The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahya Samsuddin, 2023-03-08 02:42:02

TERAJU BESTARI 5

SMK BUKIT KAPAR

TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 201


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 202


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 203


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 204 MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 205 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA PPPM 2013-2025


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 206 DASAR PENDIDIKAN & ISU Bil Perkara Huraian 1 Pelan Strategik KPM 2021 - 2025 ➢ Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaankemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan ➢ Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan ➢ Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional ➢ Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah ➢ Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi Melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian ➢ Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan 2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan KurikulumStandard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar tangkatan satu. Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KementerianPelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014. Matlamat Kajian: Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah, disamping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum matapelajaran Sejarah. Objektif: ➢ Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ➢ Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah 3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Konsep: PBS merupakan satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (FPK) dan KSSR. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS: Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Penambahbaikan PBS mulai April 2014 ➢ DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) ➢ Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit tidak perlu


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 207 disediakan. Rekod PPPM dilakukan mengikut keperluan dan kesesuaian. ➢ Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)- data direkod dan dilakukan secara offline ➢ PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Hal ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk murid tingkatan 3 mulai tahun 2014. ➢ PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid. PT3 akan ditadbir oleh pihak sekolah mengikut panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pengenalan Matlamat Panduan Pelaksanaan PBD Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disediakan untuk memberi kefahaman dan membantu pentadbir sekolah dan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi mendapat maklum balas berkaitan perkembangan pembelajaran murid dan keberkesanan pedagogi. Maklumat daripada pentaksiran tersebut digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran (PdPc) atau selepas PdPc. Melalui panduan ini guru diberi pendedahan tentang konsep, tujuan, ciri-ciri, kaedah, aspek yang ditaksir, pertimbangan profesional, dan keperluan melaksanakan PBD serta cara mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Objektif Melalui PBD, guru dapat: 1. mengesan pengetahuan sedia ada murid 2. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh 3. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa 4. mengetahui keberkesanan PdPc 5. merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP 6. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta Melalui PBD, murid dapat: 1. mengesan perkembangan diri 2. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran 3. meningkatkan pencapaian pembelajaran Tahap Penguasaan Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum. Taksonomi yang berkaitan kognitif, psikomotor dan afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam Standard Prestasi. Standard Prestasi Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 208 Tanggungjawab Guru Dalam Pelaksanaan PBD 1. Guru mata pelajaran merupakan pelaksana dan memainkan peranan utama dalam PBD. Tanggungjawab guru mata pelajaran termasuklah: Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD 2. Melaksanakan PBD seperti yang dirancang dan mematuhi dokumen 3. KurikulumMenghadiri sesi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan rakan guru untuk mendapat input dan perkongsian profesional tentang PdPc 4. Merekod dan membuat catatan PBD 5. Membuat pentaksiran secara adil dan saksama kepada semua murid 6. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran agar sesuai dengan aras keupayaan murid 7. Memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir 8. Memaklumkan kepada murid Tahap Penguasaan yang diperoleh dan memberi peluang kepada murid yang ingin ditaksir semula 9. Membuat penilaian kendiri bagi menambah baik pengajaran dan pentaksiran Hasil yang diharapkan Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdPc. Pentaksiran dalam bilik darjah ini menyumbang kepada pembentukan modal insan yang holistik dan seimbang seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan pentaksiran yang berterusan dalam bilik darjah diharap dapat diperkasakan dan dibudayakan oleh pihak sekolah. Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya menghasilkan anjakan kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan. 5 Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) ➢ Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) ➢ PVMA memberi tafsiran Program Vokasional Menengah Atas iaitu ➢ penjenamaan kepada MPV. Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan ➢ matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu ➢ memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang ➢ akademik untuk mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di ➢ samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional. Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat PPPM bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional. ➢ PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding ➢ dengan MPV sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk ➢ meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang lebih ➢ tinggi di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan ➢ Kemahiran Swasta (ILKS). Pelaksanaan PVMA ini membolehkan murid ➢ kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5. Pelaksanaan PVMA dijalankan secara berperingkat mengikut ketetapan yang diputuskan oleh KPM. ➢ Visi : ➢ Visi PVMA ialah menyediakan sumber manusia yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri bagi pembangunan ekonomi, sosial ➢ dan teknologi. ➢ Misi : ➢ Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran; ➢ Membangunkan sistem pendidikan vokasional secara berkesan; ➢ Mengintegrasi teknologi dalam pendidikan vokasional; ➢ Menggalakkan hubungan antara industri dan masyarakat ➢ Memperkembang kemahiran vokasional secara kreatif dan novatif.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 209 ➢ Matlamat: ➢ Matlamat PVMA ialah untuk membentuk lepasan Pendidikan Vokasional ➢ Yang Bersedia menyertai pasaran kerja ➢ Menjadi Usahawan yang berdaya saing Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi. ➢ Hala Tuju: ➢ Murid yang menduduki program PVMA akan memperoleh: ➢ SPM serta Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) bagi ➢ mata pelajaran akademik yang tertentu; dan ➢ Sijil kemahiran daripada badan pentauliahan kemahiran seperti SKM. 6 Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) Pengenalan Program perantisan industri menengah atas (PIMA) ialah satu program aliran kemahiran di sekolah menengah secara kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pihak industri. PIMA merupakan perluasan kepada program perantisan yang ditawarkan di Sekolah Menengah Vokasional mulai tahun 2010 dan program pendidikan serta latihan di tempat kerja bagi mengembangkan potensi, minat dan kemahiran yang boleh dipraktikkan melalui pengalaman secara usaha sama dengan industri. Objektif Objektif program ini adalah seperti berikut 1. Meningkatkan peratus kehadiran perantis pada peringkat menengah atas di sekolah dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. 2. Menimbulkan minat belajar perantis melalui pengalaman dalam bidang kemahiran. 3. Menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan Perantis. Pelaksanaan 1. Program PIMA adalah selama satu tahun setengah hingga dua tahun. 2. Nisbah pembelajaran program PIMA adalah 40 peratus akademik dan 60 peratus latihan industri. 3. Pelaksanaan program tertakluk kepada takwim persekolahan semasa. Perlaksanaan PIMA bagi perantis aliran perdana 1. Komponen akademik i. Tiga mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. ii. Dua mata pelajaran aliran kemahiran (MPAK) iaitu Matematik dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral perlu diikuti bagi melengkapkan penawaran mata pelajaran mengikut kurikuluM kebangsaan. iii. PDP mata pelajaran Sains dilaksanakan melalui elemen sains yang diterapkan di dalam modul kemahiran atau kursus yang ditawarkan. iv. Bilangan minimum pdp setahun yang dicadangkan adalah seperti Bahasa melayu 128 jam ➢ Bahasa Inggeris 112 jam ➢ Sejarah 64 jam ➢ Matematik 64 jam ➢ Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 85 jam 2. Komponen kemahiran i. Program kemahiran yang diiktiraf oleh badan pentauliahan kemahiran atau badan profesional. ii. Struktur kurikulum di industri adalah bergantung kepada kemahiran yang ditawarkan secara teori dan amali di industri.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 210 Kriteria Pemilihan Perantis 1. Warganegara Malaysia 2. Mereka mestilah pelajar tingkatan empat dan lima, 3. Berisiko keciciran dan juga cenderung kepada program kemahiran Kriteria Pemilihan Industri 1. Mestilah syarikat yang berupaya memberi kemahiran dalam industri ringan 2. Mengutamakan aspek keselamatan. 3. Berhampiran dengan sekolah. Proses Pemilihan 1. Peringkat pertama : Pihak sekolah akan mencari industri bersesuaian yang boleh menawarkan latihan kemahiran. 2. Peringkat kedua :Tawaran kepada pelajar terpilih dengan mengisi borang dan perlu menjalani temuduga bersama kaunselor sekolah untuk menjalani ujian psikometrik bagi mengenal pasti minat mereka. 