The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syanurqaireen, 2022-10-30 02:59:59

Pengangkutan Awam

Kerja Lapangan Geografi

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling
Jalan 5/52, Taman Petaling, Petaling Jaya, Selangor

Laporan kerja lapangan Geografi tingkatan 2 2022

Tajuk : Pengangkutan Awam Di Taman Kinrara Seksyen 1,
Puchong, Selangor

Nama : Intan Syanurqaireen Binti Khairil Anhar

Tingkatan : 2 Teratai

Nama Guru : Cik Mok Pui Kee

JADUAL KERJA

TARIKH PERKARA CATATAN
22.09.22
 Menerima tajuk daripada PdPc 1
24.09.22
guru
25.09.22
26.09.22  Mendengar taklimat

tentang pelaksanaan

tugasan

 Bertanya soalan

 Merancang kerja

 Mengumpul maklumat Di luar

dari pelbagai sumber waktu PdPc

Internet

 Menyediakan perancangan

tugasan dengan lengkap

dan tepat

 Membuat jadual kerja.

 Menulis objektif kajian Di luar

dengan kemas dan betul waktu PdPc

 Menentukan tiga kaedah

kajian yang akan

digunakan

 Membuat temu bual Di luar

 Melukis draf peta lakar waktu PdPc

kawasan kajian

berpandukan google map

2

 Mencari simbol-simbol

standard peta topografi

dari internet

27.09.22  Membuat pemerhatian Di luar

29.09.22 tentang penggunaan waktu PdPc
30.09.22 -
06.10.22 pengangkutan awam di

kawasan kajian bersama

ibu bapa

 Mencatatkan ciri-ciri fizikal

dan budaya yang terdapat

di kawawasan kajian

 Mengambil foto sebagai

bahan bukti

 Menulis laporan akhir PdPc 2

 Menulis tentang Amalan

Penggunaan

Pengangkutan Awam di

kawasan kajian berserta

contoh

 Melukis peta lakar dengan PdPc 3 - 4

kemas dan lengkap

dengan tajuk, petunjuk,

simbol, petunjuk, arah

mata angina dan bingkai

peta

3

07.10.22  Menyambung tugasan PdPc 5
13.10.22
14.10.22 menyiapkan peta lakar

17.10.22 kawasan kajian

18.10.22 –  Mentafsir peta lakar PdPc 6
19.10.22
21.09.22  Menyatakan dan PdPc 7

22.10.22 menghuraikan jenis-jenis

30.10.22 pengangkutan awam di

kawasan kajian

 Menyatakan dan PdPc 8

menghuraikan jenis-jenis

pengangkutan awam di

kawasan kajian

 Membina graf berdasarkan PdPc 9-10

responden soal selidik

 Menjelaskan masalah PdPc 11

perkembangan

pengangkutan awam di

kawasan kajian

 Mencadangkan langkah- PdPc 12

langkah untuk

mengurangkan masalah

pengangkutan awam

 Menyusun tugasan dengan Di luar

betul waktu PdPc

 Memasukkan semua bahan

lampiran

4

 Hantar tugasan kepada
guru

5

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Penghargaan 8

2.0 Pendahuluan 9

3.0 Latar Belakang Kawasan Kajian 10 - 11

4.0 Objektif Kajian 12

5.0 Kaedah Kajian 13

6.0 Hasil Kajian 14 - 19

6.1 Konsep dan Takrifan

Pengangkutan Awam

6.2 Jenis-jenis Pengangkutan

Awam Di Taman Kinrara

Seksyen 1

6.3 Kepentingan Pengangkutan

Awam Di Taman Kinrara

Seksyen 1

6.4 Masalah Perkembangan

Pengangkutan Awam Di Taman

Kinrara Seksyen 1

6.5 Cadangan Untuk

6

Mengurangkan Masalah 20
Pengangkutan Di Taman 21
Kinrara Seksyen 1
7.0 Rumusan
8.0 Lampiran

7

1.0 Penghargaan

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja khusus bagi mata pelajaran
Geografi, saya telah mendapat banyak bantuan daripada pihak-pihak
lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana
dengan bantuan merekalah saya dapat menyiapkan tugasan kerja
khusus bagi mata pelajaran Geografi ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada
guru Geografi saya, Cik Mok Pui Kee. Cik Mok yang telah banyak
memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja
khusus ini. Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja
khusus ini. Selain itu, saya ingin memberi penghargaan kepada Tuan
Pengetua, Puan Maimun binti Wook. Beliau telah membenarkan saya
untuk menyiapkan kerja khusus Geografi ini. Tanpa bantuan beliau,
sudah pasti saya tidak dapat melakukan kerja khusus ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber
yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual.

