The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrhrdayantizk, 2022-06-06 11:18:11

MPU23052

ANYFLIP STK

UJIAN SARINGAN HIV KEPADA BAKAL PENGANTIN
SERTA PERKAITANNYA DENGAN

KAEDAH FIQH : KEMUDARATAN HARUS
DIHILANGKAN

NAMA PENSYARAH
ENCIK KAIROL AZAHA BIN MOHAMED

1|Page

NURIZATUL ADILLA BT MASRY
(13DTP21F1031)

SITI NORHERDAYANTI BT MOHD
ZAKI

(13DTP21F1023)

NOOR RINDIANI BT MOHD
KHAIRUNIZAM
(13DTP21F1011)

FATIN MARYAM ISZZATI BT
MOHD ISMAIL
(13DTP21F1001)

2|Page

ISI KANDUNGAN 4
PENGHARGAAN 5
PENGENALAN 6
7
OBJEKTIF 8-9
KEPENTINGAN 10-11
CARA PENYEBARAN HIV 12
LANGKAH MEMBUAT UJIAN SARINGAN HIV 13-14
TANDA-TANDA HIV 15
PANDUAN SARINGAN HIV 16-17
HUKUM SARINGAN HIV 18
DALIL AL-QURAN DAN HADIS 19
KESIMPULAN
3|Page
RUJUKAN

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T atas
limpah kurnianya yang memberikan kesihatan yang
baik sepanjang pelaksanaan projek ini . terima kasih
atas sokongan rakan – rakan atas dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini .
jutaan terima kasih juga kepada kepada pensyarah kami
ustaz Khairol azaha bin Mohamed yang telah
memberikan sepenuh keyakinan kepada kami untuk
menyiapkan kajian ilmiah ini . beliau telah banyak
membantu dan sudi meluangkan masa untuk
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat
kepada kami . segala usaha beliau tidak akan dilupakan
oleh kami . semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat
dan maghfirahnya kepada beliau . hanya Allah S.W.T
yang dapat membalas budi anda semua

4|Page

HIV (nama penuh bahasa Inggeris: human immunodeficiency virus),
ataupun dalam bahasa Melayu yang bermaksud virus kurang imun
manusia ialah sejenis lentivirus (subkumpulan retrovirus) yang
menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan HIV yang tidak dirawat akan
progres menjadi AIDS. Tanpa rawatan, seorang pesakit yang dijangkiti
HIV dijangka mempunyal jangka hayat sepanjang 9 hingga 11 tahun,
bergantung kepada subjenis HIV. Jangkitan HIV disebar melalui
darah, air mazi, air mani, cecair faraj (air mazi wanita) ataupun susu
ibu.
Saringan Pra-Perkahwinan HIV telah diperkenalkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia sejak awal tahun 2001 bermula di negeri Johor
untuk semua bakal pengantin beragama Islam sebelum diwajibkan ke
seluruh negeri di Malaysia. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik
kesihatan di seluruh Malaysia. Saringan ini bertujuan membolehkan
pasangan mengetahul status HIV masing-masing dan seterusnya
mengambil tindakan yang terbaik untuk mencegah penyebaran dan
jangkitan penyakit ini kepada orang lain. Mereka akan diberikan
pendidikan kesihatan, penerangan dan memulakan rawatan berserta
pemantauan susulan.
Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat
(ujian saringan kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak
dinaskan oleh fuqaha' ke atasnya secara langsung

