The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10018248, 2023-12-28 10:35:22

KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 5

KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 5

NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 1 PENYATAAN MASALAH: Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan sejak kemerdekaan. Kepelbagaian kaum dan etnik menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pertuturan dan urusan harian. Bincangkan peranan Bahasa Melayu dalam memupuk perpaduan dan cabarannya. Tajuk Kajian Kes: NAMA : NUR IMAN AMANIE BINTI RAMLI KELAS : 5 NEPTUNE NAMA GURU : PUAN SITI HANIFAH BINTI ABD SAMAD


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 2 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana saya dapat menyiapkan kajian kes sejarah tahun 5. Semoga kajian ini dapat membantu saya dan rakan-rakan memahami sejarah negara. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa rasmi dan bahasa pertuturan rakyat Malaysia. Ia digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira usia, bangsa dan kaum. Bahasa kebangsaan merupakan satu medium dalam memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat. Seperti slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Dalam kajian kes ini, saya mengkaji tentang kedudukan, peranan dan cabaran yang dihadapi Bahasa Kebangsaan dalam membentuk jati diri dan memupuk perpaduan berbilang kaum. Diharap kajian kes ini dapat memberi pengetahuan dan kita sebagai warganegara Malaysia patut berbangga dengan sejarah negara kita. PENDAHULUAN & LATAR BELAKANG KAJIAN KES


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 3 Dalam menyiapkan kajian kes ini, saya dapati tiga objektif berkaitan “Bahasa Kebangsaan”. Di akhir kajian ini, kita dapat: 1. Mengetahui kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan 2. Menyatakan peranan Bahasa Melayu dalam membangunkan negara dan memupuk perpaduan rakyat. 3. Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan cara untuk mengatasi cabaran tersebut. OBJEKTIF KAJIAN KES


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 4 Terdapat tiga kaedah kajian yang telah dijalankan bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta yang tepat. Kaedah yang digunakan ialah; 1. Rujukan Buku Teks Saya telah merujuk kepada buku teks Sejarah Tahun 5 bagi memastikan fakta yang digunakan dalam kajian ini adalah tepat selain dapat mengelakkan kebenaran terhadap peristiwa bersejarah ini diragui. 2. Rujukan Bahan Bacaan di Perpustakaan Saya telah mengunjungi Perpustakaan Awam Kluang dan juga Perpustakaan Awam Taman Seri Lambak (T6) bagi menjalankan penyelidikan terhadap sumber-sumber arkib yang terdapat di perpustakaan. Sumber-sumber arkib itu adalah koleksi buku ilmiah, petikan akhbar, majalah dan sebagainya untuk menguatkan lagi fakta dalam kajian saya. 3. Internet Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka juga Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan. KAEDAH KAJIAN KES


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 5 1. Kedudukan Bahasa Melayu Polemik tentang status kedudukan bahasa Melayu sering kali berlaku dan tidak putus-putus mengalami tamparan dan bual bicara daripada pelbagai pihak. Bahasa Melayu atau juga dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara yang mengikuti piawaian ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, jelas menyebutkan bahawa “Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu”. Ia juga telah termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang merdeka. Dari segi undang-undang Malaysia, bahasa Melayu diperkukuhkan lagi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahasa itu sebagai bahasa rasmi tunggal. Pindaan dalam Akta Perlembagaan 1971 pula menetapkan status bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1984. Bahasa rasmi Negara juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Akta Pendidikan menetapkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Hujah-hujah yang telah disebutkan di atas tadi menunjukkan bahawa bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dengan merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai bidang. HASIL KAJIAN KES


