The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahya Samsuddin, 2024-03-01 02:48:39

1.0 Profil Sekolah

1.0 PROFIL SEKOLAH

0


TERAJU BESTARI 6 1


TERAJU BESTARI 6 2 BARISAN PENTADBIR SMK BUKIT KAPAR 2024/2025 TN. HJ MASWI BIN SAION PENGETUA TN. HJ MUSTAFA AL BAKRI BIN REIN PN. ZAINURA BINTI MOHD YUSOF PN. AZIAH BINTI ABU ZIDEN PN. NORMALA BINTI MISMAN PK PENTADBIRAN PK HAL EHWAL MURID PK KOKURIKULUM PK PETANG PN. ARIFAH BINTI MAT HUSSIN PN. HJH NURALIZA BINTI MD DOM @ AB AZIZ PN. FADZILATUL AHYA BINTI SAMSUDDIN EN. AHMAD FAISAL BIN MOHAMED YAZID GKMP BAHASA GKMP SAINS & MATEMATIK GKMP TEKNIK & VOKASIONAL GKMP KEMANUSIAAN


TERAJU BESTARI 6 3 HALA TUJU SMK Bukit Kapar menjadi sebuah institusi pendidikan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2025. HURAIAN HALA TUJU Kami mendukung aspirasi Pendidikan Nasional ke arah kemenjadian murid melalui 1. Unit Pengurusan dan Pentadbiran Mengupayakan sumber tenaga untuk menghasilkan pengurusan yang cekap dan berintegriti. 2. Unit Kurikulum Memperkasakan potensi guru menerusi peningkatan kualiti PdPc. 3. Unit Hal Ehwal Murid Membudayakan sekolah penyayang dengan budi pekerti terpuji dan bersahsiah unggul. 4. Unit Kokurikulum Melestarikan kepelbagaian aktiviti kokurikulum dan pencapaian murid.


TERAJU BESTARI 6 4 VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara MOTO SEKOLAH ILMU AMAL TAQWA TERAS KECEMERLANGAN LAGU SEKOLAH TERSERGAM INDAH SMK BUKIT KAPAR ILMU AMAL DAN TAKWA PEGANGAN HIDUP KAMI KAMI BERTEKAD INGIN BERJAYA PERATURAN SEKOLAH KAMI PATUHI *JANJI AKAN KAMI TEPATI NASIHAT GURU KAMI PATUHI JASA IBU AYAH DISANJUNG TINGGI JASA GURU KAMI HARGAI ILMU PENGETAHUAN TERSEMAT DI HATI MENJADI INSAN YANG SEDIA BERBAKTI KECEMERLANGAN MENJADI REALITI SMKBK DISANJUNG TINGGI *JANJI AKAN KAMI TEPATI NASIHAT GURU KAMI PATUHI JASA IBU AYAH DISANJUNG TINGGI JASA GURU KAMI HARGAI. Penulis lirik dan lagu: Care Taker SMK Bukit Kapar (Norimah, Mohd Hijazi, Mohd Yazid, Noor Anita, Roslina, Jamaliah dan Sarimah – 2017)


TERAJU BESTARI 6 5 HURAIAN VISI SEKOLAH A - Berkualiti dalam Bidang Kurikulum i. Kemenjadian murid dalam akademik dengan pencapaian MTM (mencapai tahap minimum) 80% lulus dalam peperiksaan SPM. ii. Menduduki 20 tempat terbaik Sekolah Menengah Harian dalam peperiksaan SPM di peringkat daerah. iii. Menyediakan murid-murid yang mempunyai peluang yang luas untuk meneruskan pengajian dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan pasaran kerja abad ke-21 dan dapat bersaing di peringkat global. B - Berkualiti dalam Bidang Hal Ehwal Murid i. Membentuk dan membudayakan sahsiah terpuji dalam kalangan murid untuk mencapai kehadiran melebihi 90%. ii. 100% murid berpakaian lengkap sekolah dan mementingkan kekemasan serta penampilan diri (murid dikehendaki memakai baju sukan rasmi sekolah sekiranya hadir untuk aktiviti sekolah). iii. Semua murid mengamalkan sikap saling menghormati tanpa mengira batas usia, status, kaum dan pegangan agama. C - Berkualiti dalam Bidang Kokurikulum i. Mendapat sekurang-kurangnya tempat ke-3 dalam pertandingan di peringkat daerah bagi unit beruniform, kelab, persatuan, sukan dan permainan. ii. Memperoleh sijil penyertaan dan sekurang-kurangnya sagu hati dalam semua pertandingan yang disertai. iii. 90% murid terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan 70% daripadanya memperoleh sekurangkurangnya gred C dalam pencapaian kokurikulum. OBJEKTIF KUALITI 1. Memastikan semua bahan dan maklumat kurikulum kebangsaan yang diterima daripada KPM, JPNS dan PPD disampaikan kepada guru-guru dalam tempoh 7 hari. 2. Memastikan pemantauan pelaksanaan pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Memastikan sekurang-kurangnya 90% aktiviti kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum dilaksanakan mengikut perancangan dalam tempoh setahun. 4. Memastikan sekurang-kurangnya lima program perkembangan staf dilaksanakan dalam tempoh setahun. 5. Memastikan sekurang-kurangnya tiga Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dilaksanakan bagi setiap bidang. 6. Memastikan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan dibuat bagi setiap bidang untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.


TERAJU BESTARI 6 6 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. PIAGAM PELANGGAN KAMI WARGA SMK BUKIT KAPAR BERIKRAR: 1. Guru-guru melaksanakan sekurang-kurang dua alat kolaboratif dalam PdPc dalam merealisasikan budaya intelek ke arah mempertingkatkan kecemerlangan murid. 2. Menekankan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah untuk melahirkan insan yang berakhlak, amanah dan bertanggungjawab. 3. Menerapkan dan mempraktikkan budaya penyayang dalam sanubari pada setiap masa. 4. Menjalinkan kerjasama antara guru-guru, staf sokongan, murid, ibu bapa dan masyarakat serta mengamalkan budaya sedia membantu. 5. Membentuk modal insan cemerlang melalui aktiviti kokurikulum. 6. Melahirkan putera puteri bunga bangsa yang menghormati ibu bapa dan guru. 7. Mewujudkan suasana sekolah yang selamat dan kondusif.


