The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssksn, 2021-05-14 09:47:34

KIT PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

KONSEP PIBK

Keywords: PIBK

KMPEEANMLDAEYINDSTIIAKERAINAN

KIT

PELIBATAN
IBU BAPA
DAN
KOMUNITI
(PIBK)

KATA ALUAN

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bagi pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, saya merakamkan
ucapan tahniah dan syabas atas penghasilan Kit Panduan Pelibatan
Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) ini.
Penyediaan pendidikan berkuaIiti kepada semua murid di Malaysia
merupakan tanggungjawab bersama antara ibu bapa, sekolah dan
komuniti. Pendidikan awal bermula di rumah, diberi penekanan di
sekolah dan pengukuhan amalannya di rumah. Peranan ibu bapa dan
komuniti sebagai rakan strategik perlu dimantapkan dan
diperkasakan bagi membantu pihak sekolah. Kesediaan dan
keterlibatan semua pihak perlu untuk mencapai aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, nilai dan etika serta identiti nasional sebagaimana yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Oleh itu, keterlibatan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD),ibu bapa dan komuniti amat digalakkan
untuk menjalin kerjasama yang utuh dengan pihak sekolah dalam
mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih luas dan
meningkatkan kualiti pendidikan dan pengalaman pembelajaran
murid. Sikap kepedulian yang positif ibu bapa dan komuniti di dalam
sekolah akan membantu pihak sekolah meningkatkan perkembangan
dan pertumbuhan murid dalam pelbagai aspek seperti akademik,
aktiviti kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
Akhir kata, diharapkan dengan adanya Kit Panduan PIBK ini dapat
dijadikan panduan dan rujukan semua pihak khususnya JPN,PPD
,pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti dalam
memperkasakan pelibatan dan peranan semua pihak bagi
memartabatkan sistem pendidikan di negara ini.
Sekian, terima kasih

SHAARI BIN OSMAN

ISI
KANDUNGAN

Pengenalan 1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 2
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pppm) 2013-2025 3
Konsep PIBK 4
Perbezaan Antara PIBG, PIBK Dan KSIB 5
Fokus Utama PIBK 6
Peranan Dan Tanggungjawab 7
Surat-surat Pekeliling / surat Siaran 8
Penutup 9

2

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia sedang berubah daripada sistem
sekolah kepada sistem pembelajaran yang mengupayakan
pelibatan ibu bapa dan komuniti supaya setiap murid dapat
menikmati persekitaran pembelajaran yang paling sesuai dan
berkesan.
Sistem pembelajaran mengiktiraf bahawa pembelajaran bukan
hanya berlaku di dalam lingkungan sekolah, tetapi ia juga boleh
berlaku di luar sekolah sama ada di rumah atau dalam komuniti.
Sekolah mesti berupaya untuk menyediakan persekitaran yang
kondusif melalui jalinan yang positif antara sekolah dengan ibu
bapa dan komuniti.
Pelaksanaan PIBK direalisasikan di bawah inisiatif #62: Peluasan
Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Ekosistem
Sekolah seperti mana diilhamkan di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang menekankan
kepada kemenjadian murid selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Anjakan ke 9 dalam PPPM 2013 – 2025 memberikan penekanan
terhadap kepentingan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta dalam memperkasakan sekolah.
Pelibatan semua pihak berkepentingan ini diharapkan akan
menjadikan sekolah lebih berkualiti, berupaya merealisasikan
aspirasi murid secara khususnya dan kemenjadian Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara amnya.

3

FA L S A FA H
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
(FPK)

Konsep PIBK ini diwujudkan selaras dengan
penyataan FPK yang berbunyi :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

4

PELAN PEMBANGUNAN
P E N D I D I KA N M A L AYS I A
(PPPM) 2013-2025

PPPM 2013-2025 telah dilancarkan pada 6 September 2013.
Fokus dalam PPPM 2013-2025 ini mengandungi :

3.1. Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam
tempoh 13 tahun

1G e l o m b a n g 2G e l o m b a n g

(2013-2015) (2016-2020)
Mengubah sistem Memacu
dengan menyokong peningkatan sistem
guru dan
memberikan
tumpuan kepada
kemahiran utama

3G e l o m b a n g

(2021-2025)
Menganjak ke arah
kecemerlangan
melalui peningkatan
keluwesan operasi.