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 6 2. Peranan Bahasa Melayu Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sejak dari sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Bukan setakat sebagai bahasa yang dituturkan dalam kehidupan seharian, malah bahasa Melayu dilihat sebagai medium penting dalam pelbagai bidang. Berikut merupakan peranan bahasa Melayu dari dahulu hingga sekarang: 2.1 Bahasa Pentadbiran Dahulu – Digunakan dalam sistem pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Kini – Bahasa rasmi dan digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan 2.2 Bahasa Ekonomi Dahulu – sebagai lingua franca yang memudahkan urusan jual beli di pelabuhan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kini – menjadi bahasa utama dalam urusan jual beli di negara kita. 2.3 Bahasa Perhubungan Dahulu – digunakan dalam perhubungan antara kerajaan Melayu dengan kerajaan luar. Contohnya, surat Sultan Kelantan kepada Wright William Duff Kini – Sebagai bahasa perhubungan antara masyarakat dan serantau. 2.4 Bahasa Persuratan Dahulu – Banyak hasil karya agung menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan Kini – Bahasa persuratan yang diiktiraf dunia melalui hasil-hasil karyawan negara.


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 7 2.5 Bahasa Perundangan Dahulu – Digunakan dalam naskhah Hukum Kanun Melaka yang merupakan panduan undang-undang dalam system pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kini – Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam sistem perundangan negara. 2.6 Bahasa Pendidikan Dahulu – Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan tidak formal Kini – Bahasa Melayu digunakan di institusi pendidikan rendah dan pusat-pusat pengajian tertinggi. 2.7 Bahasa Rasmi Sebagai bahasa rasmi menjadi medium dalam urusan pentadbiran harian Masayarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain dalam urusan harian mereka. 2.8 Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu sangat mudah difahami dan menjadi medium utama untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Aktiviti seperti Minggu Bahasa Kebangsaan, pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato antara murid berbilang kaum boleh memupuk perpaduan kaum di negara ini.


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 8 3. Cabaran Yang Dihadapi dan Cara Atasinya Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai lingua franca di Asia Tenggara khususnya pada zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu pada era kini, kebanggaan terhadap bahasa melayu semakin tenggelam dek pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi hari demi hari. Berikut merupakan isu dan cabaran bahasa Melayu masa kini. 3.1 Persaingan Dengan Bahasa Inggeris Ridzuan Kamis(2012) telah menyatakan bahawa bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat saban tahun namun masih masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Pengaruh penggunaan bahasa Inggeris sangat sukar ditepis malah terpaksa diterima kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ilmu dan komunikasi sejak berzaman lamanya. Bahasa Melayu sendiri banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris lalu diserapkan ke dalam kosa kata bahasa Melayu.


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 9 3.2 Persepsi Negatif Terhadap Bahasa Melayu Hamdan dan Rohana (2012) turut menyatakan perkara yang sama iaitu bahasa Melayu bukan menghadapi masalah bahasa, tetapi masalah luar dari bahasa itu sendiri iaitu permasalahan yang berkaitan dengan sikap atau persepsi tidak yakin terhadap kemampuan bahasa tersebut. Persepsi negatif terhadap bahasa Melayu turut dizahirkan dengan persepsi yang mengatakan bahawa graduan yang belajar dalam bahasa Inggeris lebih laku di pasaran kerja berbanding graduan bahasa Melayu. Hal demikian bukan kerana bahasa Inggeris lebih maju atau bernilai tinggi tetapi kerana kita sendiri yang meletakkan nilainya akibat kealpaan, kerendahan nilai dan jati diri, kekaguman akan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris.