TERAJU BESTARI 6 7 LOKASI KELAS 2024 TINGKATAN BIL KELAS KELAS BLOK NO BILIK SESI SATU (7 KELAS) 1 1A B B-G-1 PETANG 2 1B C C-2-3 PETANG 3 1C C C-2-2 PETANG 4 1D C C-2-1 PETANG 5 1E A A-2-4 PETANG 6 1F A A-2-3 PETANG 7 1G A A-2-2 PETANG DUA (7 KELAS) 1 2A D D-1-1 PETANG 2 2B B B-G-3 PETANG 3 2C D D-1-2 PETANG 4 2D D D-1-3 PETANG 5 2E D D-2-3 PETANG 6 2F D D-2-2 PETANG 7 2G D D-2-1 PETANG TIGA (7 KELAS) 1 3A B B-G-1 PAGI 2 3B B B-G-3 PAGI 3 3C D D-1-1 PAGI 4 3D D C-1-2 PAGI 5 3E D C-1-3 PAGI 6 3F D D-2-2 PAGI 7 3G D D-2-1 PAGI EMPAT (7 KELAS) 1 4A B B-1-1 PAGI 2 4B B B-1-3 PAGI 3 4C B B-2-1 PAGI 4 4D B B-2-3 PAGI 5 4E A A-2-4 PAGI 6 4F A A-2-3 PAGI 7 4G A A-2-2 PAGI LIMA (7 KELAS) 1 5A E E-1-6 PAGI 2 5B E E-2-6 PAGI 3 5C E E-2-5 PAGI 4 5D E E-2-4 PAGI 5 5E C C-2-1 PAGI 6 5F C C-2-2 PAGI 7 5G C C-2-3 PAGI PPKI (3 KELAS) 1 1 LESTARI D D-G-1 PAGI 2 2 LESTARI D D-G-1 PAGI 3 3 LESTARI D D-G-1 PAGI


TERAJU BESTARI 6 8 LOKASI GABUNGAN KELAS 2024 BIL KELAS KELAS BLOK NO BILIK SESI CATATAN 1 1A/3A B B-G-1 PETANG/PAGI BERKONGSI KELAS 2 1B/5G C C-2-3 PETANG/PAGI 3 1C/5F C C-2-2 PETANG/PAGI 4 1D/5E C C-2-1 PETANG/PAGI 5 1E/4E A A-2-4 PETANG/PAGI 6 1F/4F A A-2-3 PETANG/PAGI 7 1G/4G A A-2-2 PETANG/PAGI 8 2A/3B D D-1-1 PETANG/PAGI 9 2B/3C D B-G-3 PETANG/PAGI 10 2D/3D D D-1-2 PETANG/PAGI 11 2E/3E D D-1-3 PETANG/PAGI 12 2F/3F D D-2-2 PETANG/PAGI 13 2G/3G D D-2-1 PETANG/PAGI 14 5A E E-1-6 PAGI TIDAK BERKONGSI KELAS 15 5B E E-2-6 PAGI 16 5C E E-2-5 PAGI 17 5D E E-2-4 PAGI 18 4A B B-1-1 PAGI 19 4B B B-1-3 PAGI 20 4C B B-2-1 PAGI 21 4D B B-2-3 PAGI 22 2E D D-2-3 PETANG 23 1 LESTARI D-G-1 PAGI KELAS GABUNG 2 LESTARI D-G-1 PAGI 3 LESTARI D-G-1 PAGI


TERAJU BESTARI 6 9 PELAN LOKASI SEKOLAH


TERAJU BESTARI 6 10 PELAN LALUAN KEBAKARAN Tangga 3 Tangga 2 Tangga 4 Tangga 1


TERAJU BESTARI 6 11 PANDUAN GURU, STAF DAN KETETAPAN SEKOLAH ARAHAN AM 1. Selaku pegawai kerajaan guru dan staf adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan dan ketetapan sekolah. Oleh itu, semua guru dan staf dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 2. Guru dan staf sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 3. Guru hendaklah menghayati tatatusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan dan mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. KETETAPAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS 1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi mengikut ketetapan pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah seperti waktu berikut. Sesi Pagi Isnin : 7:20 pagi – 2:00 petang Selasa – Khamis : 7:20 pagi – 1:40 tengah hari Jumaat : 7:20 pagi – 12:20 tengah hari (Guru Lelaki) Jumaat : 7:20 pagi – 12:30 tengah hari (Guru Perempuan) Sesi Petang Isnin – Khamis : 12:20 tengah hari – 6:40 petang Jumaat : 2:20 petang – 6:45 petang (Guru Lelaki) : 1:30 tengah hari – 6:45 petang (Guru Perempuan) *tertakluk kepada perubahan dan arahan semasa 3. Guru yang tidak dapat hadir atau yang terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar secara peribadi melalui aplikasi Telegram dan membuat panggilan telefon jika perlu kepada Pengetua dan PK Pentadbiran/PK Petang. Guru perlu memaklumkan kepada pihak sekolah secepat mungkin. 4. Punch in dan punch out mestilah dilakukan oleh guru berkenaan tanpa mewakilkan kepada orang lain. 5. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 6. Waktu bertugas AKP adalah secara fleksibel seperti berikut; 7:00 pagi – 4:00 petang (PPM) 7:30 pagi – 4:30 petang 8:00 pagi – 5:00 petang 8:30 pagi – 5:30 petang


TERAJU BESTARI 6 12 9:00 pagi – 6:00 petang Waktu rehat AKP adalah 1 jam secara fleksi (Isnin – Khamis) Waktu rehat AKP adalah 2 jam 30 minit (Jumaat) KELUAR WAKTU MENGAJAR 1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada pengetua atau penolong kanan sekiranya pengetua tiada. 2. Guru dikehendaki mengisi Borang Pergerakan Staf untuk urusan rasmi dan Borang G, mengisi dalam Sistem HRMIS untuk urusan peribadi, mendapatkan tandatangan pengetua/penolong kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta melengkapkan borang Melindungi Masa Instruksional (MMI) yang diletakkan di hadapan bilik GKMP Bahasa dan menyediakan latihan yang bersesuaian kepada murid. Guru perlu melengkapkan Borang MMI dan mengepilkan satu salinan bahan sebagai bukti untuk tujuan dokumentasi. KAD PERAKAM WAKTU Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 Tatacara Penggunaan Kad Perakam Waktu 1. Sekiranya pegawai masuk atau keluar pejabat tidak mengikut waktu sepatutnya dan mendapat catatan merah, pegawai hendaklah menulis sebab dalam ruangan di sebelahnya. 2. Pegawai hendaklah mendapatkan pengesahan dan tandatangan PK Pentadbiran/PK Petang. 3. Pegawai juga perlu mencatat sebab ketidakhadiran ke sekolah dalam ruangan pada tarikh tidak hadir. Contohnya; Cuti sakit, Cuti Rehat Khas, Bengkel/Taklimat/Mesyuarat. 4. Kad perakam yang digunakan adalah berwarna kuning. Sekiranya pegawai mendapat tiga kali catatan merah dalam sebulan tanpa alasan yang munasabah, kad akan ditukarkan kepada warna hijau pada bulan berikutnya. Pegawai juga diminta memberikan keterangan bertulis. 5. Sekiranya dalam tempoh sebulan penggunaan kad hijau pegawai tidak mendapat catatan merah, kad hijau akan ditukar semula kepada kad kuning. 6. Sekiranya pemegang kad hijau mendapat dua catatan merah dan keterangan bertulis yang diberikan tidak munasabah, pegawai akan diberi amaran akhir dan kad akan ditukar kepada kad merah. 7. Sekiranya pemegang kad merah mendapat satu catatan merah dan keterangan bertulis yang diberikan tidak munasabah, pegawai akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Perintah Am Bab D. 8. Semasa memegang kad merah, pegawai tidak mendapat catatan merah bagi tempoh sebulan, kad merah akan ditukar kepada kad hijau dan sekiranya dalam tempoh sebulan menggunakan kad hijau pegawai tidak mendapat catatan merah, kad hijau akan ditukar semula kepada kad kuning. KELUAR BERTUGAS TANPA KE PEJABAT LEBIH DAHULU 1. Pegawai yang bertolak dari rumah terus ke tempat mesyuarat atau tempat ia menjalankan kerja luar dan tidak balik ke pejabat pada hari tersebut kerana tugas selesai selepas waktu pejabat tidak perlu hadir ke pejabat pada hari tersebut. Pegawai perlu membuat catatan dalam ruangan pada tarikh pegawai menjalankan kerja luar sebelum pegawai menghadiri tugas tersebut. Pegawai perlu mendapatkan tandatangan PK Pentadbiran/PK Petang sebagai bukti pengesahan. KEBENARAN KELUAR PEJABAT (URUSAN PERIBADI) 1. Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah; 1.1 tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari, mana yang lebih rendah bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Jika tempoh meninggalkan pejabat


