The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan minit mesyuarat bagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Agama Suria 2021/2023.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kina Jalair, 2023-05-17 06:44:47

MINIT MAT PIBG SAS 2021-2023

Berikut merupakan minit mesyuarat bagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Agama Suria 2021/2023.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH AGAMA SURIA BIL. 1/2021 Tarikh : 16 Oktober 2021 (9 Rabiul Awal 1443H) Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Kediaman masing-masing (Menggunakan pelantar Google Meet) Kehadiran: Bil. Nama Jawatan 1 Mohammad Azhari bin Mohd Khair Guru Besar 2 Abdullah bin Abd Hamid Yang Dipertua PIBG 3 Juani Yunus Gadong Naib Yang Dipertua 4 Fatimah @ Tim binti Sulaiman Naib Setiausaha 5 Nurshaiera binti Jusup Bendahari 6 Kastineh binti Juning AJK Ibubapa 7 Masrinah binti Rak AJK Guru 8 Mohd Saroja bin Khanay AJK Guru 9 Norbianah binti Balon AJK Guru 10 Rijal bin Mugun AJK Guru 11 Sahzali bin Berahim AJK Guru 12 Painah binti Pardi 32 Mohd Hafiz bin Abdul Karim 13 Suzie binti Anjah 33 Junaina binti Amit 14 Nurhafizah binti Jain 34 Latiffah Ismail 15 Nurshakina binti Jalair 35 Arfarizam bin Berahim 16 Nurshaiera binti Jusup 36 Ajineh Walimin 17 Nursyahidatul Syahidah binti Mokhtar 37 Siti Zuraidah Mohd Yusof 18 Faizul bin Jomiul@Fazlan 38 Diana Dominic 19 Abd Wahab bin Abd Hamid 39 Abdul Hafiz bin Abdullah 20 Siti Nadzirah Lee binti Najir Lee 40 Shalina 21 Fitri Aswani Richerd 41 Salmiah Rajikan 22 Nuridah binti Madin 42 Bahtiar Loyar 23 Siti Masnaya binti Bilin 43 Dg Ku Rohani binti Ag Badar 24 Kastineh binti Juning 44 Siti Mazmah binti Dek 25 Asli bin Setoh 45 Matin bin Setoh 26 Hanisah binti Mohama Aras 46 Razali binti Haji Tawi 27 Nur Amalina Francis Abdullah 47 Ramzilah binti Ramlee 28 Dayang Musliha binti Mohd. Ralbi 48 Amir Anwar bin Abd Malik 29 Asyrina Asri 49 Fatimah @ Tim binti Sulaiman 30 Gilbert James 50 Norfahizah binti Matmali 31 Yanty Adin 51 Marjawan bin Jamil


52 Siti Aisah 59 Mohd Nur Aiman Lojuti Abdullah 53 Nahjib bin Abdul Rakam 60 Fadzilah binti Patman 54 Ardy bin Salleh 61 Asrizal bin Osman 55 Juani Yunus 62 Suriawati binti Sabli 56 Fatimah Hatta 63 Fredika Rafael 57 Siti Sarah binti Askar 64 Alias bin Idris 58 Noorizam binti Othman 65 Siti Hawa Ahmad Sabari AGENDA 1 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Encik Abdullah bin Abd Hamid, YDP PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang diberikan oleh ibubapa dan guru dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Agama Suria Bil. 1/2021. 1.2 Beliau juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan memandangkan ini adalah kali pertama mesyuarat diadakan secara maya semenjak pandemik COVID-19 melanda. 1.3 Beliau memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang memegang tugas sebagai YBP PIBG sepanjang 3 tahun dan memohon untuk mengundurkan diri atas faktor kesihatan. 1.4 Beliau mengharapkan agar Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG yang baru agar terus komited dan Berjaya melaksanakan lebih banyak program di masa akan datang. (Tindakan: Makluman) AGENDA 2 2.0 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR (PENASIHAT PIBG) 2.1 Ustaz Mohammad Azhari bin Mohd Khair, Guru Besar Sekolah Agama Suria selaku Penasihat PIBG merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian ibubapa menghadiri mesyuarat walaupun hujung minggu. 2.2 Beliau menekankan bahawa Islam merupakan tonggak utama dalam memastikan kemenjadian murid sekolah ini. Selain itu, kebersamaan sesama AJK PIBG, ibubapa dan pihak sekolah adalah asas yang penting dalam menjayakan apa jua program yang akan dilaksanakan. 2.3 Beliau turut berpesan apabila sekolah dibuka untuk sesi bersemuka kelas, ibubapa dapat memastikan ketepatan waktu dan bersedia untuk menghantar anak-anak ke sekolah.


