MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO
PENSYARAH :
RAHIMAH BINTI HALIM
AHLI KUMPULAN:
1. MOHAMMAD ALIFF RIZQIN BIN MD HARRIS KAMAROSKY
(17DSB21F1001)
2. .MUHAMMAD AZRUL NAIM BIN SAIFUL ABDUL ROHMAN
(17DSB21F1010)
3. IRFAN HAZIQ BIN AL-HAKIMIE
(17DSB21F1011)
4. MUHAMMAD FIKRI HAMZAH BIN ASMIDAR
(17DSB21F1022)
5. MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR BIN HAMDI
(17DSB21F1035)
E MAJALAH
MPU 21032
Suntingan oleh :
- MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR BIN HAMDI
- IRFAN HAZIQ BIN AL-HAKIMIE
Diterbitkan oleh :
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sg Lang,45100 sg. Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-32806255
Fax: 03-32806402
Hak Cipta (c) 2021 - Politeknik Sultan Idris Shah
Cetakan Pertama : 2021
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan
menggunakan isi kandungan dan konsep buku ini
dalam apa jua bentuk, cetakan dan eletronik,
termasuk televisions, radio dan segala jenis platform
tanpa izin daripada pihak Politeknik Sultan Idris
Shah.
ISI KANDUNGAN
KATA-KATA ALUAN 1
PENDAHULUAN 2
PAKAIAN 3
- pengertian 4
- pengenalan 4
- 5 perkara untuk pemakaian busana melayu lengkap 5-6
- wukok kain : teknik cucian kering melayu 7
- amalan berhijab di kalangan wanita islam di alam melayu ketika 8
zaman penjajahan barat
-kesimpulan 9
10
KESAN AGAMA TERHADAP KAUM MELAYU 11
12
- pengenalan 13
14
- akidah dan kepercayaan 15
16-17
- sistem Pendidikan 18-21
22
- bahasa kaum melayu 23-24
25
- asal usul Bahasa melayu 26
27-29
- fungsi Bahasa melayu 30-32
33
MAKANAN KAUM MELAYU
34-35
- pengenalan 36-37
38-39
ADAT RESAM KAUM MELAYU 40
41-42
- sewaktu bersaliin
- bersalin
- selepas lahir
- perkahwinan
- kematian
ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU DARI SEGI
BUDAYA
- pengenalan
- permainan tradisional
- seni
KESIMPULAN
RUJUKAN
KATA-KATA ALUAN
Salam sejahtera,
assalamualikum,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Segala puji bagi allah, kami amat bersyukur kerana
dapat menyiapkan tugas ini dalam masa yang ditetapkan dengan
baik. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Rahimah Binti Halim,
Pensyarah Peretika dan Peradaban kami telah beri tunjuk ajar
kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan e-folio ini. Tidak lupa
juga untuk diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang
memberikan masa dan tenaga untuk menyiapkan tugasan ini .
Untuk menutup ucapan ini, kami berharap tugasan ini akan
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Sekian,terima kasih.
1
PENDAHULUAN
Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum didalam satu
negara. Antara kaum di Malaysia seperti Melayu,
China dan India. Kaum Melayu adalah diantara salah
satunya dalam pelbagai kaum ini. Oleh hal demikian,
terdapat banyak amalan amalan yang dilakukan oleh
kaum Melayu ini. Amalan-amalan ini juga dilakukan
dari turun menurun. Pada zaman globalisasi ini,
terdapat banyak amalan kaum Melayu serta adat
resam kaum melayu yang diamalkan oleh kaum
Melayu ini sendiri.
Kaum Melayu amat terkenal dengan adat resam yang
tersendiri. Adat resam ini menjadikan kaum Melayu
ini amat unik. Antaranya seperti amalan apabila
berlakunya kemtian. Tidak itu sahaja, agama Islam
juga mempengaruhi amalan kaum Melayu ini. Hal ini
menunjukkan kaum Melayu lebih mengamalkan sifat
yang lebih baik pada hari ini.
Kaum Melayu ini juga mempunyai makanan yang
tersendiri. Resepi makanan ini telah di turunkan
sehingga pada hari ini. Seterusnya, kaum Melayu juga
mempunyai pakaian tradisional yang menarik yang
telah diguna pakai pada zaman dahulu lagi.
2
SUBTOPIK 1
3
PENGERTIAN :
Kamus dewan Pelajar Edisi Kedua Pakaian membawa maksud
segala apa yang dipakai di anggota badan seperti baju dan
seluar. Tradisional pula bererti maksud bersifat atau bercorak
tradisi dan Masyarakat yang merangkumi umat manusia,
kelompok manusia, komuniti, bangsa, suku, puak, kumpulan
etnik, ras , orang ramai, khayalak ramai, penduduk dan
masyarakat.