TERAJU BESTARI 6 13 melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat. 1.2 tidak melebihi 3 jam 15 minit sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari, mana yang lebih rendah bagi guru. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat Khas. 2. Pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki mengemukakan time slip atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut; 2.1 tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan. 3. Ketua jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; Pegawai hendaklah menggantikan masa yang diambil untuk keluar pejabat dalam hari yang sama bagi melengkapkan jumlah sebenar masa bekerja yang sepatutnya. 3.1 Guru sesi pagi yang keluar pejabat atas urusan peribadi hendaklah menggantikan tempoh waktu bekerja yang telah digunakan pada sesi petang hari yang sama. Guru boleh digunakan untuk membantu pengurusan sesi petang. 3.2 Guru sesi petang yang keluar pejabat atas urusan peribadi hendaklah menggantikan tempoh waktu bekerja yang telah digunakan pada sesi pagi hari yang sama. Guru boleh digunakan untuk membantu pengurusan sesi pagi. PERINTAH AM BAB C 1. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(TP) 0046 SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Guru boleh dipanggil bertugas oleh pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas harian selain daripada tugas mengajar biasa. 2. CUTI 2.1 Cuti Sakit Sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 2.1.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari setahun. 2.1.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau tidak berturut-turut akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. 2.1.3 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan kepada pengetua segera pada keesokan hari sebelum diserahkan kepada Pembantu Tadbir berkaitan. 2.2 Cuti Tanpa Gaji 2.2.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab peribadi yang mustahak. 2.2.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diambil selepas habis semua cuti rehatnya. 2.2.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi melebihi 180 hari. 2.2.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.


TERAJU BESTARI 6 14 2.2.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 3 bulan sebelum tarikh mula bercuti. 2.3 Cuti Rehat (Pengetua & AKP) 2.3.1 Cuti Rehat diberi kepada pengetua dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). 2.3.2 Permohonan Cuti Rehat hendaklah dirancang 5 hari sebelum cuti kecuali bagi hal-hal kecemasan. 2.3.3 Permohonan kurang 5 hari perlu ada alasan yang kukuh. 2.3.4 Permohonan Cuti Rehat melalui pesanan ringkas dan mendapat kelulusan pengetua. 2.3.5 Setelah mendapat kelulusan, pemohon perlu mengisi HRMIS dan menyatakan SEBAB BERCUTI untuk rujukan Ketua Jabatan. 2.4 Cuti Rehat Khas (CRK) 2.4.1 CRK sebanyak 10 / 15 hari (mengikut kelayakan guru) dalam setahun yang diberi kepada guru adalah BUKAN HAK tetapi keistimewaan kepada penjawat awam. 2.4.2 Guru perlu memohon kebenaran CRK terlebih dahulu daripada pengetua. Setelah mendapat kebenaran pengetua, guru perlu mengisi butiran dalam sistem HRMIS. 2.4.3 Guru perlu memaklumkan kepada PK Pentadbiran untuk disokong dan memaklumkan dalam Group Guru Ganti Pagi/Petang untuk pengisian keberadaan guru oleh PK Pentadbiran dan urusan relief. 2.4.4 Dalam menimbangkan pemberian kemudahan CRK, pengetua akan memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas. 2.4.5 Kemudahan CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa. Baki cuti yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun berikutnya untuk memperoleh Gantian Cuti Rehat (GCR). 2.4.6 Permohonan CRK hendaklah melalui HRMIS dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh bercuti. 2.4.7 Guru tidak digalakkan mengambil CRK dengan tujuan untuk memanjangkan cuti, seperti pada hari Isnin, Jumaat dan cuti umum. 2.4.8 CRK boleh dimohon untuk kes-kes kecemasan sahaja. 2.4.9 Permohonan CRK tertakluk kepada sebab seperti dalam SPI Bil. 8 tahun 2017. CRK diluluskan hanya untuk tujuan; i. Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia. ii. Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan. iii. Menghadiri upacara keagamaan. iv. Kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. v. Menghadiri majlis konvokesyen bagi guru atau ahli keluarga. vi. Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara). vii. Menunaikan fardu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi. viii. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus. ix. Perkahwinan guru atau anak guru tersebut. 2.5 Cuti Tanpa Rekod (CTR) 2.5.1 CTR sebanyak tiga hari diberikan kepada pegawai bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat yang melibat suami/isteri, ibu kandung atau ibu angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah disisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara. 2.5.2 CTR juga melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk pegawai.


