NAMA : NURUL IZWANI BINTI AMRI NO MATRIK : S62171
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN
Pendemik covid 19 yang melanda dunia pada masa kini telah memberi kesan yang buruk
kepada pelbagai sektor. Salah satu sektor yang terkena tempiasnya adalah sektor pendidikan
yang mana para guru serta pelajar perlu mengubah sesi pembelajaran sebelum ini kepada
yang baharu. Contohnya mengadakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya.
Keadaan ini memerlukan proses penyesuaian diri yang baik sama ada di kalangan pendidik
mahupun murid. Tujuan program Motivasi Pelajar Pasca Covid 19 ini adalah untuk
mengetahui keadaan semasa para pelajar dari segi pembelajaran secara maya dan peningkatan
motivasi mengikut daripada perspektif psikologi.
OBJEKTIF
Meningkatkan kadar motivasi buat para pelajar melalui teknik pengurusan diri yang
mantap dan bagus serta penggunaan pendekatan psikologi bagi menguatkannya
kembali
Mengetahui perbandingan diantara sistem pembelajaran secara maya dan juga secara
berhadapan. Tujuannya adalah untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran tersebut
buat para pelajar
Mendedahkan kepada masyarakat bahawa belajar secara dalam talian bukan mudah
untuk difahami oleh setiap pelajar.
Menyemarakkan lagi semangat motivasi kedalam diri pelajar untuk terus berjuang
mencapai kejayaan..
Memajukan sektor pendidikan di Malaysia selaras dengan negara luar melalui
semangat motivasi dan dorongan minima yang bakal dikongsi bersama.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Pada 1 Mei 2022, kami telah menjalankan program yang bertajuk Motivasi Pelajar Pasca
Covid 19 bersama dua orang panel jemputan iaitu Cik Izzati Akma selaku kaunselor berdaftar
di Unipsas dan Encik Athif Asyraf selaku pelajar di UTM Skudai, Johor. Soalan yang
diberikan adalah sebanyak lapan soalan yang mana setiap seorang ahli panal menerima empat
soalan daripada pihak moderator. Banyak input yang menarik serta boleh dijadikan rujukan
buat semua pelajar kerana ianya adalah termasuk sekali dengan teknik pembelajaran yang
betul agar pelajar tidak mudah mengalami tekanan dan sebagainya. Pendekatan psikologi
yang digunakan untuk menguatkan kembali semangat yang ada di dalam diri amatlah bagus
dan ianya sangat diperlukan oleh pelajar agar tidak mudah mengalah dalam setiap bidang
yang diceburinya.
Pendekatan psikologi yang didedahkan oleh panel adalah “ instinct and humanistic
motivation” iaitu ianya terbahagi kepada dua bentuk motivasi.
Motivasi yang pertama iaitu “instinct” merupakan sifat semulajadi yang ada dalam diri
manusia namun demikian ia memerlukan dorongan dan pertolongan daripada pihak yang
kedua agar dirinya mampu mengecapi kejayaan yang dinginkan. Contohnya adalah Izwani
yang memerlukan ayahnya untuk memberi kata-kata semanagat agar tidak mudah putus asa
sepanjang belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Manakala motivasi yang kedua pula iaitu “humanistic” yang mana pelajar tersebut
bermotivasi melalui daripada persekitaran yang sedang di alami olehnya. Contohnya adalah
sekiranya buruk sesuatu persekitaran itu, maka buruklah keputusan yang diperolehi oleh
seseorang individu tersebut. Namun, jika beliau mempunyai persekitaran yang bagus ia boleh
memberi impak yang positif buat pelajar itu. Akhir kata adalah sosial budaya iaitu motivasi
yang diperolehi daripada pengelaman lampau yang dialami oleh seseorang individu.
Contohnya Ahmad memperolehi keputusan peperiksaan yang agak teruk pada bulan yang
lalu. Oleh itu, beliau akan belajar bersungguh - sungguh agar memperolehi keputusan yang
bagus pada masa akan datang.