8

2.0 Pendahuluan

Saya Intan Syanurqaireen bt. Khairil Anhar yang bersekolah di
Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling telah
menjalankan kajian saya di Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong,
Selangor adalah kerana kedudukannya yang terletak berdekatan
dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya
menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu
tempat ke satu tempat lain yang jauh. Tempoh kerja khusus Geografi
ialah 22 September 2022 hingga 31 Oktober 2022. Tempoh ini lebih
daripada sebulan dan memadai untuk saya menyiapkan tugasan ini.

9

3.0 Latar Belakang Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Kinrara Seksyen 1,
Puchong, Selangor. Lingkungan kawasan kajian saya ialah lebih kurang
enam kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran
Majlis Perbandaran Subang Jaya. Bentuk muka bumi di kawasan ini
adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata. Jarak kawasan kajian
dari Taman Petaling ialah tujuh kilometer kilometer. Jika menaiki teksi,
tambangnya ialah RM7.00 seorang. Sekiranya menaiki Grab pula
tambangnya ialah RM14.40. Jumlah penduduk di kawasan kajian ialah
lebih kurang 3 250 orang.

10

11

4.0 Objektif Kajian

4.1) Menyatakan latar belakang kawasan kajian
4.2) Konsep dan takrifan pengangkutan awam
4.3) Menyatakan dan menghuraikan jenis

pengangkutan awam
4.4) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan

pengangkutan awam
4.5) Menjelaskan masalah perkembangan

pengangkutan awam di kawasan kajian
4.6) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan

masalah pengangkutan awam di kawasan kajian

12

5.0 Kaedah Kajian

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah berikut :
5.1 Pemerhatian --- Saya menggunakan kaedah ini untuk

mengetahui jenis pengangkutan awam
di kawasan kajian.

5.2 Temu Bual --- Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui kepentingan pengangkutan
awam di kawasan kajian. Selain itu,
kaedah ini digunakan untuk mengetahui
masalah pengangkutan awam dan
cadangan mengurangkan masalah
pengangkutan awam.

5.3 Rujukan --- Rujukan buku di perpustakaan dan
Internet digunakan untuk mengetahui
konsep pengangkutan awam.

13

6.0 Hasil Kajian

6.1) Konsep dan Takrifan Pengangkutan Awam :

Menurut laman web Wikipedia, Pengangkutan awam atau transit
awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana
penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai
perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya.
Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah
bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan
yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi
tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan
umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan
berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di
antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau
institusi pendidikan.

6.2) Jenis-jenis Pengangkutan Awam Di Taman Kinrara
Seksyen 1 :

Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman
Kinrara Seksyen 1 ialah bas, teksi dan Grab. Pengangkutan bas di sini
terdiri daripada bas berhenti-henti (Rapid) atau bas tambang, bas
ekspres dan bas sekolah. Perkhidmatan bas sekolah penting kepada
murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan
bas henti-henti (Rapid) pula penting kepada penduduk dalam
kawasan kajian untuk ke Bandar Kajang dan tempat-tempat lain.

14

6.3) Kepentingan Pengangkutan Awam Di Taman Kinrara
Seksyen 1 :

6.3.1) Menyediakan Peluang Pekerjaan
Melalui temu bual saya dapati bahawa lebih dari 10 orang penduduk
dari kawasan kajian ini bekerja sebagai pemandu Grab dan bas
awam. Jelaslah bahawa pengangkutan awam menyediakan peluang
pekerjaan. Ini dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

6.3.2) Membawa Penumpang
Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam di
kawasan kajian sangat penting untuk mengangkut penumpang. Saya
sendiri menggunakan pengangkutan awam, iaitu Grab untuk ke
Taman Petaling.