TERAJU BESTARI 6 15 2.6 Cuti ke Luar Negara Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mestilah mendapat kelulusan daripada jabatan. Borang permohonan yang ada di pejabat perlulah diisi selewatlewatnya satu bulan sebelum tarikh bercuti. ETIKA PAKAIAN GURU Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 1. PEKELILING IKHTISAS 1.1 Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 : Peraturan Pakaian Guru di sekolah/Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. 1.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi bagi Pegawai-Pegawai Awam) 2. Peraturan pakaian yang ditetapkan adalah seperti berikut : 2.1 Guru Lelaki 2.1.1 Berpakaian rasmi; berseluar panjang dan berbaju kemeja lengan panjang serta bertali leher. Baju berlengan panjang tidak boleh dilipat. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. 2.1.2 Kasut kulit/PVC, bersih, berkilat, bertumit, bertutup, berwarna gelap dan sarung kaki yang sepadan dengan seluar atau kasut dan melepasi buku lali. 2.1.3 Berbaju melayu lengkap dengan sampin dan songkok pada hari Jumaat. 2.1.4 Digalakkan memakai uniform lengkap kokurikulum pada hari Rabu. 2.1.5 Digalakkan memakai baju batik pada hari Khamis. 2.1.6 Kemeja-T berkolar untuk aktiviti/program sekolah. 2.1.7 Seluar denim, legging dan seumpama dengannya adalah TIDAK DIBENARKAN. 2.1.8 Pakaian mencolok mata adalah DILARANG. 2.1.9 Kemeja-T hanya dipakai oleh guru Pendidikan Jasmani yang mengajar PJ sahaja atau semasa program tertentu. 2.1.10 Pemakaian baju korporat hanya bila ada program; hari Sabtu atau aktiviti kokurikulum. 2.2 Guru Perempuan 2.2.1 Berpakaian rasmi dan formal. Berpakaian formal, baju kurung/baju pesak gantung/kurung moden/kebaya. 2.2.2 Kasut kulit/PVC, bersih, berkilat, bertumit, bertutup, berwarna gelap dan sarung kaki yang sesuai dengan warna kulit dan melepasi buku lali. 2.2.3 Digalakkan memakai uniform lengkap kokurikulum pada hari Rabu atau program Badan Beruniform. 2.2.4 Digalakkan memakai baju batik pada hari Khamis. 2.2.5 Pemakaian jubah serta pakaian mencolok mata adalah DILARANG. 2.2.6 Pemakaian baju korporat hanya bila ada program, hari Sabtu atau aktiviti kokurikulum. 3. Guru Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 3.1 Guru Lelaki – seluar trek, kemeja-T berkolar, kasut sukan. 3.2 Guru Perempuan – seluar trek, kemeja-T berlengan panjang, kasut sukan. 4. Semua guru wajib memakai tanda nama yang standard (Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983). 5. Guru lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas.


TERAJU BESTARI 6 16 PERHUBUNGAN SESAMA GURU 1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi secara profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta dapat mewujudkan perasaan kekitaan dan kejelekitan. 2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/ kepercayaan kepada guru, murid atau staf sokongan. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelayakan akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. BILIK GURU 1. Pengurusan bilik guru adalah di bawah tanggungjawab Badan Kebajikan Guru dan Staf Sokongan (BAGUS). 2. Kebersihan, keceriaan dan keselamatan serta harta benda di bilik guru adalah menjadi tanggungjawab bersama. 3. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya free-period. Guru hendaklah menggunakan masa tersebut dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 4. Murid tidak dibenarkan berada di bilik guru. 5. Semua guru bertanggungjawab memastikan suasana yang harmoni di dalam bilik guru. BILIK-BILIK KHAS 1 Bilik khas mesti dalam keadaan selamat; selamat diduduki, selamat dari pencerobohan dan kecurian. 2. Bilik khas mesti dalam keadaan kemas dan tersusun (susun atur peralatan, bahan-bahan, meja kerja, kerusi dan meja guru). 3. Bilik khas mesti sentiasa ceria dan kondusif. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. Bayaran ganti rugi akan dikenakan. 2. Guru-guru bilik khas hendaklah menyediakan peraturan keselamatan, buku log penggunaan dan carta organisasi bilik khas. 3. Kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik khas adalah menjadi tanggungjawab guru bilik khas. KEBERSIHAN 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual penggiliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan baik dan disimpan dengan selamat. 2. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid. SURAT KELUAR Semua surat rasmi kepada pihak luar hendaklah ditandatangani oleh pengetua atau penolong kanan. SURAT YANG DITERIMA 1. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 2. Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada pengetua, surat boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 3. Jika surat itu ditujukan kepada guru/staf untuk menghadiri mesyuarat/bengkel/kursus, guru berkenaan tidak dibenarkan mewakilkan guru lain tanpa kebenaran pengetua. 4. Surat yang diterima melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram perlu dicetak dan diminitkan di pejabat sebelum membuat tindakan.


TERAJU BESTARI 6 17 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis/upacara rasmi sekolah. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 1. Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan pengetua atau pembantu tadbir. 2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran perlulah berurusan dengan ketua panitia, ketua bidang atau penolong kanan. BUKU RANCANGAN MENGAJAR 1. Rancangan Pelajaran Harian (e-RPH) mengikut format penulisan TS25 yang telah ditetapkan. 2. E-RPH perlu dihantar kepada penyemak melalui pelantar Google Classroom. 3. Penghantaran e-RPH perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Sabtu kepada pentadbir seperti yang disenaraikan. JADUAL WAKTU 1. Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. BUKU STOK / INVENTORI GKMP atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran. KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru dan Staf Sokongan (BAGUS) dan PIBG sekolah. 2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. PENGGUNAAN ALAT-ALAT 1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan dan mengisi buku log peminjaman. 2. Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit atau penjaga stok. 3. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkannya kembali dengan segera dalam keadaan baik dan lengkap. 4. Jika rosak hendaklah dilaporkan segera. ARAHAN DAN PEKELILING 1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca. 2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas. 3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan atau PPD, guru hendaklah mengembalikannya dengan kadar segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. KUNCI 1. Semua kunci bilik khas hendaklah disimpan di pejabat. 2. Guru / Staf yang meminjam kunci mestilah dengan kebenaran pengetua dan merekod serta memulangkan sejurus urusan selesai. 3. Setiap kunci bilik khas hendaklah ada pendua yang perlu disimpan di pejabat. 4. Setiap pemegang kunci bilik khas perlu mendapat kebenaran dan dipulangkan semula ke pejabat pada akhir tahun atau apabila berpindah sekolah/unit. URUSAN KPM / JPNS / PPD 1. Guru tidak digalakkan berurusan sendiri dengan KPM/JPNS/PPD. 2. Semua urusan/ surat menyurat mesti melalui pengetua.