KESIMPULAN
Sepanjang sesi forum ini dijalankan, ahli panel banyak menekankan kepada pengurusan
pembelajaran yang betul agar tidak mudah terkena tekanan sepanjang belajar. Ini kerana,
melalui pengurusan diri yang mantap boleh menghasilkan diri yang positif dan lebih
bersemangat untuk menempuhi hari yang akan datang. Bahkan ia juga boleh menghasilkan
keputusan peperiksaan yang bagus kerana mereka sentiasa mempunyai masa untuk
mengulangkaji setiap mata pelajaran yang telah diambil. Ianya tidak kisah sama ada belajar
secara maya mahupun secara berdepan, akan tetapi pengurusan diri dari segi pembelajaran
itulah yang perlu diutamakan oleh setiap pelajar.
RUJUKAN
ZAINAL, K. (2015). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori
Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tre Personaliti. Pengajian Umum Bil 9, 13.
Diambil daripada http://journalarticle.ukm.my/1189/1/1.pdf
LOUIS BREGER (2009). From Intinct To Identity, The Development Of Personality Book.
New York. Diambil pada 5/5/2022
NAMA: WAN FATIMAH ZAHRAH BINTI WAN MUHD TARMIZI
NO MATRIK: S61837
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING
PENGENALAN
Pandemik Covid-19 telah menjadi isu kesihatan global dan memberi impak yang besar
kepada sektor pendidikan. Virus Covid-19 mula dikesan di Malaysia pada Januari 2020 dan
mula merebak dalam masyarakat tempatan pada bulan Mac 2020 (Muhammad Irfan et al.,
2020; Azman & Abdullah, 2021). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mencadangkan kepada masyarakat umum dan institusi pendidikan untuk menghentikan
semua aktiviti (Ana et al., 2020; Azman & Abdullah, 2021). Selaras dengan pengisytiharan
ini, sektor pendidikan global juga telah ditutup dan pembelajaran dijalankan secara e-
pembelajaran atau dalam talian. Kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah
menggunakan pembelajaran dalam talian sebagai satu-satunya platform untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi membantu pelajar
menghadapi cabaran belajar tanpa bersemuka. Oleh itu, motivasi pelajar pasca covid 19 ini
sangatlah diperlukan agar semangat belajar dalam diri pelajar sentiasa meningkat.
OBJEKTIF PROGRAM
Mendedahkan kepada masyarakat bahawa belajar secara dalam talian bukan
mudah difahami oleh setiap pelajar.
Menyemarakkan lagi semangat motivasi kedalam diri pelajar untuk terus
berjuang mencapai kejayaan.
Mencari teknik yang terbaik dan boleh diguna pakai buat semua pelajar agar
tidak mudah stres.
Memajukan sektor pendidikan di Malaysia selaras dengan negara luar melalui
semangat motivasi dan dorongan minima yang bakal dikongsi bersama.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Program ini dijalankan dengan menggunakan platfrom Google Meet bersama ahli kumpulan
dan ahli panel. Terdapat dua orang ahli panel yang memberikan motivasi berkenaan dengan
tajuk program ini. Sepanjang program tersebut, kami telah bertanyakan soalan sebanyak 8
soalan kepada ahli panel. Setiap ahli panel menjawab empat soalan daripada keseluruhannya.
Ahli panel pertama merupakan seorang Kaunselor Berdaftar di Kolej Universiti Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) iaitu Cik Nur Izati Akma. Panel yang kedua pula merupakan
seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam
bidang Sarjana Muda Sains Fizik yang bernama Encik Muhammad Athif Asyraf Bin Sukry.
Persoalan yang telah terjawab oleh kedua-dua panel jelas mengatakan bahawa tekanan dalam
pembelajaran sering berlaku dikalangan pelajar universiti. Mereka terpaksa menghadapi
situasi pembelajaran secara dalam walaupun pembelajaran itu sukar untuk difahami. Namun,
kaedah-kaedah yang telah dikongsikan oleh para panel jelas memberi sedikit sebanyak
kesedaran berkenaan dengan pembelajaran secara dalam talian ini.