PENGENALAN : 1. PERLINDUNGAN :
- Memelihara anggota
Sejarah pakaian tradisional, badan daripada
Malaysia sudah mempunyai pelbagai keadaan cuaca panas
jenis-jenis kain dan pakaian tradisional
berbagai bentuk serta warna. 2. TINGKAH LAKU :
- Menunjukkan
Dalam budaya pemakaian, Setiap berbangga dengan
bangsa mempunyai unsur budaya busana yang dikenakan
mereka yang terssendiri. Sebagai contoh pada tubuhnya dan
bagi pakaian tradisional masyarakat berstatus tinggi.
kaum Melayu ialah baju Melayu untuk
kaum lelaki manakala untuk kaum 3. PENCIPTAAN :
Wanita pula adalah kebaya dan baju - Dipengaruhi iklim
kurung.Pakaian ini dahulunya menyerap pengaruh masyarakat,
daripada unsur-unsur budaya ke arah budaya dan agama
barat namun sudah diubah dari masa ke
masa dan menjadi budaya masyarakat 4. REKAAN :
Melayu itu sendiri. Masyarakat Melayu - Tidak terlalu longgar
juga telah mencerminkan agama islam. dan tebal bentuk
Walaupun begitu, Pakaian ini kini pakaian diubah
disarung oleh semua jenis bangsa di sini mengikut musim dan
dan melambangkan identiti kebangsaan bahan menyerap peluh.
Malaysia.
5. PERBEZAAN :
- Membezakan orang
melayu dAanriimbiesmraega)m. a4C
tradisi (
5 PERKARA UNTUK PEMAKAIAN
BUSANA MELAYU LENGKAP
Dalam zaman kini ramai masyarakat tak kira bangsa dan
kaum untuk mencuba amalan berbusana lengkap melayu
tetapi tidak lengkap. Antara sepersalinan Busana Melayu
lengkap terdiri dalam lima perkara utama seperti Destar,
Baju, Seluar, Kain Samping dan Keris.
Destar membawa maksud hiasan kepala ianya juga boleh
jadi Tanjak, Tengkolok, Getam, Semutar, Songkok atau
justar. Jadi kalau kita tidak memakai tanjak kita bukanlah
tidak berbusana lengkap asalkan berdestar. Di negara kita
masih ramai yang keliru tentang baju yang dianggap
busana melayu.
Baju asas ada dua jenis iaitu Baju Kurung Cekak Musang,
ataupun Baju Kurung Belanga. Pada zaman sekarang ini
disebut Baju Melayu. Pada zaman dulu Baju Kurung ini
merujuk kepada kedua-dua pakaian lelaki dan perempuan.
Kini baju kurung biasa merujuk kepada perempuan sahaja.
5
5 PERKARA UNTUK PEMAKAIAN
BUSANA MELAYU LENGKAP
Kini baju kurung biasa merujuk kepada perempuan sahaja.
Seterusnya mengenai seluar untuk Baju Kurung tidak datang
dalam bentuk warna yang sama untuk sepasang baju. Kerana
baju sama warna hanya pakaian kepada Raja-Raja, Kerabat
ataupun Bangsawan. Kecuali di negeri Johor yang mempunyai
perbezaan adatnya. Malahan seluar Busana Melayu ada
perbezaan dari segi potongan yang disebut Gunting Cina,
Gunting Acheh dan sebagainya. Tapi selalunya ia besar, lebar,
tidak sempit dan tidak menutupi buku lali.
Kain samping itu adalah sebutan bukan sampin kerana ianya
dipakai sebagai sampingan iaitu kain yang lebih selain baju dan
seluar yang dipakai. Ianya juga dinamakan samping kerana ia
dipakai di samping baju dan tidak melekat pada badan seperti
baju ataupun seluar. Akhir sekali iaitu keris, keris untuk
pelengkap busana sahaja. Namun demikian tiada apa Kalau
tidak mempunyainya.
6
WUKOK KAIN : TEKNIK CUCIAN KERING
(DRY CLEANING) MELAYU.
Pada zaman dahulu kain ikat Setanggi diperbuat daripada
limar, kain songket,tenun yang pinggan arang dan beberapa
dihasilkan menggunakan bahan aromatik seperti
pewarna asli. Selain itu juga Jus cendana, kayu kasturi, gula
buah Belimbing Manis (Averrhog batu, kemenyan, akar daun
Carambola) atau Asam gelugur sembilan ekor, daun pandan
(Garcinia Atrovirdis) digunakan dan kayu pandan.Limar dan
sebagai pengukuh warna kain. penutup pain sutera
diletakkan di atas kubah ini,
Selain itu, Pewarna yang pertama kali ditutup
semulajadi masih lemah dari segi dengan kain kapas atau
ketahanan warna selepas dicuci. penutup kapas lama. Tujuan
Cara mengatasi masalah ini kain kapas ini adalah untuk
orang Melayu biasanya melindungi fabrik berharga
menggunakan rawatan daripada permukaan dan
tradisional yang dikenali sebagai struktur rotan yang kasar.
” wukok kain” atau “mewangikan
kain”. Selain mengekalkan warna
kain, teknologi ini turut
Menurut Hajah Halimah dari mengharumkan kain. Sama
Pasir mas, Kelantan, rawatan seperti teknik cucian kering
wukok ini dilakukan dengan orang Melayu, ia adalah
meratakan kain wangi pada “saji” kaedah penyelenggaraan kain
besar iaitu kubah kecil yang Melayu.
diperbuat daripada rotan.