TERAJU BESTARI 6 18 PELAWAT 1. Semua pelawat perlu merekod kehadiran di pondok keselamatan dan mengambil pas kebenaran sebelum berjumpa dengan pengetua/penolong kanan . 2. Ibu bapa/penjaga/jurujual dilarang sama sekali berurusan terus dengan guru dan murid. 3. Pelawat perlu mengambil Slip Pelawat yang disediakan di pondok pengawal keselamatan. Pelawat perlu mendapatkan tandatangan dan cap daripada pegawai yang berkaitan. PEMBELIAN 1. Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum, GKMP, ketua panitia dan Penyelaras PPKI mesti mengikut prosedur kewangan yang betul semasa membuat pembelian. 2. Semua pembelian hendaklah mendapat kebenaran daripada GKMP/penolong-penolong kanan dan pengetua. 3. Nota minta hendaklah diisi sebelum pembelian. 4. Semua invois yang diterima hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. Proses Pembelian KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Semua guru diberi tugas menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. 2. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 3. Keselamatan murid-murid perlu diutamakan semasa aktiviti dijalankan. 4. Semua guru penasihat mesti berada bersama murid sepanjang aktiviti dijalankan. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan dan kehadiran guru akan dicatat. 2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 3. Semua warga sekolah dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. 4. Perhimpunan rasmi sekolah diuruskan oleh penyelaras perhimpunan rasmi, dibantu oleh guru bertugas dan guru pengawas. 5. Atur cara pentadbiran rasmi perlu mengikut protokol KPM.


TERAJU BESTARI 6 19 MESYUARAT GURU DAN SESI INFO 1. Dari masa ke masa pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Semua guru wajib hadir mesyuarat tepat pada waktu yang ditetapkan. 2. Guru juga diwajibkan hadir mesyuarat yang dipengerusikan oleh penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran. 3. Pencatat minit ialah guru bertugas pada minggu tersebut. SERAHAN TUGAS, DOKUMEN DAN ALATAN SEBELUM CUTI PERSEKOLAHAN 1. Nota Serah Tugas, kunci, dokumen dan alatan yang dipinjam hendaklah diserah kepada pegawai berkenaan pada minggu akhir persekolahan. 2. Guru-guru yang terlibat dengan tugasan luar seperti Penyelia Kawasan, Pengawas Peperiksaan dan Pemeriksa Kertas SPM menyiapkan segala tugas lebih awal dan membuat serahan sebelum keluar bertugas. 3. Guru yang akan bertukar perlu pastikan Nota Serah Tugas diserah sebelum pulang ke kampung. 4. Guru-guru boleh dipanggil semasa bercuti jika gagal serah apa-apa dokumen yang sepatutnya diserahkan sebelum cuti. 5. Guru boleh diarahkan bertugas 1/3 daripada jumlah cuti berdasarkan pekeliling yang dikuat kuasa. 6. Guru merekodkan keberadaan semasa cuti sekolah di dalam buku alamat semasa cuti guru dan staf. PENGGUNAAN MEDIA RASMI SEKOLAH 1. Media rasmi SMK Bukit Kapar menggunakan aplikasi TELEGRAM berikut : i. Group Rasmi SMKBK ii. Pentadbir SMKBK iii. Dokumentasi Program SMKBK iv. Kokurikulum SMKBK v. Group Guru Kelas vi. Group Kelas (murid) vii. AJK PIBG SMK BK 2. Media Rasmi merupakan saluran rasmi dalam penyampaian maklumat dan info kepada warga sekolah dan digunakan untuk urusan dan perbincangan rasmi sahaja. 3. Pengguna hendaklah menggunakan media rasmi secara berhemah dengan menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami. GAMBAR DAN NAMA DALAM SALURAN RASMI 1. Guru, AKP dan murid SMK Bukit Kapar menggunakan gambar profil yang sopan dan penuh integriti. 2. Menggunakan nama sebenar dalam Media Rasmi SMKBK PENGGUNAAN MESIN FOTOKOPI DI PEJABAT 1. Guru TIDAK DIBENARKAN menggunakan mesin fotokopi di pejabat atas urusan peribadi. 2. Guru TIDAK DIBENARKAN mengendalikan sendiri mesin fotokopi. 3. Guru perlu mengisi Borang Reso/Fotokopi terlebih dahulu dan mendapatkan tandatangan pentadbir, kemudian menyerahkannya kepada Pembantu Operasi untuk direso/difotokopi. PENILAIAN PRESTASI & KAEDAH PENILAIAN 1. Ahli Jawatankuasa Penilaian Prestasi terdiri daripada semua pentadbir. 2. Dapatan daripada mesyuarat akan dijadikan asas dalam penentuan Penilaian Prestasi tahun semasa. 3. Penilaian Prestasi adalah berdasarkan kekuatan, sumbangan, pencapaian dan prestasi guru dalam tahun semasa.


TERAJU BESTARI 6 20 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) TUJUAN ● Meningkatkan keberkesanan MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. LATAR BELAKANG ● Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. ● Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. ● Bagi memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid, cadangan ini berlandaskan falsafah untuk guru iaitu “ADA, BERFUNGSI, BERSIH”. Falsafah ini mengharapkan guru berada di dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid. OBJEKTIF ● Memastikan guru mesti ada dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid. IMPLIKASI ● MMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid belajar dengan berkesan. MMI perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolah iaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksana pengajaran di sekolah. Matlamat MMI murid disediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secara berkesan. ● MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka pendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. TANGGUNGJAWAB PENYELARAS TINGKATAN DAN GURU TINGKATAN GURU PENYELARAS TINGKATAN 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan pengetua dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran perlu diminta terlebih dahulu. 2. Menerima kemasukan murid baharu dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi murid bagi setiap tingkatan. 3. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT. 4. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberikan bantuan/biasiswa. 5. Mengumpulkan maklumat murid setiap kelas dari semasa ke semasa dan setiap bulan. 6. Bertanggungjawab menyelia, menyemak dan memastikan Buku Rekod Kehadiran Murid dilengkapkan serta dikemas kini dari semasa ke semasa. Guru Penyelaras turut berperanan untuk memastikan guru tingkatan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang menghadapi masalah kehadiran. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan di dalam folder daftar masuk (ikut Tingkatan) dengan kemas dan teratur. 8. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan. 9. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baharu dan membantu guru tingkatan untuk mengagihkan kemasukan murid. 10. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butirbutir murid dalam Buku Pendaftaran. 11. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan fail-fail tersebut dikemas kini.


