NAMA : TAN SHU HUI
KELAS : 6A
EMAIL : [email protected]
SEKOLAH : SJK(C) Foon Yew 5
Jln Mutiara Emas 4/19,
Tmn Mount Austin 81100,
Johor Bahru
Kandungan
Biodata Nilai Penutup Kesimpulan
Dato' Sir Onn Bin Jaafar 15 16-17
03-04 Sumber Rujukan
18
Pendidikan
Dato' Sir Onn Bin Jaafar Sumbangan
Dato' Sir Onn Bin Jaafar
05-06
11-14
Kerjaya
Dato' Sir Onn Bin Jaafar
07-10
Presiden Pertama Umno - Dato' Sir Onn bin Ja'afar
Lahir : 12 Februari 1895
(Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru , Johor, British Malaya (kini Malaysia))
Meninggal dunia: 19 Januari 1962 (umur 66)
Tempat : Johor Bahru , Johor , Malaysia
Tempat persemadian : Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Parti politik : UMNO
Pasangan : Rafeah Abdullah , Che Jamilah , Che Kah , Halimah Hussein
Hubungan : Hishammuddin Hussein (cucu) , Mohamed Noah Omar (besan)
Abdul Rahman Mohamed Yassin (abang ipar) , Ungku Abdul Aziz (anak saudara)
Syed Muhammad Naquib al-Attas (anak saudara)
Ibu : Hanim Rogayah
Bapa : Jaafar Haji Muhammad
Pekerjaan : Menteri Besar
03
Bapa Dato'Sir Onn bin Ja'afar
Datuk Jaafar bin Haji Muhammad
Ibu Dato'Sir Onn bin Ja'afar Pasangan : Rafeah Abdullah , Che Jamilah
Hanim Rogayah Che Kah , Halimah Hussein
Hubungan : Hishammuddin Hussein (cucu)
Mohamed Noah Omar (besan)
Abdul Rahman Mohamed Yassin (abang ipar)
Ungku Abdul Aziz (anak saudara)
Syed Muhammad Naquib al-Attas (anak saudara)
Ibu : Hanim Rogayah
Bapa : Jaafar Haji Muhamma
Pekerjaan : Menteri Besar
04
Dato 'Sir Onn bin Ja'afar', 1895 - 19 Januari 1962 05
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari 1962) dilahirkan di Bukit
Gambir, Jalan Gertak Merah,Johor Bahru.Beliau merupakan pengasas dan
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah
meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu
pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak
perempuan. Bapanya Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu
Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim.Datuk Jaafar
berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya bernama Hanim Rugayah berasal
dari Timur Dekat, berketurunan Turki. Datuk Onn dipelihara oleh Sultan Ibrahim
sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam tahun
Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh
wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia Sembilan
tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburgh Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat
pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi
pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Datuk Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama dengan Che’ Rafiah Binti
Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah.
Jodohnya dengan Rafiah tidak panjang kerana beliau telah kembali ke rahmatullah selepas
melahirkan Cik Salehah. Kemudian Datuk Onn berkahwin dengan Cik Jamilah Binti Othman dan
dikurniakan seorang anak, Azmir. Walau bagaimanapun jodoh beliau dengan Cik Jamilah tidak Panjang
dan mereka bercerai dan Datuk Onn telah berkahwin pula dengan ketiga dengan Che Kah, seorang
pelakon bangsawan. Baginda berkahwin dengan Datin Halimah Binti Hussein dan dikurniakan Tiga orang
anak iaitu Tun Hussein, Gharib, Major Ja’afar, Tahir, Nurziah dan Nel. Datuk Onn dan Datin Halimah
hidup sebagai suami isteri selama 41 tahun.
06
Garis Masa Dato Onn Jaafar
• 1895 – Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru
• 1901 – Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim.Belajar Bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris
• 1902 – Ibunya meninggal dunia
• 1903 – Belajar di Alderburgh Lodge School di England . Beliau ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
• 25 Mac 1910 – kembali ke Johor dengan perawakan Barat
• 1910 – 1911 – Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
• 1911 – Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor . Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya).
• Mendapat tiga orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian
• 1915 – Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia. Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah,
seorang pelakon bangsawan.
• 1917 – Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat tertinggi adalah Leftenan.
• 1919 – Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
• 1920 – Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu
harta.
• 1922 – Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail
• 1924 – Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
• 1927 – Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah
kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan
07
• 1927 – 1936 – Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday
Mirror. Sultan Ibrahim menggunakan JMF untuk melakukan banyak perkara seperti membina bangunan.
• 1 Januari 1930 – Dilantik menjadi pengarang Warta Malaya
• 1934 – Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga
• 1936 – 1941 – Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
• 11 Mei 1946 – Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru.
• 1 Jun 1947 – Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.
• 10 Januari 1949 – Dilantik menjadi anggota ‘Communities Liasion Committee’
• 18 Mei 1950 – Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
• 1951 – Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
• 26 Ogos 1951 – Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951
• 26 Ogos, 1951 – Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Februari 1954 – Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum
yang pertama pada tahun 1955.
