The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manaf5847, 2021-06-07 11:56:52

Shopee Basic 2.0 - giveaway 2.1

Shopee Basic 2.0 - giveaway 2.1

LANGKAH-LANGKAH
PENDAFTARAN SHOPEE DAN

CARA-CARA MEMULAKAN
PERNIAGAAN
(BASIC)

Shopee adalah antara marketplace yang paling mudah untuk berniaga. Kelebihan Shopee
ialah ia adalah ia mempunyai interface yang menarik, mudah dikendalikan, sistem chat dan
yang paling utama ialah ianya PERCUMA.

Shopee adalah satu-satunya marketplace yang 100% percuma daripada fees, transaction
fees malah withdrawal fees. Shopee tidak mengambil 1 sen pun daripada wang anda
malah Shopee juga mempunyai support yang sangat baik.

Pembeli juga mempunyai kelebihan untuk refund / cancel atau exchange produk
dengan mudah.

PENDAFTARAN

Pendaftaran Shopee adalah yang paling mudah. Anda boleh menjual sebaik sahaja
selesai mendaftar!

Pergi ke https://shopee.com.my/ dan klik pada SIGN UP

Anda seterusnya perlu mengisi maklumat akaun seperti di bawah. Shopee akan
menghantar verifikasi kod ke telefon bimbit anda.

Anda juga boleh memilih untuk mendaftar menggunakan email atau facebook seperti di
atas. Selesai! Mudahkan .. ;)

TETAPAN

Klik di MY ACCOUNT di bahagian atas kanan.

Buat tetapan bagi maklumat diri anda seperti biasa. Jangan lupa untuk meletakkan gambar
bagi kedai Shopee anda ini di sebelah kanan. Ini kerana gambar ini akan dipamerkan kepada
bakal buyer anda. Tanpa gambar, account anda ibarat Facebook akaun tidak bergambar. Of
course ia akan menimbulkan keraguan buyer untuk membeli produk anda.

Kemudian, terus ke bahagian MY ACCOUNT> BANK & CARDS dan isikan maklumat bank anda.
No account di sini adalah no account bagi anda menerima bayaran setiap kali withdraw.

Alamat anda

TETAPAN DI SELLER CENTRE

Klik Seller Centre di atas kiri.

Tetapan yang akan dilakukan seterusnya ialah MY WALLET.

Kemudian, tetapkan MY WALLET pin. MY WALLET adalah bahagian kewangan di mana anda
boleh melihat semua transaksi kewangan anda termasuklah jika anda ingin membuat pengeluaran
wang (akan dihuraikan lebih lanjut pada bab2 berikutnya).

Tetapan seterusnya yang perlu anda lakukan ialah di bahagian SHOP SETTINGS

Tetapan yang wajib dilakukan sebelum memulakan jualan di bahagian SHOP SETTINGS
adalah seperti berikut:

SHOP PROFILE

MY SHIPPING.
Terdapat 2 cara penghantaran di laman Shopee iaitu samaada jika anda menggunakan SHOPEE
SUPPORTED LOGISTICS atau Manual Shipping. Kebiasaannya, Manual Shipping hanya
digunakan jika anda menjual produk secara dropship.
DAYS TO SHIP. Di sini, buat tetapan bagi pemprosesan produk anda dan tempoh yang
boleh anda lakukan untuk membuat penghantaran.

MY ADDRESSES.

MY BANK ACCOUNT / CARD. (jika anda masih belum membuat tetapan sebelum ini di
MY ACCOUNT.
SHOP SETTINGS. Decide samaada anda membenarkan buyer untuk membuat offer bagi
produk anda (ALLOW NEGOTIATIONS) dan juga samaada jika anda membenarkan
buyer menghubungi anda melalui no telefon.

CHAT SETTINGS. Tetapan sistem chat. Sebaiknya, anda wajib menggunakan sistem chat di
Shopee. Saya sendiri menerima beratus2 jualan hasil daripada berunding dengan buyer dengan
sistem chat! Dan jangan lupa meletakkan message di di SEND AUTO-REPLY CHAT in case
anda tidak sempat menjawab soalan buyer. Sekurang2 nya, buyer maklum bahawa akaun anda
‘hidup’ dan masih berfungsi.

Selesai! Itu sahaja tetapan penting yang perlu anda lakukan sebelum membuat listing di Shopee.

2. SHOPEE SELLER CENTRE

1. Shopee Seller Centre adalah seperti di bawah.

2. MY PRODUCTS. Bahagian MY PRODUCTS adalah bahagian di mana anda melihat
listing produk anda. Di bahagian ini juga, anda boleh membuat listing.

3. MY SHOP CATEGORIES. Ia berfungsi sekiranya anda ingin membina kategori sendiri
bagi setiap produk. Ianya seperti anda mempunyai Online Store sendiri dan bakal pembeli
boleh melihat kategori-kategori produk anda.

