The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrhrdayantizk, 2022-05-30 11:20:58

UJIAN SARINGAN HIV KEPADA BAKAL PENGANTIN SERTA PERKAITANNYA DENGAN KAEDAH FIQH YANG MERUJUK KEPADA KAEDAH FIQH : KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN

MPU23052

MPU23052
TAJUK : UJIAN SARINGAN HIV KEPADA BAKAL PENGANTIN
SERTA PERKAITANNYA DENGAN KAEDAH FIQH YANG MERUJUK

KEPADA KAEDAH
FIQH : KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN

[ LAKUKAN SARINGAN ]
NAMA PENSYARAH : MOHD KHAIROL AZAHA BIN ANUAR

1

[ GROUP NAME ]

2

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
OBJEKTIF
LANGKAH MEMBUAT SARINGAN HIV
CARA PENYEBARAN HIV
TANDA – TANDA HIV

3

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnianya
yang memberikan kesihatan yang baik sepanjang pelaksanaan projek
ini . terima kasih atas sokongan rakan – rakan atas dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini . jutaan terima
kasih juga kepada kepada pensyarah kami ustaz Khairol azaha bin
Mohamed yang telah memberikan sepenuh keyakinan kepada kami
untuk menyiapkan kajian ilmiah ini . beliau telah banyak membantu
dan sudi meluangkan masa untuk memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan serta nasihat kepada kami . segala usaha beliau tidak akan
dilupakan oleh kami . semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat dan
maghfirahnya kepada beliau . hanya Allah S.W.T yang dapat
membalas budi anda semua

4

PENGENALAN HIV

HIV (nama penuh bahasa Inggeris: human immunodeficiency virus), ataupun
dalam bahasa Melayu yang bermaksud virus kurang imun manusia ialah sejenis
lentivirus (subkumpulan retrovirus) yang menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan
HIV yang tidak dirawat akan progres menjadi AIDS. Tanpa rawatan, seorang
pesakit yang dijangkiti HIV dijangka mempunyal jangka hayat sepanjang 9 hingga
11 tahun, bergantung kepada subjenis HIV. Jangkitan HIV disebar melalui darah,
air mazi, air mani, cecair faraj (air mazi wanita) ataupun susu ibu.
Saringan Pra-Perkahwinan HIV telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia sejak awal tahun 2001 bermula di negeri Johor untuk semua bakal
pengantin beragama Islam sebelum diwajibkan ke seluruh negeri di Malaysia. Ianya
boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan di seluruh Malaysia. Saringan ini
bertujuan membolehkan pasangan mengetahul status HIV masing-masing dan
seterusnya mengambil tindakan yang terbaik untuk mencegah penyebaran dan
jangkitan penyakit ini kepada orang lain. Mereka akan diberikan pendidikan
kesihatan, penerangan dan memulakan rawatan berserta pemantauan susulan.
Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat (ujian saringan
kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha' ke
atasnya secara langsung

5

OBJEKTIF

Seringkali kita mendengar isu berkaitan pasangan mendapat tentangan daripada
pihak keluarga untuk meneruskan perkahwinan mereka apabila mendapat tahu
salah seorang dari bakal pasangan mereka menghidapi jangkitan kuman
immunodeficiency virus (HIV). Artikel ini membincangkan lebih lanjut berkenaan
Isu ini dan bermatlamat mengurangkan stigma masyarakat dan mengekang
pandangan serong keluarga terhadap mereka yang menghidapi HIV untuk
meneruskan perkahwinan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik - laitu
berumahtangga seperti lapisan masyarakat yang lain.
Bilangan kematian disebabkan HIV masih lagi berterusan malah meningkat
walaupun telah banyak program kesedaran dan pencegahan dilakukan oleh pelbagai
Banyak kajian telah membuktikan pengetahuan dan sikap terhadap HIV dalam
kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelajar, pekerja sosial, guru,
kakitangan perubatan, kaunselor dan sebagainya masih lagi rendah dan negatif.
Ketidakfahaman tentang HIV/AIDS juga merupakan salah satu faktor mengapa
jangkitan HIV dan kematian disebabkan AIDS masih lagi terjadi . Menyedari kesan
yang timbul akibat HIV/AIDS begitu meluas, KKM telah mengambil langkah
proaktif dengan menjadikan HIV sebagai tema utama bagi Kempen Cara Hidup
Sihat bagi tahun 1992. Kempen tersebut yang diadakan setiap tahun mempunyai
tema dan fokus bagi wabak atau penyakit tertentu