• 1955 – Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
• 1959 – Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan dengan bantuan parti PAS..
• 19 Januari 1962 – Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru
08
Kerjaya Datuk Onn
Semasa kecil, Onn Jaafar belajar di UK selama 7 tahun dan kemudian mendapat pendidikan di sebuah sekolah Melayu di Kangsar, Perak.
Selepas tamat pengajian, dia menyertai Pejabat Perundingan Inggeris di Tanah Melayu sebagai setiausaha. Kakak dan ayah Onn Jaafar adalah bekas
Menteri Negeri Johor. Mengikut tradisi ini, dia memegang jawatan Menteri Negeri Johor pada usia 40 tahun Pada tahun 1915,
tentera India Muslim yang ditempatkan di Tanah Melayu melancarkan kerusuhan Singapura,
dan Onn Jaafar juga pergi ke Singapura untuk membantu memadamkan rusuhan di sana.
Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
.
Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor . Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).
Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar. 1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor,
kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan)
Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen.
09
Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor.Di sini juga, beliau tidak lama
berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham
dengan Baginda.
Pada 1920 Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura.
Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain,
perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya.
Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar.
Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.
Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed
Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933.
Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga
Malaya dan Harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya
10
Sumbangan :
● Menyeru orang Melayu Bersatu padu
Datuk Onn Ja’afar menyeru supaya semua orang Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union dan juga
memulihkan pertubuhan yang telah wujud serta menubuhkan pertubuhan yang diwujud baru.Beliao melalui
menulis pelbagai rencana dan menggunakan akhbar untuk menyedarikan orang Melayu tentang tujuan
penubuhan Malayan Union dan mengalakkan orang
Melayu menentang Malayan Union dengan terbuka dan berani.
● Mencadang untuk menubuhkan sebuah parti politik untuk menentang Malyan Union
Datuk Onn Ja’afar mencadang untuk menubuhkan sebuah parti politik yang bernama UMNO untuk
menyatupadukan parti-parti politik seluruh Tanah Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa.Parti politik
ini bertujuan untuk membuka minda dan menyampaikan kepentingan Bersatu padu dan memajukan jati
diri orang Melayu.
● Menganjurkan Kongres Melayu di Kuala Lumpur
Kongres Melayu yang pertama dianjurkan pada 1 hingga 4 Mac pada tahun 1946 di Kelab Sultan sulaiman,Kampung Baru,
Kuala Lumpur.Kongres ini bersetuju menubuhkan parti politik yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Ja’afar,iaitu
United Malays National Organization(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Berkembar untuk menentang
Malayan Union.Kongres ini dianjurkan dengan amat Berjaya kerana semua orang amat menyokong penubuhan UMNO ini.
Selain itu, terdapat kongres Melayu yang kedua juga diadakan pada 30 hingga 31Mac 1946 untuk membantah pengenalan
Malayan Union
11
● Menjelajah seluruh semenanjung tanah Melayu dan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union
Orang Melayu yang diketuai oleh Datuk Onn Ja’afar telah membantah Malayan Union yang akan menghilangkan
kedaulatan negeri-negeri Melayu Tanah dengan menganjurkan demonstrasi secara damai. Mereka amat Bersatu padu
untuk menentang Malayan Union. Bak kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’’.
● Memujuk raja-raja Melayu untuk memulaukan upacara perlantikan Sir Edward Gent
Orang Melayu menyedari bahawa mereka akan menghilangkan kuasa di negeri mereka sendiri, Datuk Onn Ja’afar dan
golongan lain menentang pembentukan Malayan Union. Meskipun terdapat bantahan,kerajanan Inggeris tetap mahu
meneruskan penubuhan Malayan Union. Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor pertama walaupun dilarang oleh
raja-raja yang lain. Tertapi, terdapat satu rundingan antara Sir Edward Gent,raja-raja Melayu dan Datuk Onn kerana
terdapat satu pemerintahan yang baru akan dilantik Malayn Union.Akhirnya pada bulan Julai 1946 Malayan Union dibubarkan.
● Menjadi AJK menggubal perlembagaan UMNO pada tahun 1949
Dato Onn Ja’afar telah menjadi ahli jawatankuasa yang penuh bertanggungjawab menggubal perlembagaan
UMNO pada tahun1949.Melalui perlembagaan pertama ini,maka UMNO telah menjadi sebuah parti politik sepenuhnya.
Penubuhan UMNO ini telah menonjolkan sumbangan dan usaha beberapa orang tokoh yang terlibat dalam jawatankuasa
penggubahan perlembagaaan UMNO pada tahun 1949.Antara ialah Datuk Onn Ja’afar yang dilantik sebagai
Yang Dipertua UMNO pertama , Dato’ Panglima Bukit Gantang dan lain-lain
12
Meninggalkan Umno
Dalam beberapa tahun akan datang, Onn Ja’afar menjadi jijik dengan dasar-dasar Melayu yang disarankan oleh Umno,
jadi dia meminta penerimaan orang Melayu tanpa mengira bangsa dan mencadangkan untuk menukar nama parti itu kepada
"Malayan National Unity Organisation" (Malayan Bersatu Pertubuhan Kebangsaan),
yang berhasrat untuk menghapuskan pemusatan Melayu dalam nama. Tetapi setelah cadangannya ditolak, Pada 26 Ogos 1951,
Onn Ja’afar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Namun, Parti Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mendapat sokongan kebanyakan orang Melayu.