4. MY SALES. Di bahagian ini anda boleh melihat jualan anda.

a. ALL. Keseluruhan transaksi yang berlaku.
b. UNPAID. Pembelian dari customers yang tidak membayar (sila abaikan jika buyer
tidak membayar).
c. TO SHIP. Order yang perlu anda proses dan hantar kepada pembeli.
d. SHIPPING. Order yang masih dalam proses penghantaran dan menunggu response
dari pembeli untuk pengesahan penerimaan produk.
e. COMPLETED. Order telah selesai dan wang jualan telah dipindahkan ke My Wallet.

f. CANCELLED. Order yang masih atau telah dibatalkan samaada atas persetujuan
anda atau diselesaikan oleh pihak Shopee.
g. RETURN/ REFUND. Order yang masih atau telah di refund / return samaada
atas persetujuan anda atau diselesaikan oleh pihak Shopee.
5. MARKETING CENTRE. MARKETING CENTRE terdiri daripada 2 iaitu MY
DISCOUNT PROMOTION dan MY CAMPAIGNS.

a. MY DISCOUNT PROMOTION. Anda memberi diskaun kepada produk anda dalam
tempoh masa tertentu
b. MY CAMPAIGNS. Anda boleh menyertai kempen / sales yang disediakan oleh
pihak Shopee.
6. MY INCOME. Bahagian di mana anda boleh melihat status pembayaran jualan anda. Di bahagian
ini adalah di mana semua wang jualan masih belum diluluskan oleh pihak Shopee. Jika diluluskan, ia
akan ke bahagian Shopee Wallet (My Wallet).
7. MY WALLET. Juga dikenali sebagai SHOPEE WALLET. Bahagian di mana anda
boleh withdraw wang anda ke akaun bank anda. Witdrawal mengambil masa 2 - 5 hari
(namun kebiasannya mengambil masa 24 jam hari bekerja sahaja).
8. SHOP SETTING. Bahagian tetapan produk anda. Di sini anda boleh membuat tetapan
bagi kedai shopee anda.

9. CHAT. Sistem chat bagi shopee yang anda lihat di bahagian kanan bawah. Amat
mudah untuk berurusan secara direct dengan pembeli / bakal pembeli.

Pengalaman.
Jika anda mempunyai masalah untuk menghantar produk, masalah produk dan lain-lain, anda
boleh direct chat kepada pembeli.
Pengalaman saya, kebanyakkan pembeli di shopee sudah mahir dengan sistem shopee dan
jarang sekali bertanyakan ‘di mana nak tekan’, ‘kat mana nak cari butang cancel’ dan lain-lain.

3. PRODUK LISTING

Bagi membina listing produk, anda terus ke bahagian MY PRODUCTS di Shopee Seller
Centre dan klik ADD A NEW PRODUCT.

Di halaman berikutnya, upload gambar pertama produk anda. Dan di halaman seterusnya, anda
boleh upload gambar produk anda sehingga 9 gambar (max). Ukuran gambar terbaik ialah 640
x 640 pixel.
BASIC INFORMATION.

PRODUCT NAME: Nama produk anda
PRODUK DESCRIPTION: Maklumat lengkap berkenaan produk anda. Tidak seperti Lelong,
Lazada atau 11street, anda tidak boleh menggunakan html di bahagian description. Semua
maklumat adalah secara direct dan gambar tidak boleh diletakkan di bahagian ini. Gambar hanya
boleh dimasukkan di bahagian EDIT PRODUCT IMAGE sahaja.

CATEGORY: Kategori bagi produk anda. Setelah mengisi kategori, anda perlu pula mengisi
beberapa maklumat lain seperti brand, material (material produk) dan lain-lain. Ia
bergantung kepada jenis kategori yang anda pilih.

Contoh adalah seperti di bawah.

Jika anda tidak mempunyai jenama (brand) bagi produk anda, pilih OEM.
PRICE & INVENTORY

PRICE. Isikan harga bagi produk anda,
STOCK. Bilangan stock bagi produk anda.
a. ADD VARIATION. Option atau pilihan produk.

i) Walaubagaimanapun, berbeza dengan Lelong dan 11street, anda boleh meletakkan
variation secara direct. Sebagai contoh, warna Green - RM9.00, Black - RM8.90 dan
lain-lain.

ii) Harga yang anda letakkan bukanlan tambahan kepada harga listing anda seperti
di Lelong atau 11street.
b. WHOLESALE. Ia mempunyai fungsi yang sama dengan SETTING PROMOTION
di 11street. (Akan dihuraikan dengan lebih lanjut pada bahagian akan datang).
i) Seperti contoh di bawah, harga asal ialah RM9. Namun jika pembeli membeli
borong minimum 5, maka harga yang akan beliau perolehi ialah RM8.00 setiap satu.

ii) Begitu juga jika pembeli membeli dengan lebih banyak kuantiti, maka harga
borong yang diterima lebih murah mengikut tetapan anda.
iii) Pada search engine Shopee, produk yang menawarkan wholesale kelihatan seperti
di bawah.

iv) Manakala pada listing anda akan kelihatan seperti di bawah.