KESIMPULAN
Pandemik Covid-19 ini sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada setiap pelajar
kerana mereka terpaksa membiasakan diri mereka melakukan proses pembelajaran yang di
luar norma kebiasaan mereka. Banyak tips-tips belajar yang baik telah dikongsikan bersama.
Diharapkan dari program ini, ia dapat memberi kesedaran serba sedikit kepada pelajar pasca
Covid-19 bagi meneruskan semangat juang dalam diri mereka untuk mencapai kejayaan.
SUMBER RUJUKAN
Ana, A., Minghat, A. D., Purnawarman, P., Saripudin, S., Muktiarni, M., Dwiyanti, V., &
Mustakim, S.S. (2020). Students’ perceptions of the twists and turns of e- learning in the
midst of the covid 19 outbreak. Revista Romaneasca pentru Educatie Multidimensionala, 12
(1Sup2), 15-26.
Azman, N., & Abdullah, D. (2021). A critical analysis of Malaysian Higher Education
Institutions’ response towards Covid-19: sustaining academic program delivery. Journal
of Sustainability Science and Management, 16(1), 70-96.
Muhammad Irfan, Faizah Shahudin, Vincent James Hooper, Waqar Akram & Rosmaiza
Abdul Ghani. (2020). The psychological impact of coronavirus on university students and its
socio-economic determinants in Malaysia
NAMA: NURAINUN HUSNA BINTI MOHD ZAILANI NO MATRIK:S62964
PROGRAM: SARJANA MUDA KAUNSELING
PENGENALAN
Penggunaan teknologi pendidikan memudahkan tenaga pengajar menjalankan sesi PdP
bermula dari peringkat perancangan sehingga peringkat penilaian (Amran & Yahya, 2020).
Selain itu, fungsi utama pendidikan adalah untuk meningkatkan kebolehfahaman pelajar
terhadap sesuatu konsep asas yang dipelajari melalui kaedah pembelajaran secara interaktif di
abad ke 21 ini (Che In & Ahmad, 2019). Pelbagai kaedah yang digunakan dalam menjayakan
kelas secara atas talian seperti Aplikasi Kahoot (Che In & Ahmad, 2019), mobile learning
(Shuib, Yaakob & Sarkowi, 2018), dan MOOC (Daud, Zulkifli, Abd Rahman & Khalid,
2017). Namun, kemudahan teknologi dan internet yang disediakan oleh kerajaan tidak dapat
menampung keperluan para pelajar. Oleh itu, dengan mengadakan program motivasi pasca
pelajar Covid-19 akan membantu pelajar berfikiran lebih terbuka.
OBJEKTIF PROGRAM
Mendedahkan kepada masyarakat bahawa belajar secara dalam talian bukan
mudah difahami oleh setiap pelajar.
Menyemarakkan lagi semangat motivasi ke dalam diri pelajar untuk terus
berjuang mencapai kejayaan.
Mencari teknik yang terbaik dan boleh diguna pakai buat semua pelajar agar
tidak mudah stres.
Memajukan sektor pendidikan di Malaysia selaras dengan negara luar melalui
semangat motivasi dan dorongan minima yang bakal dikongsi bersama.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Program ini dijalankan menggunakan aplikasi Google Meet bersama dua orang ahli panel dan
ahli kumpulan yang lain. Dua orang ahli panel tersebut telah memberikan motivasi yang
berkaitan dengan tajuk program ini. Ahli panel pertama merupakan seorang Kaunselor
Berdaftar di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) iaitu Cik Nur
Izati Akma. Panel kedua merupakan seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti
Teknoligi Malaysia (UTM) dalam bidang Sarjana Muda Sains Fizik iaitu Encik Muhammad
Athif Asyraf bin Sukry. Sepanjang program ini berlangsung, kami telah menyediakan 8
soalan untuk ahli panel yang mana setiap ahli panel akan ditanyakan 4 soalan. Persoalan yang
telah terjawab oleh kedua-dua panel jelas mengatakan bahawa cara pembelajaran melalui
talian ini adalah salah satu kaedah yang menarik dan merupakan kaedah yang baru selari
dengan zaman moden yang seba canggih ini. Namun pembelajaran dalam talian ini menjadi
masalah kepada para pelajar apabila berhadapan dengan masalan internet.
