Waspada budaya kita hendaklah dijadikan amalan berterusan dan sepanjang hayat bagi setiap pengguna jalan raya. Hal ini bagi memberi kesedaran dan rasa bertanggungjawab bersama ketika menggunakan jalan raya.
Jika pembudayaan ini dapat berterusan dan disemak dalam diri pengguna jalan raya maka, dapat mengubah tingkah laku dan sikap bagi melahirkan pengguna yang berhemah. Pembudayaan ini juga dapat melahirkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berwaspada semasa menggunakan jalan raya.
Masyarakat akan sentiasa mengamalkan sikap positif dan mengutamakan keselamatan orang lain juga. Diharapkan kes kemalangan di jalan raya dapat menurun. Hargailah nyawa dan ingatlah orang yang tersayang.