TERAJU BESTARI 6 21 12. Memastikan murid baharu ditempatkan dalam tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih. 13. Menyampaikan laporan tentang murid baharu kepada PK HEM dan pengetua. 14. Mengenal pasti murid yang bermasalah dalam tingkatan masing-masing dan merujuk kepada guru kaunseling untuk tindakan selanjutnya. 15. Penyelaras tingkatan perlu mengemas kini APDM pada akhir bulan sekiranya guru tingkatan berkursus/cuti sakit. GURU TINGKATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas 1.1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan. 1.2. Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan putih, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja serta membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemas kini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir serta bunga (jika perlu) untuk kelas. 1.3. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas; 1.3.1. Jadual waktu 1.3.2. Jadual bertugas 1.3.3. Moto kelas 1.3.4. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penadah sampah. 1.3.5. Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru dan papan putih direkodkan dalam borang KEW. PA-7. 1.4. Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah. 1.5. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak dalam Borang Aduan Kerosakan di pejabat untuk tindakan selanjutnya 1.6. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 1.7. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada persetujuan guru dan murid. Kutipan ini perlu direkodkan. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut; 1.7.1. Keceriaan kelas 1.7.2. Kebajikan murid 2. Jadual Kedatangan (e-manual kehadiran) 2.1. Menandakan jadual kedatangan harian murid secara dalam talian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Kawalan kehadiran Kelas (BKK) murid di pejabat. 2.2. Memastikan data keluar masuk murid dikemas kini. 2.3. Memastikan kelas mempunyai Buku Kawalan Kelas (BKK) dan diurus dengan baik. 2.4. Memasukkan kehadiran murid dalam e-kehadiran dikemas kini. 3. Laporan Prestasi dan Sijil Berhenti 3.1. Memastikan setiap murid menerima slip keputusan ujian dan peperiksaan. 3.2. Membuat laporan kemajuan akademik dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan SPPBS bagi setiap ujian dan peperiksaan. 3.3. Menyediakan dan mengisi; 3.3.1. Sijil Berhenti bagi murid yang menamatkan persekolahan. 3.3.2. Guru Tingkatan 5 perlu menyediakan butiran kelengkapan murid bagi Sijil Berhenti Sekolah. 4. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin 4.1. Memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik. 4.2. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.


TERAJU BESTARI 6 22 4.3. Melaporkan kepada Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran dan masalah sahsiah murid. 4.4. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan. 4.5. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin sekolah (kes berat / kes berulang). 5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan / Kebajikan 5.1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada murid dan memastikan bukubuku tersebut dibalut dan ditulis nama murid. 5.2. Mengemas kini Borang G SPBT. 5.3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun. 5.4. Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan. 5.5. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa. 6. Kutipan Bayaran 6.1. Mengutip sumbangan PIBG selepas mesyuarat agung PIBG. 6.2. Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat. 6.3. Menyerahkan wang kutipan PIBG kepada bendahari PIBG. 7. Pendaftaran Murid Baharu 7.1. Menerima kemasukan murid baharu daripada Penyelaras Tingkatan. 7.2. Mendaftar murid baharu ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid baharu daripada Buku Kemasukan Sekolah. 7.3. Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 7.4. Mendapatkan slip peperiksaan murid, data kokurikulum/kad kehadiran kokurikulum, fail PBS, senarai semak PBS, rekod disiplin dan Kad Profil Murid dari sekolah yang terdahulu. 7.5. Menentukan rumah sukan. 8. Murid Keluar 8.1. Melengkapkan/menyediakan slip peperiksaan murid, data penilaian kokurikulum/ kad kehadiran kokurikulum, fail PBS, senarai semak PBS, rekod disiplin, kad kesihatan, kad rawatan gigi dan kad profil murid dihantar ke pejabat. 8.2. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan 3 dan tingkatan 5. 8.3. Memastikan kelulusan untuk bertukar telah diterima. 8.4. Memastikan borang berkaitan biasiswa dilengkapkan sebelum berpindah. 9. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain. 9.1. Memastikan setiap murid mempunyai rumah sukan, kelab / persatuan, unit beruniform dan sukan / permainan. 9.2. Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum. AMALAN PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN DAN TATATERTIB 1. Setiap guru ialah guru disiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid dan mengambil langkah kawalan untuk memastikan semua murid mengikut peraturan dan undang-undang


TERAJU BESTARI 6 23 sekolah yang telah ditetapkan serta mendisiplinkan murid-murid sekolah sama ada yang diajar atau tidak. 2. Setiap guru bertanggungjawab mengawal disiplin semua murid di sekolah ini. 3. Semua guru harus bertanggungjawab menegur dan membimbing murid yang didapati melanggar peraturan sekolah dengan berhemah. 4. Guru mata pelajaran waktu pertama perlu mencatat tarikh dan kehadiran murid pada ruangan yang disediakan di papan putih. 5. Guru-guru harus bijak mengawal disiplin murid di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna. 6. Semua kes disiplin yang dilakukan oleh murid mesti diselesaikan oleh guru disiplin dengan penuh diplomasi dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 7. Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai hukuman menyatakan bahawa guru-guru tidak dibenarkan menjalankan hukuman merotan melainkan guru-guru disiplin yang telah diberi kuasa oleh pengetua. Surat merotan murid perlu dikeluarkan melalui SSDM. 8. Semua kesalahan murid mesti direkodkan oleh setiap guru mata pelajaran dalam Borang Kawalan Kelas (BKK) dan guru harus menurunkan tandatangan. 9. Semua guru harus mengenal pasti murid yang terlibat dalam kes disiplin dan mengambil tindakan proaktif memanggil murid bermasalah(mengendalikan sisatan mengikut SOP) dan merujuk kes kepada guru kaunseling.. 10. Sekiranya perlu, guru tingkatan diminta menghubungi ibu bapa / penjaga murid bagi membincangkan cara terbaik untuk menangani masalah disiplin murid. Sila catat tarikh surat rasmi atau masa panggilan telefon yang telah dibuat di dalam buku catatan rekod panggilan ibu bapa. 11. Murid-murid yang masih tidak berubah setelah diberi nasihat oleh guru perlu dihantar/dirujuk kepada Guru Disiplin dan Guru Kaunseling untuk tindakan selanjutnya. 12. Kes-kes pelanggaran disiplin yang berat perlulah dirujuk kepada Ketua Guru Disiplin, Guru Kaunseling dan PK HEM. Waktu Perhimpunan 1. Guru bertugas mingguan perlu memastikan perhimpunan pada hari Isnin berjalan lancar bermula pada pukul 7:20 pagi dan tamat pada pukul 8:15 pagi. Sesi petang bermula pada pukul 6:00 petang dan tamat pada pukul 6:30 petang. 2. Semua guru dan murid hendaklah berada di Dataran Ilmu semasa perhimpunan. Kebersihan Kelas 1. Guru tingkatan dan guru mata pelajaran haruslah memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih. 2. Guru waktu akhir perlu memastikan murid bertugas membersihkan kelas dan membuang sampah sebelum membenarkan murid meninggalkan kelas. 3. Guru haruslah memastikan kelas bersih sebelum membenarkan murid meninggalkan kelas. 4. Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua guru dan murid SMK Bukit Kapar. Waktu Murid Berada di Dalam Kelas 1. Semua murid harus berada di dalam kelas ketika sesi PdPc. 2. Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa pas keluar. 3. Guru-guru yang melihat murid berada di luar kelas ketika PdPc PERLU; 3.1 Mengarahkan supaya mereka balik ke kelas. 3.2 Nama dan kelas mereka dicatat dan dilaporkan kepada guru tingkatan/guru mata pelajaran 4. Semua guru diminta untuk peka mengenai ketrampilan diri murid dan memberi teguran membina untuk memastikan murid sentiasa kemas dan berpakaian mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu dari aspek; 4.1 Tanda nama, lencana sekolah dan tali leher. 4.2 Kebersihan dan kekemasan berpakaian.


