EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU NAMA NO. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN ANIS MARLISSA BINTI ANUAR 2020042340088 010310-05-0134 MADIHAH HANAN BINTI AZMI 2020042340095 991031-03-5610 NORHIKMAH BINTI ADELA 2020042340099 010715-13-0626 KUMPULAN : BM (SK) 2 AMBILAN JUN 2020 NAMA PENSYARAH : CIK.HJH.INTAN BAIDURI BINTI ABU BAKAR
SOALAN TUTORIAL Bincangkan dalam kumpulan dan hasilkan flipbook bagi salah satu atau dua anjakan di dalam dokumen PPPM (2013-2015). Perbincangan perlu menganalisis anjakan dari aspek pencapaian sehingga fasa Gelombang Ketiga pelan tersebut. Bentangkan flipbook tersebut semasa sesi tutorial seterusnya ● Anjakan 8 & 9
ANJAKAN 8 MENTRANSFORMASIKAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014. Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013 Anjakan 8: Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai 2016
Gelombang 1 (2013 - 2015) : Menetapkan semula peranan dan mengukuhkan JPN dan PPD ● Membangunkan visi yang jelas ● Menetapkan semula peranan dan tanggungjawab Kementerian, JPN dan PPD ● Meningkatkan pelaksanaan bersama oleh Bahagian di Kementerian ● Memperkukuh kepimpinan JPN dan PPD ● Menempatkan SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa ● Meningkatkan pengurusan prestasi dan pembinaan keupayaan semua pegawai JPN dan PPD ● Menyatukan sistem pengumpulan dan pengurusan data untuk membina platform yang kukuh bagi membuat keputusan
1. Membangunkan visi yang jelas 01 02 03 04 Kerjasama dengan agensi pusat, khususnya JPA dilakukan bagi menentukan dengan jelas organisasi Kementerian yang distruktur semula. Kerjasama ini merangkumi bukan sahaja peranan, struktur organisasi serta bilangan pegawai dan saluran pelaporan di Kementerian, JPN dan PPD . Kementerian akan mengenal pasti peluang bagi mengukuhkan fungsi teras Bahagian-Bahagian iaitu BPPDP, BPK, BPG, LP dan JNJK Langkah meningkatkan keberkesanan fungsi kelima-lima Bahagian ini: memberikan lebih kuasa membuat keputusan, dengan mengubah status mereka kepada badan bebas atau pusat kecemerlangan
2. Menetapkan semula peranan dan tanggungjawab Kementerian, JPN dan PPD Kementerian: ● Mengekalkan fungsi penggubalan dasar dan perancangan makro; Jabatan Pendidikan Negeri ● Memberi tumpuan kepada penyelarasan & penyampaian rancangan ● Menjadi penghubung antara penggubal dasar dengan pelaksana di peringkat bawah ● Memantau kemajuan setiap PPD dan menggalakkan kerjasama serta perkongsian amalan terbaik di seluruh daerah. Pejabat Pendidikan Daerah ● Rakan pembantu & pemantau sekolah selari dengan Program Transformasi Daerah. ● Saluran komunikasi utama kepada sekolah
● PPD dibenar meluluskan pertukaran pengetua/guru besar dan guru dalam daerah ● JPN meluluskan pertukaran antara daerah di dalam negeri masing-masing, ● Kementerian masih mempunyai kuasa meluluskan pertukaran antara negeri.
3. Meningkatkan pelaksanaan bersama oleh Bahagian di Kementerian ● Kementerian membangunkan 1 Agenda KPM iaitu satu agenda yang merangkumi semua inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Bahagian-Bahagian dengan setiap inisiatif menjurus kepada Bahagian peneraju. Kementerian akan menjajarkan insentif melalui perkongsian untuk setiap inisiatif. ● Sebagai contoh, KPI bagi meningkatkan standard kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap 1 ialah prestasi murid dalam ujian tapisan literasi Bahasa Inggeris (di bawah LINUS) Kementerian berhasrat menggalakkan lebih banyak kerjasama dalam kalangan Bahagian. ● Contoh, Kementerian akan mengkaji pelaksanan latihan merentas Bahagian dan program pinjaman pegawai yang berkebolehan antara Bahagian.
