The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syar0705, 2022-08-09 04:52:23

sembelihan

sembelihan

SEMBELIHAN

MUHAMMAD AMSYAR BIN ROSLAN
4 AL-KHINDI

• PENGERTIAN PERGERTIAN SEMBELIHAN

• Sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan
dengan cara memutuskan urat halkum dan marih dengan menggunakan
alat yang tajam dengan niat kerana Allah ta’ala.

• Surah al-Maidah:3 ‫داليل القرءان‬

• “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi
(termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana
yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan
yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.

HUKUM SEMBELIHAN

• Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya.
• Binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut

syariat.
• Binatang itu disebut bangkai yang najis dan haram memakannya

RUKUN SEMBELIHAN

SUNAT SEMBELIHAN

• 1. Menyebut nama Allah seperti ‫ الله اكبر‬،‫بسم الله‬dan berselawat ke atas nabi.
• 2. Menyembelih di bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-
• dua urat yang terletak dikiri dan kanan supaya lebih cepat mati.
• 3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat dan membaringkatnnya di

sebelah rusuk kiri.
• 4. Menggunakan alat sembelihan yang tajam.
• 5Melakukan sembelihan di siang hari

MAKRUH SEMBELIHAN

• 1. Menggunakan alat sembelihan yang tumpul.

• 2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak
disembelih.


• 3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
• 4. Tidak membaca bismillah
• 5. Tidak menghadap kiblat

6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak
disembelih

1.BINA SATU PETA PEMIKIRAN HIKMAH SEMBELIHAN

Membezakan daging tang haram dengan daging yang halal supaya
ibadah di terima
Menghindarkan diri daripada penyakit yang ada pada
binatang

Mempercepatkan proses kematian binatang yang disembelih

2.BINCANGKAN HUKUM DAN ALASAN SECARA BERKUMPULAN MELALUI INTERNET

• A. Pengunaan rejatan elektrik terhadap binatang sebelum sembelihan
• B. Penyembelihan menggunakan mesin
• C. Binatang yang dipukul selepas sembelihan untuk mempercepatkan

kematian.

SOALAN A SEMBELIHAN

Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive
Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia
boleh menyebabkan kematian haiwan.Hanya kaedah Kejutan Elektrik
(Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only
stunner) b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi
had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 empere untuk kambing, 2.0 ampere
untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan c.
Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

SOALAN B SEMBELIHAN

• Sebahagian berpendapat bahawa pengelola mesin operator yang
menekan suis penyembelihan yang dikira sebagai penyembelih. Namun
ada pula pihak yang menyanggah bahawa sembelihan mekanikal tidak
sah kerana tidak melibatkan usaha manusia sendiri iaitu perbuatan
menyembelih.

SOALAN C SEMBELIHAN

• Akan tetapi apabila penyembelihan sudah berlaku, urat halkum dan
mari’nya sudah putus, tetapi roh binatang yang disembelih belum keluar,
lalu bulunya dicabut, kakinya dipotong atau digerak-gerakkan dan
sebagainya, maka perbuatan seperti itu di hukum makruh. Dr. Muhammad
Sulaiman Al- Asyqar menyatakan bahawa apabila dilakukan sesuatu
perkara terhadap binatang selepas penyembelihan dan sebelum rohnya
keluar, maka jumhur ulama fiqh berpendapat bahawa binatang berkenaan
tidak haram dengan cara demikian.


Click to View FlipBook Version