5|Page

Seringkali kita mendengar isu berkaitan pasangan mendapat
tentangan daripada pihak keluarga untuk meneruskan
perkahwinan mereka apabila mendapat tahu salah seorang dari
bakal pasangan mereka menghidapi jangkitan kuman
immunodeficiency virus (HIV). Artikel ini membincangkan lebih
lanjut berkenaan Isu ini dan bermatlamat mengurangkan stigma
masyarakat dan mengekang pandangan serong keluarga terhadap
mereka yang menghidapi HIV untuk meneruskan perkahwinan
dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik - laitu berumahtangga
seperti lapisan masyarakat yang lain.
Bilangan kematian disebabkan HIV masih lagi berterusan malah
meningkat walaupun telah banyak program kesedaran dan
pencegahan dilakukan oleh pelbagai Banyak kajian telah
membuktikan pengetahuan dan sikap terhadap HIV dalam
kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelajar, pekerja
sosial, guru, kakitangan perubatan, kaunselor dan sebagainya
masih lagi rendah dan negatif. Ketidakfahaman tentang
HIV/AIDS juga merupakan salah satu faktor mengapa jangkitan
HIV dan kematian disebabkan AIDS masih lagi terjadi .
Menyedari kesan yang timbul akibat HIV/AIDS begitu meluas,
KKM telah mengambil langkah proaktif dengan menjadikan HIV
sebagai tema utama bagi Kempen Cara Hidup Sihat bagi tahun
1992. Kempen tersebut yang diadakan setiap tahun mempunyai
tema dan fokus bagi wabak atau penyakit tertentu

6|Page

Bagi pengantin yang akan berkahwin, mereka digalakkan membuat ujian
saringan HIV terutamanya bagi bakal pengantin yang beragama Islam.
Ujian saringan HIV bagi bakal pengantin yang beragama islam adalah
diwajibkan kerana untuk mengelakkan daripada penularan virus HIV yang
boleh melemahkan antibody dalam badan dan mendorong penyakit yang
merbahaya seperti AIDS dan sebagainya mudah untuk dijangkiti.
Disebabkan oleh penularan HIV boleh dijangkiti melalui persetubuhan
atau perkongsian jarum, ujian saringan HIV ini sangat penting dilakukan
oleh pasangan yang bakal berkahwin untuk berwaspada dan memastikan
ikatan perkahwinan dibina tanpa penularan virus HIV. Jika ujian saringan
ini tidak dilakukan, kesannya akan melibatkan pasangan yang dikahwini
itu berjangkit tanpa sengaja dan juga akan memberi kesan kepada anak
yang bakal dilahirkan mahupun yang masih didalam kandungan.
Walaubagaimanapun, tidak kesemua bayi yang dilahirkan oleh ibu yang
mempunyai HIV positif akan mendapat jangkitan daripada ibunya tetapi
lebih baik jika status jangkitan HIV diketahui sebelum berlaku sebarang
kemungkinan yang tidak terduga. Oleh sebab itu, ujian saringan HIV ini
menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap pasangan yang akan
berkahwin. Hal ini juga di pandang serius bagi pihak kerajaan dan
diwajibkan oleh Jabatan agama untuk mengetahul status ujian saringan
HIV bagi setiap bakal pengantin untuk mencegah jangkitan HIV ini
daripada merebak. Dengan membuat ujian saringan HIV ini, tindakan
awal boleh diambil bagi mencegah penyakit ini tersebar kepada individu
yang lain sekiranya individu tersebut mengidap HIV positif.

7|Page

CARA PENYEBARAN HIV
HUBUNGAN SEKSUAL
HIV boleh merebak melalui hubungan seksual tanpa perlindungan dengan
seseorang yang dijangkiti. Kebanyakan jangkitan HIV yang berlaku adalah
melalui hubungan seksual.
HUBUNGAN SEKSUAL (FARAJ/DUBUR)
HIV boleh menjangkiti melalui selaput lendir pada faraj (vagina) atau dubur
(anal) secara langsung atau masuk melalui luka yang mungkin terjadi dan tidak
disedari berlaku akibat hubungan kelamin. Justeru,
hubungan seksual samada melalui faraj dan dubur sangat berisiko tinggi
menularkan jangkitan HIV ini.
HUBUNGAN SEKSUAL ORAL
→ Risiko penularan HIV melalui tekak, gusi, dan membran/tisu di dalam
mulut adalah lebih rendah
berbanding faraj atau dubur. Walaupun risikonya lebih rendah, tetapi ia tidak
mustahil berlaku.