“Setanggi diletakkan di bawah 7
kubah untuk memberikan kain
harum.
AMALAN BERHIJAB DI KALANGAN
WANITA ISLAM DI ALAM MELAYU
KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
Amalan pemakaian tidak asing lagi semasa pembentukan etika
dan peradaban di tanah melayu. Tahukah anda semasa zaman
kerajaan-kerajaan islam sampai ke zaman penjajahan barat.
Wanita islam di Alam Melayu sudah menutup aurat
dengan sempurna. Amalan menutup aurat terzahir dengan
begitu pesat dalam kerajaan-kerajaan yang kuat berpegang
teguh dengan syariat antaranya seperti di Pasai, Aceh , Melaka,
Banten,Brunei dan sebagainya. Kaum Wanita apabila hendak
keluar dari kediaman, Mereka tetap menutup seluruh badan
dengan memasukkan badan ke dalam kain sarung serta salah
satu dari kedua belah tangannya memegang kain itu di muka,
Sehingga separuh yang terbuka, Dan biarkan hanya mata saja.
Namun Ketika permulaan abab ke-20 iaitu sebahagian antara
orang begitu amat teruja dengan idea perjuangan modernisasi
dan tajdid, Kemudian hadirnya Gerakan liberalism yang
berkempen agar kaum Wanita untuk menangalkan tudung-
tudung mereka agar hidup moden seperti berlaku di negara
barat. Gerakan modernisasi itu nampaknya berhasil
sehinggakan pemakaian hijab dilihat begitu serong pada mata
masyarakat dalam sekitar 1940-an hingga 1970-an. Pada era ini,
Penampilan gaya hidup serta Pendidikan barat dipandang
tinggi. Pada tahun 1980-an, Ketika itu Gerakan-Gerakan
dakwah dan tarbiah seperti Jemaah Tagbligh Al-Argam, Abim
dan lain-lain. Memberikan impak kesedaran amalan menutup
aurat untuk kaum Wanita islam Kembali subur semula.
8
KESIMPULAN
Pakaian tradisional mempunyai maksud dan falsafah yang
positif yang ingin disampaikan oleh keturunan bangsa kita.
Selain itu jajahan budaya barat telah mengancam tradisi
tradisi pakaian ini namun begitu budaya adalah
melambangkan identiti sesebuah kaum serta negara.
Amalan budaya tradisional turut melambangkan sifat
majmuk tamadun melayu.Jika kita tidak ambik endah ianya
akan pudar ditelan zaman dan indentiti kuam melayu terus
hilang. Oleh demikian kita perlu sedar kepentingan budaya
dan adat.
9
SUBTOPIK 2
KESAN AGAMA
TERHADAP KAUM
MELAYU
10
PENGENALAN
Kaum Melayu biasanya dilahirkan sebagai umat
Islam. Teologi syafi dan perundangan sunni
salah satu wakil di Malaysia. Pedagang dari
Arab, China dan India ialah faktor Islam
diperkenalkan di Malaysia. Selain itu, undang-
undang tertinggi iaitu Perlembagaan
Persekutuan menjadikan Islam sebagai ‘agama
persekutuan’. Pembela Islam di negara ini ialah
Raja dan jika anggota keluarga diraja yang
meninggalkan Islam atau menukar agama
mereka boleh kehilangan keistimewaan
tertentu. Tidak hanya itu sahaja, dalam perkara
160 Perlembagaan Malaysia mesti menjadi
Muslim untuk dipertimbangkan Melayu. Ini
bermaksud mahkamah Syariah menafikan
tuntutan penukaran agama iaitu umat Islam
tidak boleh menukar agama. Kesan apabila
Melayu menukar agamanya mereka akan
kehilangan status mereka sebagai ‘Bumiputera’.
11
AKIDAH DAN KEPERCAYAAN
Kesan agama terhadap kaum Melayu
ialah akidah dan kepercayaan.
Seperti yang kita tahu, masyarakat
Melayu sebelum ini pernah
menganut agama Hindu Buddha serta
mempunyai kepercayaan animisme.
Namun, cara kehidupan mereka telah
berubah kepada mengamalkan serta
menghayati ajaran Islam.
Islam mengubah pandangan kaum
Melayu daripada mempercayai
seperti roh, dewa-dewa dan
sebagainya kepada mempercayai
tuhan yang maha esa, nabi dan rasul
serta kitab iaitu kitab Al Quran. Selain
itu, dari segi keimanan pula dapat
iman diambil kira daripada
sembahyang, membayar zakat, dan
lain-lain.
Perubahan paling ketara dari segi
kepercayaan dengan adanya tauhid.
Fahaman tauhid ini membuka fikiran
kaum Melayu dari penyembahan
alam semula jadi, berhala kepada
ajaran tauhid yang murni.
12
SISTEM PENDIDIKAN
Pada dahulunya pedidikan kaum Melayu ini diberikan
kepada beberapa golongan sahaja terutamanya golongan
bangsawan. Namun, selepas kedatangan Islam, Pendidikan
telah diberikan sama rata sama ada golongan bawahan dan
atasan. Sistem pendidikan ini juga telah berkembang ke
pondok dan madrasah. Selain itu, tradisi pendidikan Islam
ini juga lebih tersusun.
