatif yang
mampu merugikan diri sendiri.

Idea penubuhan kadet polis ini telah
dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang
kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin
Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan
Kadet Polis pada 2 Mac 1970.

Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet
akan dipilih dari murid-murid sekolah
menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan
PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula
adalah guru-guru sekolah tersebut dan
Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri.
Peraturan ini adalah bagi kemudahan
pentadbiran.

ORGANISASI



Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama
seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan
kepada Kompeni dan Platun.
Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari
sebuah sekolah sahaja yang anggotanya semua lelaki atau semua
perempuan.
Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh
seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant
Polis.
Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru
Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang
Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua
Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah
di mana Pasukan ini berada.
Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang
pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal.
Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah
dan yang lain penuntut sekolah.




TUJUAN PENUBUHAN

Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah

Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral,
mental dan fizikal;

Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan
murid-murid sekolah; dan Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah

MAKSUD LOGO KADET POLIS

CONTOH PEMAKAIAN BAJU UNIFORM
KADET POLIS

#STRIVEFOREXCELLENCE#
#CERGAS,CERDASCEMERLANG#

#UNITKOKO2022#


Click to View FlipBook Version