5

3.2 Lima Aspirasi sistem pendidikan

3.2.1. Akses - 100% enrolmen merentas semua peringkat
pendidikan daripada pra sekolah hingga menengah atas
menjelang trahun 2020.

3.2.2. Kualiti – Negara dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan
PISA dalam tempoh 15 tahun

3.2.3. Ekuiti – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian
(bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang
tahun 2020

3.2.4. Perpaduan - Sistem pendidikan yang menawarkan
perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak
dengan menghargai pengalaman.

3.2.5. Kecekapan - Sistem yang memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

4

3.3 Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing diperingkat global

3.3.1. 3.3.2.

Pengetahuan Kemahiran
berfikir

3.3.3. 3.3.4.

Kemahiran Kemahiran
memimpin dwibahasa

3.3.5. 3.3.6.

Etika dan Identiti
kerohanian nasional

5

3.4 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem
pendidikan negara

Anjakan 1 Menyediakan kesamarataan akses kepada
Anjakan 2 pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Anjakan 3 Memastikan setiap murid menguasai kemahiran
Anjakan 4 dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Anjakan 5 dan digalakkan mempelajari Bahasa tambahan.
Anjakan 6
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
Anjakan 7
Anjakan 8 Menstransformasikan profesion keguruan
menjadi profesion pilihan

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah

Mengupayakan JPN,PPD dan Sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia

Mentransformasikan kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian

Anjakan 9 Bekerjasama dengan ibu bapa,
komuniti dan sektor swasta secara
meluas.

Anjakan 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit.

Anjakan 11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggung-
jawaban awam secara langsung.

6

3.5 Inisiatif #62: Peluasan Pelaksanaan pelibatan Ibu Bapa dan
Komuniti dalam Ekosistem Sekolah
3.5.1
3.5.1.1 Anjakan 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
3.5.1.2 swasta secara meluas
3.5.2
3.5.2.1 Hasrat dan rasional inisiatif
Pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif akan meningkatkan
3.5.2.2 proses pembelajaran, keberhasilan murid dan prestasi sekolah.
Pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif dalam
pembangunan sahsiah dan disiplin murid.

Keberhasilan / outcomes
Peningkatan pelibatan secara sukarela ibu bapa dalam
menyumbangkan idea, kepakaran dan kemahiran serta
membantu pihak sekolah dalam melaksanakan semua aktiviti
PIBG/sekolah yang memberi impak tinggi kepada sekolah dan
murid.
Ibu bapa terlibat langsung atau tidak langsung dalam
membantu pihak sekolah dari segi pembangunan sahsiah dan
disiplin murid di sekolah dan di luar waktu persekolahan.
KPI 1 : Peratus sekolah yang mendapat skor pelibatan ibu

bapa secara sukarela sebanyak 50% dan ke atas dalam
aktiviti PIBG/Sekolah
KPI 2 : Peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran
ibu bapa dalam 5 aktiviti sebanyak 65% dan ke atas.

7

3.5.3 Kerjasama sekolah dengan ibu bapa 3.5.5 Sarana Ibu Bapa
Empat elemen
3.5.3.1 Mempunyai tanggung jawab yang penting:
dikongsi bersama antara ibu bapa
dan guru bagi memastikan 1
pembelajaran berkualiti untuk murid.
Penyediaan
3.5.3.2 Meningkatkan kesedaran ibu bapa suasana
dalam membantu pembelajaran pembelajaran
murid di rumah

3.5.3.3 Memperluaskan peranan ibu bapa 2
sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan Interaksi
anak-anak mereka sosial
dengan anak
3.5.4 Kerjasama sekolah dengan
komuniti: 3

3.5.4.1 Mendapat kerjasama secara sukarela Komunikasi
daripada pertubuhan dalam dengan anak
komuniti untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan 4
memberi manfaat kepada sekolah
setempat Sokongan
akademik
3.5.4.2 Menggalakkan pelibatan murid
dalam pertubuhan dan aktiviti
komuniti serta mendapat pengajaran
penting melalui proses tersebut.

