The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 759-1-nur, 2022-04-02 04:17:40

TUGASAN 1

TUGASAN 1

PENGENALAN
PUISI MELAYU

TRADISIONAL

Puisi Melayu tradisional 01
ialah tradisi lisan yang
sudah tetap bentuk dan

kalimatnya.

02 Pertembungan dengan
dunia luar menerusi dunia
pedagang di Selat Melaka

dan Selat Sunda telah
memperkaya puisi Melayu

tradisional sehingga
berjumlah lebih 30 jenis
puisi. Antaranya ialah
pantun, syair, gurindam,
seloka dan sebagainya.

Mengenali puisi 03
tradisional bererti
mengenali hati budi
masyarakat yang

memilikinya.

PANTUN

DEFINSI

Pantun adalah sejenis puisi tradisional
masyarakat Melayu yang wujud sejak
zaman berzaman lagi.
Mengikut sejarah, pantun wujud sejak
zaman masyarakat Melayu tidak tahu
membaca dan menulis lagi.
Pantun dicipta sebagai suatu bentuk
pengucapan untuk menyampaikan fikiran
dan perasaan atau untuk menyindir,
berjenaka dan memberi nasihat serta
bersuka-suka.

JENIS

Pantun nasihat
Pantun jenaka
Pantun teka-teki
Pantun kasih sayang
Pantun usik-mengusik
Pantun agama

BENTUK

Pantun dua kerat
Pantun empat kerat
Pantun enam kerat
Pantun lapan kerat
Pantun sepuluh kerat

PANTUN

CIRI-CIRI

Pantun mempunyai rangkap yang
berasingan.
Setiap baris mempunyai kata dasar
antara empat hingga lima patah
perkataan, dengan jumlah suku kata
antara lapan hingga dua belas.
Setiap rangkap mempunyai memunyai
unit iaitu pembayang (separuh jumlah
baris bahagian pertama) dan maksud
(separuh jumlah baris bahagian kedua).
Mempunyai skema rima hujung yang
tetap iaitu a-b,a-b bagi pantun empat
kerat, a-b-c,a-b-c bagi pantun enam
kerat (dan seterusnya) dan a-a bagi
pantun dua kerat.
Setiap rangkap pantun merupakan satu
keseluruhan, iaitu mengandungi satu
fikiran yang bulat dan lengkap yang
dapat dikesan melalui maksud pantun
dalam rangkap tersebut.

FUNGSI

Pantun digunakan dalam aktiviti masyarakat
seperti dalam seni, keagamaan dan adat
istiadat.
Panyun sebagai alat komunikasi bagi
menyampaikan isi hati dan hajat.
Pantun sebagai alat hiburan dan bahan
jenaka serta gurau senda.
Pantun sebagai alat pendidikan sama ada
secara menyindir , kiasan atau berterus-
terang.

PANTUN

PANTUN NASIHAT

Burung pipit burung kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah;

Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.

PANTUN JENAKA

Ditiup angin bunga semalu,
Kuncup daun bila berlaga;
Bercakap Melayu kononnya malu,
Belacan setongkol dibedal juga.

PANTUN USIK-MENGUSIK

Kelip-kelip kusangka api,
Cahaya terbang tepi perigi;
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana pergi?

PANTUN AGAMA

Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

PANTUN KASIH SAYANG

Anak dara menyeberang titi,
Berjalan laju ingin segera;
Kasih ibu tersemat di hati,
Hidup bahagia hingga ke syurga.

SYAIR

DEFINISI

Syair merupakan sejenis puisi
berlagu.
Syair juga merupakan sejenis puisi
melayu lama yang berangkap.
Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam.

JENIS



Syair cerita
Syair nasihat
Syair semangat

patriotik
Syair alam sekitar

Syair kiasan
Syair ilmu
Syair keagamaan
Syair panji
Syair romantis
Syair saduran
Syair sejarah

SYAIR

CIRI DAN BENTUK




Syair merupakan puisi terikat.
Syair tidak mempunyai pembayang.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4 hingga 5

perkataan sebaris.
Bilangan suku kata sebaris juga tetap antara 8 hibgga 12

duku kata sebaris.
Rima akhir dalam rangkap juga tetap, iaitu a-a-a-a.

Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian.
Setiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap

syair yang berurutan bagi memberi idea yang lengkap.
Syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi

mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan
puji-pujian.

FUNGSI

Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan
sifatnya yang demikian.

Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita
dan lagu terutama dalam hal-hal yang
menyentuh aspek agama Islam.

Kemerduan suara 'tukang lagu' dan kelembutan
nada syair mampu mengusik perasaan dan

mampu meninggalkan kesan yang mendalam.
Dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian
tertentu seperti dalam dabus dan boria

SYAIR NASIHAT


PENGHUJUNG

THAMARAT AL-

MUNIMMAH

Dengarkan tuan a
yahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri,


Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.


Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Sepertiair di dalam gelas.


Menuntut ilmu janganlah segan,

Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,

Di kitab ini sudah disebutkan.



Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,

Tidaklah anakanda beroleh malu.



Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,

Akhirnya anakanda jatuh tersemu.



Ilmuitu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.



Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.

GURINDAM

DEFINISI

Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu
yang terdiri daripada dua baris serangkap.

Gurindam dibawa oleh orang Hindu atau
pengaruh sastera Hindu.

Gurindam juga berasal daripada bahasa
sanskrit menerusi bahasa Tamil (India), iaitu
'kirindam' yang bermaksud perumpamaan.

Baris pertama dipanggil syarat (protatsiis)
dan baris kedua dipanggil jawab (apodotis).

JENIS BENTUK

Gurindam Bentuk terikat
serangkap dua Bentuk tidak terikat

baris

Gurindam
serangkap empat

baris

Gurindam bebas

GURINDAM

CIRI-CIRI

Puisinya masih tergolong sebagai puisi bebas.
Walaupun bebas, puisinya masih menunjukkan ciri-
ciri puisi tradisional, misalnya ada rimaantara baris-

baris yang sejajar atau unsur-unsur asonansi dan
aliterasi antara kerat-kerat yang sejajar dalam satu

baris.
Dalam satu untai gurindam mungkin dimulakan,
diselangi atau diakhiri dengan bentuk-bentuk yang

lain seperti pantun.
Dari segi isi, gurindam memprlihatkan keadaan
yang benar dan serius, perasaan yang berat serta
tidak dengan maksud jenaka atau bermain-main.
Jika bentuk yang dipilih bentuk terikat, ikatan yang
dipatuhi hanya pada pasangan-pasangan yang

berima.

FUNGSI

Gurindam lebih memberikan pengajaran
kepada para pembaca.

Gurindam banyak memberikan
bimbingan kepada manusia untuk
menjadi insan al-kamil, iaitu insan yang
merendah diri, berbudi, menjaga agama,
menghormati ibu bapa, menghormati
hak orang lain dan berbuat jasa kepada

masyarakat.

GURINDAM

GURINDAM BEBAS

Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,

Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

GURINDAM SERANGKAP DUA BARIS

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.



Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

SELOKA

DEFINISI

Seloka ialah puisi
tradisional Melayu yang
berbentuk bebas yang

tidak mempunyai
bentuk tertentu dari

segi rangkap.



Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka
ialah sejenis puisi yang mengandungi

ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.
Kata seloka berasal daripada bahasa
sanskrit iaitu 'shloka' yang membawa
maksud suatu bentuk puisi yang terdiri
daripada dua baris (dua kerat).

JENIS-JENIS
Seloka gurau senda
Seloka khayal
Seloka menempelak
Seloka mengejek
Seloka nasihat
Seloka pengajaran
Seloka sindiran

SELOKA

CIRI DAN BENTUK

Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Digubah sama ada mengikut bentuk
pantun, syair atau perumpamaan.
Tidak mempunyai pembayang.

Bilangan baris dalam rangkap tidak tetap.
Jumlah perkataan dalam baris tidak
tetap.

Jumlah suku kata dalam baris tidak tetap.
Rima akhir dalam rangkap tidak tetap.

FUNGSI

Temanya berkisarkan sindiran, ejekan dan
cetusan perasaan, iaitu perasaan kagum atau
benci terhadap seseorang atau perilakunya.
Jenaka dan ejekan dalam seloka bukan untuk
berhibur sahaja tetapi turut menjadi alat untuk
menyampaikan pengajaran dan panduan kepada

masyarakat.
Seloka juga menjadi sempadan ikutan kepada
anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan

sehari-harian.
Seloka juga dapat dijadikan sebagai teguran
kepada golongan masyarakat yang berkuasa.
Seloka juga berfungsi dalam konteks sesebuah

cerita.

SELOKA

SELOKA SINDIRAN:
SELOKA SI LUNCAI

Sikap Si Luncai, biarkan,
biarkan...

Ada rumah tidak dijaga,
ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada
mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,

Biarkan, biarkan..!
Si Luncai pun terjun dengan

labu-labunya.

RUMUSAN

Puisi Melayu tradisional 01
seperti pantun, syair,
gurindam , seloka dan
sebagainya
sememangnya dapat
memberi pengajaran
kepada masyarakat.

02 Selain itu, puisi Melayu
tradisional juga bukan
sahaja dapat memberi

hiburan kepada
masyarakat, tetapi juga
dapat menjadi panduan

hidup.

Oleh itu, diharapkan agar 03
puisi Melayu tradisional
dapat diteruskan oleh

setiap generasi pada
masa akan datang.


Click to View FlipBook Version