3. Peringkat ketiga : Melalui semua peringkat saringan disiplin 4. Peringkat keempat :Memberi surat tawaran kepada murid yang terpilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan Hasil Yang Diharapkan Pelaksanaan program PIMA ini diharap dapat membantu dalam menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti sertabantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan perantis-perantis di sekolah serta memupuk semangat kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta 7 Program Guru Penyayang KPM melancarkan pelaksanaan Guru Penyayang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Konsep: Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut; ➢ Mengalu-alukan kehadiran murid ➢ Pelaksanaan Program Mentor Mentee ➢ Memberi penghargaan kepada murid Objektif: Objektif pelancaran pelaksanaan Guru Penyayang adalah; ➢agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru, ➢ agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, ➢ agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, dan ➢ agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. 8 Melindungi Masa Instruksional (MMI) -Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. -Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 211 -Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Melindungi masa instruksional perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkat peperiksaan dengan lebih sempurna. Fokus Pendidikan: 3 fungsi utama pendidikan adalah murid, guru dan pentadbir semua Pengarah JPN diminta untuk memberi fokus terhadap perkara-perkara berikut: i. Tumpuan kepada disiplin murid. ii. Program Guru Penyayang. iii. Memastikan guru berada dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi melindungi waktu pembelajaran murid. iv. Memastikan pentadbir berada di sekolah. 4 Bahagian-Bahagian terlibat yang kerap memanggil guru-guru keluar, perlu membuat perancangan secara serius dan hanya memanggil guru sekiranya perlu sahaja. 5 Bilangan guru yang dipanggil keluar perlu diminimakan dan surat panggilan dikeluarkan hendaklah melalui autoriti. Antara langkah dan cara para guru dapat melindungi masa instruksional: 1. Melaksanakan perancangan tahunan, mingguan dan harian berdasarkan tugasan yang diberi. 2. Menjalankan pdpc mengikut waktu yang ditetapkan. 3. Menjalankan pdpc seperti yang dirancang. 4. Mengutamakan kekesanan pdpc di dalam bilik darjah. 5. Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah. 6. Berusaha meningkatkan peluang murid-murid untuk belajar. 7. Berusaha mendisiplinkan murid-murid supaya mereka hadir ke sekolah serta masuk ke dalam bilik darjah mengikut ketetapan waktu. 9 DELIMa Pengenalan : KPM telah melancarkan pelantar pembelajaran digital yang baharu iaitu DELIMa, akronim bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang melibatkan kerjasama tiga rakan strategik utama iaitu Google, Microsoft dan Apple. DELIMa merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE menawarkan aplikasi dan perkhidmatan Google Classroom, Microsoft Office 365 dan Apple Teaching Learning Centre. Kandungan pembelajaran kepada murid dan guru dibekalkan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Tujuan : ➢ Menyediakan akses pembelajaran digital ke seluruh ekosistem teknologi di samping membolehkan aktiviti pembelajaran dibuat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja dan platform ini dijangka bakal membuka era transformasi digital baharu di Malaysia. 10 i-THINK & Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) I-THINK membawa maksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Program ini untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 212 Tujuan : ➢ Melahirkan modul insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif. ➢ Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing. Apa yang diharapkan daripada program I-Think? ➢ Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools)murid lebih fokus dan berkeyakinan di dalam kelas. ➢ Aktiviti berpusatkan murid. ➢ Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. ➢ Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan sebagai fasilitator. Peta Pemikiran : Di dalam program i-THINK, Peta pemikiran diperkenalkan, peta ini mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. i. Circle Map (Peta Bulatan) ii. Bubble Map (Peta Buih) iii. Flow Map (Peta Alir) iv. Brace Map (peta Dakap) v. Tree Map (Peta Pokok) vi. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda) vii. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Alir) viii. Bridge Map (Peta Titi) Definisi : KBAT menurut definisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT mengambil cara pemikiran yang diilhamkan dalam Taksonomi Bloom iaitu apilkasi, analisis, menilai dan mencipta. Proses KBAT ini memerlukan pemikiran yang meluas dan mendalam. Ciri-ciri KBAT : ➢ Skop yang luas: pengetahuan asas sebagai keperluan. ➢ Fakta: tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran. ➢ Bermakna: boleh ditafsir dan mencabar. ➢ Stimulus: situasi baru yang bukan laizm bagi murid. Guru perlu memberi maklumat secukupnya kepada murid. ➢ Respon murid: perlu ada kepelbagaian di mana ia boleh melibatkan lebih daripada satu jawapan. 