4. Memperkukuh kepimpinan JPN dan PPD ● Menilai prestasi pemimpin JPN dan PPD sedia ada berdasarkan kompetensi kepimpinan. Kaedah penilaian yang jelas akan dibangunkan untuk setiap kompetensi kepimpinan bagi membolehkan penilaian secara objektif dibuat. ● Pemimpin dikelaskan dalam kumpulan berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Mereka yang tergolong dalam kumpulan berprestasi sederhana dan rendah diberi sokongan bagi membina kebolehan meningkatkan mutu kepimpinan mereka. ● Pemimpin JPN dan PPD yang gagal mempamerkan peningkatan walaupun setelah diberi sokongan, akan dinilai semula dan mungkin dipindahkan untuk mengisi jawatan lain.
5. Menempatkan SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa 1 2 3 Jawatan sepenuh masa di PPD, pembimbing akan dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas sebagai mentor dan membina hubungan yang kukuh dengan guru dan pengetua/guru besar. SISC+ dan SIPartner+ akan dilantik daripada pelbagai jawatan sedia ada seperti Guru Cemerlang, Pengetua Cemerlang, pensyarah IAB dan IPG, FasiLINUS serta pegawai JPN dan PPD sedia ada. 2013: lebih 350 SISC+ (dengan tumpuan awal kepada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Matematik), dan SIPartners+ dijangka dapat ditempatkan bagi membantu kajian rintis Program Transformasi Daerah di Kedah dan Sabah.
6. Meningkatkan pengurusan prestasi dan pembinaan keupayaan semua pegawai JPN dan PPD Kementerian memberikan penerangan jelas tentang hasrat perubahan aktiviti harian pejabat dan pegawai. Sebagai contoh, anjakan peranan daripada tugas pentadbiran sematamata kepada tugas perancangan dan penyelarasan Pihak PPD menerima bimbingan tentang anjakan tugas kepada sokongan dan perkongsian amalan terbaik dengan pihak sekolah. Program ini meliputi tajaan / pinjaman kewangan kepada pegawai Kementerian untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran mengikut kesesuaian
7. Menyatukan sistem pengumpulan dan pengurusan data untuk membina platform yang kukuh bagi membuat keputusan Pembinaan suatu dashboard bersepadu membolehkan Kementerian mendapat maklumat relevan dan tepat bagi menganalisis prestasi dengan pantas hinggalah ke setiap sekolah Kementerian akan menggunakan 1BestariNet sebagai platform utama bagi menggabung semua data. Kementerian melatih kakitangan pangkalan data bagi memastikan mereka mampu menyediakan perkhidmatan kemasukan dan sintesis data. Persetujuan dengan pihak berkepentingan utama tentang suatu kaedah seragam bagi menyebarkan maklumat secara berkala akan diusahakan.
● Mengukuhkan fungsi teras Kementerian kepada lima Bahagian iaitu BPPDP, BPK, BPG, LP & JNJK ● Memberi keutamaan kepada fungsi pengurusan dan pentadbiran teras seperti kewangan, ICT, pembangunan & perolehan. ● Penstrukturan semula berlaku bagi: ○ Menyediakan asas yang kukuh bagi inisiatif yang dilaksanakan. ○ Meningkatkan keberkesanan organisasi dan produktiviti sumber. Gelombang 2 (2016 - 2020): Melaksanakan penstrukturan semula Kementerian secara menyeluruh Menstruktur semula Kementerian untuk mengukuhkan fungsi teras dan memperkemas peranan. Organisasi JPN & PPD akan ditentukan mengikut kluster: ○ Kurikulum ■ Menyelia kurikulum mata pelajaran, pentaksiran & pedagogi. ○ Pengurusan sekolah ■ Menyelia pengoprasian sekolah (memantau inisiatif bukan akademik, KWAMP) ○ Kewangan, Modal Insan, Perolehan & Pentadbiran ■ Mengurus kewangan, perakaunan, penyelenggaraan sekolah dan perolehan pentadbiran. Memberi lebih kuasa & kebertanggungjawaban kepada JPN & PPD
JPN & PPD mempunyai kluster yang sama namun peranan & tanggungjawab yang berbeza-beza.
Memperluas pengurusan berasaskan sekolah & autonomi Apabila kualiti sistem pendidikan bertambah baik: Kementerian akan memberi peluang kepada sekolah untuk mencapai kriteria prestasi. Contohnya: Sekolah akan diberi lebih keluwesan dalam pengagihan bajet dan penjadualan kurikulum Kementerian akan menggunakan 1BestariNet untuk memastikan sekolah dilengkapi kemudahan dan amalan terbaik dalam ICT untuk membantu pengurusan berasaskan sekolah.