8|Page

TRANSFUSI DARAH
→ Penularan HIV boleh berlaku melalui penerimaan organ atau transfusi darah
daripada orang yang dijangkiti HIV. Sehubungan itu, penghidap HIV dilarang
menderma darah. Kini proses pendermaan darah dan organ juga dipantau dan
disaring dengan ketat untuk memastikan bekalan darah dan organ adalah selamat.
PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN
Jarum suntikan terpakai yang dikongsi juga boleh menjadi medium penyebaran
virus HIV ini dari satu pesakit ke perumah yang baru.
CIUMAN MULUT
→ Walaupun ianya sangat jarang berlaku, namun ada kemungkinan HIV dapat
ditularkan melalui ciuman mulut yang terbuka dan mendalam. Meskipun virus tidak
dapat merebak melalui air liur. penularan dapat terjadi jika adanya darah. Hal ini
boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan mengalami masalah gusi berdarah atau
luka di dalam mulut.

9|Page

1. KENAL PASTI KLINIK KESIHATAN/ HOSPITAL TERDEKAT
> Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di
Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling
penting anda perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim
masing-masing.
> Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat
beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan
ujian ini diambil. Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari
dan daftar dengan klinik kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambilah
kesempatan ini untuk bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan
servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji.
2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KLINIK KESIHATAN
/ HOSPITAL
> Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad
pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula
hanyalah RM I.
> Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia
ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan
pasangan anda membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian
saringan ini.

10 | P a g e

3. LENGKAPKAN BORANG UJIAN SARINGAN HIV PRA
PERKAHWINAN
> Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda
boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
yang telah disediakan oleh pihak klinik.
> Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat
turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu
sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan
tersebut.

4. UJIAN SARINGAN HIV
> Doktor atau MA (Medical assistance) akan menjalankan ujian saringan
ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di
hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda
akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini
kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis
kit yang digunakan oleh pihak klinik.

5. KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
> Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari
yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya
terdapat single line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau
pasangan anda bebas daripada dijangkiti virus HIV.
> Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive).
Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada
Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah
selanjutnya.

11 | P a g e

Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari bahawa mereka
telah dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam
masa 1-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV
a) Demam
b) Sakit tekak dan batuk
c) Sakit otot
d) Sakit kepala
e) Cirit-birit
f) Letih
g) Ruam
h) Sakit sendi
i) Turun berat badan

12 | P a g e

Prosedur Pemeriksaan Saringan HIV
> Bakal Pengantin perlu mengambil Borang Laporan Kesihatan
Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua
pejabat agama.
> Setiap borang permohonan Pemeriksaan Saringan HIV perlu
dikenakan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00).
> Borang perlu dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang
telah ditetapkan untuk menjalani Ujian Saringan HIV.

» Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT.Pihak lain yang
boleh mengetahul keputusan tersebut adalah terdiri daripada Pegawal
Perubatan, Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang
menjalankan ujian, Pegawal Agama Daerah, Penolong Pegawali
Agama Daerah dan Pegawai Khidmat Nasihat

Prosedur Ujian Saringan Hiv di Klinik Kesihatan
- Bakal pengantin boleh hadir ke Klinik kesihatan pada waktu yang
ditetapkan dengan membawa Borang Laporan Mesihatan Bakal
Pengantin GGHEAT/HIV).
~ Pendaftaran mestilah dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan HIV
Bakal Pengantin (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang menjalankan
ujian.
~ Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai
Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan yang ditugas
mengendalikan perkhidmatan ini.

13 | P a g e

~ Jika keputusan saringan "tidak reaktif", ia bermaksud bakal
pengantin tidak dijangkiti virus HIV atau berada di dalam
tempoh ” window period ".
~ Jika keputusan saringan "reaktif", ini bermaksud bakal
pengantin disyaki dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin
dinasihatkan menjalani ujian pengesahan HIV (ELISA dan
PA).
- Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat
Kesihatan akan mengesahkan keputusan Ujian Saringan HIV
di dalam Borang Laporan Kesihatan Bakal Pengantin
(JHEAT/HIV).
+ Borang keputusan ujian dimasukkan ke dalam sampul dan
disimpan dengan rapi untuk diserahkan kepada bakal
pengantin untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama
Daerah.

