The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khkok76, 2022-03-09 20:45:07

Topik 2 edup3073

Bab 2

Keywords: Sosiobudaya

PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH

(TOPIK 2)

KONSEP SOSIOBUDAYA

• Menurut Kamus Dewan, sosiobudaya adalah hubungan masyarakat dengan
budaya (seperti cara hidup, adat istiadat dll).

• Sosiobudaya juga adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi

sesuatu masyarakat.

• Lahir dari pegangan dan kecenderungan masyarakat dalam berbagai

bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup sesebuah masyarakat.
• Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan

hidup.
• Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu, orang Cina, orang

India dan etnik-etnik yang lain.

KONSEP SOSIOBUDAYA

• Sosio budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam
setiap lapisan masyarakat.

• Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada
perubahan sosio budaya masyarakat.

• Sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memandang tinggi kepada aspek
peradaban sosio budaya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH

• Kepebagaian budaya boleh ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat yang
mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.

• Menurut Rabuskha 1972 menyatakan dalam masyarakat pelbagai kumpulan etnik ciri-
ciri perbezaan seperti bahasa, agama dan budaya selalunya menghalang integrasi sosial dan
perpaduan sukar dicapai.

• Maka guru-guru perlu mengenal dan memahami kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat di
Malaysia, agar dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya
melahirkan warganegara yang bersatu padu dan harmoni.

FAKTOR 1.BANGSA
5.KEPERCAYAAN, ADAT
YANG MEMPENGARUHI
RESAM & BUDAYA
KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH

2.BAHASA 4.AGAMA

3.STRUKTUL SOSIAL

1.BANGSA • Bangsa mempunyai kehendak yang sama, berada di dalam wilayah
yang sama, di bawah pemerintahan yang dibentuk sendiri, mempunyai rasa
tanggungjawab dan cita-cita yang sama serta mempunyai identiti

yang boleh dibezakan dengan bangsa lain.

• Kefahaman terhadap identiti bangsa yang berbilang kaum dapat
mewujudkan toleransi.

• Rakyat Malaysia harus berfikiran melepasi sempadan kaum masing-masing.

• Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan pelbagai kelompok.

• Akulturasi ialah proses berlakunya perubahan dan pinjam meminjam

unsur kebudayaan.

• Asimilasi ialah proses yang melibatkan kumpulan minority menyertai

aktiviti masyarakat dominan.

• Amalgamasi ialah proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari

segi biologi melalui perkahwinan campur.

2. BAHASA • Bahasa – alat pewujudan budaya untuk manusia

saling berkomunikasi.

• Bahasa mempunyai symbol dan perlambangan untuk
sesuatu kelompok. Ada yang berbentuk sejagat yang
difahami oleh semua ahli masyarakat yang lain.

• Bahasa Melayu ialah Bahasa rasmi dan Bahasa
kebangsaan mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152.

• Mengikut Akta Pendidikan 1996, Bahasa kebangsaan
dijadikan Bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan.

3.STRUKTUR • Struktur sosial ialah unsur asas dalam masyarakat.
SOSIAL
• 2 kategori struktur masyarakat.
ATAU KELAS SOSIAL
a. keturunan/kasta , tahap pendidikan, kekayaan dan usia. Pembahagian
ini dinamakan stratifikasi social (perbezaan tahap).

b. suku bangsa, ras, golongan / kelompok, jenis keluarga serta agama

• Kelas Sosial ialah kedudukan atau tempat seseorang atau

kelompok dalam struktur sosial masyarakat.

• Kelas sosial ialah golongan individu yang menyandang, memiliki cara hidup,
hak istimewa dan prestij.

• Ahli masyarakat boleh berpindah mengikut ruang geografi atau berpindah
dari strata sosial ke strata sosial yang lain atau dari satu golongan ke
golongan yang lain

4.ADAT RESAM

• Adat ialah peraturan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi.

• Kepentingan adat resam dalam hidup masyarakat tidak kira apa-apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan.

• Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran,
perkahwinan sehingga kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat di

Malaysia.

• Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat

tersebut.