Gelombang 3 (2021-2025): Memperkukuhkan Kekuatan Organisasi saluran penyampaian bagi memenuhi kehendak dan jangkaan rakyat akan dapat diperkukuh menyediakan segala sistem dan proses bagi menyokong pencapaian objektif mengaitkan kompetensi dengan prestasi bagi semua pegawai, dan membolehkan kemajuan berasaskan kompetensi yang lebih pantas. mengiktiraf sekolah yang meningkatkan prestasi secara berterusan
Produktiviti Sumber Objektif: ● memastikan keberhasilan murid dimaksimumkan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan ● keutamaan akan diberikan kepada program dan inisiatif yang akan memberi impak besar kepada keberhasilan murid mewajarkan program berimpak rendah supaya sumber kementerian dapat diperuntukkan semula kepada program yang berimpak tinggi; Membangunkan pengurusan kewangan dan perolehan yang lebih strategik dalam Kementerian, termasuk bajet berasaskan hasil Meningkatkan kemahiran kakitangan yang relevan dalam kompetensi yang penting seperti pengurusan nilai. LANGKAH
Kementerian membelanjakan lebih daripada bajet yang diperuntukkan untuk pendidikan “Terdapat perubahan dasar atau keutamaan luar jangka yang memerlukan peruntukan semula dana daripada bidang keutamaan rendah kepada bidang keutamaan tinggi, atau dana tambahan untuk inisiatif baharu.”
ANJAKAN 9 BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016 Anjakan 9: Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti & Sektor Swasta Secara Meluas. Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja
Gelombang 1 (2013-2015): Menyokong Pelibatan Ibu Bapa dan Sektor Swasta 1) Meningkatkan kesedaran melalui kempen pendidikan kebangsaan Membantu ibu bapa, komuniti yang lebih luas dan sektor swasta melakukan perubahan set minda Berfokuskan mesej utama tentang kebertanggungjawaban bersama untuk pendidikan anak-anak ● Memacu pelibatan ibu bapa yang lebih meluas dalam pendidikan anak-anak ● Membangkitkan lebih rasa tanggungjawab dalam komuniti terhadap perkembangan kanak-kanak Menggunakan pelbagai saluran penyebaran & pelbagai bentuk media bagi memastikan kumpulan sasaran didekati secara menyeluruh
2) Melancarkan sarana pelibatan untuk sekolah menyediakan bimbingan yang lebih mantap dan khusus (i)prospektus sekolah dan (ii) pelan pelibatan ibu bapa dan komuniti. mewajibkan setiap sekolah menyediakan prospektus - Memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan aspirasi sekolah, serta peraturan dan perincian lain, supaya ibu bapa sedar tentang tanggungjawab bersama - Sokongan diberikan Matlamat - Menggalakkan PIBG dan komuniti meluaskan fokus - Membantu pihak sekolah membangunkan pelan tersendiri pelibatan ibu bapa dan komuniti Cara sekolah boleh menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.
3) Menyusun semula bantuan kewangan bagi mengukuhkan pelibatan ibu bapa Tujuan ● Membantu keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan kos persekolahan anak Program KWAMP ● Merangsang keluarga berpendapatan rendah meningkatkan pelibatan dalam pendidikan anak dengan pembiayaan yang mensyaratkan ibu bapa dan murid mencapai sasaran dan pencapaian yang diharapkan Langkah keberkesanan ● menyusun semula proses pengagihan ● Bantuan diagihkan setiap enam bulan ● Menghendaki kehadiran minimum yang diwajibkan bagi murid sebagai syarat untuk pengagihan kedua
4) Memudahkan pemberian biasiswa daripada sektor swasta Kementerian menghargai inisiatif dan budi baik sektor swasta di Malaysia kerana menyediakan biasiswa membolehkan murid yang layak dan berprestasi tinggi mendapat akses kepada pendidikan berkualiti serta mencapai potensi mereka sepenuhnya Dalam Gelombang 1, program ini boleh dimanfaatkan dengan memperluas pelbagai pilihan pendidikan berkualiti kepada murid daripada latar belakang yang kurang bernasib baik berupaya menunjukkan impak dalam jangka pendek, sementara kualiti sistem pendidikan masih dalam proses ditingkatkan