2.4 Beliau mengharapkan agar semua AJK yang terpilih bagi sesi 2021/2023 dapat bekerjasama dan saling membantu dalam menjalankan program yang telah dirancang. (Tindakan: Makluman) AGENDA 3 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2019 Minit Mesyuarat Agung 2019 dibentangkan dalam paparan slaid PowerPoint. Dicadang untuk disahkan: Encik Faizul bin Jomiul Disokong oleh: Puan Juani bin Yunus (Tindakan: Makluman) AGENDA 4 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019-2020 Laporan aktiviti PIBG yang telah dijalankan pada tahun 2019 hingga 2020 dibacakan seperti yang terdapat dalam paparan slaid PowerPoint. Dicadang untuk disahkan: Puan Juani binti Yunus Disokong oleh: Puan Nurfahizah binti Matmali (Tindakan: Makluman) AGENDA 5 5.0 PEMBENTANGAN, PENERIMAAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN 5.1 Cik Nurshaiera binti Jusup, Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 melalui paparan slaid PowerPoint. 5.2 Bendahari memaklumkan bahawa sebuah akaun simpanan telah dibuka atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Agama Suria. Dicadang untuk disahkan: Puan Fatimah@Tim binti Sulaiman Disokong oleh: Encik Faizul bin Jomiul@Fazlan (Tindakan: Makluman) AGENDA 6 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020 6.1 Encik Abdullah bin Abd Hamid, Yang Dipertua PIBG Sekolah Agama Suria bagi sesi 2019/2020 mengumumkan pembubaran AJK PIBG tepat pukul 9.47 pagi. Dicadang untuk disahkan: Puan Juani binti Yunus Disokong oleh: Puan Kastineh binti Juning (Tindakan: Makluman)


AGENDA 7 7.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2023 7.1 Ustaz Mohammad Azhari bin Mohd Khair, Penasihat PIBG memaklumkan bahawa pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2023 telah dibuat berdasarkan undian yang telah dibuat melalui pautan Google Form bertarikh 4 Oktober 2021 hingga 14 Oktober 2021. 7.2 Berdasarkan pengundian yang telah dibuat, terdapat beberapa perubahan dalam AJK PIBG yang telah dibuat atas persetujuan semua ahli mesyuarat. Antara perubahan dalam AJK adalah bagi jawatan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG. 7.3 Jawatan Yang Dipertua PIBG berdasarkan undian adalah Encik Abdul Basit bin Salleh, namun berdasarkan persetujuan semua telah digantikan dengan Encik Alias bin Idris. 7.4 Jawatan Naib Yang Dipertua PIBG berdasarkan undian adalah Puan Suziana binti Sandhu, namun terpaksa menarik diri atas faktor komitmen yang tidak dapat dielakkan. Jawatan tersebut telah digantikan oleh Puan Junaina binti Amit dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. 7.5 Pembentukan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2023 adalah seperti berikut: (Tindakan: Makluman) AGENDA 8 8.0 PEMBENTANGAN USUL 8.1 Ustaz Mohammad Azhari bin Mohd Khair, Penasihat PIBG membacakan usul yang telah dikemukakan oleh ibubapa melalui pautan Google Form.