Sistem pendidikan ini dapat melahirkan ramai cendiakawan
serta ulama ulama dari kaum Melayu ini sendiri. Antaranya,
pegawai pegawai pemerintah, guru guru dan ahli agama.
Antara tokoh yang terkenal kaum Melayu ini seperti Syeikh
Abdul Malik Abdullah dan Sheikh Wan Ishak dan ramai lagi.
Islam memberikan kedudukan yang sangat baik dengan
memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan
rasional. Keilmuan rasional yang diajarkan oleh Islam
seperti meninggalkan perkara tahyul dan mementingkan
akal, pemahaman ilmu metafizik.
13
BAHASA KAUM MELAYU
14
ASAL USUL BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ini semestinya kaum Melayu yang
menggunakannya sebagai pertuturan. Sebenarnya, asal
usul bahasa Melayu ini kabur kerana sejarah ini belum
dikaji secara mendalam. Hal ini tetapi beberapa sarjana
eropah yang menyelidiki tentang sejarah Melayu kuno.
Hal tersebut menunjukkan bahasa Melayu ini berasal dari
Austronesia kerana bangsa Melayu berasal dari kelompok
Austronesia iaitu dari daerah Yunan. Terdapat tiga tahap
perkembangan utama yang telah dibahagikan oleh ahli
Bahasa iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik,
Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang banyak dipinjam
dari bahasa Sanskrit. Susunan ayat seperti Melayu dan
bunyi b ialah w. Contohnya, Bulan menjadi Wulan.
Bahasa Melayu Klasik pula ialah tahap yang ketiga dalam
Bahasa Melayu selepas Bahasa Melayu Purba dan Bahasa
Melayu Kuno. Bahasa ini memiliki ayat yang panjang dan
berbelit serta banyak ayat pasif.
Bahasa Melayu Moden ini daripada Bahasa Melayu Klasik
dan juga menerima pengaruh bahasa Inggeris. Bahasa
Melayu Moden telah mencapai status bahasa
kebangsaan.
15
FUNGSI BAHASA MELAYU
1. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi
Maksud komunikasi ialah
perhubungan atau percakapan di antara orang
dengan orang lain. Komunikasi ini juga berbentuk
sama ada lisan atau tulisan. Selain itu, bahasa ialah
alat komunikasi yang menjadikan seseorang itu untuk
berhubung, melahirkan perasaan fikiran dan
sebagainya. Tidak itu sahaja, Bahasa ini juga boleh
dijadikan menguasai sesuatu bidang pengetahuan
seperti kemahiran belajar ataupun mengajar.
Bahasa komunikasi iaitu Bahasa Melayu digunakan
untuk berkomunikasi di antara guru dengan murid
serta guru dengan ibu bapa di peringkat sekolah.
Komunikasi ini menggunakan bahasa Melayu untuk
menanyakan persoalan, menyatakan cadangan,
perkongsian permasalahan.
16
2. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Dalam apa jua pengajaran dan pembelajaran semestinya
menggunakan bahasa Melayu dalam setiap mata pelajaran. Hal ini
boleh dikaitkan dengan ‘bahasa merentasi kurikulum’ kerana
seluruh bidang pelajaran menggunakan bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan ini sama ada pendidikan secara formal ataupun
tidak. Hal ini juga bermaksud perantaraan bahasa seperti guru
menyampaikan pelajaran kepada murid.
Seterusnya, tingkat penguasaan bahasa bagi seseorang itu
sendiri dapat menilai berkesan atau tidak tentang proses
pembelajaran. Bahasa Melayu ini dijadikan sebagai bahasa
medium dalam pengajaran dan pembelajaran.
17
SUBTOPIK 3
MAKANAN KAUM MELAYU
18
MAKANAN KAUM MELAYU
Pada zaman moden ini, jenis makanan di Malaysia yang
pelbagai bukanlah sesuatu perkara yang pelik dan aneh lagi
malah pada zaman kini makanan yang berada di Malaysia ia
melambangkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Makanan-makanan ini mempunyai asal usul yang dari
pelbagai negeri dan kaum, tetapi kini makanan ini
dihidangkan di pelbagai lokasi tanpa mengira agama dan suku
kaum seseorang misalnya makanan melayu yang menjadi
amalan kaum melayu di Malaysia.
Antara makanan melayu yang menjadi amalan kaum melayu
di Malaysia adalah Nasi impit yang merupakan sejenis
makanan tradisional melayu yang namanya diperoleh dari cara
membuatnya, nasi impit ini adalah makanan dari beras yang
sering dimakan dengan kuah kacang, nasi impit ini juga
merupakan sebuah makanan yang diperbuat daripada nasi
yang ditekan di dalam bekas sehingga menjadi ketulan besar.
Rupa nasi impit ini mempunyai rupa yang lebih kurang
dengan ketupat nasi dan ia juga sering dimakan bersama sate
atau soto. Nasi impit ini selalunya dihidangkan pada hari
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya
Aidiladha.