6

KEPENTINGAN
Bagi pengantin yang akan berkahwin, mereka digalakkan membuat ujian saringan
HIV terutamanya bagi bakal pengantin yang beragama Islam. Ujian saringan HIV
bagi bakal pengantin yang beragama islam adalah diwajibkan kerana untuk
mengelakkan daripada penularan virus HIV yang boleh melemahkan antibody
dalam badan dan mendorong penyakit yang merbahaya seperti AIDS dan
sebagainya mudah untuk dijangkiti. Disebabkan oleh penularan HIV boleh
dijangkiti melalui persetubuhan atau perkongsian jarum, ujian saringan HIV ini
sangat penting dilakukan oleh pasangan yang bakal berkahwin untuk berwaspada
dan memastikan ikatan perkahwinan dibina tanpa penularan virus HIV. Jika ujian
saringan ini tidak dilakukan, kesannya akan melibatkan pasangan yang dikahwini itu
berjangkit tanpa sengaja dan juga akan memberi kesan kepada anak yang bakal
dilahirkan mahupun yang masih didalam kandungan. Walaubagaimanapun, tidak
kesemua bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai HIV positif akan
mendapat jangkitan daripada ibunya tetapi lebih baik jika status jangkitan HIV
diketahui sebelum berlaku sebarang kemungkinan yang tidak terduga. Oleh sebab
itu, ujian saringan HIV ini menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap
pasangan yang akan berkahwin. Hal ini juga di pandang serius bagi pihak kerajaan
dan diwajibkan oleh Jabatan agama untuk mengetahul status ujian saringan HIV
bagi setiap bakal pengantin untuk mencegah jangkitan HIV ini daripada merebak.
Dengan membuat ujian saringan HIV ini, tindakan awal boleh diambil bagi
mencegah penyakit ini tersebar kepada individu yang lain sekiranya individu
tersebut mengidap HIV positif.

7

CARA PENYEBARAN HIV
HUBUNGAN SEKSUAL
HIV boleh merebak melalui hubungan seksual tanpa perlindungan dengan
seseorang yang dijangkiti. Kebanyakan jangkitan HIV yang berlaku adalah melalui
hubungan seksual.
HUBUNGAN SEKSUAL (FARAJ/DUBUR)
HIV boleh menjangkiti melalui selaput lendir pada faraj (vagina) atau dubur (anal)
secara langsung atau masuk melalui luka yang mungkin terjadi dan tidak disedari
berlaku akibat hubungan kelamin. Justeru,
hubungan seksual samada melalui faraj dan dubur sangat berisiko tinggi
menularkan jangkitan HIV ini.
HUBUNGAN SEKSUAL ORAL
→ Risiko penularan HIV melalui tekak, gusi, dan membran/tisu di dalam mulut
adalah lebih rendah
berbanding faraj atau dubur. Walaupun risikonya lebih rendah, tetapi ia tidak
mustahil berlaku.
TRANSFUSI DARAH
→ Penularan HIV boleh berlaku melalui penerimaan organ atau transfusi darah
daripada orang yang dijangkiti HIV. Sehubungan itu, penghidap HIV dilarang
menderma darah. Kini proses pendermaan darah dan organ juga dipantau dan
disaring dengan ketat untuk memastikan bekalan darah dan organ adalah selamat.