5) Meningkatkan program pengambilan sekolah angkat 2006: Kementerian melancarkan program PINTAR (Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility) Menggalakkan syarikat bekerjasama dengan sekolah yang kurang mendapat kemudahan untuk memperkenal teknologi baharu, aktiviti lepas sekolah, projek literasi, klinik pendidikan dan ceramah motivasi kepada murid 292 sekolah dijadikan sekolah angkat oleh 35 rakan korporat (kebanyakannya syarikat milik kerajaan) terus menggalakkan lebih ramai rakan korporat menyertai program ini
6) Memperluas Jaringan Sekolah Amanah Menambah bilangan Sekolah Amanah daripada 10 sekolah perintis sedia ada kepada 20 sekolah menjelang 2015 Penganjur dan jenis sekolah yang dicadangkan akan memerlukan OMA yang berbeza untuk menjayakan program Kementerian akan membangunkan satu rangka kerja terbuka dan menyediakan OMA yang standard Kementerian akan mengeluarkan satu set kriteria kelayakan yang jelas bagi membantu bakal penaja membuat pemohonan
Gelombang 2 (2016 - 2020): Memantapkan pelibatan Ibu bapa belajar dan berkongsi amalan terbaik dalam bekerjasama dan membantu anak mereka dalam proses pembelajaran dan tumbesaran. 01 02 03 1. Memperluas Peranan PIBG PIBG meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti & program di sekolah dalam bidang tadbir urus, pengumpulan dana (derma), tenaga kerja (pengiring, jurulatih Memberi input kepada kepimpinan sekolah tentang aspek menjadikan perkaitan kurikulum kebangsaan dengan konteks setempat, dan kualiti pengajaran serta pembelajaran di sekolah.
2. Pelibatan komuniti lebih luas Aktiviti yang berpusatkan murid (termasuk inisiatif seperti program mentor, lawatan murid, latihan sandaran industri); Melengkapkan sekolah dengan bahan rujukan amalan terbaik tempatan dan antarabangsa untuk mengukuhkan pelibatan, contohnya kelas literasi dewasa. Berpusatkan sekolah (termasuk tajaan peralatan sekolah, bahan bantuan pembelajaran, dan bantuan dalam bilik darjah); dan berpusatkan komuniti (seperti khidmat komuniti, prestasi murid). 01 02 03
3. Memperkemas Sekolah Amanah Penambahan ini membolehkan pelibatan lebih banyak kumpulan penaja sekolah: pihak swasta, pertubuhan komuniti, dan badan alumni serta pelbagai jenis sekolah. Melibatkan sekolah berprestasi rendah (dalam Band 6 atau 7, atau sekolah yang menunjukkan prestasi merosot dalam pencapaian murid), sekolah untuk kumpulan murid berkeperluan khusus Seperti komuniti Orang Asli, Penan dan masyarakat peribumi lain, murid berkeperluan khas, dan sekolah pedalaman serta sekolah kurang murid. Kementerian berterusan membuat penyesuaian OMA untuk menyokong lebih banyak pelibatan pelbagai penaja dan pilihan sekolah dalam program Sekolah Amanah
Gelombang 3 (2021 - 2025): Menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta 01 Menjadikan Sekolah Amanah perintis inovasi Kementerian menjangkakan sebanyak 500 Sekolah Amanah akan beroperasi menjelang 2025 Mempertingkat inisiatif terdahulu untuk menguji amalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Inisiatif ini seterusnya boleh dijadikan amalan dan diguna pakai dalam seluruh sistem pendidikan untuk manfaat semua murid.
02 Menyokong sektor swasta yang memulakan program khas pendidikan Kementerian akan mengkaji pembangunan kaedah alternatif untuk mendapatkan khidmat pakar dalam pendidikan. Langkah ini mungkin lebih relevan untuk menambah baik penyediaan pendidikan kepada komuniti: Langkah ini boleh diperluas ke sekolah khusus seperti sekolah pintar cerdas, sekolah sukan dan sekolah seni. ● Orang Asli ● Penan ● Kumpulan minoriti lain: ○ Murid berkeperluan khas ○ Sekolah pedalaman.
03 Menerokai inovasi pelibatan berterusan ibu bapa, komuniti & sektor swasta Penerokaan bidang lain yang memacu sektor swasta ke arah peningkatan keberhasilan murid Kerjasama dengan syarikat peruncit yang besar untuk kempen literasi. Bidang yang berpotensi ini termasuk pelibatan bidang media untuk kempen pendidikan dan inisiatif pengumuman perkhidmatan awam
Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekian, terima kasih.