Walaubagaimanapun, bagi ahli panel, pihak kerajaan telah ada menyediakan banyak
kemudahan seperti menyediakan wifi dari pihak Unifi untuk membantu para pelajar terutama
yang berada di kawasan luar bandar dapat mengikuti kelas dalam talian.
KESIMPULAN
Pandemik Covid-19 ini sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak
terutama kepada para pelajar. Mereka terpaksa membiasakan diri mereka untuk belajar dalam
keadaan norma baru. Pelbagai tips yang telah dikongsikan oleh ahli panel berkaitan dengan
pembelajaran dalam pasca covid-19. Diharapkan agar program ini dapat membuka mata dan
peluang kepada pelajar yang sedang berjuang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
SUMBER RUJUKAN
Amran, M., & Yahya, M. Z. (2020). Faktor dan persepsi yang mempengaruhi penggunaan
teknologi dalam pendidikan dikalangan Pensyarah Kolej Komuniti. International Journal of
Technology Management and Information System, 2(1), 72-80.
Che In, F., & Ahmad, A. Z. (2019). Kajian keberkesanan pembelajaran interaktif berasaskan
Aplikasi Kahoot: satu kajian tindakan terhadap kursus principle of marketing. Online Journal
for TVET Practitioners, 4(1), 1-11.
Shuib, A. S., Yaakob, M. N., & Sarkowi, A. (2018). Pengaruh pengalaman teknologi,
peluang dan kesediaan terhadap penggunaan Mobile Learning di Institut Pendidikan Guru
Zon Utara. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 14, 143-166.
NAMA: FATIN BATRISYIA BINTI MOHD ZAMARI NO MATRIK:
S61674
PROGRAM: SARJANA MUDA PERAKAUNAN
PENGENALAN
Fenomena pandemik Covid-19 telah membuka minda dan memberi perspektif baharu
terhadap pelaksanaan pendidikan menerusi internet. Hal ini kerana, meninggalkan terus
proses Pengajaran dan Pembelajaran akan memberi kesan dominan kepada hal-
hal lain seperti pengurusan, peperiksaan, penganugerahan, kewangan dan pelbagai aspek
lagi yang berada di luar konteks kurikulum dan silibus (Muhamad Afzamiman Aripin dan
Muhammad Abd Hadi Bunyamin, 2020). Learning tools yang digunakan boleh disesuaikan
mengikut keperluan pembelajaran seperti mereka yang mempunyai akses internet boleh
mengikuti kelas menggunakan Microsoft Teams, Facebook live atau Google Classroom
(Hayati Ismail, 2020) Google Meet, Big Blue Button, Zoom, dan sebagainya (Muhama
d Afzamiman Aripin dan Muhammad Abd Hadi Bunyamin, 2020). Kaedah pembelajaran atas
talian merupakan suatu keperluan ketika PKP ini. Ibu bapa pada mulanya perlu membimbing
anak menyusun tugasan yang diberikan oleh guru untuk diselesaikan dan hantar kepada guru
secara maya. Guru perlu memberi maklum balas kepada hasil kerja pelajar supaya mereka
terus bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan seterusnya. Menurut Mohamad Idham Md
Razak (2020), bagi memastikan kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan,
terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan
kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif, latihan yang efektif dan
berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang standard, jaminan
kualiti sumber yang tidak terhad serta sokongan institusi pendidikan yang menjalankan
kaedah pembelajaran atas talian. Oleh itu, dengan mengadakan program motivasi pasca
pelajar Covid-19 akan membantu pelajar berfikiran lebih terbuka.
OBJEKTIF PROGRAM
Mendedahkan kepada masyarakat bahawa belajar secara dalam talian bukan
mudah difahami oleh setiap pelajar.
Menyemarakkan lagi semangat motivasi kedalam diri pelajar untuk terus
berjuang mencapai kejayaan.
Mencari teknik yang terbaik dan boleh diguna pakai buat semua pelajar agar
tidak mudah stres.