Dalam pilihan raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan pada tahun 1952,
Parti Kemerdekaan Tanah Melayu mengalami kekalahan teruk. Pada akhirnya, Ong Rahhua meninggalkan Parti Kemerdekaan
Tanah Melayu dan menubuhkan Parti Nasional Malaya (Parti Negara) pada Februari 1954,
menyekat keahlian orang bukan Melayu untuk menyenangkan orang Melayu, dan akhirnya Pada tahun 1959,
parti barunya memenangi kerusi di Kongres .Walaupun beberapa kejayaan telah dibuat, dengan kematian
Onn Ja’afar pada tahun 1962, kedua-dua parti ini tidak mendapat sokongan yang cukup dari rakyat untuk
menentang gabungan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, dan akhirnya pudar dari politik.
13
Imej awam
Pada tahun 2007, kisah Ong Jae Hua difilemkan dalam filem "1957: Hati Malaya“
oleh pengarah terkenal Malaysia Shuhaimi Baba, dan peranan Onn Ja’afar dimainkan oleh Zaefrul NadzarinNordin
14
Nilai
Saya dapat mempelajari beberapa nilai dalam biodata dan kerjaya Dato Onn Ja’afar. Antaranya,kita mestilah tabah
apabila kita menghadapi cabaran dalam kehidupan kita. Seandainya kita tabah untuk membuat sesuatu,kita akan berjaya pada
suatu hari walaupun kita akan tewas banyak kali sebelum. Selain itu , kita perlulah berani berjuang untuk negara kita.
Misalnya,Dato Onn Ja’afar telah menubuhkan menubuhkan "Agensi Perpaduan Nasional Melayu" (UMNO) yang
Difikirkan sebelum ini untuk menyatupadukan orang Melayu menjatuhkan Malayan Union yang dibentuk oleh British dan diperintah oleh kelas istimewa.
Penubuhan ini mengakibatkan orang Melayu berganding bahu untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
15
Penutup/Kesimpulan
Saya berasa amat bangga dan gembira kerana mempunyai peluang yang jarang-jarang
jumpa ini untuk menyertaipertandingan membuat buku skrap digital ini.
Guru-guru dan ibu bapa juga memberikan bantuan kepada saya apabila membuat buku digital ini.
Saya telah menambah ilmu pengetahuan saya dalam proses membuat buku ini.
Apabila saya baru mula membuat buku ini, saya mengambil sedikit masa untuk mencari
aplikasi “AnyFlip” dan tokoh Johor. Saya mengumpulkan maklumat dari Internet dan
membaca maklumat dengan bersungguh-sungguh. Inilah ialah julung kali saya memahami
Dato Onn Ja’afar dengan teliti. Justeru,saya telah menimba ilmu pengetahuan dalam buku ini.
16
Saya dapat menerangkan beberapa maklumat tentang tokoh pemimpin Johor yang bijak dan hebat ini.Dato Onn Ja’afar dilahirkan pada 12 Februari 1895
dan meninggal dunia pada 19 Januari 1962 , iaitu hidup 66 tahun.Ibunya bernama Hanim Rogayah dan bapanya bernama Jaafar Haji Muhammad .Beliau
dikuburkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. Beliau pernah menubuhkan "Agensi Perpaduan Nasional Melayu" (UMNO) untuk menyadupadukan
orang Melayu untuk mengahapi masalah yang dihadapi.
Beliau pernah mempunyai empat pasangan.Beliau pernah diterima bekerja semula sebagai penolong pengawai di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh
sultan sebab membidas beliau tidak berselindung tentang isu harta.Namun,beliau bekerja semula sebagai penolong pengawai pada masa depan di Johor
kerana dipujuk oleh Tengku Ismail.Selepas menghadapi banyak peristiwa dan kerjaya, beliau dilantik sebagai Pengerusi Rural and Industrial Development
Authority (RIDA) secara beransur-ansur.
Beliau kalah dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955.Namun, beliau mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam pilihan raya Persekutuan dengan bantuan parti PAS. Ketabahannya patut kita contohi.
Kesimpulannya, saya berasa gembira kerana dapat menyertai pertandingan ini dan menambahkan ilmu tentang tokoh pemimpin Johor. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru saya kerana memberikan peluang ini kepada saya. Saya mengucapkan terima kasih bagi kamu sanggup melihat buku skrap saya dengan penuh kesungguhan
17
SUMBER RUJUKAN
• https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/
• https://zh.wikipedia.org/wiki/%E7%BF%81%E6%83%B9%E5%8C%96
• https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
18