TERAJU BESTARI 6 24 4.3 Kekemasan diri dari segi rambut, misai dan kuku. 5. Guru harus memastikan bilangan murid yang berada di dalam kelas ketika PdPc adalah jumlah murid yang dicatat sebagai hadir pada hari berkenaan. 6. Guru waktu pertama perlu mencatat jumlah kehadiran murid di bahagian kiri papan hitam / papan putih. Sila catat nama murid yang tiada dalam kelas tanpa kebenaran dengan kebenaran di dalam buku kawalan kelas (BKK). 7. Sila pastikan murid yang dibenarkan keluar ke tandas atau berjumpa guru di bilik guru, kembali dalam waktu yang ditetapkan. Jangan benarkan murid keluar sekiranya tiada alasan yang munasabah. 8. Slip keluar kelas : 8.1 Murid yang diarahkan oleh guru untuk membantu guru ketika sesi PdPc, perlu menyerahkan slip keluar kelas yang tercatat nama dan tandatangan guru yang mengarahkan murid keluar kelas pada waktu itu kepada guru mata pelajaran dalam kelas. 8.2 Slip berkenaan harus dikepilkan dalam buku kawalan kelas (BKK). 9. Kawalan disiplin dalam kelas penting untuk mengelakkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah berlaku. 10. Sebagai panduan, antara aspek-aspek disiplin yang harus dikawal dan diambil perhatian oleh semua guru adalah seperti berikut; 10.1 Bising dalam kelas 10.2 Berkelakuan tidak sopan 10.3 Kelas tidak bersih 10.4 Ponteng kelas, ponteng sekolah 10.5 Pergerakan murid ke kelas, makmal, bengkel, padang, dewan dan perpustakaan 10.6 Keluar kelas tanpa pas kebenaran 10.7 Merayau dalam kawasan sekolah ketika sesi persekolahan 10.8 Mengganggu kelas lain 10.9 Berada dalam kelas lain ketika sesi PdPc 10.10 Keluar ke tandas lebih dari 15 minit 10.11 Melawan, mengugut dan mencabar guru 10.12 Meniru ketika peperiksaan 10.13 Murid berada di kaki lima kelas 10.14 Kumpulan murid yang bising 10.15 Tidak duduk di tempat yang ditetapkan 10.16 Membawa bahan bacaan yang tidak dibenarkan 10.17 Telefon Pintar tidak dibenarkan dibawa ke sekolah 10.18 Penggunaan peralatan lain dalam kelas tanpa izin 10.19 Mencuri 10.20 Mengambil barang kepunyaan murid lain tanpa kebenaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) https://ssdm.moe.gov.my/ 1. Semua guru nempunyai ID dalam sistem SSDM. 2. Guru diwajibkan untuk memasukkan amalan baik yang dilakukan oleh murid dalam sistem. 3. Guru digalakkan untuk memasukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid. 4. Guru diingatkan agar membuat pertimbangan sebelum memasukkan salah laku murid dalam sistem. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) https://apdm.moe.gov.my/ 1. Guru tingkatan perlu mengumpul data daripada murid (borang). 2. Kemas kini data terkini murid dalam sistem bagi setiap muka surat (medan). 3. Guru perlu menyemak setiap data yang dimasukkan adalah tepat dan sahih. 4. Data murid perlu dikemas kini setiap bulan. 5. Tindakan yang perlu dilakukan oleh Guru Tingkatan untuk murid keluar/masuk 5.1 Mendaftar murid yang masuk ke sekolah mengikut tarikh masuk ke SMK Bukit Kapar 5.2 Murid keluar perlu merujuk kepada admin APDM.


TERAJU BESTARI 6 25 e-Kehadiran https://apdm.moe.gov.my/ 1. Aplikasi terkandung dalam sistem APDM 2. Guru Tingkatan perlu melengkapkan e-kehadiran murid setiap hari sebelum masa kedua 3. Pastikan ketidakhadiran murid dinyatakan sebab (klik sebab)


TERAJU BESTARI 6 26 SENARAI NAMA GURU MENGIKUT OPSYEN SESI PAGI BIL NAMA GURU JAWATAN GRED OPSYEN 1 OPSYEN 2 1 MASWI BIN SAION PENGETUA DG 54 PENDIDIKAN SENI - 2 MUSTAFA AL BAKRI BIN REIN PK PENTADBIRAN DG 54 BIOLOGI SAINS 3 ZAINURA BINTI MOHD YUSOF PK HEM DG54 BAHASA MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU 4 AZIAH BINTI ABU ZIDEN PK KOKURIKULUM DG54 PERAKAUNAN PERDAGANGAN 5 ARIFAH BINTI MAT HUSSIN GKMP BAHASA DG52 PENGAJIAN MELAYU - 6 NURALIZA BINTI MD DOM @ AB AZIZ GKMP SAINS & MATEMATIK DG48 MATEMATIK P. PERAKAUNAN 7 FADZILATUL AHYA BINTI SAMSUDDIN GKMP TEKNIK & VOKASIONAL DG44 TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (MATEMATIK) PERNIAGAAN 8 AHMAD FAISAL BIN MOHAMED YAZID GKMP KEMANUSIAAN DG48 PENDIDIKAN ISLAM - 9 HARYATI BINTI ZULKIFLI GC DG 48 KIMIA PJK 10 NOORAINI BINTI MOHD ISHAK GKK DG48 KAUNSELING SEJARAH 11 UMI SHAKIRAH BINTI MOHD ARSHAD GKK DG41 KAUNSELING - 12 ABDUL HALIM BIN AHMAD GAB DG48 MATEMATIK KHB 13 AISHAH BINTI MUSA GAB DG41 EKONOMI PERNIAGAAN 14 DESSEY BINTI MAJALIS GAB DG48 BIOLOGI SAINS 15 FADZILAH BINTI AMRI GAB DG48 PRINSIP PERAKAUNAN EKONOMI 16 FATIN NUR SYAHIRAH BINTI FAIZAL GAB DG41 BAHASA INGGERIS KESUSASTERAAN B. INGGERIS 17 FAZIDAH BINTI MOHAMAD ZAINAL GPA DG52 PENDIDIKAN ISLAM - 18 HANIZATUL AZNA BINTI MUHAMAD SAHAR GAB DG52 BAHASA MELAYU - 19 HASNIZA AZIAN BINTI ABD AZIZ GAB DG48 KIMIA MATEMATIK 20 HASRUL RASYID BIN HARITH GAB DG44 BAHASA MELAYU - 21 JULIANA BINTI JAAFAR GAB DG44 BIOLOGI KIMIA 22 JUNAIDAH BINTI ABDULLAH GPKIB DG44 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN KHAS 23 JUWARIAH BINTI AYUB GAB DG44 SAINS PERTANIAN - 24 KHAIRUL AZRI BIN ABDULLAH GAB DG44 MATEMATIK PENGAJIAN MATEMATIK 25 MOHD AMIN BIN ARUDIN GAB DG48 BAHASA INGGERIS SAINS KOMPUTER 26 MOHD FAHMI BIN ABD ALIAN GAB DG48 SAINS PENGAJIAN AM


