Tajuk: PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU.
Subjek: Sejarah
Nama: Kavithaa Jeya
Kelas: 2 EFISIEN
PENYAHJAJAHAN,PEMISAHAN,PEMBAHAGIAN.
Kemerdekaan diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan
dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada
penggulingan pihak berkuasa secara ganas.
Penjajahan-
KUASA-KUASA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun adalah antara kuasa yang menjajah negara kita selama 446 tahun iaitu bermula dari
tahun 1511 hingga 1957.
Portugis (1511-1641)
Belanda (1641-1824)
Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957)
Jepun (1941-1945)
PENJAJAHAN PORTUGIS
-Portugis menawan kota Melaka pada tahun 1511. Portugis berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka.
-Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 hingga 1641.
-Wiruzai bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka iaitu Alfonso de Albuquerque.
-Bertanggungjawab membina sebuah kota iaitu A Famosa kerana melidungi melaka daripada serangan.
-Mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan.
-Ketuanya Kapten Kota Melaka (dikenali segai Gabenor Selatan)yang dilantik oleh Raja Portugal yang bertugas selama tiga
hingga empat tahun.
Sepanjang pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan.
Seperti :
- Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga sepuluh peratus daripada hasil dagangan mereka.
-Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran unuk berdagang terlebih dahulu.
-Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, tetapi membeli barangan tersebut dengan harga yang rendah dan
menjualnya pada harga yang tinggi.
-Diskriminasi terhadap perdagang Islam.
PENJAJAHAN BELANDA
-Belanda tiba di Asia Tenggara.
-Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641.
-Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641
-Melaka menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.
-Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat.
-Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819.
PENJAJAHAN BRITISH
PENGENALAN
British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.
Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan
Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.
Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun
1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan
memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.
FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS
FAKTOR EKONOMI
Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)
Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
2. FAKTOR KEADAAN ANARKI
Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin
Kegiatan pelanunan
3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan
jajahan takluk masing-masing.
Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.
PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA
Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di London. Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian ini
ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah. Inggeris berjaya meluaskan
pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda.
Perpecahan empayar Johor-Riau
Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit
CAMPUR TANGAN DI PERAK
Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada :
Perebutan takhta kerajaan Perak - pertingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah
Pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee hin dan Hai San ( Perang Larut)
Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan British dengan kerajaan Perak. Sistem residen
pertama wujud di Perak 1875. J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertama di Perak
CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN
Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua
daerah di negeri sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.
CAMPUR TANGAN DI PAHANG
Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang
untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.
SISTEM RESIDEN
Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan
pentadbiran, ekonomi serta sosial. Maklamat Sistem Residen :
Keamanan melalui undang-undang
Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah
KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN
PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI
perusahaan bijih timah, getah, kopi
kemasukan buruh Cina dan India
sumber ekonomi dimonopoli oleh British
2. PERUBAHAN POLITIK
Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa
3. PERKEMBANGAN SOSIAL
Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya
NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama). Pada 1 April
1867 - Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
Pada 1895,melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang. Pada 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral
pertama Frank Swettenham.
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)
Ditubuhkan pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok. Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor juga
termasuk dalam NNMTB. Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British.
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
1. PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil
ekonomi kepada British. Cadangan british ditentang oleh Dol Said (penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai
1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melakaa. Pada Februari 1834, Dol Said menyerah diri.
2. PENENTANGAN DI SELANGOR
Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Pada 1868, Sultan Selangor
lantik Tengku Kudin dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menetang Raja Mahadi.
Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.
3. PENENTANGAN DI PERAK
A) Sebab penentangan British di Perak :
British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu.
Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
Pembaharuan oleh J.W.W Birch :
i) hapus sistem perhambaan
ii) beri perlindungan kepada hamba
iii) campurtangan dalam adat resam orang Melayu
Sikap peribadi Birch
i) buat pembaharuan secara tergesa-gesa
ii) tidak boleh berbahasa Melayu
B) Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Brich pada November
1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
4. PENENTANGAN DI PAHANG
Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan
pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem
kerah.Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang
balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.Pemberontakan berakhir pada Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan
akhirnya ke Siam.
5. PENENTANGAN DI KELANTAN
Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909.
Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Punca penentangan :
-Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
-Sistem Tanah Baru 1915
-Pengenalan cukai hasil pertanian
-Sikap pegawai British
Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok
Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
6. PENENTANGAN DI TERENGGANU
Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali
sebagai Pemberontakan Tani pada 1928. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di
Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.
Faktor pemberontakan Tani :
-Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
-Perkenalkan sistem pendidikan Barat
-Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
7. PENENTANGAN DI SARAWAK
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinansti Brooke. Terdapat beberapa pemberontakan :
a) Rentap
Pada 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak.
Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. Pada 1861, Brooke
lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.
b) Banting
Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan Hapus adat
dan amalan tradisi tempatan. Pada 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
c) Sharif Masahor
Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan
Sungai Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan
Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif
Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.
d) Asun
Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menetang pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai
Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. Pada 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.
8. PENENTANGAN DI SABAH
Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu :
a)Pemberontakan Mat Saleh
Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan
sekatan terhadap pembesar tempatan. Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau
Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
Diketuai oleh Antanum pada 1915. Faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah
rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan. Pada Februari 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum
ditawan dan dihukum bunuh.
PENJAJAHAN JEPUN
Penjajahan Jepun merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara
kita. Walaupun Jepun menduduki negara kita selama 3 ½ tahun (15 Feb 1942-15
Ogos 1945), namun kesannya amat mendalam ke atas penduduk Tanah Melayu.
Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa 70 hari
sahaja. Serangan dimulakan melalui dua arah iaitu melalui pantai timur dan
pantai barat. Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan
Baru Asia Timur Raya di mana pihak Jepun telah berjanji akan memberikan
kemerdekaan kepada sesetengah negara di Asia Tenggara.
SEBAB KEMENANGAN TENTERA JEPUN
Ketidaksediaan Tentera British menghadapi peperangan
Pihak British tidak bersedia untuk meghadapi peperangan. Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah
selatan (dari Singapura) kerana pusat pentadbiran British di situ, tetapi Jepun sebenarnya memulakan serangan dari arah utara
(di Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu persatu.
Kelemahan Pertahanan Laut British
Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British.
Pertahanan laut British sebenarnya terlalu lemah terutamanya apabila dua kapal perang mereka iaitu Prince of Wales dan
Repulse telah ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Dis 1941 di perairan sebelah timur Semenanjung (Pahang).
Persediaan Peperangan Oleh Jepun
Tentera Jepun telah membuat persediaan peperangan yang rapi di mana mereka mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di
Tanah Melayu. Mereka begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan
serangan seperti menunggang basikal meskipun di kampung-kampung dan hutan, maklumat-maklumat tentang kubu British,
landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera.
Kelebihan Tentera Jepun
Kelebihan tentera Jepun yang cukup terlatih, berpengalaman serta bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang
cukup baik. Ini juga disebabkan oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Yamashita dan Tsuji. Ini
bertentangan dengan sikap tentera British kerana sebahagian besar mereka terdiri daripada orang India yang masih muda dan
tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan.
Kelewatan Tentera Bantuan dari London dan India.
Fenomena ini adalah berpunca akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan British.
PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan pada 15 Feb 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah
jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan di bawah 1 unit pentadbiran serta Tanah Melayu dikenali
sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.
Jepun telah memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk memulihkan keadaan
awam kerana mereka ingin memulihkan masyarakat tempatan yang sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran daripada
penentangan tentang pemerintah barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia” dan memonopoli
sumber ekonomi di Tanah Melayu yang akan digunakan untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda negara Jepun
pada waktu itu.
Secara tidak langsung ia bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah Melayu dalam bentuk
senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera. Mereka meletakkan seorang Gabenor Jepun dan membentuk sebuah
Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang Jepun dan Majlis ini bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri yang ada sebelum
ini. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
1. Kesan Ekonomi
Penduduk menderita kerana kekurangan makanan dan menggunakan pelbagai cara untuk hidup. Para petani dan nelayan telah
dipaksa menjual hasil mereka kepada pihak Jepun. Perdagangan menjadi lumpuh dan nilai mata wang negara turut terjejas
kerana pengedaran mata wang yang tidak terkawal.
2. Faktor Politik
Wujud kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dan keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan Orang
Melayu. Orang Cina dan India dengan ciri bangsa masing dan cenderung mengenai negara asal. Orang Cina juga kian aktif
berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti ini menjasi yang terkuat pada tahun 1945-1948.
3. Kesan Sosial
Orang Cina telah ditindas, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa. Orang Cina terpaksa lari ke pinggir hutan dan membuka
petempatan baru. Berlaku permusuhan di antara orang Melayu dengan orang Cina dan sistem pendidikan Jepun diperkenalkan
yang menekankan latihan akhlak daripada akademik.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlangsung 3 ½ tahun apabila mereka berundur pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun
menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu.Dalam tempoh ini, PKM (Bintang
Tiga) cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru hara.
Pada Sept 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha untuk mengawal keadaan dan memerangi
kumpulan Bintang Tiga. Beberapa rancangan telah diperkenalkan untuk memulihkan keadaan huru hara ini seperti
pengisytiharan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.
PENGISYTIHARAN DARURAT
Pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat bagi kawasan di Perak dan pada
17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan Darurat dibuat kerana Parti Komunis Malaya
(PKM) telah membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak.
Undang-undang Darurat 1948 telah memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau menangkap orang yang
disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan. Pihak tentera juga mengadakan sekatan jalan raya dan perintah
berkurung di kawasan dimana terdapatnya kegiatan komunis.
Sistem pendaftaran juga telah diperkenalkan dan melalui sistem ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas mesti
mendaftar dan mempunyai kad pengenalan diri. Dokumen ini penting sebagai identiti warganegara yang membezakan
mereka dengan pengganas.
RANCANGAN BRIGGS
Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs, bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui strategi
menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.
Rancangan ini bertujuan menhalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan
maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan
pemberontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada
hutan.
PERANG SARAF
Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 menggantikan Sir Henry Gurney.
Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan di antaranya;
-Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu.
-Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri.
-Memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat mengenai pengganas komunis.
-Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka.
-Di samping itu juga, beliau telah memperkenalkan sistem ‘kawasan putih’ dan ‘kawasan hitam’.
-Templer juga memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota
komunis.
RUNDINGAN BALING
Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan
perundingan dengan kerajaan. Rundingan ini telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis 1955 dan pihak kerajaan
diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien
dan Rashid Maidin.
PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah
ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM juga menolak tawaran yang diberikan oleh kerajaan supaya
PKM meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh
PKM. Akhirnya, darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
---TAMAT---