14 | P a g e

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun
2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian
Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin. Walaupun perkahwinan adalah
sunnah Rasulullah S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan
bertukar menjadi haram dan dilarang sekiranya kesan yang akan timbul
daripada perkahwinan tersebut akan memberikan kemudharatan yang
lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan kemudharatan maka
menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan bagi menjamin
kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah negara. Antara
Maqasid Syari'yyah yang lima ialah menjaga keturunan. Menutup
sesuatu kemudaratan sebelum berlakunya mudarat tersebut adalah lebih
baik daripada mengubatinya. Ia adalah penting bagi memelihara agama
dan keturunan. Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah
harus bagi pemerintah mengeluarkan hukum mewajibkan sesiapa yang
hendak berkahwin melakukan ujian HIV. Ali as-Sabuni berpandangan
bahawa pengesahan kesihatan daripada doktor tidak dikira melewatkan
perkahwinan, akan tetapi ianya memberi gambaran yang jelas kepada
pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga mengenal perkongsian
hidupnya pada masa akan datang.

15 | P a g e

"Kemudharatan itu harus dihilangkan"
Definisi
Arti dari kaedah "ad-Dhararu yuzalu" adalah kemudaratan/kesulitan harus
dihilangkan. Jadi, konsep kaedah ini memberikan pengertian bahawa
manusia harus dijauhkan dari idhrar (tindakan yang menyakiti) baik oleh
dirinya mahupun orang lain dan tidak semestinya menimbulkan bahaya
(menyakiti) pada orang lain.
Contoh
Jika bakal pengantin melakukan saringan HIV, mereka dapat tahu tentang
status kesihatan mereka samada positif atau negatif. Jika mereka disahkan
positif, mereka dapat membuat rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini
dengan secepat mungkin. Kesimpulannya, HIV merupakan penyakit yang
mendatangkan kemudaratan yang harus dihilangkan.

16 | P a g e

Definisi
-Yang diyakini tidak dihilangkan oleh syaklaitu yang telah diyakini tidak
dihilangkan oleh datangnya rasa syak/keraguan Bermakna hukum yang
sabit pada asal tidak boleh ditinggalkanatau dihapuskan hukumnya
disebabkan ada perasaan syak dalam hati atau ragu-ragu Hukum yang asal
itu masih kekal tidak boleh berpegangdengan syak atau keraguan,kecuali
ada suatu keyakinan baru yang menghilangkannya.
Contoh : Bakal pengantin membuat saringan HIV untuk menyakinkan
diri bahawa mereka tidak mempunyai penyakit tersebut. Kesimpulannya,
mereka akan lebih yakin dengan kesihatan mereka dan tidak merasa was-
was.

17 | P a g e

Kesimpulannya islam menegah sikap memandang hina, prasangka dan
menindas kepada mangsa HIV mahupun AIDS demi masa depan
mereka, Islam menuntut kita agar mengasihi insan yang lemah dengan
sentiasa menghulurkan bantuan dari segi mental dan fizikal terhadap
pesakit HIV.
-Islam juga menuntut tanggungjawab bersama dalam menegakkan
kebenaran dan meruntuhkan kemungkaran. Untuk mengelakkan
berlakunya sebarang masalah yang akan datang selepas berkahwin, setiap
pasangan wajib mengetahui hak diri dan kemampuan masing-masing bagi
melayari bahtera sehingga akhir hayat.
-Setiap pasangan perlulah mengetahui kesihatan diri dengan sihat tubuh
badan, bebas dari segala penyakit yang boleh membahayakan diri dan
pasangan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan
Agama telah meletakkan syarat agar setiap pasangan yang bakal
berkahwin menjalankan ujian saringan HIV supaya dapat mengetahui
status HIV masing-masing. Hal yang demikian, individu yang telah
dijangkiti penyakit HIV akan diberikan perhatian dengan pendidikan
kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan
mereka
sentiasa dipelihara.

18 | P a g e

- https://images.app.goo.gl/ALiuzeR3EEWmrYw88
- https://images.app.goo.gl/kZDGF9q5k5gbwsnk7
- https://images.app.goo.gl/6iTtmEccGV9oUJH89
- https://images.app.goo.gl/KYQu9kSDzYwqB5jh9
- https://images.app.goo.gl/w9SQmYeYbNDqU2ST9
- https://www.hiv.gov/hiv-basics/overview/about-hiv-and-aids/symptoms-of-hiv

19 | P a g e


Click to View FlipBook Version