TERAJU BESTARI 6 27 27 MOHD NORISZUAN BIN AZIS GAB DG44 KEUSAHAWANAN PERDAGANGAN PENGAJIAN AM 28 MOHD RAFSHANJANI BIN AB HAMID GAB DG41 SAINS SUKAN PJPK 29 NOOR DINA BINTI LUKMAN GAB DG48 KIMIA - 30 NOR AZIAN BINTI AHMAD SUBKI GAB DG48 FIZIK MATEMATIK 31 NOR HASIMAH BINTI MOHD SALLEH GPA DG54 PENDIDIKAN ISLAM - 32 NOR ZURIANI BINTI MOHAMMED AMIN GAB DG52 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI 33 NORLELA BINTI SAMSHI @ SHAMSI GAB DG48 BAHASA MELAYU SASTERA 34 NORZIEKIN BINTI TARIZAN GURU DATA DG44 FIZIK - 35 NUR ARINA BINTI NAZARUDIN GAB DG41 BAHASA INGGERIS - 36 NUR SYAZANA BINTI NORASID GAB DG41 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI - 37 NURUL AZWAIDAH BINTI ABDULLAH GAB DG44 BIOLOGI MATEMATIK 38 NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMMAD GAB DG44 KIMIA SAINS 39 NURUL IZYANA BINTI LAKIMIN GPKIB DG41 PENDIDIKAN KHAS 40 NURULAIN BINTI SAMDIN GPKIB DG48 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN 41 PUTERI AZILAWATI BINTI MEGAT ARIFFIN GAB DG48 PENDIDIKAN SENI VISUAL - 42 RASIDAH BINTI ISMAN GAB DG48 SEJARAH - 43 ROHAYU BINTI ABDULLAH GAB DG41 PENDIDIKAN SENI VISUAL - 44 ROSALINA BINTI MOHAMAD GAB DG48 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN 45 SA’ANIM BINTI HJ. MUHANAD HAIRI GPA DG54 PENDIDIKAN ISLAM - 46 SABARIAH BINTI JANI GPKIB DG54 PPKI PENDIDIKAN AWAL KANAK2 47 SITI SALBIAH BINTI ISMAIL GAB DG44 PRINSIP PERAKAUNAN PERNIAGAAN 48 SITI SARAH BINTI IBRAHIM GPKIB DG41 PPKI - 49 SULAINI BINTI MAT YONG GAB DG48 BAHASA MELAYU - 50. ZULHAYATI AZNITA BINTI MAMAT GAB DG44 SEJARAH PENGAJIAN AM


TERAJU BESTARI 6 28 SENARAI NAMA GURU MENGIKUT OPSYEN SESI PETANG BIL NAMA GURU JAWATAN GRED OPSYEN 1 OPSYEN 2 1 NORMALA BINTI MISMAN PK PETANG DG48 PPKI - 2 ABDULLAH NAIMULLAH BIN ABDULLAH SHERGAWI GAB DG41 BAHASA MELAYU SEJARAH 3 ATIAH BINTI ZAKARIA GAB DG44 BIOLOGI SAINS 4 AZMI B MOHD YUNUS GAB DG48 BAHASA INGGERIS - 5 DIANA ROSCHINDA BINTI SOHIBOL FADILAH GAB DG44 PJK PJK 6 FATMA SYAZANA BINTI MOHAMAD GAB DG44 MATEMATIK BIOLOGI 7 FAZLINA BINTI MOHD MANSOR GPA DG48 PENDIDIKAN ISLAM - 8 HAMIZALFADLI BIN AHMED GAB DG44 SAINS SUKAN 9 HASLINA BINTI MOHAMAD ALI GKK DG44 BIMBINGAN & KAUNSELING - 10 JANARIAH BINTI AB RAMAN GAB DG44 PENDIDIKAN ISLAM - 11 KHALIK BIN DOLKASAN GPA DG48 PENDIDIKAN ISLAM B. ARAB 12 MD ARIL BIN SAWADI GAB DG44 GEOGRAFI - 13 MOHD SUFIAN BIN OMAR GAB DG44 MATEMATIK SAINS SUKAN 14 MUHAMMAD TAUFIK BIN ISA GAB DG41 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TEKNIKAL 15 MUHD KHAIROL HISHAM BIN MUHAMAD MAZLAN GAB DG44 FIZIK SAINS 16 MUHD SYAFIQ BIN CHE IBRAHIM GAB DG41 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI - 17 NOR HASHIMAH BINTI SHAFIE GAB DG48 MATEMATIK FIZIK 18 NORAINI BINTI ABDUL RAHMAN GAB DG41 BAHASA INGGERIS 19 NUR AFIQAH BINTI ABDUL TALIB GAB DG41 MATEMATIK - 20 NUR SYAZRIN BINTI MAT YACOB GAB DG41 BAHASA INGGERIS - 21 NURUL IZZATI BINTI MOHD SUHAIMI GAB DG44 BIOLOGI KIMIA 22 RADHIAH BINTI AB RAHIM GAB DG41 FIZIK SAINS KOMPUTER 23 SITI FATIMAH BINTI MOHD NOR GAB DG44 TEKNOLOGI MAKLUMAT MATEMATIK 24 SITI MARIAM BINTI JUSOH GAB DG41 BAHASA MELAYU SASTERA 25 TAIYIBAH BINTI ZAKARIA GAB DG44 SEJARAH 26 UMIE SYAWANIE BINTI AB LATIF GAB DG41 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI -


TERAJU BESTARI 6 29 SENARAI NAMA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA BIL NAMA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA JAWATAN 1 NAFSIAH BINTI AHMAD BOHARI PT N22 2 ZURAIDA BINTI MOHAMED SAH PT N22 3 SITI NORAZLIN BINTI MASLAN PT N19 4 NUR AMIZAH BINTI HUSIN PM C19 5 SHARMIMI BINTI MAHIZAIR PM C19 6 IZZAH ‘ATIRAH BINTI MOHAMAD KAMSER PM C19 7 SAPIAH BINTI MOHD YUSOF PPM N19 8 ROHAYAN’NE BINTI MOHAMAD RANI PPM N19 9 NEKMAN BIN ABU BAKAR PO N11


Click to View FlipBook Version