Memajukan sektor pendidikan di Malaysia selaras dengan negara luar melalui
semangat motivasi dan dorongan minima yang bakal dikongsi bersama.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Program yang sangat bermanfaat ini iaitu program Motivasi Pelajar Covid 19 telah berjaya
dijalankan oleh ahli-ahli daripada kumpulan 7. Tidak lupa juga barisan ahli panel jemputan
kita, Cik izzati Akma dan Encik Athif Asyraf yang turut membantu dalam menjayakan
program ini. Mereka berdua telah menjawab 4 soalan setiap seorang yang berkaitan dengan
motivasi pelajar pasca covid 19 dan jawapan yang diberikan oleh mereka penuh dengan ilmu
yang sukar untuk dicari. Perkongsian ilmu daripada panel-panel kita kebanyakkan datang
daripada pengalaman mereka sendiri dan itulah yang membuatkan ilmu tersebut sangat
berharga. Antara isu yang dibincangkan termasuklah cara meningkatkan tahap motivasi
seorang pelajar, tips bagi mengawal stress semasa menghadapi pembelajaran secara maya,
kepentingan mengekalkan tahap motivasi diri dan banyak lagi. Tujuan utama program ini
adalah untuk mendedahkan kepada semua pelajar berkenaan isu-isu yang telah disebut
sebenatar tadi dan dengan adanya sesi temu bual bersama dua panel kita, seua pelajar dapat
didedahkan dengan banyak info yang dapat mereka guna pakai dalam kehidupan harian.
Secara tidak langsung, mereka dapat menamatkan pelajaran mereka dengan keputusan yang
sangat baik serta kesihatan mental terjaga.
KESIMPULAN
Pelajar yang sedang meneruskan pembelajaran mereka secara maya sememangnya
menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang boleh menjejaskan tahap kesihatan mental
mereka. Sudah terang lagi bersuluh, pandemik covid 19 yang melanda dunia kita ini telah
memberi impak yang negatif kepada semua pelajar. Walaubagaimanapun setiap penyakit ada
ubatnya dan setiap masalah pasti ada jalan penyeleasaiannya. Dengan itu, kami berharap
program ini dapat membantu semua pelajar mengatasi segala masalah yang dihadapi mereka
sepanjang proses pembelajaran secara maya dijalankan supaya mereka dapat memenuhi
kehendak masing-masing untuk mencapai kejayaan dala hidup.
SUMBER RUJUKAN
Hayati Ismail, Dr. (2020). Covid-19 Pemangkin Perubahan dalam Pendidikan.
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/covid-19-pemangkin-perubahan-dalam-
pendidikan/. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Mohamad Idham Md Razak. Astro Awani. 09 April 2020. Covid-19: Pembelajaran Atas
Talian Suatu Keperluan ke arah menuju Malaysia Maju.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pembelajaran-atas-talian-suatu-
keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496. Tarikh Capaian 22 April 2020
Muhamad Afzamiman Aripin, Dr. dan Muhammad Abd Hadi Bunyamin, Dr. 17 April 2020.
Transformasi Pendidikan dalam Krisis Pandemik Covid-19.
https://malaysiagazette.com/2020/04/17/transformasi-pendidikan-dalam-krisis-pandemik-
covid-19/. Tarikh Capaian 22 April 2020.
NAMA: NUR SYAHIRAH BINTI HARIZU NO MATRIK:S63404
PROGRAM: SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN
Malaysia merupakan salah satu negara yang turut mengambil insiatif bagi mengatasi
penularan wabak ini, dimana pentadbiran Malaysia telah mengisytiharkan Perintah
Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) di seluruh negara pada 18 Mac 2020 (Rashid &
Dorashid, 2020). Oleh yang demikian, kesan perintah kawalan pergerakan terhadap
sistem pendidikan negara telah menjadikan sistem pendidikan konvensional sebelum
ini berubah menjadi sistem pembelajaran atas talian dimana sistem pembelajaran atas
talian kini menjadi pilihan utama oleh para pendidik. Keadaan ini berlaku apabila trend
pendidikan masa kini telah diubah kepada transformasi baru teknologi maklumat iaitu
aplikasi pembelajaran atas talian sebagai alternatif pengajaran dan pembelajaran bagi
membimbing murid dalam pembelajaran (Rafiee Jamian et al.2020). Hashim et al. juga
menyatakan, kesan dari pandemik ini menunjukkan perubahan yang besar dalam
penggunaan teknologi digital dalam bidang pendidikan. Menurut Mulatsih (2020) bahawa
kesan pembelajaran atas talian seperti aplikasi Youtube, Google Classroom, Google Drive,
Google Form dan Quizizz dalam pembelajaran dapat dimanfaatkan. Oleh itu, dengan
mengadakan program motivasi pasca pelajar Covid-19 akan membantu pelajar berfikiran
lebih terbuka.