19
MAKANAN KAUM MELAYU
Selain Itu, Karipap juga merupakan sejenis makanan kaum
melayu yang popular di negara asia tenggara, karipap ini
merupakan makanan yang mempunyai banyak inti misalnya
inti kentang dan juga daging dan sudah semestinya daging dan
juga kentang adalah bahan utama untuk membuat karipap ini.
Nama karipap ini dikaitkan dengan intinya juga yang
menggunakan kari dan selalunya karipap ini dihidangkan
sebagai pencuci mulut.Seterusnya, makanan kaum melayu ini
amatlah disukai oleh golongan kanak-kanak iaitu dodol, dodol
ini mempunyai pelbagai bentuk dan juga setiap orang yang
membuatnya mempunyai resepi tersendiri mengikut kreativiti.
Dodol ini mengambil masa yang agak lama untuk
membuatnya dalam 2 hingga 4 jam tetapi walaupun
membuatnya agak lama berbaloi kerana dodoi ini sangat
sedap. Makanan dodol ini kebiasaannya dihidangkan pada
hari perayaan tetapi ada juga yang membuat dodol ini sebagai
cenderahati. Akhirul kalam, makanan ini amatlah terkenal di
negara Malaysia iaitu Nasi Lemak yang merupakan makanan
tradisional kaum melayu, nasi lemak ini merujuk kepada
makanan yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa
untuk menambah rasa lemak di dalam makanan. Nasi lemak
ini amatlah terkenal dari zaman nenek moyang sampailah
sekarang yang biasanya dihidangkan dengan telur, timun,ikan
bilis, kacang goreng dan juga sambal ,nasi lemak ini sering
dijadikan hidangan utama terutamanya pada waktu sarapan.
20
MAKANAN KAUM MELAYU
KARIPAP
NASI IMPIT
BERSAMA SATE DAN
KUAH KACANG
NASI LEMAK DODOL
21
SUBTOPIK 4
Adat resam kaum
melayu
22
Melenggang perut
Melenggang perut merupakan upacara untuk wanita
mengandung anak sulung Ketika kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan. Upacara ini dilakukan
oleh seorang bidan. Seorang bidan akan
membuang geruh atau
kecelekaan bagi Wanita
hamilatau membetulkan
kedudkan bayi
Ketika mengandung.
Nama lain bagi adat ini
adalah Kirim perut oleh masyarakat
melayu di bahagian utara semenanjung Malaysia. Terdapat
juga nama lain di sesetengah tempat iaitu mandi tian. Adat
ini merupakan perkara khurafat bagi islam.
23
Bersalin
Keluarga berkenaan akan menguruskan persediaan ini
. Pada kebiasaannya, Wanita mengandung akan bersalin
apabila bayi didalam kandungan berada dalam tempoh
Sembilan bulan sepuluh hari. Terdapat juga kehamilan
dalam tempoh sepuluh hingga dua belas bulan. Kehamilan
ini dipanggil bunting kerbau.
Kepercayaan orang dahulu percaya bahawa daun
mengkuang berduri yang digantung di bawah rumah dan
kapur yang dipangkah pada tempat tertentu di dalam
rumah dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
24
Azan / qamat
selepas kelahiran anak, disunatkan si bapa atau si wali
melaungkan azan di kedua-dua belah telinga anak lelaki manakala
anak perempuan akan diiqamatkan di kedua-dua telinganya. Ini dipetik
daripada sepotong hadith Abu Daud dan Al-Tirmizi iaitu :
رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أذن في أذن:عن أبي رافع قال
الحسن بن علي حين ولدته فاطمة
“Daripada Abi Rafi’ beliau
berkata bahawa aku
menyaksikan Rasulullah SAW
lafazkan azanq pada telinga
al-Hasan (cucu Nabi) ketika
beliau dilahirkan oleh Saidatina
Fatimah. (HR Abu Daud,
al-Tirmizi) (Hadis ini dinilai
Hasan oleh al-Tirmizi dan
dinilai Sahih oleh al-Hakim.
Walaubagaimanapun ulama
terkemudian menghukumkan
hadis ini sebagai Daif kerana
terdapat perawi bernama Asim
ibn Ubaidillah)
Tokoh islam yang terkenal iaitu ibn Al-Qayyim
menggalakannya kerana ingin menjadikan ayat pertama
didengarinya iaitu ucapan yang membesarkan allah,syahadah,
serta seruan ke arah solat dan kejayaan
25
Tanggal pusat/cuci lantai
Adat cuci lantai ini
akan dilakukan jika
bersalin di rumah.Adat
ini juga dipanggil adat
naik buai di sesetangan
tempat . Hal ini kerana
bayin yang belum dibuang tali pusatnya akan tidak akan
dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Hari isnin atau
khamis antara hari yang elok dilakukan.
Bersunat/Berkhatan
Anak lelaki wajib berkatan pada sudut mazhab
shafie,hanbali dan malikki. Manakala, Anak perempuan
juga diwajibkan bagi imam ahmad .
Pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran atau
hingga usia mukallaf, sangat digalakkan untuk
melakukannya. Hikmah bersunat adalah menunjukkan
islam amak menitik beratkan kesucian anak
26
Tahnik
tahnik merupakan
membelah mulut selepas
anak dilahirkan. Cara
melakukannya adalah
mengunyah tamar atau
melumatkan tamar dengan
jari lalu menyapu tamar
tersebut di bahagian
lelangit bayi. Jikalau Tamar
sudah tiada, dibolehkan untuk menggunakan makanan lembut
yang manis. Antara hikmahnya adalah menguatkan lidah dan
urat mulut bayi serta menggalakkannya minum susu ibu.
Perkara di atas dipetik daripada potongan hadis sahih Riwayat al
bukhari dan muslim :
ولد لي غلام فأتيت به النبي صلى الله عليه وسلم فسماه
إبراهيم فحنكه بتمرة ودعا له بالبركة
Maksudnya: Telah lahir bagiku seorang anak lelaki, maka
aku datang kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW
menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji
tamat serta mendoakannya dengan keberkatan.
• Hadith riwayat al-Bukhari: (5467)
27
Mencukur rambut bayi
Disunatkan bayi untuk
mencukur rambut secara licin
pada hari ketujuh kelahirannya.
Rambut yang dicukur itu akan
ditimbang berbanding perak
dan nilainya perak tersebut
diberikan kepada fakir miskin.
Antara hikmah menurut
Abdullah Nasir Ulwan di dalam
Kitab Tarbiyatul Aulad adalah menguatkan kepala si anak serta
mengukuhkan pacaindera berhampiran. Selain itu, dari segi hikmah
social, ia menggalakan umat islam untuk bersedekah
ع
ًماَياأَ ْوَفابَ ِْطع َم َُةض: َ َفس َك ِنا بَِن ََوش ْزا ُن ٍة ُه َو ِدَق ْرا ََله:اق ْلا َحل ِن،اََ ْح َّلِق ِق َر ُىس َور ْأ ُل ََسّلَُّهل ِا َوتَ َص َلَّص َّدقِى الىل ُهبِزِنََعلَِة ْي ِه َش َو ْعرِ َسِهلَّفَِم َّض َع ًة
ِد ْر َه ٍم
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-
Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan
bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan
(timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu
dirham atau setengah dirham.”
Riwayat al-Tirmizi (1519)
28
Akikah
akikah sangat digalakkan dan disunatkan dalam semua
majoriti mazhab. Manakala tidak wajib bagi mazhab
Hanafi.
Anak lelaki disunatkan untuk menyembelihkan dua
ekor kambing manakala anak perempuan disunatkan untuk
meyembelih seekor kambing. Terdapat beberapa ulama
menyatakan memadai untuk seekor kambing bagi anak
lelaki . Pada hari ketujuh disunatkan untuk melakukan
aqiqah
Aqiqah juga boleh dilanjutkan sekiranya tidak mampu
untuk membuat pada hari ketujuh. Sekiranya dapat
ditunaikan pada usia dewasa, Pahala tetap diperolehi.
29
Merisik
Merisik sudah sangat sinonim dengan masyarakat melayu. Adat ini
merupakan melihat atau menyiasat bakal calon isteri atau suami. Adat
ini sangat penting sebelum hendak bernikah. Hal ini untuk mengetahui
lebih lanjut sma ada sudah berpunya ataupun hal-hal lain.
Pada zaman dahulu, kaum lelaki biasanya akan melakukan dengan
wakil daripada keluarga lelaki dengan berkunjung ke rumah calon
perempuan. Pada zaman sekarang, masyrakat lebih terbuka. Hal ini
mereka akan terus berjumpa dengan calon tanpa wakil untuk
menyatakan hajatnya.
Merisik menurut islam
Islam menyarankan merisik kerana ia merupakan menyiasat tentang
hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon. Petikan hadis
daripada Abu Hurairah R.A :
“Adakah kamu telah melihatnya?”
Jawab pemuda itu, “Belum.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “Lihatlah calon isterimu,
kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.”
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)
hadis ini menerangkan bahawa rasullah sangat menyarankan
kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk merisik dan melihat wajah
bakal isterinya. Tujuan risikan tersebut adalah agar dipermudahkan
urusan untuk berkahwin.
30
Meminang
jika gadis yang dirisik itu tidak berpunya, proses
seterusnya adalah dengan meminang. Pihak keluarga
lelaki akan membawa rombongan peminangan untuk
berurusan dengan pihak keluarga perempuan. Adat in
untuk menyatakan tujuan mereka secara rasmi . Selepas
itu, masa dan Tarikh untuk adat bertunang akan
ditentukan.
Bertunang
Majlis bertunang akan dilangsungkan selpas
perbincangan . Majlis tersebut akan
diadakan di rumah pihak perempuan .
Majlis tersebut mempunyai hantaran
iaitu tepak sirih atau sirih junjung
sebagai bingkisan utama, sebntuk
cincin beserta hantaran lain.
bertunang juga tidak semestinya
perlu majlis rasmi. Bertunang hanya
perlu Meminta izin dan mendapat persetujuan daripada
tuan badan dan pihak keluarga sendiri .