6.3.3) Mengurangkan kesesakkan lalu lintas
Melalui pemerhatian saya penggunaan pengangkutan awam bas
telah mengurangkan kesesakkan lalu lintas terutamanya waktu pagi
dan petang yang mana merupakan waktu penduduk kawasan kajian
keluar ke pelbagai destinasi seperti ke sekolah, tempat kerja, pasar
dan sebagainya.

15

Rajah 1 Kepentingan Pengangkutan Awam Di Taman Kinrara Seksyen 1
16

6.4) Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di
Taman Kinrara Seksyen 1 :

6.4.1) Tambang Mahal
Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan Grab
mengenakan bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar
oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan Grab hanya
menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat
dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tambang bulanan bas/van
sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang anak, ibubapa
terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100
sebulan.

6.4.2) Jangka masa lama
Berdasarkan temu bual bersama responden masa menunggu bas
adalah agak lama, iaitu lebih kurang 20 hingga ke 30 minit. Hal ini
menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama untuk ke
sesuatu tempat.

6.4.3) Keselamatan penumpang terancam
Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan teksi
telah membawa padah kepada sesetengah penumpang.
Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan
perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh
mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

17

MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN
AWAM DI TAMAN KINRARA SEKSYEN 1

Tambang mahal Jangka masa lama

Keselamatan penumpang terancam Pencemaran udara

Kenderaan lama Pencemaran bunyi

33

2

1

0 0

Tambang Jangka masa Keselamatan Pencemaran Kenderaan Pencemaran
mahal lama penumpang udara lama bunyi
terancam

Rajah 2 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di Taman Kinrara Seksyen 1

18

6.5) 5 Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah
Pengangkutan Di Taman Kinrara Seksyen 1 :

6.5.1) Kursus pemanduan berhemah
Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu
dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat
bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu
bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan
memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap
keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

6.5.2) Mengurangkan kos operasi (contoh ; subsidi diesel dan alat ganti)
Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh
memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan
awam seperti bas dan teksi dapat dikurangkan.

6.5.3) Kuat kuasa undang-undang
Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan
kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan
terhadap pemandu tersebut.

6.5.4) Kempen “Jom Naik Pengangkutan Awam”
Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak,
kerajaan boleh menggalakkan kempen Jom Naik Pengangkutan Awam
sebagaimana kerajaan luar Negara lakukan.

6.5.5) Penggunaan petrol tanpa plumbum
Pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh
dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan
petrol ini walaupun agak mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran
karbon monoksida dan seterusnya mencemarkan udara.

19

7.0 Rumusan

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam di Taman Kinrara
Seksyen 1 ialah bas. Bas ini mempunyai banyak kepentingan
kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya ialah
menyediakan peluang pekerjaan, membawa penumpang
dan mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

Pelbagai juga masalah pengangkutan awam dihadapi di
kawasan kajian. Antaranya ialah keselamatan penumpang
terancam, jangka masa lama dan tambang mahal.

Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah pengangkutan awan seperti, kursus pemanduan
berhemah, penggunaan petrol tanpa plumbum, kempen
“Jom Naik Pengangkutan Awam”, mengurangkan kos
operasi dan menguatkuasakan undang-undang.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan
berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada
penduduk, syarikat pengangkutan awam dan masyarakat
umumnya. Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan
masyarakat yang bertanggungjawab.

20

8.0 Rujukkan

8.1) Orang Sumber
• Puan Aida Fahnees bt. Mustaffa, 39 tahun
• Encik Khairil Anhar b. Muhammad, 41 tahun
• Muhammad Amjad Harith bin Mohd Haniff

8.2) Internet, 14 tahun
Wikipedia Ensklopedia Bebas

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam
Anyflip
• https://online.anyflip.com/zdwrj/gzkr/mobile/
• https://anyflip.com/ejflk/rjjc/basic
Blogger
• http://kelip-

kelipancontest.blogspot.com/2013/03/masalah-
pengangkutan-awam.html
• http://kelip-
kelipancontest.blogspot.com/2013/03/cadangan-
mengurangkan-masalah.html

21

9.0 Lampiran

22


Click to View FlipBook Version