KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON SEBUYAU 2023 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON SEBUYAU TAHUN 2023 Anjuran: SK BULAN JERAGAM SEBUYAU Kelolaan: SEKOLAH KEBANGSAAN BULAN JERAGAM SEBUYAU
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON SEBUYAU 2023 2 1.0 PENGENALAN 1.1 Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. 1.2 Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan. 1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, SK Bulan Jeragam Sebuyau akan melaksanakan acara ini di kawasan Sekolah dengan memanfaatkan fasiliti yang ada dengan bantuan hakim yang berpengalaman . 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi. 2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa. 2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi. 3.0 PELAKSANAAN 3.1 Pertandingan PERINGKAT ZON akan dikendalikan oleh Sk Bulan Jeragam Sebuyau dengan kerjasama hakim yang dipilih . Tiga orang (3) pemenang peringkat Zon akan dipilih bagi setiap kategori dan dibawa ke peringkat seterusnya . 4.0 KATEGORI 4.1 Pertandingan ini dijalankan secara individu yang melibatkan murid tahap 2 : 4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
3 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 5.0 SYARAT-SYARAT 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias dibenarkan. 5.4 Setiap peserta diberikan masa seperti berikut: 5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja 5.5 Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar. 5.6 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk sajak dan penyampaian sajak perlu menepati tema yang ditetapkan. 5.7 Tema di PERINGKAT ZON adalah Wira Anti Rasuah (WAR). 5.8 Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepanduan (teleprompter) adalah tidak dibenarkan. 5.9 Setiap peserta diberikan masa tidak melebihi 5 minit . 5.10 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur dan dihantar secara atas talian sahaja dengan ejaan dan maklumat yang betul . 6.0 SUMBER BAHAN 6.1 Peserta boleh mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan sajak yang bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur . 6.2 Teks sajak hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan. 6.3 Peserta perlu menyatakan tajuk dan penulis sajak semasa persembahan.
4 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 7.0 ASPEK PEMARKAHAN 7.1 Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut: 7.1.1 Vokal 20 markah 7.1.2 Intonasi 15 markah 7.1.3 Nada 10 markah 7.1.4 Artikulasi 15 markah 7.1.5 Kelancaran 10 markah 7.1.6 Penghayatan 10 markah 7.1.7 Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah 7.1.8 Ketertiban 5 markah 7.1.9 Keterampilan Jumlah 5 markah 100 markah 8.0 PENGHAKIMAN 8.1 PERINGKAT ZON dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim. 8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 8.3 Keputusan rasmi dilaksanakan secara sistem juri. 8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep. 8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 9.0 HADIAH Peserta akan mendapat sijil penyertaan . 10.0 TINDAKAN Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
5 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN 11.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 11.1 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 A. MAKLUMAT PESERTA Gambar Nama peserta : peserta No. kad pengenalan : Tarikh lahir : Umur: Jantina : Bangsa: No. telefon bimbit : E-mel : Alamat surat-menyurat : Nama dan alamat sekolah : Tahap/Tingkatan : Tajuk sajak : Pautan teks sajak : B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama guru pembimbing : No. telefon bimbit : E-mel : C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar. Tandatangan Guru Besar/Pengetua : Cap sekolah : No. telefon : 6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZON TAHUN 2023 7 Giliran peserta: ……………… Aspek Penilaian Markah Maksimum Markah diperoleh Catatan hakim Suara (70%) Vokal 20 Intonasi (Peralihan Suara) 15 Nada 10 Artikulasi 15 Kelancaran 10 Gaya dan Teknik (30%) Penghayatan 10 Mimik Muka/Bahasa Tubuh 10 Ketertiban 5 Keterampilan 5 Jumlah 100 Ulasan hakim: Pengesahan oleh hakim ……………………………………… ( )
8 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZONTAHUN 2023 BORANG RUMUSAN HAKIM Giliran peserta Markah peserta Kedudukan Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Pengesahan oleh hakim ……………………………………… ( )
9 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZONTAHUN 2023 Giliran Kedudukan peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Agregat/ Keputusan Purata panel hakim 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 BORANG RUMUSAN HAKIM peserta Pengesahan oleh ketua hakim ……………………………………… ( )
10 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT ZONTAHUN 2023 BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA PENGESAHAN HAKIM NAMA TANDATANGAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 Pengesahan oleh ketua hakim ……………………………………… ( )