31
akad nikah
adat yang paling
penting dalam
perkahwinan melayu.
Hal ini kerana ingin
menghalalkan antara
lelaki dan perempuan.
Lelaki akan melafazkan
(ijab dan Kabul) akad
bersama dengan saksi
dan mas kahwin. Akad nikah juga dijalankan oleh tok khadi
dan perempuan akan membawa walinya bagi mencukupkan
syarat nikah.
Majlis walimatul urus/ bersanding
adat ini merupakan dua orang
lelaki dan perempuan iaitu suaimi
isteri duduk bersebelahan di
sesuatu tempat yang istimewa.
Amalan ini merupakan antara
perkara terkahir dalam adat
perkahwinan melayu. Tujuan majlis
bersanding mengadakan adalah
untuk memperkenallkan pengantin
baharu atau suami isteri kepada
orang ramai. Majlis walimatul urus
meupakan sunat. Antara hikmah melakukan majlis ini adalah
melahrikan rasa syukur terhadap perkahwinan dan mengelak
fitnah dalam kalangan masyarakat.
32
KEMATIAN
• Adat resam yang seterusnya adalah kematian selalunya sekiranya
berlaku kematian bagi kaum melayu, pertama sekali mereka akan
memberitahu kepada tok imam agar berita kematian itu dapat
diberitahu kepada jiran tertangga. Kemudian, mayat akan diletakkan di
ruang tengah dengan ditutup kepala hingga kaki dengan sehelai kain,
kepala mayat itu dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
dikiam iaitu tangan kanan diatas tangan kiri. Upacara bacaan Yassin dan
ayat-ayat suci al-quran selalunya akan dibacakan bagi yang datang untuk
menziarahi.
Adat kaum melayu ketika mayat msih berada di rumah sebarang jamuan
tidak dibenarkan dilakukan, mayat haruslah dimandikan sebelum
dikebumikan ,selepas selesai dimandikan mayat seharuslah dikapankan
dengan membalut mayat dengan kain putih ,jenazah lelaki haruslah
dibalut dengan 3 lapis kain putih manakala jenazah perempuan 5 lapis
dan mayat disembahyangkan sebelum dikebumikan. Sebelum mayat
dikerandakan akan ada satu ahli keluarga si mati akan memberi ucapan
ringkas.
Semasa pengebumian kepala mayat akan disendalkan dengan tanah
yang dikepal kepal dan diazankan di telinga, selepas selesai dikebumikan
upacara membaca doa akan diketuai oleh tok imam. Upacara doa
selamat selalu akan diadakan oleh keluarga si mati pada hari
pertama,ketiga, ketujuh,keempat puluh empat atau keseratus bertujuan
untuk mendoakan si mati tenang di alam barzakh.
33
SUBTOPIK 5
ETIKA & PERADABAN YANG
MENJADI AMALAN KAUM
MELAYU DARI SEGI BUDAYA
• Seperti yang kita ketahui, masyarakat Melayu
mempunyai pelbagai budaya dalam kehidupan
seharian. Sebagai tamsilan, masyarakat Melayu
mempunyai adat resam yang telah diamalkan sejak
berkurun lamanya. Selain itu, masyarakat Melayu juga
mempunyai pelbagai warisan yang diwarisi selama
beratus- ratus tahun yang kini menjadi simbol kepada
kebudayaan kaum Melayu pada era serba canggih ini.
Sebagai bukti, masyarakat Melayu pada hari ini
mempunyai dialek yang berbagai- bagai walaupun
hanya bertutur dalam satu bahasa. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa masyarakat melayu era kini
masih lagi mewarisi Bahasa budayanya.
34
• Walaubagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan oleh saya
adalah budaya kehidupan masyarakat Melayu yang masih
diamalkan pada masa kini. Antaranya permainan tradisional
dan kesenian. Sebagai contoh, Gasing, Baling Selipar, Galah
Panjang, Sepak Raga, dan macam- macam lagi. Manakala
dari sudut kesenian pula seperti Silat seni mempertahankan
diri, wayang kulit, Boria, Dikir Barat, Dondang Sayang, dan
sebagainnya.
35
Permainan Tradisional
• Gasing
- Gasing merupakan sebuah permainan tradisional orang
Melayu sejak dahulu lagi. Permainan ini biasanya dimainkan
selepas musim menuai dan ianya terkenal di negeri seperti
Kelantan & Melaka. Gasing merupakan sebuah permainan
yang berpusing pada satu paksi. Pemenang akan ditentukan
melalui tahap keupayaan Gasing berputar dalam jangka
masa yang lebih lama berbanding gasing yang lain. Gasing ini
diperbuat daripada kayu seperti bebaru, kemuning, dan
merbau. Manakala talinya diperbuat daripada kulit kayu
bebaru. Masyarakat melayu masih lagi mengamalkan
permainan ini dengan mengadakan pertandingan Gasing.
36
• Sepak Raga
- Sepak Raga merupakan sebuah permainan menimang bola
didalam sebuah bulatan dengan menggunakan kaki, lutut,
dada, atau kepala tanpa membiarkan bola jatuh ke tanah.