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 10 3.3 Kemampuan Guru Mengajar Bahasa Melayu Isu ini timbul akibat kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu yang menyebabkan subjek ini terpaksa diajar oleh guru opsyen lain. Pengajaran guru bukan opsyen Bahasa Melayu ini mungkin menjadi punca kepada sistem bahasa yang tidak betul digunakan dalam pengajaran guru tersebut. Mungkin sistem bahasa pasar atau bahasa slanga digunakan oleh guru tersebut semasa sesi pengajarannya. Di samping itu, isu ini berlaku kerana kekurangan pengetahuan dalam kalangann guru bahasa Melayu itu sendiri. Ini disokong oleh Koh Boh Boon (1986) yang menyimpulkan berdasarkan hasil kajiannya bahawa taraf penguasaan perbendaharaann kata yang diperlihatkan oleh bakal guru Bahasa Melayu masih tidak memuaskan. Jelaslah di sini, bahawa penggunaan bahasa Melayu di peringkat paling asas pun masih belum mantap dalam kalangan bakal guru yang sedang mengikuti program pengkhususan Bahasa Melayu, inikan pula guru-guru yang tidak terlatih langsung dalam ilmu bahasa ini (Dewan Bahasa, Mei 2010).


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 11 3.4 Pencemaran Bahasa Akibat Pengaruh Teknologi Semasa Penggunaan sistem mesej singkat (SMS) yang menular terutama dalam kalangan remaja dan pelajar sangat memberi impak negatif kepada penggunaan sistem bahasa Melayu yang betul. Hal ini merujuk bahasa singkatan yang digunakan seperti “ko” (engkau), “amik” (ambil), “yg” (yang), “dr” (dari) dan sebagainya. Situasi ini menunjukkan betapa tercemarnya bahasa Melayu dalam konteks komunikasi massa. Keaslian, ketulenan dan keindahan bahasa Melayu seolah-olah hilang keupayaan untuk gah dan gagah di kalangan masyarakat terutamanya orang Melayu sendiri. Akibat daripada kebiasaan menggunakan bahasa-bahasa singkatan tersebut pelajar cenderung mengaplikasikan bahasa SMS dalam karangan mereka di sekolah dan menyiapkan tugasan di universiti.


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 12 3.5 Penggunaan Bahasa Rojak Menurut Ridzuan Kamis (2012), bahasa rojak ialah bahasa yang terhasil campuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Ingeris dan juga bahasa-bahasa lain ke dalam pertuturan dan penulisan. Contohnya ayat berikut: i. I nak pergi shopping di supermarket. (Saya hendak pergi membeli belah di pasar raya). ii. Cutenya baby itu. (Comelnya bayi itu) iii. Sorry, I tak sengaja (Maaf, saya tidak sengaja)


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 13 3.6 Pengaruh Dialek Terhadap Bahasa Melayu Ada sarjana bahasa menyatakan banyak dialek dan slanga dalam bahasa Melayu sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada perkembangan serta kebakuan bahasa Melayu. Menurut kajian ilmiah, dialek tidak boleh membabitkan mereka yang tidak memahaminya kerana hanya akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan makna. Contoh dialek yang digunakan dalam masyarakat Malaysia adalah seperti berikut: i. Dialek Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Tidoq ka? Jom pi pekena nasi kandaq. (Tidurkah? Mari makan nasi kandar) ii. Dialek Terengganu Aku ada kije (Aku ada kerja) iii. Dialek Negeri Sembilan Ekau nak poie mano paneh-paneh ni? (Awak nak pergi mana dalam cuaca panas ini?) Jelaslah bahawa faktor dan pengaruh dialek, loghat dan slanga juga meninggalkan impak dalam menghalang keperkasaan bahasa Melayu baik di peringkat negara mahupun antarabangsa.


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 14 Kesimpulannya, bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam era globalisasi masa kini. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Apalah gunanya kita saling menuding jari antara satu sama lain kerana ini sama sekali tidak akan membantu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Bahkan mungkin akan menjerumuskan pula bahasa yang tercinta ini ke lembah kemunduran yang lebih dalam lagi. KESIMPULAN LAMPIRAN


NUR IMAN AMANIE 2023 KAJIAN KES SEJARAH Page 15 1. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka 2. Datuk Seri Utama Rais Yatim (2004). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Global 3. Abdul Razak Mohd Kassim (2021). Cabaran dalam Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda Penutur Asli Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Jaafar bin Jambi (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu Jilid 19 RUJUKAN


Click to View FlipBook Version