OBJEKTIF PROGRAM
Mendedahkan kepada masyarakat bahawa belajar secara dalam talian bukan
mudah difahami oleh setiap pelajar.
Menyemarakkan lagi semangat motivasi kedalam diri pelajar untuk terus
berjuang mencapai kejayaan.
Mencari teknik yang terbaik dan boleh diguna pakai buat semua pelajar agar
tidak mudah stres.
Memajukan sektor pendidikan di Malaysia selaras dengan negara luar melalui
semangat motivasi dan dorongan minima yang bakal dikongsi bersama.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Program Motivasi Pelajar Covid-19 ini telah dijalankan di dalam talian dan dilaksanakan oleh
ahli kumpulan tujuh. Dua orang ahli panel yang dijemput iaitu yang pertama Cik Nur Izati
Akma yang merupakan seorang Kaunselor Berdaftar di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan
Ahmad (KUIPSAS) manakala yang kedua ialah Encik Muhammad Athif Asyraf bin Sukry
yang merupakan seorang mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kedua-dua
ahli panel telah menjawab 8 soalan yang berkaitan dengan motivasi pelajar covid-19 dan
soalan-soalan itu dijawab secara santai dan mudah untuk difahami. Perkongsian dari ahli
panel sangat jelas dan menyatakan bahawa penggunaan teknologi digital dalam bidang
Pendidikan seperti aplikasi-aplikasi sangat membantu dalam pembelajaran seiring dengan
peredaran zaman. Oleh itu, secara tidak lansung proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mampu membuka minda tentang teknologi dan dapat diteruskan seperti biasa walaupun di
dalam talian.
KESIMPULAN
Penularan wabak Covid-19 yang berlaku menyebabkan semua sekolah terpaksa ditutup dan
pelajar tidak dapat ke sekolah. Walaubagaimanapun, pengajaran dan pembelajar (PdP) tetap
diteruskan seperti biasa. Sistem pembelajaran atas talian menjadi pilihan utama oleh para
pendidik untuk terus menyebarkan ilmu kepada pelajar-pelajar walaupunpada peringkat
awalnya terdapat sedikit kekurangan untuk menyesuaikan diri dalam perubahan sistem
pengajaran ketika itu. Oleh itu, kami berharap supaya program yang dilaksanakan mampu
memotivasikan dan membantu pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam era Covid-19.
SUMBER RUJUKAN
Hashim, F., Rosli, F.F., Elias, F., Mat, M.R.L. & Yusof, C.N.M. 2020. Pengajaran d
an Pembelajaran dalam Talian dan Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam.
Civilizational Studies and Human Sciences BITARA International Journal of
Civilizational Studies and Human Sciences3(4): 151–162
Rafiee Jamian, Nurul Hafizah Zainal Abidin, R. A. (2020). Analisis Deskriptif bagi
Penggunaan Aplikasi Quizizz ke atas Guru dalam Penilaian Prestasi Murid bagi Subjek
Matematik
Descriptive Analysis of the Use of Quizizz Applications on Teachers in Student
Performance Assessment for Mathematics Subjects. Mathematical Sciences and
Informatics Journal, 1(2), 87–97.
Rashid, A. & Dorashid, A. 2020. Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa
Wabak COVID-19 Abstrak The Unemployment among Employees during Pandemic COVID-
19 Abstract Pengenalan Pengangguran Semasa Wabak COVID-19 . 5(11): 1–9.