ADAT RESAM

• Adat resam masyarakat di Malaysia boleh dilihat berasaskan masyarakat

berikut:
a. Adat resam masyarakat Melayu
b. Adat resam masyarakat Cina
c. Adat resam masyarakat India
d. Adat resam masyarakat etnik di Sabah
e. Adat resam masyarakat etnik di Sarawak
f. Adat resam masyarakat Orang Asli

KEPERCAYAAN

• Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.

• Seseorang yang menaruh kepercayaan atas sesuatu perkara itu akan disertai dengan perasaan
pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.

• Kepercayaan dalam konteks psikologi bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkait

dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).

• Kepercayaan dikenal sebagai akidah ataupun iman. Kepercayaan itu dikatakan berkait

dengan sikap berkedudukan-memihak kerana sentiasa melibatkan penekanan,
penuntutan dan jangkaan daripada seseorang individu berkenaan dengan kebenaran
tentang sesuatu.

• Kebenaran yang dituntut itu mungkin benar dan mungkin juga palsu secara objektif, tetapi bagi
individu yang berkenaan kebenaran itu adalah sahih.

KEPERCAYAAN

• Kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya akan dapat mewujudkan
satu bangsa Malaysia yang bersatu melalui penyatuan pemikiran dan
persefahaman supaya dapat berkongsi matlamat yang sama dan
menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, dapat berintegrasi pada
peringkat wilayah dan kaum.

ISU KETIDAKSAMAAN AKIBAT KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA

Konsep ketidaksamaan ditakrifkan sebagai
pandangan pemikir

bahawa terdapat

perbezaan antara kelompok etnik

dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti
kemudahan, peralatan, peluang kerjaya
dan sebagainya.

ISU KETIDAKSAMAAN AKIBAT KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA

KETIDAKSAMAAN BERLAKU DISEBABKAN BEBERAPA

Bahasa FAKTOR-FAKTOR

Layanan guru Jantina dan kaum

Pencapaian akademik

BAHASA

• Bahasa yang digunakan haruslah menggunakan laras Bahasa yang jelas dan mudah

difahami.

• Bahasa tidak seharusnya menunjukkan atau mempunyai maksud yang
tersembunyi, dalam erti kata lain tidak menunjukkan perkaitan yang rasis.

LAYANAN GURU

• Guru seharusnya memberikan layanan yang samarata kepada pelajar tanpa

memikirkan latar belakang keluarga dan lokasi pelajar tersebut berada.

• Penyampaian guru juga haruslah jelas dan mudah difahami oleh

semua golongan pelajar.

JANTINA DAN KAUM

• Masyarakat tidak ada keseimbangan sekiranya menghadapi masalah

dalam bilangan jantina sama ada jumlah lelaki lebih daripada perempuan atau
sebaliknya.
• Menurut Noran Fauziah 1987, zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala
golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan.
• Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status cita-cita perlakuan dan
ciri-ciri fizikal yang jelas.

PENCAPAIAN AKADEMIK

• Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki.
• Pencapaian akademik dipengaruhi dengan latar belakang, sosio ekonomi

keluarga.

FAKTOR ISU KETAKSAMAAN

• Kurang guru yang berpengalaman.
• Suasana sosio budaya kurang merangsang
• Jurang digital wujud- perbezaan dari segi akses kemudahan ICT
• Murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik untuk belajar.
• Penggunaan bahasa pertuturan. Kaum guru perlu kuasai bahasa pertuturan kaum lain.
• Ibu bapa tidak mementingkan aspek pendidikan anak-anak.
• Jurang pendidikan: taraf sosio-ekonomi keluarga mempengaruhi tahap pencapaian murid.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIOLISASI

PERIBADI
PROFESION GURU
AMALAN & TINGKAH LAKU

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIOLISASI

TERMASUK :

1. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang 5. Memastikan perkembangan tingkahlaku positif
kondusif 6. Memelihara keperibadian
7. Menyatukan bangsa Malaysia
2. Membentuk hubungan sosial yang mesra 8. Menerapkan nilai kerohanian dalam diri pelajar

3. Mengembangkan penguasaan ilmu dan kemahiran

4. Penyebar budaya ilmu


Click to View FlipBook Version