11 ➢ Sarana Sekolah ➢ Pengenalan ➢ Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan ➢ dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan ➢ Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas ➢ Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). ➢ Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak ➢ sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan dengan sekolah. ➢ Mengapa Ibu Bapa Perlu Dilibatkan di Sekolah? ➢ Faedah kepada murid ➢ Mendapat gred yang lebih baik ➢ Menunjukkan tingkah laku yang lebih baik ➢ Mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 213 ➢ Dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah di sekolah. ➢ Faedah kepada sekolah ➢ Mencapai gred dan markah ujian yang lebih tinggi ➢ Pencapaian akademik jangka panjang ➢ Murid menunjukkan sikap dan tingkah laku positif ➢ Program sekolah lebih berjaya sekolah lebih berkesan ➢ Halangan Kepada Penglibatan Ibu Bapa Yang Berjaya ➢ Tanggapan ibu bapa ➢ Tidak mempunyai masa ➢ Kekangan bahasa: tidak fasih menggunakan Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris ➢ Pihak sekolah tidak mengalukan kehadiran ibu bapa ➢ Tiada apa yang dapat disumbangkan ➢ Ibu bapa tidak perlu terlibat kerana mendidik murid ialah ➢ tanggungjawab sekolah ➢ Tanggapan pihak sekolah ➢ Ibu bapa tidak mahu terlibat dengan sekolah ➢ Kehadiran ibu bapa di sekolah hanya akan mengganggu pentadbiran dan perjalanan sekolah ➢ Pihak sekolah cukup arif tentang cara mendidik murid, tidak perlu campur tangan ibu bapa ➢ Hasil yang diharapkan ➢ Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah ➢ akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami ➢ pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas. ➢ Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah, mereka ➢ dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan. 12 Sarana Ibu Bapa (KSIB) Pengenalan : Merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta. Sarana ini ditujukan khas kepada ibu bapa (IB) dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak? Faedah kepada anak: Faedah kepada ibu bapa: ➢ Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik. ➢ Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi. ➢ Kehadiran ke sekolah lebih bagus. ➢ Boleh belajar cara untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah ➢ Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah ➢ Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 214 ➢ Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan. ➢ Keciciran persekolahan dapat dielakkan. PIBG yang lain. ➢ Anda akan dapati lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat Peranan ibu bapa/penjaga : i. Jurulatih : Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah dengan memberi fokus kepada bimbingan kemahiran latihan pembelajaran. ii. Mentor : Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dan lain-lain iii. Penyokong : Menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak. iv. Sentiasa bermaklumat : Terkini dengan apa yang berlaku di sekolah. v. Menjadualkan kehidupan : Mengaturkan kehidupan supaya tenteram, tenang dan bahagia. vi. Sahabat kepada anak remaja : Mendampingi anak remaja sebagai sahabat. Hasil yang diharapkan : Ibu bapa boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan profil keterlibatan dalam pembelajaran anak dan merancang program peningkatan kendiri. Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) boleh merancang program bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak bertujuan menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang berkesinambungan dari sekolah ke rumah dan komuniti. 13 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) PBPPP diilhamkan berasaskan Makmal GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. PBPPP dibangunkan berasaskan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kriteria Kecemerlangan, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Penilaian Kompetensi dan Prestasi (PROSPEK), Standard Guru Malaysia (SGM), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS), Instrumen Penilaian Kepimpinan Instruktional, Penilaian, Guru Cemerlang dan Penilaian Pengetua dan Guru Besar Cemerlang. Matlamat : Membuat penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan keberhasilan PPP dalam usaha meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah pendidikan berkualiti tinggi serta negara maju. Objektif : i. Menilai kompetensi PPP ii. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP. iii. Mengenal pasti jurang kompetensi PPP untuk diberikan pembangunan profesional berterusan (CPD). iv. Mengenalpasti keperluan latihan PPP untuk pembangunan kerjaya. Komponen : PBPPP diasaskan daripada Standard Prestasi yang merupakan dokumen piawai kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai oleh PPP mengikut bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan. Komponen PBPPP terbahagi kepada dua iaitu PenilaianKompetensi dan Keberhasilan. Penilaian kompetensi terdiri daripada 4 dimensi iaitu Nilai Profesional, Pengurusan Aktiviti,