SHIPPING
Kaedah dan kos penghantaran anda.

WEIGHT. Berat produk anda.
SHIPPING FEE. Cara penghantaran yang akan anda lakukan. Kadar ini berkadar langung
dengan berat yang anda isikan di bahagian Weight.
Terdapat 2 kaedah penghantaran yang dibenarkan oleh Shopee. Iaitu menggunakan
Manual courier dan menggunakan Shopee Supported Logistics

a. MANUAL COURIER. Secara manual ialah anda tidak menggunakan
perkhidmatan Shopee Supported Logistics. Anda perlu menetapkan kos

penghantaran anda dan mengisi tracking number di ruangan tracking number secara manual.

b. SHOPEE SUPPORTED GUARANTEED. Seperti yang anda dapat lihat di gambar di atas,
terdapat banner berwarna oren iaitu SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS. Ini bermaksud
saya menggunakan perkhidmatan courier yang disediakan oleh Shopee dan ianya lebih murah
berbanding kos penghantaran biasa dan juga easy parcel.

i) Kelebihan menggunakan SHOPEE SUPPORTED GUARANTEED ialah ianya lebih
murah dan terdapat logo FREE pada gambar listing anda. Namun anda perlu
mempunyai printer untuk fungsi ini.

ii) Hampir 90% daripada local seller menggunakan perkhidmatan ini. Hanya
segelintir atau mereka yang menjual produk dropship sahaja tidak menggunakan fungsi
ini. Atau produk tersebut adalah overseas atau pre-order.

OTHERS
Lain-lain maklumat berkenaan produk anda

PRE-ORDER. Samaada produk anda pre-order ataupun Ready Stock. Jika Ready Stock,
anda perlu membuat penghantaran dalam masa 3 hari.

P/s: Penghantaran dalam masa 3 hari bermaksud anda perlu menghantar ke courier dalam masa 3 hari dan
bukanlah pembeli menerima produk dalam masa 3 hari.

4. PENGHANTARAN

Terdapat 2 kaedah penghantaran Shopee. Secara SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS dan
secara manual.

SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS

PENGENALAN DAN PENDAFTARAN.
Adalah amat- amat digalakkan agar anda memohon untuk mendapatkan SHOPEE SUPPORTED
LOGISTICS. Kelebihan SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS adalah seperti berikut.

a. Kos Penghantaran adalah RM5.30 sehingga 5kg sahaja dan jika pembelian melebihi
RM30, penghantaran adalah percuma! Kos penghantaran ke Sabah Sarawak juga lebih murah
berbanding biasa.
b. Mudah. Anda tidak perlu lagi menulis consigment bagi setiap order. Hanya print
sahaja consgiment dan hantar sahaja ke POSLAJU.



BOOST NOW!

Sistem Boost Now adalah satu lagi kemudahan bagi seller Shopee bagi mendapatkan sales.
Setiap kali anda boost listing produk, listing anda akan dilihat oleh lebih ramai bakal pembeli
di Shopee.
Seller dibenarkan untuk boost listing setiap 4 jam dan hanya 5 listing dibenarkan. Selepas 4
jam berikutnya, barulah anda boleh boost listing sekali lagi.
Login ke HOME> MY PRODUCTS dan anda dapat melihat BOOST NOW di setiap listing anda.

Klik BOOST NOW!

MY ADS

My ADS adalah fungsi terbaru di Shopee. Fungsi ini berbayar dan mempunyai fungsi yang
sama dengan BOOST NOW namun ianya adalah lebih berkesan.

MY ADS akan menaikkan listing produk anda di bahagian atas sekali mengikut harga ‘bid’ yang
anda tetapkan. Ia bergantung berapa nilai ‘bid’ yang anda letakkan bagi keyword tersebut.

Contoh ringkas adalah seperti di bawah

Panduan menggunakan MY ADS adalah seperti berikut:
a. Di halaman Shopee Seller Centre, klik MARKETING CENTRE.

b. Anda akan dapat melihat MY ADS seperti di bawah. Jika tiada, maka anda
perlu mendaftar di http://myads.shopee.com.my/. Klik MY ADS tersebut.
c. Klik NEW PROMOTION bagi memilih produk yang anda ingin lakukan ads (iklan).

Salam Kepada Semua.. Terima Kasih Sebab Dah Baca
Ebook PREVIEW ni Sampai sini

Dibawah ni kami nak kongsikan testimony testimony
student kami yang dah ambil FULL MODUL kami











Atau anda boleh copy dan paste link dibawah ke
browser anda

https://earlybird.theultimateceoacademy.com/


Click to View FlipBook Version