1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3 Proaktif Bilangan Murid 39 murid (18 Lelaki, 21 Perempuan) Tarikh/Hari 20/3/2025 Masa 2.40-3.40 petang Tajuk Jaga Adab Tidurmu Pengetahuan sedia ada Murid pernah didedahkan dengan adab tidur sebelum ini. Standard Kandungan 6.1 Merumus konsep adab tidur mengikut sunnah Rasulullah. Standard Pembelajaran 6.1.1 Menerangkan adab tidur. 6.1.2 Membaca dalil naqli yang berkaitan adab tidur. 6.1.3 Menjelaskan perlaksanaan adab tidur dan kepentingannya. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menyenaraikan amalan sebelum dan selepas bangun tidur dengan betul. 2. Membaca dalil naqli adab tidur dengan jelas. 3. Menyatakan kepentingan mengamalkan adab tidur mengikut sunnah dengan tepat. Kriteria Kejayaan Murid dapat: 1. Mengenal pasti amalan sebelum dan selepas bangun tidur dengan betul.
2 2. Membaca dalil naqli adab tidur dengan jelas. 3. Menyenaraikan kepentingan mengamalkan adab tidur mengikut sunnah dengan tepat. Kemahiran Berfikir Aras tinggi Murid dapat mengaplikasikan amalan sebelum dan selepas tidur dalam kehidupan seharian. Gabung Jalin Hadis: Dalil naqli tentang adab tidur. Penyerapan Pendidikan Moral: Bertepatan dengan konsep “Sayangi Diri” yang mana menuntut murid untuk bijak dalam mengurus masa. Ini selari dengan adab sebelum tidur iaitu tidur pada awal waktu. Elemen Merentas Kurikulum Nilai Murni: Menepati masa, bertanggungjawab dan jujur. Penerapan Nilai Kebersihan, rajin dan istiqamah. Kemahiran Insaniah Pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah. Amalan Pedagogi Masa Kini Pembelajaran kooperatif. Bahan Bantu Mengajar LCD Projektor Laptop Speaker Pentaksiran PdP Tulisan: Lembaran kerja. Lisan: Membaca dalil. Pemerhatian: Senarai semak.
3 AKTIVITI PENGAJARANLANGKAH ISI KANDUNGAN Mukadimah (2minit) 1. Bacaan doa: Bismillah.. Allahummaftah a’laina hikmataka wansyur a’laina min khoza ini rahmatika yaa arhamar rohimin. LANGKAH ISI KANDUNGAN Set induksi (6 minit) 1. Pengenalan kepada tajuk dan guru menayangkan video di Youtube tentang “Adab Tidur”. 2. Membaca dalil naqli adab tidur.
3N DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN 1. Murid diminta bersedia untuk membaca doa dengan beradab dan bersungguh-sungguh. 2. Seorang murid diminta mengetuai bacaan doa. 3. Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa tersebut. 4. Semua murid melafazkan kalimah syahadah bersamasama. Penerapan Nilai: Membaca doa dengan beradab. AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN 1. Murid dikehendaki untuk melihat tayangan video yang berkaitan adab sebelum tidur dengan baik. 2. Murid memberi maklum balas dan menjawab soalan berdasarkan video tadi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Murid dapat memberi pendapat tentang video yang ditunjukkan.
4 LANGKAH ISI KANDUNGAN Langkah 1 (16 minit) Amalan sebelum tidur.
4menggunakan aplikasi “Google Form”. 3. Guru menunjukkan video dalil naqli mengenai adab tidur dan meminta murid membaca dengan jelas dalil naqli adab tidur menggunakan aplikasi “Google Slides”. AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN 1. Guru memberi penerangan mengenai amalan sebelum tidur dengan menggunakan aplikasi Canva. 2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 3. Murid diminta untuk menjawab kuiz secara berkumpulan berkaitan amalan sebelum tidur sama ada memilih betul atau salah dengan menggunakan aplikasi “Worldwall”. 4. Murid diminta menjawab kuiz berbentuk aneka pilihan jawapan Elemen Merentas Kurikulum: Teknologi maklumat dan komunikasi. Penerapan Nilai: Gigih berusaha dan tekun.
5 LANGKAH ISI KANDUNGAN Langkah 2 (16 minit) Amalan selepas bangun tidur.
5dengan menggunakan aplikasi “Kahoot”. 5. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan dan wakil daripada setiap kumpulan perlu menjawab 1 soalan. 6. Guru membetulkan kesalahan jawapan murid. AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN 1. Guru memberi penerangan mengenai amalan selepas bangun tidur dengan menggunakan aplikasi Canva. 2. Secara berkumpulan, murid diminta untuk memilih jawapan yang betul berdasarkan penerangan guru di video sebentar tadi dengan menggunakan aplikasi “Padlet”. 3. Secara berkumpulan, murid bermain permainan “seret dan letak” di bawah. Elemen Merentas Kurikulum: Bahasa. Penerapan Nilai: Pemikir.
6 LANGKAH ISI KANDUNGAN Langkah 3 (16 minit) Kepentingan mengamalkan adab tidur mengikut sunnah.
64. Permainan ini berkisar tentang amalan selepas bangun tidur dengan menggunakan aplikasi “Nearpod”. 5. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan dan wakil daripada setiap kumpulan perlu menjawab 1 soalan. 6. Guru membetulkan kesalahan jawapan murid. AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN 1. Guru memberi penerangan mengenai kepentingan mengamalkan adab tidur mengikut sunnah dengan menggunakan aplikasi Canva. 2. Secara berkumpulan, murid bermain permainan “seret dan letak” untuk menjawab kuiz berdasarkan video penerangan. 3. Murid juga diminta untuk memilih betul atau salah bagi menjawab 6C Elemen collaboration banyak diterapkan dalam aktiviti berkumpulan sehingga mencetus elemen communication dengan baik sewaktu perbincangan.
7 LANGKAH ISI KANDUNGAN Penutup (2 minit) Penutup Kognitif Guru mengingatkan kembali isi pelajaran yang telah dipelajari. Penutup Sosialis Kita haruslah sentiasa menjaga adab sebelum dan selepas tidur kerana itu adalah sunnah Rasulullah.
7kuiz ke-2 berkaitan kepentingan mengamalkan adab tidur. 4. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan dan wakil daripada setiap kumpulan perlu menjawab 1 soalan. 5. Guru membetulkan kesalahan jawapan murid. AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN 1. Murid diminta merumuskan isi pelajaran tentang adab sebelum dan selepas tidur. 2. Murid dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan adab tidur dengan baik dan istiqomah. 3. Murid diberikan lembaran kerja sebagai kerja lanjutan. Elemen Merentas Kurikulum: Nilai murni