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 215 Sumbangan dan Kemahiran serta digabungkan dengan keberhasilan bagi melibatkan dimensi keberhasilan sahaja. Standard Prestasi : Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh PPP dalam sesuatu bidang/ tugas berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan. Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain itu, standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengenalpasti tahap pencapaian yang diharapkan kepadanya dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah peningkatan profesionalisme secara berterusan. Dimensi PBPPP : Instrumen penilaian ini mengandungi empat dimensi penilaian kompetensi dan keberhasilan iaitu nilai professional, Pengurusan aktiviti/ hubungan luar, sumbangan dan kemahiran. Tempoh Penilaian : Fleksibiliti diberi kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian dalam tempoh satu (1) tahun penilaian. Namun, BPPK akan menetapkan Tarikh akhir melengkapkan penilaian dan penghantaran skor penilaian bagi semua PYD dalam organisasi masing-masing. 14 MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris) MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2011 bagi menggantikan PPSMI secara ‘soft-landing’. MBM: Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai Bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (pdp) BM. ➢ Transformasi Kurikulum BM ➢ Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pdp BM ➢ Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan) ➢ Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah MBI: Strategi memperkukuh penguasaan BI melibatkan penambahbaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. ➢ Transformasi Kurikulum BI ➢ Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P BI ➢ Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan) ➢ Menggunakan perkhidmatan penutur jati BI sebagai mentor dan Training Fellows ➢ Menggunakan perkhidmatan guru bersara BI sebagai guru kontrak BI ➢ Penempatan semula guru BI ➢ Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah 15 Hari Sukan Negara Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan akan diraikan secara serentak di seluruh pelosok tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 216 Latar Belakang: ➢ Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana Sambutan ini adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). ➢ Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. ➢ Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Objektif: 1. Menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat. 2. Memupuk semangat perpaduan dkalangan rakyat. 3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. 4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat. 5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi. 16 Sekolah Selamat Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah KPM untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. Konsep: Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam ataupun luar sekolah. Elemen Sekolah Selamat: ➢ Keselamatan murid pergi balik sekolah. ➢ Keselamatan warga sekolah. Matlamat: Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada di tahap selamat yang tinggi dan meyakinkan kepada semua pihak. 17 Sekolah Dalam Hospital (SDH) Latar Belakang: ➢ Sekolah dalam hospital merupakan inisiatif bersama KPM, KKM & Yayasan Nurul Yakeen terhadap keperluan pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital. ➢ Berorientasikan didik hibur & fleksibel dalam persekitaran kondusif berlandaskan model Australia ➢ Jawatankuasa projek hati nurani di bawah naungan YBhg Puan Sri Noorainee bt Abd Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri ketika itu pada tahun 2012 Objektif: ➢ Menyediakan pendidikan tanpa batasan tempat dan keadaan ➢ Pendidikan berterusan 18 Dialog Prestasi Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Dialog Prestasi menjadi pertemuan antara PPD dengan guru-guru dan antara pentadbir dengan guru-guru yang mana kaedah Taklimat dan Mesyuarat dikurangkan. Diaolog lebih bersifat dua hala dan berfokus serta praktikal dalam mengatasi masalah dan melaksanakan aktiviti bersumberkan data.


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 217 Definisi : Forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data dan fakta, dan mengakhirinya dengan satu set konkrit tindakan seterusnya untuk dilaksanakan oleh JPN/PPD/Sekolah. Kementerian, JPN, PPD, pemimpin sekolah, dan guru akan mengadakan sesi dialog prestasi secara berkala bagi memastikan sekolah, daerah dan negeri berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Dialog ini bercirikan penggunaan data prestasi terperinci bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, diikuti dengan semakan semula pelan pelaksanaan dengan segera bagi memastikan isu diselesaikan. Dialog prestasi ini dijangka diadakan sekurangkurangnya dua kali setahun. Objektif : ➢ Fokus dan akauntabiliti : memastikan organisasi fokus kepada penyampaian dan memastikan akauntabiliti ➢ Memantau prestasi : memastikan sistem berada pada landasan betul untuk mencapai aspirasi ➢ Mengenal pasti masalah : mengemukakan isu-isu yang menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca ➢ Penyelesaian masalah dan sokongan : menyediakan forum untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi amalan terbaik ➢ Memajukan isu : memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi


TERAJU BESTARI SMK BK 2023/2024 218


Click to View FlipBook Version