8

3.5.6 Sarana sekolah
Enam elemen yang menyokong pembelajaran

3.5.6.1 3.5.6.2

Iklim Komunikasi
sekolah berkesan

3.5.6.3 3.5.6.4

Sokongan Tanggung-
terhadap jawab
kejayaan bersama
murid

3.5.6.5 3.5.6.6

Keputusan Kerjasama
bersama dengan
komuniti

Sekolah mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima
kehadiran dan sumbangan/ kepakaran ibu bapa dan komuniti
(Dasar Buka Pintu)

9

KONSEP PIBK

4.1 Pembudayaan amalan kasih sayang,
kegembiraan, hormat menghormati dan
inginkan kejayaan dalam kalangan semua
murid sekolah.

4.2 Keterlibatan dan kebersamaan antara ibu
bapa,komuniti dan sekolah dalam usaha
membangunkan kemenjadian murid.

4.3 Membudayakan semangat sukarelawan yang
tinggi dalam kalangan ibu bapa, komuniti,
korporat dan masyarakat dalam semua aktiviti /
program di sekolah.

10

PERBEZAAN ANTARA
PIBG, PIBK DAN KSIB

Persatuan Ibu Bapa dan Pelibatan Ibu Bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu
Guru (PIBG)
Komuniti (PIBK) Bapa (KSIB)

• Ditubuhkan di sekolah di • Jawatankuasa yang •Biro yang ditubuhkan di
bawah Akta Pendidikan dibentuk di bawah struktur bawah PIBG
1996 (Akta 550), pentadbiran sekolah
Bahagian II – Penubuhan •Inisiatif #62 di bawah
Persatuan Ibubapa dan • Inisiatif #62 di bawah Anjakan 9 Pelan
Guru : 4. Penubuhan Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan
Persatuan Ibu Bapa – Guru Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
2013 – 2025

• Kawalan oleh Pendaftar • Diurus oleh pihak sekolah • Dikelolakan oleh PIBG
Sekolah • Pengetua / Guru Besar dengan seliaan dari pihak
sekolah
• Diketuai oleh YDP sebagai Pengerusi
• PGB sebagai ex-officio / • Diketuai oleh Ketua Biro

Penasihat

Keahlian : Keahlian : Keahlian :
• Semua ibu bapa / penjaga • Guru-guru Penolong • Ibu bapa / penjaga murid

/ Ahli yang tidak ada anak Kanan dan guru-guru sesebuah sekolah, komuniti
di sekolah tersebut (Ahli yang diyakini perlu berada luar, alumni, individu yang
Bersekutu) dalam JK, PIBG, Komuniti, tidak ada anak di sekolah
• AJK dipilih / dilantik awam, swasta tetapi berminat untuk
dalam Mesyuarat Agung • AJK dilantik oleh membantu
• Semua Guru pentadbir sekolah • AJK dilantik dalam
kalangan ahli

11

FOKUS UTAMA PIBK

6.1 Pembangunan Akademik

6.1.1 Pelibatan ibu bapa dalam penyediaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) kelas abad ke – 21.

6.1.2 Membantu menyediakan alat pembelajaran yang
menarik dan kreatif

6.1.3 Pelibatan dalam Biro Akademik Sekolah

6.1.4 Kumpulan sokongan belajar di rumah dan di sekolah

6.1.5 Pelibatan ibu bapa sebagai membantu guru di dalam
kelas sekiranya diperlukan oleh pihak sekolah
(Sukarelawan dalam kelas)

