PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU (02)
2 JAM
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA BAHAGIAN. Baca arahan bagi setiap bahagian
dengan teliti.
2. Jawab SEMUA soalan.
3. Tulis jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA
BAHAGIAN MARKAH PENUH MARKAH YANG
DIPEROLEH
A 15
B 30
C 15
JUMLAH 50
NAMA : __________________________________________________________________
TINGKATAN : _____________________________________________________________
BAHAGIAN A
[ 15 markah ]
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 “__________ cucilah muka kamu bersih-bersih sebelum tidur,” kata ibu kepada kakak.
A Selama-lamanya
B Setidak-tidaknya
C Seelok-eloknya
D Selewat-lewatnya
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.
2 Pemancing itu __________ kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan.
A menghentak
B menegang
C memintal
D menyentak
3 Tayar motosikal abang __________ kerana tercucuk paku di atas jalan.
A susut
B lembik
C kempis
D bengkok
4 Sufian selalu teringat _________ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan Orang Asli itu.
A akan
B dengan
C kepada
D terhadap
Soalan 5 – 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
5 Teknologi maklumat merupakan bidang yang dapat membantu negara mempercepat proses
A BC
pencapaian status negara maju. Tiada kesalahan.
D
6 Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi
AB C
ke bandar yang berhampiran. Tiada kesalahan.
D
Soalan 7 – 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.
7 I Topi tidak sempadan jika dipakai dengan baju Melayu.
II Rajah segi tiga mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut.
III Sempadan Malaysia-Thailand dikawal dengan ketatnya agar tidak dicerobohi oleh
penyeludup.
IV Tiada sempadan kasih ibu dan ayah kepada anak-anaknya.
A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
8 I Sejak tahun lalu, negeri itu di bawah kekuasaan kerajaan pusat.
II Sebagai manusia, kita tidak mampu menentang kekuasaan Tuhan.
III Orang asing masih kekuasaan syarikat-syarikat besar di Malaysia.
IV Mahana sedar bahawa kekuasaan Bahasa Inggerisnya agak lemah.
A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
Soalan 9-10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
9 Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk menjalankan projek cili fertigasi.
A berhenti kerja untuk
B henti kerja demi untuk
C diberhentikan kerja untuk
D berhenti kerja demi untuk
10 Penempatan guru terlatih itu kebanyakannya bukan di desa tetapi di kota.
A bukan di desa tetapi kota
B tidak di desa dan di kota
C tidak di desa tetapi di kota
D bukan di desa tetapi di kota
Soalan 11-12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11 I Datuk memasukkan anak ayam itu ke dalam reban.
II Bandar itu semakin maju dari setahun ke setahun.
III Dia begitu tenang ketika bercerita tentang kejadian yang mencemaskan itu.
IV Ganesh mewakili sekolah di dalam acara lompat tinggi pada peringkat daerah.
A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
12 I Setiap pagi ayah minum secawan kopi pekat.
II Beberapa buah rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Kampung Gelam.
III Beribu orang berbaris di luar Stadium Melawati untuk membeli tiket perlawanan bola
sepak.
IV Acara sukaneka itu melibatkan semua orang kanak-kanak prasekolah daerah Besut.
A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
Soalan 13 – 15 berdasarkan petikan drama di bawah.
13 Apakah maksud frasa bukan calang-calang?
A Bukan biasa-biasa
B Bukan kelaziman
C Bukan sesuatu yang aneh
D Bukan perkara yang penting
14 Mengapakah Azizi menganggap emak Muzafar berpendirian seperti wanita kolot?
A Kerana enggan memberikan sokongan kepada Muzafar
B Kerana tidak suka Muzafar berkawan baik dengan Azizi
C Kerana tidak membenarkan Muzafar menyertai ekspedisi berkayak
D Kerana menentang hasrat Muzafar untuk melatih orang buta berkayak
15 Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan, kecuali..
A Muzafar dan Azizi bergiat aktif dalam sukan berkayak.
B emak Muzafar tokoh yang disegani di bandar itu.
C Muzafar pernah mengalami peristiwa cemas semasa berkayak.
D sekumpulan peserta cacat penglihatan akan menyertai aktiviti berkayak.
BAHAGIAN B
[30 markah]
1. Dalam setiap iklan di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu
semula.
(i) ______________________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________________
[3 markah]
2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Sungai Kim Kim telah dicemari bahan kimia merbahaya yang dibuang oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
___________________________________________________________________________
(ii) Oleh kerana Tania seorang yang pemalu, dia lebih suka berdiam diri dan kurang bergaul
dengan orang lain.
___________________________________________________________________________
[2 markah]
3. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat
tersebut. Kemudian tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.
(i) Pelayan restoran itu muda-muda belaka.
SUBJEK : ________________________________________________________
PREDIKAT : ______________________________________________________
(ii) Teknologi maklumat tidak dapat dipisahkan dalam bidang pendidikan.
SUBJEK :_________________________________________________________
PREDIKAT : ______________________________________________________
(iii) Pertumbuhan industri kecil dan sederhana semakin meningkat di negara ini.
SUBJEK :_________________________________________________________
PREDIKAT : ______________________________________________________
[3 markah]
4. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut tulis dua peribahasa yang
sesuai.
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________
[2 markah]
5. Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
mengguankan ayat anda sendiri
(i) Berdasarkan Petikan 1 dan 2, jelaskan masalah yang diperkatakan oleh watak.
[2 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(ii) Nyatakan dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut.
[3 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(iii) Kawan merupakan orang yang rapat dengan kita dan berkongsi banyak persamaan. Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih kawan?
[4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.
(i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(ii) Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim
(iii) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah
Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan perwatakan watak utama dengan mengemukakan contoh
peristiwa yang sesuai dengan perwatakan yang ditetapkan.
Novel Watak utama Perwatakan
Tawanan Komander Farhani Penyayang, bertanggungjawab, bijaksana
Caucasus
Hempasan Ombak Farid Penyayang, bersederhana dalam kehidupan,
bersikap rasional
Justeru Impian di Jaring Syahir Tabah menghadapi dugaan, penyayang,
penyabar
Chot Alias Bijak, bertanggungjawab, tidak berdendam
[10 markah]
_____________________________________________________________________________________

BAHAGIAN C
[15 markah]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
kebaikan perbankan Internet. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
Soalan 2
Lihat gambar di bawah dengan teliti.. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.