8

PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN
Jarum suntikan terpakai yang dikongsi juga boleh menjadi medium penyebaran
virus HIV ini dari satu pesakit ke perumah yang baru.
CIUMAN MULUT
→ Walaupun ianya sangat jarang berlaku, namun ada kemungkinan HIV dapat
ditularkan melalui ciuman mulut yang terbuka dan mendalam. Meskipun virus tidak
dapat merebak melalui air liur. penularan dapat terjadi jika adanya darah. Hal ini
boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan mengalami masalah gusi berdarah atau
luka di dalam mulut.

9

LANGKAH MEMBUAT UJIAN SARINGAN HIV

1. KENAL PASTI KLINIK KESIHATAN/ HOSPITAL TERDEKAT
> Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik
Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling penting anda perlu
menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing.
> Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat beberapa
tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan ujian ini diambil.
Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik
kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambilah kesempatan ini untuk bertanya
samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu
setkan tarikh temujanji.

2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KLINIK KESIHATAN /
HOSPITAL
> Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad pengenalan
sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula hanyalah RM I.
> Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia ni. Satu
lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan pasangan anda
membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini.

3. LENGKAPKAN BORANG UJIAN SARINGAN HIV PRA
PERKAHWINAN
> Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda boleh mula
melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan
oleh pihak klinik.
> Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang
ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing).
Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil
untuk menjalani ujian saringan tersebut.

10

4. UJIAN SARINGAN HIV
> Doktor atau MA (Medical assistance) akan menjalankan ujian saringan ini
dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari
anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk
tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15
hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.
5. KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
> Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari yang
sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single
line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada
dijangkiti virus HIV.
> Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini
akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah
masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.

11

TANDA TANDA HIV
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari bahawa mereka telah
dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 1-6
minggu selepas dijangkiti kuman HIV
a) Demam
b) Sakit tekak dan batuk
c) Sakit otot
d) Sakit kepala
e) Cirit-birit
f) Letih
g) Ruam
h) Sakit sendi
i) Turun berat badan

12

PANDUAN SARINGAN HIV
Prosedur Pemeriksaan Saringan HIV
> Bakal Pengantin perlu mengambil Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal
Pengantin (JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua pejabat agama.
> Setiap borang permohonan Pemeriksaan Saringan HIV perlu dikenakan bayaran
sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00).
> Borang perlu dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang telah
ditetapkan untuk menjalani Ujian Saringan HIV.
» Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT.Pihak lain yang boleh
mengetahul keputusan tersebut adalah terdiri daripada Pegawal Perubatan,
Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang menjalankan ujian, Pegawal
Agama Daerah, Penolong Pegawali Agama Daerah dan Pegawai Khidmat Nasihat
Prosedur Ujian Saringan Hiv di Klinik Kesihatan
- Bakal pengantin boleh hadir ke Klinik kesihatan pada waktu yang ditetapkan
dengan membawa Borang Laporan Mesihatan Bakal Pengantin GGHEAT/HIV).
~ Pendaftaran mestilah dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan HIV Bakal
Pengantin (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang menjalankan ujian.
~ Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan/Pembantu
Perubatan/Jururawat Kesihatan yang ditugas mengendalikan perkhidmatan ini.

13

~ Jika keputusan saringan "tidak reaktif", ia bermaksud bakal pengantin tidak
dijangkiti virus HIV atau berada di dalam tempoh ” window period ".
~ Jika keputusan saringan "reaktif", ini bermaksud bakal pengantin disyaki
dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin dinasihatkan menjalani ujian pengesahan
HIV (ELISA dan PA).
- Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan akan
mengesahkan keputusan Ujian Saringan HIV di dalam Borang Laporan Kesihatan
Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).
+ Borang keputusan ujian dimasukkan ke dalam sampul dan disimpan dengan rapi
untuk diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada Pejabat
Agama Daerah.

14


Click to View FlipBook Version