6.2 Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid

6.2.1 Pelibatan ibu bapa dalam program pembangunan
sahsiah dan disiplin murid (Ibu bapa sebagai role
model)

6.2.2 Pemuafakatan komuniti bagi menangani isu disiplin
seperti buli, gangsterisme dan dadah di sekolah

6.2.3 Membangunkan pemilihan kerjaya murid

6.2.4 Menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid

6.2.5 Keselamatan murid

12

6.3 Pembangunan Kokurikulum dan Sukan

6.3.1 Pelibatan ibu bapa sebagai jurulatih / mentor
6.3.2 dalam bidang kokurikulum dan sukan
Ibu bapa memberikan bimbingan / sokongan
6.3.3 kepada murid atau menyumbangkan sumbangan
material
Mendapatkan penajaan bagi bidang ko-kurikulum
/sukan

6.4 Pembangunan Infrastruktur
6.4.1 Pelibatan ibu bapa dalam menyumbangkan
kemahiran / kepakaran / material
6.4.2 Menyumbangkan kemudahan dan infrastruktur
sekolah
6.4.3 Kemudahan dan keceriaan bilik darjah
6.4.4 Kemudahan ICT dan jaringan pintar di sekolah

13

PERANAN DAN
TA N G G U N G J AWA B

7.1 Pegawai Meja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
7.1.1 Menetapkan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan Ibu

Bapa dan Komuniti (PIBK)
7.1.2 Menetapkan struktur jawatankuasa PIBK di semua

peringkat
7.1.3 Menyediakan Kamus PIBK dan menetapkan KPI Inisiatif

PIBK
7.1.4 Melantik dan memantau pelaksanaan program dan

aktiviti oleh KPIBKK
7.1.5 Merancang dan menyelaras program PIBK peringkat

kebangsaan
7.2 Pegawai Meja Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
7.2.1 Melaksanakan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan Ibu

Bapa dan Komuniti (PIBK) di peringkat negeri
7.2.2 Memantau pencapaian KPI Inisiatif PIBK
7.2.3 Melantik dan memantau pelaksanaan program dan

aktiviti oleh KPIBKN
7.2.4 Merancang dan menyelaras program PIBK peringkat

negeri
7.2.5 Menyebarkan maklumat berkaitan PIBK kepada semua

PPD dan sekolah

14

7.3 Pegawai Meja Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
7.3.1 Melaksanakan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan
7.3.2 Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) di peringkat daerah
7.3.3 Memantau pencapaian KPI Inisiatif PIBK
7.3.4 Melantik dan memantau pelaksanaan program dan
7.3.5 aktiviti oleh KPIBKD
7.3.6 Merancang dan menyelaras program PIBK
7.3.7 peringkat daerah
Memastikan sekolah membuat pengisian data
dalam sistem e-Sarana
Melaksanakan bimbingan dan intervensi kepada
sekolah yang tidak mencapai KPI
Menyebarkan maklumat berkaitan PIBK kepada
semua sekolah

15

7.4 Pengetua dan Guru Besar

7.4.1 Melaksanakan dasar dan halatuju Inisiatif Pelibatan Ibu
7.4.2 Bapa dan Komuniti (PIBK) di sekolah
7.4.3 Menubuhkan Jawatankuasa PIBK di peringkat sekolah
7.4.4 Memastikan KPI Inisiatif PIBK dicapai
7.4.5 Merancang dan menyelaras program PIBK peringkat
7.4.6 sekolah dengan kerjasama PIBG
7.4.7 Memastikan sekolah membuat pengisian data dalam
7.4.8 Sistem e-Sarana
7.4.9 Melaksanakan bimbingan dan intervensi bagi sekolah
yang tidak mencapai KPI
Menyebarkan maklumat berkaitan PIBK kepada warga
sekolah, ibu bapa dan komuniti
Membina jaringan dan jalinan dengan komuniti bagi
pelaksanaan program PIBK
Mengamalkan enam elemen penting dalam Sarana
Sekolah dalam usaha meningkatkan serta memantapkan
pelibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah iaitu iklim
sekolah yang baik, komunikasi berkesan, sokongan
terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti.