8.2 Usul-usul yang dikemukan adalah seperti berikut: Usul 1 (Puan Ardiana binti Soinin) 1) Sistem tempahan makanan kantin yang dihantar ke kelaskelas semasa waktu rehat. Ulasan Penasihat PIBG: - Pihak kantin memaklumkan bahawa mereka kekurangan kakitangan untuk menghantar makanan ke kelas-kelas. - Pihak sekolah menggalakkan murid-murid untuk membawa bekal makanan sendiri ke sekolah. - Walaubagaimanapun, pihak sekolah akan usahakan untuk meneruskan sistem tersebut bagi murid Tahap 1. Manakala murid Tahap 2 akan membeli di kantin dan dipantau agar mengamalkan SOP yang betul. Usul 2 (Encik Asrie bin Sabli) 2) Pembinaan laluan berbumbung (susur gajah) bagi kegunaan murid semasa hujan. Ulasan Penasihat PIBG: - Pembinaan susur gajah tersebut sedang dalam perancangan pihak sekolah dan Yayasan 1Suria. - Komitmen AJK PIBG diperlukan untuk merealisasikan pembinaan tersebut. - Semua AJK perlu menggembleng tenaga untuk mengumpulkan dana bagi melaksanakan pembinaan tersebut. Usul 3 (Puan Hadine Yunus Gadong) 3) Membuat semakan semula bagi barang-barang yang telah dibayar oleh murid melalui kutipan sumbangan sekolah. Ulasan Penasihat PIBG: - Beliau mengucapkan terima kasih atas peringatan yang diberikan. - Pihak sekolah akan berusaha untuk memastikan muridmurid mendapat barang yang telah ditempah pada tahun semasa. - Bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan sekiranya ada murid yang berpindah sekolah. Usul 4 (Puan Hadine Yunus Gadong) 4) Mengawasi murid-murid Tahun 1 dan 2 semasa mereka mengambil air wuduk. Ulasan Penasihat PIBG: - Proses mengambil air wuduk bagi murid-murid ini termasuk dalam proses pembelajaran. - Murid-murid berada dalam pengawasan guru-guru semasa proses mengambil air wuduk hingga solat Zohor secara berjemaah yang dipimpin oleh guru.


Usul 5 (Puan Ramzilah binti Ramlee) 5) Pembinaan ruang menunggu bagi ibubapa di luar kawasan sekolah. Ulasan Penasihat PIBG: - Guru Besar memaklumkan bahawa kawasan tanah Sekolah Agama Suria mempunyai sempadan yang telah ditetapkan. - Sebarang pembinaan di luar kawasan sekolah hendaklah mempunyai kebenaran daripada pihak Majlis Daerah Tuaran. - Namun cadangan tersebut boleh dilaksanakan sekiranya AJK PIBG boleh bekerjasama untuk menguruskannya. Usul 6 (Puan Rosnani binti Awang Damit) 6) Menyediakan rak/loker di setiap kelas. Ulasan Penasihat PIBG: - Cadangan tersebut perlu mengambil kira saiz kelas di sekolah ini. Kelas-kelas di sekolah ini mempunyai ruang yang terhad. - Namun cadangan tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak Yayasan 1Suria dan komitmen daripada AJK PIBG. Usul 7 (Encik Gilbert James) 7) Menyediakan mesin penapis air (water cooler) bagi kegunaan warga sekolah. Ulasan Penasihat PIBG: - Cadangan tersebut telah lama dalam perancangan dan berkemungkinan akan dapat direalisasikan pada tahun 2022. - AJK PIBG perlu memberikan kerjasama bagi melaksanakan perancangan tersebut. Usul 8 (Encik Mohd Hafiz bin Abdul Karim) 8) Mewujudkan koperasi sekolah. Ulasan Penasihat PIBG: - Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan, namun fokus pihak sekolah buat masa ini adalah kemenjadian akademik dan sahsiah murid. - Walau bagaimanapun, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya mendapat persetujuan pihak Yayasan 1Suria dan terdapat ruang yang mencukupi. (Tindakan: Makluman) AGENDA 9 9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Encik Alias bin Idris, YDP PIBG memaklumkan bahawa usul-usul yang dibangkitkan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan semua Ahli Jawatankuasa pada masa akan datang. (Tindakan: Makluman) AGENDA 10 10.0 PENANGGUHAN 10.1 Encik Alias bin Idris, Yang Dipertua PIBG Sekolah Agama Suria yang baru mengucapkan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran ibubapa dan guru pada mesyuarat kali ini. 10.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan untuk menerajui PIBG Sekolah Agama Suria bagi sesi 2021/2023. Beliau mengharapkan agar semua Ahli Jawatankuasa dapat bekerjasama dengan baik demi pembangunan Sekolah Agama Suria. 10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.35 pagi. (Tindakan: Makluman) Disediakan oleh, (NURSHAKINA BINTI JALAIR) Setiausaha PIBG Sekolah Agama Suria. Pengesahan Minit: Pencadang Penyokong Tarikh : NURSHAIERA BINTI JUSUP : PAINAH BINTI PARDI : 18 OKTOBER 2021


Click to View FlipBook Version