Permainan ini telah wujud beratus tahun dahulu ketika
Zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain
menimang bola. Bola raga ini diperbuat daripada kayu rotan.
Walaubagaimanapun, permainan ini masih lagi diamalkan
oleh orang Melayu pada hari ini cuma permainan ini telah
mengalami beberapa perubahan sehingga ianya digelar
Sepak Takraw.
37
Seni
• Silat Seni Mempertahankan Diri 38
- Silat merupakan seni membela diri kaum
Melayu yang telah wujud sejak zaman klasik
kepulauan Melayu lagi. Terdapat banyak
jenis silat yang berbeza- beza di setiap
kepulauan Melayu seperti silat gayong, silat
cakar harimau, silat Pancasila, dan macam-
macam lagi. Silat merupakan elemen
penting yang menunjukkan lambang
kebudayaan orang Melayu. Oleh itu
peradaban ini menjadi amalan yang paling
ditekankan dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Terdapat pelbagai institusi
perguruan silat di Malaysia pada hari ini.
Selain itu silat juga bukan lagi sekadar
digunakan untuk mempertahankan diri
malah digunakan sebagai persembahan
dalam sesuatu majlis seperti majlis
perkahwinan.
• Wayang Kulit
- Wayang kulit merupakan sebuah persembahan
yang menggunakan unsur bayang. Wayang Kulit
berasal daripada tanah Jawa, Indonesia.
Walaubagaimanapun, di Malaysia terdapat
beberapa jenis Wayang Kulit. Antaranya, Wayang
Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit
Purwa, dan Wayang Kulit Kelantan. Wayang kulit ini
merupakan unsur kebudayaan kaum Melayu yang
unik kerana ianya memerlukan kepakaran yang
hebat untuk memainkan watak Wayang dan juga
sekumpulan ahli muzik yang terlatih untuk
menyampaikan persembahan tersebut. Oleh itu,
amalan ini masih lagi menjadi amalan masyarakat
Melayu pada hari ini terutamanya di Negeri
Kelantan.
39
KESIMPULAN
- Kesimpulan yang boleh dibuat adalah
etika dan peradaban di Malaysia banyak
mempengaruhi kehidupan masyarakat
Melayu pada hari ini. Justeru itu, etika
dan peradaban inilah yang
mengukuhkan lagi identiti masyarakat
Melayu sebagai sebuah bangsa yang
bertamadun. Oleh itu, kita haruslah
berusaha untuk menerapkan nilai etika
dan peradaban dalam amalan
kehidupan kaum Melayu pada hari ini
agar budaya kaum Melayu akan
sentiasa terus hidup. Bak kata pepatah
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Selain daripada itu, ianya juga
dapat memartabatkan lagi bangsa
Melayu di mata dunia seiring dengan
arus kemodenan. Izharlah, etika dan
peradaban sesuatu bangsa merupakan
wadah penting dalam pebentukan
sesuatu bangsa tersebut.
40
RUJUKAN
1. Bahasamelayunisenu.blogspot.com
2. Zekzana.blogspot.com/2012/11/fung
3. ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia
4. Cikgumadrid.blogspot.com/2010/04
5. kat Limar: The Ancient Malay Textile- Norwani Md. Nawawi,DBP 2016
6. https://www.thepatriots.asia/panduan-memakai-busana-melayu/
7.https://www.thepatriots.asia/amalan-berhijab-di-kalangan-wanita-islam-di-alam-melayu-ketika-
zaman-penjajahan-barat/
8.https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009
9. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia
10. https://www.slideshare.net/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-melayu
11. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2558-al-kafi-798-apa-itu-tunang-5
12. https://www.xtra.com.my/lifestyle/melenggang-perut-antara-budaya-khurafat-dan-fakta-sains/
13. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4590-al-kafi-1746-bolehkah-cukur-rambut-
bayi-terlebih-dahulu-sebelum-melakukan-aqiqah
14. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4121-al-kafi-1577-had-umur-tahnik-bayi 41
15. https://drsanusiazmi.com/hukum-azan-pada-bayi-yang-baru-dilahirkan/
16.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3571-irsyad-al-fatwa-siri-ke-316-
hukum-melaungkan-azan-dalam-keadaan-berbaring
17.https://www.kashoorga.com/adab-sambut-kelahiran-bayi-bukan-azan-iqamat-sahaja-ayah-please-
take-note/
18. https://baitulmuslim.com/artikel-perkahwinan/9-prosedur-untuk-anda-berkahwin
19. https://www.slideshare.net/MuhammadFareezIqmal/pendidikan-islam-tingkatan-5-perkahwinan-
dalam-islamm
20. http://studentsrepo.um.edu.my/5182/3/BAB_2__The_latest_.pdf
21. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35772/1/35772.pdf
22.https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=nikah
23.https://baitulmuslim.com/artikel-tips-dan-petua/perlukah-saya-bertunang
24.https://baitulmuslim.com/artikel-tips-dan-petua/maksud-merisik-dan-4-tips-untuk-merisik
RUJUKAN
25. https://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
26. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_raga
27. https://ms.wikipedia.org/wiki/Silat
28. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit
42