16

7.5 Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (KPIBKK / KPIBKN
7.5.1 / KPIBKD)
7.5.2 Membantu PIBG yang memerlukan bimbingan dalam pelaksanaan
7.5.3 PIBK di sekolah
Membina jaringan antara PIBG sekolah-sekolah
7.5.4 Membina jalinan kerjasama antara komuniti, NGO, agensi awam
7.5.5 dan swasta dalam dan luar negara
7.6 Mematuhi dan akur pada Akta Pendidikan 1996 dan SPI Bil. 4
7.6.1 /2004 Perlembagaan PIBG
7.6.2 Mendapat khidmat nasihat dan kelulusan setiap program yang
7.6.3 hendak dilaksanakan di peringkat sekolah / PPD / JPN / KPM
7.6.4
Yang DiPertua PIBG (YDP)
7.6.5 Meningkatkan pelibatan ibu bapa dan komuniti secara sukarela
7.6.6 dalam semua program PIBG dan sekolah
Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan komuniti untuk memberi
sumbangan kepada sekolah
Menjadi penghubung antara ibu bapa/ penjaga dan komuniti
dengan pihak sekolah
Memperkasakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB) bagi
membantu pihak sekolah dalam aspek akademik, sahsiah dan
kokurikulum
Mengupayakan rangkaian rakan strategik PIBG bagi membantu
pihak sekolah.
Mematuhi SPI Bil.4 /2004 Perlembagaan PIBG dan SPI Bil.5 /2001
batasan Kuasa PIBG Di Sekolah

17

7.7 Ibu Bapa / Penjaga
7.7.1 Membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti di sekolah
7.7.2 Melibatkan diri secara aktif dan sukarela dalam menjayakan aktiviti
7.7.3 di sekolah
7.8 Menyumbangkan kepakaran, perkongsian idea dan kemahiran
7.8.1 bagi membantu pihak sekolah .

7.8.2 Komuniti (Alumni/Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)/Agensi
Awam/Agensi Swasta)
7.8.3 Menyumbangkan idea, kepakaran dan kemahiran dalam
membantu pihak sekolah dari segi penganjuran dan penyelarasan
program.
Membantu PIBG dari segi penganjuran aktiviti dan program dalam
memastikan tanggungjawab sosial syarikat atau agensi
dimanfaatkan.
Membantu PIBG dalam menyediakan pelan strategik yang
komprehensif bagi memastikan modus operandi komuniti sejajar
dengan perancangan PIBG agar pihak yang berkepentingan lebih
proaktif dalam membantu pihak sekolah.

18

S U R AT- S U R AT
PEKELILING/
SURAT SIARAN

8.1 SPI Bil.5 /2001 Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa
8.2 dan Guru (PIBG) Di Sekolah
8.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4 /2004 Perlembagaan
PIBG
8.4 SPI Bil 1/2018 Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa /
8.4.1 Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan dalam
8.4.2 Kelas (SdK)
SPI Bil 3 / 2018
8.4.3 Garis Panduan Sekolah Milik Masyarakat,
Garis Panduan Pelibatan Sektor Swasta di Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Garis Panduan Penjanaan dana masyarakat atau
crowdfunding secara data talian (online) Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia .

19

PENUTUP

Semoga kit PIBK ini dapat menjadi panduan
dan rujukan semua pihak dalam
memperkasakan pelibatan dan peranan
untuk memartabatkan sistem pendidikan di
negara ini. Sokongan serta keterlibatan
semua pihak adalah perlu bagi memastikan
hasrat PPPM 2013-2025 iaitu sekolah
berkualiti dan kemenjadian murid tercapai.


Click to View FlipBook Version